Tuesday, February 19, 2013

Keluar dari Sabah: Sultan Sulu beri syarat

Askar Sultan Sulu, Datu Esmail Datu KiramKumpulan penceroboh yang mahu digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu yang dikepung di Kampung Tanduo, dekat sini telah bersetuju untuk keluar daripada kawasan berkenaan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, kumpulan dari keturunan Sultan Sulu, Selatan Filipina itu meminta untuk bertemu personaliti tertentu sebelum mereka pulang ke negara asal.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya sedang berusaha untuk membawa personaliti berkenaan untuk bertemu dengan kumpulan terbabit bagi membolehkan proses kepulangan mereka dijalankan secepat mungkin.

Beliau yang enggan mendedahkan nama personaliti berkenaan bagaimanapun memberitahu bahawa Sultan Sulu, Datu Esmail Datu Kiram akan ke negeri ini.

“Tidak perlu saya kata lagi kerana ia adalah sebahagian daripada usaha untuk mengusir kumpulan ini balik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas taklimat tertutup di Kem Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Felda Sahabat 16 di sini, semalam."

65 comments:
Write comments
  1. jahanam bah mereka ini.sudahlah masuk negara orang cara lanun.minta syarat plak/ingat in negara bapa mereka kah.bagus lagi mereka tidak d tembak. masih lagi pasukan keselamatan kita baik punya hati kalau tidak mampus kamu

    ReplyDelete
  2. Kenapa bah senang-senang saja orang bolos masuk dalam negeri Sabah ini mana sudah itu kapal selam yang sepatutnya mengawal perairan sabah?

    ReplyDelete
  3. Apa pun utamakan keamanan dan kedamaian.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan harus menyelesaikan masalah ini secepat yang boleh.

    ReplyDelete
  5. Nampaknya sultan sulu sendiri akan datang ke Negeri ini nanti.

    ReplyDelete
  6. Ini bagi memastikan masalah yang tidak diingini tidak berlaku dalam perkara ini.

    ReplyDelete
  7. Namun keadaan masih terkawal lagi. Harap kerajaan tidak akan ambil mudah perkara seperti ini.

    ReplyDelete
  8. berita terbaru mengatakan penceroboh ini tidak mahu keluar dari sabah. mereka dakwa sabah ini adalah tanah mereka dan mereka rela mati pertahankan diri.

    kita kena bersedia dari sekarang. mungkin bila2 masa saja berlaku pertumpahan darah. satu cubaan besar dan kritikal merampas tanah sabah sedang berlaku.

    sediakan kelengkapan untuk pertahankan diri. buatlah apa saja asalkan tidak melanggar undang-undang keselamatan.

    ReplyDelete
  9. mari kita teka sepa itu personaliti tertentu?

    ReplyDelete
  10. haha.. kemasukan diaorang pada 12.02.2013 sebenarnya berkunjung ke sabah untuk beraya Tahun baru cina, jumpa kawan-kawan... alang-alang dah masuk sabah diaorang terdetik nak tengok konset jugak, tu yg salah satu permintaan tu nak jumpa selebriti tu... Nak jumpa Jimmy Palikat dan One Nation Emcy bah itu

    ReplyDelete
  11. Salah tu...Kapal selam tu fungsinya bukan untuk mengawal pantai tp lebih kepala aset tempur Negara...kita ada beberapa kapal perang lain seperti KD Jebat, KD Tuah, kasturi , KD Lekir dan banyak lagi yg fungsinya mengawal perairan negara.. itu x termasuk kapal-kapal kecil dan kapal-kapal Maritim yg lain.

    ReplyDelete
  12. Siapa dalang projek ic....personaliti tu adalah si pemberi ic.kawan sultan sulu yg lain sudah dapat ic, sungguh tidak adil bagi mereka jika org2 yg lain tidak dapat kerakyatan dan warganegara malaysia. Fikir2kn la sepa individu itu.

    ReplyDelete
  13. Kerajaan Tidak Kompromi Hak Dan Keselamatan Rakyat Sabah

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan hak dan keselamatan rakyat negeri ini dalam menyelesaikan secara baik insiden pencerobohan warga Filipina di perairan Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah.

    Beliau juga mengesahkan bahawa kumpulan terbabit bukan merupakan kumpulan militan atau pengganas, tetapi ” oleh kerana mereka juga memegang senjata maka adalah penting apa juga tindakan yang diambil, ia tidak menjurus sehingga berlaku pertumpahan darah.

    ReplyDelete
  14. Kerajaan Tidak Kompromi Hak Dan Keselamatan Rakyat Sabah


    “Saya tengok kawalan di situ berada pada tahap yang membanggakan dan dalam proses kita untuk mengusir mereka ini, ia juga membantu keadaan.

    “Yang penting sekarang banyak betul spekulasi dan khabar-khabar angin dan saya tahu maklumat yang sebenarnya dan saya mengesahkan sebahagian besar yang digembar-gemburkan di luar sana merupakan perkara yang tidak asas langsung,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dekat sini, Isnin.

    Oleh itu, Hishammuddin mengingatkan orang ramai supaya tidak melihat insiden itu sebagai sesuatu yang boleh dipolemikkan atau dipolitikkan.

    “Saya harap kita sabar kerana dari segi operasi, pihak berkuasa diberi mandat untuk memantau tetapi dari segi pendirian…itu amanah dan tanggungjawab kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” katanya sambil menambah bahawa beliau akan pergi ke Lahad Datu esok untuk melihat keadaan di sana.

    ReplyDelete
  15. Kerajaan Tidak Kompromi Hak Dan Keselamatan Rakyat Sabah

    Beliau berkata kerajaan akan memastikan operasi yang dirancang itu berjalan lancar dan tidak ada insiden yang tidak diingini terutama yang melibatkan pertumpahan darah.Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia bekerja rapat dengan kerajaan Filipina dalam menangani insiden itu.

    Mengenai permintaan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu untuk berjumpa personaliti tertentu, beliau tidak memberi butiran lanjut tetapi berkata rundingan masih dijalankan.

    “Saya ingin menegaskan bahawa ia (insiden) bukan isu suku kaum dan ia tidak kena mengena dengan pendirian atau kedaulatan dan sebagainya.

    “Tetapi dalam konteks kita, ini adalah bumi kita…ini adalah sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara dan inilah yang kita tangani dengan bijaksana dengan cara tidak ada mana-mana nyawa terkorban atau tumpah darah di bumi kita,” katanya.

    ReplyDelete
  16. Kerajaan Tidak Kompromi Hak Dan Keselamatan Rakyat Sabah

    Ditanya perkembangan terkini rundingan dengan kumpulan warga Filipina itu, Hishammuddin berkata rundingan setakat ini menunjukkan betapa profesionalnya pasukan keselamatan negara.

    “Kalau kita ambil tindakan, dari hari pertama sudah kita ambil tindakan namun dalam keadaan begini kita tidak mahu ada nyawa yang terkorban “walau apa jua sebabnya” di pihak mereka yang akan memberi kesan kepada kita.

    “Sama ada insiden itu selesai dalam masa terdekat atau lama lagi, kita bergantung sangat kepada pihak-pihak (tentera, polis) yang lebih mahir dalam operasi ini,” katanya.

    Ditanya sama ada terdapat masa tertentu untuk menyelesaikan kes itu, Hishammuddin berkata tidak ada pihak yang boleh mengesahkannya buat masa ini.

    ReplyDelete
  17. Kerajaan Tidak Kompromi Hak Dan Keselamatan Rakyat Sabah

    Mengenai kritikan pihak pembangkang yang mempersoal tindakan kerajaan menangani isu pencerobohan itu, beliau berkata mereka berhak berbuat demikian namun pemimpin pembangkang tidak pernah menghargai apa juga perkara baik yang dilakukan kerajaan.

    Mengulas penyebaran insiden pencerobohan itu di “Youtube”, beliau berharap rakyat tidak terikut-ikut dengan perkara itu dan menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin khususnya yang boleh memudaratkan keselamatan.

    Hishammuddin berkata tahap kawalan keselamatan di pusat peranginan atau pelancongan terutama di pantai timur Sabah juga dipertingkatkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

    ReplyDelete
  18. February 19, 2013 at 9:22 AM :

    dah tu sultan akjan yg ditabalkan di likas itu sultan utk negara mana pula? mongolia???

    ReplyDelete
  19. sabah sudah ditawan oleh penceroboh barulah kerajaan kata ada masalah. sekarang ini sabah diambang perang, hisamudin kata tiada apa2'' tu yang penceroboh tidak mahu balik tu apa benda? mereka tuntut tanah di sabah apa benda?

    bercakap benarlah kepada rakyat kerana rakyat perlu tahu apa yang berlaku. jan sampai bunyi bom sana sini baru kerajaan terketar ketar lutut''

    ReplyDelete
  20. Cagayan de Oro City Rep. Rufus Rodriguez, for his part, urged the Filipinos involved in the standoff not to start trouble in the territory.

    ReplyDelete
  21. “They should not create trouble. They should not give Malaysia the impression that they are rocking the boat in Sabah. The Malaysians have been our friends. In fact, they have been helping us resolve the problem of Muslim separatism in the south,” he said.

    ReplyDelete
  22. Rodriguez, president of the Christian Democratic Party, said Malaysia hosted the series of talks between the government and the Moro Islamic Liberation Front that led to the recent signing in Malacañang of a historic framework agreement for peace in Mindanao.

    ReplyDelete
  23. He said the armed men who claim to be part of the royal army of the Sultanate of Sulu should resolve their problem peacefully with the authorities in Sabah.

    ReplyDelete
  24. Rodriguez, one of the authors of the Philippine Baselines Law enacted in 2009, said Congress did not include Sabah in the definition of the country’s territory in such law “due to the fact that Malaysia is occupying it.”

    ReplyDelete
  25. “We have to accept the reality that Malaysia rules Sabah, though we have a dormant claim to the island. We would have elicited protest from Malaysia against our baselines law had we included Sabah in our territory. Besides, our law would not have complied with UNCLOS (United Nations Convention on the Law of the Sea),” he said.

    ReplyDelete
  26. He said only the disputed Spratlys group of islets off Palawan and Panatag (Scarborough) Shoal near Zambales were treated as “regime of islands” that belongs to the Philippines.

    ReplyDelete
  27. “The United Nations and the international community have accepted our baselines law,” he added.

    ReplyDelete
  28. Kalau perhimpunan bersih polis dengan gagah membelasah perserta...tetapi dengan penceroboh menuntut itu ini dituruti dimana nilai maruah
    Pemimpin kerajaan malaysia?

    ReplyDelete
  29. Rakyat diingatkan tidak hanya memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing saja, sebaliknya sentiasa memikirkan manfaat semua kaum.

    ReplyDelete
  30. konsep sama dilaksanakan Barisan Nasional menerusi konteks keadilan sosial yang bermaksud agihan sama rata merentasi semua etnik dalam merangka dan membuat keputusan berkaitan sesuatu dasar

    ReplyDelete
  31. Sehubungan itu, kerajaan akan sentiasa berhubung dengan rakyat pelbagai lapisan masyarakat supaya mereka faham bahawa bantuan yang disalurkan dibuat tanpa mengira kaum

    ReplyDelete
  32. Jika melihat sesuatu mengikut perspektif zero sum, bermakna kita tidak dapat tentukan antara rakyat yang memerlukan dan mereka yang layak untuk dibantu, sebab itu apa juga pertolongan disalurkan kerajaan tidak dilihat sebagai zero sum.

    ReplyDelete
  33. PM boleh penuhi permintaan rakyat jika mahu menjadi popular tetapi ia bukan langkah terbaik kerana yang penting adalah memberi mengikut kemampuan

    ReplyDelete
  34. Rakyat Malaysia mahu Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan tugas sebagai perdana menteri dan beliau perlu diberi mandat yang lebih kukuh dalam pilihan raya umum ke-13

    ReplyDelete
  35. Najib, yang banyak membawa transformasi dan perubahan kepada negara serta rakyat, telahpun membuktikan bahawa beliau berjaya menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi rakyat.

    ReplyDelete
  36. Perdana menteri kita faham tentang ekonomi dan bersedia untuk membuat keputusan yang sukar demi manfaat rakyat dan negara

    ReplyDelete
  37. kita perlukan PM untuk meneruskan tugas sebagai perdana menteri dan memberi beliau mandat yang kukuh pada pilihan raya akan datang

    ReplyDelete
  38. kekayaan dan kemewehan yang mereka miliki akan “hilang” kecuali jika negara mempunyai kestabilan politik.

    ReplyDelete
  39. nak komen guna akal.. hehe

    ReplyDelete
  40. . ....nak jaga fixed deposit yg dah nak tumbang.

    ReplyDelete
  41. Kalau rakyat malaysia didapati berkeliaran ataupun berjalan dengan senjata api untuk ke ladang tanpa lesen, akan dikenakan tindakan tegas termasuk penjara TANPA BICARA kerana memiliki senjata api tanpa lesen. Itu belum menceroboh. Kenapa dengan orang asing penceroboh, dengan senjata api, siap boleh runding? Pengganas/penceroboh itu ada lesen senjata? menceroboh semata2 untuk memburu pelanduk? kijang? rusa?..fikirkan dimana sebenarnya tanggungjawab kerajaan yang patut dlam hal tersebut.

    ReplyDelete
  42. Tuntutan sekumpulan warga asing yang dikatakan bersenjata dan lengkap berpakaian ala tentera ingin meminta pengiktirafan sebagai tentera Diraja Kesultanan Sulu dan menghentikan pengusiran orang-orang Sulu atau Suluk sepatutnya tidak timbul.

    ReplyDelete
  43. Sehubungan dengan itu, beliau berharap pihak kerajaan negara ini agar menolak sekeras-kerasnya tuntutan kumpulan yang baru-baru ini menceroboh masuk perairan dekat Lahad Datu memandangkan tidak diketahui apa sebenarnya matlamat mereka.

    ReplyDelete
  44. "USCO tidak setuju sebab tuntutan sebegini boleh mencemarkan nama baik orang-orang Suluk bumiputera di Sabah, malahan hanya akan mencetuskan rasa syak wasangka terhadap orang-orang Suluk itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, kelmarin.

    ReplyDelete
  45. Bentan berharap pihak kerajaan menerusi pasukan keselamatan sedia ada akan dapat menjalankan rundingan yang baik dengan kumpulan berkenaan sekali gus menyelesaikannya secara aman tanpa melibatkan insiden yang menggugat keselamatan negara.

    ReplyDelete
  46. Pada 13 Februari lepas, pasukan keselamatan Malaysia telah menahan sekumpulan warga asing bersenjata yang berpakaian tentera apabila menceroboh perairan dekat Lahad Datu.

    ReplyDelete
  47. Tuntutan sekumpulan warga asing yang dikatakan bersenjata dan lengkap berpakaian ala tentera ingin meminta pengiktirafan sebagai tentera Diraja Kesultanan Sulu dan menghentikan pengusiran orang-orang Sulu atau Suluk sepatutnya tidak timbul.

    ReplyDelete
  48. Presiden Pertubuhan Masyarakat Suluk Bersekutu (USCO), Bentan Alamin berkata, ini kerana Suluk adalah masyarakat bumiputera yang sudah lama bermastautin di negeri ini; masakan pula perlu ada tuntutan tersebut.

    ReplyDelete
  49. Sehubungan dengan itu, beliau berharap pihak kerajaan negara ini agar menolak sekeras-kerasnya tuntutan kumpulan yang baru-baru ini menceroboh masuk perairan dekat Lahad Datu memandangkan tidak diketahui apa sebenarnya matlamat mereka.

    ReplyDelete
  50. USCO tidak setuju sebab tuntutan sebegini boleh mencemarkan nama baik orang-orang Suluk bumiputera di Sabah, malahan hanya akan mencetuskan rasa syak wasangka terhadap orang-orang Suluk itu sendiri,"

    ReplyDelete
  51. harap pihak kerajaan menerusi pasukan keselamatan sedia ada akan dapat menjalankan rundingan yang baik dengan kumpulan berkenaan sekali gus menyelesaikannya secara aman tanpa melibatkan insiden yang menggugat keselamatan negara.

    ReplyDelete
  52. Bateri sial & Mantera - 2 org anjing kurap UMNO be end

    ReplyDelete
  53. Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak berhubung isu keselamatan di Sabah dalam kes penahanan sekumpulan warga asing yang cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  54. Kerajaan memandang serius hak keselamatan yang melibatkan rakyat di Sabah malah akan memastikan isu tersebut dapat ditangani dengan baik.-Hishammuddin

    ReplyDelete
  55. "Ini (pencerobohan di Lahad Datu) adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan sejak awal lagi tidak akan berkompromi dengan hak keselamatan Sabah dan rakyat di Sabah. Kita dalam proses usir mereka yang terlibat balik ke negara asal.

    ReplyDelete
  56. Siapa agaknya personaliti tu?sangat menimbulkan tanda tanya.

    ReplyDelete
  57. Memang banyak perkara2 yang terjadi bila pilihanraya sudah dekat.

    ReplyDelete
  58. Bahaya ni.orang luar boleh tembus negara ni. dengan senjata api lagi tu.mujurlah tiada tembak menembak.

    ReplyDelete
  59. Baguslah mereka ini sanggup keluar.

    ReplyDelete
  60. Isu yang mengancam keselamatan tidak boleh kompromis lagi.

    ReplyDelete
  61. Malaysia harus tegas terhadap unsur keganasan sebegini yang seakan merosakkan keharmonian negara.

    ReplyDelete
  62. Buatlah yang terbaik yang memanfaatkan rakyat.

    ReplyDelete
  63. Pihak berkuasa tidak harus mengabaikan keselamatan yang rakyat ada.

    ReplyDelete
  64. Perundingan perlu di buat bagi memastikan keselamatan penduduk LD.

    ReplyDelete
  65. this just a for lesson for malaysia..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.