AKTIVIS Orang Kelainan Upaya (OKU) melahirkan rasa kesal dan terhina kerana Pakatan Rakyat tidak memuatkan janji untuk menjaga kebajikan golongan tersebut.
Kekecewaan itu antaranya disuarakan Pengerusi Mobiliti Massa OKU Bangkit, Mohd Rosli Ibrahim yang berkata, manifesto itu sepatutnya menyenaraikan rancangan pembangunan untuk kepentingan golongan tersebut.
"Sebenarnya saya kesal dengan apa yang ada dalam manifesto Pakatan Rakyat. Dalam manifesto, apa yang kita harapkan ialah satu klausa mengenai pembangunan OKU secara menyeluruh.
"Kita OKU Bangkit dah sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat, mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen. Kenapa dalam manifesto Pakatan Rakyat tak ada (sebut tentang OKU). Pelik.
"Saya rasa ahli politik ini tidak melihat isu OKU ini isu besar. Kenapa tiba-tiba abaikan? Kami rasa terhina. Sebenarnya mereka ini hanya berfikir tentang kepentingan politik dan masih dalam paradigma duit, sama seperti BN," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Rosli berkata, Pakatan sepatutnya berjanji untuk menyediakan hak pendidikan dan aksesbiliti awam terhadap golongan OKU.
OKU Bangkit juga menuntut agar Pakatan membentuk kementerian khas untuk menjaga kepentingan golongan itu, katanya yang memberi amaran bahawa golongan tersebut mungkin tidak akan memberi sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.
"Mereka tidak lihat bahawa golongan OKU ini sebagi satu konsep pembangunan insan. Itu masalahnya. Saya nak cakap bahawa, Pakatan Rakyat akan kehilangan doa daripada golongan OKU pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Sementara itu, aktivis yang juga merupakan seorang kartunis popular, Mohd Affandi Ramli pula berkata, manifesto Pakatan sepatutnya memuatkan janji untuk menubuhkan Pusat Latihan percuma untuk golongan OKU.
Namun, Pakatan mungkin tidak berminat dengan perkara seperti itu, katanya yang kecewa dengan manifesto Pakatan Harapan Rakyat, yang diumumkan semalam.
Dua orang cahaya matanya mengidap cerebral palsy dan salah seorang daripadanya meninggal dunia sebelum sempat mendapat rawatan pemulihan awal di China.
Mohd Affandi hari ini turut menyiarkan satu di laman Facebook hari ini bagi menyatakan kekesalannya ke atas BN dan Pakatan.
Ilustrasi tersebut, yang diolah sebagai 'Surat Terbuka' buat Pakatan, menunjukkan manifesto BN dan Pakatan saling melakukan kekerasan ke atas golongan OKU yang digambarkan sebagai individu berkerusi roda.
"Kalau kita lihat manifesto itu banyak sentuh tentang kebajikan rakyat, tetapi kenapa tak ada tentang keperluan untuk OKU. Golongan OKU sangat memerlukannya bukan sekadar penerimaan bantuan subsidi tetapi beri peluang yang sama rata.
"Kalau boleh adakan sekolah khas serta pusat latihan percuma. Ini kita pernah usulkan tetapi saya rasa mereka tak berminat. Sebenarnya ramai golongan OKU yang berpotensi ini telah dibunuh oleh pemerintah khususnya OKU yang terlantar yang meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan," katanya.
Beliau juga berkata, tuntutan daripada golongan berkenaan akan dibincangkan dalam satu dialong anjuran OKU Bangkit bersama Pakatan Rakyat di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur pada 3 Mac.
"Jemputan dah beri. Jadi kita tunggulah sahajalah siapa yang akan hadir nanti," katanya lagi.
Pengangkutan Awam Percuma
Sementara itu, jawatankuasa penyedia manifesto berkenaan Dr Dzulkefly Ahmad menolak dakwaan bahawa manifesto Pakatan menyisihkan kepentingan minoriti seperti OKU.
Bekas ahli akademik itu berkata manifesto Pakatan menyentuh soal pembelaan terhadap OKU melalui janji untuk menyediakan pengangkutan awam percuma kepada 'golongan berbeza upaya'.
Jelasnya, Pakatan sememangnya merancang untuk memuatkan 'perkara besar dan menarik' terlebih dahulu dalam manifesto tersebut bagi 'membolehkan rakyat terus dapat mengingati kandungannya'.
Beliau turut menangkis dakwaan bahawa Pakatan mengetepikan isu pilihan raya kerajaan tempatan, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Akta Kebebasan Maklumat dan isu masyarakat India yang diperjuangkan selama ini.
"Kita sengaja mengambil pendekatan supaya kita mendapat respon timbal balik. Apabila ita ada maklum balas, kita akan responsif. Kita juga tidak mahu menolak dan berada dalam penafian.
"Kita letak perkara yang besar dan menarik terlebih dahulu. Yang tertinggal ia disusuli dengan penjelasan dalam sidang akhbar selepas ini.
"Kalau (manifesto) tebal, kita tahu yang membacanya tidak ramai. Kita buat ringkas, padat," katanya bagi mengulas beberapa isu penting yang sering diperjuangkan gabungan parti pembangkang itu.
Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI & ABDUL RAHIM SABRI (sabahkini)
Wednesday, February 27, 2013
Manifesto Pakatan, Aktivis OKU Rasa Kesal?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alahai OKU cakap sahajalah kau ini mula sokong BN. itulah.. logiutt! dah dapat pengangutan percuma, apa lgi yg kau orang mahuu!!! dasar berbeza upaya betul.
ReplyDeleteSEBENARnya tiada sesuatu yang baharu dalam manifesto pakatan yang dibentangkan pada Isnin. Manifesto itu hanya tokok tambah sana sini apa yang ada pada BUKU JINGGA yang mereka lancarkan sebelum ini.
ReplyDeleteWalaupun pemimpin pakatan berkata manifesto mereka itu "tidak menjanjikan langit dan bumi" namun bagi pemerhati melihatnya manifesto itu sungguh "ambitious" semata-mata untuk bersaing dengan kemampuan dan pencapaian barisan nasional.
ReplyDeletePakatan cuba menggambarkan di atas kertas, bahawa mereka mampu melakukan ini dan itu, namun tidak menjelaskan cara dan bagaimana mendapatkan sumber terutama kewangan untuk membiayainya.
ReplyDeletePakatan mendakwa akan melakukan penghematan sehingga 24 peratus daripada kos mengurus serta pembangunan yang dibentangkan Bn seperti mana bajet 2013 negara (RM206bilion), dengan mengorbankan pembinaan jalanraya dan infrastruktur.
ReplyDeletePakatan tiada kelebihanpun, kerana mereka tidak mampu mempertahankan yang sudah ada, sebaliknya hanya menukar tujuan seperti membalikkan coin 50 sen, ekor ke kepala.
ReplyDeleteManifesto Pakatan kelihatnya hanya condong kepada matalamat DAP dan PKR, seolah-olah mengenpikan Pas, kerana dalam manifesto itu tidak menyebutkan asas perjuangan Pas-meneggakkan negara islam.
ReplyDeleteBukti Pas diketepikan melalui manifesto itu, apabila Datuk Hadi diberikan peluang berucap mewakili partinya, seolah seseorang yang hilang arah tujuan, ucapannya bukanlah merupakan ucapan akan tetapi lebih mendekati ceramah.
ReplyDeleteBagi penyokong Pas, Hadi adalah calon Perdana Menteri, namun semangat untuk itu tidak terdapat pada Hadi, apabila berdepan dengan Anwar.
ReplyDeleteBukan sahaja semangat tiada pada Hadi, akan tetapi beliau akur kepada kelemahan dirinya sendiri, kerana kurang pengetahuan dalam banyak perkara terutama ekonomi, perkembangan dunia, kerana Presiden Pas itu yang terbentur dengan pengetahuan agamanya.
ReplyDeleteMelihat manifesto pakatan yang dibentangkan, entah apa sambutan rakyat terhadapnya, kerana sebenarnya Pakatan masih banyak berhutang kepada rakyat kerana kebanyakkan janji-janji manifesto tahun 2008, belum ditunaikan.
ReplyDeleteDisebabkan kegagalan menunaikan janji, sehingga Menteri Besar Selangor Tan sri Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan, bahawa manifesto bukanlah aku janji yang perlu ditunaikan.
ReplyDeleteBenarlah kata para pemimpin dan penyokong Bn, manifesto pakatan hanya berupa retorik dan janji manis, tujuannya hanya untuk menipu rakyat.
ReplyDeletebenarlah juga kata-kata nik aziz, pemberi & penerima ni hanya seperti ayam & itik sahaja. dilempar makanan, berebut rebut mangambil makanan. binatang yang hina sahaja
ReplyDeleteJanji-janji manifesto pembangkang bolehlah diibaratkan seperti “Janji Kasanova” yang pandai memikat gadis-gadis tetapi apabila sudat mendapat apa yang dihajati maka gadis-gadis itu akan dibiarkan merana kerena ditinggalkan, demikian pandangan Penyelaras Barisan Nasional (BN ) Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo.
ReplyDeleteJusteru beliau mempersoalkan untuk apa pembangkang membentangkan manifesto baru sedangkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai antara pemimpin kanan yang turut dipertanggungjawabkan menguruskan negeri Selangor mengatakan bahawa manifesto bukan janji.
ReplyDelete“Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengatakan bahawa manifesto itu bukan janji. Kalau manifesto bukan janji, jadi nak buat apa buat manifesto? Kini dah buat janji baru.
ReplyDelete“Mereka ini macam kasanova. Mereka hanya ingin menarik hati orang yang ingin mereka pengaruhi (kalau kasanova, dia nak menarik hati perempuan-perempuan yang mereka hendak miliki), tetapi apabila dah selesai, bila dia dah dapat semua, ia akan ditinggalkan begitu sahaja,” ujarnya
ReplyDeleteTambahnya, salah satu janji yang dibuat dalam manifesto pakatan pembangkang ini ialah memberikan Skim Bonus Warga Emas dengan memberi bonus RM1,000 setiap tahun kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas.
ReplyDelete“Di Selangor pada masa ini, ada lebih 300,000 orang yang berumur 60 tahun ke atas yang sepatutnya menerima caruman takaful dari kerajaan negeri yang dijanjikan PKR dan Pas Selangor dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang lalu.
ReplyDelete“Namun sehingga ke hari ini, kerajaan negeri langsung tidak berbuat apa-apa. Kita tak nafikan daripada hampir 30 janji yang ditaburkan pakatan di Selangor pada PRU12 yang lalu, hanya satu yang ditunaikan iaitu air percuma, itupun tidak sepenuhnya,”
ReplyDeleteTambahnya, dalam manifesto yang lalu, mereka berjanji akan memberi bantuan berbentuk caruman takaful kepada golongan warga emas, tetapi kerajaan negeri memberi pelbagai alasan dengan mengatakan warga emas dibantu dengan cara lain.
ReplyDeletePerkara ini sama sahaja dengan isu ibu tunggal, air percuma dan juga bantuan kanak-kanak tadika tetapi akhirnya mereka kata tidak pernah berjanji. Kerajaan negeri berterusan menipu rakyat demi agenda mereka untuk berkuasa.
ReplyDelete“Kalau benarlah mereka mampu menunaikan janji manifesto mereka, tunjukkan dulu pelaksanakaan dan menunaikan dulu janji-janji yang telah mereka taburkan di negeri Selangor ini dahulu. Saya nasihatkan kepada rakyat 1Malaysia khususnya di Selangor ini, jangan kita tertipu lagi buat kali yang kedua, sebaliknya terus memberikan sokongan dan undi kita kepada Barisan Nasional yang terbukti telah mendahulukan rakyat dan membela rakyat selama ini,” ujarnya lagi.
ReplyDeleteDeputy Chief Minister Datuk Seri Yahya Hussin has reminded the people not to follow their emotions when casting their ballots to avoid the risk of choosing leaders who are unable to deliver their promises.
ReplyDeleteHe said as the people are given the mandate once in every five years, they should be wise in voting for the Barisan Nasional (BN) government which is always concerned about their welfare.
ReplyDelete“As you are aware, BN is capable of fulfilling its promises such as the distribution of 1Malaysia People’s Aid (BR1M) 1.0 and 2.0,”said Yahya at the distribution of the BR1M 2.0 ceremony in Petagas.
ReplyDeleteFive hundred people from the Petagas constituency received the cash aid at the ceremony. A total of 16,996 people from the Putatan parliamentary constituency are eligible for the aid.
ReplyDeleteYahya said it is the aim of the BN government to protect the interests of the people and to ensure that they enjoy good quality life.
ReplyDeleteHe said the distribution of the BR1M 1.0 and 2.0 clearly showed that the BN government is concerned about the people having to face the ever rising cost of living.
ReplyDelete“This distribution of aid can only be done by the BN government which is stable and always looks for ways to help the people,” he said.
ReplyDeleteIn the meantime, Yahya said BN leaders are also working hard to find more funds to help the people.
ReplyDeleteHe added that various programmes had also been undertaken by the government to attract domestic as well as foreign investors to the country.
ReplyDeleteIn this regard, Yahya urged the people especially those in Putatan to give strong support to the BN government so that they would continue to receive assistance.
ReplyDeleteMeanwhile, Yahya told reporters later that disciplinary action including expulsion would be taken on any UMNO member who is disloyal to the party.
ReplyDeleteHe said the party’s central disciplinary committee will monitor such activities in the parliamentary as well as divisional level especially in the wake of the 13th general election.
ReplyDeleteHe also reminded UMNO members to be wary of the opposition’s “empty talks”.
ReplyDeleteHe said the opposition only promised things that had already been planned by the government.
“They talked about projects such as the Pan Borneo Highway and road upgrade to Sipitang which have already been approved by the government and are just waiting for implementation… we should consider that the Federal government has poured into Sabah billions of ringgit for projects such as infrastructure improvements, road construction and provision of electricity to the rural areas,” he said.
ReplyDeleteIn addition, the poverty rate in Sabah has also been drastically reduced by the BN government under the leadership of Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman.
ReplyDeleteYahya expressed confidence that BN will win all the seats it contested in the 13th general election.
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeleteFebruary 28, 2013 at 9:06 AM
PATUT KAU YANG JADI OKU.. BARU KAU RASA.. BEGINILAH KALAU SUDAH TERMAKAN NASI KANGKANG ANWAR.. YANG PELIWAT DIAGUNG2KAN YANG OKU TERUS DIHINA..
RAMAI2 TOLAK PEMBANGKANG.. PEMBANGKANG SENDIRI CAKAP, MANIFESTO ITU BUKAN JANJI.. BERMAKNA AWAL2 LAGI MEREKA SUDAH BERKEINGINAN UNTUK TIDAK MELAKSANAKAN MANIFESTO MEREKA..
ReplyDeleteKALAUPUN PEMBANGKANG LAKSANAKAN MANIFESTO, NEGARA AKAN BANKRAP KURANG DARI MASA LIMA TAHUN.. LIHATLAH APA JADI DENGAN NEGERI KEDAH.. PENDAPATAN NEGERI DIJANA MELALUI PEMUSNAHAN ALAM SEKITAR..
ReplyDeleteMANIFESTO PEMBANGKANG PADA PRU12 LALU MASIH BANYAK YANG BELUM DIPENUHI.. KONONNYA SEMUA ITU HANYA DAPAT DIPENUHI JIKA PEMBANGKANG MEMBENTUK KERAJAAN PUSAT.. TAPI BAGAIMANA PEMBANGKANG BOLEH MEMILIKI BAS MEWAH, TRELER MEWAH DAN NAIK JET MEWAH??
ReplyDeleteMengapa Patut OKU Keluar PR? *Perdana Menteri mengumumkan Program Kebajikan 1Malaysia (KAR1SMA) di bawah Kementrian Pembangunana Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diperuntuk RM1.2 bilion mengandungi program bantuan bagi warga emas, kanak-kanak dan pekerja kelainan upaya serta untuk penyakit kronik. 25% diskaun serta merta dan kemudahan pantas bagi OKU menaiki kenderaan / pesawat awam.
ReplyDeleteBegitu juga subsidi serta insentif RM332 juta pada OKU secara khas, adakah OKU yang didaftar puluhan ribu orang dianggap kroni PM atau kerajaan BN? Ini dinilai & difahami bahawa pentadbiran Najib amat ikhlas menyayangi rakyatnya.
*PR - Fitnah Menjadi-Jadi..Belanjawan Berbahaya.. Tidak Realistik.
Tengok sendiri yang mana PR tidak meliputi semua skop dalam manifesto mereka.
ReplyDeletetidak mustahil manifesto mereka ini akan ditolak oleh rakyat.
ReplyDeleteSekiranya kita lihat sendiri pun kebanyakan apa yang ada dalam manifesto cuma jerat menarik undi. Memang tidak disangka berjanji kosong kepada rakyat.
ReplyDeleteSemakin nampak terdesaknya pembangkang sekarang ini.
ReplyDeleteRakyat diingatkan agar jangan sekali-kali tertipu oleh perkataan ‘Ubah’ yang diuar-uarkan oleh pembangkang kerana pakatan pembangkang tidak akan mampu merampas tampok pemerintahan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang akan datang.
ReplyDeletesekiranya rakyat mudah terpengaruh dengan mainan politik pembangkang itu dan memilih pakatan pembangkang ia akan hanya merugikan rakyat.
ReplyDeleteJelasnya, rakyat dan kerajaan akan rugi sebab DAP atau pakatan pembangkang memang tidak mampu merampas kuasa kerajaan pusat atau Putrajaya, dan undi memilih pembangkang hanya disebab terpengaruh dengan perkataan ‘ubah’ itu akan hanya membazir sahaja.
ReplyDelete“Jangan kita (rakyat) terpengaruh dengan mainan politik pembangkang seperti slogan ubah yang mereka canang-canangkan, kalau kita terpengaruh, rakyat yang akan rugi pada masa akan datang.
ReplyDelete“Sebab buat apa kita hendak ubah kerajaan yang sedia ada yang telah terbukti mampu mentadbir negara ini, berpengalaman, kerajaan yang cukup perihatin dan cukup kukuh.
ReplyDelete“Kalau pembangkang kata ubah, bagaimana mereka hendak buat perubahan, kalau sudah nyata mereka tidak mampu berkuasa dan tidak mampu merampas kerajaan dari BN.
ReplyDeleteMengingatkan supaya jangan mengundi dengan emosi kerana mengundi dengan cara itu boleh menyebabkan mereka gagal menilai calon atau parti mana yang benar-benar layak dan mampu membela nasib rakyat.
ReplyDeleteKita mesti ingat, walaupun kita dalam sebuah negara demokrasi yang bebas memilih tetapi kita harus pilih kerajaan yang berpengalaman, kerajaan yang stabil dan perihatin.
ReplyDeleteNilai kumpulan mana atau parti mana yang benar-benar layak, jangan undi secara emosi, kerana bila undi secara emosi kita tidak dapat menilai dengan baik
ReplyDeleteIsu-isu politik disebabkan bahang pilihan raya yang semakin dekat berkata, rakyat juga harus menunaikan hak sebagai pengundi.
ReplyDeleteWalaupun undi setiap seorang daripada kita hanya satu, tapi ia amat penting untuk menentukan kerajaan dan hak kita.
ReplyDeletelihat muka surat 19:
ReplyDeleteSISTEM PENGANGKUTAN AWAM DALAM BANDAR
• Pengangkutan awam percuma kepada "golongan berbeza upaya"
• Merombak pelan sistem pengangkutan awam Lembah Klang dari berlandaskan
sepenuhnya kepada sistem MRT, kepada pelan bersepadu melibatkan MRT dan bas
supaya jaringan dan capaian pengangkutan awam lebih baik dari sekarang
• Menilai kembali setiap kontrak yang telah dianugerahkan di dalam pakej MRT mengikut
undang-undang sedia ada dan mutakhir, untuk memastikan tidak ada unsur rasuah dan
mengawal kos yang bakal ditanggung rakyat
• Pelaburan tambahan RM2 bilion pada tahun pertama untuk menambah bilangan bas
dan jajaran laluan bas di Lembah Klang sehingga meningkat satu kali ganda.
SISTEM PENGANGKUTAN AWAM ANTARA BANDAR
Memulakan langkah ke arah membina sistem keretapi laju antara bandar yang pertama di
rantau Asia Tenggara.
OKU antara golongan yang perlu diberi perhatian...kita percaya PAKATAN melihat perkara tersebut....mgkn manifesto ini hanya kerangka utk diperkemaskan masa aka datang...x perlu kita terasa hati...ada ruang utk kita mengemukakan hak kita....InshaAllah ada jalannya
ReplyDeleteItulah masaalahnya umno/bn buat dn tuduh org lain buat tuduh buat tuduh itulah kerjanya saban hari lagi satu 5 rukun betapalah mulianya tapi umno/bn tak pernah ikut pun yg dia tahu buat mendendangkan dlm tv bkn main sedapnya hakikatnya tiada satu pun yg dia buat betul2 cuba amati btl2 5 rukun perlembagan tu sbg cth percaya kpd tuhan dahlah tak terima hudud dipermainkn pulak,kedaulatan undang2 mana dia malahan sistem kehakiman hancur,keluhuran perlembagaan dn tatasusila apa jadi buat fitnah menjadi2 dn seterusnya rnung2knlh.
ReplyDeletePakatan pembangkang hari ini melancarkan sepuluh manifesto menjelang PRU-13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad ahli DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS boleh diguna pakai di mana-mana plaza tol untuk mendapatkan tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
ReplyDeleteShaik berkata pakatan pembangkang seharusnya melaksanakan terlebih dahulu kesemua manifesto itu di setiap negeri yang ditadbir mereka bagi menunjukkan kemampuan mereka dalam menepati semua janji itu.
ReplyDeleteSementara itu, Ketua Biro Penerangan BN negeri Tan Cheng Liang berkata rakyat tidak akan terpedaya untuk kali kedua dengan manifesto itu memandangkan janji-janji pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 belum ditunaikan.
ReplyDeleteBeliau menyifatkan manifesto itu sebagai retorik dan percaya kesemua manifesto itu tidak akan dilaksanakan.
ReplyDelete“Mereka tidak akan laksanakan kerana track record mereka dalam menunaikan semua janji tak ada, dulu punya janji pun tak kotakan. Macam mana rakyat nak percaya mereka. Satu kali ditimpa tangga cukup la, tidak ada kali kedua,” katanya.
ReplyDeleteOKU jangan risau, kutuk saja kerajaan zalim ini, kau juga akan ke syurga. Di syurga nanti Mahaguru Nik Aziz akan tarik kita, bah
ReplyDeletepembangkang mmg tk menepati janji.
ReplyDeleteManifesto janji terang bulan pembangkang.
ReplyDeleteJalankan manifesto di Negeri yang di tadbir oleh pembangkang. Baru rakyat percaya.
ReplyDeleteSlogan pembangakang dan cakap pembangkang memang bagus, namun, yang betulnya, dapatkah mereka melaksanakanya.
ReplyDelete