Thursday, February 7, 2013

Deepak dakwa Najib arah Boustead beli syarikatnya

Saudagar karpet Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan individu yang bertanggungjawab mengarahkan Boustead Holding untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd.

NONE"Arahan diberikan daripada Datuk Seri Najib kepada pengerusi Boustead secara langsung. Saya tahu perkara ini, sebab saya berada di sana sewaktu arahan diberikan," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Ahli perniagaan itu bagaimanapun tidak menyatakan bentuk arahan dan lokasi berkenaan ketika Najib didakwa memberi arahan tersebut.

Deepak mendakwa tindakan itu dibuat kerana Najib "tidak mahu didedahkan bahawa ahli keluarganya telah mendapat duit untuk meluluskan pemindahan tanah ini kepada kita".

Sehubungan itu juga, beliau menggesa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik balik saman yang difailkan ke atas Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

NONEAhmad Zahid memfailkan saman berkenaan akhir bulan lalu atas kenyataan Rafizi berhubung urusniaga tanah melibatkan Boustead dan Astacanggih, yang didakwa memfitnah dirinya.

Deepak berkata, beliau berharap Ahmad Zahid dapat menarik balik tindakan undang-undang tersebut kerana Rafizi menurutnya "tidak tahu perkara ini".

"Apa-apa tindakan (sepatutnya) diambilkan ke atas Datuk Seri Najib kerana dia telah mengarah perkara ini berlaku.

"Jadi, saya minta kepada Datuk Zahid, tak payah ambil tindakan kepada Rafizi," katanya lagi dalam sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS hari ini.

Boustead pada 27 Disember lalu mengumumkan anak syarikat milik penuhnya Bakti Wira Development Sdn Bhd mengambil alih 80 peratus kepentingan dalam Astacanggih.
    
NONEPengambilalihan itu merupakan proses korporat untuk menguasai 80 peratus kepentingan dalam 80.9371 hektar tanah pembangunan di Bukit Raja membabitkan sebanyak RM160 juta atau RM18.37 sekaki persegi.

Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor pada masa itu menyatakan bahawa langkah berkenaan merupakan tindakan korporat Boustead Holdings Bhd yang berasaskan pertimbangan komersil.

Urusniaga menjadi sasaran kritikan PKR yang menyifatkannya sebagai pelaburan "tidak masuk akal" memandangkan tanah berkenaan masih dimiliki kerajaan persekutuan.

Parti itu menyebut tanah berkenaan tidak dimiliki Awan Megah dan tertakluk pada kebenaran pindah milik dan pembangunan oleh kerajaan Selangor.

77 comments:
Write comments
  1. lepas ni haji logiut najib akan sumpah laknat pakai kitab apa lagi? kitab doraemon???

    ReplyDelete
  2. Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila mendesak Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan bahawa Deepak Jaishikin telah membayar sejumlah RM13 juta untuk membeli 19 jenis barang kemas khas untuk beliau, dari dua firma di Hong Kong kononnya untuk melicinkan satu urusniaga hartanah.

    ReplyDelete
  3. Dakwaan Rafizi ini disokong oleh dokumen pembelian seperti invois dan email dan disebar secara meluas di laman-laman web pembangkang.

    ReplyDelete
  4. Bagaimanapun, isu yang baru sahaja mula dijerang dan belum sempat hangat, menjadi sejuk tiba-tiba apabila Deepak muncul dalam youtube yang membuatkan Rafizi dan bosnya, Anwar Ibrahim pula yang kepanasan. Rakaman percakapan Deepak tersebut dilihat bagaikan satu lagi bom atom yang menimpa kepala Anwar Ibrahim kerana ia mengingatkan kita kepada skrip lama, iaitu scorpene.

    ReplyDelete
  5. Sebelum ini, Raja Petra Kamaruddin, blogger upahan pembangkang yang separa gila perasan diri sebagai seorang yang berintegriti, telah pun mendedahkan bagaimana beliau diarahkan oleh pihak tertentu untuk memburukkan Dato’ Seri Najib dengan mereka cerita penglibatan beliau dalam rasuah dan pembunuhan yang berkait dengan urusniaga kapal selam scorpene. Pendedahan ini konsisten dengan kronologi akuan bersumpah oleh Bala yang mengambil U-turn sebelum lari mengikut jejak blogger tersebut.

    ReplyDelete
  6. Fitnah scorpene ini kemudiannya diambil alih oleh SUARAM, sebelum mereka semuanya kantoi terduduk dan terbarai secara besar-besaran apabila pihak Perancis sendiri tampil memberi kenyataan yang menyangkal semua dakwaan mereka.

    ReplyDelete
  7. Oleh itu, kita melihat pendedahan Deepak ini sebagai tepat dengan jangkaan awal kita iaitu beliau hanyalah satu lagi usaha terdesak pembangkang untuk menyambung apa yang telah gagal dilakukan oleh SUARAM. Apa yang diperkatakan Deepak mengenai hubungannya dengan Anwar Ibrahim adalah konsisten dengan modus operandi pembangkang dalam isu scorpene iaitu, diarahkan membalas budi dengan cara memburukkan kerajaan bagi pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  8. Sekali gus, pendedahan Deepak telah membantu kita melengkapkan gambaran mengenai strategi Anwar Ibrahim untuk berkuasa. Namun timbul juga persoalan mengenai kredibiliti Deepak dalam kisah barang kemas yang dibangkitkan oleh Rafizi.

    ReplyDelete
  9. Setakat ini, isu barang kemas ini begitu mudah ia dipatahkan oleh blog-blog pro-kerajaan kerana ia langsung tidak membuktikan penglibatan Datin Seri Rosmah di mana-mana. Malah, invois tersebut pula begitu mudah ditiru manakala email boleh direka pada bila-bila masa. Jika ada apa-apa yang boleh dibuktikan dari dokumen yang dicanangkan Rafizi hanyalah bahawa Syarikat Carpet Plus telah membuat bayaran kepada syarikat Dehres dan Firestone atas pembelian barang kemas, itu saja.

    ReplyDelete
  10. Pemilik syarikat dan kepada siapa barang kemas tersebut diberikan tidak dapat dibuktikan. Ia mungkin untuk dijual kembali, mungkin untuk hadiah perkahwinan seorang taikun besar, mungkin juga untuk Rafizi sendiri, siapa tahu?

    ReplyDelete
  11. Dengan ‘serangan’ yang begitu lemah, sepatutnya Anwar Ibrahim pecat sahaja si Rafizi. Ini kerana sudah amat jelas sekali bahawa jawatan Pengarah Strategi yang dipegang oleh Rafizi, adalah tidak layak baginya.

    ReplyDelete
  12. Ini bukan kali pertama Rafizi kantoi, sebelum ini beliau telah kantoi dalam percubaan menipu seolah-olah ICAC Hong Kong akan menyiasat Musa Aman, atas kerjasama pihak pembangkang. (Modus Operandinya adalah lebih kurang sama dengan kes pembelian kapal selam scorpene di mana SUARAM menipu kononnya mahkamah Perancis sedang menyiasat sedangkan kes tersebut langsung tidak wujud).

    ReplyDelete
  13. Rafizi juga pernah kantoi dalam isu NFC setelah melanggar 21 undang-undang BAFIA apabila mendapat akses kepada dokumen-dokumen sulit bank dengan cara mengelirukan pegawai bank.

    ReplyDelete
  14. Tidak cukup dengan itu, Rafizi juga terkantoi menipu mempunyai bukti mengenai kononnya LRT Ampang tidak selamat dan diberi kepada syarikat yang tidak berwibawa. Begitu juga apabila Rafizi bergandingan dengan Nurul Izzah membawa isu kononnya projek KLIA2 Air Traffic Control (ATC) sistem kepada syarikat yang tidak berwibawa sedangkan syarikat tersebut telah 17 tahun berkhidmat di KLIA tanpa sebarang masalah.

    ReplyDelete
  15. Memandangkan rekod Rafizi yang begitu banyak sekali menipu dan terkantoi, manakala Deepak pula merupakan ahli perniagaan yang berjaya, maka persoalan mengenai siapa yang menipu atau siapa yang cuba menipu siapa rasanya tidak sukar untuk dijawab.

    ReplyDelete
  16. Apa yang pasti, pendedahan Deepak kelihatannya ‘masuk akal’ atau ‘muat elok’ jika kita menjejak kembali jalan yang ‘dilalui’ oleh isu scorpene, terus kepada SUARAM, Bala dan Raja Petra Kamaruddin di mana akhirnya ia tetap membawa kita kepada satu nama, iaitu Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  17. Untuk melindungi isu yang mengaibkan Politik yang berdakikan agama selama ini ,Mat Sabu arahkan Deepak Jaikishan perisaikan PAS untuk berperang dengan UMNO bagi melindungi kemungkaran PAS.

    ReplyDelete
  18. Mat Sabu Jadikan Deepak Jaikishan pula Perisai melindungi isu penyelewengan Tabung Memali yang akan terbongkar secara exclusive pada bila2 masa.

    ReplyDelete
  19. Sebenarnya PAS sedang berada dalam peperangan diantara balu2 di Memali yang ditipu wang tabung mereka sudah sekian lama.

    ReplyDelete
  20. Hari ini PAS cuba menggunakan khidmat seseorang sebagai perisai melawan UMNO.

    ReplyDelete
  21. Selepas mangsa2 Memali diperalatkan oleh PAS selama 25 tahun,kini Mat sabu memperalatkan pula Deepak sebagai perisai untuk melawan UMNO untuk menipu rakyat.

    ReplyDelete
  22. Penulis tidak pasti sama ada Deepak Jaikishan ini seorang penjual karpet, ataupun ahli perniagaan yang menggunakan karpet terbang.

    Pada dasarnya, Deepak hanyalah seorang saudagar karpet, mengimport dan memperdagangkan karpet dari Timur Tengah, sesuatu yang jarang kita lihat di negara ini.

    Namun, Deepak mempunyai pengalaman yang jarang dimiliki oleh orang lain hinggakan dia mampu menjadi saudagar karpet yang terkenal dalam perniagaannya.

    ReplyDelete
  23. Deepak mengakui bahawa dia terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, dan telah menyebabkan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam mengeluarkan akuan bersumpah kedua dan mengabaikan akuan bersumpah yang pertama. Namun selepas itu, tiada siapa yang tahu di mana Bala berada sekarang.

    ReplyDelete
  24. Deepak juga mengakui bahawa dia suka akan hubungannya dengan pemimpin-pemimpin negara. Dia kemudiannya menyatakan hasratnya untuk menerbitkan sebuah buku untuk mendedahkan beberapa rahsia yang serius. Deepak kemudiannya menerbitkan buku digital yang dikenali sebagai “Black Rose”.

    ReplyDelete
  25. E-book tersebut bagaimanapun tidak menceritakan sebarang perkara yang menarik seperti yang dijangkakan, mungkin kerana Deepak bukanlah seorang penulis yang hebat. Sebaliknya, Deepak hanya menceritakan perkara yang hanya menutup isu-isu yang mungkin akan menjadi perhatian rakyat tidak lama lagi.

    Usaha Deepak bagaimanapun, tidaklah sia-sia. Selain daripada mampu menjadi seorang selebriti dalam masa yang singkat, Deepak juga mula mendapat perhatian media pada penghujung tahun 2012.

    ReplyDelete
  26. Setiap langkah yang diambil oleh Deepak kelihatan seperti telah dirancang. Setelah mengupas isu yang pertama, Deepak mula menyembunyikan diri, menunggu untuk isu tersebut mula tersebar, setelah beberapa lama, Deepak kemudiannya keluar dari tapak persembunyian untuk mengupas satu lagi isu, untuk mendapatkan lebih perhatian.

    ReplyDelete
  27. Itulah kaedah yang digunakan oleh saudagar karpet ini untuk mendapatkan perhatian media, termasuk media online yang sanggup memberikan kerjasama penuh kepada Deepak.

    Tidak cukup dengan semua itu, Deepak berjaya mengumpan perhatian daripada pihak pembangkang, yang kemudiannya mula menjejaki Deepak untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Dan seperti yang dijangkakan, Deepak juga berjaya menggunakan pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  28. Nampaknya Deepak sekarang ini adalah senjata PR untuk merosakkan kepercayaan rakyat kepada BN.

    ReplyDelete
  29. Apa pun rakyat sendiri tahu apa yang berlaku sebenarnya.

    ReplyDelete
  30. Jangan mudah terpedaya dengan permainan yang dibuat oleh pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  31. Perlukah kita percaya dengan individu yang muncul secara tiba-tiba ini untuk membuat kenyataan peribadi demi kepentingan politik pihak tertentu.

    ReplyDelete
  32. deepak bukan sejata PR tapi senjata makan tuan najib hahahahah

    najibbb camooonnnnnnnn...jawabbbbb...hahahahah

    tengoklah lepas ni, datang la tu tukang copy n paste dari spesis umno kelam kabut sudah bila bos sudah kedapatan main tipu''

    ReplyDelete
  33. Adalah wajar dakwaan Deepak Jaikishan disiasat untuk mengesahkan kebenarannya.

    ReplyDelete
  34. Rakyat haruslah menolak fitnah.

    ReplyDelete
  35. Dengan menolak fitnah, kekuatan dan penyatuan UMNO akan dapat dijana bagi membolehkan parti terus kukuh dan utuh dalam mendepani cabaran PRU-13.

    ReplyDelete
  36. “Ahli-ahli UMNO dan pucuk pimpinan sentiasa sepakat dan bersatu padu dalam melaksanakan perancangan bagi membawa kemajuan kepada rakyat dan negara dan dalam masa yang sama melihat persepsi yang diwar-warkan pembangkang melalui persediaan bagi mendapatkan info untuk penerangan berterusan.”

    ReplyDelete
  37. Pastikan kebenaran dulu sebelum mempercayai sebarang dakwaan.

    ReplyDelete
  38. manada kita tau ada kebenaran ka tiada pasal sprm, polis dan spesis2 yang sejenis indada tindakan apa2. bukan inda mau bertindak tapi dorang takut maa..siapa berani sentuh najib? siapa benarni sentuh Rosmah?

    hanya apabila PR menang saja baru kes ini dapat diadili dengan telus. toksalah macai2 BN kopy n paste dalam blog ini, fikir pakai otak sendiri lebih bagus.

    ReplyDelete
  39. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyangkal dakwaan Deepak Jaikishan sambil menegaskan, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan tindakan detektif bebas P.

    ReplyDelete
  40. Justeru, tegas Najib, pengedar karpet itu bukan seorang yang ada kredibiliti.

    ReplyDelete
  41. "Tidak benar. (Deepak) bukan seorang yang ada kewibawaan... ini bukan satu isu," kata beliau

    ReplyDelete
  42. Najib juga yakin dakwaan yang ditimbulkan Deepak tidak akan menjejaskan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  43. kalau tidak benar, kalau tiada wibawa, samanlah oi najib'' asyiik tepis sana sini tapi tidak melalui siasatan. mcm mana rakyat percaya kalau kes ini tidak disiasat?

    kau silap besar najib, kau sebenarnya takut sbb hayat politik dihujung tanduk sbb itu siang malam meracau mcm dibuat hingga polis sprm papatahlagi peguam2 tidak berani siasat kes ini.

    ala najib, sorilah..berbanding anwar, kau lah pemimpin yang masih kotor seumpama manusia yang paling busuk sbb belum mandi bersihkan badan (perumpamaan). sedangkan anwar hampir sepanjang hayat berulang alik ke mahkamah saja.

    isu altantuya belum selesai
    isu skopene belum selesai
    isu deepak belum selesai
    isu rasuah umno belum selesai

    kalau PR menjadi kerajaan, dengan PTI sekali kau meringkok dalam penjara pok jib oi'' tunggulah saja''

    ReplyDelete
  44. Apabila Editor Harakahdaily, Zulkifli Sulong mengatur pertemuan dan wawancara dengan Deepak Jaikishan bagi memanjangkan semula kes pembunuhan Altantuya Shiiribu yang dikaitkan dengan Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor, ia sebenarnya sudah boleh dijangka.

    ReplyDelete
  45. Sebabnya, Pakatan Rakyat sudah kehilangan momentum apabila perbicaraan SCORPENE yang dicanang-canangkan sebelum ini di Perancis, telah terbukti sebagai satu penipuan semata-mata.

    ReplyDelete
  46. Pembunuhan Altantuya Shiiribu telah dikaitkan oleh Anwar Ibrahim dengan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor. 'Bukti' yang direka oleh Tian Chua menggunakan perisian Photoshop, telah dijaja dan kononnya itu adalah bukti tulen. Namun apabila didesak dan ditekan, akhirnya Tian Chua mengaku bahawa gambar-gambar tersebut direkanya sendiri.

    ReplyDelete
  47. Deepak Jaikishan mempunyai masalah perniagaan dengan salah seorang pemimpin UMNO di Selangor. Apabila perkara ini dihidu oleh Anwar Ibrahim, serta-merta masalah tersebut dikaitkan dengan UMNO dan apabila sudah dikaitkan dengan UMNO, maka sudah menjadi kewajipan untuk dikaitkan dengan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor.

    ReplyDelete
  48. Hutang ratusan juta ringgit dengan bank dan akan kehilangan segala-galanya kerana hutang tersebut, mampu menjadikan seseorang tidak mampu berfikir secara waras. Apatah lagi dengan janji, dia akan dibantu dan hutang-hutangnya akan dapat diselesaikan, maka apa-apa sahaja yang disuruh, akan dipatuhi.

    ReplyDelete
  49. Hilang sudah cerita dia berhutang bank beratus juta ringgit. Sekarang, Deepak Jaikishan menumpukan perhatian kepada Akuan Bersumpah P.Balasubramaniam yang telah diupah oleh Anwar Ibrahim untuk mengenakan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor. Bekas anggota polis tersebut kini telah melarikan diri ke luar negara dan dipercayai berada di India.

    ReplyDelete
  50. Secara tidak langsung, itu sendiri sudah cukup untuk menunjukkan ada orang 'di belakang' Deepak Jaikishan. Deepak tidak mempunyai kepentingan dalam SD P.Balasubramaniam sebaliknya yang mendapat keuntungan besar daripada pendedahan yang dibuat oleh Deepak adalah Anwar Ibrahim yang bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor adalah pembunuh kekasih Razak Baginda itu.

    ReplyDelete
  51. Mungkin para penyokong Pakatan Rakyat, akan bersorak dan menganggap pendedahan terbaru Deepak Jaikishan ini adalah SEBUAH BOM ATOM yang akan menjahanamkan Najib Abdul Razak. Namun barangkali mereka tidak sedar bahawa sekiranya mereka bersorak gembira kerana sudah dapat SENJATA AMPUH, mereka sekadar mentertawakan kebodohan sendiri.

    ReplyDelete
  52. Sebabnya, hampir setahun lalu, orang yang sama, Deepak Jaikishan membuat penafian yang dia mengenali Bala. Dulu dia tidak kenal, sekarang dia kenal. Jadi, yang mana satu yang betul?

    ReplyDelete
  53. kita guna otak maaa..deepak ini jenis orang cari makan bila2 saja condong kemana dia suka.

    dulu cakap lain sbb tokeynya najib rajin kasi dia makan, sekarang tokeynya si najib pula yg makan si deepak sbb itu deepak marah. mcm kucing jugalah bah, kucing mcm manapun maja kalau tuannya pukul, kucing tu mesti gigit punya.

    hah''sekrang deepak marah sama najib sbb tidak jujur. dibelai belainya deepak, lepas tu digigitnya pula sbb itu deepak marah dan mula pecahkan rahsia.

    kalau benar deepak main hentam saja cakap, kenapa najib tidak saman saja si deepak tu?

    tengoklah org lain silap sikit saja sudah saman menyaman. ini menunjukkan ada udang disebalik seluar najib. bukan begitu headhunter?

    ReplyDelete
  54. Biar ajelah Zahid Hamidi teruskan SAMANNYA ke atas Rafizi . . . . kalau Zahid Hamidi menang dia untung dan kalau Rafizi menang, alhamdullillah satu lagi kejayaan untuk PR . . . Zahid Hamidi kan ORANG KUAT Najib dan Zahid Hamidi pun dah dapat HABUAN dari Najib

    ReplyDelete
  55. Najib perlu saman Deepak, kalau betul dia tak bersalah/././

    ReplyDelete
  56. Ada penafian oleh Najib..?? jika berani.. nafikan!!!(meniru style pencacai BN.. Terrorist).. hehe

    ReplyDelete
  57. Terrorist idup lagi si gila yg suka like diri sendiri ni wakakakakaka

    ReplyDelete
  58. satu lg perang politik dalaman umno antara tok jib dan madey.jom kita tengok wayang kulit ini hingga ke akhirnya

    ReplyDelete
  59. Jom kenali Pecacai angkat najis LEMBU...TERRORIST,HEADHUNTER,MANTRA,SANIH..Tukang komen UMGOK BODOH PIANG.

    ReplyDelete
  60. Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

    ReplyDelete
  61. Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.

    ReplyDelete
  62. Beliau yang ditanya pemberita meluahkan kekecewaan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya menggunakan Rafizi Ramli untuk mendedahkan dokumen-dokumen yang bukan miliknya.

    ReplyDelete
  63. Deepak tidak tahu apa yang dikatakan oleh Rafizi.

    ReplyDelete
  64. Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.

    ReplyDelete
  65. Beliau juga mahu Rafizi tampil untuk menunjukkan dokumen-dokumen tersebut

    ReplyDelete
  66. Ditanya lagi mengenai kesahihan dokumen-dokumen tersebut yang turut memperlihatkan nama syarikat Carpet Raya Sdn Bhd, Deepak berkata "Syarikat itu memang milik beliau namun dokumen-dokumen yang didakwa Rafizi bukan milik syarikat beliau

    ReplyDelete
  67. Sebelum itu, Pengarah Strategi PKR itu mendakwa dokumen-dokumen pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong bernilai RM13 juta adalah untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

    ReplyDelete
  68. RAJA PETRA KAMARUDDIN didalam lamannya hari ini telah mendedahkan satu kenyataan lengkap dari pegawai penyiasat BPR bagaimana Anwar Ibrahim telah mengarahkan Ketua Pengarah BPR untuk menutup kes Rasuah Azmin Ali.

    ReplyDelete
  69. Anwar pada ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kes ini berlaku pada tahun 1995 yang ketika itu Azmin adalah sebagai Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  70. Jom tolak Pecacai angkat najis LEMBU...TERRORIST,HEADHUNTER,MANTRA,SANIH..Tukang komen UMGOK BODOH ..perosak bangsa..

    ReplyDelete
  71. Jom tolak Pecacai angkat najis ,Tukang komen UMGOK BODOH ..perosak bangsa..

    ReplyDelete
  72. Anonymous said...
    February 9, 2013 at 10:59 AM

    dah makan ubat ke blom..?? skang bukan pasal DSAI. .tapi Najib...!! ni kes pembunuhan Altantuya bro.. awat lu mahu spin tak kena tempat.. pegi masuk kandang balik.. jumpa tokeh nko.. minta padangan dia.. sebab yg nko nak spin ni.. perosak bangsa..

    ReplyDelete
  73. INILAH PEMIMPIN YANG DI AGONG2 OLEH PENYOKONG BN,
    PENIPUAN,RASUAH SUDAH SEBATI DIDALAM DARAH DAGING BN,
    APA MEREKA LAKULAH ADA HALAL.
    KETAHUI OLEH MU WAHAI NAJIB, RAKYAT SEKARANG SUDAH BIJAK PANDAI.
    SIAPA NAJIB,
    SIAPA ROSMAH,

    KAMU GUNAKAN MEDIA UNTUK FITNAH ORANG YANG TIDAK BERDOSA.

    KAMU GUNAKAN WANG RAKYAT DEMI UNTUK KEKALKAN KUASA.

    KAMU TIPU ORANG2 KAMPUNG,PETANI,NELAYAN,

    KAMU BIARKAN PEMIMPIN2 BN RASUAH KEHINGGA KAYARAYA DENGAN WANG RAKYAT.

    KAMULAH SEGALA PUNCA SEGALA KESUSAHAN RAKYAT.

    SO DI PRU 13 KAMU AKAN TERIMA BALASAN DARI TANGAN RAKYAT.

    ReplyDelete
  74. Mana Tok Jib ni...? Jib... Ooooo Jib....! Mna kau sembunyi? Mai laaa, tolong jwb ni...!

    ReplyDelete
  75. Celaka punya menteri BN...duit rakyat dan negara habis disapu puak2 BN ni..berbilion-bilion....kemudian nak cuba rasuah 500 atau 1000 ringgit kpd rakyat untuk terus kekal meranapkan negara.... mari kita jatuhkan kerajaan BN...supaya rakyat tidak ditipu lagi

    ReplyDelete
  76. Apa saja bisnes anda lakukan, jangan membazir duit melanggan
    sistem yang bukan2.... Apakata SEMUA dalam 1 jer... Dahla murah!
    Langgan saja tiap2 bulan dapat komisen... walautanpa menaja :)
    http://www.stiforp.asia/Stiforppowerteam

    ReplyDelete
  77. tak perlu nak percaya pada Deepak.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.