Wednesday, February 27, 2013

Rosmah Mansor ‘diserang’ siswi UKM

Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.

Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program bersama mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej menolak penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah dilakukan oleh beliau.

Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang.

Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM cuba untuk menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka gagal mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes secara aman itu.

Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan mahasiswi tersebut adalah ‘ketakutan’ Rosmah untuk bertemu dengan mereka apabila beliau telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui belakang kereta-kereta yang diletakkan di sekitar dewan tersebut.



Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedez Benz mewah terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan secara sembunyi.

“Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk menyatakan hasrat rakyat terhadap Datin Seri Rosmah, namun ternyata beliau begitu takut untuk bersemuka dengan kami.

“Walaupun kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah pada hari ini, namun kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara yang itu. Ini baru permulaan dari kami,” tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal Siswi ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis.

98 comments:
Write comments
  1. Di UKM shj, jumlah tenaga pengajar turut bertambah. Mengikut statistik sehingga 10 Oktober 2004, jumlah tenaga pengajar adalah seramai 1,784 orang iaitu 187 orang Profesor, 358 Profesor Madya, dua Pensyarah Kanan, 1,017 orang Pensyarah, 68 orang Guru Bahasa dan 152 orang Tutor.

    Jumlah graduan yang dikeluarkan oleh UKM sejak 1973 sehingga Oktober 2004 adalah 97,562 prasiswazah, 7,535 master dan 494 doktor falsafah.

    So, 50 orang dari 15,230 pelajar? Malaysia adalah negara demokrasi. tiada masalah bagi menyuarakan pendapat. so, u perhatilah yg silent tu..

    ReplyDelete
  2. Sampai begitu sekali protes yang dibuat terhadap Rosmah.

    ReplyDelete
  3. Pihak berkuasa haruslah mencari kebenaran dalam dakwaan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  4. Kita sendiri tidak ada kepastian dalam tuduhan tersebut.

    ReplyDelete
  5. Apa kata Rosmah cuba saman mereka yang memfitnah ini. ini kerana boleh membersihkan nama Rosmah sendiri.

    ReplyDelete
  6. Jika Rosmah tidak berbuat demikian selagi itulah isu ini akan terus dipermainkan.

    ReplyDelete
  7. Tambahan lagi ini lah cara pembangkang mencari sokongan.

    ReplyDelete
  8. Cara ini jugalah pembangkang akan menjatuhkan kerajana BN.

    ReplyDelete
  9. Cadangan budak-budak yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) untuk bertanding di Parlimen Pekan menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam PRU13 akan datang, sekadar membuktikan pembangkang ketandusan calon berkaliber untuk menentang Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  10. Ya, pembangkang, sebab namanya memang GM13, tapi ‘bin’nya tetap Anwar Ibrahim!!

    ReplyDelete
  11. Kita pun tahu, budak-budak ini mana ada duit nak bayar deposit calon (belajar pun berhutang), melainkan ditaja pembangkang yang dapat dana yahudi dan salahguna dana rakyat Selangor.

    ReplyDelete
  12. Maka itu, alang-alang dah tau kalah, pembangkang cuba menjatuhkan ‘standard’ Perdana Menteri dengan meletakkan budak-budak tak habis belajar ini untuk menentang beliau di kerusi parlimen yang telah diwakili beliau sejak 1976.

    ReplyDelete
  13. Jadi apa yang perlu dilakukan oleh Rosmah tampil dan menafikan semua tuduhan yang tidak ada bukti ini.

    ReplyDelete
  14. Motif jahat ini tidak susah nak dibaca kerana memang dari mula, misi pembangkang yang diketuai Anwar ini hanya untuk menjatuhkan maruah Perdana Menteri saja, bukan ada masalah lain. Kita pun tahu, apa budak-budak ini boleh buat untuk membawa suara rakyat di Parlimen (kok menangla)?

    ReplyDelete
  15. Kalau ikutkan, kita pun boleh letak budak-budak bertanding menentang Anwar di Permatang Pauh, tapi pilihanraya adalah perkara serius, bukan boleh buat main-main. Jangan hanya kerana nak menyaingi tindakan bodoh Anwar Ibrahim, rakyat melihat BN pun kong kali kong juga memperlecehkan kesucian PRU dengan tindakan seumpama itu.

    ReplyDelete
  16. Dalam masa yang sama, kita tidak pula melihat keperluan untuk BN bersungguh-sungguh menghalang budak-budak ini dari dicalonkan di Pekan. Biarkanlah, sebab kita yakin tindakan seumpama itu hanya akan menjerat pembangkang semula dan memberi laluan mudah kepada Perdana Menteri untuk menang.

    ReplyDelete
  17. Lagipun tidak ada apa yang boleh dilakukan BN untuk menghalang budak-budak ini dari bertanding, asalkan sahaja mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihanraya. Takut-takut nanti BN pula yang dituduh cuba menghalang demokrasi.

    ReplyDelete
  18. Jangan lupa juga, ini bukan tahun 2008, dimana rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan ketika itu menyaksikan begitu ramai calon pembangkang yang diletak setakat untuk mengisi kotak kosong, menang!!! Antara yang masuk kategori ini adalah Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh dan Ahli Parlimen Merbuk, Rashid Din.

    ReplyDelete
  19. Bercakap tentang Gwo-Burne, dia cakap melayu pun tak reti, nak perjuang nasib rakyat macam mana?

    ReplyDelete
  20. Sekarang ini kita dapat lihat usaha kerajaan yang mana cuba membantu rakyatnya yang memerlukan pertolongan.

    ReplyDelete
  21. Sepatutnya BN menjadikan pencalonan budak-budak ini sebagai contoh kepada rakyat bagaimana pembangkang meremehkan kepentingan pilihanraya umum demi menjayakan permainan politik kotor mereka. Biar rakyat menunjukkan jalan keluar kepada keldai-keldai Anwar ini dengan menolak mereka dalam pilihanraya nanti

    ReplyDelete
  22. Kali ini ramai yakin kali ini rakyat sangat berpuas hati dengan corak pentadbiran baru yang dilaksanakan Perdana Menteri terutama dengan pengenalan skim-skim mesra rakyat seperti BR1M, SL1M dan sebagainya, dan tidak akan mengulangi perbuatan bodoh 2008.

    ReplyDelete
  23. Cuma sekarang, menanti calon-calon yang bakal ditampilkan BN sahaja, sama ada memenuhi kriteria winnable candidate yang ditetapkan Perdana Menteri atau tidak. Kalau tidak, adalah yang tidak buat kerja tu.

    ReplyDelete
  24. PRU13 semakin dekat maka tampillah dan bersihkan nama parti untuk memastikan kemenangan besar pada PRU13.

    ReplyDelete
  25. So, 50 orang dari 15,230 pelajar? Malaysia adalah negara demokrasi. tiada masalah bagi menyuarakan pendapat/ buat perhimpunan. tapi, Mus Sabahdaily, u perhatilah yg silent tu.

    ReplyDelete
  26. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan mengingatkan kita tentang ancaman Anwar Ibrahim untuk mencetuskan pemberontakan seperti negara-negara timur tengah atau ‘Arab Spring’ dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sudah tentu peringatan dari seorang yang berpengalaman dan mempunyai sumber maklumat yang luas seperti Tun Mahathir, tidak wajar dipandang ringan.

    ReplyDelete
  27. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Apatah lagi setelah kita sedia maklum bahawa pemberontakan bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar, malah telah menjadi ‘hobi’nya sejak muda iaitu sejak di bangku Universiti tahun 1974. Apabila dipecat dari kerajaan, Anwar tidak berlengah-lengah untuk memulakan kembali hobi waktu mudanya, dan pantas menggerakkan kekacauan, memberontak menentang kerajaan yang sebelum itu turut diterajuinya.

    ReplyDelete
  28. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Sehingga kini, hobi tersebut tidak pernah padam. Apabila melihat dunia Arab bergolak, beliau pantas menyerapkan semangat Dataran Tahrir yang menyaksikan peristiwa berdarah pemberontakan rakyat terhadap kerajaan Mesir, terhadap penyokong-penyokongnya. Begitu juga dengan pemberontakan atau revolusi di Syria, Libya, Tunisia dan lain-lain, semuanya dijadikan ‘contoh teladan’ yang harus diikuti oleh Malaysia, menurut Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  29. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Justeru, pada Februari 24, 2012 wawancara Anwar dengan Inter Press Service http://www.ipsnews.net/2012/02/malaysians-must-vote-out-corruption-racism/, sekali gus mengesahkan peringatan Tun Mahathir di mana Anwar berkali-kali menegaskan akan keperluan kepada satu pemberontakan ala ‘Arab Spring’ di Malaysia.

    ReplyDelete
  30. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Antara kata-katanya ialah “Malaysia tidak boleh dipisahkan dari apa yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Islam,” dan “…polisi kami (PR) adalah untuk Malaysia menjadi negara demokrasi yang matang. Apa yang mereka di ‘Arab Spring’ dan ‘Occupy Wall Street Movement’ katakan ialah mengenai keadilan dan tekanan yang dihadapi dalam dunia kapitalis yang tidak terkawal yang hanya memberi kelebihan kepada segolongan kecil yang telah sedia mewah sahaja.”

    ReplyDelete
  31. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Beliau juga berkata, “…bagi menghormati institusi demokrasi, hak untuk menentang dan hak kebebasan, ‘Arab Spring’ adalah amat perlu bagi dunia Islam kerana ia mempunyai impak dalam pengertian demokrasi.”

    ReplyDelete
  32. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Maka tidak hairanlah, setiap kali puak pembangkang berdemonstrasi, tidak kira apa jua bentuk penyamaran yang mereka gunakan, seperti BERSIH, Himpunan Demokrasi, Reformasi, Kumpulan Hijau, dan sebagainya, laungan untuk menjatuhkan kerajaan sering kedengaran.

    ReplyDelete
  33. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Malah, pemimpin-pemimpin pembangkang juga telah beberapa kali dirakamkan menyuarakan secara langsung dan tidak langsung, berkenaan usaha mereka untuk mencetus ‘Dataran Tahrir’ di Malaysia.

    ReplyDelete
  34. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Perlu diingatkan bahawa peristiwa berdarah Dataran Tahrir ini tidak mustahil akan berjaya dicetuskan mereka sekiranya ‘hobi’ memberontak yang dimiliki oleh Anwar digabung dengan kebebalan PAS dan kebencian DAP yang membuak-buak terhadap kerajaan Melayu Islam. Apatah lagi, dengan terdapatnya dana asing yang tiada had untuk mengupah para pemberontak dan menyogok pengkhianat.

    ReplyDelete
  35. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Adalah penting bagi setiap seorang dari rakyat Malaysia untuk benar-benar memahami apa itu ‘Arab Spring’ atau ‘Dataran Tahrir’ atau ‘Occupy Wall Street’ yang menjadi obsesi Anwar ini. Ini bukan masanya untuk kita sekadar mendengar cakap-cakap rakan mengenainya atau percaya bulat-bulat atas apa yang disampaikan oleh ahli-ahli politik mahupun media massa.

    ReplyDelete
  36. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Jika benar kita inginkan demokrasi yang matang maka, kita, iaitu rakyat Malaysia harus mematangkan diri terlebih dahulu. Kita tidak layak untuk menganggap diri kita matang selagi kita tidak benar-benar mengkaji mengenai apa yang kita sokong.

    ReplyDelete
  37. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Sesungguhnya, keadaan negara-negara pasca ‘Arab Spring’ adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya. Jika sebelum ini rakyat Mesir menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak yang dianggap sebagai korup, zalim dan tidak memberi kebebasan bersuara tetapi hari ini, kerajaan Morsi Mohamed adalah lebih teruk di mana sesiapa sahaja yang mengkritiknya akan ditangkap.

    ReplyDelete
  38. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Menjatuhkan sesebuah kerajaan melalui pemberontakan bermakna menjatuhkan atau memusnahkan negara dan diri sendiri. Ertinya, ekonomi menjadi lumpuh apabila pejabat, kedai, bank, sekolah dan segala-galanya musnah atau tidak mampu beroperasi kerana kekacauan.

    ReplyDelete
  39. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Ini kerana, dalam keadaan kekacauan, bukan hanya kerajaan yang ditentang yang akan terjejas, tetapi yang jauh lebih teruk terjejas adalah rakyat sendiri. Apabila sistem pentadbiran lumpuh, maka jenayah secara automatik berleluasa dan ini menambah lagi penderitaan rakyat.

    ReplyDelete
  40. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Pertabalan kerajaan baru bukan bermakna keadaan pulih secara automatik. Pejabat, kedai, kilang, bank, sekolah yang musnah perlu diperbaiki tetapi ia pastinya memerlukan dana yang banyak. Tetapi dana tidak ada kerana pelabur, pelancong telah melarikan diri, manakala pasaran saham pula menjunam dan bank-bank juga kerugian.

    ReplyDelete
  41. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Maka, penganggur yang memberontak kerana marahkan kerajaan sebelum ini atas alasan tidak menyediakan peluang pekerjaan untuknya, kini mendapati bahawa semakin mustahil bagi dirinya untuk mendapat pekerjaan.

    ReplyDelete
  42. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Kalau dulu memberontak konon kerana kerajaan tidak mampu memberi kesenangan, kini hidup semakin tidak senang apabila harga barangan asas menjulang tinggi akibat pemberontakan.

    ReplyDelete
  43. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Setahun selepas pemberontakan, peniaga-peniaga Mesir melaporkan perniagaan mereka terus merosot sehingga 40% berbanding sebelum pemberontakan. Pelancongan juga masih belum pulih iaitu merosot 75% dari sebelumnya. Lalu Mesir terpaksa membuat pinjaman asing yang berkali ganda, yang mana tidak perlu dibuat oleh kerajaan lalu.

    ReplyDelete
  44. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Rakyat yang tidak mampu memahami apa yang telah mereka lakukan terhadap diri sendiri, mula menyalahkan kerajaan baru pula dan memberontak sekali lagi. Dan sehingga kini, kekacauan dan ancaman pemberontakan masih berterusan di Mesir. Hari ini, ramai rakyat mereka meluahkan kekesalan kerana telah melakukan pemberontakan.

    ReplyDelete
  45. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Selain Mesir, rasamnya, kita tidak perlu berbincang mengenai Syria pasca pemberontakan kerana apa yang berlaku pada rakyatnya dapat dilihat sendiri melalui laman-laman sosial yang dikongsi oleh mereka-mereka yang prihatin.

    ReplyDelete
  46. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Apa yang pasti, kesemua negara-negara ‘Arab Spring’ ini berada dalam keadaan ‘gelap-gulita’, sehinggakan bukan sahaja tiada cahaya di hujung terowong, tetapi terowong itu sendiri tidak tahu di mana letaknya.

    ReplyDelete
  47. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Sekiranya, ‘Arab Spring’ perlu dijadikan contoh teladan seperti kata Anwar, maka satu-satunya yang boleh diteladani ialah agar tidak mengikut jejak langkah mereka dengan menjatuhkan kerajaan melalui pemberontakan.

    ReplyDelete
  48. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Jika Anwar ingin sangat menjadi Perdana Menteri, beliau perlu melalui cara demokrasi sebenar, iaitu pilihanraya. Tidak ada seorang pun dari rakyat Malaysia yang wajar kehilangan pekerjaan, kerugian perniagaan, menderita, atau bergadai nyawa untuk memastikan Anwar mencapai cita-citanya.

    ReplyDelete
  49. PELAJAR-PELAJAR SUDAH PANDAI TUNJUK SIKAP TERRORIST HASIL DIDIKAN ANUWAR IBRAHIM.. BAIK BERHENTI BELAJAR DAN JOIN PAKATAN HARAM..

    Kita tidak perlu menggadaikan nikmat yang sedia ada dan mereka yang terlibat dalam Arab Spring pasti memberitahu kita bahawa apa yang kita nikmati hari ini adalah tidak ternilai harganya.

    ReplyDelete
  50. Tidak lama dahulu blog-blog pro-kerajaan ada mendedahkan strategi pilihanraya Pakatan Rakyat yang dibocorkan oleh sumber dalaman parti tersebut.

    ReplyDelete
  51. Jika ada pembaca yang masih ingat, antara strategi utama PR menjelang pilihanraya ialah menyerang Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggambarkan beliau sebagai boros, sombong dan buruk tingkahlaku.

    ReplyDelete
  52. Nampaknya, walaupun strategi tersebut telah pun bocor, PR tetap menggunapakainya kerana ketandusan isu yang 'valid' untuk menyerang kerajaan.

    ReplyDelete
  53. Maka, Rosmah pun dijadikan isu utama oleh media-media pembangkang walaupun sebenarnya tiada isu.

    ReplyDelete
  54. Akhbar Suara Keadilan pernah mengitar semula pembohongan kononnya Datin Seri Rosmah membeli-belah lagi dengan menggunakan wang rakyat.

    ReplyDelete
  55. Tidak serik apabila terkantoi dengan tuduhan cincin RM24 juta yang sebenarnya dibawa ke Malaysia untuk pameran, PR turut menurunkan pula harga penipuan kepada RM2.5 juta bagi sebuah jam tangan Rosmah dan RM500,000 bagi sepasang subang beliau, seperti yang tertera dengan tulisan besar di muka belakang Suara Keadilan.

    ReplyDelete
  56. Yang peliknya, di muka 31 akhbar tersebut faktanya terbalik pula di mana ia menyebut, "Rosmah dilapor memakai subang bernilai RM2.5 juta dan jam tangannya dianggar bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000."

    ReplyDelete
  57. Lebih pelik lagi apabila di dalam media alternatif PR, hanya jam tangan yang dipertikai iaitu berharga RM350,000 dan kisah mengenai subang tidak pula digembar-gemburkan.

    ReplyDelete
  58. Kecelaruan fakta ini saja sudah cukup menunjukkan bahawa kisah ini sengaja diada-adakan mengikut 'sedap rasa' si penulis.

    ReplyDelete
  59. Entah kenapa kisah mengenai subang kurang dimainkan berbanding jam. Mungkinkah kerana menyedari bahawa kisah mengenai subang akan menyebabkan mereka terkantoi lagi sekali...?

    ReplyDelete
  60. Jika takut kisah subang terkantoi kerana ia tidak benar, maka kisah mengenai jam juga sama kerana Datin Seri Rosmah tidak pernah berbelanja sedemikian besar hanya untuk sebuah jam.

    ReplyDelete
  61. Tetapi beliau ada mengakui ada menerima hadiah jam tangan mewah dari pihak tertentu dalam salah satu lawatan beliau ke luar negara, sepertimana kelaziman seorang VIP.

    ReplyDelete
  62. Ini tidak seharusnya menjadi isu kerana seorang bekas banduan seperti Anwar Ibrahim juga pernah mengakui menerima hadiah jam tangan Omega dari pihak tertentu.

    ReplyDelete
  63. Desakan PR agar Rosmah mengisytihar harta amatlah melucukan kerana pemimpin PR sendiri enggan mengisytihar harta walaupun diselubungi persoalan dari rakyat tentang dari mana datangnya kereta Ferrari Azmin Ali atau wang untuk Anwar dan keluarga keluar negara beribu-ribu kali setahun?

    ReplyDelete
  64. Jika setiap perbelanjaan isteri PM ini dikatakan ditanggung oleh kerajaan atau rakyat maka bagaimana pula dengan perbelanjaan pemimpin PR tersebut....? Apakah mereka selama ini bermewah atas wang kerajaan atau rakyat Selangor...? Atau wang Soros...? atau wang Yahudi...?

    ReplyDelete
  65. Tidak seperti perbelanjaan rasmi Datin Seri Rosmah yang terikat kepada peraturan dan kelulusan kabinet, perbelanjaan pemimpin PR tidak terikat kepada apa-apa peraturan atau kelulusan. Oleh itu, adalah mustahil bagi Datin Seri Rosmah untuk 'mencekau' wang kerajaan atau wang rakyat untuk perbelanjaan peribadi, tetapi sebaliknya pemimpin PR tidak mustahil berbuat demikian.

    ReplyDelete
  66. Malah, PR juga tidak pernah menyembunyikannya dan langsung tidak merasa bersalah menggunakan wang rakyat Selangor untuk membayar kos guaman pemimpin mereka yang bersifat peribadi. Untuk ini, kita tidak pasti apa yang tertulis di dalam laporan audit kerajaan Selangor bagi kos guaman peribadi tersebut, tetapi yang pastinya ia telah diumumkan sendiri oleh Menteri Besar.

    ReplyDelete
  67. Dengan itu, tidak usahlah PR terus cuba memburuk-burukkan Rosmah dengan cuba menyamakan beliau dengan Imelda Marcos atau mana-mana isteri Ketua Negara yang boros.

    ReplyDelete
  68. Sesungguhnya, BN mengurustadbir kewangan negara dengan professional dan tiada sesiapa dari mana-mana pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri dan isteri yang boleh menggunapakai wang negara sesuka hati.

    ReplyDelete
  69. BN tidak pernah mengurustadbir negara cara PR iaitu mencampuradukkan peribadi, politik dan kerajaan negeri. Buktinya, ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh dan berkembang dengan selesa. Tidak mungkin rekod ekonomi negara ini begitu baik jika benar kewangan negara tidak diurus dengan baik.

    ReplyDelete
  70. Justeru, strategi memburukkan Datin Seri Rosmah sebagai boros dan menghabiskan wang rakyat adalah strategi bodoh. Strategi ini hanya menyerlahkan betapa BN telah berkhidmat dengan cemerlang sehinggakan PR ketandusan isu untuk menyerang dan terpaksa merekacipta isu yang tidak signifikan bagi menghadapi Pilihanraya.

    ReplyDelete
  71. kereta lembu dah di booking shahrizat

    ReplyDelete
  72. kalau x salah perlu apa takut?

    ReplyDelete
  73. pentadbir ukm sepatutnya adakan satu sesi khas antara siswi2 kita dgn isteri pm..ni bawa lari dari pintu belakang pulak! mcm penyamun....apa da..pentadbir ukm..

    ReplyDelete
  74. Jgn kita SUU DZON dgn Rosmah, dia suroh bunoh altantuya mngkin ikhlas dan Ros mau hantar roh mangsa tu ke syurga.

    ReplyDelete
  75. It does not help when some of Rosmah’s supporters and detractors either defend or attack her from a purely personal perspective.

    ReplyDelete
  76. MANY Malaysian political blogs likes to sneer at Datin Seri Rosmah Mansor.

    ReplyDelete
  77. Ha ha bagus siswa sekarang pandai berdikari.... rosmah tiada biji tulah dia lari dar belakang... samalah dengan penyokong2nya, yang bawa dia lari ikut belakang... penakut2222222222....

    ReplyDelete
  78. This is, perhaps, not surprising. After all, her husband, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, had to deal with highly acidic public opinion even before he assumed office in April 2009.

    ReplyDelete
  79. There are valid questions about possible abuses of power and corruption on the part of the incumbent premier and his wife. But a quick Google search through the various political blogs will also turn up criticisms against Najib and Rosmah that are personal in nature.

    ReplyDelete
  80. It's quite unfair to attack Datuk Rosmah Mansor like this.

    ReplyDelete
  81. jika dah bersumpah dengan nama Allah tidak mengaku! iITU BUKAN MASALAH KITA DAH..mati tetap mati. KEBENARAN tetap akan hadir setidak2nya di akhirat nanti.

    ReplyDelete
  82. pergilah belajar.

    ReplyDelete
  83. PEMBANGKANG PERGUNAKAN PELAJAR LAH PULAK....

    ••> sememangnya pelajar IPT mampu memberikan kekuatan kepada parti itu terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, namun pelajaran perlu dijadikan perkara nombor satu kepada pewaris legasi negara itu.- Tsu Koon.

    ••> pelajar IPT dan generasi muda adalah aset masa depan kepada kita. Tetapi kita mahu tegaskan di sini, mereka perlu utamakan pelajaran dulu. "Saya tidak mahu lihat pelajar menggadai pelajaran mereka demi kerana politik. Selesaikan tanggungjawab mereka belajar kemudian baru mereka boleh ''all out'' dalam politik," - Tsu Koon.

    ReplyDelete
  84. Fitnah PAS kembali lagi ....fitnah cukup sebati dengan jiwa PAS dan mereka kalau tak fitnah BN tidak senang .

    ReplyDelete
  85. Mereka memang bersikap opportunist apabila terus fitnah Datin Seri Rosmah Mansor seorang saja untuk dijadikan sasaran

    ReplyDelete
  86. Membuat fitnah dan mengaitkan Ds Rosmah dengan pelbagai cercaan juga mencerminkan khawarij PAS tidak menyiasat sepenuhnya mengenai IFF yang dianjurkan.

    ReplyDelete
  87. Mak Lampir Zuraida Ampang yang tiada angin & ribut terus melenting kepada Rosmah Mansor kononnya mencari publisiti hanya kerana bersama suaminya PM DS Najib Razak ketika menyambut kepulangan rakyat Malaysia di Mesir

    ReplyDelete
  88. Bila dah kering idea menghentam Najib , dihalakan pun kepada Rosmah . Itu modal juak-juak pencacai Pakatan bila sanggup memfitnah Rosmah

    ReplyDelete
  89. Pas ni bangang,sesebangang umat manusia ni ialah makhluk manusia yg menganut politik Pas.Dr Presiden nya sampai la kebawah.

    ReplyDelete
  90. nilah yang dimaksudkan dengan peribahasa melayu lama" bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut

    ReplyDelete
  91. Apa salahnya dengan gelaran "Wanita Pertama Malaysia" yang dimuatkan oleh sebuah iklan di New York Times? Apakah rasionalnya Zuraidah mengatakan bahawa ia mendatangkan "derhaka" kepada YMM Raja Permaisuri Agong?

    ReplyDelete
  92. Sudah kehabisan isukah Zuraidah hinggakan pengetahuan am sebegini pun dia sendiri tak tahu?

    ReplyDelete
  93. Sudah menjadi kebiasaan dan juga formaliti mana-mana negara Eropah menggelar isteri seorang pemimpin negara luar sebagai FIRST LADY. Malah mereka sendiri menggelarkan isteri Perdana Menteri mereka juga sebagai FIRST LADY.

    ReplyDelete
  94. Wal fitnatu asyaddu minal khotr...Jgn kita barsama UMNO dlm mnyebar fitnah celaka,kelak kamu disambar api neraka.

    ReplyDelete
  95. Begini kha sikap mereka yang kononnya tinggi pengetahuan. Tnapa bukti kukuh, hanya tau membuat tuduhan yang tidak berasas.

    ReplyDelete
  96. Bila pembangkang sudah tiada idea mengenakan PM, sekarang cuba mencari kesalahan Datin Rosmah lagi.

    ReplyDelete
  97. Siswi-siswi yang membuat perhimpunan ini, teryata tidak menghormati Rosmah.

    ReplyDelete
  98. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.