Pakatan Rakyat memberi jaminan kilang radioaktif Lynas di Gebeng Kuantan yang mengancam nyawa dan keselamatan penduduk pasti akan ditutup apabila mentadbir negara kelak.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, untuk penutupan itu, kontrak tersebut yang diluluskan antara Barisan Nasional dan Lynas Corporation Ltd dari Australia akan dibatal.
“Demonstrasi dan kempen anti-Lynas sebelum ini menunjukkan ketegasan dan keikhlasan Pakatan Rakyat. Pendirian ini tidak akan berubah dan kita yakin penyokong akan tetap berjuang bersama,” katanya.
Jelas Tian, Lynas antara isu utama rakyat yang bakal diutama dalam sidang Parlimen, sebaik Pakatan membentuk Kerajaan Persekutuan baru.
Beliau berkata demikian mengulas laporan pemimpin Himpunan Hijau, Wong Tack yang berhasrat mahu membakar kilang Lynas itu jika masih boleh beroperasi selepas pilihan raya umum akan datang.
Mengambil kira kenyataannya itu memberi kesan negatif kepada generasi muda, Wong memohon maaf kepada semua rakyat.
Dalam pada itu, Tian percaya penyokong Himpunan Hijau merupakan kumpulan pencinta keamanan, dan menjamin tiada keganasan akan berlaku.
Katanya, fakta ini dibuktikan penyokong yang berhimpun aman melawan isu Lynas.
“Kempen pergerakan keamanan ini menyaksikan kebangkitan dan kesedaran rakyat. Kita tetap membela hak kebebasan berhimpun, tanpa keganasan walaupun menghadapi pelbagai cabaran,” tegas Ahli Parlimen Batu. _KD
Saturday, February 9, 2013
Lynas Tutup Bila Pakatan Rakyat Memerintah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pakatan Rakyat memberi jaminan kilang radioaktif Lynas di Gebeng Kuantan yang mengancam nyawa dan keselamatan penduduk pasti akan ditutup apabila mentadbir negara kelak.
ReplyDeleteIni hanya janji politik PR semata-mata.
Jika mahu mencari undi pun tidak perlulah cakap yang mana Lynas ini akan ditutup jika PR memerintah. Tidak ada guna juga.
ReplyDeletePR mengunakan cara ini untuk menjerat pengundi. Tapi jika projek ini ditutup apa akan jadi dengan kawasan tersebut nanti.
ReplyDeleteIni membuktikan PR hanya mahu membazirkan pembangunan yang telah dirancang.
ReplyDeleteRasanya nanti bukan Lynas saja yang akan ditutup tapi semua projek yang telah dirancang oleh kerajaan sebelum itu.
ReplyDeleteretorik semata-mata...indah di mulut, namun hakikatnya siapa yang tahu kan...jangan terpedaya dengan janji2 manis PKR..
ReplyDeleterakyat harus berfikiran matang dan bukan mengikut perasaan...
ReplyDeleteSenag mahu cakap, belum tentu pembangkang akan lakukannya kalau menang nanti.
ReplyDelete"Rasanya nanti bukan Lynas saja yang akan ditutup tapi semua projek yang telah dirancang oleh kerajaan sebelum itu."
ReplyDeleteSetuju dengan Hidup Di Sabah. Jika hal ini berlaku, tak pasal-pasal maslaah lain pula timbul.
Lebih baik teruskan sokongan terhadap kerajaan yang sedia ada kerana dengan sokongan itu kita mampu menyimpan harapan melihat negara kita makin maju.
ReplyDeleteDemi mahu menang, apa saja janji sanggup ditabur. Harap rakyat tidak tertipu dengan taktik pembangkang ini.
ReplyDeleteRakyat haruslah sentiasa berwaspada dengan janji pembangkang yang cukup manis ini. Jangan cepat terpedaya dan percaya pada retorik pembangkang.
ReplyDeleteKumpulan Himpunan Hijau anti Lynas meneruskan rancangan mereka untuk mogok lapar di Dataran Merdeka selama 100 jam bermula pada jam 8.00 malam 27 Disember dan tamat pada 12 tengahari, 1 Januari 2013. Laporan jam 8.00, mendapati terdapat tidak sampai pun 20 orang yang tiba di ‘tempat kejadian’.
ReplyDeleteSebelum itu, kita harus faham bahawa mereka ini hanya mogok lapar tetapi tidak mogok dahaga kerana mereka tidak sanggup mati dalam ‘perjuangan’ ini.
ReplyDeleteAcara kemuncak mogok ini ialah pada 31 Disember di mana 10,000 kereta dan motorsikal dijangka akan menyertai mereka. Protes dicadangkan bermula di Markas Tarbiyah Pas di Taman Melewar Gombak, seterusnya di Markas Pas Chegar Mendang di Bentong sebelum menuju ke Gebeng. Pemimpin-pemimpin PR juga akan berucap dan berceramah politik bagi memeriahkan lagi protes tersebut.
ReplyDeleteMengikut laporan hari ini iaitu 28hb Disember, terdapat lebih kurang 60 orang ahli kumpulan ini telah ‘membanjiri’ Dataran Merdeka setakat ini. Kebanyakannya adalah anak-anak Cina DAP yang sama ada bermasalah memahami bahasa Malaysia atau Inggeris iaitu bahasa yang digunakan dalam laporan kajian pihak berkuasa atom dan nuklear antarabangsa, atau sekadar bermasalah otak lembab untuk memahami fakta sains.
ReplyDeleteSelain itu, terdapat juga seorang anak Melayu, pendemo tersohor yang malas belajar dan enggan membayar hutang iaitu, Adam Adli. Turut kelihatan ialah seorang dua balaci DAP paling setia dari Unit Amal Pas. Jika diambil kira S.B dan media, jumlah sebenar yang hadir mungkin hanya sekitar 30 orang sahaja.
ReplyDeleteWalaupun jumlah ini dijangka meningkat menjelang acara kemuncak, namun ia tetap merupakan satu ‘setback’ atau permulaan yang buruk bagi satu program yang disokong atau lebih tepat didalangi pembangkang dari tiga parti yang cukup terkenal dengan tenaga demonstrasi yang ramai lagi bersemangat waja.
ReplyDeleteProtes secara mogok lapar jarang dilakukan di Malaysia apatah lagi disertai oleh golongan muda, iaitu semuda 14 tahun, menurut dakwaan pihak penganjur. Oleh itu, kita menjangkakan satu permulaan yang menggegarkan dengan kehadiran ramai penyokong-penyokong pembangkang untuk memberi semangat kepada mereka.
ReplyDeleteNamun, seperti laporan di atas, protes ini telah bermula dengan hambar sekali sehingga kelihatan agak menggelikan hati. Lebih-lebih lagi jika melihatnya dari segi fakta di mana apa yang diprotes mereka adalah tidak relevan sama sekali kerana Lynas telah terbukti secara saintifik sebagai selamat dan tidak membawa mudarat kepada manusia mahupun alam sekitar.
ReplyDeleteHakikatnya, selain dari beberapa orang yang memimpin Himpunan Hijau yang telah diberi peluang mengemukakan hujah di mahkamah dan mendapat maklumat terperinci mengenai Lynas, yang lain-lainnya langsung tidak tahu apa-apa mengenai apa yang diprotes mereka.
ReplyDeleteMereka dilihat terkial-kial menjawab soalan mengenai Lynas mahupun radioaktif. Seperti juga hujah ketua mereka yang dibakul-sampahkan oleh mahkamah kerana tidak punya fakta khusus mengenai Lynas melainkan pendapat dan gambaran mengenai kesan radioaktif secara am, begitulah juga jawapan yang diberi oleh peserta protes ini, malah jauh lebih dangkal lagi.
ReplyDeleteKerana itulah kita melihat tindakan mereka bermogok lapar atau berjalan kaki dari Kuantan yang dilakukan mereka sebelum ini, sebagai satu tindakan bodoh piang.
ReplyDeleteKerana itulah kita melihat tindakan mereka bermogok lapar atau berjalan kaki dari Kuantan yang dilakukan mereka sebelum ini, sebagai satu tindakan bodoh piang.
ReplyDeleteJelas, mereka telah diperbodohkan oleh pembangkang yang terdesak mencari isu sehingga menjadikan Lynas sebagai isu politik. Mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak asing yang ingin melihat kerajaan tumbang.
ReplyDeleteSelain itu, mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak yang berkepentingan sampingan dari segi perniagaan, dalam memastikan Lynas ditutup. Inikah puak yang merasakan mereka lebih bijak dari orang lain dan bercakap mengenai ‘regime change’?
ReplyDeleteDari satu sudut lain pula, hakikat bahawa Lynas amat berpotensi berdaya maju dan diterajui ahli perniagaan professional Melayu yang punya jati diri yang kuat juga, tidak wajar diketepikan.
ReplyDeleteOleh itu, nisbah kaum dalam Himpunan Hijau yang menunjukkan hampir 100% peserta adalah kaum Cina perlu diambilkira untuk membuktikan adanya sesuatu yang tidak kena dengan agenda sebenar penentangan terhadap Lynas.
ReplyDeleteApapun, permulaan protes yang hambar adalah petanda jelas dari rakyat kepada Pakatan Rakyat iaitu demonstrasi untuk memburukkan kerajaan adalah kerja orang-orang bodoh yang dilakukan atas arahan pemimpin-pemimpin yang bodoh juga.
ReplyDeleteIni kerana pemimpin yang bijak tidak akan ‘menyiksa’ rakyat berjalan kaki dari jauh, menahan lapar berpanas berhujan dan menghadapi risiko cedera atau tertangkap serta tergadai masa depan semata-mata untuk menang pilihanraya.
ReplyDeleteSebaliknya, pemimpin yang bijak akan menjaga kawasan politiknya serta negeri jajahannya dengan sebaik mungkin untuk memastikan rakyat mengundi mereka.
ReplyDeleteNampaknya, dalam usaha puak-puak bodoh Himpunan Hijau menghancurkan Lynas, Pakatan Rakyat telah pun hancur terlebih dahulu.
ReplyDeleteAgak payah untuk diterima akal bila kumpulan “Save Malaysia Stop Lynas” (SMSL) mendakwa kilang Lynas di Gebeng, Kuantan sangat merbahaya dan mampu mengancam kehidupan rakyat di sekitar kawasan tersebut.
ReplyDeleteSudah berbuih-buih pelbagai pihak menerangkan kepada kumpulan “katak hijau muda” itu, namun mereka tetap degil enggan menerima kenyataan dan hakikat, termasuklah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, yang semakin hari semakin “bebal”.
ReplyDeleteSepatutnya, isu kilang Lynas sudah tidak timbul sama sekali memandangkan ia sudah pun disahkan selamat secara keseluruhannya oleh agensi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
ReplyDeleteKreadibiliti yang dimiliki oleh AELB dan IAEA tentang bidang radiasi sememangnya diiktiraf antarabangsa. Sebut saja nama AELB, ia diiktiraf IAEA. Sebut saja nama IAEA, ia diiktiraf pula di seluruh dunia.
ReplyDeleteSiapa pula yang iktiraf SMSL? Parti politik pembangkang? SMSL ada pakar radiasi tak? Cuba sebut satu nama pemimpin pembangkang yang pakar sangat tentang atom, boleh? Ada tak? Kalau tak ada, lebih baik SMSL diam dan balik tidur!
ReplyDeleteLagipun, SMSL perlu tahu membezakan di antara kilang kimia dengan kilang radioaktif. Untuk pengetahuan kumpulan SMSL yang “bijak sangat” itu, kilang Lynas tersebut merupakan sebuah kilang kimia. Saya ulang, KILANG KIMIA dan BUKAN kilang radioaktif. Faham?
ReplyDeletejelaslah propaganda yang dimainkan oleh kumpulan yang dipercayai “diupah” parti pembangkang itu tidak berpaksikan kepada bukti-bukti kajian secara saintifik dan berpandukan kepada persepsi bagi menakut-nakutkan rakyat sahaja.
ReplyDeleteDulu ketika kilang itu masih dalam cadangan, Fuziah Salleh canang keliling negara mendakwa sebuah kilang “loji nuklear” akan dibina di Pahang. Padahal, Fuziah sendiri salah fakta dan berbohong mengenainya.
ReplyDeleteMungkin mereka sudah terlalu terdesak kerana tersilap terjah, maka mereka terpaksa teruskan bantahan. Nak tarik balik dakwaan sudah tentu mereka malu. Mahu atau tidak, terpaksalah “jual temberang” sambil makan angin di Australia…
ReplyDeletePRESIDEN kumpulan aktivis alam sekitar Himpunan Hijau Wong Tack mengancam untuk membakar loji nadir bumi di Gebeng, Kuantan.
ReplyDeleteSekiranya kilang tersebut masih beroperasi selepas pilihan raya umum ke-13.
ReplyDeleteMenurut laporan akhbar Sin Chew Daily kelmarin, Wong berkata beliau sendiri akan membakar loji berkenaan sekiranya ia tidak ditutup dalam tempoh 30 hari selepas pilihan raya umum.
ReplyDeleteWong juga mengancam untuk mengadakan demonstrasi jalanan untuk menumbangkan kerajaan yang baru dipilih sekiranya tuntutan untuk menutup loji berkenaan tidak dipenuhi, katanya.
ReplyDeleteAktivis itu juga berkata beliau bersedia menghadapi apa-apa tindakan undang-undang dan turut mengulangi bahawa beliau tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.
ReplyDeletePakatan cuba nak manipulasikan isu lynas.
ReplyDeleteJika berdasarkan fakta saintifik, projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang yang disahkan tidak melanggar mana-mana peraturan di dalam mahupun di luar negara oleh enam entiti bebas sebelum ini, sepatutnya telah lama memulakan operasinya.
ReplyDeleteSementara itu, syarikat-syarikat pembekal telah membina kilang mereka lebih dekat dengan tapak Lynas antaranya dua syarikat pembekal asid yang telah melaburkan RM300 juta dan menggaji sekitar 100 kakitangan.
ReplyDeleteDengan hasil bumi, minyak dan sumber lain yang semakin berkurangan, Malaysia sememangnya perlu meneroka ke dalam sektor ekonomi baru.
ReplyDeleteIndustri nadir bumi boleh menjadi sektor pembangunan baru negara yang mampu melonjakkan Malaysia ke arah status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 memandangkan permintaan untuk bahan tersebut semakin meningkat saban hari.
ReplyDeleteKehadiran loji LAMP milik Lynas di Pahang juga akan membentuk sebuah hab untuk aktiviti hiliran nadir bumi seperti televisyen, skrin komputer, telefon bimbit hinggalah kepada lampu yang menjimatkan tenaga, mesin imbasan magnetik MRI dan juga komponen kenderaan bernilai lebih AS$10 trilion (RM30.66 trilion).
ReplyDeleteSelepas memulakan operasinya, loji nadir bumi di Gebeng dijangka mampu memproses 22,000 tan nadir bumi setahun iaitu bersamaan satu perlima permintaan global seterusnya menjana pendapatan tahunan sebanyak RM4 bilion
ReplyDeletePakar runding Dudley Kingsnorth of Industrial Minerals Co of Australia (IMCOA) menjangkakan permintaan untuk bahan nadir bumi akan mencecah 160,000 tan menjelang 2016 berbanding 105,000 tan pada 2011.
ReplyDeleteSehingga kini, para pengeluar dari China telah memonopoli industri tersebut tetapi menjelang 2016, dijangkakan sekitar 60,000 tan bekalan nadir bumi dunia akan diperolehi daripada pengeluar di luar China terutamanya lombong Lynas di Barat Australia dan juga daripada MolyCorp di California, Amerika Syarikat.
ReplyDeleteDengan nilai RM2.5 bilion, projek LAMP adalah pelaburan terbesar Australia di negara ini. Seperti mana kesan hab Petronas di Kertih, LAMP di Gebeng akan membentuk sebuah pusat pembangunan untuk kawasan sekitarnya.
ReplyDeleteProjek LAMP juga bakal memberi nafas baru kepada pembuat komponen kenderaan di Taman Automotif Pekan serta pengeluar komponen elektronik lain dan dijangka akan membawa masuk bersamanya pelbagai industri teknologi tinggi lain ke negara ini dalam jangka panjang.
ReplyDeleteBagaimanapun, sekali lagi politik nampaknya telah mengaburi semua fakta dan menghalang semua usaha pembangunan yang diusahakan demi kesejahteraan rakyat.
ReplyDeleteAkibat wayang politik yang cuba mengatasi fakta sains, Malaysia mungkin bakal kerugian besar kerana tindakan itu akan menjejaskan pelaburan langsung asing (FDI) dan keyakinan pihak luar menjalankan perniagaan di negara ini.
ReplyDeleteThe people in this district welcomed the approval of an allocation of RM40 million to build the Sekolah Menengah Desa Wawasan whose students have been long squatting at SK Garas, Mukim Kirokot here.
ReplyDeleteThe approval of the development was announced by deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin, who is also the Minister of Education in conjunction with the 1Malaysia People’s Assembly Programme-‘Gelombang Biru’ in Keningau, recently.
ReplyDeleteDeputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, who is also the Minister for Infrastructure Development, said the approval of the SMK Desa Wawasan project reflected the federal government’s concern on the educational and manpower development of the Kadazandusun Murut community.
ReplyDeletePairin, who is also the People Representative for Tambunan said this during the opening of the 1Malaysia People’s Aid Delivery Programme (BR1M) Phase 2 at the Community Hall, here.
ReplyDeleteAlso present were Tambunan District Officer, Thomas Anggor, the People Development Leader (PKR) N.32 Tambunan, Laiwon Dalus, District Chief, Augustine Kandawai and Deputy Head of the Sabah United Party (PBS) Datuk Daniel Kinsik and local leaders.
ReplyDeleteIn addition, Pairin said the people should give a chance to the development of the educational projects which is being implemented by giving unequivocal support to the government under the leadership of the Prime Minister.
ReplyDelete“For four years, he (Najib) had worked very hard, never stop and listens to the people problems and taking the initiative to travel all over the country.
ReplyDeleteNevertheless, he also listened to the people’s grievances like the setting up the Royal Commission (RCI) on illegal immigrants in Sabah. “said Pairin.
ReplyDeletePairin added, he described Najib as a ‘Doctor of Politics’ who has made many changes with the approach taken which had a vital impact on the people.
ReplyDeleteThe most important is with Najib administration which is closer to Sabah than his predecessor and a good relationship that benefited the people of the state.
ReplyDeleteIn the meantime, there were a total of 2,455 BR1M recipients for the Phase 2 in Tambunan.
ReplyDelete