Sunday, February 24, 2013

Terima BR1M Umpama Haiwan?

Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar).

Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.

"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.

"Umpama bagi makan, lepas tu sembelih.

"Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.

Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"

Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan.

Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh."

Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media.

"Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni.

"Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu? "Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu.

Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata,

"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.

"Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.

"Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).

"Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.




76 comments:
Write comments
  1. nik aziz kata ORANG YANG MEMBERI BRIM ITU LAH YANG MENJADIKAN PENERIMA NYA MCM HAIWAN/BUKAN PENERIMA BRIM ITU SEPERTI HAIWAN /DUA AYAT YANG BERBEZA/FIKIR FIKIR KAN LAH/LAWAT LAH MANA MANA JUGA TEMPAT PEMBERIAN BRIM TERSEBUT MCM BELACAN BERBARIS PANJANG DARI PAGI SAMPAI PETANG HANYA NAK DAPAT 500 SAHAJA KASIHAN LAH PADA RAKYAT SUBAHANALLAH

    ReplyDelete
  2. setiap kali ada program pas punggut duit rakyat apa plk ceta tu? ......

    ReplyDelete
  3. Memang betul la kata Nik Aziz tu, kerajaan UMNO beri bantuan kepada rakyat seperti memberi hampas atau makanan kepada haiwan. Rendahnya martabat rakyat di bawah kerajaan korup UMNO(BN)..In Sya Allah bila PR memerintah nanti rakyat tidak perlu lagi berbaris, berasak-asak dan berebut-rebut utk menerima bantuan mcm haiwan. Sebaliknya bantuan tunai terus disalur masuk akaun bank rakyat..

    ReplyDelete
  4. Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.

    "Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.

    "Umpama bagi makan, lepas tu sembelih.

    "Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," ..

    ReplyDelete
  5. Tapi ayat yg TG Nik Aziz cakapkn tu tak dpt difahami oleh barua2 UMngok dan itu masalah sebenar yg mnambahkan lagi kekusutn. Kalau barua2 tu tolong perjelaskn mana yg tak dfahami oleh kebanyakn org, senang cerita dan takkan ada kekalutan lagi. Nik Aziz tak kata 'haiwan' pd penerima cuma mnganggap tindakan PM tabur BR1M tu sama dgn tindakan kita beri makan ayam( haiwan le tu ) yg mana kita tabur beras/dedak utk panggil ayam dtg. Kan konsep sama dgn BR1M tu. Penerima tu bukan haiwan,itu maksud Nik Aziz.

    ReplyDelete
  6. Dah kerja penyokong parti syaitan,nak buat camne!!!

    ReplyDelete
  7. NAMPAKNYA ISU INI SENTIASA DIBAIKI OLEH PANGANUT2 PAS. SBLUM INI ISU AZAN, NIK AZIZ DISELAMATKAN OLEH PENGANUT2 PAS! KMUDIAN ISU ALLAH BERSIFAT MANUSIA, NIK AZIZ DISELAMATKAN OLEH PENGANUT2 PAS! PASTU, ISU NABI MUHAMMAD HANYA ORANG BIASA DARI KECIL, NIK AZIZ DISELAMATKAN OLEH PENGANUT2 PAS! ISU ALLAH BAGI SEMUA TUHAN2.. NIK AZIZ DISELAMATKAN LAGI OLEH PENGANUT2 PAS!..DIA SELAMBA AJE, PENGIKUT2 SIBUK MEMBETULKAN DIA.


    TAPI, SI KURANG AJAR NI NDAK PERNAH MENYESAL DENGAN KEMERAPUANNYA COZ MAQAM DIA DAH SEUMPAMA NABI..DIA SEMAYANG PUN MENGADAP GAMBAR/ FOTONYA YANG SEDANG MENANGIS. DIA KATA APA PUN, SEMUA BETUL & SUCI. HARUN DIN PUN TAKUT! HAA.. INGAT PERJUANGANNYA – HANYA DIA MAMPU DAKWAH ORANG2 DAP. BN DIDAKWA BODOH, PUAK2 PR AJE YANG PANDAI. ISLAM JADI ROSAK DENGAN ULAMA TAK SEKOLAH DI MALAYSIA MACAM NI. BAGI ANAK BINI MAKAN DUIT LUMAYAN YG HARAM!!!


    INILA MAHAGURUMU N AJIS NIK MAT. PENIPU, PEMUTAR ALAM, PEMAKAN DUIT HARAM!! *RAKYAT YANG KAU PANDANG RENDAH INILAH YG SEBELUM INI MENGUNDI KAU & PAS, BANGANGG

    ReplyDelete
  8. Ye la dahulu zaman pm dulu2, zaman pm mahathir zaman pm pak lah, mana ada brim brim ni... ini bermakna brim hanya untuk undi krn umnongok dah tak kuat macam dulu.. dulu2 kuat pun bukan sebab apa, dulu2 rakyat hanya bermediakan tv radio dan utusan meloya aje, sekarang semuanya kejahatan umnongok telah diketahui oleh rakyat bawahan krn ada media internet.. ini kalilah mmg mampos umnongok.

    ReplyDelete
  9. Klu tak belit,tak tipu,tak fitnah,itu bukan umno namanya,klu sebut je umno=belit+tipu+fitnah, baru umno lengkap.

    ReplyDelete
  10. pado abe, adik kakok ye terimo BR1M?

    KALAU NAK PANGGIL LEMBU, KITA BUBUH JERAMI.
    TAPI KALAU NAK BERI ISLAM, KITA NAK PANGGIL AYAM, CAKAP NAK CERAMAH. MANA AYAM DATANG?
    NAK PANGGIL LEMBU, MANA DATANG?

    psst..kasarnya bahasa tuan gurumu..

    ReplyDelete
  11. pado abe, adik kakok ye terimo BR1M

    `KALAU NAK PANGGIL LEMBU, KITA BUBUH JERAMI.
    TAPI KALAU NAK BERI ISLAM, KITA NAK PANGGIL AYAM, CAKAP NAK CERAMAH. MANA AYAM DATANG?
    NAK PANGGIL LEMBU, MANA DATANG?`

    psst..kasarnya bahasa tuan gurumu..moga HIDAYAH Allah datang kepada kita semua

    ReplyDelete
  12. bahasa tuan guru ni agak kasar. mungkin tertekan, kan? sama2 lah kita doa ini `miming` dari pihak yang tidak bertanggungjawap kepada seorang ulama besar. tapi.. tak payah letak tanda baca ( ) ni, lah

    kadang2 tuan guru sebut lain, tapi disuarakan dalam youtube lain...

    ReplyDelete
  13. mengata ulama besar yg hanya berzikir membesarkan Allah, memuliakan nabi kita - Nabi Muhammad s.a.w, mulut yang sentiasa mengaji tak pernah terniat begitu. ini adalah satu perbuatan yang keji! Nik Aziz didakwa PM mencela & menjatuhkan maruah orang lain? beliau seorang ulama. mana mungkin mengata sedemikian.

    tidak ku percaya Nik Aziz bercakap sedemikian! ini adalah fitnah dari UMNO BN agar ulama besar yang tak tahu apa-apa ini dijatuhkan. youtube berdosa kerana melahirkan suara ulama besar kami menganalogi penerima BR1M sebagai lembu pula.

    yang lembu / ayam itu adalah binatang. penerima BR1M adalah manusia yang berakal. oleh itu, Nih Aziz telah ditukarkan suaranya oleh youtube & berlakulah fitnah.

    kafir bagi sesiapa mengata ulama kami!


    *putri kelantan

    ReplyDelete
  14. "JADI KALAU KITA BERI BARANG KEPADA ORANG (penyokong PAS), BERI RM10, RM50! "INI BUKAN CARA ISLAM (bukan cara PAS, kerana duit2 pencen lumayan YB mereka adalah untuk tembolok adun / EXCO / ahli parlimen PAS shj).


    ISLAM (PAS) IALAH BERI ILMU (fitnah, suu dzon & gagal beri peluang kerja) KEPADA MANUSIA (kemudian doakan kemusnahan orang, tipu Tuhan sikit bhawa mereka yg didoakan tersebut mengarut pada Islam/ PAS, so, Tuhan pun terimalah doa ulama PAS)"


    *SIAPA TOLAK HUDUD (ala PAS ini) , NERAKA.....kan?? **Hadi - menurut fahaman PAS, yang bukan Islam jgn risau coz hanya pesalah beragama Islam yang akan dikenakan tindakan! pesalah BUKAN Islam mungkin hanya dipenjara sahaja..mmm, inilah dakwah PAS pada DAP sekarang. dengarnya semua pemimpin DAP (rata2nya PEGUAM) geleng kepala & gelak dengan cara terhebat ini.


    Nik Aziz kata SIAPA TOLAK HUDUD (ala PAS ini) , LEMBU! so, penganut2 PAS berani lawan hujahan gedebe mahagurumu???!!

    ReplyDelete
  15. sepatutt nya kalau kerajaan perihatin/apa lah salah nya jika bezakan penerima itu adalah warga emas atau yang sakit tkn berbaris juga kan elok buat cara yang lebih berhemah dan senang/lain lah kalau penerima itu bukan warga emas tak apalah berbaris satu hari pun tak kesah.kerajaan tak kasihan kah macik pacik yang datang dari jauh atau pulau hanya kerana 500/mana slogan RAKYAT DI DAHULUKAN/SUDAH LAH BERBARIS PANJANG DI SURUH ANGKAT SUMPAH PLAK SUPAYA UNDI BN/RAKYAT PUN FAHAM SEPERTI ORANG BERBUDI KITA BERRBAHASA UNDI RAHSIA

    ReplyDelete
  16. hoi Anonymous February 24, 2013 at 5:40 PM, apa yang kau merepek ni, lembu??!!

    ulama besar yg hanya berzikir membesarkan Allah? punyalah hebat Allah Nik Aziz ni sampai semua Tuhan direkomennya Allah dlm satu majlis PR baru2 ni.

    memuliakan nabi kita - Nabi Muhammad s.a.w? mana faktanya??? siapa yg soh jangan sambut maulidurrasul walau terima peruntukan pusat? ditambah lagi, duit oeruntukan tu guna cuci tandas aje! Nabi Muhammad didakwa lahir pun biasa (sdgkan baginda disunat, tangannya menggenggam, bersujud, *remaja - ada tanda2 Nabi, awan melindungi, *dewasa - keuntungan demi keuntungan berniaga, ummi tapi amat dipercayai..terpelihara dari dosa)


    mulut yang sentiasa mengaji tak pernah terniat begitu?? kau tau ker mulutnya macam gampang! jenis xde lesen?.

    Nik Aziz didakwa mencela & menjatuhkan maruah orang lain? memang perangai ULAR MAMA kau macam ni! sentiasa memandang rendah dgn kemampuan orang lain! suu zon! Allah pun didakwa suka mencarut!!!

    beliau seorang ulama? dia nih ULAR MAMA!! cakap berbelit-belit! merapu2 hingga pengikut yang bercakap bagi pihaknya bila dia salah!! mengaku pewaris nabi, konon! dengan ulama pun bermusuh. Nasha pun diusirnya. tok2 guru pondok yang risau dengan tindakannya dah memang ada terutama di Kelantan! Serambi Mekah ni, memang zon Islam. jika mana2 calon mau berkuasa pun, mesti tunjukkan ciri2 berakhlak. Serambi Mekah bukan milik PAS. TUNGGUU

    ReplyDelete
  17. Sewajarnya kerajaan turunkan sahaja harga minyak sebanyak RM1.20. Jumlah ini lebih baik daripada BRIM RM500.

    ReplyDelete
  18. begitu la orang-orang umno klu sudah sakit hati, kerana BN juga yg mengajar iman menjadi lemah, nabi dipersendahkan mereka Lupa pula,, menghina islam yg mereka anuti sanggup Memaki hamun ulama,, sedangkan solat orang-orang umno hanya la parttime bukan fulltime itula durang ni cepat memanas,,, Sudan biasa makan-makanan yang nda halal bah,, itula Cepat melenting,, orang-orang umno yg ada Di sini sebagai pengomen di treat ni umpama anjing yg sedang kelaparan bah....


    BAYUMURNI........

    ReplyDelete
  19. Nik Aziz kata tindakan PM tabur duit mcm kita tabur beras panggil ayam dtg ibarat bela haiwan. Nak panggil kena tabur umpan. Tindakan UMNO tak ubah spt bela haiwan le, bukan penerima tu yg haiwan. Minta Najib dtg ke Kelantan utk ngajar ugama/kitab. No problem,kami semua akanhadir mndengar. Amacam,boleh??? Itu lah,penyokong parti syaitan, tak kenal mana ulama dan mana bapak syaitan. Malah bg perncacai UMNO, tok guru yg mngajar agama dr muda sampai tua,itu le yg dicerca tapi kalau bapak syaitan dr muda hngga tua mnyesatkn rakyat,itu le yg dipuji.

    **888

    ReplyDelete
  20. Anonymous February 24, 2013 at 9:54 PM


    maaf, ye?!! nampaknya anta bersifat suu dzon. Ana ni orang UMNO. Datuk Ana UMNO, Bapa Ana UMNO. Ibu Ana ustazah & UMNO. Beradik Ana - semuanya lulusan Timur Tengah & UMNO. Ana ustaz yang biasa2. juga berpendidikan di Timur Tengah. Ana hanya berdiam tetapi aqidah Nik Abdul Aziz dan sebahagian peminpin& ahli PAS banyak menyimpang & perlu diperbetulkan.


    setakat ini pemimpin-pemimpin BN bersolat, berpuasa, menepati janji, dll. inipun sudah ISLAMIK jika kita menunaikan rukun bernegara (hubbul watan minal iman). Tapi mengapa keterlaluan, diajak rakyat / pengundi berdendam & negatif dengan segala yang dibuat oleh umarak. masya Allah.. inikah wajah rakyat Malaysia 2013? berdendam, khawarij, subahat dengan Syiah sedangkan Suriah (Syiah) masih berterusan menghapuskan rakyatnya sdiri di kalangan ahlus sunnah. di mana kita? masih mengutamakan pertelagahan? tiada bermuzakarah? terlalu mengutamakan dendam?

    *dari Nabi Muhammad s.a.w - di akhir zaman nanti, menjelang Qiamat .. orang fiqh (ulama) pada zaman itu akan menjadi sejahat-jahat manusia (gelagat, pendapat, fatwa)!! Ia timbulkan fitnah dalam masyarakat. Tetapi fitnah itu akan berbalik kepada mereka sendiri (dari hadis riwayat Ibnu Umar & Imam al Hakim melalui Kitab Tarikh Maisabur). Saya silent tapi berfikir & mencatat


    ** h.a.m. h. b

    ReplyDelete
  21. Dengan pemberian BRIM dri kerajaan BN/UMNO.....rakyat seakan-akan pengemis bila beratur-atur unk mendapatkan wang 500.0. kadang2 kasihan bila kita melihat suasana seperti ini bila mana masyarakat kita d lakukan seperti haiwan.

    ReplyDelete
  22. Kenapa ada pembangkang?Pertama kerana mahu kuasa. Kedua kerana adanya pembahagian yang tidak adil. Ketiga kerana ketamakkan.

    ReplyDelete
  23. Khazanah negara yang dikuras, pendapatan negara melalui berbagai bentuk percukaian diurus sepihak, sehingga ada yang merasa terpinggir. Penumpukan rasa tidak puas dan pembahagian juga sepihak, maka timbullah penentangan dan diwujudkan melalui parti yang tidak sealiran dengan kerajaan, dan disebutlah pembangkang.

    ReplyDelete
  24. Sebenarnya, mereka yang tidak sealiran dengan kerajaan ini, adalah mereka-mereka yang senantiasa terpinggir daripada arus pembangunan negara, dalam semua bidang terutama yang berkaitan dengan projek yang diberi peruntukan oleh negara.

    ReplyDelete
  25. Siapa yang tidak menentang, daripada 100, sepihak dapat 99, manakala sepihak lagi hanya dapat 1. Demikian juga, dalam pengagihan jawatan-jawatan, satu etnik majoriti, satu etnik lagi minoriti, malah ada yang kosong.

    ReplyDelete
  26. Siapa yang tidak menentang, jika sipulan dan sipulan yang sebenarnya mempunyai taraf yang sama, apabila memohon projek kerajaan, sepihak hanya diberi yang kecil-kecil, manakala sepihak lagi yang besar-besar.

    ReplyDelete
  27. Siapa yang tidak menentang, jika hanya sepihak yang memulun, manakala sepihak senantiasa kelaparan, mesikipun telah mencuba dan mencuba mencari peluang.

    ReplyDelete
  28. Siapa yang tidak menentang, berpuluh tahun berusaha dengan membanting tulang, hanya mampu membeli kereta kancil, namun ada pihak hanya lima tahun menjadi wakil rakyat bisa memiliki segala-galanya, semudah membalikkan coin.

    ReplyDelete
  29. Siapa yang tidak menentang, apabila saban hari hanya makan mee maggi, manakala yang lain menikamti lobster, makanan mewah, bersarapan paling rendah dengan american breakfast.

    ReplyDelete
  30. Siapa yang tidak menentang, bertahun-tahun menyokong, namun sokongan tinggal sokongan, hanya dianggap sebagai ayam, apabila diperlukan dihambur dengan dedak atau hampas kelapa, apabila dekat pilihanraya, didodoi, untuk menghilang rasa kesumat bertahun tahun dengan berbagai harapan.

    ReplyDelete
  31. Manusia sedaif pun, suatu hari akan tersedar juga. Atas sebab itu, timbulnya penentangan. Apabila gelombang penentangan semakin kuat, baru lah ada kesedaran daripada yang memerintah, dan mencuba memberikan apa sahaja, demi menggamit kembali sokongan.

    ReplyDelete
  32. Sifat manusia, untuk memberi peluang kali kedua, namun apa kah sifat-sifat yang memberi peluang ke dua itu akan lebih ramai berbanding dengan putus tali dalam menyokong semula?

    ReplyDelete
  33. Pemimpin Sabah sangat beruntung, kerana berlakunya berberapa kali pertukaran kerajaan. Atas sebab itu, pendekatan pemimpin Sabah agak berlainan dengan pendekatan mereka yang di Semenanjung.

    ReplyDelete
  34. Pendekatan pemimpin Sabah, justeru mengarah kepada pembangunan rakyat secara umumnya, menjadikan rakyat gembira, seiring dengan kegembiraan yang memimpin. Atas sebab itu, menurut lapuran EPU, kadar kemiskinan Sabah menurun dengan drastik daripada 19.7 peratus pada tahun 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu.

    ReplyDelete
  35. Demi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat, kerajaan Sabah saban tahun membentangkan bajet yang terus menerus meningkat, sehingga saban tahun mengemukakan bajet yang senantiasa mencipta rekod.

    ReplyDelete
  36. Atas sebab itu, sukar bagi membangkang yang datang untuk mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka. Manakala, pembangkang dalam negeri pula, bukannya tidak mendapat pebahagian yang sama rata, akan tetapi bersifat tamak, mahu membolot kesemuanya untuk keuntungan diri sendiri.

    ReplyDelete
  37. Kepimpinan Musa Aman, lebih suka kehilangan para pemimpin seumpama ini, berbanding kehilangan rakyat yang perlu dibela. Atas sebab itu, pemimpin seperti Yong Teck Lee, Lajim Ukin, Yahya Lampong, Welfred Bumburing dibiarkan pergi, tanpa pujukan, kerana kehadiran mereka dalam pemerintahann lebih banyak mudaratnya berbanding kebaikan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  38. Kerajaan pusat, melalui kepimpinan Najib nampaknya telah berubah total, atas sebab itu transformasi jangka panjangnya adalah untuk memajukan rakyat seiring dengan kemajuan negara.

    ReplyDelete
  39. Pembangkang terperangkap dengan pendekatan yang dilakukan Najib, kerana dakwaan yan mengatakan pembahagian tidak adil, cuba diselaraskan, dan kini dinikmati oleh rakyat, seperti pemberian BR1M, KR1M, Pusat kesihatan 1Malaysia, dan berbagai produk 1Malaysia lagi, demi rakyat jelata.

    ReplyDelete
  40. Kerajaan juga sebenarnya berterima kasih kepada mereka yang menentang, kerana sifat terbuai dan tertidur selama ini, akhirnya disesedari. Kerajaan memperbetulkan kesilapan lalu, sehingga Najib berulang kali meminta maaf.

    ReplyDelete
  41. Menyedari kesilapan dan sanggup membentulkannya, lebif afdal berbanding dengan yang mencuba-cuba. Kerana mereka yang mencuba-cuba akan melalui proses yang sama, kerana kejadian trail and error akan senantiasa berlaku.

    ReplyDelete
  42. pm najib tarbuka & minta menteri menterinya proaktif dangan komen pambangkang supaya tiada penyalahgunaan kuasa bah..

    aku sakuarga memang dacing!

    ReplyDelete
  43. Nabi Muhammad s.a.w - di akhir zaman nanti, menjelang Qiamat .. orang fiqih (ulama) pada zaman itu akan menjadi sejahat-jahat manusia (perilaku, pendapat, fatwa)!! Ia timbulkan fitnah dalam masyarakat. Tetapi fitnah itu akan berbalik kepada mereka sendiri (dari hadis riwayat Ibn Umar & Imam al Hakim melalui Kitab Torih Maisabur).

    Sikap Pas lebih teruk dari KAFIR. Antara yg aku pula teliti & catat ialah :

    Bermusuh dengan siapa yg mengkritik (Ust Nasha, Hasan Ali, Zainon Ismail, Dr. M, Mufti2, Guru2 Pondok / Madrasah )

    Berdendam(UMNO, usaha Kerajaan, galak suu dzan, dll)

    Merapu2 (mengkafirkan BN, Memisahkan Pengikut dengan Isteri yg Bukan menyokong PAS, ADUN yg sokong kerajaan BN akan jatuh TAKLIK),

    mencela & menjatuhkan maruah orang lain (ulama terompah, pandang hina pd penerima BR1M,)

    suu dzan (akan kritik & cemuh apa2 usaha kerajaan BN, ajak rakyat tak bersyukur & dendam,

    baran terhadap mana2 mufti yang risau & tegur)

    Mencerca Nabi Muhammad s.a.w - jangan sambut maulidurrasul walau terima peruntukan pusat. duit peruntukan tu guna cuci tandas aje! Nabi Muhammad didakwa lahir pun biasa (sdgkan namanya wujud di syurga lagi, baginda bersunat, bersujud, *remaja - ada tanda2 Nabi, awan melindungi)

    Mendakwa Allah pun mencarut. selain itu sifat memanusiakan Allah harus ditarik balik, Allah bukan kawan sesetengah pemimpin PAS!

    Mendakwa Ulama (supaya ahli2 PAS pandang tinggi) tpi hancuss!

    beranikah ahli2 PAS bersifat seperti C.N Al-Afghani / Nasha (dibuang dari PAS)beristighfar & menegur ulama mereka ini makin bersifat bongkak & bacul?? Kerana sifat ahli2 PAS inilah ulama ahli2 PAS ini merapu2 & memang baran bila ditegur. semuanya kerana sifat ahli2 PAS!!

    so, jangan datang ceramah2 merapunya! jangan berdoa memburukkan orang lain (Nabi Muhammad pun x suka). jangan undi lagi PAS/ PR. cukup2 lah..


    ReplyDelete
  44. In a Parliament reply it stated that the program on giving out the BR1M signified the strong economy and good management of the country financial status.

    ReplyDelete
  45. It further said that the government always ensures that revenue received will balance the expenditure and at the same time benefits the people.

    ReplyDelete
  46. For Sabah, there was 477,200 applicants, and only 408,927 or 85.7% was approved and the total amount given out was RM204,466,500. As for Sarawak, the applicant was 561,743 and 463,237 (82.5%) was approved. The total amount given out was RM231,618,500.

    ReplyDelete
  47. No doubt this BR1M is good news for the people, as it can help reduce their burden.

    ReplyDelete
  48. In Sabah, we are the fifth high on the approval list during the last round of BR1M distribution. This is with Selangor 530,977 person, Johor 466,367, Sarawak 463,237, Perak 429,231, and for Sabah it was 408,927. FT Labuan has 11,608 person who received the BR1M.

    ReplyDelete
  49. Dacing..dacing..dacing!!! Najib memang best! terbuka dengan kritikan. amaran pada mentri agar jangan terleka & korup bila media pembangkang Najib izinkan terus bersuara.

    ReplyDelete
  50. manah pegi DUIT AMANAH RAKYAT SABAH WAHAI DATUK MUSA BOLEH JELASKAN KAH.KATA RAKYAT DIDAHULUKAN BRIM BRIM JUGA MANA PEGI DUIT AMANAH RAKYAT SABAH.SIJIL NYA ADA TAPI DUIT NYA MANA SUDAH.JADI.KAMI NAK UNDI LAGI BN KAH. HA HA HA INI KALI LAH AKU AKAN KEMPEN PADA ORANG JGN UNDI BN

    ReplyDelete
  51. HELLO 3X, PERHATIAN, PERHATIAN - BAHAWA SY SEORANG PENERIMA BR1M 1.0 DAN 2.0 AKAN UNDI PR DALAM PRU 13

    INI KALI LAH

    HIDUP PKR

    ReplyDelete
  52. awas tali barut musa aman yg ada Di komen ni mereka cuba menekak benang yg telan basah walau apa pun kita komen sebab Mereka Di arahkan berbuat begitu untuk membantu kerajaan BN yg sdh mau mampos bah,, JADI saya berpesan kepada seluruh rakyat sabah yg dapat membaca komen kami urg ni,, agar jangan sekali-kali termakan pujuk rayu dari parti BN/Umno yg telah mengkhianat usno selama ini dan menjajah dengan cara sistem british dengan tujuan mengkasi buduh-buduhsaja urng sabah,, kita berani la bertukar kerajaan hari ini demi anak-cucu cicit kita dari terus bekerja Dan merempat ke tanah semenanjung,, kita lahir Di Negeri bawah bayu kita juga berharap akan dpt Di kuburkan Di tanah kita sendiri,, Mari la kitabkitabrsatu hati mengundi PAKATAN RAKYAT,,,,

    are you ready for BN?..NOOO......
    kita tukar kerajaan yg paling kuat rasuah ini,,,,.....


    BAYUMURNI.....

    ReplyDelete
  53. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak yesterday reproached the opposition party for insulting the recipients of various Barisan Nasional (BN) aid programmes. The PM said the government was only carrying out its entrusted duty and responsibility for the welfare of the people.

    “If the opposition don’t help the people, it’s alright, but don’t insult them. Don’t label the BR1M recipients as chickens pecking at feed,” he said at the state level Jelajah Janji Ditepati programme, here yesterday.

    ReplyDelete
  54. More than 20,000 people attended the event, including Najib’s wife Datin Seri Rosmah Mansor and Terengganu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said. He stressed that the people should now realise the truth and reject the opposition coalition.

    As a trustworthy and responsible entity, the BN government realised that the people must be helped according to their needs, said Najib.

    ReplyDelete
  55. “We have calculated that on average, a family can buy groceries such as 10kg of rice, 5kg of cooking oil and other essentials per month with RM41.60.

    “That means they have enough to buy food for 12 months with the RM500 BR1M,’ he added.

    He said BR1M was not the only assistance which had benefited 4.3 million people, as there were an array of government programmes including school aid, book vouchers, not discounting oil, rice and other subsidies.

    ReplyDelete
  56. All these have been implemented by the government in line with its slogan ‘Janji Ditepati’ for the well-being and harmony of Malaysians, he said.

    Based on feedback he has received, Najib said the people can foresee a bright future under the leadership of the BN government.

    “The conclusion is, one vote to PKR is one vote for the breakdown of faith in the country.

    “One vote for Pas will bring us closer to Muslim disunity and one vote for DAP will lead to their oppression,” he said.

    ReplyDelete
  57. On the other hand, one vote for BN was one vote for defending Muslims, one vote for the strengthening of the Islamic faith, one vote for Muslim unity, one vote for upholding the Malaysian race and one vote for achieving a developed nation by 2020, said Najib.

    “The present government is able to continue elevating Islamic teachings and develop the religion. Islamic development needs more than mere lectures. It needs to be acted on and implemented the way BN does it,” he said.

    He said PAS, who purportedly claimed to defend Islam, was instead willing to allow DAP to belittle the religion.

    ReplyDelete
  58. tak patut merendahkan bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  59. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) betul-betul bikin pembangkang terutama pemimpin PAS sakit jiwa.Lepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat anggap penerima BR1M macam ‘ayam’ dan ‘itik’ dan Datuk Seri Hadi Awang pula kata ‘bodoh’, pada Isnin Presiden PAS tersebut samakan pula pemberian bantuan RM500 oleh
    kerajaan itu dengan tindakan Firaun di Mesir.

    ReplyDelete
  60. Menurutnya, Firaun memberikan kekayaan untuk menyesatkan pemikiran rakyat dan cuba "membodohkan rakyat" itu. "Cerita BR1M ini bukan cerita baru. Al-Quran sudah menceritakan lebih lima enam ribu tahun yang lalu, Firaun telah (agih) BR1M," katanya ketika menyampaikan amanat sempena Konvensyen Pakatan Rakyat, di Pusat Konvensyen Shah Alam.

    ReplyDelete
  61. Tambahnya, "Firaun telah mengarahkan rakyat Mesir, dikumpul beramai-ramai, dan Firaun berucap. Tidakkah aku menjadi pemerintah berkuasa di Mesir ini? "Sungai-sungai yang mengalir di kampung-kampung, ini adalah projek aku. Di bawah penguasaan aku.

    ReplyDelete
  62. "Aku (Firaun) yang bagi. Satu lagi projek aku (Firaun). Al-Quran berkata maka Firaun menjadikan rakyat ringan (meremehkan) akal dan membodohkan rakyat," katanya diiringi ketawa yang menggamatkan dewan konvensyen.

    ReplyDelete
  63. Beliau seterusnya menyeru rakyat agar tidak mengundi BN walaupun menerima bantuan tersebut. " BR1M duit kamu. Kamu bukan ayam...kamu bukan itik. Ambil duit BR1M tetapi jangan bagi undi pada BN,” katanya.

    ReplyDelete
  64. Pelik apa dikatakan Hadi sebab Nik Aziz sendiri bayangkan penerima BR1M macam ‘ayam’ dan ‘itik’ makan hampas yakni bantuan diberikan kerajaan. Dalam ucapan selepas pelancaran manifesto PR bagi berdepan PRU 13 itu, Hadi tetap mempertahankan Buku Jingga yang penuh janji diuar-uar pembangkang sebelum ini.

    ReplyDelete
  65. "Kita tahu rakyat diperkudakan. Buku jingga menyelesaikan masalah, bukan membodohkan rakyat. Insya-Allah rakyat tidak boleh dibodohkan. Tanggungjawab kita mencerdikkan rakyat," katanya.

    ReplyDelete
  66. Masalahnya apakah pemimpin pembangkang seperti Nik Aziz dan Hadi fikir rakyat bodoh atau tidak cerdik mendengar mereka cakap ikut sedap mulut saja tanpa fikir penghinaan dianggap seperti haiwan peliharaan dan bodoh semata-mata terima BR1M cukup melukakan hati rakyat?

    ReplyDelete
  67. Nampaknya sangat pembangkang sudah berada dalam terowong dan tidak nampak jalan keluar menjelang PRU yang bila-bila masa sahaja akan menghukum pembangkang. Malah, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang berucap di majlis itu juga rasa macam partinya bakal dihukum oleh pengundi Melayu yang sebelum ini menyokong mereka pada 2008.

    ReplyDelete
  68. Ketua Menteri Pulau Pinang itu tahu cadangan beliau supaya Kalimah Allah boleh diterjemahkan ke Bible versi Bahasa Melayu sudah guris hati umat Islam malah golongan ulama dalam PAS juga tidak boleh terima cadangannya itu. Sebab itu Guan Eng terpaksa masuk bangkul angkat sendiri dengan berkata kerajaan Pulau Pinang dan DAP bukan anti Islam.

    ReplyDelete
  69. Kerana nak lepas diri, beliau tuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak buat dakwaan liar bahawa DAP tindas Islam sebagai fitnah untuk apiapikan sentimen orang Islam terhadap DAP. Guan Eng dah pening agaknya sebab beliau yang simbah minyak pada api pasal isu Kalimah Allah.

    ReplyDelete
  70. Ini ditambah dengan tindak tanduk Pengerusi DAP Karpal Singh yang tentang habis hajat PAS nak tubuh negara Islam dan laksana Hudud. Tidak perlu beliau puji diri sendiri dengan kata sejak lima tahun lalu kerajaan DAP Pulau Pinang beri peruntukkan RM80 juta untuk bina ibu pejabat Mahkamah Syariah, menambah elaun tok siak dan bilal.

    ReplyDelete
  71. Kalau beliau betul-betul bela orang Islam, orang Melayu di Pulau Mutiara itu tidak akan terpelau atau putih mata lihat makin bercambah projek-projek rumah yang tidak mampu mereka miliki khususnya di kawasan pulau. Pada Hadi dan Guan Eng, cukup-cukuplah auta dan hina rakyat atau cuba main silap mata dengan pelbagai janji bulan dan bintang dalam manifesto pakatan.

    ReplyDelete
  72. Betul le tindakan UMngok beri BR1M spt kita panggil ayam itk belaan. Nak tangkap,kena tabur beras padi..kruukkk kukkk haiwan tu dtg. Kan sama?? Bukan anggap penerima tu haiwan,tapi tindaksn Umngok tu seolah- olah. Ini kali lah !!

    ReplyDelete
  73. Jgn kita SUU DZON dgn Najib atau Ros. Dua2 tu ikhlas rembat duit negara bukan utk poket dia utk bg pd rakyat RM500, BR1m, TR1m dan lain2 subsidi walau dia org rwmbat RM250 juta utk lembu2 NFC,utk seutas cincin RM24 juta dan banyak lagi. Jgn kita SUU DZOn dgn Rosmah walau dia tak pakai tudung dan joget lambak masa sambut hari raya aidil fitri..Dia ikhlas demi agama juga sebab tu brjoget. Org PAs apa tau mcm mana nak joget atau gangnam style.

    ReplyDelete
  74. Lebih Baik Dianggap Haiwan Dari Jadi Hamba Abdi Pas Ditipu 23 Tahun – Fauzi

    ->Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Mohd Fauzi Ismail menyindir kenyataan Mursyidul Am Pas dengan mengatakan bahawa adalah lebih baik dianggap sebagai haiwan daripada menjadi hamba abdi Pas yang ditipu hidup-hidup lebih 23 tahun selama ini.

    -> apa pun yang mahu dikatakan oleh kepimpinan Pas terhadap bantuan kerajaan mahupun terhadap rakyat yang menerima bantuan tersebut tidak akan memberi kesan kerana selama ini rakyat khususnya di Kelantan sedar, bahawa mereka tidak pernah mendapat apa-apa bantuan daripada kerajaan Pas Kelantan.

    -> Sudah lebih 23 tahun, kerajaan Pas tidak pernah bagi apa-apa pada rakyat Kelantan. Janji nak bantu warga emas dengan elaun RM100, janji nak buat jambatan, janji nak buat perlabuhan darat, dan macam-macam janji lagilah, tapi semuanya hanya tinggal janji. Satu janji pun Pas tak kotakan. -- Tapi bila kerajaan beri bantuan dan rakyat menerima baik bantuan tersebut, mereka kata macam-macam. Kata rakyat haiwanlah, bodohlah. Sedangkan mereka sendiri tidak pernah nampak nak tolong rakyat. Di Kelantan sendiri, isu-isu asas seperti isu air pun kerajaan Pas tak mampu nak selesaikan " - Fauzi

    -> Fauzi berpendapat, kenyataan-kenyataan yang menghina rakyat itu yang keluar dari mulut dua kepimpinan tertinggi Pas itu memperlihatkan Pas sudah mula seperti cacing kepanasan, apabila melihatkan respon serta sokongan sokongan rakyat terhadap dasar tranformasi kerajaan semakin positif dan meningkat.

    -> "Mereka ini sebenarnya sudah menggelabah. Sudah tak tahu nak buat apa lagi. Itu yang sampai terkeluar kenyataan-kenyataan mengarut termasuk menghina rakyat yang menerima bantuan dari kerajaan. Tak cukup dengan menghina serta mencerca pemimpin UMNO dan kerajaan, hari ini mereka hina rakyat pula kerana menerima bantuan kerajaan.

    “Kita sebagai rakyat yang mempunyai pemikiran yang waras, sudah pasti dapat menilai sikap dan pemikiran yang ada pada diri kepimpinan Pas. Apa saja yang kerajaan buat semuanya salah. Tidak pernah ada yang betul.

    “Tetapi apa yang mereka buat, apa yang pemimpin Pakatan buat semuanya betul. Walaupun ada benda yang pemimpin mereka buat salah, tetap mereka katakan betul. Inilah sikap pemimpin Pas yang sangat berat sebelah dan asyobiyah. Macam mana nak pimpin negara kalau awal-awal lagi sudah memperlihatkan sikap tidak adil dan berat sebelah?"- Fauzi

    ReplyDelete
  75. memang betul t guru kata puak puak amno buat rakyat macam ayam nak beri 500 pun kena baca ikra kena angkat sumpah macam lah duit mak bapak dia aku mita duit dengan ayah aku pun tak angkat sumpah pun.

    ReplyDelete
  76. Bila Barisan Nasional hulurkan bantuan dan sebagainya semuanya dikatakan rasuah ataupun beli undi. Bagi BR1M pun dikatakan rasuah, Bagi beras pun dikatakan rasuah serba serbi dikatakan rasuah. Kalau begini sikap PAS dan pakatan pembangkang maka apa yang rakyat akan dapat dengan kemakmuran negara? Takkan lah nak hulurkan bantuan pun dikatakan rasuah?

    Alasan Nik Aziz BN nak bagi bantuan kerana nak dekat pilihanraya. Satu imiginasi bodoh terlampau yang Nik Aziz ni buat kerana seluruh rakyat Malaysia tahu tidak kira sama ada dekat pilihanraya ataupun tidak pembangunan terus dijalankan oleh kerajaan BN malah ianya sejak Merdeka lagi.

    Kerajaan PAS Kelantan? Janji bagai nak gila itu dan ini untuk rakyat Kelantan jika undi mereka hakikatnya 22 tahun tadbir Kelantan masaalah AIR pun tak selesai lagi sampai ke hari ini. Itu pun sudah mula nak berjanji palsu kononya nak bina lebuhraya PERCUMA buat rakyat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.