Saturday, February 9, 2013

Isyarat PRU 13 Semakin Hampir

Jentera parti Umno sudah bersedia menghadapi pilihan raya, menunjukkan kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pilihan raya tidak lama lagi.

Najib berkata beliau berpuas hati dengan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN), dan akan terus berusaha bagi mendapat sokongan pengundi.
“Kita telah menerima laporan audit hingga peringkat bahagian mengikut tinjauan dari laporan itu, kita puas hati dengan tahap kesiapsiagaan yang memuaskan.

“Di samping itu kita harap usaha-usaha memantapkan lagi kesiapsiagaan PRU, akan diteruskan lagi oleh pimpinan setiap bahagian,” kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli majlis tertinggi Umno di ibu pejabat parti hari ini.

Najib juga bersetuju seorang wakil Jawatankuasa Dispilin akan dilantik di bahagian-bahagian Umno sebagai usaha untuk mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj dari dalam.

Katanya, wakil yang terpilih pada tahun ini akan ditapis daripada kalangan tujuh perwakilan bahagian yang datang ke Perhimpunan Agung parti baru-baru ini.

“Nama-nama mereka akan diumumkan di bahagian dan setiap yang berlaku di bahagian masing-masing akan ada wakil yang boleh pantau keadaan,” katanya.

Katanya, nama-nama wakil ini sedang diproses oleh Lembaga Disiplin Umno yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen.

Menurut Najib lagi, tugas wakil Jawatankuasa Disiplin itu juga adalah untuk membuat laporan ke pusat terhadap sebarang tindakan sabotaj supaya satu tindakan awal boleh diambil.

Pilihan Raya 2013 perlu diadakan selepas mandat kerajaan BN tamat pada penghujung April.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan manakala 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) menjadi rebutan dalam pilihan raya yang dianggap paling sengit dalam sejarah.

Setakat ini, hanya negeri Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.

11 comments:
Write comments
  1. kalau rakyat da tak suka apa pun di beri.kita ambik tapi undi pandai pandailah ini hak kita.INI KALI LAH

    ReplyDelete
  2. Cukup lah sampai di sini sayang.. relakan perpisahan ini... itulah senikata drd lagu dto Malik Reduan..org yg ada dlm kepentingan peribad hnya sdkit sja.. kita rakyatlah yg mampu kambus dgn kehebatan mereka ini..bulatkan tekad... mesti berjaya.

    ReplyDelete
  3. kalu BN menang juga PRU ni mungkin mereka masih main taktik kotor lagi sprti mana zaman Mahathir......dan 2008 juga diperak jelas2 UMNO main kotor setelah kalah PRU 12 diperak....UMN/BN tak boleh dipercayai...dia akan guna cara kotor utk nafi undi rakyat yg bersih....ini banyak kali telah berlaku.....insaf2 lah wahai BN

    ReplyDelete
  4. debat bukan budaya kita kata najib......telor bolihlah buat roti canai....kahkahkah.....

    ReplyDelete
  5. Bila Pembangkang sudah cukup kuat, ada saja manafaat kita dapat, dulu tiada, Brim, Bantuan "One Off" Pelajar, bagi Tayar Teksi dan lain-lain. Terima Kasih Pembangkang. Jika Pembangkang menang PRU13 nanti lagi hebat dia punya tawaran.

    ReplyDelete
  6. ASAL BUKAN UMNO , ABU ,,,, INI KALI LAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.................

    ReplyDelete
  7. bagus juga dapat tu BRIM ada duit bikin isi minyak motor balik p mengundi. tapii..bukan undi UMNO BN, aku mau undi PR lah''

    najib ingat BRIM tu duit UMNO BN la konon sbb tu siang malam hujan panas asyik berkokok saja pasal BRIM BROM, tapi rakyat tahu BRIM tu duit pembayar cukai..duit umno cuma tu RM40 juta saja yang musa aman dapat entah dari mana wakil perasuah.

    taik tasu la UMNO BN, ini kali lah..

    kalau PR kalah juga di sabah, aku masih puas hati sbb undi aku kali ini untuk PR.

    ReplyDelete
  8. dulu saya bn , ini kali pkr lah bro. cari nasib

    ReplyDelete
  9. ya ini kali laaaaa...aku harap pengundi di papar ni ubah la sikap...kasi peluang pada PR...INI KALI LA...TUKAR!!!!!

    ReplyDelete
  10. Nah! begegar sudah si Rusmah, sebab jangka hayat untuk merembat harta rakyat semakin dekat, UMNO pun tidak lama lagi mau mampos

    HIDUP PKR

    ReplyDelete
  11. Takde pencacai angkat najis NAJIB atau OMNO nak pekik isu helikopter yg DS Anwar naik sepanjang lawatan ke Ranau,Keningau nih?

    **888

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.