Wednesday, February 13, 2013

Video tunjuk konspirasi sekat ceramah

ANAK hari ini mendedahkan video yang didakwa sebagai bukti konspirasi beberapa pihak termasuk pengurusan Felda Sungai Tengi untuk menyekat program ceramah NGO tersebut dalam kejadian pada 4 Februari lalu.

Presiden ANAK Mazlan Aliman mendakwa video berkenaan menunjukkan satu mesyuarat yang diadakan sebelum kejadian tersebut, bagi membincangkan usaha untuk menghalang program ceramah itu.

Mazlan mendakwa mesyuarat tersebut antara lainnya dihadiri wakil PERKASA, Umno, Majlis Belia Felda dan Jabatan Seranta Felda.

NONEBeliau mendakwa, mesyuarat tersebut dirancang untuk menggagalkan program ANAK di kawasan Felda, termasuk mengadakan "huru-hara" dan juga untuk menghalang mereka daripada memasuki kawasan tanah rancangan tersebut.

"Apa yang sangat memeranjatkan apabila (pegawai) Felda menyebut tentang huru-hara. Sampai ke tahap huru-hara untuk gagalkan ceramah tersebut," kata Mazlan dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

"Huru-hara" yang dimaksudkan oleh pegawai Felda berkenaan, seperti yang dapat dikesan dalam video tersebut, merupakan tindakan untuk "membuat bising".

NONEIndividu yang ditunjukkan dalam video berkenaan juga mencadangkan agar "huru-hara" tersebut tidak sampai ke peringkat pergaduhan.

"... kita buat seolah-olahnya macam membantahlah, kita buat huru hara tapi jangan bergaduh saya minta sangat malam ini jangan (bergaduh).

"Seolah-olah maksud saya ini buat huru hara tu kalau dia ceramah tu kita buat bisinglah... itu yang.. Pegawai Polis Daerah Kuala Kubu Baru pesan kat saya tadi...," kata individu berkenaan yang didakwa sebagai pegawai Felda tersebut.

Rakaman video amatur sepanjang lebih 14 minit itu dikesan dimuatkan di Youtube sejak 7 Februari lalu.
Mazlan mendakwa, tindakan seperti yang dirancang itu dapat dilihat dalam kejadian yang dialami mereka pada 4 Februari lalu di Felda Sungai Tengi.

NONE"Satu kekesalan kepada tindakan pihak polis, sedangkan Yang Dipertua PAS kawasan telah buat laporan polis sebelum ceramah.

"Kita lihat daripada sekatan yang dibuat, bagaimana satu program dengan kerjasama ketua kampung, tiba-tiba ada pihak lain yang tiada autoriti buat sekatan jalan raya.

"Ianya dalam pengetahuan polis, dan polis tidak buat apa-apa," kata Mazlan menceritakan mengenai insiden yang berlaku pada malam 4 Februari lalu.

Beliau mendakwa, kumpulan pengacau terbabit turut memukul anggota Unit Amal yang mengawal keadaan semasa kejadian tersebut.

Beliau juga bimbang insiden seperti itu akan terus berpanjangan di kawasan yang akan dikunjungi ANAK dalam kempen pilihan raya selepas ini.

NONEBeliau mendakwa, anggota polis hanya berdiam diri semasa insiden kekecohan yang berlaku ketika kempen Kembara Oren, yang dianjurkan ANAK.

"Kita kesal apa yang menjadi sangkaan kita selama ini, macam ada pakatan awal (Felda) dengan pihak polis, seperti ada kebenaran.

"Jika tidak seperti ini dibiarkan, dan polis tidak mengambil tindakan untuk menghentikannya, jadi ia memberi lesen kepada samseng untuk membuat apa sahaja, bagi mengahalang program kita di kawasan Felda umumnya," katanya.

Sehubungan itu, Mazlan berkata pihaknya akan menghantar nota bantahan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung dakwaan penglibatan anggota polis terlibat dalam sekatan terhadap program politik ANAK.

Mazlan berkata nota bantahan itu akan dihantar dalam tempoh seminggu antara lain, mohon penjelasan sama ada pasukan berkenaan terlibat untuk menyekat program ANAK seperti yang didakwa oleh pengurus Felda.

"Biarlah IGP berkomunikasi lanjut dengan polis Selangor dan Hulu Selangor. Harap penjelasan segera dapat diberikan," katanya.

ANAK juga akan menyerahkan bukti bergambar berhubung insiden yang menimpa mereka itu, katanya lagi.

44 comments:
Write comments
  1. Ada seorang Naib Presiden PKR yang sangat-sangat berDENDAM dengan Tun Dr. Mahathir.. Walaupun kita TAHU semasa Tun jadik PM, tak pernah pun Tun menGANGGU keHIDUPannya, dia tetap berDENDAM terhadap Tun hanya kerana Tun pernah memecat 'BOSS'nya iaitu Penasihat PKR daripada jawatan TPM pada tahun 1998 kerana kes 'menJUBOR'nya yang pertama..

    ReplyDelete
  2. Adakah dia MARAHkan kepada Tun kerana dia turut hilang jawatan Setiausaha Sulit apabila 'BOSS'nya dipecat? Tidak.. Jawatan itu dilantik oleh Penasihat PKR sendiri, takde kaitan pun dengan bidang kuasa PM.. Jadik, kenapakah AGAKnya dia nih berDENDAM sangat-sangat dengan Tun?

    ReplyDelete
  3. Jika kita IMBAS kembali tahun 1998 dahulu, kita akan TAHU siapakah yang INDIVIDU yang mula-mula sekali menulis SURAT kepada Tun Dr. Mahathir mengadu tentang salah laku SEKS Penasihat PKR ketika itu.. Antara aduan yang dikemukakan kepada Tun adalah bagaimana INDIVIDU tersebut melihat 'KAKAK IPAR'nya yang merupakan ISTERI kepada Naib Presiden PKR ini di bawa ke Tivoli Villa, tempat yang dikatakan 'VENUE' kepada aktiviti salah laku SEKS Penasihat PKR ketika itu..

    ReplyDelete
  4. Siapakah INDIVIDU yang mengadu kepada Tun menerusi SURAT tersebut? Tidak lain tidak BUKAN adalah ADIK PEREMPUAN kepada Naib Presiden PKR ini sendiri iaitu UMMI HAFILDA ALI..

    ReplyDelete
  5. Tun tidak TERUS percaya kepada kandungan SURAT tersebut.. Tun melakukan SIASATAN sendiri hinggalah akhirnya Tun meMINTA mereka yang menyaksikan kejadian tersebut termasuklah ADIK PEREMPUAN kepada Naib Presiden PKR ini sendiri berSUMPAH dengan Al Quran tentang apa yang mereka perkatakan.

    ReplyDelete
  6. Akhirnya, terBONGKARlah satu demi satu salah laku SEKS Penasihat PKR yang dikatakan tidak sahaja dengan wanita, malah dengan JANTAN pun.. Timbullah nama-nama seperti Dr. Munawar Anees, Sukma Darmawan, Mior dan sebagainya.. Kesudahannya, merasalah jugak Penasihat PKR bermastautin di Jel Sungai Buloh dalam sel VVIP lagi! Ye la.. Banduan lain mana merasa tengok TV dan ada tukang URUT dalam Jel Sungai Buloh? Tu pun siap berLAKON kena ARSENIK la, dah nak nak NAZAK la.. Macam-macam lagi..

    ReplyDelete
  7. Kita percaya CERITA lebih 10 tahun dahulu ini cuba 'diLUPA'kan dan cuba diMANSUHkan sebaik mungkin oleh pihak-pihak tertentu terutamanya dalam PKR.. Namun, antara REKOD pertuduhan terhadap Penasihat PKR pada tahun 1998 masih ada

    ReplyDelete
  8. malah, kita rasa KAGUM, ada jugak seorang INSAN yang berusaha meng'ARCHIVE'kan apa yang berlaku pada tahun 1998 dahulu di dalam alam SIBER ini.

    ReplyDelete
  9. Apa pun, masih RAMAI lagi saksi-saksi tahun 1998 yang masih lagi HIDUP pada HARI ini walaupun ada yang sudah TIADA seperti TS Mokhtar Abdullah, Dr. Ristina, Khalid Jafri dan Hakim TS Augustine Paul.. Jangan lupa, TS Musa Hassan, TS Ghani Patail, Khairuddin Hassan, Datuk Nalla dan ramai lagi masih sihat walafiat..

    ReplyDelete
  10. SIAPAkah sebenarnya yang menJATUHkan Penasihat PKR yang berjawatan sebagai TPM dan Timbalan Presiden UMNO pada ketika itu? BUKANKAH TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN IALAH ADIK PEREMPUAN NAIB PRESIDEN PKR YANG JUGA MP GOMBAK DAN ADUN BUKIT ANTARABANGSA? Kenapa Tun Mahathir pula yang diperSALAHkan sedangkan sudah tentu mana-mana PM sekalipun TIDAK mahu penggantinya adalah orang yang berMASALAH, apatah lagi diKAITkan dengan salah laku SEKS tanpa mengira JANTINA? Jadi, berASASkah DENDAM Naib Presiden PKR tersebut yang sekarang ini cuba bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR terhadap Tun Dr. Mahathir?

    ReplyDelete
  11. Seorang lagi yang jadik PENGECUT dan cuba meLAKONkan watak AIR MATA dalam drama keluarga yang menJIJIKkan ini ialah Presiden PKR sendiri yang jugak ISTERI kepada Penasihat PKR.. Sudah tentu dia TAHU apa yang suaminya lakukan.. Sudah tentu dia juga INGAT apa yang telah diadukannya kepada Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah tentang 'PERANGAI' suaminya.. LUPAkah dia bagaimana dia pernah meminta MAAF dengan Tun Dr. Siti Hasmah semasa terserempak dengannya di sebuah pusat membeli-belah 10 tahun dahulu ketika perbicaraan suaminya masih berjalan?

    ReplyDelete
  12. Kita PERCAYA anak-anak mereka pun hanya TAHU sekerat-sekerat sahaja KISAH sebenar PAPA dan MAMA mereka.. Cuma yang SEDIH tuh, apabila PAPA dan MAMA mereka sendiri 'menJANGKITkan' perangai BURUK mereka kepada anak-anak mereka sendiri.. Inilah yang kita LIHAT kepada anak sulung pasangan ini yang jadik MP Lembah Pantai.. Adakah dia merasakan PAPA dan MAMAnya sudah menceritakan perkara sebenar kepadanya? Atau dia pun cuba menyembunyikan HAKIKAT sebenar dan cuba MENIPU 30 juta rakyat Malaysia dengan drama PALSU keluarganya di dalam PKR kerana DENDAMnya terhadap Tun? Apa pun, ketahuilah bahawasanya FAKTA dan SEJARAH tidak akan berBOHONG seperti mereka ini..

    ReplyDelete
  13. Felda menjelaskan bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka (BIPP) bagi tahun 2012 berjumlah RM102.12 juta kepada peneroka tanah rancangan yang layak di seluruh negara.

    ReplyDelete
  14. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata pembayaran itu selesai dilaksanakan pada minggu ketiga 2012 melibatkan 94,839 peneroka daripada jumlah keseluruhan 112,635 peneroka sebagai tanda menghargai sokongan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara.

    ReplyDelete
  15. “Asas kepada pembayaran dibuat berdasarkan dua perkara, iaitu kesetiaan peneroka bersama Felda dalam pelaksanaan tanam semula dan produktiviti hasil kebun peneroka yang dihantar ke kilang milik Felda,” katanya

    ReplyDelete
  16. Tambah beliau, peneroka yang melaksanakan program tanam semula bersama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan itu menerima bayaran maksimum RM1,200 untuk setiap seorang manakala peneroka yang mengerjakan kebun sendiri akan dinilai berdasarkan produktiviti hasil kebun yang dijual pada Felda.

    ReplyDelete
  17. “Jika mereka jual pada orang lain, bagaimana mereka mahu terima bonus kerana ini semua wang yang dikumpulkam oleh Felda. Mudah-mudahan satu hari nanti semua 112,635 peneroka akan menerima bonus ini,” katanya.

    ReplyDelete
  18. Bagi peneroka sawit, kelayakan minimum pembayaran bonus ialah sebanyak RM400 untuk penghantaran hasil sebanyak 9.01 hingga 12 tan/hektar manakala ganjaran maksimum RM1,200 diberikan kepada mereka yang menghantar hasil melebihi 20 tan/hektar.

    ReplyDelete
  19. Bagi peneroka getah pula bayaran minimum RM400 diberikan kepada mereka yang menghantar hasil 550.01 hingga 750 kilogram/hektar manakala peneroka yang menghantar 1300 kilogram/hektar ke atas layak menerima bonus maksimum RM1,200.

    ReplyDelete
  20. Ahmad Maslan juga memberitahu bahaw bayaran BIPP untuk 2012 menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya di mana pada 2011 pembayaran BIPP melibatkan jumlah RM101.87 juta kepada 94,317 peneroka.

    ReplyDelete
  21. “Ini menunjukkan berlaku peningkatan dalam penghantaran hasil oleh peneroka kepada Felda, sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak yang sebelum ini prejudis dengan penyenaraian Felda (di bursa),” katanya.

    ReplyDelete
  22. Ahmad Maslan juga memberi jaminan bahawa pembayaran bonus yang masuk kali kesembilan sejak dimulakan pada 2004 akan diteruskan pada masa hadapan memandangkan ia sebagai satu cara untuk menarik peneroka untuk terus menjual hasil kepada Felda.

    ReplyDelete
  23. Terdahulu, Ahmad Maslan membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Program Transformasi Kerajaan (GTP): Aspirasi Negara Harapan Rakyat’ pada seminar Transformasi Felda 2012 yang disertai 636 warga pengurusan kanan Felda.

    ReplyDelete
  24. Bagus le NGO ANAK. Tentukan hentaman kali ini betaul meletup.Biar BN tak lena tidur dgn pmbengkaran ini. Biar rakyat yg maaih dungu dgn politik jahAT UMNO,tau apa sebenarnya BN mau .Yg jelas mereka tidak mau jatuh agar hasil negara kekal dirompak dan biar rakyat yg mnderita.

    ReplyDelete
  25. Rasanya sudah ramai yg telah menonton clip tersebut..jelas perbuatan 'samseng ' itu telah dirancang..memang ada clause yg membenarkan pihak pengurusan FELDA utk menghalang parti politik dari mengadakan ceramah.. tapi kenapa perlu ada double standard..?? jika UMNOBN boleh kenapa PR tidak boleh...apa saja peraturan yg berat sebelah tidak mengambarkan keluhuran peraturan itu sendiri.. jadi jgn salahkan ANAK yg menentang ketidakadilan tersebut..

    ReplyDelete
  26. Anonymous said...
    February 13, 2013 at 11:09 AM

    BUSUK KEPALA BAPAK KAU!!sbb ADA MELAYU BANGSAT mcm kau org lah maka MELAYU DIPANDANG BANGSAT SECARA KESELUHURAN!!TAHAP MENTALITI DIBAWAH PARAS BANGGANG!!

    ReplyDelete
  27. ini la trend orng2 umno bn sanggup melakukan apa saja utk mencapai matlamat. situasi yg di tunjukkan dlm vedio tersebut mengingatkan kita betapa buruk dan busuknya perangai orang2 umno ni bila terdesak. tak salah la kita gelar pemimpin2 dan orang2 umno ni sebagai pengkhianat negera no 1 kerana sanggup menjadi syaitan bila terdesak. pui!!!!

    ReplyDelete
  28. transformasi taik bn?

    ReplyDelete
  29. Pelik....sebuah parti yg mendakwa konon membela rakyat dan tadbir 55thn tapi masih mengamalkan budaya samseng dan seperti tak bertamadun...sampai bila nak memperbodohkan warga felda dari fakta dan info yg sebenar....sedih dgn pemimpin melayu umno yg nak berkuasa tapi menindas warga melayu...malang bangsa melayu punyai pemimpin melayu tipu melayu utk kuasa n tembolok sendiri...

    ReplyDelete
  30. Alu pelik le,adakah patut sdra Yazid sufaat yg tak ada ancaman apa2 pun tlh ditahan sekali lagi dbawah ISA ( Ikut Suka Aku) yg mana sebelum ni dah kena 8 thn 'free2' dlm Kem Kamunting ( bawah tanah ). Tapi yg sedihnye PENJENAYAH TEGAR tetap bebas trpelihara oleh Ketua Polis sendiri. Mcm mana Malaysia nak aman,kalu bagitu. Selagi OMNO tidak dtombangkn dlm PRU ini,selagi itu la makna sebenar keamanan tidak drasai dTanah Melayu ini.

    **888

    ReplyDelete
  31. Anonymous said...
    February 13, 2013 at 11:08 AM

    BUSUK KEPALA BAPAK KAU!!sbb penjubur...

    ReplyDelete
  32. Satu langkah terdesak yg dilakukan oleh pihak umno/bn. Ini adalah tindakan sang pengecut, yg x mahu kebenaran dipaparkan pd peneroka2. Dari apa yg berlaku, nyata umno 'takut krn salah'. Makna kata, mmg mereka bersalah dlm isu felda, sbb itu takut salahlaku mereka terbongkar. Maka diupah org tempatan/org luar utk buat kacau dgn sedikit duit kopi. Yg lagi malang, pihak polis pun dpt 'upah' jugak?? Perlu ada tindakan susulan oleh bukit aman, tindakan perlu diambil terhadap anggotanya yg makan rasuah/upah utk buat kje kotor umno difelda terbabit. apapun, msj telah pun smpai pd rakyat malaysia (melalui video yg dah tersebar), bahawa umno takut salahlakunya terdedah, sbb itu menghalang program2 ceramah oleh 'anak'. Tahniah! Kamu telah pun melondehkan kain kamu sendiri dihadapan rakyat...

    ReplyDelete
  33. Anonymous said...
    February 13, 2013 at 11:09 AM

    oiii anjing apa ko melalak tak kena ngan isu ni..AKAI ADA , OTAK ADA, SUMBER BERITA BANYAK, BACA KAJI, FIKIR, JANGAN JADI PAK TURUT TERPENGARUH

    ReplyDelete
  34. Anonymous said...
    February 13, 2013 at 11:09 AM

    nampak macam pandai,,,,,rupa nya bodoh,,,kalu hati dah hitam tak dapat menilai mana benar....terjunlah engkau dgn umno/bn tuuu...

    ReplyDelete
  35. Assallammuallaikum, kita kata, kita Melayu diMalaysia secara otomatik Islam. Tapi dari komen2 yg tertulis diruangan ni, sungguh tidak mengambarkan peribadi orang Islam. Nak tengok video ni, nak percaya ke atau tak percaya ke? ikutlah hati masing2 berpandukan pada AlQuran dan Sunnah. Dimana kah berani kerana benar dan takut kerana salah? Adakah the end justifies the means? Kalu orang2 PKR nak kata apa pun, biarkan lah. UMNO pun menerusi TV3, Utusan Malaysia dan akhir2 ni Astro Awani pun tidak kurang hebat dalam bidang fitnah memfitnah. Utusan Malaysia dah berapa kes kalah dimahkamah? Wahai Sdr Islam, sedarlah dan kembalilah ke jalan Allah. Kenapakah kita ni macam tak redha dgn takdir Allah. Kalu Allah kata kalah, kalah lah mungkin itu jalan yg terbaik, buat apa nak buat kepala batu sangat? Buat perangai macam orang yg takdak agama Islam, pakai samseng. Tak tau ke nak doa, solat hajat dan solat Istikharah? Lihat lah kaum Cina, bersatu dalam politik, orang Melayu, Mamak dok perbodohkan, anak2 dia kaya, org Melayu merempat.

    ReplyDelete
  36. Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) merupakan sebuah NGO yang mewakili generasi kedua dan ketiga anak peneroka Felda.

    ReplyDelete
  37. Presidennya ialah Mazlan Aliman. ANAK mempunyai ahli seramai 2000 orang. Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) mendakwa bahawa ANAK merupakan satu pertubuhan tidak berdaftar.

    ReplyDelete
  38. “He had a hand in it,” alleged Mahathir adding that what happened may have included illegal action and abuse of process.

    The former PM added while he may not have evidence that could be adduced in court, he “has knowledge” of the possible wrongdoings by Anwar.

    ReplyDelete
  39. Terdapat 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan Felda, dengan 800,000 daripadanya merupakan generasi kedua dan ketiga.

    ReplyDelete
  40. Peneroka dipanggil 'anak emas' dan dijanjikan tanah kepada generasi kedua

    ReplyDelete
  41. Tun Razak ilhamkn FELDA utk bimbing org Melayu kedepan iaitu pengagihan ekomomi utk org melayu. Tapi anaknya Najib lingkupkn FELDA demi tak tumbangkn melayu. Sian, org felda kena tipu kat Najib. PETRONAS dan FELDA berada direct kpd PM...so apa lagi...Sapu lerr.

    ReplyDelete
  42. pandai2 lah menilainya.

    ReplyDelete
  43. :)....dah terkantoi nak citer apa lagi, ye dak! klau citer lebey kang, kena balik btg hidung sendiri. dgr nih peribahasa 'buat baik berpada2 buat jht (termasuk samseng) jgn sesekali'...:)

    ReplyDelete
  44. biasa la melayu muda lupa..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.