Tuesday, February 5, 2013

Punca Penarafan Media Malaysia Merosot

HAKIKAT tidak berlaku pembaikan penarafan media massa Malaysia dalam kajian persepsi Reporters Without Border (RWB/Pemberita Tanpa Sempadan) bagi tahun 2011/2012 tidaklah memeranjatkan.

Dalam penarafan terbaru itu, RWB meletakkan Malaysia di kedudukan ke-122 daripada 179 negara yang dikaji selidik. Ini meletakkan Malaysia setaraf dengan Algeria dan Tajikistan, tetapi lebih buruk daripada Zimbabwe, Oman, Fiji dan Kemboja.

Sebenarnya kita tidak perlu dipandu oleh kajian pertubuhan-pertubuhan luar seperti RWB untuk merasai yang media massa Malaysia menjadi semakin tidak bebas dan tidak seimbang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

Jadi, tidak hairanlah kalau penarafan media massa Malaysia kekal di anak tangga ke-122 tahun lalu - sama seperti tahun 2011.

Akibat cakap-cakap PRU yang berpanjangan, media massa Malaysia, khasnya media arus perdana (MAP) yang dimiliki kerajaan atau oleh parti kerajaan menjadi lebih tidak seimbang dalam laporan mereka.

Kajian penarafan RWB itu berupa kaji selidik (questionnaire) persepsi di kalangan organisasi sekutu yang meliputi 18 kumpulan kebebasan bersuara di lima benua. Turut memberi maklumat adalah 150 wakilnya di seluruh dunia serta wartawan, penyelidik, pakar perundangan dan aktivis hak asasi manusia. Soalan yang dikemukakan merangkumi kepelbagaian dan kebebasan media, persekitaran media, penapisan sendiri (self-censorship), perundangan, ketelusan dan infrastruktur media. Turut dipantau adalah pelanggaran hak wartawan, warga Internet (netizen), jurugambar dan jurukamera.

Kesan Pilihan Raya Ke Atas Media Massa

Seperti telah saya hujahkan beberapa kali sebelum ini, MAP menjadi lebih tidak bebas dan antipembangkang menjelang PRU atas arahan pihak-pihak yang menguasai mereka atau atas pilihan sendiri. Manakala media propembangkang anak menjadi lebih antikerajaan.

Apa yang lebih menarik adalah pencapaian media massa Malaysia dalam jangka masa lebih panjang. Daripada perangkaan RWB sejak 2002, media massa Malaysia diputuskan sebagai lebih bebas pada penghujung pentadbiran (Tun) Dr Mahathir “the Wizard” Mohamad dan pada awal pemerintahan (Tun) Abdullah “Mr Clean” Ahmad Badawi.

Pada tahun 2002 misalnya, Malaysia menduduki anak tangga ke-110 dan pada 2003, iaitu tahun akhir pemerintahan Dr Mahathir, penarafan menjadi bertambah baik di anak tangga 104.

Pada tahun 2004, kedudukan Malaysia merosot 18 anak tangga kepada 122 apabila Abdullah mula menampakkan taringnya dengan melakukan rombakan besar terhadap media arus perdana, khususnya media milik Umno.

Sebaik saja perubahan itu dilakukan, MAP mula menyerang Dr Mahathir dan tidak memberikan beliau ruang untuk membela diri.

Bagaimanapun, pada dua tahun berikutnya – 2005 dan 2006 – penarafan menjadi bertambah baik apabila Abdullah mula mempamerkan sikap yang lebih lembut. Serentak itu, kerajaan beliau mula dicabar pelbagai pihak, terutama oleh media alternatif. Penarafan Malaysia naik kepada 113 pada tahun 2005 dan pada 2006 mencatat aras terbaik di kedudukan ke-92.

Pada tahun 2007, ia merosot semula kepada 124 akibat laporan berat sebelah MAP terhadap tunjuk perasaan Bersih dan Hindraf serta menjadi lebih buruk apabila PRU diadakan pada 2008. Kedudukan Malaysia jatuh ke nombor 132.

Penarafan media massa Malaysia naik sedikit pada 2009 kepada 131 apabila Mohd Najib “Wira” Abdul Razak mengambil alih pentadbiran daripada Abdullah.

Tetapi pada tahun berikutnya (2010), prestasi media massa Malaysia jatuh ke paras terburuk, iaitu 141 akibat laporan media massa arus perdana mengenai kes liwat kedua Anwar Ibrahim dan tunjuk perasaan Bersih.

Sedikit Kesan Pemansuhan ISA

Selepas itu, hasil tindakan kerajaan membatalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa undang-undang lain serta berjanji melonggarkan peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan menyebabkan penarafan media massa Malaysia naik sedikit kepada 122 pada 2011 dan kekal pada anak tangga itu tahun lalu.

Penarafan Malaysia tidak menjadi bertambah baik kerana sejak cakap-cakap PRU timbul, media massa arus perdana kembali membuat laporan berat sebelah menyokong kerajaan dan memburuk-burukkan pembangkang.

Namun begitu, secara peribadi, saya kurang setuju dengan penarafan RWB itu. Saya rasa mereka terlalu terpengaruh dengan perlakuan MAP tanpa memberi pertimbangan yang lebih berat dan positif kepada peranan media alternatif, khasnya yang berasaskan internet.

Media baru, alternatif dan internet semakin berpengaruh, lebih-lebih lagi di kalangan audiens yang tidak menggunakan MAP sebagai sumber maklumat. Kalau pengiktirafan sewajarnya diberikan kepada media baru, saya rasa persekitaran media Malaysia cukup bebas. Wallahualam.

Oleh A Kadir Jasin (dd)

57 comments:
Write comments
  1. salah 1 penyumbang kpd pencapaian 'memalukan' ini adalah utusan tembirang!!!

    ReplyDelete
  2. Di Malaysia, televisyen dan akhbar merupakan media massa yang memainkan peranan penting dan mampu memberi kesan kepada proses sosialisasi politik. Sebilangan besar berita dalam media massa berpunca daripada kerajaan , sistem dan ideologi sesebuah kerajaan sudah pasti mempengaruhi media massa serta isi kandungan dan penulisannya.

    ReplyDelete
  3. Kerajaan Malaysia boleh dikatakan mengambil jalan berwaspada dalam hal ini. Kerajaan mempunyai kuasa ke atas media massa dengan mengadakan pelbagai peraturan dan undang-undang.

    ReplyDelete
  4. Memandangkan kerajaan Malaysia cukup peka terhadap kuasa media dalam mempengaruhi pendapat umum, jumlah undang-undang dan peraturan untuk mengawalnya terlalu banyak iaitu, lebih kurang 50 undang-undang dan peraturan yang mengawal semua bentuk komunikasi dan media massa

    ReplyDelete
  5. Sebilangan undang-undang yang mengawal media massa di Malaysia agak ketat. Antaranya ialah kuasa Menteri Dalam Negeri untuk menutup akhbar yang dianggap menjejaskan negara tanpa surat arahan Mahkamah. Kadar masa tutup juga adalah di bawah kuasa budi bicara Menteri berkenaan dan ianya berlarutan sehingga pihak menteri merasakan bahawa media massa tersebut tidak lagi membahayakan keselamatan awam.

    ReplyDelete
  6. Di Malaysia, pemilikan media massa khasnya media elektronik dimiliki oleh kerajaan dan swasta. Walau bagaimanapun, kerajaan mengawal media elektronik swasta melalui Akta Penyiaran. Manakala media cetak secara umumnya dimiliki oleh pihak swasta. Walau bagaimanapun, pemiliknya adalah dikaitkan dengan parti-parti politik atau individu-individu yang sebenarnya adalah wakil kepada parti-parti politik yang berkuasa

    ReplyDelete
  7. Di Malaysia, parti pembangkang juga mempunyai media cetaknya sendiri seperti akhbar “Harakah” yang hanya boleh disebarkan kepada ahli-ahlinya sahaja.

    ReplyDelete
  8. Media massa di Malaysia masih didominasi malah dimonopoli oleh kerajaan dan tidak menggalakkan satu perspektif yang liberal. Walaupun penswastaan sudah diamalkan dalam bidang radio dan televisyen, kesannya hanyalah untuk menambah unsur-unsur hiburan.

    ReplyDelete
  9. Akta Penyiaran menjadi satu ancaman kepada pertumbuhan sistem penyiaran yang liberal. Contohnya, parti politik pembangkang diketepikan untuk mengutarakan pandangan mereka tentang hal-hal kenegaraan, walaupun mereka dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka di Parlimen.

    ReplyDelete
  10. Hal ini menafikan demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Parti pembangkang di Malaysia tidak mendapat tempat dalam media massa. Parti pembangkang seharusnya diberi peluang menyiarkan pandangan dan maklumat selagi tindakan itu tidak menyalahi undang-undang

    ReplyDelete
  11. Kawalan kerajaan ke atas kebebasan media massa penting untuk menjamin keharmonian, ketenteraman awam dan keselamatan negara. Media massa yang tidak dikawal boleh membangkitkan semangat perkauman dan menyentuh isu sensitif serta mempunyai unsur provokasi yang mewujudkan keadaan yang tidak stabil

    ReplyDelete
  12. Oleh itu, ada wajarnya jika media massa dikawal oleh kerajaan, namun kawalan tersebut haruslah bertepatan dan tidak menyekat kebebasan akhbar untuk bersuara.

    ReplyDelete
  13. Media presentation should be in professional ways.

    ReplyDelete
  14. We should look into this problem in a correct way.

    ReplyDelete
  15. Dalam pada "Utusan Msia" yang sentiasa kalah dan diarahkan mahkamah membayar pampasan kerana memfitnah, akhbar ini diberikan percuma di banyak premis kerajaan. Ini maknanya, akhbar ini tidak laku dan selayaknya digunakan lapik duduk ketika menghadiri ceramah PR.

    ReplyDelete
  16. Tamparan hebat kepada pencacai media UMPORNO nombor satu.. UTUSIAL sememangnya takde maruah.. mengaku jadi alat penyebar fikiran rakyat kunun..saman demi saman tak dihiraukan puak Baalci murahan ni... kepada editor UTUSIAL..ingatlah..hidup kamu takkan berkat..apabila kamu dimaki disumpah seranah dan didoakan kamu mendapat celaka dunia dan akhirat..

    MAMPUS UTUSIAL...AMIN..

    ReplyDelete
  17. Utusan pun utusan la.

    ReplyDelete
  18. Saya tak ambil pusing pun.

    ReplyDelete
  19. Apa2 pun akan terjadi.

    ReplyDelete
  20. We have to be precised.

    ReplyDelete
  21. Kebebasan media di Malaysia tidaklah sebebas negara Barat yang lain. Tetapi lebih baik berbanding dengan negara China, Timur Tengah, negara komunis dan negara bekas komunis. Kebebasan media massa di Malaysia dikawal oleh Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar 1984.

    ReplyDelete
  22. Tahun 2007 Malaysia berada pada kedudukan 124 dan 2006 pada kedudukan 96. Rating ini diberikan oleh Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris, Perancis. RSF telah memantau kebebasan akhbar di seluruh dunia sejak 1985.

    ReplyDelete
  23. Pada 17 Jun 2010,dalam Dewan Rakyat, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. menyatakan terdapat 2 juta blogger dari Malaysia dan mereka bebas mengeluarkan pandangan.

    ReplyDelete
  24. Malaysia mempunyai 76 akhbar harian termasuk milik pembangkang, 151 saluran televisyen satelit, sembilan saluran televisyen tidak berbayar (milik kerajaan dan swasta) dan 53 saluran radio.Selain itu terdapar IPTV (Internet Protocol Television) yang menggunakan perkhidmatan jalur lebar. Sebaliknya Freedom House dari Amerika Syarikat mendakwa media di Malaysia belum bebas.

    ReplyDelete
  25. Pada 29 Jun 2010, beberapa akhbar dan tabloid didapati melanggar garis panduan penerbitan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984. Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Datuk Zaitun Ab. Samad menyatakan 43 surat teguran dihantar kepada akhbar harian (2009) manakala 10 surat teguran (2010). Surat teguran kepada tablod ialah 19 teguran (2009) hingga bulan Mei 2010. 6 surat teguran dan 1 surat tunjuk sebab kepada berita parti politik.

    ReplyDelete
  26. Seksyen 7 (1), AMCP 1984, menetapkan kandungan berita tidak boleh memudaratkan ketenteraman awam, memudaratkan keselamatan, memudaratkan moral, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam dan memudaratkan kepentingan negara.

    ReplyDelete
  27. Jom kenali Pecacai angkat najis LEMBU...TERRORIST,HEADHUNTER,MANTRA,SANIH..Tukang komen UMGOK BODOH PIANG.

    ReplyDelete
  28. tingkatkan, jgn biar terus merosot.

    ReplyDelete
  29. Media massa memainkan peranan penting sebagai alat interaksi sosial dalam masyarakat terutama sebagai alat pengantara.

    ReplyDelete
  30. Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Zakaria Edris berkata tanpa media massa, interaksi sosial, politik dan ekonomi tidak wujud di dalam masyarakat menurut ukuran moden.

    ReplyDelete
  31. Proses interaksi antara media dengan masyarakat sentiasa saling mempengaruhi

    ReplyDelete
  32. kembara media itu dapat mengeratkan hubungan pihak media dengan kerajaan dan pemimpin masyarakat tempatan.

    ReplyDelete
  33. hubungan yang erat itu perlu kerana media merupakan alat pembangunan masyarakat yang penting.

    ReplyDelete
  34. ini kerana penyiaran laporan seumpama itu boleh mempengaruhi rakyat terutama menerusi media elektronik yang membawa kesan cukup besar.

    ReplyDelete
  35. Media elekronik memainkan peranan penting bagi menyalurkan maklumat yang benar kepada rakyat.

    ReplyDelete
  36. Social media might be relatively new in Malaysia, but will play a significant role in the 13th general election.

    ReplyDelete

  37. A study by a Universiti Teknologi Mara political science lecturer revealed that 90 per cent of the youth read about the country's political developments from the new media.

    ReplyDelete

  38. Surveys from recent elections elsewhere have shown that mobile strategy is important for informing, attracting and influencing younger voters, the growing middle-class and a vast majority of working population, who form the bulk of the electorate.

    ReplyDelete

  39. Increasingly, people from all walks of life are engrossed in their mobile gadgets, reading messages and watching visuals relating to the next general election.

    ReplyDelete
  40. The many studies of recent elections reveal that these tech-savvy people, in turn, transmit to others their thoughts, numerous times over, based on messages they have received and engage in real-time discussions with their less tech-savvy family, friends and fellow workers.

    ReplyDelete
  41. That is, indeed, a powerful way of spreading ideas and opinions and, clearly, the web campaign for the general election, the virtual battlefield, is heating up.

    ReplyDelete
  42. Both sides of our political divide learned a useful lesson about the importance of social networks in our last election and undoubtedly, mobile campaigns will be even more crucial this time around.

    ReplyDelete
  43. Social networking involves connecting in digital ways via desktop computers, smartphones, tablets, and via text messages.

    ReplyDelete

  44. Perhaps, some enterprising politicians will have, if not already, candidate-specific downloadable mobile apps.

    ReplyDelete
  45. Smartphones and tablets are much more mainstream now and these devices are literally driving various social and political movements.

    ReplyDelete
  46. Smartphones are most used by men and women, professionals and the average worker, who increasingly view the smartphone or tablet as a portal to Facebook and Twitter, among other social networks.

    ReplyDelete
  47. It's important to understand that it won't be enough for a campaign to build a great desktop-oriented website. It will also need a mobile-oriented site that fits graphics, text and video on either a 7-inch to 10-inch tablet or a 4-inch smartphone.

    ReplyDelete

  48. A few thousand or hundred people could swing a seat, and since many of the seats are pretty close, missing out on mobile can be the difference between winning and losing.

    ReplyDelete
  49. Candidates and their teams of supporters will still reach out to voters through older methods. These forms of canvassing voters had worked back then, but newer forms are trendy, versatile and successful.

    ReplyDelete

  50. Mobile is more personal. But there are dos and don'ts.

    ReplyDelete
  51. From election reports and going by current chat sites, voters don't seem interested in loud, fist-waving, time-consuming rhetoric.

    ReplyDelete
  52. They are more inclined towards hearing or seeing on their devices, short, punchy messages that give game-changing insights, in particular, that concern their lives, livelihoods and rights. Voters like seeing and hearing their leaders on YouTube.

    ReplyDelete

  53. However, too much interaction and connectivity is not good either. There is a fine line to balance with the candidates' and supporters' need to stay in touch with voters and becoming a nuisance.

    ReplyDelete
  54. One needs to get the right quantum of message through mobile connectivity, simple enough to understand and factual, verifiable and believable.

    ReplyDelete

  55. Parties and candidates need to have a well-organised mobile strategy in place, with mobile sites, blogs and the like. In GE13 and beyond, social media will be the game changer for politicians.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.