Wednesday, February 13, 2013

BR1M 3.0 jika BN menang PRU-13 — Najib

Kerajaan menjanjikan lebih banyak bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) jika ia mendapat mandat untuk meneruskan program transformasi ekonomi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi itu bukan sahaja telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi semasa tetapi turut menambah pendapatan negara.

“Dengan pendapatan yang bertambah, hasilnya kerajaan akan pulangkan semula kepada rakyat seperti yang kita lakukan menerusi BR1M 1, BR1M2.0 dan BR1M 3.0,” katanya kepada lebih 10,000 yang menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor, di sini, hari ini.

Beliau berkata jika mahukan agenda transformasi ekonomi negara yang memberi pelbagai manafaat kepada rakyat itu diteruskan, maka kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu diberikan mandat untuk terus memerintah negara ini.

“Jikalau mandat itu diberikan (kepada kerajaan BN) untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat, Malaysia akan mempunyai masa depan yang cukup hebat dan cemerlang,” katanya yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN.

Turut hadir pada majlis sambutan itu termasuk isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, anggota Parlimen Kulai Tan Sri Ong Ka Ting, beberapa menteri kabinet dan pemimpin parti komponen BN.

Perdana Menteri berkata kerajaan menerusi program transformasi ekonomi telah berjaya meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia daripada US$6,700 (RM20,759) pada penghujung 2009 kepada US$9,750 (RM30,210) pada penghujung 2011.

Perkara itu adalah bertepatan ke arah usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Najib berkata kejayaan program transformasi ekonomi yang membawa pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan negara turut diperakui sendiri oleh Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde.

Pada pertemuan dengan Lagarde, katanya, beliau mengakui Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia di mana agensi itu terpaksa mengkaji semula unjuran pertumbuhan ekonominya ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau berkata kejayaan pengurusan ekonomi negara itu turut menyakinkan agensi pelaburan Qatar untuk membuat pelaburan bagi membina Hotel Harrods yang pertama di dunia di Kuala Lumpur.

Selain Hotel Harrods itu, katanya, pelabur yang berkeyakinan terhadap program transformasi ekonomi Malaysia turut akan melabur berbilion ringgit bagi membina Hotel Four Seasons setinggi 65 tingkat di ibu negara.

Perdana Menteri berkata Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada 2006 sehingga akhir tahun lepas juga telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM106 bilion dari dalam dan luar negara.

Pada 19 Feb ini, Najib berkata, beliau dan rakan sejawatnya daripada Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Iskandar Malaysia dan merasmikan projek ikonik ‘Wellness Township’.

“Program transformasi ekonomi negara sedang berjalan dengan pantas dan rakyat telah pun menerima faedah serta manfaatnya. Bukti kejayaan program transformasi itu boleh dilihat di sekeliling kita,” katanya.

Beliau memberi contoh Johor Premium Outlet (JPO) yang terletak di Kulaijaya yang akan memulakan projek pembesaran fasa keduanya, walaupun pembukaannya baru sahaja dirasmikan tidak lama dahulu.

Perdana Menteri berkata di bawah projek fasa kedua itu pihak pengurusan JPO akan menambah 70 lagi kedai.

Beliau berkata pasaran sedang menunggu mandat yang jelas daripada rakyat kepada kerajaan, yang akan menyaksikan ia melonjak ke suatu tahap yang lebih tinggi dan keyakinan pelabur melambung.

“Semua akan menerima faedahnya jika kita membuat keputusan yang tepat,” kata beliau.

Menurutnya manfaat demi manfaat yang diterima oleh rakyat hasil kejayaan program transformasi ekonomi yang dilaksanakan itu membuktikan kerajaan menepati segala janji yang dibuatnya.

“Kita tidak menjual janji demi janji sebagaimana yang dilakukan oleh pembangkang. Kerajaan melaksanakan ‘Janji Ditepati’ terhadap segala yang dijanjikan kepada rakyat,” katanya.

Perdana Menteri pada majlis yang sama turut menyampaikan bantuan BR1M 2.0 kepada 20 penerima daripada kawasan Parlimen Kulai. — Bernama

80 comments:
Write comments
  1. Penyelewengan demi penyelewengan umno/bn semakin terbongkar.

    ReplyDelete
  2. bukan semua rakyat dapat brim/ingat rakyat bodohkah/mana pergi AMANAH RAKYAT SABAH sudah lebih 15 tahun kami tidak di beri wang amanah rakyat sabah/ini kal lah

    ReplyDelete
  3. Apa nak jadi kepada pemilihan PKR? Sebelum ini ia kecoh dengan pergaduhan sesama sendiri ahli-ahli PKR didalam berebutkan jawatan. Sampaikan ada yang sanggup baling-baling kerusi akibat terlampau ikut perasaan.

    ReplyDelete
  4. Sekarang ini, pemilihan PKR dicemari pula dengan skandal manipulasi melibatkan penjualan kertas undi kepada calon-calon tertentu. Makin panas lah pemilihan yang kononnya paling telus dan demokratik didalam politik negara ini.

    ReplyDelete
  5. Ada pihak mendakwa, penjualan kertas undi ini adalah bagi memastikan kemenangan Azmin Ali yang kini bersaing sengit dengan Zaid Ibrahim didalam merebut kerusi Timbalan Presiden PKR. Dan, ada juga yang mendakwa bahawa sekretariat ibu pejabat PKR dan beberapa anggota Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) juga turut terlibat.

    ReplyDelete
  6. Didalam keriuhan orang ramai seluruh negara memperkatakan tentang skandal terbaru pemilihan PKR ni, seperti biasa Saifuddin Nasution muncul sebagai hero PKR bagi menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada parti kesayangannya.

    ReplyDelete
  7. Saifuddin yang diamanahkan oleh Anwar sebagai “wacthdog” untuk menjaga PKR dari sebarang anasir luar, dengan tegas menafikan semua dakwaan yang mengatakan bahawa berlakunya penjualan kertas undi didalam PKR.

    ReplyDelete
  8. Dengan bangganya Saifuddin menyatakan yang sistem pemilihan PKR adalah paling baik dan sukar untuk dimanipulasi. Ini katanya adalah kerana kawalan keselamatan pemilihan PKR dipantau secara rapi dan juga telus oleh pengawas yang dilantik untuk pemilihan tersebut.

    ReplyDelete
  9. Saifuddin nak tipu siapa sebenarnya? Apakah Saifuddin ingat rakyat negara ini bodoh untuk mempercayai semua yang dikatanya berhubung dakwaan penjualan kertas undi PKR ini?

    ReplyDelete
  10. Seluruh rakyat negara ini masih ingat lagi bagaimana Saifuddin berbohong apabila menuduh orang UMNO yang melakukan kekacauan pada pemilihan PKR dulu. Siap kata ada bukti lagi tentang hal tersebut. Tetapi, akhirnya semua yang didakwa Saifuddin hanyalah tipu semata-mata.

    ReplyDelete
  11. Bukan itu saja, akibat dari terdesak untuk menjaga imej Anwar didalam kes liwat, Saifuddin juga pernah mendakwa bahawa UMNO mahu “membunuh Anwar” kerana takutkan kehebatan pengkhianat bangsa tersebut. Tapi, sampai sekarang Anwar masih mampu ke hulu ke hilir memaki hamun pemimpin-pemimpin kerajaan. Tak mati pun brader Anwar ni…. Saved

    ReplyDelete
  12. Jadi, kali ni pun Saifuddin mahu melakonkan wayang yang sama bagi menutup segala kepincangan didalam PKR. Saifuddin tak sedar bahawa pengaruh PKR kini semakin luntur. Tak sampai 10% pun ahli PKR keluar mengundi didalam pemilihan parti tersebut.

    ReplyDelete
  13. PKR sendiri pun telah ditolak oleh rakyat. Anwar sendiri pun sudah hilang “magik” di Batu Sapi dan Galas.

    ReplyDelete
  14. copy n paste, hek hek itu saja yg umno bn mampu buat dikala nyawa sudah dipenghujung jalan''

    gud bye BN'' nafas mu hingga bulan april saja. bulan mei, penjara2 dan mahkamah2 jadi rumah kedua para perasuah umno terutama TUN M yg beri kerakyatan haram kpd pendatang. ini kali la kau mahatir''

    ReplyDelete
  15. BR1M adalah usaha kerajaan untuk membantu rakyat miskin dan sederhana untuk mengurangkan beban mereka.

    ReplyDelete
  16. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membuktikan kerajaan menepati janji kepada rakyat untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk menikmati hasil kemakmuran ekonomi serta kesejahteraan negara.

    ReplyDelete
  17. Ahli Dewan Undangan Lumadan, Datuk Kamarlin Ombi berkata pemberian BR1M itu adalah hasil kebijaksanaan kerajaan kepimpinan Barisan Nasional mentadbir dan membangunkan negara di mana hasilnya dinikmati oleh semua rakyat.

    ReplyDelete
  18. “Pemberian BR1M bukti Barisan Nasional sebuah kerajaan yang adil dan saksama, tidak pilih kasih dalam memberi bantuan, tiada penerima dinafikan hak mereka walaupun mereka di negeri pembangkang dan menentang kerajaan.

    ReplyDelete
  19. “Berbanding dengan pembangkang yang hanya pandai berjanji, apakah kita harus terus menyokong mereka, tiada perubahan yang dilakukan di negeri yang diperintah, untuk itu kita harus menolak mereka pada pilihan raya nanti,” katanya

    ReplyDelete
  20. Menurutnya, bukan sahaja pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan, malah pelbagai bantuan turut diberi kepada yang berkelayakan yang merangkumi semua peringkat umur melalui pelbagai kaedah termasuk pelajar di sekolah rendah sehingga kepada golongan warga emas.

    ReplyDelete
  21. “Pembangkang hanya tahu menabur fitnah kerana irihati dengan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN, mereka menafikan segala pembangunan dan kebaikan yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan BN kepada rakyat termasuk di Sabah.

    ReplyDelete
  22. “Sudah banyak perubahan yang dilakukan o;leh kerajaan pusat untuk rakyat, walaupun Sabah sebuah negeri yang luas, namun pembangunan tetap dilaksanakan termasuk di kawasan luar bandar yang jauh dipendalaman, ini membuktikan tiada pilih kasih walaupun di mana rakyat itu berada,” katanya.

    ReplyDelete
  23. Beliau optimis bahawa rakyat akan akan terus memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya nanti berikutan perubahan serta kestabilan dan kecermerlangan yang telah terbukti sejak negara mencapai kemerdekaan.

    ReplyDelete
  24. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup serta selaras dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar kepada golongan berpendapatan rendah.

    ReplyDelete
  25. Kriteria penerima BR1M tetap sama iaitu bantuan RM500 kepada ketua isi rumah yang berpendapatan kasar bulanan RM3,000 dan kebawah. Sebagai tambahan, pemberian BR1M ini diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 atau sebelumnya) dengan jumlah pendapatan kasar RM2,000 sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini adalah sebanyak RM250.

    ReplyDelete
  26. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu :
     Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
     Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah;
     Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah (dalam rumah yang sama);
     Warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 atau sebelumnya, dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

    ReplyDelete
  27. Bagi individu bujang, kriteria yang layak adalah bujang termasuk Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 atau sebelumnya) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

    ReplyDelete
  28. Satu dasar ekonomi yang paling bodoh berunsur rasuah. Rakyat bukan mahu rasuah duit RM 500 rakyat mahu rasuah dihapuskan, harga barang turun, minyak turun, hg rumah turun baru boleh hidup. Sekarang gaji RM 6000 sukar nak hidup dibandar JB, KL, Penang ...Mana tak org Melayu makin layu...kerja terhad gaji ciput....Tapi BN tak lakukan apa2 untuk asas hidup rakyat itu..bagi RM 500 habis satu hari je....itu pun untuk bayar balik bil eletrik dan air yang tinggi. Belum lagi telefon bimbit yang kadarnya cekik darah rakyat. tak termasuk cukai yang macam2 dikenakan secara tak sedar. Makan KFC hg 11.50 sen cukainya saja dah hampir RM 2.00.......ABU

    ReplyDelete
  29. MEMBERI BN MANDAT BESAR untuk melaksanakan GST, menaikkan harga barang dan merampas wang rakyat iaitu KWSP untuk menyelamatkan FELDA?

    ReplyDelete
  30. He didn't say like that.

    ReplyDelete
  31. Apa pun yang penting kita tahu bahawa BN memang pentingkan rakyatnya.

    ReplyDelete
  32. Bagus la macam tu.

    ReplyDelete
  33. men jadi kewajipan mana2 pemerintah dalam dunia wajib meementingkan rakyatnya. so, apa herannya BN kalau memajukan negara? itu memang kewajipan setiap pemerintah.

    PR pun kalu ditakdirkan menjadi pemerintah, adalah menjadi kewajipan untuk memajukan negara dan rakyat.

    masalahnya dgn BN ini, sanggup berikan kerakyatan haram kepada PTI untuk menangkan kerajaan BN. rasuah kerajaan negeri mcm rm40.juta musa aman dan skandal2 besar pemimpin negara semacam dilindungi contoh kes pembunuhan altantuya.

    sebab itu, rakyat sabah khasnya mesti bersatu hati sokong PR utk pru13. BN telah merosakkan sabah gara2 mahu kekalkan kuasa. PBS tumbang sbb kerja kotor BN. Rupanya UMNO dibawa ke sabah semata mata untuk menghalang org tempatan sabah daripada terus memerintah sabah.

    kotornya tangan2 pemimpin umno. mudah mudahan sesiapa yang terlibat ketulahan cepat paling tidak pun mati dipanah petir.

    ReplyDelete
  34. Kita berharap agar kerajaan sentiasa membantu kita.

    ReplyDelete
  35. RM500.00 tidak bermakna bagi kami kerana RM500.00 tidak boleh menampung hidup kami selama 5 tahun lagi.

    kami mahu harga barang seperti beras, minyak masak, gula, harga ikan, harga daging, harga susu, harga tepung dsb diturunkan kerana ia lebih bernilai berbanding pemberian rm500.00 itu.

    kalau najib bagi rm500.00 kami tetap ambil sbb itu duit rakyat namun undi kami tetap akan beralih kepada PR ni kali.

    ReplyDelete
  36. Pemberian BR1M 3.0 memang satu hadiah baik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  37. This is one of the best gift ever.

    ReplyDelete
  38. Semua pun dapat kan.

    ReplyDelete
  39. Government is keen to help.

    ReplyDelete
  40. Pemberian yang amat bermakna.

    ReplyDelete
  41. pemberian 500 hinggit cubaan untuk membeli undi''

    kami undi PR'' say yes to rm500, say NO to umno bn.

    ReplyDelete
  42. Cadangan kerajaan Barisan Nasional (BN)meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membuktikan keprihatinannya membantu rakyat tanpa mengambil kira perbezaan fahaman politik.

    ReplyDelete
  43. Jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu membuktikan kesungguhan kerajaan BN membela rakyat.

    ReplyDelete
  44. Katanya kerajaan BN bukan sahaja menyalurkan BR1M, tetapi banyak lagi bantuan yang memberi kemudahan kepada rakyat mengurangkan kos harian akibat kenaikan harga barangan.

    ReplyDelete
  45. "Justeru itu, rakyat boleh menilai sendiri perbezaan yang dilakukan BN dan pembangkang, antara contoh perkara buruk yang dilakukan pembangkang seperti penganjuran demonstrasi dan perhimpunan haram yang tidak memberi sebarang faedah kepada rakyat dan negara berbanding BN yang banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat," kata Najib.

    ReplyDelete
  46. Pemberian BR1M bukan sahaja meringankan beban rakyat berpendapatan rendah malah ia turut menggerakkan sistem kewangan negara. "Apabila ekonomi domestik bergerak, harapan kita untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 akan tercapai," katanya.

    ReplyDelete
  47. BR1M perlu dilihat dalam skop yang lebih besar dan bukan sekadar sumbangan bagi membantu masyarakat.

    ReplyDelete
  48. BR1M menyuntik kecairan kepada sistem kewangan negara apabila wang yang diterima rakyat dibelanjakan di premis runcit dan kedai-kedai di seluruh negara sekaligus menggerakkan ekonomi di sesebuah tempat.

    ReplyDelete
  49. Memajukan negara...its ok. Jgn mmbangkrapkn negara spt yg UMNO dah lakukan.

    **888

    ReplyDelete
  50. kerajaan BN mendahulukan rakyat...

    ReplyDelete
  51. BANYAK NYA TULISAN2 BN UMNO TAIK DI SINI

    ReplyDelete
  52. BANYAKNYA PECACAI ANGKAT NAJIS LEMBU KAT SINI...TUKANG KOMEN BN DIKUTIP DARI TONG SAMPAH UTUSEX..

    ReplyDelete
  53. Bantuan kepada rakyat memang tanggungjawab pemerintah, tidak kira bila dan di mana sahaja, bukanya sebagai prasyarat pilihanraya umum!!

    ReplyDelete
  54. BR1M lahir sejak zaman Merdeka ker? BR1M lahir sebab parti pembangkang yang semakin kuat.....kalau parti pembangkang takder, BR1M pun tak der - ( ubat diberi kalau sakit saja, kalau tak sakit, ubat tidak diperlukan) -

    ReplyDelete
  55. Anonymous said...
    February 13, 2013 at 4:24 PM

    bangang punya ulasan bn mana ada duit kerajaan ada lah

    ReplyDelete
  56. BAGI RAKYAT RM 500 SEORANG TERPILIH SAJA.
    UNTUK PEMIMPIN BN SAPU RM 500,0000 SEORANG.
    SEBAB RAKYAT TAK PANDAI GUNA DUIT.
    YANG PANDAI HANYA PEMIMPIN BN.
    SIAPA YANG KENA TIPU????
    SIAPA YANG KENA BAYAR????

    RAKYAT JUGA.

    ReplyDelete
  57. Anonymous said...
    February 13, 2013 at 4:25 PM

    puiiiiiiii,,ko lagi bodoh..sibuk nak boikot PR apsal..aku ni org umno, tapi makin lama makin menyampah dgn umno gara2 ayat2 dan idea fanatik org2 umno yg ngook ni

    ReplyDelete
  58. Anonymous said...
    February 13, 2013 at 10:58 AM

    PR bagi pendidikan percuma, utang ptptn di mansuhkan , harga minyak turun, harga kereta turun, negeri pengeluar minyak dapat 20% royalti, bantuan lain masa era BN diteruskan , apa macam ok. Muka lu pun macam budak umur 12 tahun , patut pun tak tau ke benda, lu klu dapat 10 sen pun puas sampai merepet2 waktu tidor malam......

    ReplyDelete
  59. pemberian BRIM ini menjadikan rakyaat malaysia sebagai rakyaat yang bodoh terutama sekali bumiputra dan melayu,jika di teleti pemberian ini kerajaan seperti mengejar rakyaat supaya tidak berusaha untuk mengubah nasib keluarga mereka dan manjadi lah rakyaat malaysia sebagai pengemis,sedang kan PR menawarkan:
    1) pendidikan Percuma
    2) Menaik kan royalti minyak
    3) menurunkan harga kereta
    4) Menurunkan Harga Minyak
    5) dan lain-lain lagi
    salah satu tujuan PR ada lah supaya harga barang dapat diturunkan serta rakyaat boleh berusaha untuk mengubah nasib anak-anak mereka,kalau lah Rakyaat beranggapan bahawa BRIM ini sebagai satu kebaikan kerajaan BN nercaya malaysia tidak akan menjadi negara maju sehingga lah bila-bila dan malaysia hanya menjadi negara membangun sampai lah cicit si Najib atau si mahathir manjadi PM

    ReplyDelete
  60. KALAU NAK TOLONG RAKYAT BUKAN DENGAN DUIT BRIM.TETAPI ADALAH DENGAN MEMBERI PENDIDIKAN PERCUMA/HARGA BARANG MURAH,HARGA RUMAH MURAH ,HARGA KERETA MURAH , HARGA MINYAK MURAH DAN JGN MEMBERI KERAKYATAN PADA PATI/APALAH JUGA DENGAN DUIT SEBANYAK 500 DALAM MASA SAMA SEGALA GALA NYA MAHAL/JGN MENGAJAR RAKYAT JADI PEMINTA SESEKAH

    ReplyDelete
  61. BN akan terus memberi bantuan kepada rakyat jika terus diberi mandat.

    ReplyDelete
  62. Sapa yg percaya dgn dakwaan Maddey Kutty bermakna dia sudah nyanyuk...hutang Malaysia adalah yg ketiga paling tinggi dari 193 buah negara yg bernaung dibawah UN berdasarkan KDNK...!!.. garis kritikal 53% telah lama lepas.. sekarang sudah mencecah 60%!! kerana hutang yg tak nampak mencapai RM200 Billion campur yg angka rasmi RM500 Billion...Malaysia tersilap besar jika terus dipimpin oleh rejim UMNO...peningkatan saban tahun tidak berlaku jika pengurusan kewangan dilakukan dgn baik dan projek mega yg membazir dihentikan... GLC yg gagal berfungsi ditutup atau digabungkan.. amalan birokrasi yg menyumbang pada rasuah mesti ditangani dgn segera.... dan yg paling mustahak.. RAKYAT boleh memastikan Malaysia berada dilandasan yg betul... dg mengundi PR dan menolak rejim UMNOBN diPRU13 nanti...

    ReplyDelete
  63. LUMUT: Ketika harta Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) digunakan sewenang-wenangnya untuk mengkayakan kroni, seorang isteri anggota maut akibat kerosakan lif di dalam kem mereka.

    Yang sedihnya, menurut sumber, mangsa berkenaan sedang mengandung.

    Isteri seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu dilaporkan meninggal dunia tengah malam tadi setelah koma dua hari.

    Beliau koma selepas lif yang dinaikinya di rumah kelamin kem TLDM Lumut tiba-tiba tidak berfungsi dan jatuh dari tingkat lima.

    Isteri malang itu koma sejak itu dan dimasukkan ke Hospital Manjung sebelum meninggal tengah malam tadi.

    ReplyDelete
  64. NAH!, KESIMPULAN UNTUK KOMEN2 SEMUA PENCACAI NAJIS UMNO BN DI ATAS BAHAWA -

    PRU 13 INI - PR KE PUTRA JAYA

    ReplyDelete
  65. Foreign investors confidence will increase if Barisan Nasional secures a big win in the next general election.

    ReplyDelete
  66. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said this was not his own prediction but what he has heard from international market analysts and economists.



    ReplyDelete
  67. “Malaysia is already being recognised internationally and real progress and change are taking place. If we form a strong stable government in the next election, I have no doubt that our transformation policies will take Malaysia to greater heights,” he said at a Chap Goh Meh celebration organised by MCA Pandan division.

    ReplyDelete
  68. Najib urged the people to return Selangor to BN, as there were many unresolved issues in the state.

    ReplyDelete
  69. “Selangor is a very important state, we must not return the current state government to power as they have not kept their promises. A new government should be elected in Selangor, one that can work hand-in-hand with the federal government, one that would be able to keep its promises and deliver real progress,” he said.

    ReplyDelete
  70. “It is this value that we must preserve, it is this aspect that contributes to a peaceful and stable country.”

    ReplyDelete
  71. Najib said in order for the nation to continue to be developed, all the races needed to learn how to share power, wealth and challenges.

    ReplyDelete
  72. Commenting on a memorandum that he received asking for a Chinese school in the Teratai state seat, which falls under the Pandan parliamentary constituency, he said that acquiring land was the responsibility of the state government and that was the very reason why people should elect a BN government in Selangor.

    ReplyDelete

  73. Former prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi describes the 13th general election (GE13) as the "young people's poll" and that the young generation will determine victory for the Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  74. Abdullah said this scenario would indirectly help the BN to win because the tendency for the young voters now was to give their support back to the coalition.

    ReplyDelete
  75. "The increase in the number of young voters now would become the voice of the group in determining victory for the BN in GE13. So, we need their support to ensure victory for the BN to continue to administer the country," he told reporters after officiating a gathering of the young generation to support BN for the Kepala Batas Parliamentary constituency which was attended by about 3,000 people, here Sunday.

    ReplyDelete

  76. At the function, Abdullah, who represented the Kepala Batas Umno division, handed over a contribution of RM6,500 to the 'Tabung Lahad Datu Media Prima'.

    ReplyDelete
  77. Meanwhile, Abdullah, who is also the Member of Parliament for Kepala Batas, said he was confident that the young voters in the parliamentary constituency would support the BN in GE13.

    ReplyDelete
  78. The Kepala Batas parliamentary constituency has more than 55,000 registered voters.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.