Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu, mangsa berusia 16 tahun mendakwa dirogol suspek yang juga berusia 16 tahun di dalam kelasnya.
Sumber berkata, ketika mangsa mengambil buku, empat suspek yang dipercayai menyorok di dalam kelas sebaik menyedari kehadiran mangsa, tiba-tiba keluar.
“Mangsa mendakwa seorang daripada mereka merogolnya dan dua lagi mencabulnya, manakala seorang lagi memerhatikan perbuatan terkutuk tiga rakannya.
“Sejurus kejadian itu, mangsa yang biasanya pulang ke rumah ibu bapanya di Kuala Ibai terus ke rumah ibu saudaranya di kawasan sama, selain berubah menjadi pendiam,” katanya.
Difahamkan, mangsa yang juga anak kelima daripada enam beradik tinggal bersama ibu saudaranya itu, tetapi akan singgah ke rumah keluarganya setiap kali tamat sesi persekolahan.
Sumber berkata, mangsa bukan saja berubah menjadi pendiam, tetapi takut dan trauma apabila berjumpa dengan lelaki.
Katanya, keluarga mangsa hanya mengetahui kejadian itu Rabu lalu apabila dihubungi sekolah, selepas peristiwa itu menjadi bualan hangat di sekolah.
Sementara itu, Ketua Polis Dae-rah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan berkata, tiga daripada empat suspek berjaya ditahan pagi semalam.
“Semua suspek ditahan reman tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.
Read more: http://ceritaapakah.blogspot.com
Wednesday, February 27, 2013
Pelajar dirogol Didalam kelas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wal fitnatu asyaddu minal khotr...Jgn kita barsama UMngok dlm mnyebar fitnah celaka,kelak kamu disambar api neraka.
ReplyDeleteUMNO ini kan mau SEDAP saja, siapa tidak tahu
ReplyDelete