Berdasarkan keadaan terkini Perdana Menteri dijangkakan akan membubarkan parlimen pada 22.2.2013 (Jumaat). Kini semua orang sedang ternanti-nanti waktu pembubaran yang akan diumumkan. Adakah tarikh 22.2.2013 akan benar-benar mejadi kenyataan atau hanya spekulasi seperti sebelumnya.
Walaupun sebelum ini telah banyak tarikh dan spekulasi mengenai PRU13 ini diramalkan tapi semuanya tidak menjadi kenyataan. Ianya berlalu begitu sahaja sehinggakan peramal dan ahli nujum sudah hilang minat untuk memperkatakan bila tarikh pembubaran parlimen akan dibuat oleh Perdana Menteri.
Hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu tarikh sebenarnya bila pembubaran parlimen akan diumumkan. Sehinggakan Datin Seri Rosmah Mansor ada berkata sekalipun beliau insan paling rapat dengan Perdana Menteri namun beliau tidak pernah dimaklumkan berkenaan tarikh pilihan raya.
Secara berseloroh, Rosmah berkata: "Masa tidur pun (Perdana Menteri) tak cakap tarikh pilihan raya, saya pun tak tahu bila pilihan raya, saya ingatkan PM akan cakap-cakap masa tidur, tapi tak juga," katanya.
Sebelum ini Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat kejutan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei. Katanya ini adalah kerana pengundi di negeri itu kini sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Beliau mengesyorkan cadangan tersebut selepas berpendapat rakyat Selangor di bawah pemerintahan kerajaan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah bersedia.
"Saya tak nak rakyat tertunggu-tunggu bila pilihan raya diadakan...ini membazirkan tenaga dan menimbulkan banyak perbincangan berbentuk spekulasi,"
Beliau berharap cadangan pembubaran DUN Selangor itu akan menggerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengumumkan tarikh pilihan raya. Selain itu, katanya, cadangan tersebut supaya pilihan raya diadakan secepat mungkin kerana kerajaan negeri menghampiri tarikh tamat mandat pemerintahannya.
Tanda PRU13 yang paling nyata akan dibuat Mac 2013 bila semua pembayaran beberapa bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 sedang rancak dilaksanakan. Antaranya bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0), Bantuan Khas Awal Persekolahan, Baucar Buku 1Malaysia dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia.
Perdana Menteri tentunya tidak mahu membiarkan Menteri Besar Selangor mendahuluinya atau membiarkan Parlimen terbubar dengan sendirinya pada hujung April 2013.
Jika benar tarikh 22.2.2013 Parlimen dibubarkan. Penamaan calun dijangkakan pada 16.3.2013. Pengundian pula akan dibuat pada 30.3.2013. Tarikh pengundian ini bertepatan dengan cuti persekolahan. Tentunya Perdana Menteri mengambil kira semua ini bagi memudahkan SPR membuat persedian sebelum pengundian.
Sumber: utusankini.com
Tuesday, February 19, 2013
Jika Parlimen Bubar 22.2.2013, Mengundi 30.3.2013?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
apa takut wahai bn kan dah bagi brim 1.2.3.4.5.6.7.8.9 jadi bubar lah kita tengok sapa yg kena.ngat rakyat bodoh kah ini kali lah
ReplyDeleteGE 13 is just round the corner and voters must start grading the performances of the UMNO/BN rule in the past five decades.
ReplyDeleteThe scrutiny must be deep-rooted in long term results that will benefit the country and rakyat, and not short term ones that come once every five years.
ReplyDeleteThis coming General Elections, voters must be very attentive of the candidates they are going to vote in to form the next government.
ReplyDeleteThis coming General Elections, voters must be very attentive of the candidates they are going to vote in to form the next government.
ReplyDeleteIf you are patriotic and love your country, you must make the right choice by voting in a credible, competent and clean government, one with the integrity to treat all Malaysians as equal and with respect. Failing to do so will see in ruin the nation that you love and are patriotic about.
ReplyDeleteGeneral election is around the corner, voters are expected to sit tight and be wise while casting their votes during the election period.
ReplyDeleteI advice we all pay attention in order to avoid be misled or manipulated by anyone, we must start weighing the performances of all political parties.
ReplyDeleteIf we are to scrutinize and value the performance of the BN government for the past couple of years, we can be rest assured that if given another chance this country would be completely transformed for good.
ReplyDeleteLet's come together irrespective of racial differences as One Malaysia of equal rights, respect each other, make the right decision to have a life time experience even as the election is fast approaching.
ReplyDeleteWe are expected to give the government our full support in the next coming election.
ReplyDeletebaball ,.stupid..bustard
ReplyDeleteI am voting for a govt where the ybs work for the rakyat n not become project lobbyist for themselves family n cronies.The aspiring candidates should seriously decide whether to be the peoples rep.or contractors.There is still time to think.
ReplyDeleteI am voting for a govt where the ybs work for the rakyat n not become project lobbyist for themselves family n cronies.The aspiring candidates should seriously decide whether to be the peoples rep.or contractors.There is still time to think.
ReplyDeleteRakyat yg punya kuasa..
ReplyDeleteWait for the announcement.
ReplyDeleteBiarlah rakyat yang menentukan kemenangan parti.
ReplyDeleteHoping for a fair and clean election.
ReplyDeleteLet see whether BN will remain in power.
ReplyDeleteUndilah dengan bijak dan jangan mengikut emosi yang akan membawa kesan kepada generasi akan datang.
ReplyDeleteUndilah dengan bijak untuk PRU-13 kali ini.
ReplyDeletedari susah2 buat ramalan baik tunggu ja pengumuman dari PM.
ReplyDeleteKami menanti pengumuman umum dari Najib. For sure not long from now.
ReplyDeleteParlimen akan dibubarkan tidak lama lagi, semoga PRU13 akan dijalankan dengan lebih bersih, terbuka dan amanah.
ReplyDeleteRakyat jugs sudah bersedia untuk mengundi.
ReplyDeleteSemua jentera sudah bersedia untuk berjuang agaknya.
ReplyDeleteBN menghadapai cabaran yang tidak terjangka rasanya.
ReplyDeletePRU 13 - PKR PERINTAH
ReplyDeletePresiden Upko: BN akan menang PRU 13
ReplyDeletePresiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok yakin Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang, terutama pada pilihan raya negeri Sabah.
Katanya berdasarkan sokongan rakyat, Sabah kekal sebagai kubu kuat BN dan sejajar dengan itu, beliau menyeru mereka, terutama masyarakat Kadazandusun Murut (KDM), supaya terus bersama BN demi kebaikan mereka.
Presiden Upko: BN akan menang PRU 13
ReplyDelete"Memang tidak diragukan bahawa BN kuat di Sabah, tapi tidak boleh dinafikan akan ada cabaran di kawasan bandar dan sub bandar.
"Tapi, saya yakin BN akhirnya akan menang pada pilihan raya akan datang," katanya pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Ramadan 1Malaysia di Kompleks Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) di Kepayan, sekat sini malam tadi.
Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, menyangkal dakwaan bekas timbalan presiden Upko Datuk Wilfred Bumburing bahawa 40 peratus pemimpin Upko meninggalkan parti itu untuk menyertai Pakatan.
"Saya ingin tegaskan di sini bahawa hanya Bumburing, seorang naib presiden Upko, seorang pengerusi tetap dan segelintir pemimpin termasuk anggota dewan tertinggi, telah meninggalkan parti ini," katanya sambil menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya oleh pembangkang yang menabur janji untuk memancing undi mereka.
Presiden Upko: BN akan menang PRU 13
ReplyDeleteSemalam, naib presiden Upko Senator Datuk Maijol Mahap mengesahkan keputusan beliau meninggalkan BN pada satu majlis di kediamannya di Kampung Kokobuan, Kota Marudu.
Maijol adalah pemimpin BN ketiga yang meninggalkan parti gabungan itu sejak bulan lepas, selain Bumburing dan Anggota Parlimen Beaufort, yang juga bekas timbalan menteri persekutuan serta anggota majlis tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin.
Sementara itu, Dompok mengumumkan pemberian peruntukan RM10,000 kepada surau yang terletak di kawasan kompleks itu.
"Di Sabah, kami boleh merapatkan hubungan melalui majlis berbuka puasa anjuran wakil rakyat beragama Islam dan bukan Islam.
"Jelas sekali, kecenderungan politik dapat diketepikan manakala ciri-ciri kemanusiaan kami ditonjolkan dan dengan jelas menunjukkan setiap rakyat dilayan secara sama rata," katanya.
Kajian rumus Umno, BN punya kelebihan menang PRU 13
ReplyDeleteUmno dan Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) dan merampas kembali beberapa negeri yang ditadbir pembangkang, demikian menurut kajian yang dilakukan beberapa ahli akademik.
Kajian rumus Umno, BN punya kelebihan menang PRU 13
ReplyDeleteProf Madya Dr Fuad Mohd Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata kajian itu, yang dilakukan terhadap 1,400 responden di Kedah dan Selangor pada Mac hingga Mei tahun ini, menyimpulkan bahawa rakyat Malaysia setakat ini memilih BN.
"Di Selangor, pengundi cenderung untuk memilih BN manakala di Kedah kedudukannya 50-50 tetapi ia mungkin berubah," katanya pada Perbincangan Meja Bulat 'PRU 13: Malaysia Pilih Siapa' anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) di sini hari ini.
Kajian rumus Umno, BN punya kelebihan menang PRU 13
ReplyDeletePengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran UKM itu berkata PRU 13 merupakan satu kemuncak kepada penilaian prestasi bagi BN dan pakatan pembangkang di empat negeri sama ada mereka boleh kekal memerintah ataupun BN berjaya merampas kembali keempat-empat negeri berkenaan.
Secara keseluruhannya, beliau berkata 69.6 peratus responden menyatakan bahawa BN akan memenangi PRU 13 iaitu 37.5 peratus menyatakan bahawa BN akan menang dengan 2/3 majoriti manakala 32.1 peratus pula menang dengan majoriti mudah.
Kajian rumus Umno, BN punya kelebihan menang PRU 13
ReplyDelete"Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), 54.1 peratus responden akan memilih BN, 14.4 peratus (PAS), tiga peratus (PKR) dan selebihnya tidak pasti, manakala di peringkat Parlimen, 57 peratus memilih BN, 20.6 peratus (PR) dan 22.4 peratus tidak pasti," katanya.
Di Selangor, Dr Fuad berkata kajian simulasi berdasarkan kepada keputusan PRU 11 dan PRU 12, profil pemilih berdaftar terkini dan reputasi BN mendapati bahawa BN akan menang di 40 kerusi DUN.
Di Kedah, seramai 50.7 peratus responden memilih PAS untuk menang di peringkat DUN, 49.3 peratus (BN) dan selebihnya tidak pasti, katanya.
Kajian rumus Umno, BN punya kelebihan menang PRU 13
ReplyDeleteBeliau berkata kepimpinan dan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diterima dan terus mendapat sokongan juga menjadi antara faktor kelebihan BN untuk memenangi PRU 13.
"Purata 87.4 peratus mereka yang berumur 21 hingga 60 tahun menyokong kepimpinan Najib. Tujuh puluh enam peratus menyatakan imej Najib amat baik berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.
Beliau berkata sokongan golongan muda pada tahun 2008 agak merosot, justeru, Najib membuat pendekatan 'modul magnet' bagi menarik semula sokongan dengan melakukan pembaharuan yang bersifat populis dan praktikal menerusi media sosial dan transformasi politik.
Profesor Madya Dr Rohana Yusof dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menjalankan kajian ke atas 10,800 responden di Kedah pada November 2011 sehingga Februari 2012 menunjukkan bahawa rakyat Kedah menolak kerajaan PAS Kedah kerana gagal menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum lepas.
Kajian rumus Umno, BN punya kelebihan menang PRU 13
ReplyDelete"Sebanyak 54 peratus responden menyatakan bahawa kerajaan PAS sedia ada tidak wajar dikekalkan manakala 58 peratus mengatakan bahawa kerajaan BN di peringkat persekutuan perlu dikekalkan," katanya.
Rakyat Kedah kini lebih menerima dasar-dasar kerajaan persekutuan berbanding kerajaan negeri dan cara terbaik ialah dengan memberi ruang kepada BN untuk kembali memerintah Kedah, katanya.
Rohana berkata mereka juga memerlukan seorang Menteri Besar yang mampu menyelesaikan masalah rakyat, mudah dihubungi dan rajin turun padang bertemu rakyat dan ini memberi gambaran terhadap ketidakupayaan Menteri Besar sekarang,Datuk Seri Azizan Abdul Razak melaksanakan tanggungjawab yang diharap oleh rakyat.
"Calon Menteri Besar Kedah yang dipilih sekiranya Umno berjaya merampas Kedah ialah rata-rata memilih Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir.
Ini menunjukkan bahawa mereka perlukan muka baru yang lebih muda untuk mentadbir negeri," katanya.
ANALISA DR.M, BN AKAN MENANG BESAR PRU-13
ReplyDeleteBekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yakin Barisan Nasional (BN) mampu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada keputusan kali ini akan lebih baik berbanding keputusan 2008.
'Kita sukar untuk meramalkan kerana situasi sekarang tidak seperti sebelum ini yang BN boleh menang dengan selesa pada pilihan raya umum.
''Tetapi saya yakin BN boleh menang tetapi adakah ia lebih baik berbanding pilihan raya umum 2008 atau memperoleh majoriti dua pertiga adalah satu persoalan yang sukar untuk diramalkan," katanya selepas merasmikan Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Putrajaya, semalam.
ANALISA DR.M, BN AKAN MENANG BESAR PRU-13
ReplyDeleteSebelum ini, bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin meramalkan bahawa BN hanya akan menang mudah di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang.
"Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya lagi.
Mengenai kemungkinan sukar bagi BN mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai antara penyebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak belum mahu mengadakan pilihan raya umum ke-13, Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh hendak membaca apa yang ada dalam fikiran Najib.
63 % mahasiswa yakin BN akan menang PRU 13
ReplyDeleteKUALA LUMPUR: Kira-kira 63 peratus mahasiswa di seluruh negara menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan dalam tempoh terdekat tahun ini.
Ia berdasarkan kajian dilakukan Yayasan Ehwal Siswa (YES) bulan lalu di tiga universiti utama di Lembah Klang membabitkan 3,000 responden terdiri mahasiswa daripada pelbagai kursus pengajian dan negeri, termasuk negeri di bawah pentadbiran pembangkang.
Universiti terbabit ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pengerusi YES, Datuk Mohd Radzi Abd Latif, berkata kajian yang turut membabitkan responden daripada negeri di bawah pimpinan pembangkang turut menunjukkan Datuk Seri Najib Razak adalah calon Perdana Menteri popular untuk terus memimpin Malaysia.
"Secara keseluruhannya, 57 peratus responden yang mewakili UKM dengan 75 peratus, UPM (67.4 peratus) dan UM (41.4 peratus) mengatakan kepimpinan Perdana Menteri baik dan popular.
"Manakala, secara purata dengan 59 peratus daripada responden berasal dari negeri pembangkang termasuk Selangor dan Pulau Pinang mengakui Najib pilihan utama sebagai Perdana Menteri" katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Beliau berkata, media sosial seperti Facebook dan Youtube adalah sumber utama yang paling kerap dilayari dan dipercayai oleh mahasiswa untuk mendapatkan berita politik serta perkembangan semasa.
"Dengan sampel yang besar serta kebolehpercayaan yang tinggi, BN dijangka menang," katanya.
Kajian UMCEDEL Buktikan BN Akan Menang PRU 13
ReplyDeleteBerdasarkan laporan terbaru kajian pilihanraya yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) tidak syak lagi Barisan Nasional (BN) sudah berada di landasan yang betul untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13).
Kajian tersebut yang dilaksanakan bermula 1 September hingga 16 September 2012 lepas melibatkan seramai 1,536 orang respondan dari seluruh negara. Kurang 746 orang berbanding 2,282 orang responden yang ditemubual semasa tempoh kajian sebelumnya (31 Mac – 15 April 2012).
Di peringkat pusat, daripada 1,536 responden yang dikajiselidik itu, seramai 676 orang ataupun 44% daripadanya yakin BN akan memenangi PRU 13 dan mengekalkan penguasaan sebagai Kerajaan Pusat. Hanya 461 orang sahaja yang memilih Pakatan Rakyat (PR).
Manakala baki 399 orang ataupun 26% lagi memberikan jawapan tidak pasti, berkemungkinan besar terdiri dari golongan atas pagar. Angka 26% adalah amat besar bagi sebuah negara demokrasi yang membangun seperti Malaysia dan amat signifikan dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan.
Sekiranya kajian dan rekod pilihanraya lalu dijadikan sandaran, golongan pengundi atas pagar acapkali akan mengundi berdasarkan isu semasa dan umumnya sebahagian besar golongan ini sebenarnya lebih cenderung bersama BN.
Dengan hanya 30% sahaja respondan yang memilih PR sebagai pemenang sementara baki 70% lagi jelas tiada keyakinan terhadap kemampuan PR, tidak sukar untuk kita jangkakan pada PRU 13 kelak akan menyaksikan PR terpaksa melepaskan banyak kawasan DUN dan Parlimen yang kini sedang dikuasai mereka.
Dalam PRU 12 yang dilangsung pada tahun 2008, calon-calon pembangkang menguasai sejumlah hampir 49% undi dari seluruh negara dan kesannya membolehkan mereka menang di 83 kerusi Parlimen.
Jika peratusan 30% yang memilih PR itu diterjemahkan dalam konteks peratusan undi pilihanraya, bermakna mereka akan keciciran lebihkurang 1 per 3 kawasan-kawasan Parlimen dan DUN yang kini dalam penguasaan PR.
Sementara itu, seandainya trend sokongan golongan atas pagar terus cenderung bersama BN termasuklah seperti mana yang dibuktikan dalam beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini, itu adalah satu petanda malang untuk PR.
PRU 13 kelak tidak hanya akan menyaksikan kebangkitan semula BN, lebih dari itu impaknya bakal menyebabkan penguasaan 22 tahun PAS di Kelantan juga bakal menemui noktah akhir.
Secara keseluruhannya, kajian oleh UMCEDEL itu membuktikan BN sudah pulih dari kejutan tsunami politik 2008 dan ia selari dengan kebangkitan semula BN sebagaimana ditunjukkan melalui peningkatan undi sokongan dan kemenangan dalam banyak siri pilihanraya kecil sebelum ini.
PM berkata pembubaran Parlimen hanya akan dibuat apabila semua pihak termasuk rakyat bersedia menghadapi pilihan raya umum
ReplyDeleteRakyat harus faham satu undi untuk BN… satu undi untuk agenda transformasi negara dan satu undi untuk keamanan dan kestabilan negara untuk masa depan yang lebih cerah lagi
ReplyDeletePada keseluruhannya PM berpuas hati dengan tahap persefahaman yang wujud di kalangan parti komponen BN Sabah
ReplyDeleteBN sudah hampir selesai memilih calon
ReplyDeletePengundi yang menolak calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum akan datang diibarat memutuskan hubungan dengan kerajaan pusat.
ReplyDeletewakil rakyat BN telah terbukti berkesan menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan.
ReplyDeleteApabila anda tiada wakil di Parlimen, anda tiada suara di sana.
ReplyDeleteuntuk kebaikan anda dan masa depan yang cerah untuk anak-anak, anda mesti terus menyokong kerajaan BN
ReplyDeletepembangkang hanya tahu membuat bising dan mengkritik kerajaan serta pemimpin kerajaan.
ReplyDeleteSesetengah pembanngkag pula tidak peduli pun dengan penjelasan daripada menteri atau timbalan menteri, sebaliknya keluar daripada dewan selepas bercakap
ReplyDeleteBubar ke tak bubar aku dah tetap bersama pakatan rakyat
ReplyDeletedia nak bubar bila2 pun dah tak kisah..penting dia dah last jd PM, bg laa dia enjoy dulu dlm masa sesingkat nie..
ReplyDeleteJib....kalau dah takut sangat...ko umum aje lah...bubar pada 29 Februari...penamaan calon 32 Mac...dan mengundi pada 31 April...baru boleh ko lena tidur...buat pada tarikh yg tak wujud...
ReplyDeleteNajib jangan biarlah bubar dgn sendirinya, tak perlulah nak jangka2...ABCD pada PRU 13!
ReplyDeleteKdg2, kelakar jadinya. Apa taknya, rakyat malaysia yg seramai 28 juta dah x sabar2 nak mengundi. Masalahnya, kerajaan datuk najib/bn terlampau teragak2 bila nak dibubarkan parlimen! Mcm ada hantu jembalangg yg akan menjelma, sekiranya diumumkan pembubaran parlimen. Cik umno/bn, awk dah makan ubat? Sakit ker? Klau sakit, boleh kami bagi julab/ubat...:)
ReplyDeleteNajib tangah tunggu pembubaran DUN Selangor tuh! MB Selangor tengah kecut perut. raayat benar2 marah dengan pentadbiran Krj Negeri ke atas janji3, pengurusan UNISEL, isu agama, masalah Pub, Rumah Urut..Kedah dah merapu semacam & memang mental block! Penang pula hanyut hedonisma dalam membantu org2 susah termasuk Kampung Buah Pala & penjaja kecil bukan Cina.
ReplyDeleteingatkan tukar kerajaan BN (akibat isu murtad, penyapu pd pen gurusan daerah dll) merupakan penyelesaian terbaik.. rupa2nya pengundi2 di negeri Pakatan Raayat, rupanya lagi teruk & tersepit!
Anonymous, February 22, 2013 at 7:26 PM.. anda tersalah fakta. pengundi berdaftar di Malysia sekarang hampir 15 juta. kira2 9 juta adalah ahli2 dari BN. hanya jika mereka yakin, sabar & tak emosi mengundi aje. PAS jangan main isu murtad & hudud lagi. nanti jadi macam Nizar..`PAS tak pernah mahu menubuhkan negara Islam` (dalam perbahasan DUN Perak, 2008). padahal ketika mahukan undi di DUN Pasir Panjang - merayu & keluarkan ayat quran lagi..
alahai abang anu War..silent majority akan kembali mengundi, tau!!!
"Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya.
ReplyDeleteRasa nak tergelak pun ada. Apa yg telah bn lakukan, setelah 56 thn merdeka? GAGAL. Pun masih ada hati nak bercakap pasal nak tegakkan syiar Islam?! x nmpak ke, diluar sana gejala moral semakin membarah & membiak, ini semua berlaku dibawah pentadbiran bn. yg x fhm islam cara x fhm islamnya, yg x solat cara x solatnya, yg berzina & buang bayi caranya. Yg melakukan jenayahnya cara melakukan jenayahnya dll gejala moral & sosial. Pendek kata, 1001 gejala moral membiak subur dibawah bn. Pun ada hati nak cakap ttg tingkatkan syiar Islam? What a joke...
Satu undi utk bn adalah satu undi utk jahanamkan negara, samada disegi moral, ekonomi, ketidakadilan, kerakusan & yg paling penting disegi agama. Dah lama jahanam, rakyat malaysia x mampu lagi menanggung jahanam lebih teruk...
ReplyDeleteNgko jawab dulu tuduhan Deepak itula Jib..kaa tui !!!!
ReplyDeleteDah jelas Be End dah takut nie !!!!
Najib....PRU akan jadi mimpin ngeri buat UMNO.. jgn bagi alasan..semata kerana Utusan, RTM, TV3 dan BERNAMA menyiarkan berita propanda UMNOBN.. tidak bererti rakyat tidak mengetahu siapa itu Flora Ong.. tidak mengetahui Skandal Scorpene dan tidak mengetahui hutang negara telah meningkat dari RM247 Billion disaat Najib menjadi PM pada RM579 Billon sekarang......
ReplyDelete