Friday, February 15, 2013

Pencerobohan Bersenjata Di Sabah

GEMPAR!!! ...Puluhan Lelaki Bersenjata Warga Filipina Dikesan Di Lahad Datu!

Satu kumpulan yang mendakwa mahu mengembalikan semula tuntutan Filipina ke atas Sabah dipercayai menjadi dalang di sebalik pencerobohan kira-kira 100 warga asing bersenjata ke Lahad Datu, Sabah, seorang pegawai Moro dipetik sebagai berkata.

“Laporan belum disahkan dari sumber-sumber kami berkata bahawa satu kumpulan yang menggelar diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu adalah di sebalik kehadiran kumpulan bersenjata yang tidak dibenarkan itu,” kata satu sumber yang enggan mendedahkan identiti kepada akhbar Gulf News.

Menurut laporan, kumpulan lelaki bersenjata terbabit yang menaiki beberapa bot kecil telah mendarat di Lahad Datu, Selasa lalu dan kini sedang berdepan secara ketenteraan dengan pasukan keselamatan negara.


Laporan mengatakan bahawa kesemua lelaki berkenaan adalah warga Filipina, namun ia belum dapat disahkan secara rasmi.

Sumber berkenaan yang ditanya jika beliau pernah mendengar nama pasukan tentera seperti itu sebelum ini sebaliknya berkata, matlamat kumpulan itu adalah untuk menjadikan Sabah sebahagian daripada Kesultanan Sulu.

Kesultanan berkenaan pernah wujud sebagai sebuah kerajaan yang kuat dengan pengaruh menjangkau dari Borneo, Selatan Filipina ke bahagian Visayas. Semasa kemuncak kuasanya dalam tahun-tahun 1700, Kesultanan berkenaan berkuasa ke atas wilayah kini dikenali sebagai Mindanao dan timur Malaysia.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila berkata, mereka masih tidak dapat mengesahkan jika 100 lelaki yang kini di Malaysia memang rakyat Filipina.

Menurut jurucakap hal ehwal luar, Raul Hernandez, Filipina menjalankan siasatan sendiri dalam kejadian itu.

“Pasukan keselamatan kami dan pegawai pertahanan sedang berhubung dengan rakan-rakan mereka di Malaysia dalam hal ini,” Hernandez berkata.

Terdahulu, terdapat juga laporan bahawa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan adalah ahli kumpulan Abu Sayyaf yang berpusat di Sulu.

Kumpulan Abu Sayyaf kini melarikan diri dari operasi yang digerakan oleh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro dalam wilayah selatan Filipina.

Abu Sayyaf menahan beberapa tebusan termasuk warga Jordan, Baker Atyani yang merupakan Ketua Biro Asia Tenggara Stesen Televisyen Al Arabiya yang berpangkalan di Dubai serta dua peminat burung warga Eropah dan dua orang warga Filipina.

Sementara itu, laporan Bernama dari Papar, Sabah menyebut, Kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik, termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan sekumpulan warga Filipina di perairan negara di Lahad Datu.

Sambil menegaskan keadaan di Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah terkawal, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan itu penting bagi memastikan kumpulan yang berjumlah antara 80 dan 100 anggota itu “keluar dengan selamat ke Selatan Filipina”, sekali gus mengelak pertumpahan darah.

“Ini yang kita nak kerana mereka ada juga saudara mara di sini…jadi kita tidak mahu ada nyawa yang terkorban dan sebab itu kita minta mereka balik dengan cara yang baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika ditanya perkembangan terkini di Lahad Datu berikutan laporan yang memetik Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata, pasukan keselamatan menahan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu.

Ahmad Zahid berkata beliau mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan polis mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.

Dalam menghadapi situasi genting itu, Najib, yang dimaklumkan tentang kejadian itu oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pagi ini, berkata: “anggota polis kini bertindak atau merupakan bulatan pertama mengepung kawasan tersebut dan bulatan kedua terdiri daripada pasukan anggota tentera.

“Dari segi kekuatan, kuasa tempur kita adalah lebih dari cukup untuk memberkas mereka, tetapi kerajaan memilih jalan untuk buat perundingan dengan mereka supaya mereka keluar dengan aman balik ke Selatan Filipina,” katanya.

Ditanya sama ada pihak berkuasa keselamatan Malaysia sudah mengenal pasti kumpulan itu, Najib berkata: “Lebih kurang kita sudah kenal pasti “.

“Tapi biarlah polis melakukan rundingan dengan mereka dan mudah-mudahan mencapai hasil dan kejayaan. Sebab mereka tak boleh ke mana, mereka dikepung…mereka tidak ada pilihan dan perlu cari jalan penyelesaian,” katanya.

Apabila ditanya sama ada kumpulan itu bersenjata atau sebaliknya, Perdana Menteri berkata perkara itu dalam makluman polis dan “jangan buat spekulasi”.

“Kita bukan mendedahkan maklumat dalaman…biar polis jalankan kerja mereka tanpa diganggu mana-mana pihak. Apa yang penting keberhasilan yang selesai tanpa pertumpahan darah,” katanya.

Mengenai tahap keselamatan dan kawalan di perairan negara terutama pantai timur Sabah, Najib berkata perairan Malaysia amat luas tetapi apa yang penting ialah “kita dapat maklumat cepat”.

“Kita mengepung mereka, bila dapat mengepung mereka, mereka tidak boleh ke mana. Kita mesti sedar lautan kita luas dan kita tidak boleh berada di setiap masa sentiasa 24 jam,” katanya sambil menambah pihak berkuasa kerajaan Malaysia sudah memaklumkan kejadian itu kepada kerajaan Filipina.– BERNAMA

85 comments:
Write comments
  1. akhirnya benda yang sudah lama diramal akan berlaku juga. sebenarnya sejak dari dahulu lagi filipina tak pernah gugur tuntutan terhadap sabah cuma undang2 yang ada sahaja menghalang filipina daripada merampas kembali sabah dari malaysia.

    dalam hal ini, filipina sangat pintar. sebagai matlamat jangka panjang mereka, mereka hantar rakyat filipina ke sabah sebagai pendatang dan hasilnya pada hari ini semakan mendapati kerajaan malaysia telah memberikan kerakyatan kepada mereka samada sah ataupun melalui projek IC BN dgn jumlah yang sangat ramai dengan tujuan menambahkan pengundi islam di sabah.

    sebenarnya fokus mereka ialah untuk menawan sabah pada satu hari nanti. apabila jumlah rakyat filipina cukup ramai di sabah, akan ada satu kumpulan bersenjata dari filipina datang untuk menggempur sabah dan semestinya askar2 mereka ini akan mendapat bantuan daripada rakyat mereka yang sudah diberikan taraf warganegara oleh malaysia. rakyat filipina disabah merupakan agen rahsia kepada kumpulan ini.

    rakyat sabah kena berhati hati kerana bila bila masa sahaja negeri kita mungkin akan diserang dan ditawan oleh pejuang2 selatan filipina. Inilah natijahnya kerja2 kotor yang dibuat oleh umno BN memberikan IC haram kepada pendatang filipina demi untuk mendapatkan kuasa di sabah. lihatlah saja didaerah daerah spt lanad datu sendiri, sandakan, tawau, kunak, semporna malah di kota kinabalu orang filipin sangat ramai hingga polis pun takut dengan koloni mereka ini.

    harap2 perkara buruk tidak akan berlaku ke atas sabah. sekiranya sabah diserang oleh askar filipin , maka inilah hasil pemerintahan umno BN di sabah. Inilah hasil Projek IC BN.

    ReplyDelete
  2. BN Jangan Cuba menakutkan rakyat sabah dgn ancaman ABU SAYAF la...rakyat sabah sdh kenal taktik BN dgn cara menakutkan rakyat agar jgn mengundi PR....Mari la rakyat sabah jgn gentar dgn provok BN..ini semua wayang kulit BN yg tidak di sedari Dan Di takut kan rakyat ..ubah kita tetap ubah kita tumbangkan rejim umno dan bn walau ketitisan darah rakyat sabah yg terakhir.......

    ReplyDelete
  3. Kita humban saja BN ke lubang najis! dasar BN Penipu tersohor negara? Kenapa Najib umumkan pembesaran jalanraya Lok Kawi Papar yang dilakukan secara berperingkat? BN tiada duit untuk melaksanakanya sekaligus?

    ReplyDelete
  4. bn jgn malukan negara,mereka sudah membawa senjata
    itu maknanya mereka telah memberontak,mana boleh bn berkata buat rundingan.

    ReplyDelete
  5. “Dari segi kekuatan, kuasa tempur kita adalah lebih dari cukup untuk memberkas mereka, tetapi kerajaan memilih jalan untuk buat perundingan dengan mereka supaya mereka keluar dengan aman balik ke Selatan Filipina,” katanya.

    AKU TERTARIK DGN RANGKAP DIATAS. KATANYA KUASA TEMPUR KITA LEBH DR CUKUP. SETAHU AKU PERLATAN KITA MCM CIPUT,PERNAH DIACAH OLEH LANUN2 TU DGN SENJATA BERAT,MNGGELABAH POLIS MARIN KITA YG ADA PISTOL.

    -Bekas Peg tentera.

    ReplyDelete
  6. Ini semua wayang laa..mana boleh org pelipin tawan org pelipin juga..

    ReplyDelete
  7. @PhilipGolingai A Philippine military officer said militants in Lahad Datu invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.

    it's true?

    ReplyDelete
  8. isu ne timbul pula tiba-tiba nak cover kejadian di Pulau Pinang ke???

    ReplyDelete
  9. poi..punya najib..dia kata nak buat rundingan dulu,sebab mereka juga ada saudara disini.macam mana pula orang pilipin ada saudara disini.jelas sekali najip tahu ada saudar mereka disini yang dapat ic projek BN.bersiaplah kita rakyat sabah..sediakan sumpit,asah parang dan keluarkan segalanya yang disembunyi di hutan-hutan tu.

    ReplyDelete
  10. itu lah kita kasi menang itu PR supaya ada orang sabah boleh dilantik sebagai pemerintah askar disabah supaya dapat berkerja untuk keselamatan negara bukan macam sekarang askar banyak tapi bukan digunakan menjaga keselamatan sabah tapi ditugas kan untuk menjadi pengundi BN saja,kooh tengok saja di kem lok kawi,mundar-mandir saja mereka disana,sepatutnya hantar mereka di perairan di sandakan ,tawau atau manan-mana sampadan,cuba tanya berapa banyak askar askar kita,saya bagi contoh dan cerita anak buah saya semasa mereka pergi golok,semasa mereka masuk menginap mereka di periksa mengguna kan alat pengesan BOM dan bila keluarpun sama juga,ini bermaksud thailand sudah lebih maju dari kita dimalaysia,,,bro pengawal bah yang buat bukan polis tapi kalau pengawal di malaysia hanya ada sebatang kayu.,,,tapi semua ketua polis dan askar kita cakap mengalah kan jeneral AS....tahi betul dan memalukan negara sudah kena ceroboh oleh askar luar negara....lepas itu boleh tidur dengan saudara dan imam pun kasi kebenaran tidur di surau

    ReplyDelete
  11. ngam itu. rakyat sabah bolehlah asah2 parang ka, kapak ka, kasi sedia juga tu sumpitan manatau orang2 sulu datang menyerang sabah inda juga mati katak kita. hahahhaha inilah dia sabah.. kebanyakan rakuaynta terutama orang filipin yang dapat ic haram ada keluarga di filipina jadi dorang boleh saja keluar masuk lahipun muka dorang sama saja.

    siapa sangka org2 pelipin yang kerja bangunan tu bangsa dorang juga bila2 jadi pejuang bila masa sampai dorg mau rampas ni sabah.

    apakan daya, kedudukan pilak2 ini di sabah sudah kukuh malah lebih maju dari KDM. yang ada ic, jan heranlah..dorang lah jadi penguasa di pasar2 ikan, jual rokok di kaki lima dsb.

    inilah hasilnya sabah diperintah umno BN. matailah kau KDM. inda lama lagi, huguan siou lenyap dibumi sabah.

    aku rasa juga para penceroboh itu sebenarnya sudah lama tinggal disabah tetapi berpura pura jadi askar semata mata untuk menarik perhatian kerajaan malaysia supaya tuntutan mereka dapat didengar. Maklumlah RCI sedang berjalan jadi mereka ini mengancam untuk diberikan hak atau tanah di sabah kalau tidak, mereka akan angkat senjata.

    mangkali dorang ni ada juga yang baru dapat BRIM ka apa ka, siapa tahu org2 di lahad datu susah mau beza pendatang ka atau penduduk tempatan.

    apapun, berhati hatilah. bersiap sedia sepanjang masa.

    ReplyDelete
  12. mereka dijanjikaqn tanah supaya mengundi BN...nah sekarang senjata memakan tuan...

    ReplyDelete
  13. itu cerita 100 orng untuk di sensangsikan tetapi bagaimana dengan cerita puluhan ribu yg sudah menjadi warganegara seegra di sabah tu. apakah asih ada lagi pencacai UMNO yg hendak percaya cerita lakonan KDN nie?

    masih ingatkah lagi korang tenang kes al maunah g menonjolkan eperkasaan komando kita pada UMUM tetapi ia hanya sekadar lakonan BN untuk menagih simpati rakyat..

    warga Melayu Lembu UMNO boleh lah dak kelentong

    ReplyDelete
  14. Dah dekat tarikh PRU lah tu, org luar dpt tau awal dari rakyat Msia.. SPR dan JPN mcm biasa, bertugas menjadi agen pengkhianat negara menjual kerakyatan pada warga asing..

    ReplyDelete
  15. Ntah2 M<usa Aman / UMNO sengaja import geng2 tu masuk LDatu demi putarbelit politik atau suvival politik UMNO yg dah nak mampus. Konon2 BN shj yg layak dan boleh urustadbir keselamtan negeri brbasnding PR. Rakyat dungu akan takut senario Abu Sayaaf ( walau bukan geng Abu Sayyaf pun )dan brharap kerajaan UMNO brbuat sesuatu agar jgn hru hara. Rakyat akan twist balik pd UMNO,mana tau.

    ReplyDelete
  16. Kalau kita rakyat Sabah jalan-jalan di Kota Kinabalu bawa M16 polis bawa berunding dengan kita kah?

    ReplyDelete
  17. Minta maaf jika mencelah tapi perkara ni suda lama berlaku dimana pulau sipadan pernah diserang oleh anggota abu sayyaf satu ketika dulu, bukan sekadar mainan kerajaan.. Xperlu lah menuding jari dengan pihak kerajaan saja.. Kita perlu btrima kasih juga dengan pihak kerajaan BN(Perikatan)/UMNO sbb mereka lah yang menarik negeri kita disatukn dengan sarawak & tanah melayu.. Kalo ndak, masih lagi kta ni dbwh Kerajaan Borneo.. Itu time, kita yang jadi kuntrik2 bikin bangunan, org pilipin yang jd Y.B.. Mau kamu bgtu? Buka-buka juga kunun buku sejarah tu.. Jgn dibiar buruk di almari.. Korang kutuk2 kerajaan BN, sekali tengok korang barisan pertama mengambil BR1M.. Kat semenanjung, PR belum memerintah dah buat hal.. Kumpul org ramai2 ntuk wat kecoh konon nya nak BERSIH.. Yang paling berani (di depan) pengikut PAS, sailang ooo.. Silap2 kalo antar kat palestin, dorang yang lari dulu.. Maaf kalo ada yang terasa.. B'doalah ntuk kesejahteraan negara, bkan caci mencaci sesama sendiri.. -Hamba Allah-

    ReplyDelete
  18. Kita negara demokrasi, bkan negara republik.. Apa2 hal mesti melalui,, bkan main tembak sja.. Kalo 100 tentera tu terbunuh, korang ingat keluarga n kwn2 sperjuangan dorang kat pilipin diam2 sja ka, mkn keropok smbil tgk wyg tagalog? Dorang mesti serang blik, silap2 bwa 10 batalion lagi.. Kalo dorang da serang blik, berlakulah perang.. Itupun xbleh fkirkah? Syukurlah PR x memerintah, harap2 x memerintahlah.. Ketua ngok, bawahan pun ngok.. Bsyukurlah apa yang ada.. Peace, No War.! -Hamba Allah-

    ReplyDelete
  19. mimang tak boleh tembak sbb lepas runding, kasi BRIM sam ic haram jadi org melayu pengundi BN'' hahahahah

    ReplyDelete
  20. Inilah cerita pulau timbul tengalam sebab mau kasi takut rakyat Sabah.cerita pasukan kesalamatan cukup kuat nemun kenapa petualang bolih masuk dan mencorobo?jangan sebut pasal saudara mara!petualang harus dihapuskan ini soal keselamatan dan kedaulatan Negara.PM harus minta maaf kepada rakyat Malaysia.SUMPITAN

    ReplyDelete
  21. Hanya org zalim sahaja yg suka akan pertumpahan darah.. Nasib baik bukan kmu yg PM.. Kalo tak, lama suda negara kta ni bperang dsebabkn idea2 BODOH daripada org yg tak tau sekolah kat mana.. Mgkin kamu ni sekolah dihutan bah, tulah biul2 sdah.. Tlampau banyak makan ulat gonggok.. Hehehe.. Org dulu2 berusaha ntuk mendapatkan keamanan negara tapi korang senang2 sja mau suruh bperang sama dorang.. Tentera2 kta pun ada anak bini.. Aku berani ckp, semua penyokong PR ngok2 belaka.. Sbb dkasi cium pantat oleh ktua2 ranting dorang.. hahaha.. Kami dapat BR1M, Kamu (penyokong PR yg nda pndai bsyukur) dkasi cium pantat saja.. Hahahahah...

    ReplyDelete
  22. Anonymous said...
    February 16, 2013 at 8:06 AM

    komen ko ni mcm ada rosak skit..da mkn ubat?

    ReplyDelete
  23. Mesti ramai yg heran camner Najib boleh terus menabur gula gula dlm suasana PRU13 semakin tiba..sebagai PM dia juga memegang porfolio Menteri Kewangan.. dan dia juga ada peruntukan 'istimewa' RM10 billlion yg diambil dari perbendaharaan negara.. bagaimana wang itu dibelanjakan dan pecahan kepalanya tidak siapa yg tau... tapi aku dengar Ketua Bahagian UMNO dpt RM1 juta sorang.. yg juga utk kempen UMNO...bagaimana duit negara digunakan utk kempen parti politik... hanya Najib saja yg tau dan bakal ditanya kelak bila menghadapi penciptaNya...

    ReplyDelete
  24. Keselamatan rakyat harus diutamakan.

    ReplyDelete
  25. Pihak berkuasa harus bertindak agar golongan ini tidak mengancam nyawa mana-mana pihak.

    ReplyDelete
  26. Apa terjadi dengan ketenteraman negara kami?

    ReplyDelete
  27. Unsur keganasan ini harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  28. Jika benar mereka menggunkan senjata, pihak berkuasa harus bertindak sebelum nyawa diancam.

    ReplyDelete
  29. hamba allah dr lahad datuFebruary 16, 2013 at 6:54 PM

    jangan2 ini kerja PR,dulu pn ada krbt sultan sulu d lhd datu mau menuntut tapi dalangnya siapa???PR jugak...lahad datu tidak akan membangun kalau x ada kerajaan BN.kita mau perubahan tapi nyata sekali PR d selangor pn x ada kemajuan,mau bawa pg sabah lagi jgan haraplah...

    ReplyDelete
  30. (Anonymous February 16, 2013 at 9:51 AM)
    Ni lagi satu penyokong perosak bangsa dari PR (Parti Rejim).. Ko yg perlu mkn ubat.. Ko fkir siuk ka bperang? Saudara islam ku d palestin menangis2 minta keamanan, ko pla membenarkan pertumpahan darah.. Orang yg bertamadun, sedikit menggunakan tenaga tetapi banyak menggunakan akal.. Mungkin ko ni orang dari zaman jahiliah kot? Sikit2 mo perang..

    ReplyDelete
  31. Sedih baca komen kmu sehingga tiada perkataan yang sesuai untuk dilafazkan. Keganasan bukan penyelasaian bagi semua masalah.

    ReplyDelete
  32. Anonymous said...
    February 16, 2013 at 7:33 PM

    ni lagi pecacai angkat najis ada mata tengok, ada telinga dengar ada otak fikir2 lah. Napa ko sokong nak berperang ka..

    ReplyDelete
  33. Kerajaan yg tidak punya maruah, tidak cekap dan kurang cerdik dalam menjaga keselamatan rakyat..kalau dengan rakyat sendiri bukan main garang dan tegas lagi..kena pendatang asing yg menceroboh walau bersenjata masih nak berlembut ..nak beri mereka pulang tanpa di hukum..sedangkan terang2 merka2 itu sudah melanggar garis keselamatan negara..Kalau penceroboh itu menyerang, merompak atau menganas dan keluar dari negara, pasukan keselamatan kita pun tidak tahu..mana nya kelengkan persenjataan tentera yg berbilion ringgit dibelanjakan??Baru pendatang haram saja pun boleh lepas..belum lagi tentera2 kerajaan asing yg melanggar..Malu lh

    ReplyDelete
  34. Anonymous said...
    February 17, 2013 at 11:03 AM

    Ko yang sepatutnya ada mata tengok, ada otak fikir, ada telinga kurik2 dulu taik telinga mu tu.. Ko tgk komen tu, mnyokong kpd peperangan ka? Kalo ko gelar aku pencacai tahi, ko pula kuat makan taik.. Tulah perangai mu busuk mcm taik.. Suda busuk, pandai kili2 lg.. Peace, No war!!! Fisabilillah!!!

    ReplyDelete
  35. Pencerobohan yang banyak.

    ReplyDelete
  36. Jom brsatu kt teguh jgn kt bcerai roboh..apa yg penting kt rakyat sabah cthnya kt yg bumiputera ni kena pilih betul2 siapa yg layak mtadbir negara/negeri kt..klu xnak parti BN @ Parti Pembangkang ...atau kt undi diri sedirilh..haha adakh? Klu sya, fikir-fikir dululh..yg penting sabah selamat,aman dan maju..hidup KDM..

    ReplyDelete
  37. Police are in the process of deporting a group of Philippine nationals, who intruded into Lahad Datu on Tuesday, back to the Philippines.

    ReplyDelete
  38. Sabah police commissioner Datuk Hamza Taib said police had ended negotiations with the group and was now focusing on deporting them.

    ReplyDelete
  39. “So, now we can only carry out the process of sending them back so that they can find a suitable channel to air their demands,” he said.

    ReplyDelete
  40. When asked when the group would be sent home, Hamza said, “As soon as possible.”

    ReplyDelete
  41. Prior to this, the group had demanded that they be recognised as the Royal Soldiers of the Sultanate of Sulu and they did not want citizens of Sulu origin in Sabah to be sent back to the Philippines.

    ReplyDelete
  42. Ape gaduh2 nie?tak elok bgaduh,tak dapat

    ReplyDelete
  43. Parti-parti pembangkang dalam sebuah pakatan yang rapuh saban tahun boleh dikatakan hanya menyajikan rakyat dengan pelbagai isu yang mencetuskan polemik dan kontroversi, tanpa membawa manfaat yang dapat dihargai oleh rakyat, apalagi yang boleh dinikmati.

    ReplyDelete
  44. Tahun 2012, pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan pelbagai isu kontroversi. Antaranya mereka menyokong semua tindakan menjamin keselamatan negara haram Israel, kebebasan memilih agama yang kononnya harus diperluaskan juga kepada umat Islam dan kenyataan menghina solidariti umat Islam yang bersatu membantah filem ‘Innocence of Muslims’ yang menghina Nabi Muhammad SAW.

    ReplyDelete
  45. Semua isu itu mencetuskan kemarahan rakyat khususnya orang Islam di negara ini, namun tidak diendahkan pakatan pembangkang yang mahu menarik perhatian dan simpati kuasa luar terhadap perjuangan mereka menggugat kerukunan hidup rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  46. Tiada kesepakatan pendirian dalam pelbagai isu yang ditimbulkan, malah mereka dilihat seperti mahu menjaga ‘kilas kain masing-masing’ sahaja supayatidak terlucut sokongan politik. Satu contoh ialah kenyataan mengenai menjamin keselamatan Israel oleh PKR dibidas keras oleh PAS.

    ReplyDelete
  47. PAS mahu dilihat sebagai parti yang kononnya menjaga kepentingan Islam dan Palestin demi mengekalkan sokongan orang Melayu sedangkan PKR mahu menonjolkan ‘rasional’ pendiriannya selari pendirian kuasa Barat yang cenderung melihat kepentingan Israel biarpun rakyat Palestin sebenar-benarnya mangsa yang dizalimi rejim Tel Aviv.

    ReplyDelete
  48. Turut mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat juga ialah kenyataan Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoal tindakan umat Islammembantah penyiaran filem anti-Islam ‘Innocence Of Muslims’.

    Kenyataan Ngeh dalam laman Twitternya antara lain berbunyi: ‘Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Aremuslims wasting too much time and energy on this?’.

    ReplyDelete
  49. Dan isu kontroversi pembangkang tidak habis di situ sahaja apabila anak ketua pembangkang, Nurul Izzah Anwar pula dilapor membangkitkan bahawa orangMelayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.

    ReplyDelete
  50. Selain mencetuskan kontroversi, pembangkang juga sering menyajikan rakyat dengan sikap tidak konsisten dan percanggahan pendirian antara satu sama lainbermula daripada isu hudud yang terus didendangkan PAS, dan setiap kali itulah mendapat bantahan dan kecaman daripada sekutunya, DAP.

    ReplyDelete
  51. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

    ReplyDelete
  52. Bagaimanapun, Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh pula dalam serangan balasnya menggesa Abdul Hadi berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  53. Banyak pihak melihat percanggahan itu tidak lebih daripada hanya bertujuan menjaga kepentingan masing-masing. DAP tentunya tidak mahu kehilangan sokonganpengundi Cina dengan berdiam diri, lantaran itu terpaksa bersuara keras. PASpula tidak mahu kehilangan sokongan umat Islam. Anehnya, isu hukum hudud timbul setiap kali menjelang pilihan raya dan di negeri-negeri PAS berkuasa sejak lebih 22 tahun lepas tetapi ia tidak pernah pun dilaksanakan secara efektif.

    ReplyDelete
  54. Pergolakan dalaman pakatan pembangkang tidak terhenti di situ sahaja apabila isu perebutan jawatan Perdana Menteri ditimbulkan anggota akar umbi ketiga-tiga parti.

    ReplyDelete
  55. DAP sejak awal tahun lagi tetap dan konsisten mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang turut disambut baik oleh anggota PKR manakala akar umbi PAS pula mencadangkan Abdul Hadi diberikan jawatan Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  56. perlu ketatkan lagi kawalan senpadan negara, jgn biar ia begitu mudah dicerobohi.

    ReplyDelete
  57. Anonymous said...
    February 17, 2013 at 12:57 PM

    masalahnya bro ko punya komen di atas banyak menghasut..guna akal bila berkata buruk padah..aku tak kisah ko di pihak mana tapi biar bercakap berfakta..

    ReplyDelete
  58. Memang perlu buat perundingan, baru selesai masalah. Lagipun belum ada keganasan yang di buat oleh penceroboh.

    ReplyDelete
  59. Berunding secara aman, pasti akan selesai.

    ReplyDelete
  60. Ingat senangkah mau berperang. Sudah bersedia untuk jadi sepeti Gaza. banyak perkara yang perlu di fikirkan. Jangan terlalu memntingkan diri sendiri dengan idea yang tidak masuk akal itu.

    ReplyDelete
  61. Oi najib ngn ketua polis serah la saje Roc pade angkatan tentera.mungkin rmai x tau ape itu Roc.sape x tau ape tu Roc tnye general.skunk yg pegang Roc nie polis.jgb main politik lg.serah Roc cepat.baru askar kite bole sapu bersih.

    ReplyDelete
  62. Oi najib ngn ketua polis serah la saje Roc pade angkatan tentera.mungkin rmai x tau ape itu Roc.sape x tau ape tu Roc tnye general.skunk yg pegang Roc nie polis.jgb main politik lg.serah Roc cepat.baru askar kite bole sapu bersih.

    ReplyDelete
  63. Oi najib ngn ketua polis serah la saje Roc pade angkatan tentera.mungkin rmai x tau ape itu Roc.sape x tau ape tu Roc tnye general.skunk yg pegang Roc nie polis.jgb main politik lg.serah Roc cepat.baru askar kite bole sapu bersih.

    ReplyDelete
  64. Oi najib ngn ketua polis serah la saje Roc pade angkatan tentera.mungkin rmai x tau ape itu Roc.sape x tau ape tu Roc tnye general.skunk yg pegang Roc nie polis.jgb main politik lg.serah Roc cepat.baru askar kite bole sapu bersih.

    ReplyDelete
  65. The police have welcomed the government’s decision to set up the Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) along the east coast of Sabah to provide better security and prevent further intrusions from neighboring countries.


    ReplyDelete
  66. State Deputy Commissioner of Police SAC II Datuk Tan Kok Liang said the ESScom, formally known as the Special Security Area (SSA), would give a positive impact to security forces in dealing with any criminal activities along the east coast as well as to give confidence to the people.

    ReplyDelete
  67. “The establishment of ESScom shows the seriousness of the government in terms of security concerns in Sabah after taking into consideration the incident in Lahad Datu.


    ReplyDelete
  68. “Apart from intrusions of terrorists, the ESScom will also play its role in combating criminal activities such as smuggling activity along the east coast,” he said during the courtesy visit and cheque presentation by Parti Bersatu Sabah (PBS) to the police at the State police headquarters in Kepayan here yesterday.

    ReplyDelete
  69. Present during the visit were PBS secretary general Datuk Henrynus Amin, PBS exco youth Datuk Jahid Jahim and PBS vice-president Datuk Herbert Timbun Lagadan.

    ReplyDelete
  70. In the aftermath of the intrusion by Sulu terrorist group at Kampung Tanduo in Lahad Datu on February 12, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had announced the setting up of the ESSCOM at five districts in the east coast of Sabah and one in Kudat.

    ReplyDelete
  71. Meanwhile, Henrynus said PBS supports the government in setting up the ESScom to address any security threats in the country.

    ReplyDelete
  72. “PBS fully supports the government in implementing ESScom to ensure the safety and prosperity of Sabah in the East Coast. We also support our Chief Minister (Datuk Seri Musa Aman) to provide lands for the Federal Government to implement special security zones in the areas,” he said.

    ReplyDelete

  73. Puteri UMNO chief Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin said the establishment of the Special Security Area (SSA) in Sabah, known as Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) is an appropriate move by the government to manage ongoing security concerns in the state.

    ReplyDelete

  74. She said the setting up of ESSCOM as announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak proved that the government was prepared to take any action towards ensuring national security.

    ReplyDelete

  75. “I welcome the move on ESSCOM and congratulate Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. This is a proactive government action in defending the sovereignty of the country, especially here in Sabah,” she said.

    ReplyDelete

  76. She believed the setting up of the special security area will give a huge relief to the people, especially those affected by the incursion of the armed intruders in the east coast.

    ReplyDelete
  77. “As such, the move should be fully supported by all parties,” she said, when met after opening the School Sports Council Badminton Championships here.

    ReplyDelete

  78. The Papar member of parliament also reminded all parties not to raise any issues that could offend the sensitivities of the ethnic Sabahans when discussing the Lahad Datu intrusion.

    ReplyDelete

  79. She said spreading racial sentiments in regard to the incident will only damage the close relationship that have been nurtured and defended well by the different ethnicity in Sabah all this while.

    ReplyDelete

  80. “The people want all this turbulence to end and I am asking for this not to be manipulated and politicized by certain quarters for personal gain. Everyone should play a positive role, including supporting the government in responding to the intrusion and bringing the situation back to normal,” she said.

    ReplyDelete

  81. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman on Monday said the State Security Council has agreed to rename SSA announced by Najib as Eastern Sabah Security Command.

    ReplyDelete

  82. He said the name had also been approved by the Prime Minister and that further details on ESSCOM would be announced soon.

    ReplyDelete
  83. tahun 2012 datuk najib dan menteri pertahanan berulang alik dari kuala lumpur pergi ke mindanau alasan sebagai orang tengah perjanjian damai antara kerajaan filipina dan bangsa moro dan pada tahun 2013 perjanjian mereka itu tercapai dan hashil daripada perjanjian muslihat itu kita dapat saksikan pelakon undangan dari filipina yang menyarang dan bertapak di kampung tenduo lahad datu sabah dan brmulalah rundingan hampir sebulan barulah pertempuran dimulakan sehinggalah menyababkan kematian anggota keselamatan sedangkan datu najib dan menteri pertahanan hanya duduk dalam bilik berhawa dingin untuk menonton perjanjiannya

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.