Wednesday, February 27, 2013

MIC mahu keluar tinggalkan BN?

Umno BN dilihat semakin parah dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) apabila semakin banyak parti-parti komponennya hilang kepercayaan terhadap parti itu.

Sebelum ini Gerakan dan SUPP dilihat menyatakan hasrat ingin keluar daripada BN dan terbaru, Pengarah Strategi MIC Vell Paari pula didakwa membayangkan akan mendesak MIC untuk bertanding atas tiket sendiri, bukan lagi atas tiket BN.

Tindakan Vell Paari itu dipercayai dibuat apabila Dr. Riduhan Tee dan Datuk Ibrahim Ali dilihat oleh kaum Inida sebagai rasis dan sering membangkitkan isu perkauman di negara ini.

Mengulas perkara itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad berkata, ketidakpercayaan MIC itu dilihat amat mengejutkan apatah lagi MIC merupakan parti tunjang kaum India di Malaysia ini, malah sekutu kuat Umno dalam Barisan Nasional.

"Ini membuktikan bahawa Umno BN sudah tidak mampu lagi menjaga keharmonian kaum di Malaysia. Semakin hari semakin ramai rakyat yang bukan Melayu merasa tertindas dengan tindakan pemimpin-pemimpin pro Umno yang dilihat bersikap rasis.

"Namun amat mendukacitakan, tiada tindakan diambil terhadap mereka. Kenyataan-kenyataan rasis beberapa pemimpin Umno juga dilihat begitu mengguris hati kaum-kaum yang lain," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Vell Paari dalam satu surat terbuka kepada presiden MIC beru-baru ini menggesa agar parti itu mendesak kabinet mengambil tindakan ke atas Ridhuan Tee dan Ibrahim kerana menghina agama Hindu.

Beliau yang juga anak kepada Datuk Seri S Samy Vellu itu berkata, jika tiada sebarang tindakan diambil, beliau akan meminta golongan India mengundi menentang BN dan rela dipecat dari parti itu.

Mengulas lanjut, Kamaruzaman berkata, walaupun Umno cuba untuk mengambil hati semua kaum di Malaysia, namun hakikatnya rakyat kini sudah muak dengan mereka.

Lebih parah lagi katanya apabila kajian Merdeka Center baru-baru ini menunjukkan bahawa masyarakat Cina semakin menolak kerajaan Barisan Nasional.

Tambah Kamaruzaman lagi, tindakan Najib dalam meraih undi masyarakat Cina semasa Tahun Baru Cina yang lalu juga dilihat tidak memberikan kesan.

"Harapan terarah kepada masyarakat India. Namun kini, MIC yang memperjuangkan masyarakat India di Malaysia dilihat turut sama menolak Umno BN. Najib dilihat seolah-olah burung kepatahan sayap apabila masyarakat Cina dan India mula menolak parti yang diterajuinya," katanya lagi. -HD

74 comments:
Write comments
  1. MIC tak puas hati sebab pengagihan kerusi yg tak berpihak kpd mereke. mereka hanya membawa isu2 berkaitan kepntingan kuil, pelajaran anak2 india. kebajikan intelektual india. peluang pembelajaran & pengiktirafan sijil dari negara2 luar..perayaan..sjkt.. sekolah wawasan..pbs..kssr. dll yg membahagiakan mereka yang minoriti ini.


    tapi, mana ada parlimen / DUN yang majoriti India..hanya persefahaman BN.


    *atas pagar

    ReplyDelete
  2. RM 3 ribu sebulan bagi Blog pro Pembangkang untuk menyebarkan fitnah dan menyerang Barisan Nasional pada aku tidak berbaloi dengan usaha dan kerja mereka.

    ReplyDelete
  3. RM 3 ribu sebulan bagi Blog pro Pembangkang untuk menyebarkan fitnah dan menyerang Barisan Nasional pada aku tidak berbaloi dengan usaha dan kerja mereka.

    ReplyDelete
  4. RM 3 ribu tolak bill Talifon, broadband, wifi, kos ke sana ke sini, makan minum semua tu je dah tinggal berapa sen je buat Blogger Pembangkang tu nak hidup. Saved

    ReplyDelete
  5. tak kisah berapa pun blogger pembangkang ni dapat sebab mereka benar benar melakukan kerja mereka tampa rasa SYOK SENDIRI

    ReplyDelete
  6. Bumburing and Lajim, both MPs, now lead Angkatan Perubahan Sabah (APS) and Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) respectively, two PR-friendly political movements they had formed last year after leaving their posts in BN.

    ReplyDelete
  7. Yong has likened Bumburing and Lajim to buffaloes led around by their nose rings, claiming both men were jumping through hoops for their newfound PR friends in the peninsula to lobby for spots in the polls contest.

    ReplyDelete
  8. They have no choice but to kowtow to Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  9. They have to go to Kuala Lumpur to lobby to be candidates

    ReplyDelete
  10. The former Sabah chief minister also accused the men of showering exorbitant gifts of lobsters, tiger prawns and bird’s nest to PR’s leaders in the capital city, just to get chosen as candidates

    ReplyDelete
  11. Kalau mengikut kira-kira semasa, banyak yang perlu dibelanjakan Anwar nak memastikan PKR masih ada harapan di Sabah.

    ReplyDelete
  12. Semua orang tahu, Sabah adalah satu-satunya harapan untuk memastikan PR dapat jumlah seats yang lebih baik kali ini.

    ReplyDelete
  13. Bukan parti pembangkang yang semakin parah sekarang ini.

    ReplyDelete
  14. Lihat saja di Sabah sendiri yang mana PR semakin ditolak. Bukan saja rakyat Sabah tapi parti tempatan pembangkang di negeri itu juga menolak PR.

    ReplyDelete
  15. Ini membuktikan Pakatan tidak ada apa-apa lagi selepas ini di Sabah.

    ReplyDelete
  16. Semakin bermasalah ini PR kalau macam ini. Sampai dihalau keluar oleh Jeffrey di Sabah.

    ReplyDelete
  17. Apa sudah jadi ini dengan parti pembangkang. Macam tidak ada harapan diterima oleh rakyat di Malaysia saja ini. bagus bah..

    ReplyDelete
  18. Pembangkang kata BN bermasalah. Oo rasanya tidak sama sekali. Lihat saja sokongan kepada BN semakin meningkat sekarang ini.

    ReplyDelete
  19. Bila masa pula MIC cakap mahu keluar menjadi komponen BN.

    ReplyDelete
  20. Macam tidak ada pula MIC cakap macam itu. Pandai-pandai saja Pembangkang ini.

    ReplyDelete
  21. Betul-betul semakin parah pembangkang mahu menjatuhkan kerajaan BN ini.

    ReplyDelete
  22. Selagi BN mampu berikan yang terbaik kepada rakyat selagi itulah rakyat akan terus menyokong kerajaan BN.

    ReplyDelete
  23. hidup Jeffry Kitingan!! aku hanya sokong Jeffry. aku bukan sokong PR. Jeffry hanya memastikan anak-anak Sabah berjaya. Jeffry CM selapas ini

    ReplyDelete
  24. Pengerusi Parti Progresif Rakyat (PPP) Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan percaya rakyat terutama pengundi kaum India kali ini akan lebih berhati-hati dalam memberikan undi mereka berdasarkan pengalaman yang mereka perolehi pada pilihanraya umum lalu.

    ReplyDelete
  25. Jelas beliau peralihan sokongan besar pengundi kaum India kepada pakatan pembangkang pada pilihanraya lalu adalah disebabkan termakan janji-janji manis selain faktor sedikit kealpaan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada waktu itu.

    ReplyDelete
  26. “Kita akui akan kealpaan kita yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan. Tetapi BN bukan parti yang bergantung kepada janji bulan bintang. Kita sentiasa belajar dari kesilapan dan setiap janji kita adalah janji ditepati. Lihat sahaja apa yang kerajaan lakukan kini… Semuanya adalah untuk kebaikan rakyat termasuk membela nasib kaum India.

    ReplyDelete
  27. “Kerajaan tidak pernah pilih bulu dalam menghulurkan bantuan. Pelbagai cara yang telah kerajaan lakukan demi menaik taraf hidup kaum India contohnya program ‘Skim Penyelamat’ yang diperkenalkan sejak tahun lalu melalui projek perintis bertujuan membantu pencapaian pendidikan dalam kalangan pelajar kaum India. Perdana Menteri sendiri pernah berkata bahawa kerajaan komited dalam meneruskan usaha meningkatkan kehidupan kaum India,” ujarnya.

    ReplyDelete
  28. Tambah beliau, telah ramai kaum India sedar bahawa pakatan pembangkang hanya berjanji untuk mendapatkan undi tetapi tidak serius untuk membantu kaum ini. Ini terbukti apabila penyokong Hindraf juga kini tidak lagi mempercayai janji Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  29. “Anwar sentiasa berlagak hero dan akan bertukar wajah setiap kali bertemu rakyat mengikut kaum. Kalau dia bertemu kaum India dia akan jadi hero Tamil, kalau bertemu orang Cina, dia jadi hero Cina, kalau bertemu kaum Melayu, dia jadi hero Melayu.

    ReplyDelete
  30. “Tapi apa yang mereka katakan semua tak betul sebab itu manifesto mereka kata bukan janji. Sebab itu jugalah penduduk Kampung Buah Pala hilang tempat tinggal. Di Selangor juga kaum India tertipu. Kuil mereka roboh, pendidikan untuk kaum India tidak terbela dan sebagainya,” terang beliau lagi.

    ReplyDelete
  31. Telah terbukti jelas janji pakatan pembangkang pada PRU 12 untuk membela nasib kaum India tidak pernah tertunai, katanya.

    ReplyDelete
  32. “Oleh itu kaum India perlu terus memberi mandat kepada BN untuk menerajui pucuk pimpinan negara. Buktikannya di PRU akan datang dengan mengundi BN. Hanya BN yang boleh dipercayai. Lihatlah parti BN yang mempunyai 14 parti komponen. Kita sentiasa bersatu padu tidak seperti pembangkang yang hanya tiga parti tetapi sentiasa bercakaran,” ujarnya lagi.

    ReplyDelete
  33. Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat berbilang kaum telah membawa banyak hasil positif kepada masyarakat India di negara ini.

    ReplyDelete
  34. Inisiatif seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Menu Rakyat IMalaysia (MR1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) dan peruntukan untuk sekolah Tamil serta kuil Hindu mendapat sambutan yang amat baik daripada majoriti masyarakat itu.

    ReplyDelete
  35. “Ramai orang berkata usaha ini menyentuh hati orang India. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kata-kata itu, tapi bagi saya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) memang mengambil berat kebajikan kaum India,” kata A. Vinodini Menon

    ReplyDelete
  36. Wanita dua anak ini berkata pada pandangannya, usaha kerajaan memberi perkhidmatan dan bantuan kepada rakyat, terutama golongan miskin daripada semua kaum, sudah mula menampakkan hasilnya dan ramai anggota masyarakat India mendapat manfaat daripadanya.

    ReplyDelete
  37. “Sebagai contoh, saya mendapat banyak manfaat daripada BR1M RM500 serta bantuan penjagaan kesihatan daripada hospital kerajaan dan Klinik 1Malaysia.

    ReplyDelete
  38. “Sebagai warga emas, saya gembira apabila melihat konsep 1Malaysia sedang diterjemahkan oleh Najib dalam begitu banyak bentuk yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya.

    ReplyDelete
  39. Bagi pelajar jurusan kejuruteraan Universiti Malaysia Pahang P. Jasveena, 23, bantuan RM100 untuk membiayai perbelanjaan “kembali ke sekolah” yang diberi kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, di samping pendidikan percuma, adalah sesuatu yang tidak pernah diimpikan di kebanyakan negara lain.

    ReplyDelete
  40. “Kami di peringkat universiti mendapat baucer buku RM200 dan ini banyak membantu meringankan beban ibu bapa kami. Memang jelaslah, program ini dapat dilaksanakan berkat tadbir urus yang baik dan kecekapan pengurusan kewangan oleh kerajaan BN.

    ReplyDelete
  41. “Sebelum ini, sebahagian besar wang yang diterima daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terpaksa digunakan untuk membeli buku dan akhirnya saya kena meminta wang tambahan daripada ibu bapa, tapi sekarang, baucer yang diterima, banyak membantu,” katanya.

    ReplyDelete
  42. Jasveena juga gembira kerana baru-baru ini kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM340 juta untuk sekolah Tamil di seluruh negara dan katanya ini memberi mesej jelas kepada masyarakat India bahawa kebajikan mereka tidak diabaikan.

    ReplyDelete
  43. Sementara itu, penjawat awam S. Ramesh, 50-an, berkata transformasi yang dilaksanakan kerajaan telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara sekarang, lebih-lebih lagi apabila Najib menyuarakan harapannya agar masyarakat India mempunyai ‘nambikei’ (kepercayaan) terhadap beliau dan bekerjasama dengannya untuk mencipta masa depan yang lebih cerah untuk semua.

    ReplyDelete
  44. “Sebagai contoh, kenaikan gaji 13 peratus untuk kami merupakan bukti jelas tentang keikhlasan kerajaan dalam menghargai sumbangan penjawat awam terhadap negara serta ekonomi dan semua penjawat awam berketurunan India serta keluarga mereka sudah pasti amat mengalu-alukannya.

    ReplyDelete
  45. Program transformasi kerajaan juga mendapat maklum balas positif daripada pemandu teksi, yang sebelum ini bersungut kononnya kebajikan mereka diabaikan.

    ReplyDelete
  46. Antara manfaat yang disediakan kerajaan untuk mereka ialah pengecualian eksais dan cukai jualan 100 peratus bagi pembelian kenderaan keluaran tempatan untuk dijadikan teksi, pengecualian daripada bayaran duti eksais dan cukai jualan bagi teksi yang dijual atau dipindah milik selepas tujuh tahun dan penghapusan cukai jalan bagi semua teksi milik individu.

    ReplyDelete
  47. Pemandu teksi wanita K. Ambigawathy, 38, berkata kemudahan yang disediakan itu sungguh ‘mengagumkan’ dan meringankan kehidupannya hingga mampu memiliki teksi sendiri.

    ReplyDelete
  48. Jika diambil kira hasil kaji selidik Merdeka Center yang pernah dilakukan sebelum ini- kira-kira 80 peratus responden daripada kaum India menyokong penuh inisiatif yang dilaksanakan kerajaan, maka bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ia diterjemahkan sebagai undi untuk kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  49. Memetik kata-kata pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ramesh: “Pembangkang boleh menjanjikan kepada kami matahari dan bulan, tapi kerajaan pimpinan Najib yang ada sekaranglah benar-benar menjaga kebajikan semua rakyat Malaysia. Tiada janji yang lebih baik daripada sebuah negara Malaysia yang harmoni untuk semua orang, seperti yang kita nikmati sekarang.”

    ReplyDelete
  50. kebenaran makin terserlah bahawa umno parti perkauman!



    *kadazan/dusun bah...

    ReplyDelete
  51. tiada lagi perkauman selepas pru 13 apabila dasar kerajaan baru yg adil utk semua

    ReplyDelete
  52. jom mic kita pakat tumbangkan BN,baru Rakyat india kan Terbela.

    ReplyDelete
  53. Setelah 55 tahun berdiri sebagai sebuah negara merdeka, kita tak boleh lagi ada perasaan perkauman.Kalau pun kita ada "acuan kita sendiri" ia mestilah mengarah kpd perpaduan, keadilan, pembangunan secara bersama dengan sikap menghormati Perlembagaan Negara.Saya masih ingat YB Tun Ghafar Baba adalah orang yg ikhlas berfikir dan bertindak ke arah ini, namum ia tidak disukai oleh golongan yg mengambil kesempatan dari dasar hak istimewa orang melayu untuk mendapat segalanya. Sekarang ini Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik untuk membina negara bangsa Malaysia yg bersatu dengan pelbagai kaum, bahasa dan agama berteraskan 5 prinsip Rukun Negara.

    ReplyDelete
  54. Itulah masaalahnya umno/bn buat dn tuduh org lain buat tuduh buat tuduh itulah kerjanya saban hari lagi satu 5 rukun betapalah mulianya tapi umno/bn tak pernah ikut pun yg dia tahu buat mendendangkan dlm tv bkn main sedapnya hakikatnya tiada satu pun yg dia buat betul2 cuba amati btl2 5 rukun perlembagan tu sbg cth percaya kpd tuhan dahlah tak terima hudud dipermainkn pulak,kedaulatan undang2 mana dia malahan sistem kehakiman hancur,keluhuran perlembagaan dn tatasusila apa jadi buat fitnah menjadi2 dn seterusnya rnung2knlh.

    ReplyDelete
  55. Alhamdulillah ada parti komponan yang nak tinggalkan parti rasis, bukan sahaja rasis tetapi perti yang penuh dengan berbagai penyelewengan dan skandel. Kalau MIC dah nampak kepincangan Umno dan mahu bersama wadah perjuangan yang lebih baik, bersih dan telus..Alhamdulillah satu perubahan yg baik. Tidak kira bangsa atau agama, apabila mereka mahu kepada kebaikan, mahu keamanan, kebersihan, ketelusan, keadilan, benci kepada kezaliman, benci ketidakadilan, benci rasuah dan benci setiap yang tidak bail..itu nama hidayah, mudah mendakwah mereka ini.


    **bYE NAJIB..

    ReplyDelete
  56. Kesian barua2 Umngok kat ruangan forum nihh. Mereka mati2an pertahan BN/Umngok, tapi MIC dah nak lari, ntah2 barua2 ni ganti MIC kot.

    **Raja sulu'

    ReplyDelete
  57. OI "HIDUP DI SSABAH"... kalau ko bukan orang sabah jangan cakap UMNo masih kuat disabah.... datanglah ke sabah tanya orang kampung mereka undi siapa baru ko tahu? ini kalilah...

    ReplyDelete
  58. Speculation is swirling again that Barisan Nasional component parties, MCA and MIC, are toying with the idea to opt out of the long established national coalition that has governed Malaysia since 1957 due to differing reasons.

    ReplyDelete
  59. Whether they plan to join the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim or choose to stay independent or form a new coalition is not clear yet

    ReplyDelete
  60. Such talk is not new and has blown in and out of the political arena over the past years, largely ignored as few Malaysians believe the pair could ever dare to make a break with the seemingly almighty UMNO – their BN big boss and some say ‘big bully’.

    ReplyDelete
  61. But now, pared down to their last card and with the next general election due to be held within the next 10 months, the leaders at both MIC and MCA have no choice but to starkly confront the pro and cons of such a move that will surely bring to an end the decades of easy living, special privileges, cushy income and extraordinary benefits.

    ReplyDelete
  62. MCA was once a cherished bastion of the Chinese community in the country but has now been witnessing a dwindle in the number of their members, and whilst MIC is, more or less, still intact, despite the emergence of Indian splinter groups representing the community, the days of the two BN parties in the governing coalition may be numbered.

    ReplyDelete
  63. Saya harap bekas ketua menteri Tan sri Haris Saleh bertanding PRU13 dan menjadi Ketua Menteri Sabah ke 10. Kerajaan BERJAYA tetap berjaya.

    ReplyDelete
  64. KERAjaan BERJAYA tatap barjaya ,bah. Berjaya apa? Jual ic palsu je lah

    ReplyDelete
  65. MIC pasti akan terus bersama BN

    ReplyDelete
  66. Tindakan Anwar Tidak Konsisten, Kata Najib..

    Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan berdebat dengan blogger Raja Petra Kamaruddin di Kent, England adalah satu tindakan yang tidak konsisten.

    Najib berkata...

    ••>“nampaknya dia (Anwar) tidak sanggup (berdebat dengan Raja
    Petra).”

    ••> Kita mesti konsisten. Bila kita kata kita mengamalkan demokrasi dan kita bersifat terbuka, yang mana dia selalu salahkan kerajaan dengan mengatakan kerajaan (Barisan Nasional) tidak demokratik dan tidak terbuka.

    ••> Tetapi sebenarnya, kalau kita lihat dari segi tindakan mereka seperti tidak membenarkan sesetengah akhbar serta mengharamkan menghadiri persidangan akhbar mereka, apakah itu konsisten dengan apa yang diluahkan mereka selama ini

    ••> ***** Raja Petra mendakwa Anwar “chicken” (pengecut) setelah meminta penganjur “Forum WikiLeaks” untuk mengeluarkan nama Raja Petra dari senarai peserta forum itu yang berlangsung pada Sabtu di Kent, England.

    Najib berkata ini menunjukkan apa yang diperkatakan oleh Anwar, tidak sama dengan apa yang dilakukannya.

    “Lambat laun rakyat akan mempersoalkan perkara ini - Najib

    ReplyDelete
  67. PRU 12 Pembangkang menang separuh dari Parlimen di Semenanjung dan si Sabah & Sarawak majoriti BN walaupun masa itu Suara Rakyat Penyokong Pembangkang belum cukup terserlah. Tapi sekarang nampaknya seluruh Malaysia Suara Penyokong Pembangkang cukup Aktif dan terasa Bahangnya, menunjukkan Kali Ini Lebih Kuat. "Ini Kalilah"

    ReplyDelete
  68. Parti pembangkang tidak akan berjaya di Sabah.

    ReplyDelete
  69. Rasanya Parti pembangkang yang seharusnya merasa takut bahawa rakyat tidak akan menyokong mereka.

    ReplyDelete

  70. ibe March 1, 2013 at 5:19 PM....Parti pembangkang tidak akan berjaya di Sabah, hanya PATI saja yang berjaya.

    ReplyDelete
  71. oline March 1, 2013 at 5:21 PM...ko hanya cakap rasanya..tapi sebaliknya rakyat masih menyokongnya parti pembangkang..

    ReplyDelete
  72. Semmngnya perlu ada perubahan pimpinan politik di NSabah....kesilapan politik sabah adalah drpd kalangan pemimpin tempatan sabah..saya sokong pairin dr dulu tp skrg beliau hilang taring dah dganti dgn gading dhidung amcm,jeffery brpelajaran tp gila kuasa asyik mau menang sja,skrg mati2 brkempen tidak tau pihak bn ka atau pr tidak diketahui....dasar seorang perosak parti..kita harus sedar segala tindak tanduk beliau sebelum ini...jd bg saya rakyat skrg sdh amat bijak siapa harus diUNDI....

    ReplyDelete
  73. kalau la tiada prubahan d sabah,saya andaikn minda rakyat sabah masih dbelengu rasa takut/kolot,takut melakukn perubahan demi kepentingan/kemajuan yg mungkin lebih baik dr yg sebelumnya...klu tiada jg perubahan tukar lg...susah ka...?

    ReplyDelete
  74. Hidup OMNO !!! Are you ready for BN ???

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.