Friday, February 22, 2013

Pencerobohan Lahad Datu, apa kata penduduk

Sejurus selepas berita mengenai pencerobohan orang asing yang bersenjata di kawasan Pantai Tanduo berdekatan Felda Sahabat 17 tersebar, suasana di bandar Lahad Datu bertukar menjadi sibuk dengan aktiviti-aktiviti pihak berkuasa.

Menurut sumber dari penduduk Lahad Datu, ekoran daripada kejadian itu, banyak trak-trak tentera kelihatan bergerak ke arah Jalan Silabukan menuju ke lokasi kejadian.

NONEDi samping itu, tentera bersenjata turut dilihat berjalan kaki membuat rondaan bandar. Rondaan helikopter polis juga dilihat dibuat berterusan. Pemeriksaan polis turut dilakukan di beberapa kawasan bandar terutamanya Jalan Silabukan.

Manakala sekolah-sekolah di sepanjang jalan tersebut yang meliputi Bakapit, Tungku, Felda dan lain-lain turut ditutup. Askar tambahan juga telah ditempatkan di Felda.

Berdasarkan maklum balas yang diterima dari penduduk sekitar bandar Lahad Datu menunjukkan reaksi yang berbeza. Ada yang merasa suasana tegang dan ada juga yang tidak terasa sedemikian.

Prichard Jimmy menggambarkan, walaupun kehadiran ramai tentera membuat rondaan, tetapi keadaan adalah seperti biasa dengan banyak kedai masih dibuka.

NONE"Keadaan di sini masih seperti biasa. Masih banyak kedai dibuka. Tapi ada juga yang tutup. Penduduk tidak berapa panik sebab mereka tahu pemeriksaan jalan raya oleh pihak berkuasa sedang dijalankan dengan ketat.

"Banyak helikopter yang terbang ulang-alik ke Tungku. Tapi saya takut jalan malam sebab takut diculik," katanya.

Menurutnya lagi, ramai yang mengelak untuk pergi ke Jalan Silabukan melainkan mereka yang tinggal di kawasan sepanjang jalan tersebut.

Seorang lagi penduduk, Nihal Singh mengesahkan apa yang dikatakan oleh Prichard mengenai banyak kedai yang ditutup.

Selain itu, ramai penduduk khususnya kaum Cina juga telah meninggalkan bandar Lahad Datu, kata Nihal lagi.

NONE"Ramai orang Cina dari Semenanjung sudah keluar dari bandar ini. Mungkin ada yang pergi ke bandar lain dan mungkin ada juga yang balik ke Semenanjung.

"Selain ini, ada juga yang enggan menghantar anak-anak mereka ke tadika, termasuk saya," katanya.

Sementara itu, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Siti pula berkata, dia ada terserempak dengan tujuh trak askar yang diiringi oleh dua penunggang motorsikal.

Trak-trak itu kelihatan kosong, akui Siti cemas yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Semporna.

Manakala bagi Anthony Teo pula, dia juga ada terserempak dengan banyak kenderaan tentera yang dilihat bergerak ke arah kawasan Felda Sahabat dan juga merasakan keadaan yang tegang.

Berlainan pula dengan keadaannya di sekitar kawasan Felda Sahabat.

Walaupun urusan harian berjalan seperti biasa, tetapi keadaan menjadi sunyi semenjak kejadian tersebut.

azlanSeorang pekerja sebuah institusi kewangan di sana mengatakan, situasinya adalah menakutkan dan beliau keberatan untuk turun kerja dengan keadaan tersebut.

Malah, beliau risau kerana lokasi kejadian hanya kira-kira 16km dari tempat beliau bekerja.

Kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan tidak menggambarkan perkara sebenar, katanya yang enggan namanya disiarkan.

Seorang lagi penduduk kampung yang tinggal di sepanjang Jalan Silabukan pula berkata, sudah banyak trak tentera lalu di kawasan mereka.

"Helikopter juga tidak henti-henti membuat rondaan manakala jalanraya menjadi lengang. Suasana sini tegang dan menakutkan," katanya yang juga enggan namanya disiarkan.

Antara khabar angin yang tersebar di kalangan segelintir penduduk Lahad Datu adalah, orang-orang asing yang menceroboh tersebut adalah askar-askar veteran Abu Sayaff yang telah berusia. -MK

81 comments:
Write comments
  1. KATA HISHAMMUDDIN KEADAAN DI LAHAD DATU TERKAWAL

    Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia bekerja rapat dengan kerajaan Filipina dalam menangani insiden itu. Mengenai permintaan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina untuk berjumpa personaliti tertentu, beliau tidak memberi butiran lanjut tetapi berkata rundingan masih dijalankan.

    ReplyDelete
  2. KATA HISHAMMUDDIN KEADAAN DI LAHAD DATU TERKAWAL

    “Saya ingin menegaskan bahawa ianya (insiden) bukan isu suku kaum dan ianya tidak kena mengena dengan pendirian atau kedaulatan dan sebagainya.

    ReplyDelete
  3. KATA HISHAMMUDDIN KEADAAN DI LAHAD DATU TERKAWAL

    “Tetapi dalam konteks kita, ini adalah bumi kita…ini adalah sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara dan inilah yang kita tangani dengan bijaksana dengan cara di mana tidak ada mana-mana nyawa terkorban atau tumpah darah di bumi kita,” katanya.

    ReplyDelete
  4. KATA HISHAMMUDDIN KEADAAN DI LAHAD DATU TERKAWAL

    Ketika ditanya perkembangan terkini rundingan dengan kumpulan warga Filipina itu, Hishammuddin berkata rundingan setakat ini menunjukkan betapa profesionalnya pasukan keselamatan negara ini.

    ReplyDelete
  5. KATA HISHAMMUDDIN KEADAAN DI LAHAD DATU TERKAWAL

    “Kalau kita ambil tindakan, dari hari pertama sudah kita ambil tindakan namun keadaan begini kita tidak mahu ada nyawa yang terkorban untuk apa sahaja alasan sekalipun.

    ReplyDelete
  6. KATA HISHAMMUDDIN KEADAAN DI LAHAD DATU TERKAWAL

    “Sama ada insiden itu selesai dalam masa terdekat atau lama lagi, kita bergantung sangat kepada pihak-pihak (tentera, polis) yang lebih mahir dalam operasi ini,” katanya.

    ReplyDelete
  7. KATA HISHAMMUDDIN KEADAAN DI LAHAD DATU TERKAWAL

    Ditanya sama ada terdapat masa tertentu untuk menyelesaikan kes itu, beliau berkata tidak ada pihak yang boleh mengesahkannya buat masa ini.

    ReplyDelete
  8. KATA HISHAMMUDDIN KEADAAN DI LAHAD DATU TERKAWAL

    Mengenai kritikan pihak pembangkang yang mempersoalkan tindakan kerajaan menangani isu pencerobohan itu, Hissamuddin berkata mereka berhak berbuat demikian namun pemimpin pembangkang tidak pernah menghargai apa juga perkara yang baik yang dilakukan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  9. KATA HISHAMMUDDIN KEADAAN DI LAHAD DATU TERKAWAL

    Mengulas penyebaran insiden pencerobohan itu di “Youtube”, beliau berharap rakyat tidak terikut-ikut dengan perkara itu dan menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin khususnya yang boleh memudaratkan keselamatan negara.

    ReplyDelete
  10. KATA HISHAMMUDDIN KEADAAN DI LAHAD DATU TERKAWAL

    Mengulas penyebaran insiden pencerobohan itu di “Youtube”, beliau berharap rakyat tidak terikut-ikut dengan perkara itu dan menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin khususnya yang boleh memudaratkan keselamatan negara.

    ReplyDelete
  11. KATA HISHAMMUDDIN KEADAAN DI LAHAD DATU TERKAWAL

    “Elakkan perkara ini dipolemikkan dan dipolitikkan, elakkan daripada menakut- nakutkan orang kerana sebenarnya situasi itu bukan seperti itu,” katanya.

    ReplyDelete
  12. KATA YONG TECK LEE, PASUKAN KESELAMATAN NEGARA MAMPU MENGAWAL KEADAAN

    Malaysian armed forces and police have the capability to repel the 100-odd armed intruders at Tungku, Lahad Datu, said former chief minister Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.

    ReplyDelete
  13. KATA YONG TECK LEE, PASUKAN KESELAMATAN NEGARA MAMPU MENGAWAL KEADAAN

    He said this is because the Malaysian armed forces have long prepared for this and other similar possible sea borne invasions by foreign forces against Sabah.

    ReplyDelete
  14. KATA YONG TECK LEE, PASUKAN KESELAMATAN NEGARA MAMPU MENGAWAL KEADAAN

    “I had witnessed, as the then Chief Minister, a full scale military exercise conducted in 1997 by paratroopers and ground forces in the same locality at Tungku with the specific strategic objective to repel a foreign armed invasion. That is why a few days ago, I said that the people should have every confidence in the security forces of Malaysia to eventually repel this intrusion.

    ReplyDelete
  15. Mnggambarkn Dasar Luar Negara yg berlembut dan seolah2 spt TIADA TELUR. BN mngkin telag trsepit antara undi dan kedaulatan negara. UNDI ! Sebab mereka dulu menang diSabah kerana banyak dibantu oleh pmbrian ic projek kpd kaum Suluk ( warga asing yg kemudian jd wrganegara). KEDAULATAN NEGARA! Sedikit sebanyak maruah negara yg diterajui BN tercalar.Pondan.

    ReplyDelete
  16. Rakyat diminta agar tidak mudah mempercayai khabar angin yang sengaja disebar oleh pihak tidak bertanggungjawab berkaitan isu keselamatan dan politik serta pembangunan di negeri ini.

    ReplyDelete
  17. rakyat seharusnya merujuk kepada pihak pemimpin di peringkat kampung atau pengerusi keselamatan daerah bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

    ReplyDelete
  18. rakyat tidak perlu takut dan gusar berkaitan isu keselamatan kerana kerajaan melalui pasukan keselamatan sentiasa melaksana tugas dengan penuh tanggungjawab.

    ReplyDelete
  19. Dapatkan maklumat daripada mereka yang telah dipertanggungjawabkan dan bukannya mendengar khabar-khabar angin yang boleh membingungkan diri sendiri, pasukan keselamatan sentiasa menjaga keselamatan dengan dedikasi

    ReplyDelete
  20. Pihak berkuasa harus meningkatkan lagi kawalan.

    ReplyDelete
  21. Maklumat yang diberi harus tepat, jangan pula merebak berita yang merosakkan keharmonian dan membawa ketidak senang hati.

    ReplyDelete
  22. Kerajaan harus memastikan keselamatan dijamin.

    ReplyDelete
  23. Kerajaan pasti menjamin keselamatan.

    ReplyDelete
  24. Operasi pengawalan harus dipertingkatkan. Jangan membiarkan pencerobih ini merebak ke tempat lain.

    ReplyDelete
  25. Kawalan dan jentera semakin banyak, memandangkan kerajaan serius untuk menanggani isu tersebut.

    ReplyDelete
  26. Lahad Datu standoff under control, say cops

    The police have rebuffed suggestions today that they are not acting firmly enough to expel a group of armed intruders in Lahad Datu, stressing that "we know what we are doing".

    "You can make assumptions, but I want to stress that we know what we are doing. There are a lot of considerations to be taken (for the benefit of) everyone's interest," said inspector-general of police Ismail Omar.

    Speaking to reporters at a function in Kuala Lumpur today, Ismail said the police want to see a "good ending" to the standoff and will expel the group based on the law.

    Details of the intrusion - which occurred on Feb 12 - have been sketchy thus far, with both the police and the Home Ministry refusing to divulge any details.

    Ismail hurriedly ended his press conference this morning before reporters could press him further.

    IGP: Don't listen to online rumours

    So far, reports suggest that the police have surrounded Kampung Tanduo where the 100-strong group, supposingly representing the Sulu Sultanate, are holding out.

    According to Sabah's Daily Express, the group arrived at 2am last Tuesday. The group was said to be carrying a flag with a tiger emblem and it has been reported that there were five women among them.

    The same report said that the group has assured the locals there that they come in peace.

    Other reports indicated that the group is currently making its demands, but the authorities have been scant on the details, leading to much speculation online.

    Earlier, Ismail urged the public not to be influenced by online reports on the standoff, which are being spread through social media networks.

    He said that the public need not worry, as the situation was under control.

    ReplyDelete
  27. Penduduk di Lahad Datu ini tidak perlu bimbang dengan kejadian sekumpulan lelaki rakyat asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh masuk

    ReplyDelete
  28. keadaan keselamatan adalah terkawal dengan pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera memantau mengenai kejadian itu.

    ReplyDelete
  29. Saya yakin pasukan keselamatan telah melakukan tindakan susulan yang terbaik bagi memastikan keadaan keselamatan di daerah ini terus terkawal

    ReplyDelete
  30. pihak berkuasa keselamatan berjaya mengesan sekumpulan lelaki asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh masuk ke Lahad Datu.

    ReplyDelete
  31. kumpulan itu menceroboh masuk disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

    ReplyDelete
  32. Keadaan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang

    ReplyDelete
  33. anggota polis melakukan sekatan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Tungku di kawasan Kampung Bakapit sejak Selasa lepas

    ReplyDelete
  34. Business and industry-based non-governmental organizations (NGOs) in Sabah have called for a speedy end to the stand-off between the band of Sulu gunmen and Malaysian security forces in a village in Lahad Datu.

    ReplyDelete
  35. In a joint press statement yesterday, the business and industry bodies urged the Government to resolve the problem as soon as possible to assuage the uneasiness and reduce perception of instability and insecurity which may ultimately affect the investment climate and economy of the state.

    ReplyDelete
  36. Federation of Sabah Manufacturers (FSM) president Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau said the stand-off had been reported in the international media such as CNN and Al-Jazeera, thus it has created fears and uneasy feeling among the business communities and the people in Sabah.

    ReplyDelete
  37. Their second resolution was an appeal to the federal authorities concerned to strengthen and step up security surveillance along the long sea border, especially in the east coast of Sabah.

    ReplyDelete
  38. Wong said that in the past 10 years, five serious incidents had happened in Sabah, including a bank robbery in Lahad Datu in the 80s, and the most recent kidnapping of two bird’s nest farmers. The cases remain unresolved. The NGOs hoped that the Government could review the border security situation, particularly the effectiveness of the security surveillance.

    ReplyDelete
  39. The third resolution was a call to settle or bring an end to this festering issue of Sulu sultanate’s claim on Sabah by insisting on the setting up of a Philippine consulate in the state.

    ReplyDelete
  40. The NGOs also appealed to the Philippine Government in Manila to consider the request for consulate seriously and effectively work towards resolving the ‘claim on Sabah’ issue as a long-term solution to our predicament.

    ReplyDelete
  41. The business and industry bodies also urged the public to avoid speculations and spreading unsubstantiated claims that may cause the situation to worsen as the intrusion is a sensitive issue of threat to our country’s security.

    ReplyDelete
  42. He said a friend of his who is operating a business in Lahad Datu was forced to close his shop numerous times due to rumours. He said such acts would drive away investors and cause discomfort and uneasiness among business operators.

    ReplyDelete
  43. The business and industry bodies also stated that the people should be thankful to the security forces who were doing their best to defend our state as they were only receiving instructions from those in power. Among those who were present at the press conference were representatives from the Kota Kinabalu Chinese Chamber of Commerce and Industry (KKCCCI), Kadazandusun Chamber of Commerce and Industry, Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) Sabah branch and Malaysian Association of Tour & Travel Agents (MATTA) Sabah.

    ReplyDelete
  44. The people in the east coast of Sabah should not feel worried and fearful of the intrusion of an armed group of people from Sulu as the situation is under control by the security forces.

    ReplyDelete
  45. Commanding officer of the 516th regiment of the Territorial Army for east coast of Sabah, Brigadier General Tan Sri Liew Yun Fah, gave the assurance after visiting Lahad Datu on Feb 19.

    Liew said he is happy to see Lahad Datu residents viewing this incident rationally and having confidence with the government and the security forces in handling the situation.

    ReplyDelete
  46. He said the people should always understand the role of the government, the police force and the military in ensuring the safety of the people and security of the country. Everyone should therefore keep their trust in the government and the security forces and not listen to rumours passed around by irresponsible parties through the various forms of communication channels. Liew visited the operation room here to update himself of the current situation there and the status of the negotiations with the intruders.

    Thereafter, he visited the campsite of the security forces and presented 1,000 boxes of mineral water and three water tanks to them for their daily needs.

    In the afternoon, he met with Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein at Tawau airport. It was learnt that Hishammuddin had just returned from his visit to Felda Sahabat, Lahad Datu.

    Liew hoped the impasse could be resolved as soon as possible without any shed of blood.

    ReplyDelete
  47. menteri pertahanan & ketua armada tldm, sila letak jawatan!!!

    ReplyDelete
  48. kalau lah kerajaan malaysia berlembut dengan mereka sedangkan kerajaan cukup keras untuk mengawal kebangkitan rakyaat malaysia sehingga terjadi kematian,sebagai contoh tregedi mamali dan sauk serta perhimpunan bersih,sedangkan penceroboh yang tidak ada kaitan dengan negara malaysia dan datang ke sini dengan cerita lapok dan mengunakan ugama untuk menegakkan kebenaran yang tidak ada asasnya buat apa kerajaan berlembut dengan mereka dan mungkin pada masa akan datang ada lagi manusia laknat-laknat ini datang dan menuntut serta buat cerita yang tidak masuk akal,saya sokong tindakan kekerasan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap pengganas ini kerana tindakan berlembut kerajaan ini akan mengakibatkan pelabur akan menganggap kerajaan ini lemah dan tidak akan dapat menjaga keselamatan pelaburan mereka dan jika tindakan kekerasan membolehkan pelabur luar yakin dengan keselamatan mereka

    ReplyDelete
  49. Pihak berkuasa sudah membuat kawalan yang ketat. Harus juga insiden dalam kawalan.

    ReplyDelete
  50. Bagus jika rakyat juga berkeyakinan masalah dapat ditanggani.

    ReplyDelete
  51. Golongan bersenjata harus dikenakan hukuman.

    ReplyDelete
  52. Banyak spekulasi dan khabar angin disebarkan.

    ReplyDelete
  53. Penceroboh ini harus dihantar balik ke negara asal. Jangan membiarkan golonagn ini bermaharaja di sini.

    ReplyDelete
  54. Rakyat Sabah telah memilih untuk merdeka bersama Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura untuk membentuk negara Malaysia tercinta ini. Pilihan tersebut tanpa paksaan sesiapa dan perlu diingat semua bangsa yang dijajah di dunia ini inginkan kemerdekaan. Oleh itu tidak timbul soal mana-mana pihak dengan apa alasan sekalipun untuk menuntut Sabah. Ini hak kami untuk merdeka dan kami tidak mahu dijajah semula. Kami gembira sebagai rakyat Malaysia. Kepada mereka yang masih cuba menuntut Sabah, lupakanlah kerana kami tidak rela dijajah. Kami sudah merdeka dan sanggup mempertahan kemerdekaan ini.

    ReplyDelete
  55. BN lawmakers, including ministers in Sabah and the peninsula, have been repeatedly denying in the media that the stand-off reflected a serious national security breach, with many even saying that a peaceful solution was in the process.

    ReplyDelete
  56. About a week ago, three Al-Jazeera journalists and four others were arrested by the police as they attempted to enter Kampung Tanduo, where the armed intruders are hiding out.

    ReplyDelete
  57. They were later released with a warning not to repeat their "ill-planned" adventure and the police called on all media organisations not to enter the area for security reasons.

    ReplyDelete
  58. Earlier today, Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said he would leave it to Wisma Putra to handle the request made by the Philippines government on extending the deadline for the Sulu group to leave.

    ReplyDelete
  59. "The country's sovereignty and the pride of the people of Sabah must not be taken for granted," he said.

    ReplyDelete
  60. Kementerian Dlm Negeri dah tuding jari pd Wisma Putra maknanya Kementerian Luar. Ye lah, Wisma Putra tu kan diketuai oleh Anifah Aman adik Musa Aman ,KM Sabah. Ndak tau le sapa yg ndak ada 'telor' atau sapa yg terlebih 'telor'. Dah import kaum Sulu masuk Borneo dan bg ic free, sekarang baru rasa masalahnya.

    (LEMBUPUNYAMENTERI)

    ReplyDelete
  61. Sudah dua minggu kita dikejutkan dengan sekumpulan lelaki bersenjata yang mendakwa mewakili Sultan Sulu mendarat di Lahad Datu, Sabah dan bertindak menetap serta meminta agar Sabah dipulangkan kepada Kesultanan Sulu.

    ReplyDelete
  62. Apabila kerajaan Filipina memeterai perjanjian damai dengan umat Islam di selatan negara berkenaan melalui Perjanjian Rangka Kerja Bangsamoro, umat Islam di Filipina menganggap ini sebagai jalan ke hadapan selepas berdekad menghadapi kebuntuan dalam krisis dengan Kerajaan Filipina.

    ReplyDelete
  63. Rangka kerja ini membolehkan penciptaan entiti tunggal dan autonomi dipanggil Bangsamoro menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao.

    ReplyDelete
  64. Perjanjian rangka kerja itu telah ditandatangani di Istana Malacanang pada 15 Oktober 2012 dalam kehadiran Presiden Beningno Aquino III dari Filipina; Al Haj Murad Ebrahim, Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro; Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia; dan Ekmeleddin Ihsanoglu , Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-Negara Islam. Sebaliknya, pemimpin yang tidak hadir di dalam upacara bersejarah berkenaan adalah pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MILF), Nur Misuari.

    ReplyDelete
  65. Nur Misuari telah menganggap bahawa perjanjian itu tidak relevan dan beliau mendakwa ianya telah diciplak oleh Presiden Aquino dan DS Najib Razak. MILF adalah kumpulan pemisahan yang merupakan sebahagian tulang belakang MNLF pada tahun 1970-an.

    ReplyDelete
  66. Percanggahan pendapat dalam cara Nur Misuari mengendalikan isu-isu telah membawa kepada kumpulan berkenaan terpisah jauh. Turut tidak hadir ialah Sultan Sulu. Pengasingan dan pemencilan Sultan Sulu berkenaan mungkin merupakan punca kepada krisis di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  67. Sultan Sulu sendiri telah mengaku menghantar kira-kira 400 lelaki menyeberang laut ke Sabah, kerana beliau melihat perjanjian yang dimeterai tidak berperanan di dalam peningkatkan kehidupan Bangsamoro.

    ReplyDelete
  68. Tambahan lagi, beliau sendiri turut tidak mempunyai sebarang peranan. Manakala Nur Misuari pula diketahui umum sebagai penyokong kuat Sultan Sulu.

    ReplyDelete
  69. Mengapa Sultan terasing dalam proses damai bangsa Moro? Ianya mudah. Terdapat sepuluh orang yang mendakwa menduduki takhta. Kerajaan Filipina tidak boleh berurusan dengan sepuluh Sultan yang berbeza dengan sepuluh idea yang berbeza asas mengenai bagaimana untuk membawa keamanan dan pembangunan kepada Bangsamoro.

    ReplyDelete
  70. Nur Misuari sendiri tidak menghadiri majlis menandatangani perjanjian berkenaan kerana dia takut sekiranya terdapat waran berterusan dikeluarkan untuk menangkap beliau kerana melancarkan perang terhadap kerajaan Filipina.

    ReplyDelete
  71. Nur Misuari dilihat mengambil kesempatan ke atas isu ini. Nur Misuari dengan segera mengancam Kerajaan Malaysia dengan berkata “Jika setitik darah tumpah maka kita akan terpaksa untuk datang untuk membantu mereka.”

    ReplyDelete
  72. Nur Misuari juga berkata yang berikut, “Ini harus dikendalikan oleh ketua yang berfikiran terbuka … bahawa ia juga akan menjadi baik untuk menunggu pilihan raya umum untuk melihat siapa yang akan menjadi Perdana Menteri (Malaysia) yang baru.”

    ReplyDelete
  73. Apakah yang tersirat disebalik kata-kata Nur Misuari itu? Tiada lain dan tidak bukan adalah disebabkan oleh kawan lama beliau, Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  74. Reuters melaporkan dan telah disahkan oleh sumber tentera Filipina bahawa Anwar Ibrahim telah ke luar negara untuk bertemu dengan Nur Misuari bagi membincangkan tuntutan tanah di Sabah, beberapa bulan sebelum kejadian di Lahad Datu berlaku. Anwar telah menafikan sekeras-kerasnya ini, tetapi sekeping gambar telah menunjukkan sebaliknya.

    ReplyDelete
  75. Kerajaan Filipina telah menghantar enam kapal tentera laut untuk menghentikan orang dari rantau Moro dari memasuki perairan Malaysia.

    ReplyDelete
  76. Walaupun kerajaan Malaysia mempunyai kelebihan dari segi kawalan dan kemudahan senjata api untuk menamatkan krisis ini, mungkin jalan damai adalah yang terbaik bagi semua pihak iaitu Bangsamoro, kerajaan Filipina serta Malaysia, untuk tidak membenarkan apa-apa untuk menjejaskan perjanjian yang ditandatangani yang masih dalam peringkat awal.

    ReplyDelete
  77. Sementara Kerajaan berusaha dengan diplomatik untuk menyelesaikan isu ini, kedua-dua kerajaan perlu mendapatkan sebab musabab sehingga ke akar umbi peranan yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim dalam memudahkan atau menyebabkan kejadian ini berlaku. Ianya tidak akan berlaku kalau tidak ada peranan dari orang dalam.

    ReplyDelete
  78. Isu Sabah terlalu dekat dengan Anwar Ibrahim kerana beliau mengimpikan sokongan Rakyat Sabah bagi menyokongnya di dalam PRU13. Namun kita masih tidak tahu apa agenda besar Anwar Ibrahim melakukan ini semua. Soalan ini masih menjadi tanda tanya.

    ReplyDelete
  79. Pihak berkuasa sentiasa memastikan keselamatan penduduk di utamakan.

    ReplyDelete
  80. banyak khabar angi di sampaikan, tidak boleh dipercayai, bertujuan untuk menakutkan rakyat.

    ReplyDelete
  81. Rakyat yakin masalah ini pasti akan segera selesai.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.