Sebanyak 70 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) di sini meninggalkan parti pembangkang itu untuk menyertai Umno selepas kecewa dan hilang kepercayaan terhadap parti tersebut.
Anggota Jawatankuasa SAPP Beaufort, Saidi Kasni yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang keahlian Umno kepada Ketua Wanita Umno Bahagian Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun dalam majlis silaturahim bersama pemimpin yang diadakan di Kg Binunuk di sini semalam.
Azizah yang mengalu-alukan penyertaan mereka berkata keputusan anggota SAPP meninggalkan parti itu dibuat kerana mereka kecewa dengan pucuk pimpinan parti berkenaan yang tidak menepati janji.
“Mereka tertarik dengan cara kerajaan Barisan Nasional (BN) menepati janji dan itulah yang menjadi kehendak mereka selama ini,” katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, Saidi yang menganggotai jawatankuasa SAPP Beaufort sejak 2008 berkata beliau dan anggota yang lain kini sudah hilang keyakinan terhadap parti itu.
Beliau mendakwa SAPP tidak pernah prihatin terhadap nasib rakyat sebaliknya hanya pandai menabur janji kosong.
“Janji hendak beri bantuan itu, bantuan ini tetapi akhirnya yang tampil menghulurkan bantuan kepada kami hanyalah BN,” katanya.
Sejurus selepas majlis itu, Azizah menghadiri program Skim Rondaan Sukarela (SRS) Dekat Di Hati Peringkat Daerah Beaufort yang berlangsung di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Lubak. — Bernama
Tuesday, February 26, 2013
70 anggota SAPP Beaufort keluar parti, sertai UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bukan keluar saja2 tau..mesti BAYAR. Yg pasti,kalau 1000 org nak keluar SAPP,keluar le. Apa masalahnya dgn PR?? SAPP tu parti anjing kurap je tak layak sebenarnya digelar PARTI POLITIK pun dan BN sanggup bayar dgn geng2 itu malah harga tak mahal pun. Mngkin sama mahal dgn KAMBING utk dibuat aqiqah,baik lagi kambing,boleh sembelih.
ReplyDelete**Raja Sulu'
BN PARTI TERBAIK --- Kurup
ReplyDeleteKENINGAU (Sabah, Malaysia): Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup menegaskan bahawa keperihatinan BN dan kasih sayangnya kepada rakyat sudah jelas terbukti.
Tiada parti sesuci perjuangan Barisan Nasional yang memansuhkan Internal Security Act (ISA) dan lain-lain Akta yang mempunyai implikasi menghadkan kebebasan bersuara adalah cukup telus dan mengamalkan dasar keterbukaan.
Katanya, “ semua lapisan masyarakat tidak kira agama dan budaya di negeri kita hari ini mendapat pembelaan dibawah konsep 1 Malaysia membuktikan bahawa kerajaan BN amat menyayangi rakyatnya”.
”Seperti program yang dilancarkan YAB Perdana Menteri bermula dari anak-anak kita yang kecil sehingga yang sudah bekerja dan juga yang telah bersara, semuanya mendapat Bantuan BRIM adalah untuk meringankan bebanan mereka”,jelasnya.
Selain itu, pelbagai lagi bantuan dan kemudahan yang telah diberikan kepada rakyat jelas menunjukkan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyatnya terutama sekali di kawasan pedalaman sabah ini telah banyak membawa perubahan kehidupan masyarakat di sini.
kebaikan kerajaan BN tidak ada tolok bandingnya, janji-janji seperti yang diperkatakan bukan sekadar percakapannya sahaja tetapi sekaligus melaksanakannya.
Disamping itu katanya, sifat hormat – menghormati sesama sendiri tanpa mengambil kira budaya dan agama masing-masing yang menjadi asas kebanggaan di negeri ini iaitu pembawaan yang diwarisi dari nenek moyang masih wujud jiwa mereka.
BN ingin memelihara perpaduan yang unik ini dan pada pendapat saya, salah satu cara untuk memelihara perpaduan ini ialah membantu pihak-pihak tertentu dari segi pemberian atau pembaikan kemudahan-kemudahan asas seperti rumah ibadat, pembinaan SMK Dalit dan di Zon Trus Madi”.
”Atas nama kebaikan serta kemurnian akan tujuan permintaan tersebut dalam perhimpunan Perwakilan PBRS ke 15 ini saya merayu agar perkara ini diambil perhatian dan pertimbangan dengan sewajarnya”, tambahnya.
Beliau berharap, semua parti-parti komponen BN akan bersatu hati, penuh tekad dan semangat menggerakkan jentera pilihanraya dengan penuh keyakinan dan strategi pada musim PRU-13 akan datang.
BN parti terbaik
ReplyDeleteo_o Kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti merupakan sebuah parti terbaik menerusi keupayaannya menunaikan segala janji tanpa mengira bangsa, agama mahu pun perbezaan fahaman politik di negara ini.
o_o berkata, rakyat tidak perlu ragu-ragu untuk meneruskan sokongan kepada BN, sekali pun pihak pembangkang berterusan cuba mengaburi mata masyarakat dengan pelbagai dakyah dan tohmahan yang tidak berasas sama sekali.
o_o BN tidak pernah mengabaikan tanggungjawab bahkan sentiasa berusaha memenuhi apa jua kehendak khususnya melibatkan kawasan luar bandar.
o_o Kerajaan sedang berusaha untuk mengotakan janjinya melalui pendekatan 'Janji Ditepati' sekali gus membuktikan bahawa keikhlasan BN dalam mendengar keluhan rakyat pelbagai kaum.
o_o Kebaikan BN ini tidak terkira dan pembangkang jangan pula memandai-mandai dengan bercakap itu dan ini seolah-olah kita tidak bekerja. Pembangkang inilah sebenarnya tidak kerja selain suka sangat
menjanjikan bulan dan bintang
o_o kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa membantu, merancang termasuk turun padang bagi mengenal pasti sebarang permasalahan rakyat terutamanya di peringkat akar umbi.
o_o Musa Aman
Yang bagi rezeki Allah s.w.t bukannya bn
DeleteBiasalah budaya lompat parti ini.
ReplyDeleteAnything could happen when PRU is around the corner.
ReplyDeleteBeliau mendakwa SAPP tidak pernah prihatin terhadap nasib rakyat sebaliknya hanya pandai menabur janji kosong.
ReplyDeleteDah lar keluar parti, tidak perlu memburukkan parti sebelumnya.
Ada juga yang keluar dari UMNo dan sertai pembangkang. Tiada apa yang mengejutkannya.
ReplyDeleteSAPP menghadapi cabaran juga di PRu akan datang. Mungkin banyak rakyat yang kehilangan yakin dengannya.
ReplyDeletePakatan pembangkang tidak mampu mentadbir Sabah dengan baik kerana tiada kesepakatan antara parti politik dalam gabungan itu, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
ReplyDeleteBeliau berkata, perkara itu terbukti apabila Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini dilihat gagal mencapai kata sepakat dalam perkara sebagai pembangkang di Sabah sekali gus menunjukkan mereka tidak boleh dipercayai untuk memegang tampuk pemerintahan.
ReplyDelete“Oleh itu rakyat perlu membuat penilaian yang betul terhadap segala usaha dan pendekatan kerajaan Barisan Nasional (BN).
ReplyDelete“Hanya kerajaan BN mampu membela dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat berdasarkan pengalaman melaksanakan pelbagai program tranfsformasi,” katanya pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) di sini hari ini.
ReplyDeleteBeliau yang juga Presiden PBS berkata ini, pakatan pembangkang berbeza dengan BN yang lebih menumpu perhatian terhadap keperluan untuk berkhidmat dan memberi yang terbaik kepada rakyat.
ReplyDeleteBerita yang baik dan sememangnya patut kita sokong. Nampaknya SAPP semakin bermasalah.
ReplyDeleteSaya dengar bukan saja ahli SAPP di beaufort yang keluar parti tapi dari PKR pun sama. Apa sudah jadi dengan Pembangkang sekarang ini?
ReplyDeleteAlasan yang saya dengar daripada dua parti ini adalah sebab hilang kepercayaan dengan pucuk kepimpinan. Semua ini berpunca daripada orang atasan sendiri nampaknya.
ReplyDeleteAhli SAPP yang keluar itu menyatakan yang mana tidak lagi menyokong parti tersebut kerana parti SAPP tidak menepati janji mereka kepada ahli-ahli yang lain. UMNO juga pilihan mereka sekarang ini.
ReplyDeletePada masa yang sama juga pemimpin SAPP sendiri tidak pandai menguruskan ahli dan parti itu dengan baik. Kasihan bukan kalau macam ini.
ReplyDeleteItulah punca perkara ini berlaku kepada SAPP. apapun yang pasti sekarang ini sokongan kepada UMNO semakin bertambah. Bertambah dan terus bertambah.
ReplyDeleteBeaufort pasti akan menjadi milik BN pada PRU13 walaupun Lajim datang bertanding. Kerana BN tetap telah buat yang terbaik.
ReplyDeleteIni kerana apa yang kita tahu Lajim pun menang pada PRU12 dahulu atas kerusi BN. Jadi tidak bermakna Lajim keluar sokongan akan jatuh kepada BN. Tidak perlulah Lajim bermimpi lagi.
ReplyDeleteBuktikan kepada rakyat yang mana kerajaan BN adalah kerajaan yang perlu dipilih untuk menerajui negeri Sabah ini.
ReplyDeleteLagi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) keluar parti di Beaufort. Semua ini berpunca daripada kekecewaan dan hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Anwar juga tidak tahu mengurus ahlinya menyebabkan ahli keluar parti.
ReplyDeleteSikap Anwar Ibrahim juga adalah punca ahli PKR Beaufort keluar parti dan menyertai UMNO. Teruskan Anwar..Pasti PKR akan terkubur..
ReplyDeleteHari2 org kuat UMNO keluar parti itu dan join parti PAS/PKR diseluruh negara TAPi pncacai UMNgok masih dok ingat org PAS/PKR yg keluar parti. Kah kah kahh sedih aku dgn pncacsai Umngok ni. Orang bilang BODO masih.
ReplyDeletePR sendiri sangat yakin mereka tidak memerlukan SAPP untuk mengalahkan BN di Sabah, negeri yang dianggap penting untuk merealisasikan impian mereka untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya 2013.
ReplyDeleteBarisan pembangkang di Sabah amat sesak, dengan tiga parti PR DAP, PKR dan PAS, sekutu baru APS dan PPPS, dan dua parti pembangkang lain SAPP dan Parti Pembaharuan Negeri (STAR) yang di pimpin oleh ahli politik veteran, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
ReplyDeleteSemua tujuh pergerakan politik sebelum ini mahu bersatu menentang BN tetapi kegagalan pengagihan kerusi menyebabkan pilihan raya akan datang mungkin akan menyaksikan pertandingan tiga atau empat penjuru melawan BN.
ReplyDeleteKeengganan SAPP untuk mengalah dari permintaan yang “tamak” untuk bertanding sekurang-kurangnya lebih separuh darpada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyebabkan rundingan kerusi mereka dengan PR mengalami kebuntuan.
ReplyDeleteSAPP juga dipanggil sebagai “anggur masam” kerana memulakan peperangan mulut terhadap dirinya dan seorang lagi sekutu baru PR Sabah, Ketua PPPS Datuk Seri Lajim Ukin, selepas menyedari permintaan kerusi parti mereka akan ditolak.
ReplyDeleteKetua SAPP Datuk Yong Teck Lee menyamakan Lajim dan Bumburing sebagai kerbau yang dicucuk hidung, mengatakan kedua-duanya terpaksa tunduk kepada pemimpin-pemimpin PR di Semenanjung untuk melobi kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.
ReplyDeleteYong bekas ketua menteri Sabah yang agenda partinya hanya untuk mempertahankan Sabah ditangan parti berasaskan Sabah, tidak pernah berminat dengan perjuangan pembangkang.
ReplyDeleteBeliau hanya mahu menyertai perjuangan dengan cara ini kerana mahu menjadi ketua menteri sekali lagi ... ia hanya kepentingan peribadi beliau. Jadi beliau begitu terdesak untuk mempunyai cara beliau ... ini adalah peluang peluang terakhir untuk beliau menjadi ketua menteri lagi-Bumburing
ReplyDeleteTetapi lihatlah, walaupun dalam sejarah politik Sabah, tidak pernah ada pertembungan satu lawan satu. Tetapi rakyat Sabah sentiasa mengundi untuk kedua-dua pihak utama dalam pertempuran.
ReplyDeleteSAPP dan STAR hanya bermain politik di celah-celah ... mereka akan kekal hilang di tengah-tengah
ReplyDeleteTan Sri Muhyiddin Yassin yakin Sabah kekal sebagai negeri Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang. BN Sabah kini siap siaga untuk menghadapi PRU-13 dan sudah memperbaharui tekad untuk mengulangi kemenangan cemerlang pilihan raya umum pada 2008 yang menyaksikan BN hampir menyapu bersih 60 kerusi negeri dan 25 kerusi Parlimen dan hanya kalah kepada DAP bagi kerusi negeri Sri Tanjung dan kerusi Parlimen Kota Kinabalu.
ReplyDeleteSaya yakin bahawa dari segi persiapan, semua sudah bersedia sampai ke peringkat jentera BN yang nak mengelolakan pilihan raya di setiap kawasan. seluruh Sabah dari segi sikap pengundi, majoriti pemilih di peringkat bahagian di Sabah masih lagi cenderung menyokong BN.
ReplyDeleteLautan biru di Sabah pasti akan memberi kemenangan kepada BN
ReplyDeleteparti komponen BN Sabah, khususnya kerusi BN yang diperuntukkan kepada Parti Maju Sabah (SAPP) sebelum parti tersebut meninggalkan BN, Muhyiddin berkata, perkara itu akan diputuskan tidak lama lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi BN.
ReplyDeletetempoh beberapa minggu akan datang ini amat penting kepada BN untuk memperkukuhkan lagi kedudukan di setiap kawasan. perhatian juga akan diberikan kepada kelompok pengundi tertentu seperti pengundi muda dan pengundi kali pertama. hubungan baik di kalangan parti-parti komponen BN Sabah yang menjadi kekuatan barisan gabungan parti terbabit.
ReplyDeleteBerbanding parti pembangkang, mereka masih dalam keadaan bercelaru. Kita tahu isu dan masalah dalam kalangan mereka adalah banyak. Jadi itu adalah satu kekuatan BN yang kita akan pertahankan
ReplyDeleteTimbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan pakatan pembangkang sebagai parti "Touch and Go" yang tidak mempunyai dasar jelas untuk mentadbir dan mengubah negara.
ReplyDeleteBeliau menggesa rakyat supaya tidak terpedaya dengan helah pembangkang, Salleh berkata, pendekatan pembangkang hanya mencipta dan memainkan isu dengan harapan memenangi hati dan minda rakyat.
ReplyDeletePakatan tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah, objektif mereka hanya untuk membentuk kerajaan dan akan bergaduh sesama mereka.
ReplyDeleteIni sudah dibuktikan di negeri yang mereka tadbir termasuk di Selangor dan Pulau Pinang
ReplyDeletePakatan parti pembangkang itu tidak akan bertahan kerana pakatan mereka berdasarkan 'marriage of covenience' atau kesenangan bersama.
ReplyDeletetanda perpecahan dalam pakatan semakin ketara dengan isu terbaru membabitkan cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika mereka menang Pilihan Raya Umum ke-13, itu hanya peringkat permulaan.
ReplyDeleteSaranan itu disuarakan seorang perwakilan PAS pada muktamar tahunan parti bulan lalu, namun perkara berkenaan disanggah pemimpin pembangkang lain termasuk Lim Guan Eng, yang dilapor berkata DAP berpegang kepada konsensus sebelum ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik Perdana Menteri jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.
ReplyDeletejelas perebutan dalaman sudah menjadi budaya pakatan pembangkang kerana mereka "berkawan" untuk mengaburi mata rakyat dalam usaha mahu memerintah negara.
ReplyDeleteSemua ini berbeza dengan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempunyai dasar dan arah yang jelas.
ReplyDeleteBN bersedia membuat keputusan yang sukar demi negara. BN parti yang bertanggungjawab dan mahu maju ke depan serta mengubah negara. BN mahu menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan dan ekonomi untuk rakyat
ReplyDeletekerajaan serius dalam memperjuangkan rakyat, justeru masyarakat terutama penduduk Sabah harus memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada BN pada pilihan raya umum akan datang
ReplyDeleteBN dah banyak tanda2 nazak ( nak mampus ). ayuh kita kuatkn usaha sampingan bg mnumbangkn BN dr alam maya ini. JOM !!
ReplyDeletemakin ramai keluar SAPP
ReplyDeleteSAPP makin lemah dan takkn ada peluang nak menang
ReplyDeleteMusa dah tak AMAN lagi!! Ayuh bangun Sabahan. Lenyapkn PATI yg jadiu warga negara/rakyat Sabah secara otomatik yg mana banyak mngikis peluang2 rakyat tempatan sebenarnya.
ReplyDeleteAku dengar komen Datuk azizah Md Dun dlm BICARA RAKYAT melalui TV1 bulan Jan 2013 yg dipancarkn dr Beaufort, aduh malu weiii. Tiada hujah bernas utk mmpromosikn BN pd rakyat selain terjahan kosong pd PR. Dibilang2 nya projek jlnraya,jambatan ,air,letrik dn sebagainya hasil usaha BN kpd rakyat. Bodoh punya Ketua Wanita UMNgok Beaufort, itu dah memang kerja kerajaan. Sapa yg jadi kerajaan,itu le tugasnya. PAS yg perintah Kelantan nun,jlnraya sentiasa dijaga. Bukan kata setelah PAS naik,mereka korek buang jlnraya tu, mereka sekat bekalan air...TIDAK. Leps tu MP Sipitang serta SU PBRS mana sorang lagi tu. Hujah dr ketiga2 penal,mcm celaka...kosonggg kosongg !!
ReplyDelete**Raja Sulu'
Mengapa Keluar? *Peruntukan RM5.8 billion dalam bidang pertanian bukan untuk Perdana Menteri atau Menteri tetapi bagi pesawah, pekebun dan lain-lain.
ReplyDeleteBegitu juga subsidi serta insentif untuk padi, adakah petani beratus ribu orang dianggap kroni PM atau kerajaan BN? Ini dinilai & difahami bahawa pentadbiran Najib amat menyayangi rakyatnya.
*PR - Fitnah Menjadi-Jadi..Belanjawan Berbahaya.. Tidak Realistik..
Wal fitnatu asyaddu minal khotr.... Jgn kita barsama Umngok dlm mnyebar fitnah celaka,kelak kamu disambar api neraka.
ReplyDelete