Saturday, February 9, 2013

Pakatan pun nak Psy tapi BN dapat dulu...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoal mengapa majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN di Pulau Pinang "mahu dicemari dengan unsur-unsur politik yang tidak ada kena mengena dengan tujuan ia diadakan".

Sebaliknya, katanya, majlis tersebut bertujuan baik untuk meraikan perayaan yang sangat bermakna khususnya di kalangan orang Cina.

"Kita tidak pernah halang apa-apa (yang Pakatan) nak buat majlis. Bila kita nak buat majlis, dia nak buat macam-macam halangan seperti nak turun poster 1Malaysia. Gambar saya pun diturunkan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu negara petang ini.

Menjawab soalan, Najib yang juga presiden Umno turut menyindir DAP yang mengikut ala Gagnam Style dalam lagu "Ubah Gagnam Style".

"Tapi bila kita buat, dia tuduh kita macam-macam. Sebenarnya niat di hati dia nak jemput Psy itu untuk ada dalam majlis atas nama Pakatan.

"Tapi Psy ada dalam majlis kita, jadi rosak program dia. Itu cerita sebenarnya," sindir Najib yang berseloroh, disambut dengan gelak ketawa hadirin.

BN Pulau Pinang akan menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina di negeri itu pada 11 Februari dengan menjemput penyanyi tersohor Korea Selatan Psy.

Hal tersebut menimbulkan pelbagai reaksi termasuk dari Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang meminta rakyat hadir memakai baju kuning, oren, merah dan hijau.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen menghangatkan suhunya, apabila berhasrat untuk menari dengan penyanyi itu jika berpeluang berbuat demikian.

Menjawab soalan, Najib yang juga pengerusi BN, berkata parti itu tidak pernah merosakkan majlis Pakatan.

"Dia nak buat majlis, buatlah. Apa pasal nak rosakkan majlis kita," katanya sambil mendakwa berasa pelik dengan tindakan Pakatan, sedangkan sebelum ini BN pernah membuat banyak majlis di negeri itu.

Sementara itu, wartawan Malaysiakini tidak dibenarkan membuat liputan sidang khabar perdana menteri hari ini. Bagaimanapun, Malaysiakini mendapatkan rakaman audio sidang media tersebut. -MK

3 comments:
Write comments
  1. Masa Najib Bercakap , dia Mabuk ke?? Layak ke Pemimpin Islam Cakap mcm ni? Najib ni Baru Balik dari Gaza atau Las Vegas.. Takde Rasa malu Guna Duit Rakyat Bayaq Maksiat.. Bayaq PSY..

    ReplyDelete
  2. Tak Percaya!!! PM Malaysia boleh buat kenyataan yang tidak matang dan kebudak-budakan. Macam budak tadika. Please la ....memalukan saja....

    ReplyDelete
  3. Najib PM Malaysia amat memalukan rakyat Malaysia dplusuk dunia, untuk apa dia buat program di Pulau Pinang Kubu kuat Pembgkang?.....Najib terima padah dn malu krna bertanyakn rakyat Pulau Pinang jk sedia terima BN?..........Jawpn menyeluruh pdnya NO.......Penyokg UMNO/BN masihkah mh sokg UMNO/BN?....jk masih menyokg, sudh jelas rakyat terbnyak tk mh pd UMNO/BN krn bnyak sebb yg tak betul selain rakyat malu dn takut sekongkol dalm perkara salah dn dosa. 55thun sudh UMNO/BN memrintah Negara dalm keadaan yg hina dn memalukan krn mereka GAGAL dn negara dekat muflis skrg penuh dg salah gunakuasa kekufuran yg tdk telus. Untk apa bg rakyat BRIM jk tak telus dn adil?.....sedgkn rakyat tdk dapt semua dn hnya dipilih jk undi UMNO/BN?....Pemberian hnya jaln mnyampah dn rakyat th mnyusahkn rakyt dn mmperbodohkn krn PRU 13 hnya tggal brapa hari lg?.... selain bukn rasuah tetapi ini perbuatn menipu rakyat dn mmperbodohkn rakyt umpama tiada maruah dn hrga diri mudah ditipu!!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.