Tuesday, February 26, 2013

Pakatan akan semak perjanjian 'menipu'

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat akan menyemak semula perjanjian yang melibatkan "penipuan dan tidak adil" sekiranya gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

NONE"Kita tidak menyentuh perjanjian sebelum ini melainkan terbukti penipuan dan jelas tidak adil,"  katanyna sewaktu menyampai ucapan di pelancaran manifesto Pakatan Rakyat di Shah Alam hari ini.

Bagaimanapun, Pakatan akan tetap menghentikan projek nadir bumi Lynas – yang giat ditentang gabungan parti itu – atas alasan keselamatan, katanya.

Pakatan juga akan menyemak semula perjanjian para penanam padi dengan syarikat Padiberas Nasional Berhad, katanya lagi untuk memastikan golongan penanam padi mendapat manfaat daripada perjanjian berkenaan.

Pakatan juga akan berusaha untuk mendapatkan semula hasil negara yang didakwa "dicuri" melalui projek kontroversi seperti Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan juga amalan pemberian permit teksi.

"Kita nak selamatkan semua bukan untuk berdendam, bukan silih ganti masuk penjara... Bukan untuk membalas dendam. (Tetapi) yang kita nak buat adalah untuk mengambil wang yang telah dicuri.

"Sebagai contoh, permit teksi diberikan kepada pemandu teksi, wang NFC RM250 juta yang diambil dikembalikan kepada penternak. Kita mengambilnya tanpa melupakan proses perundangan," katanya. -MK

44 comments:
Write comments
  1. Kalau baru setahun jagung dah dituduh 'penipu', apalah nasih dgn UMNgok yg dah 56 tahun 'mnyapu' harta negara,mnzalimi rakyat dgn cukai2 yg dikenakan kpd rakyat,mmenjara ulama/pihak pmbangkang dan trakhir meningkatkn jumlah hutang negara kpd RM530 billion yg tak pernah dibayar pun. Najib kata..kerajaan beri BR1M kerana pelabur asing masuk melabur dan kena cukai kerajaan. Duit itu, KERAjaan Umngok ambil dan beri BR1M pd rakyat. Heiii NAJIsB..cukai tu bukan dicekik dr duit rsakyat ke? Kalau kita ke kedai KFC,ada tak % Govt Tax dan service charge? Atau jika ke Proton Service,ada tak % Govt Tax dn service Charge rakyat kena bayar? ADA..so itu bukan nama BN penipu ke??? Itu baru dua kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau semua nak free pegi jual lah b.....

      Delete
  2. Janji 150,000 Rumah Mampu Milik… Rakyat Selangor, P.Pinang, Kedah & Kelantan Dah Serik!!


    *_* Pelancaran manifesto pakatan pembangkang yang bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ diibaratkan umpama mimpi disiang hari lantaran tidak selari dengan apa yang dilaksanakan oleh mereka sepanjang hampir sepenggal berkuasa di empat buah negeri, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ir Idris Haron.

    *_* manifesto baru pakatan pembangkang menggariskan 14 tawaran dalam cabang kesejahteraan rakyat yang antaranya ialah menurunkan harga minyak, menghapuskan tol, menurunkan harga kereta, keadilan warga Felda, caj elektrik lebih rendah, pendidikan percuma, hapus monopoli, perkhidmatan wad percuma di semua hospital kerajaan serta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan.

    *_* “Mereka bermimpi disiang hari kerana hingga ke hari ini sudah berapakah jumlah rumah mampu milik dibina di negeri pemerintahan mereka selama lima tahun mereka berkuasa?” soalnya.

    *_* Antara tawaran dalam manifesto pembangkang ialah membina 150,000 rumah selesa mampu milik sebagaimana yang dibentangkan dalam majlis pelancarannya di Pusat Konvensyen Shah Alam, semalam ini oleh oleh tiga pemimpinnya iaitu Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Ahli jawatankuasa Pas Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Presiden DAP M Kulasegaran.

    *_* “Semua rumah mampu milik yang ada di negeri-negeri tadbiran pembangkang disempurnakan pembinaannya oleh kerajaan Persekutuan melalui pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Risda, Felda dan lain-lain,” katanya yang juga Pengerusi SPNB.

    *_* Tegas beliau, selama 23 tahun Pas mentadbir Kelantan tetapi malangnya semua rumah mampu milik di negeri terbabit dibina oleh SPNB.

    “Negeri Kelantan adalah antara penerima terbanyak rumah mampu milik kelolaan SPNB hasil pentadbiran BN selaku kerajaan Persekutuan sedangkan kepimpinan Pas ibarat janji ketua pembangkang kepada penduduk Kampung Buah Pala iaitu hanya di tepi bibir manisnya saja.

    *_* “Akhirnya, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib juga yang telah menyerahkan kunci rumah kepada mangsa penipuan PKR kerana mereka cakap tak serupa bikin. PKNS di Selangor hanya membina rumah banglo mewah dan begitu juga di Pulau Pinang, manakala Kedah pula hanya menagih simpati dari SPNB.”


    *_*dalam tempoh tujuh tahun, rumah mampu milik yang dibina oleh SPNB di Kelantan adalah sebanyak 3,581 buah dengan angka tertinggi ialah di Selangor yang membabitkan sejumlah 7,948 buah rumah.

    *_* Biarpun negeri-negeri tadbiran pakatan pembangkang tetapi kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan kepentingan dan kebajikan rakyat, tidak ada konsep pilih kasih walaupun kerajaan negeri pembangkang lebih tertumpu kepada rumah-rumah mewah.

    *_* Apa yang disajikan dalam manifesto baru pakatan pembangkang hanyalah atas kertas kerana rumah-rumah mampu direalitikan oleh kerajaan BN sekalipun di negeri-negeri pakatan pembangkang malah di Pulau Pinang dan Kedah juga, SPNB turut terlibat dan telah membina sebanyak 1,703 di Pulau Pinang dan 2,870 di Kedah


    ReplyDelete
  3. DENGAN ITU, RAKYAT BOLEH FIKIR SENDIRI LOGIK KE TIDAK MANIFESTO ITU

    ReplyDelete

  4. Nak tanya macai umno....BRIM, KRIM, TRIM dan benda-benda lain tu ada sebut dlm menifesto BN 2008? macam anonymous feb 26,2013 jam 4.41 PM..

    ReplyDelete
  5. Nilah berita yg paling mengembirakan kami. .alhamdulilah.. akhirnya amalan penindasan rakyat dan mengkayakan kroni akan dibagi noktah...kaji semuanya dari TOL, konsensesi air, MRT, IPP. malah kaji juga agensi yg ditubuhkan seperti Jasa, Kemas dan BTN yg menjadi alat UMNO utk berkuasa.. apa saja UMNO msti dihapuskan dinegara ini..

    ReplyDelete
  6. Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibentangkan oleh pembangkang semalam adalah perkara basi dan jelas menggambarkan kecelaruan dalam pakatan mereka, kata Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

    ReplyDelete
  7. Menurutnya, kandungan manifesto berkenaan seolah-olah dikitar semula daripada agenda Buku Jingga yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang sebelum ini.

    ReplyDelete
  8. Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri dialog bersama pengusaha-pengusaha industri pelancongan di sini, beliau berkata selain gagal memperkenalkan sesuatu yang baharu, pakatan pembangkang ini juga gagal menjelaskan tentang kepimpinan mereka sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan.

    ReplyDelete
  9. "Mereka masih bercelaru (tentang siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika dapat menubuhkan kerajaan).

    "Sekejap mereka katakan (pemimpin pembangkang, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).

    Kemudian orang lain. Bagi mereka, sesiapa sahaja (di kalangan mereka) boleh menjadi Perdana Menteri," katanya.

    ReplyDelete
  10. Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan Sarawak mengulas manifesto pakatan pembangkang yang antara lain menjanjikan usaha memerangi rasuah, penurunan harga minyak dan pendidikan percuma.

    ReplyDelete
  11. A discord over who should become prime minister should the opposition come to power after the 13th general election shows cracks within the opposition ranks.

    ReplyDelete
  12. Deputy Education Minister Dr Mohd Puad Zarkashi said the opposition should have announced who should be prime minister if were to win the election in its manifesto.

    ReplyDelete
  13. He described the manifesto as incomplete and not reliable for it did not name the probable prime minister.

    ReplyDelete
  14. They cannot resolve the problem because there is a dispute among them. DAP wants Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) to become prime minister, but PAS Syura Council does not agree.

    ReplyDelete
  15. Mohd Puad was commenting on PAS information chief Tuan Ibrahim Tuan Man's statement that there was no guarantee that the Parti Keadilan Rakyat (PKR) adviser would become prime minister should the opposition form the federal government after the general election.

    ReplyDelete
  16. Tuan Ibrahim told online portal The Mole that there were two deciding factors, firstly, the number of seats won by the party, and secondly, a consensus on the person to be appointed prime minister.

    ReplyDelete
  17. However, DAP chairman Karpal Singh has reaffirmed that his party would give its full support to Anwar to lead the country.The Malay right group Perkasa information chief Ruslan Kassim said the discord over who should become prime minister proved that PAS had lost its faith in Anwar, whom it had once held in high regard.

    ReplyDelete
  18. "If they can't resolve the matter, how can they (the opposition) unite the people. They seem to be united, but actually a long-simmering crisis is brewing in the opposition camp," he said.

    ReplyDelete
  19. Political analyst Prof Datuk Zainal Abidin Borhan said it could be part of the opposition's strategies not to announce who would become prime minister in the manifesto.

    "That is one of their weaknesses and of course, the people want to know who is the opposition's choice for prime minister," he said.

    ReplyDelete
  20. PR should concentrate to the people welfare rather than better position as PM.

    ReplyDelete
  21. Is Anwar qualify to be the next PM if really opposition gain more seats?

    ReplyDelete
  22. Tidak salah memberi peluang kepada PR untuk membuktikan kebolehannya.

    ReplyDelete
  23. Pakatan juga akan berusaha untuk mendapatkan semula hasil negara yang didakwa "dicuri" melalui projek kontroversi seperti Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan juga amalan pemberian permit teksi.

    Rasuah dalam politik teramat banyak.

    ReplyDelete
  24. the people not to be deceived by the 13th general election manifesto of the opposition coalition.

    ReplyDelete
  25. the people should know whether the manifesto launched by the opposition was a promise or not before voting for them in GE13.

    ReplyDelete
  26. If they say the manifesto was not a promise and was not legally binding, I suggest the people should not believe in the manifesto, so that they would not be fooled again.

    ReplyDelete
  27. If the opposition was sincere, tell the people earlier what it meant by the real manifesto. Was it aimed at lying to the people, deceiving the people…if they say it was not a promise, reject it outright

    ReplyDelete
  28. the opposition coalition launched 10 manifestos for the coming GE13 among which were free education from pre-school to tertiary level, toll-free for people holding membership cards of DAP, PKR and PAS, a RM10,000 assistance for each trader registered with the Companies Commission of Malaysia.

    ReplyDelete
  29. the opposition coalition appeared to be toying with the national democratic system when they made their manifesto as a non-serious document.

    ReplyDelete
  30. Semoga Anwar benar ikhlas untuk memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat khas isu rasuah yang meliputi duit yang begitu tinggi.

    ReplyDelete
  31. the opposition manifesto also raised a number of questions as it was not made based on a comprehensive study and how it could be implemented.

    ReplyDelete
  32. as an example, what was its priority in reducing car excise duty so that imported cars would be cheaper as the government would stand to lose RM6.4 billion in revenue.

    ReplyDelete
  33. the opposition was still guessing who would be prime minister if it captured Putrajaya in the coming general election.

    ReplyDelete
  34. Opposition could announce all sorts of pledges in the manifesto but they dare not name their prime minister so how could the people believe they would be able to implement the manifesto. They should be firm on who is going to lead the country

    ReplyDelete
  35. Jangan mudah terpedaya dengan manifesto Pakatan pembangkang yang lebih banyak mengecewakan rakyat daripada yang dilaksanakan.

    ReplyDelete
  36. JAWAPAN KEPADA LOJIK ATAU TIDAK MANIFESTO PAKATAN RAKYAT INI. JAWAPANNYA LOJIK JIKA PAKATAN RAKYAT DAPAT MENAWAN PUTRAJAYA (MEMEGANG PENTADBIRAN DAN KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN). JIKA HANYA KERAJAAN NEGERI MACAM SEKARANG MEMANG TIDAK LOJIK.

    ReplyDelete
  37. Commenting on the Pakatan Rakyat 10 manifestos for the 13th general election (GE13), Deputy Finance Minister Datuk Dr Awang Adek Hussin cautioned that the opposition pact’s manifesto can affect national economic growth which is now growing at a rapid pace as the pledges involved significant economic implication.

    ReplyDelete
  38. He further added that all the pledges involve substantial expenditure. Apart from that, it will reduce the government revenue as some taxes would be abolished. To drive home his point on the matter, he cited the reduced car prices: which in turn will have a great impact on national revenue.

    ReplyDelete
  39. In short, such financial matter is of utmost importance.To elaborate this point, he take the example in some countries in Europe that have gone bankrupt or almost bankrupt because of their failure to handle their finances well,

    ReplyDelete
  40. Awang Adek expressed his views to reporters after opening the programme, ‘Evaluation of Learning for Performance Improvement International Postgraduate Colloquium (ELPIIC2013)’. The two-day colloquium was also attended by several foreign participants as well as Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Vice-Chancellor Prof Datuk Dr Raduan Che Rose.

    ReplyDelete
  41. pakatan lagi byk penyelewengan terutama di Selangor

    ReplyDelete
  42. PETALING JAYA: Pembantu kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga koordinator program kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh ditangkap dalam satu serbuan operasi membanteras rasuah.


    Lelaki berusia 50-an, dan dua yang lain telah ditangkap kerana didakwa menawarkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap kes gangguan seksual.
    Mereka dikatakan telah memberikan RM30,000 kepada seorang wanita untuk menggugurkan aduan gangguan seksual ke atas wanita tersebut.
    Pengarah penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali mengesahkan penangkapan itu tetapi enggan mengulas lanjut.


    Wanita yang merupakan seorang kerani, sebelum ini mengadu bahawa bekas majikannya melakukan gangguan seksual terhadap beliau.
    Penjawat awam itu juga telah membawa perkara ini ke mahkamah beberapa bulan lalu.
    Penjawat awam tersebut kemudian meminta bantuan dari kawannya yang merupakan setiausaha politik.


    Satu sumber yang terlibat dengan penyiasatan itu berkata bahawa wanita itu membuat laporan kepada SPRM dan operasi dilakukan pada lewat malam 3 Jan tahun ini di sebuah restoran di Seberang Jaya.
    Pada pertemuan dengan wanita itu, tiga daripada mereka didakwa memberi sejumlah wang supaya beliau berdiam diri.


    Wanita itu telah dipaksa untuk menandatangani dokumen yang berjanji untuk tidak meneruskan kes tersebut di mahkamah.
    "Mereka ditahan di tempat kejadian pada kira-kira 11:30 malam," kata sumber itu.
    Kesemua mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin.
    Pegawai khas tersebut merupakan pemegang jawatan bahagian Permatang Pauh PKR dan kini merupakan penyelaras bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


    Ketiga-tiga mereka mungkin akan didakwa di mahkamah selepas SPRM selesai melakukan siasatan. so, penyelewengan sebegini tidak bagus juga.

    ReplyDelete
  43. February 26, 2013 at 4:41 PM :

    angpau utk tajuddin ramli n shahlizard itu sangat LOGIK la???

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.