Sunday, February 24, 2013

Video "Bayu Perubahan" Tonjol Manifesto Pakatan Rakyat Sabah

Video "Bayu Perubahan" yang baru tersebar di media maya seperti laman facebook mendapat sambutan yang hangat daripada golongan facebookers dan twitterian. Pengunjung yang menonton video berkenaan memberi komentar yang positif terhadap bayu perubahan yang melanda negeri Sabah.

Video yang berdurasi selama 11 minit 14 saat itu memaparkan kehidupan seorang anak muda yang mengalami kesulitan dan kesusahan hidup ketika berada di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dan akhirnya kehidupan anak muda itu berubah menjadi kondusif apabila berada di zaman pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat

Video yang telah disediakan oleh Unit Media Baru, Dewan Pemuda PAS Sabah dengan kerjasama KinabaluTV tersebut memberi penerangan mengenai manifesto Pakatan Rakyat khususnya PAS di bumi Sabah diantaranya memansuhkan PTPTN, 50 000 buah rumah mampu milik, tanah adat, penurunan harga kereta, penghapusan polisi kabotaj, tuntutan royalti 20 peratus untuk bumi Sabah dan lain-lain lagi menyatakan bahawa PAS dan komponen Pakatan Rakyat secara serius memberi komitmen perkhidmatan kepada rakyat Sabah.

Dengan keenakkan lagu tema video I Am For You dan Ini Kali La menambahkan lagi semangat dan keseronokan menonton video Bayu Perubahan tersebut. Bah, Ini kali La!

67 comments:
Write comments
  1. kalau urg sabah masih mau mengundi parti BN,, saya berani cakap la sama pula seperti binatang ternakan BN dan Umno yg suka mengkasi buduh-buduh urg sabah,, pikirla la sendiri bah....


    BAYUMURNI.....

    ReplyDelete
  2. Di Pekan Najib tambah UNDI dengan memasukkan KEM ASKAR yang berada di Parlimen Kuantan ke dalam Parlimen Pekan.

    Di Pekan, Najib menggunakan GANGTERS untuk takut2 Rakyat.

    Di Selangor, Najib sebenarnya dah menggerakkan jentera beliau untuk membodohkan Rakyat.

    Antara isu2 bodoh yang Najib bawa di Selangor ialah:

    1. Isu Pasir
    2. Isu Air
    3. Isu Kuil
    4. Isu tanah Angkatan Tentera
    5. Isu tanah Yayasan Basmi Kemiskinan

    90% isu yang dibawa ialah isu mengenai SUMBER ALAM SEKITAR.

    Sebab apa BN Selangor tumpukan bab sumber alam?

    Sebab mereka dah ketiadaan projek untuk menipu. Mereka dah NAZAK untuk teruskan perniagaan kerana Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran PR akan mengagihkan SUMBER ALAM ini kepada Rakyat.

    BN mana boleh tengok Rakyat senang. Lagi Rakyat susah, lagi tu BN suka sebab boleh PERAH duit Rakyat!!!!

    KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!!

    ReplyDelete
  3. SETUJU TERUSKAN PERJUANGAN KALAU TIDAK SUATU HARI NANTI WARGA FILIPIN DAN WARGA INDON / BANGLA / WARGA / PENDATANG ASING YG AKAN JADI PEMIMPIN DI NEGERI SENDIRI...ORG TEMPATAN PULA JADI PELARIAN AKIBAT PEMIMPIN UMNONGOK YG RAKUS....PRU 13 INI ADALAH KALI TERAKHIR BUAT KITA RAKYAT MALAYSIA MENENTUKAN PEMIMPIN YG TERBAIK SEPERTI PAKATAN RAKYAT...KITA MESTI HAPUSKAN UMNO....INI KALI LA .....KITA TUKAR SEMUA PEMIMPIN UMNO....

    ReplyDelete
  4. BAYU MURNI KITA SEPENDAPAT/AKU TAK TAHU LAH KALAU ORANG SABAH INI MASIH MAHU DI PERBODOHKAN LAGI/INGAT KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI HARAPKAN PEMIMPIN DARI SABAH BN/APA PUN TAK BOLEH DI HARAP.INGAT 500 ITU BUKAN BUAT KITA SENANG.JADI APALAGI TUKAR DAN UBAH

    ReplyDelete
  5. mari la rakyat sabah negeri yg di gelar dibawah bayu, seandainya kita dpt menumbangkan rejim BN/Umno yg telah bertapak di bumi bayu berpuluh tahun hingga menyebabkan Anak-anak, ibu-ibu, bapa-bapa,sanak-saudara, sahabat handai, sepupu-sepapat, jiran-jiran, kawan dan taulan menjadi papa kedana hingga kehari ini, bermakna kita bulih menukar sejarah sebagaimana presiden Obama yg telah Di lantik menjadi perdana menteri yg pertama Di dunia Dan di America, Rakyat sabah tidak la harus berputus asa dengan dan berpandangan gelap terhadap parti pakatan dalam istilah belum Cuba mana kita tau.......OK BAH KAMU ORANG SABAH..........

    BAYUMURNI.............

    ReplyDelete
  6. Jgn dilupa akan jasa SPR mmenangkn BN. Mereka banyak tipu muslihat yg telah dilakukan selama ini . Kalau SPR tidak tolong, aku berani BERSUMPAH yg BN/UMNO dah lama ghuyyub dr peta politik Malaysia. Dr aku belia hngga dah tahap warga emas, aku mmerhatikn gelagat SPR banyak mmbantu BN sebenarnya.

    ReplyDelete
  7. Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan dakwaan pembangkang sebagai khayalan dan tokok tambah yang bertujuan menunjukkan kekuatan politik pembangkang dan mempengaruhi sokongan di negeri ini yang merupakan kubu kuat BN.

    ReplyDelete
  8. "Yang pastinya, BN mungkin menghadapi cabaran hebat, terutama sekali di kawasan bandar dan sub bandar tetapi majoriti rakyat di Sabah masih lagi menyokong BN untuk mentadbir negeri ini dan negara.

    ReplyDelete
  9. "Sudah tentu tidak akan terjadi tsunami politik atau kebangkitan rakyat di Sabah. Ia semata-mata propaganda politik untuk mewujudkan kesangsian atau kekeliruan di kalangan pengundi. Hakikatnya BN masih utuh dan padu," katanya.

    ReplyDelete
  10. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata di Sabah akan berlaku 'Kebangkitan Rakyat Sabah' dalam pilihan raya umum yang datang.

    ReplyDelete
  11. Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, yakin BN akan memperoleh kemenangan dalam pilihan raya umum yang akan datang ini.

    ReplyDelete
  12. Beliau mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan propaganda pembangkang dan sebaliknya terus menyokong pelbagai program transformasi yang diusahakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak demi masa depan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  13. "Saya percaya apa yang terjadi di Semenanjung dalam pilihan raya umum 2008 tidak akan berlaku di Sabah. Yang nyata, landskap politik seluruh negara telah jauh berubah dalam masa empat tahun yang lepas di bawah pimpinan Najib.

    ReplyDelete
  14. "Yang jelas, Najib telah merubah kedudukan BN selaku parti pemerintah ke arah lebih baik. Najib, yang telah menerapkan pendekatan mesra rakyat dalam menangani pelbagai masalah, amat disukai rakyat. Beliau bersedia mendengar kesusahan dan rungutan rakyat serta sanggup turun padang untuk melihat keadaan yang sebenar," katanya.

    ReplyDelete
  15. Anonymous said...
    February 25, 2013 at 10:41 AM
    "Yang jelas, Najib telah merubah kedudukan BN selaku parti pemerintah ke arah lebih baik. Najib, yang telah menerapkan pendekatan mesra rakyat dalam menangani pelbagai masalah, amat disukai rakyat. Beliau bersedia mendengar kesusahan dan rungutan rakyat serta sanggup turun padang untuk melihat keadaan yang sebenar," katanya.

    YA SETUJU, BN PRU 13 LINGKUP, BIAR ENGKAU MEROYAN WAKTU ITU KERANA NEGARA INI AKAN DITADBIR OLEH PR

    ReplyDelete
  16. LAWAN TATAP LAWAN BAH,,, INI KALI LA KAMU URG-URG UMNO YG SOMBONG DAN BONGKAK........

    BAYUMURNI..........

    ReplyDelete
  17. Dulu PM datang menggaris, kota Belud..ada orang membisik.."BUDU LAH ORANG SABAH KALAU UNDI LAGI BN" Salleh Said Keruak pura-pura tidak paham.

    ReplyDelete
  18. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata permintaan Wanita Barisan Nasional (BN) agar lebih ramai calon wanita diberi ruang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  19. Katanya, perkara tersebut akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan segala keputusan akan diputuskan oleh Pengerusi BN Malaysia itu.

    ReplyDelete
  20. “Kita tahu peranan wanita amat penting dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional, jadi sudah tentu akan ada calon-calon yang bertanding pada PRU nanti tetapi semua keputusan terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri,” kata Musa dalam sesi sidang media selepas Majlis Pelancaran Gelombang Biru Wanita BN Negeri Sabah, di sini, kelmarin.

    ReplyDelete
  21. Sementara itu semasa berucap, Musa menyatakan penghargaannya sebagai Pengerusi BN Negeri kepada Wanita BN Malaysia yang begitu prihatin terhadap rakyat di Sabah.

    ReplyDelete
  22. Katanya, barisan pemimpin BN mengakui akan kehebatan jentera wanita BN yang sentiasa bekerja dan turun padang demi membantu kemenangan berpihak kepada BN dalam PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  23. “Baru-baru ini semasa Perdana Menteri datang ke Sabah dan diikuti oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, ramai golongan wanita yang datang berduyun-duyun memberikan sokongan kepada pemimpin tertinggi BN itu,” katanya.

    ReplyDelete
  24. Dalam pada itu Musa mengakui akan semangat jentera Wanita BN yang sudah bekerja keras sejak awal sehinggalah tiba saat PRU ke-13 nanti.

    ReplyDelete
  25. Sementara itu ketika ditanya mengenai peruntukan besar yang diberikan oleh Perdana Menteri dan Timbalannya setiap kali melawat ke Sabah, Musa meyifatkan segala peruntukan itu adalah mengikut kehendak rakyat.

    ReplyDelete
  26. Katanya, Perdana Menteri dan Timbalannya sentiasa mempertimbangkan segala permintaan yang dikemukakan oleh rakyat.

    ReplyDelete
  27. “Jika permintaan itu munasabah dan memberi manfaat kepada rakyat pastinya, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kita tidak akan ragu-ragu untuk meluluskannya dan inilah yang diingini rakyat iaitu pemimpin yang prihatin dan sentiasa membantu,” katanya sambil menyatakan Barisan Nasional akan bekerja dengan kuat demi mencapai kemenangan dalam PRU ke-13 nanti.

    ReplyDelete
  28. Turut hadir, isteri Datuk Seri Musa, Datin Seri Faridah Haji Tussin, Ketua Wanita BN Malaysia, Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita BN Sabah merangkap Exco Wanita UMNO Malaysia, Datuk Armani Mahiruddin dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

    ReplyDelete
  29. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman is confident Sabah Barisan Nasional (BN) can repeat the success of the 2008 general election in the 13th general election.

    ReplyDelete
  30. Also present were Wanita BN chairperson, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil and Sabah Umno deputy liaison chairman, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
    During the 2008 general election, Sabah BN nearly made a clean sweep, winning 59 of 60 state seats and 24 of 25 parliamentary seats contested.

    ReplyDelete
  31. On the number of Wanita BN candidates, Musa said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak would decide on candidates constesting the 13th general election.
    Commenting on the statement by Datuk Nik Aziz Nik Mat of PAS who likened the distribution of BR1M as feeding livestock, he said it was an insult to the people who need aid.

    ReplyDelete
  32. “The Prime Minister gives BR1M 1.0 and BR1M 2.0 in good faith to lighten the burden of the people.
    “We should be grateful for having a leader who is good hearted and have the people’s welfare at heart,” said Musa who is also the Sabah BN chairman.

    ReplyDelete
  33. Meanwhile in SANDAKAN, the Chief Minister described leaders in the opposition as mostly ‘recycled’.
    “They have been in power before, while they were in the BN government. If they sincerely wished to serve the people, surely they would have remained in the BN.

    ReplyDelete
  34. “After joining the opposition, they start promising the moon and the stars, which is basically a big lie, to gain the people’s sympathy,” he said at the presentation of the RM250 1Malaysia People’s Assistance (BR1M 2.0) to 3,058 recipients comprising single adults in the Sungai Sibuga constituency yesterday.

    ReplyDelete
  35. Barisan Nasional (BN) akan dapat mempertahankan kerusi yang dimenangi sebelum ini berdasarkan sokongan kuat yang diberikan oleh rakyat yang semakin kuat.

    ReplyDelete
  36. Barisan Nasional (BN) akan dapat mempertahankan kerusi yang dimenangi sebelum ini berdasarkan sokongan kuat yang diberikan oleh rakyat yang semakin kuat.
    “Ianya juga adalah berdasarkan kepada kejayaan kerajaan BN yang menepati janjinya kepada rakyat dan juga kredibiliti kerajaan membangunkan kepada negara ini,” kata Pengerusi BN yang juga Ketua Umno Bahagian Kimanis, Datuk Seri Anifah Haji Aman.

    ReplyDelete
  37. “Kekuatan jentera parti dan perjuangan ikhlas ahli-ahli parti-parti komponen BN akan menyukarkan pembangkang untuk merampas kerusi-kerusi dalam Parlimen Kimanis ini,” kata Anifah.
    Menteri Luar Negeri itu berkata, memanglah sekarang ini, mereka (pembangkang) terus bersuara lantang sehingga menjanjikan bulan dan bintang semata-mata untuk menarik perhatian rakyat namun rakyat tahu dan sedar suar lantang pembangkang itu hanyalah merupakan suatu janji yang sebenarnya jauh dari kemampuan mereka untuk menunaikannya berbanding dengan kerajaan BN yang telah terbukti kemampuannya menunaikan apa yang dijanjikan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  38. Anifah berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perjumpaan jentera Pilihanraya Puteri Umno Bahagian dan Pengundi Muda Parlimen Kimanis di Ekolake Resort Membakut pada Sabtu.
    “Memang mudah untuk mengikrarkan janji dan ianya memang menjadi budaya pembangkang oleh itu rakyat tidak seharusnya terperangkap dan terpengaruh dengan janji-janji manis pembangkang yang semata-mata hanya mahu meraih sokongan rakyat,” tegasnya.

    ReplyDelete
  39. Beliau berkata, pelbagai cara telah dilakukan oleh pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan antaranya melakukan demonstrasi jalanan dan himpunan Bersih dan tindakan ini bukan lah budaya orang Malaysia namun tindakkan pembangkang itu adalah suatu perbuatan yang mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menggugat keamanan dan rela membelakangkan keselamatan rakyat.
    “Kerajaan menyedari dan rakyat juga harus sedar siapa berada di belakang sebalik himpunan-himpunan Bersih yang dianjurkan oleh pembangkang itu yang jelas adalah dimainkan oleh anasir-anasir luar yang berkuasa besar yang mahu melihat negara ini menjadi kacau bilau, ini termasuk seorang senator dari Australia yang cuba memasuki negara ini untuk bersekongkol dengan pembangkang,” katanya.

    ReplyDelete
  40. Beliau berkata pembangkang sanggup bersekongkol dengan kuasa luar yang membuktikan mereka sanggup melakukan apa saja untuk mencapai matlamat mereka walaupun terpaksa menggadaikan masa depan rakyat dan negara.
    Katanya ,tidak ada sebab untuk rakyat menukar kerajaan kerana kerajaan yang sedia ada terbukti mampu menjaga kebajikan rakyat dan apa yang dilaung-laungkan oleh pembangkang hanyalah merupakan janji untuk meraih sokongan semata-mata.

    ReplyDelete
  41. Beliau mengingatkan bahawa jentera BN akan sentiasa melakukan pemantauan khususnya dalam mengenal pasti kepada mereka yang menjadi penderhaka kepada parti dan jika ini berlaku maka BN tidak akan teragak-agak untuk menyingkirkan mereka dari parti.
    Anifah berkata kehadiran 500 ahli-ahli Puteri pada majlis perjumpaan ini akan memastikan 6,060 pengundi muda wanita selain daripada Pemuda-pemuda BN yang merupakan penyokong kuat BN di Parlimen Kimanis ini akan menjadi benteng dan penggempur untuk menumbangkan parti pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  42. Anifah juga mengingatkan semua jentera BN supaya bersiap siaga untuk menggempur dakyah pembangkang habis-habisan demi mempertahankan hak dan masa depan rakyat dan negara.
    Hadir sama pada Majlis itu Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Hj Mohd Arifin Hj Mohd Ariff,Ketua Pergerakan Pemuda Umno Mohammad Hj Alamin dan AJK Umno Bahagian serta seluruh jentera Puteri Umno Parlimen Kimanis yang diketuai oleh Saodah Sharzaman.


    ReplyDelete
  43. PAKATAN RAKYAT CUBA MEYAKINKAN RAKYAT MELALUI MEDIA TETAPI REALITINYA MEREKA SEBENARNYA SUDAH GAGAL..

    DISAAT bakal mengharungi PRU-13 yang akan datang ini, parti-parti pembangkang di Sabah ini dilihat semakin gagal untuk meyakinkan rakyat bahawa Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat) adalah kerajaan alternatif kepada Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  44. PAKATAN RAKYAT CUBA MEYAKINKAN RAKYAT MELALUI MEDIA TETAPI REALITINYA MEREKA SEBENARNYA SUDAH GAGAL..

    Kelemahan parti pembangkang yang berlaku di semenanjung setiap hari yang didedahkan di dada-dada akhbar mahupun melalui internet telah memberi kesan kepada kebolehpercayaan rakyat Sabah ini kepada PR.

    ReplyDelete
  45. PAKATAN RAKYAT CUBA MEYAKINKAN RAKYAT MELALUI MEDIA TETAPI REALITINYA MEREKA SEBENARNYA SUDAH GAGAL..

    Kenapa terjadi kepada kegagalan tersebut?? Ini adalah kerana PR di Sabah ini mencedok bulat-bulat acuan yang dibawa dari semenanjung. Hasil daripada cedokan yang bulat-bulat itu, kesannya ialah semua perancangan yang dibuat di semenanjung menjadi buntu untuk dilaksanakan di Sabah ini apabila pendedahan berkaitan PR diketahui umum.

    ReplyDelete
  46. PAKATAN RAKYAT CUBA MEYAKINKAN RAKYAT MELALUI MEDIA TETAPI REALITINYA MEREKA SEBENARNYA SUDAH GAGAL..

    Lihat sahaja gelagat ahli-ahli parlimen pembangkang di sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung di semenanjung. Banyak masa dibuang oleh pembangkang berkelahi dan bertikam lidah dengan Speaker hanya atas perkara remeh temeh berhubung peraturan mesyuarat dan perkara-perkara enteng.

    ReplyDelete
  47. PAKATAN RAKYAT CUBA MEYAKINKAN RAKYAT MELALUI MEDIA TETAPI REALITINYA MEREKA SEBENARNYA SUDAH GAGAL..

    Pembangkang gagal mengangkat agenda yang lebih besar dan penting iaitu program pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Mereka membazirkan masa perbahasan untuk membuat tuduhan dan melontar pelbagai fitnah terhadap anggota dan pentadbiran kerajaan.

    ReplyDelete
  48. PAKATAN RAKYAT CUBA MEYAKINKAN RAKYAT MELALUI MEDIA TETAPI REALITINYA MEREKA SEBENARNYA SUDAH GAGAL..

    Kalau diperhatikan juga, pembangkang tidak banyak menyebut dan tidak 'concern' berkaitan dengan perkara yang melibatkan Sabah. Ini bermaksud bahawa PR tidak mengendahkan suara pembangkang dari Sabah.

    ReplyDelete
  49. PAKATAN RAKYAT CUBA MEYAKINKAN RAKYAT MELALUI MEDIA TETAPI REALITINYA MEREKA SEBENARNYA SUDAH GAGAL..

    Setakat ini tidak ada apa-apa wadah yang di bawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang boleh dibanggakan. Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu, Anwar pun terhegeh-hegeh memintas untuk membentang bajet alternatif.

    ReplyDelete
  50. PAKATAN RAKYAT CUBA MEYAKINKAN RAKYAT MELALUI MEDIA TETAPI REALITINYA MEREKA SEBENARNYA SUDAH GAGAL..

    Anwar bertindak demikian kononnya beliaulah bekas Menteri Kewangan terhebat yang mampu menjana pemikiran ekonomi yang paling innovatif. Malangnya apabila dikupas dan analisa oleh pakar ekonomi dan kewangan jelas Anwar tidak faham langsung apa yang dibentangkan.

    ReplyDelete
  51. PAKATAN RAKYAT CUBA MEYAKINKAN RAKYAT MELALUI MEDIA TETAPI REALITINYA MEREKA SEBENARNYA SUDAH GAGAL..

    Kesimpulannya, negara akan bankrap di bawah pembangkang dan ekonomi akan menguncup jika bajet alternatif mereka dilaksanakan.Pembangkang amat berbangga dengan Buku Jingga yang seolah-olah dianggap sebagai kitab suci yang menggariskan program serta dasar bakal dilaksanakan sekiranya mereka memerintah negara.

    ReplyDelete
  52. PAKATAN RAKYAT CUBA MEYAKINKAN RAKYAT MELALUI MEDIA TETAPI REALITINYA MEREKA SEBENARNYA SUDAH GAGAL..

    Walau bagaimanapun, Buku Jingga tidak lebih daripada koleksi mimpi-mimpi PKR, PAS dan DAP yang tidak realistik seperti menghapuskan PTPTN, menghapuskan kutipan tol lebuhraya, pendidikan percuma, mengurangkan harga minyak dan sebagainya. Apa yang pasti ialah tidak pernah didengar Buku Jingga mendapat pujian pakar ekonomi sama ada dari dalam negara atau peringkat antarabangsa.

    ReplyDelete
  53. PAKATAN RAKYAT CUBA MEYAKINKAN RAKYAT MELALUI MEDIA TETAPI REALITINYA MEREKA SEBENARNYA SUDAH GAGAL..

    Sebenarnya Buku Jingga adalah program syok sendiri pihak pembangkang yang tidak berdiri di bumi nyata. Yang tidak boleh pembangkang nafikan adalah hakikat bahawa akhbar berpengaruh seperti Financial Times memberi pujian tinggi kepada Perdana Menteri kerana berjaya meneraju ekonomi Malaysia di saat dunia bergelut dengan pelbagi krisis kewangan.

    ReplyDelete
  54. PAKATAN RAKYAT CUBA MEYAKINKAN RAKYAT MELALUI MEDIA TETAPI REALITINYA MEREKA SEBENARNYA SUDAH GAGAL..

    Perkembangan ekonomi Malaysia yang sihat serta program transformasi ekonomi dan kerajaan yang jelas, tersusun serta membuahkan hasil yang memberangsangan telah mengejutkan pemerhati ekonomi luar.

    ReplyDelete
  55. PAKATAN RAKYAT CUBA MEYAKINKAN RAKYAT MELALUI MEDIA TETAPI REALITINYA MEREKA SEBENARNYA SUDAH GAGAL..

    Hakikatnya dunia luar memerhati prestasi pembangkang kerana jika air percuma di Selangor pun tidak mampu diberi kepada rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008, masakan janji pembangkang boleh dipercayai sekiranya mereka memerintah kerajaan pusat. Memang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar perjuangan dan ideologi.

    ReplyDelete
  56. PAKATAN RAKYAT CUBA MEYAKINKAN RAKYAT MELALUI MEDIA TETAPI REALITINYA MEREKA SEBENARNYA SUDAH GAGAL..

    Menyentuh berkaitan percaturan PR di Sabah ini. Mereka hanyalah menggunakan rakyat Sabah dan penyokong PR di Sabah ini untuk mencapai hasrat PR dan memenuhi agenda politik mereka yang kotor itu.

    ReplyDelete
  57. PAKATAN RAKYAT CUBA MEYAKINKAN RAKYAT MELALUI MEDIA TETAPI REALITINYA MEREKA SEBENARNYA SUDAH GAGAL..

    Rakyat Sabah yang senang dibuli oleh PR ini tanpa berfikir panjang sedangkan bahawa janji manis yang ditawarkan oleh PR kepada negeri Sabah ini adalah bertujuan untuk dijadikan "gula-gula" kepada rakyat Sabah. AKhirnya rakyat di Sabah ini akan merana akibat daripada percaturan tersebut.

    ReplyDelete
  58. PAKATAN RAKYAT CUBA MEYAKINKAN RAKYAT MELALUI MEDIA TETAPI REALITINYA MEREKA SEBENARNYA SUDAH GAGAL..

    Pakatan Rakyat yang hanya wujud pada nama ialah persepakatan tidak formal 3 parti, PAS, DAP dan PKR. Ketiga-tiga parti bersetuju untuk sepakat. Perbezaan idelogi dan budaya politik ketiga-tiga parti ini amat jelas. Bagaimana menyembunyikan perbezaan parti ini, "hanya Anwar Ibrahim" satu-satunya insan yang "benar-benar pakar".

    ReplyDelete
  59. PAKATAN RAKYAT CUBA MEYAKINKAN RAKYAT MELALUI MEDIA TETAPI REALITINYA MEREKA SEBENARNYA SUDAH GAGAL..

    Manakala perbezaan dalam serba-serbi amat jelas dalam hampir seluruh rakyat biasa mengetahui dan melihatnya tanpa memerlukan "kepakaran". Bagaimana pembangkang menyatakan kesepakatan mereka sepakat?. Analisa umum mengatakan bahawa mereka hanya sepakat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, selebihnya mereka belum sepakat malah saling bakal "membunuh atau dibunuh".

    ReplyDelete
  60. PAKATAN RAKYAT CUBA MEYAKINKAN RAKYAT MELALUI MEDIA TETAPI REALITINYA MEREKA SEBENARNYA SUDAH GAGAL..

    Ada apa dengan Pakatan Rakyat?. DSAI adalah individu yang berjaya menimang telur di hujung tanduk dan menatang minyak yang penuh akan keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tanpa PAS dalam Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat hanya menjadi mimpi ngeri.

    ReplyDelete
  61. PAKATAN RAKYAT CUBA MEYAKINKAN RAKYAT MELALUI MEDIA TETAPI REALITINYA MEREKA SEBENARNYA SUDAH GAGAL..

    Mudah saja orang politik menafikan tiada persengketaan demi "strategi peperangan". Tetapi menyembunyikan hanyirnya bau bangkai gajah tidak semudah menyembunyikan jerawat di pipi. DAP ada rekod meninggalkan PAS dalam Barisan Alternatif kerana hubungannya dengan PAS masa itu tidak menguntungkan DAP.

    ReplyDelete
  62. PAKATAN RAKYAT CUBA MEYAKINKAN RAKYAT MELALUI MEDIA TETAPI REALITINYA MEREKA SEBENARNYA SUDAH GAGAL..

    Hubungan DAP dan PAS pula di Bagan Pinang telah merugikan PAS. Dalam banyak perkara PAS dan DAP amat sukar berjalan seiring. Lakukanlah apa saja innovasi dalam PAS bagi keselesaan DAP atau Pakatan Rakyat namun hakikat perbezaan ideologi dan prinsip bukanlah satu perkara yang mudah dipandang remeh.

    ReplyDelete
  63. rakyat di negara ni hidup selesa selama ini.

    ReplyDelete
  64. jangan kamu bertegang urat disini,tunggu PRU13,saya ada pengalaman berkenaan pilihan raya disabah,bermula tahun 1976.1985 dimana kebangkitan rakyaat sabah susah diramalkan,sebagai contoh siapa menyangka Hariss salleh kalah di Tenom,dimana masa itu saya tukang pasang postor PBS,lepas kerja saya start motor saya jam 0600 petang untuk lekat postor di kampung-kampung,dimana rata-rata penduduk kampung masa itu mentertawa saya memasang postor datuk kadoh dan Tan seri pairin dan ada yang lain hanya berkata ngam lah itu maksudnya menyokong PBS manakala yang fanatik parti berjaya menghalau saya dari memasang postor dikampung mereka tapi saya tidak peduli kerana tempat saya pasang bukan lah rumah mereka dan saya pernah dikejar oleh Pemuda parti berjaya pada masa itu,saya tidak serik saya pasang juga postor dan bila lepas pilihan raya Haris salleh kalah saya pungut balik postor yang saya pasang sebab takut kena saman oleh PBT,masa itu bukan PBS kasi saya gaji tapi disebabkan tuntutan untuk mengubah kerajaan maka saya buat kerja juga,tapi sekarang saya sokong sudah itu PR sebab saya nampak terdapat cahaya dihujung sana untuk mengubah nasip genarasi bangsa saya melalui PR dengan perlaksanaan seperti berikut:

    1) Harga Minyak akan di turun kan sebab saya guna 2 kenderaan 4x4
    2) Penghapusan PTPTN..sebab 1 anak saya di IPTS meminjam dengan PTPTN manaka yang 1 saya bayar sendiri
    3) Penurunan Harga kenderaan..sebab banak saya bila keluar dari IPTA/IPTS memang akan membeli kenderaan
    4) Pemberian Royalti Minyak 20 % kepada sabah dimana ia akan membolehkan kerajaan negeri memperbanyak kan infra di sabah ..saya mahu pencen sudah tak kan lah saya mahu jalan kaki lagi kalau mahu pegi tengok kebun memang lah kita guna kenderaan
    5) Penghapusan sistem kabotej ...kalau saya menoreh getah memang harganya mahal sudah.
    6 Bantuan kepada 550.00 kepada yang sudah berumur 60 tahun makasa saya boleh lah dapat menafaat dari pemberian itu sebab mahu dekat sudah umur saya disana.....

    wahai penduduk asli sabah sebelum kita rebah dibumi sendiri lebih baik kita kasi rebah kerajaan yang menindas dan menipu rakyaat malaysia terutama disabah

    ReplyDelete
  65. Utk kehidupan lebih baik ditanah air sandiri,kamurang kenak sokong itu PR,bah.

    ReplyDelete
  66. halu anon diatas.. baik sangatkah kehidupan penduduk di 4 buah negeri jajahan Pakatan Rakyat?? baru tadbir 4 bauh negeri, sudah tunggang langgang, inikan pula sebuah negara..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.