Wednesday, February 27, 2013

Pendedahan Bala : "Siapa Arah Bunuh Altantuya?"

Bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) akan tampil di forum ‘Rungkai Misteri di Sebalik Pembunuhan Altantuya’ malam ini, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).

Bala yang membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tiba di Malaysia petang Ahad lalu selepas empat tahun tinggal di India.

Empat lagi ahli panel forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu ialah Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin; Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel; Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath dan Kartunis Zunar.

“SAMM mempersiapkan sebuah pentas jelajah buat PI Bala sebagai saksi tragedi pembunuhan Altantuya, dengan sokongan pelbagai NGO dan kumpulan mahasiswa.

“PI Bala merupakan saksi paling berwibawa dalam kes pembunuhan Altantuya yang berkait rapat dengan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene,” kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.

SAMM menjemput orang ramai menghadiri forum yang akan bermula jam 8.30 malam.

82 comments:
Write comments
  1. Itulah Bala.. sebelum ni PR dakwa dia lari sebab dibeli oleh BN. dia dituduh macam2! rupanya PR yg beli dia. tau lah tektik Anwar! kepada Bala, risau2 la raayat tantang prkara ini. buat macam isu murtad sebelum PRU12 yg lalu. jatuh Krj BN Selangor! rupanya LGBT, pub, rumah urut berterabur & kian membarah di Selangor & Lembah Klang. Negeri Selangor banyak duit & income (audit 2012) tapi janji2 buat tak tau aje..air pun ndak tau urus..apatah sampah!

    Nak tarik sokongan pengundi semula (digelar cerdik), PR lempar isu.. keja ndak ada! TONG KOSONG AJA LAHH. so, Bala.. kau bimbang2 lah raayat, ye? bagi Anwar yg memalukan ini kejar cita2 peribadinya jadi PM. huhuhu


    Pada aku, 1000 altantuya wajib kita bunuh jika menyusahkan raayat! macam si pemain jubur laa

    *BN

    ReplyDelete
  2. Sekali lagi Tian Chua menaikkan dan memainkan semula isu pembunuhan Altantuya Shiiribu, model dari Mongolia dalam usaha menjerat, menjatuhkan dan menghapuskan Najib Abdul Razak dan isterinya dari dunia politik Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Tian Chua yang sebelum ini terkantoi kerana mengedarkan gambar palsu yang dikatakannya sebagai bukti tentang perkenalan Najib Abdul Razak dengan Altantuya Shiiribu, ternyata masih tidak serik-serik dan beranggapan rakyat Malaysia semuanya bodoh-bodoh belaka.

    ReplyDelete
  4. Najib Abdul Razak secara gentleman telah bersumpah laknat atas nama Allah Taala, sebagaimana yang digariskan oleh syariat untuk menafikan hubungannya dengan Altantuya Shiiribu. Malah dia juga telah bersumpah tidak kurang dari tiga kali yang dia tidak pernah bertemu atau berurusan dengan mangsa pembunuhan tersebut.

    ReplyDelete
  5. Namun konco-konco Anwar Ibrahim, terutama sekali Tian Chua dan Hishamuddin Rais tetap juga mengaitkan Najib Abdul Razak dengan Altantuya seolah-olah bagi mereka, nama ALLAH yang digunakan oleh Najib untuk bersumpah itu, hanyalah setaraf dengan nama Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  6. alasan para pecacai mereka yang sebelum ini begitu galak berkempen kononnya merekalah yang lebih Islamik pula, ialah Najib berdusta atas nama Allah Taala. Justeru, mereka mengambilalih tugas Allah Taala kerana meyakini bahawa Allah Taala tidak akan menjatuhkan sebarang hukuman kepada Najib Abdul Razak.

    ReplyDelete
  7. Deepak Jaikishan adalah manusia terdesak. Begitu juga dengan Tian Chua yang menjadi pemilik Malaysian Chronicle. Kedua-duanya terdesak dan terpaksa mencari satu nama besar dan isu besar yang boleh membuka mata serta mencapangkan telinga orang ramai untuk beralih serta memberikan tumpuan kepada mereka.

    ReplyDelete
  8. Deepak Jaikishan sedang berhadapan dengan masalah kewangan yang sangat teruk.

    ReplyDelete
  9. Walaupun dikatakan dia telah mendapat kelepasan daripada bank yang dihutangnya dengan program penyusunan pembayaran semula hutangnya, ahli perniagaan yang sedang muflis itu tidak sahaja memerlukan kebenaran bank untuk pelan pembayaran tetapi yang lebih utama, punca kewangan bagi melunaskan hutangnya.

    ReplyDelete
  10. Kes tanahnya dengan seorang pemimpin wanita UMNO Selangor, walaupun dikatakan sudah selesai, namun jumlah wang yang diterimanya tidak dapat menampung kehidupannya untuk selama-lamanya. Justeru dia perlu mencari jalan untuk menjerat mana-mana pemimpin besar politik untuk melicinkan tugas jahatnya.

    ReplyDelete
  11. Dia melihat pertentangan antara Anwar Ibrahim dengan Najib Abdul Razak sebagai peluang terbesarnya untuk buat duit menjelang PRU13.

    ReplyDelete
  12. Dia mengharapkan akan ada taukeh-taukeh besar yang prihatin terhadap Najib Abdul Razak dan Anwar Ibrahim yang akan datang, memujuknya dan kemudian membuat pembayaran kepadanya untuk menutup mulut.

    ReplyDelete
  13. Isu ini rasanya sengaja diputar belitkan oleh media pembangkang.

    ReplyDelete
  14. Mereka tahu yang mana mereak tidak akan dapat menewaskan BN dengan hanya isu ringan jadi fitnahlah penyelesaian itu untuk mengecap kemenangan.

    ReplyDelete
  15. Kes Altantuya ini rasanya hanya menjadi peringatan sekarang ini.

    ReplyDelete
  16. Namun pembangkang masih takut dengan roh Altantuya ini sehinggakan membangkitkan isu ini untuk kepentingan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  17. Kita tunggu saja apa pendedahan yang ingin dibuat oleh Bala.

    ReplyDelete
  18. Tidak tahu dari orang ini tiba-tiba muncul. Sedangkan sebelum kes ini selesai tidak ada pula dia muncul.

    ReplyDelete
  19. Adakah dia ini orang upahan PR yang diguna untuk menjadi keldai politik.

    ReplyDelete
  20. Selagi BN tidak tewas dan PR memerintah selagi itulah fitnah ditabur oleh PR.

    ReplyDelete
  21. Hanya rakyat yang perlu berhati-hati sekarang ini untuk memastikan tidak termakan permainan politik pembangkang ini.

    ReplyDelete
  22. Terpedaya maka binasalah masa hadapan kita dan generasi akan datang. Maka teruskan menyokong kerajaan BN.

    ReplyDelete
  23. Ada la rahsia besar yang tidak mahu diketahui kalau sampai arah2 nak bunuh orang ni..

    ReplyDelete
  24. Selepas lebih kurang 5 tahun penyiasat persendirian Balasubramaniam Perumal (PI Bala) menghilangkan diri bersembunyi di India, Ahad lepas bersamaan 24 Februari 2013, akhirnya PI Bala muncul di KLIA dengan sambutan hangat oleh kira-kira 50 penyokong PKR.

    ReplyDelete
  25. Sambutan yang diberikan oleh PKR terhadap PI Bala itu mengesahkan lagi wujudnya peranan parti itu dalam merencanakan komplot jahat mereka memanipulasi dan mensensasikan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya untuk dikaitkan dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  26. Lagi pun bila mana perkara pertama yang dilakukan PI bala ialah bersumpah bersaksikan kitab Hindu Bhagavad Gita bahawa Akuan Bersumpah (SD) pertama yang mengaitkan Najib dalam pembunuhan Altantuya kononnya adalah benar, manakala SD 2 pula dilakukan secara terpaksa, tambah jelas lagi peranan PKR dalam kes ini.

    ReplyDelete
  27. Sepatutnya jika PI Bala berhasrat menafikan pula SD2, bukankah lebih elok dilakukan pula SD ketiga. Alang-alang sudah berkali-kali buat akuan bersumpah yang saling bercanggah, elok juga buat sampai SD10, tak gitu?

    ReplyDelete
  28. Menarik untuk dilihat apa reaksi penerimaan orang Melayu Islam dalam PKR dengan sumpah PI Bala dengan kitab Hindu Bhagavad Gita itu, mungkin mereka teruja barangkali memandangkan Ketua Umum PKR sendiri sampai sekarang tak meyakini kebenaran sumpah laknat yang bersaksikan Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  29. Semasa di temu bual oleh pihak media di KLIA itu juga PI Bala telah mengumumkan kesediaannya untuk membantu kempen Pakatan Rakyat (PR) dengan menjelajah ke seluruh negara konon bagi membongkar kebenaran di sebalik peristiwa tragis pembunuhan Altantuya Shariibuu.

    ReplyDelete
  30. Ia tidak pun mengejutkan khalayak, kerana umum tahu SD1 yang diikrarkan oleh PI Bala mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin-pemimpin utama PKR yang sedari awal lagi mengharapkan manipulasi dan spekulasi mengenai kes pembunuhan Altantuya akan memalapkan sinar politik Najib.

    ReplyDelete
  31. Usaha PR gagal selepas SD2 oleh PI Bala menafikan pembabitan Najib, tambahan pula Raja Petra Kamaruddin yang pernah merekayasa fiksyen kisah Altantuya dengan memanipulasi kehebatan imaginasinya juga telah mengakui PM mahupun isterinya langsung tiada sangkut paut dalam kes tersebut.

    ReplyDelete
  32. Sebaliknya umum didedahkan pula dengan peranan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah terlibat berusaha memujuk suspek pembunuhan, Azilah dan Sirul supaya sengaja membabitkan nama Najib dalam kes sensasi itu.

    ReplyDelete
  33. Sebetulnya apa sahaja gerak geri PI Bala selepas ini ia tidak membantu pun PR dalam usaha mereka untuk memporak-perandakan kepercayaan rakyat kepada PM, kerana keraguan umum terhadap kredibiliti penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Razak Baginda teramat besar sekali.

    ReplyDelete
  34. Khalayak sebenarnya lebih tertarik untuk mengetahui kenapa PI Bala sanggup menggelapkan wang RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak Baginda yang sepatutnya diberikan kepada Altantuya dan jika PI Bala tidak bermaksud menyonglapnya, sekurang-kurangnya khalayak umum ingin tahu di mana wang itu sekarang.

    ReplyDelete
  35. Paling penting khalayak ingin tahu siapakah dalang utama yang menaja, menanggung dan menampung segala kos kehidupan PI Bala di luar negara sejak lebih kurang 5 tahun lalu?

    ReplyDelete
  36. Tidak sedikit kos tanggungan tersebut, dari hal upah tutup mulut, kos perumahan, makan minum dan kenderaan serta kos harian lain, jumlahnya besar, setakat RM50,000 yang disonglap oleh PI Bala dari Razak Baginda tentunya tidak mencukupi

    ReplyDelete
  37. Tentu sahaja penajanya dari kalangan pemimpin utama PKR, kerana parti ini juga sebelum ini menaja kehidupan kekasih gelap Elizabeth Wong iaitu Helmi Malik di Indonesia dalam usaha mereka ‘menyejuk bekukan’ kisah hubungan sulit kedua-dua mereka dari terus menjadi perhatian umum. Persoalannya siapa nama pemimpin itu dan dari manakah sumber kewangan yang diperolehnya?

    ReplyDelete
  38. apa kata aku siarkan video aksi `rejaman` Tian Chua pada anak seorang pemimpin PKR? Tian chua kata apa pulak jika dia dimalukan??? siap wanita yg ditibainya dikawenkan dengan laleki lain bila da mengandung! aku standbai aje. sapa2 mau, aku jual

    *aku bukan orang politik

    ReplyDelete
  39. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah memanggil pimpinan tertinggi Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung tuduhan bahawa Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

    ReplyDelete
  40. Menurut Musa Hassan, beliau sendiri memberi taklimat kepada Abdullah- perdana menteri ketika itu – mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadap Najib.

    ReplyDelete
  41. “Saya beri taklimat kepadanya (Abdullah) saya katakan yang terlibat (ialah) Abdul Razak Baginda bersama dua anggota polis (yang telah disabitkan dengan tuduhan pembunuhan tersebut).

    ReplyDelete
  42. “Beliau (Abdullah) tanya Datuk Seri Najib ada terlibat sama? Saya kata tak ada menunjukkan dia terlibat sama,” kata Musa

    ReplyDelete
  43. Bekas IGP itu juga berkata, adalah tidak benar dakwaan bahawa isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.

    ReplyDelete
  44. “Orang boleh spin macam-macam kata isteri Najib pun ada masa sama(Altantuya diletupkan). Saya dapati (mereka) tak terlibat,” katanya sambil menambah yang melakukannya ialah dua anggota polis terbabit.

    ReplyDelete
  45. Musa berkata, taklimat itu diberikan kepada Abdullah selepas penyiasatan polis selesai dan keputusan diambil untuk mendakwa Abdul Razak dan dua anggota polis tersebut pada awal tahun 2007.

    ReplyDelete
  46. Menurut sumber, mantan peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Musa bertemu dengan Abdullah mengenai kes pembunuhan Altantuya pada sekitar tahun 2007.

    ReplyDelete
  47. Bagaimanapun, ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Yusof tidak memberikan apa-apa komen.Altantuya Shariibuu dijumpai mati pada 18 Oktober 2006 di sebuah lokasi di Shah Alam selepas ditembak dan diletupkan dengan C4.

    ReplyDelete
  48. Selain Abdul Razak Baginda, pemikir kepada Najib, dua anggota polis – Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari UTK – dihadapkan ke mahkamah.

    ReplyDelete
  49. Pada 9 April 2009, Azilah dan Sirul didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati. Abdul Razak Baginda pula didipati tidak bersalah dan dibebaskan. Abdul Razak kini menetap di London untuk menyelesaikan pengajian peringkat PHD di Universiti Oxford.

    ReplyDelete
  50. Tan Sri Musa Hassan enggan diheret ke dalam kisah terbaru pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006 berikutan penerbitan sebuah buku yang mendakwa bekas Ketua Polis Negara (KPN) mempunyai maklumat dalaman berkenaan kes itu.

    ReplyDelete
  51. Bekas KPN juga mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dengan dengan kes letupan yang dikaitkan dengan beberapa ahli politik dari pemerintah Barsian Nasional (BN) yang timbul semula baru-baru ini menjelang pilihan raya umum ke-13.

    ReplyDelete
  52. “Saya dah kata banyak kali, Najib tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya. Ini kerja (Abdul) Razak Baginda,” katanya merujuk kepada bekas penasihat politik Najib yang mempunyai hubungan dengan Altantuya.

    ReplyDelete
  53. “Saya pernah brief (beri taklimat) Pak Lah bahawa Najib tidak terlibat dalam kes ini,” katanya merujuk kepada perdana menteri pada ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

    ReplyDelete
  54. Sebuah buku 26 halaman bertajuk “Black Rose - Black Rose 1.0” menerangkan tentang kes politik berprofil tinggi melibatkan personaliti kerajaan dan ahli perniagaan yang kononnya terlibat dalam konspirasi pembunuhan Altantuya beredar dalam talian.

    Peniaga permaidani Deepak Jaikishan yang berada di tengah-tengah kontroversi sekitar akuan bersumpah bercanggah P. Balasubramaniam mengenai kes itu mengaku merupakan penulis buku tersebut. Beliau juga telah berkata beliau akan mengeluarkan sekuel selepas ini.

    ReplyDelete
  55. Balasubramaniam, bekas polis bertukar penyiasat peribadi, pada masa itu diupah oleh Abdul Razak Baginda untuk memerhatikan Altantuya dilihat menjadi saksi utama kepada seluruh saga.

    ReplyDelete
  56. Deepak mendedahkan penglibatan beliau dalam mendapatkan Balasubramaniam untuk membuat akuan bersumpah (SD) kedua, mengubah kenyataan awal yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya.Majlis Peguam dikritik kerana melengah-lengahkan waktu untuk mendedahkan identiti peguam di belakang kontroversi akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam.

    ReplyDelete
  57. Kadang2 lagak kita yg menyokong ni lebih dari yg disokong........PM cakap sikit jerrrr....yg tukang tambah mak haiiii takut nak baca..maklum la beras kat rumah dah abis...


    ** orang kadazan/dusun bah!!!

    ReplyDelete
  58. Antara yang disebut dalam pendedahan Bala adalah mengenai penglibatan adik Perdana Menteri, Datuk Nazim Razak mengugut dan mengarahkan beliau menukar akuan bersumpah pertama.

    ReplyDelete
  59. tak payah cakap banyak kamurang suruh saja najib saman dimahkamah kalau berani.

    ReplyDelete
  60. Aku dah agak pecacai2 umno akan mengatakan seperti MA ni. Aku salute dengan keberanian PI Bala. Silap2 ISA menunggu dia

    ReplyDelete
  61. Bala buat akuan bersumpah yang mempunyai nilai dan kedudukan disisi undang-undang. Bukan cakap kosong. Minta Najib, Nazim, atau Rosmah saman balik.

    ReplyDelete
  62. balasubermaniam/deepak baru 2 orang, Lahad Datu ada 180 orang mcm mana nak bersuara, sebab sibuk sediakan BN punya menifesto....sabarlah...

    ReplyDelete
  63. tolong resional sikit....kita ada mahkamah. Kalau najib rasa bala bohong dan fitnah...dakwa di mahkamah. Rakyat nak lihat kebenaran bukan nak dengar cakap-cakap merapu tanpa asas dari pihak yang terlibat. Kalau pasal video lucah Anuar, umno bukan main jadi hero..tapi kenapa dalam kes ini lambat bertindak...porahhhhh.

    ReplyDelete
  64. sudah terbukti kepimpinan BN yg d terajui c Najib adalah penuh dgn RASUAH, PENIPUAN DAN penghianatan kepada bangsa dan negara.Mereka2 ini haruslah di berikan hukuman PENJARA ataupun di GANTUNG sampai mati.Inilah jenayah yg paling berat kepada sesebuah negara yang mana boleh mengancam kestabilan, perpaduan, kedamaian kepada semua kaum d malaysia ini.

    ReplyDelete
  65. Anonymous February 28, 2013 at 12:36 PM...bro komen nampak bodoh apa kata ko siarkan video aksi mama ko berani ka nak jual..

    ReplyDelete
  66. Jgn layan pencacai Umngok. Mereka tu otak dah tumpul kerana prmainan UMNO. Masih bawah tempurung,maa. Yg mereka tulis kat sini tu bukan apa,kan ramai dah org masuk PAS,tinggal mareka je,maa. Apa lagi,mau tukis banyak2 le bagai org GILER !! Jgn mare same mareka ,maa.

    ReplyDelete
  67. Anonymous said...
    February 28, 2013 at 9:50 AM

    Komen yang paling atas: Anda adalah penghasut dan boleh di ambil tindakan undang- undang....

    ReplyDelete
  68. Altantuya, a Mongolian national, was a murder victim who was either murdered by C-4 explosives or was somehow killed first and her remains destroyed with C-4 on October 18, 2006 in a deserted area in Shah Alam, Malaysia near Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  69. The Shah Alam High Court meted out the death sentence to two of the accused on 9 April 2009, wrapping up the 159 day trial.

    ReplyDelete
  70. On 31 October 2008 the High Court acquitted Abdul Razak Baginda of abetment in the murder of Altantuya, with the prosecution saying they would appeal the acquittal.To date, the appeal has yet to transpire.

    ReplyDelete
  71. Raja Petra appeared to have distanced himself from the statutory declaration in a television interview with TV3, saying its accusations linking Najib and Rosmah to the murder were repeating information passed onto him by opposition figures, rather than information he knew to be true himself.

    ReplyDelete
  72. He appears to have stated that he did not genuinely believe that Rosmah was at the murder scene.

    ReplyDelete
  73. Yang Salah Tetap Salah! SEjarah UMNO memang membuktikan pemimpin2 yang bersalah & tidak bermoral akan dikeluarkan dari memimpin maslahah.

    selain dari Altantuya.. kita check juga AQIDAH Nik Aziz dan Haji Hadi..dah banyak menyeleweng tuu. sedangkan persoalan aqidah lebih besar dari perkara membunuh


    * orang UMNO

    ReplyDelete
  74. February 28, 2013 at 10:56 AM :

    apa mau hairan dgn sumpah laknat haji logiut najib/UMNgOk? bukankah islam n allah pun dorg sanggup jual/rogol???

    ReplyDelete
  75. nntikan saja pendedahan tersebut.

    ReplyDelete
  76. Kami sedia menantikan pendedahan daripada Bala.

    ReplyDelete
  77. Dengan bukti yang didedahkan, benarkah dapat membuktikan kebenaran?

    ReplyDelete
  78. Hujah Bala berputar belik. Susah juga untuk dipercayai dan dibezakan mana satu yang benar.

    ReplyDelete
  79. Pihak berkuasa tidak harus melepaskan sesiapa yang terlibat dalam kes pembunuhan sekiranya benar ada bukti mengesahkan PM Najib juga terlibat.

    ReplyDelete
  80. Semoga kebenaran dapat didedahkan dan dikenakan hukuman jika ada pihak yang masih bebas dari tindakan undang-undang.

    ReplyDelete
  81. Jika nak dedahkan apa-apa, pastikan ada bukti kukuh.

    ReplyDelete
  82. Banyak cakap sahaja, Bala dengan cerita kosongnya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.