Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak terkial-kial mencari tarikh pembubaran Parlimen, Pakatan Rakyat pula berjaya melancarkan Manifesto yang menyentuh untuk keperluan rakyat semalam.
Seperti biasa, di dada-dada akhbar arus perdana hari ini pula mula menyiarkan komen-komen dari pemimpin BN mengecam tawaran Pakatan Rakyat itu.
Namun bagi AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, komen-komen kecaman tersebut sudah boleh dijangka sejak awal lagi.
"Kita sudah dapat menjangka komen yang diberikan oleh pemimpin BN, iaitu negara akan bankrap jika ikut manifesto Pakatan Rakyat.
"Inilah skema jawapan pemimpin Umno BN apabila setiap kali kita keluarkan tawaran untuk rakyat," katanya.
Menurut Idris, pemimpin BN hanya 'pejam mata' melihat ketirisan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan selama ini seperti yang didedahkan saban tahun oleh Ketua Audit Negara.
Menurutnya Audit Negara 2008 mendedahkan berlaku ketirisan RM28 bilion manakala sebanyak RM871.4 bilion wang haram mengalir keluar antara 2001 hingga 2010.
Tambah beliau lagi, ketika kerajaan Selangor memberi air percuma kepada setiap rakyat, pemimpin Umno lantang mengatakan Selangor akan bankrap.
"Selangor buktikan walaupun wang dihabis untuk rakyat, namun rizab Selangor bertambah daripada RM400 juta tahun 2008 telah meningkat RM2.57 bilion pada tahun 2013,' katanya.
Pulau Pinang ujarnya berjaya membayar hutang lapuk RM600 yang ditinggalkan BN sehingga sekarang berbaki RM30 juta.
Kelantan yang dikatakan miskin pula mampu mentadbir negeri hampir 23 tahun dan berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada tempat kedua kepada tempat keempat.
"Maka barang pasti jika PR perintah diperingkat pusat lebih mampu kerana hasil mahsul lebih banyak.
"Semua tawaran PR tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan BN kerana pemerintahan yang penuh korup, utamakan kroni, menindas rakyat yang tidak sealiran dan pilih kasih.
"Sebab itu pemimpin Umno BN mengatakan negara bankrap kerana mereka fikir pemimpin PR perangai seperti mereka," katanya.
Wednesday, February 27, 2013
Manifesto : Siapa Bangkrapkan Negara?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pengerusi badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman meminta agar rakyat negara ini memikirkan secara bijak dan matang sebelum memberi kepercayaan kepada janji-janji yang terkandung dalam manifesto pilihan raya baru pakatan pembangkang yang dilancarkan baru-baru ini.
ReplyDeleteJelas beliau sebanyak 14 tawaran yang digariskan dalam manifesto tersebut sudah terang terangan tidak mampu untuk ditunaikan oleh mereka dan ianya terbukti dengan apa yang terjadi di Pulau Pinang.
ReplyDeleteBeliau turut menggesa agar rakyat menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai contoh terhadap penipuan manifesto pembangkang.
ReplyDelete“Semasa Pilihan Raya Umum 12, DAP berkata, sekiranya mereka berjaya memerintah, tol Jambatan Pulau Pinang dan Tol Sungai Nyior akan dihapuskan tapi kini lima tahun sudah berlalu… kedua-dua tol ini masih beroperasi. Alasan mereka untuk menghapuskan tol adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Ini semua tipu. Sebagai kerajaan negeri, mereka mempunyai kuasa sepenuhnya. Jangan letak kesalahan di atas bahu kerajaan Pusat pula.
ReplyDelete“Manifesto baru menjelang PRU 13, mereka gariskan di antaranya untuk membina 150 ribu rumah kos rendah… Ini lagi lagi penipuan… Di negeri Pulau Pinang ini sehingga kini masih tidak ada satu unitpun rumah kos rendah yang dibina oleh Kerajaan Negeri DAP”, katanya.
ReplyDeleteBeliau seterusnya mempertikaikan tindakan pembangkang yang secara tergesa-gesa melancarkan manifesto baru untuk pilihanraya umum ke 13 sedangkan pemimpin mereka sendiri mengatakan bahawa manifesto bukan janji.
ReplyDelete“Sudahlah dahulu mereka sendiri pernah berkata bahawa manifesto bukan satu janji, kini lancar lagi manifesto baru. Rakyat mahu berpegang kepada apa sekiranya ini bukan janji… Sebenarnya manifesto adalah satu bentuk komitmen yang kita tidak boleh mungkiri tetapi bagi pakatan rakyat, manifesto mereka adalah untuk dimungkiri,” ujarnya.
ReplyDeleteSelain itu Zainal Abidin yang juga Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal berkata sekiranya meyingkap dari segi pelaburan luar langsung di negeri ini, ianya satu lagi aspek terbaik yang boleh rakyat jadikan contoh sebelum mengundi pakatan pembangkang di PRU 13 akan datang.
ReplyDeleteUjarnya, semasa negeri Pulau Pinang berada di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), jumlah keseluruhan pelaburan pada tahun 70 an adalah RM4 billion, tahun 80 an RM 20 billion dan jumlah ini terus meningkat pada tahun 2000 sehingga ke 2008 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM40 billion.
ReplyDelete“Kedudukan negeri ini sentiasa pada kedudukan tempat pertama atau paling tidak di tempat ketiga. Kita tidak pernah jatuh dari tempat ke tiga. Tetapi malangnya, sejak DAP mengambil alih pucuk pimpinan negeri Pulau Pinang, negeri ini telah jatuh ke tempat ke lapan.
ReplyDelete“Adakah ini yang kita mahu? Bayangkan apa yang terjadi pada pelaburan negara sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara ini. Pelaburan yang cantik dibina oleh kerajaan BN akan musnah. Ekonomi negara akan merudum. Semuanya telah terbukti di negeri Pulau Pinang ini.
ReplyDelete“Saya menyeru agar rakyat menjadikan negeri ini sebagai contoh terbaik sebelum mempercayai manifesto terbaru pakatan pembangkang. Negara kita akan tergadai di tangan mereka. Jangan sesekali mempercayai pembohongan mereka ini dan membiarkan negara dan anak cucu kita menjadi mangsa. Manifesto pakatan pembangkang adalah untuk dimungkiri,” katanya lagi.
ReplyDeleteTegas beliau, apa yang telah kerajaan lakukan selama ini telah terbukti jelas jauh lebih baik dan apa yang digariskan dalam manifesto pakatan pembangkang .
ReplyDeletePembangkang mula dengan langkah tipu muslihat mereka untuk memperdayakan rakyat.
ReplyDeleteManifesto pilihan raya Pakatan cuma himpunan janji manis yang tidak akan memperdayakan rakyat Sabah.
ReplyDeleteSekiranya rakyat mudah terpengaruh dengan mainan politik pembangkang, ia akan hanya merugikan rakyat.
ReplyDeleteRakyat diingatkan agar jangan sekali-kali tertipu oleh perkataan ‘Ubah’ yang diuar-uarkan oleh pembangkang.
ReplyDeletePercayalah dengan apa yang dikatakan oleh para pemimpin-pemimpin BN mengenai manifesto yang diumumkan oleh Pakatan ini.
ReplyDeleteManifesto pilihan raya Pakatan Rakyat hanyalah himpunan janji manis yang tidak akan memperdayakan rakyat Sabah, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.
ReplyDeleteKetua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan manifesto pilihan raya umum ke-13 pakatan pembangkang sebagai lemah dan tidak menarik.
ReplyDeleteRakyat perlu menolak pembangkang termasuk manifesto atau janji kosong mereka yang berselindung di sebalik slogan 'Demi Rakyat' menjelang pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
ReplyDeleteTimbalan Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyifatkan tidak ada yang istimewa dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang selain tidak masuk akal, justeru harus ditolak rakyat.
ReplyDeleteAhli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa rakyat supaya tidak tertipu lagi dengan manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) pakatan pembangkang.
ReplyDeletePresiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Dato’ Sri Peter Chin menegaskan, sekiranya rakyat mudah terpengaruh dengan mainan politik pembangkang itu dan memilih pakatan pembangkang khasnya Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Sarawak, ia akan hanya merugikan rakyat.
ReplyDeletePensyarah Kanan Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohamad Noorizuddin Nooh berkata, manifesto pakatan pembangkang itu banyak memberi berbanding menarik pendapatan.
ReplyDeleteTerdesaknya Pakatan sekarang ini untuk meraih sokongan. Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibentangkan oleh Pakatan baru-baru ini adalah perkara basi dan jelas menggambarkan kecelaruan dalam pakatan mereka.
ReplyDeleteKandungan manifesto berkenaan seolah-olah dikitar semula daripada agenda Buku Jingga yang dibentangkan oleh Pakatan sebelum ini.
ReplyDeleteanifesto itu hanya merupakan janji kosong yang tidak pernah ditunaikan sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12). Malaysia menuju bankrap jika janji-janji pakatan pembangkang seperti dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 dilaksanakan.
ReplyDeletePakatan yang cuba menjadikan negara ini serba percuma juga terlupa terhadap usaha menarik pendapatan kerajaan terutama melalui pelabur asing.
ReplyDeleteSpeaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menggambarkan manifesto Pakatan sebagai sekadar gimik politik untuk menipu dan memperdayakan rakyat, beliau berkata manifesto itu tidak mengandungi perkara luar biasa.
ReplyDeleteRakyat perlu memastikan sama ada manifesto itu janji pembangkang yang boleh dipegang atau sebaliknya, sebelum bertindak mengundi Pakatan semata-mata kerana manifesto itu.
ReplyDeleteBuat apa kita mahu tukar kerajaan jika kerajaan yang sedia ada yang telah terbukti mampu mentadbir negara ini, berpengalaman, kerajaan yang cukup perihatin dan cukup kukuh.
ReplyDeleteKenapa perlu kita memilih Pakatan lagi? Rasanya tidak perlu untuk semua itu. Tidak ada yang hebat. banyak percuma tapi dimana mereka dapat duit untuk pengurusan dan sebagaiknya.
ReplyDeleteJanji-janji karut itu dibuat kerana pakatan pembangkang kini tertekan dengan kejayaan program transformasi yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ditambah dengan kerja keras BN yang dapat melaksanakan semua janji-janji.
ReplyDeleteRakyat kini bijak menilai parti mana yang mampu menunaikan janji mereka kepada rakyat.
ReplyDeleteJanji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
ReplyDeleteDalam keghairahan pembangkang menabur janji bagi menarik sokongan menerusi potongan cukai, menurunkan harga bahan bakar, menghapuskan pinjaman PTPTN, menyediakan pendidikan tinggi percuma, sedar-sedar kosnya sudah mencecah hampir RM200 bilion, jumlah yang boleh membankrapkan negara.
Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
ReplyDeleteSejak menghadapi pilihan raya umum 2008, pembangkang juga turut berjanji mahu mengambil alih konsesi lebuh raya dan menghapuskan tol; menaikkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 20 peratus; menurunkan harga kereta menerusi penurunan cukai import, dan pemberian tunai bagi memastikan pendapatan isi rumah minimum RM4,000.
Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
ReplyDeleteRamai masih ingat forum debat yang dianjurkan antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang PRU 2008 dengan Menteri Penerangan ketika itu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berikutan Anwar mendabik dada boleh menurunkan harga minyak sebaik sahaja menjadi kerajaan persekutuan.
Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
ReplyDeleteSelain dakwaan Anwar yang beliau dapat menampung subsidi minyak lebih tinggi dengan menyekat pembaziran dan ketirisan, tiada pelan terperinci dikemukakan bagaimana beliau hendak menepati janji-janjinya termasuk menurunkan harga minyak.
Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
ReplyDeleteSebaliknya kerajaan terus berusaha mengambil pelbagai inisiatif bagi mengurangkan beban rakyat tanpa menjejaskan kewangan negara. Sejak 1 Sept 2009, jualan petroleum RON92 dihentikan dan RON97 yang harganya RM2.7 satu liter diapung mengikut harga pasaran. RON95 dijual lebih murah iaitu RM1.90 seliter menerusi subsidi.
Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
ReplyDeleteSebanyak RM17 bilion diperuntuk untuk subsidi bahan api iaitu petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) pada tahun 2011. Jadi untuk mengurangkan lagi harga minyak daripada kadar sekarang tentulah kerajaan perlu mengadakan beberapa bilion untuk tujuan itu
Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
ReplyDeletePembangkang juga meminta Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya, supaya menyempurnakan pengambilan alih aset dengan tjuan menghapuskan tol.
Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
ReplyDeleteKos yang terpaksa ditanggung kerana memansuhkan tol lebuh raya akan mencecah RM50 bilion hingga RM100 bilion di mana jumlah ini amat besar dan melebihi 6.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta kos yang tinggi ini akan memberikan implikasi kepada kewangan negara.
Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
ReplyDeleteApa yang dilakukan kerajaan sekarang ialah menstruktur semula PLUS Berhad dengan membolehkan kadar tol di empat buah lebuh raya tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun seperti mana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
ReplyDeleteMemetik kenyataan setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Anwar juga dilaporkan menjanjikan untuk menaikkan royalti minyak Sabah dan Sarawak daripada lima peratus kepada 20 peratus, bahkan enggan mengalah, pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula menjanjikan sehingga 50 peratus!
Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
ReplyDeleteUntuk makluman, kenaikan royalti bagi Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan itu dianggarkan melebihi RM10 bilion setahun di mana Sarawak dan Terengganu mengeluarkan lebih banyak minyak daripada Sabah.
Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
ReplyDeleteOleh itu, Abdul Rahman berpendapat kemungkinan Sabah akan menikmati royalti minyak lebih besar tetapi di akhirnya, ia juga mungkin mendapat peruntukan kurang daripada kerajaan pusat berbanding sebelumnya kerana ia peruntukan itu adalah budi bicara perdana menteri sekiranya pembangkang menang pilihan raya umum kelak.
Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
ReplyDeleteJanji yang dianggap paling manis pembangkang ialah penyelarasan gaji minimum sebanyak RM4,000 dengan tidak mengambil kira sama ada pekerja dari sektor awam dan swasta, dan apabila kerajaan mengumumkan gaji minimum sebanyak RM900 di semenanjung dan RM800 di Sabah/Sarawak, pembangkang pula mengumumkan sebanyak RM1,100.
Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
ReplyDeleteSekiranya penjawat awam diberi gaji minimum RM4,000 seorang dengan sebahagian daripada 1.2 juta anggotanya mendapat faedah, sudah tentu satu jumlah besar akan terbabit. Persoalan kepada syarikat swasta, yang tentunya mementingkan keuntungan pula, mampukah mereka memberikan jumlah sebanyak itu untuk gaji minimum?
Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
ReplyDeleteKetua Penyelidikan dan Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Shazali Abu Mansor dilaporkan sebagai berkata usaha pembangkang itu akan membabitkan sejumlah wang RM200 bilion setahun dan hanya akan menyebabkan negara terpaksa meningkatkan cukai dan membuat pinjaman dari negara luar.
Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
ReplyDelete“Kerajaan akan menanggung beban sebanyak RM43 bilion jika pinjaman itu dimansuhkan. Ada tiga kerajaan yang beri pendidikan percuma sedemikian termasuk Norway tetapi cukai yang dikenakan kepada rakyat sangat tinggi. Adakah kita nak naikkan cukai kepada rakyat untuk hapuskan pinjaman PTPTN? Sudah pasti kita tak mahu,” kata Najib dalam satu majlis di Johor.
Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
ReplyDeleteBegitu juga janji pembangkang yang mahu harga kereta serta duti eksais diturunkan yang mana ia hanya akan mengurangkan cukai negara sebanyak RM7 bilion, seterusnya boleh menyebabkan rakyat yang sepatutnya mendapat hasil pendapatan kerajaan itu tidak dapat dibantu. Ia juga tidak dapat tidak, secara langsung atau tidak akan menjejaskan perniagaan kereta terpakai kerana masyarakat tidak lagi mahu membeli kereta terpakai kerana harga kereta baharu yang lebih murah.
Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
ReplyDeleteJadi, jika kos yang terbabit di dalam janji pembangkang ini dicampurkan, ia mungkin melebihi RM300 bilion, tidak termasuk tiga perkara yang lain iaitu royalti minyak Sabah dan Sarawak, gaji minimum dan penurunan harga minyak. Setiausaha BN dan Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Alhabshee berkata kesemua cadangan pembangkang itu boleh menyebabkan negara muflis dengan kadar pengangguran meningkat secara mendadak.
Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
ReplyDeleteContohnya kutipan cukai kereta sebanyak RM4.5 bilion setahun akan hilang dan menyebabkan usaha kerajaan untuk membina kemudahan prasarana rakyat akan tergendala, sebagai contoh jalan dan hospital,” katanya kepada Bernama.
Janji Ditaburi Pembangkang Cecah RM200 Bilion, Bakal Bankrapkan Negara
ReplyDeleteAnggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata parti pembangkang boleh berjanji apa yang mereka suka tetapi persoalannya mampukah mereka menunaikannya kelak.
Former Parti Keadilan Rakyat and DAP leaders have shot down Pakatan Rakyat's 2013 manifesto, stating that speaking from experience, they know it is full of hot air.
ReplyDeleteMember of parliament for Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin, said the people should not be fooled by Pakatan's lofty promises.
"It is not a question of what they promise, but whether they can actually deliver."
ReplyDeleteReminding the people of what happened to Kampung Buah Pala in Penang, which was demolished, despite promises by PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to save the village, Zulkifli said: "They (DAP-led state government) had blatantly dishonoured the promise that was made during the 2008 general election campaign.
"Villagers, who believed what was promised to them, ended up being betrayed once the elections were over.
ReplyDelete"Instead of getting land grants, they witnessed bulldozers demolishing their ancestral homes."
Former DAP vice-chairman Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, who shared the same sentiments, said Pakatan's manifesto was made up of promises which were preposterous in nature.
ReplyDelete"They have no expertise in the areas being promised such as taking into consideration factors like budget, manpower and expenditures, and their input amounts to nothing practical.
"They are just fishing in troubled waters," he said.
ReplyDeleteHe added that Pakatan needed to take a more holistic view of the nation's needs and not come up with raw figures, without considering the impact on national development.
"The country needs an equitable distribution of wealth, where every state, regardless of the ruling party, plays a role in the development of the nation as a whole."
ReplyDeleteKedah Gerakan has described Pakatan Rakyat's general election manifesto as hogwash and reeking of lies.
ReplyDeleteIts chief, Tan Keng Liang, said the manifesto was similar to the one bandied about by the opposition pact in the 2008 general election.
ReplyDelete"In fact, many of the promises remained unfulfilled by the opposition pact in states they controlled after the general election and Kedah is no exception," he said.
ReplyDeleteHe cited seven unfulfilled promises as examples of Pakatan Rakyat trying to hoodwink the people.Topping the list of unfulfilled promises was its pledge to lower water rates.
ReplyDeleteHe said in Kedah, instead of honouring the promise, the Pas-led state government increased water tariffs up to 100 per cent and that DAP-led Penang had done the same under the pretext of water conservation.
ReplyDeleteHe said the Pas-led state government had also lied about awarding contracts openly and reneged on its promise on the RM500 million Aman Central shopping-cum-residential project; the RM300 million new main campus for state-owned Kolej University Insaniah; and the RM109 million Amansuri condominium project.
ReplyDeleteIn Penang, there was no open tender for the second phase of the WiFi project nor for the award of housing contracts for Batu Kawan.
ReplyDeleteTan said the Pas-led state government, despite its promise of "Sejahtera Kedah" and claims of caring for the people, had yet to build a single low-cost house.
ReplyDeleteHe said in the Auditor-General Report 2010, it was stated that the DAP-led Penang government did not build a single low-cost house there.
ReplyDeleteDia bekas Perdana Menteri, segala ketirisan, penyelewengan, kerugian Pewaja, MAS, PKFZ di zamannya sehingga menyebabkan puluhan bilion hilang tetapi negara tidak pun bankrap.
ReplyDelete"Tanya pada dia (Mahathir) sendiri, apa sebenarnya yang menakutkan beliau sehingga tidak boleh berfikir secara rasional?
"Apakah sebab dia jadi terlalu takut bila nampak tanda-tanda BN akan tewas dalam PRU akan datang,
ORANG KADAZAN/DUSUN BAH..
Aku marah sama Mahathir dulu sebab buat hutang negara RM220b. Tetapi zaman Najib pulak dah jadi RM530b,nddak mau dibayar,bah. Ingat Mahathir saja yg nak perlingkup negara,Najib lagi teruk.
ReplyDelete**Raja Sulu'
Mohd Ali yakin pembangkang juga tidak mampu melaksanakan segala janji yang dibuat berdasarkan rekod mereka memerintah beberapa negeri.
ReplyDelete“Warga emas RM1,000 dijanjikan pada pilihan raya dulu dan pelajar tadika dapat elaun tetapi tidak ditunaikan,” katany
ReplyDeleteSementara itu di GEORGE TOWN, Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang (BN) hari ini menyifatkan janji pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 adalah tidak masuk akal dan kebudak-budakan.
ReplyDeleteTimbalan Ketuanya Shaik Hussein Mydin berkata, antara janji seperti memberikan pendidikan percuma, memberi rumah percuma kepada ibu tunggal adalah satu janji palsu kerana mereka tidak melaksanakannya walaupun telah memegang tampuk kerajaan di Pulau Pinang dan beberapa buah negeri lain.
ReplyDeleteBeliau berkata, janji-janji karut itu dibuat kerana pakatan pembangkang kini tertekan dengan kejayaan program transformasi yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ditambah dengan kerja keras BN yang dapat melaksanakan semua janji-janji.
ReplyDeletejanji akan di tunaikan....hidup pkr.... menifesto inspirasi rakyat...
ReplyDeletemanifesto pembangkang tak boleh dipercayai.
ReplyDeleteSekarang, Pakatan Rakyat akan melancarkan lagi satu manifesto untuk pilihanraya?
ReplyDeleteRasa-rasanya lebih baik mereka kekal dengan manifesto PRU12 dan berusaha untuk menunaikan segala janji-janji dalam manifesto tersebut, bukannya menambah janji sedangkan umum mengetahui, Pakatan tidak akan mampu melaksanakannya walaupun mereka diberikan tanggungjawab menguruskan Selangor dan Pulau Pinang
ReplyDeletePenelitian ringkas yang dibuat menunjukkan bahawa manifesto tersebut tidak ada yang baru.
ReplyDeleteSemuanya memang telah diwar-warkan dan menjadi pengetahuan umum sejak dari awal-awal lagi. Ianya dibuat sebagai tawaran untuk memujuk rakyat supaya berpaling kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.
ReplyDeleteManifesto yang dibentangkan tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS. Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat “Malaysian Malaysia”, “samarata” dan “samarasa”.
ReplyDeleteSeperti yang di ulas panjang lebar sebelum ini tawaran-tawaran yang dikemukakan tidak lebih daripada janji-janji kosong setakat untuk menggamit keyakinan pengundi untuk memilih Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.
ReplyDeleteYang paling mudah bagi mereka nanti bila sampai masanya bila janji-janji dituntut oleh rakyat, dengan mudah mereka akan mengatakan “manifesto bukan satu perjanjian”. Ini menggambarkan bahawa kalimat-kalimat dalam manifesto itu tidak lebih lebih daripada sususan ayat-ayat yang disalut dengan gula-gula manis untuk memikat hati rakyat. Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan.
ReplyDeletePara penganalisa politik sehinggi kini menyebutkan bahawa tawaran Pakatan Rakyat dalam konteks pembangunan sebuah negara seperti Malaysia dapat disamakan seperti mimpi disiang hari.
ReplyDeletePakar-pakar ekonomi pula menghujahkan seandaianya sebahagian apa lagi kesemua butiran-butiran manifesto itu hendak dilaksanakan, Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara muflis
ReplyDeleteBagi mereka yang belum mempunyai pengalaman mengurus dan mentadbir sebuah negara, tawaran-tawaran yang dibuat lebih mudah untuk dinukilkan. Sebaliknya kepada pihak yang sudah berpengalaman mengurus negara sudah tentu mengambil kira berbagai faktor terutamanya faktor boleh atau tidak boleh tawaran itu dilaksanakan. Kita belum melihat tawaran daripada BN lagi.
ReplyDeleteJom kita humban Bn ke longkang..sebagaimna Mahathir nak humban raja2 melayu dlm isu imuniti raja2 tahun 80an,sama2 kita humban Bn pula secara realiti.
ReplyDeleteLets see whether PR success ti gain the people heart.
ReplyDeleteSemua membuat perjanjian, berapa diantaranya benar berfungsi.
ReplyDeleteSebelum manisfesto, Malaysia memang menghala ke arah bankrupt dengan cara kerajaan menggunakan duit.
ReplyDeleteRakyat ebrsedia memberi peluang kepada PR untuk membuktikannya.
ReplyDeleteSemoga PR benar menunaikan janji yang dibuat.
ReplyDeletePR hanay memberi harapan palsu kepada rakyat.
ReplyDeleteManifesto janji kosong pembangkang kepada rakyat.
ReplyDeletePR tidak boleh di percayai, nanti lain yang di janji ,lain pula yang di buat.
ReplyDelete