Persiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, beliau `diserang’ oleh kumpulan yang didalangi Umno ketika baru hendak memulakan ucapan di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam tadi.
“Samseng-samseng berkenaan membaling botol air, kerusi, kun dan objek lain. Mereka juga menumbuk dan menendang unit amal PAS.
“Suasana tegang berlaku di Felda Sungai Tengi malam kelmarin. Samseng Umno kacau ceramah. Saya baru beri salam, tiba-tiba hampir 100 orang yang dimaklumkan kebanyakkannya orang luar cuba menyerbu masuk membuat kecoh.
“Mereka baling botol air, kerusi dan menjerit-jerit supaya saya keluar dari tapak ceramah. Alhamdulillah, petugas keselamatan dan Unit Amal dapat mengawal suasana dengan baik,” kata aktivis peneroka Felda itu ketika dihubungi hari ini.
“Oleh kerana, samseng-samseng tidak mahu beredar dan bimbang keselamatan hadirin, ceramah di batalkan.
” Mazlan berkata, sebagai warganegara Malaysia, apa hak mereka tidak benarkan saya berucap.
“Menjerit-jerit memaki hamun dan desak saya meninggalkan majlis,” katanya lagi.
`Apa hak mereka’
Beliau juga memberitahu, bahawa laporan polis telah dibuat oleh YDP PAS Kawasan Hulu Selangor.
Mengulas lanjut mengenai insiden tersebut, Mazlan berkata, kumpulan berkenaan sejak 2 petang lagi membuat sekatan untuk menghalang beliau masuk kawasan berkenaan.
“Apa hak dan kuasa mereka, mereka bukan polis. Program ini mendapat kebenaran polis.
“Tetapi saya diberitahu oleh penduduk setempat, sebahagian besar orang luar dan saya yakin mereka diupah untuk buat kekacauan dengan alasan saya menghuruharakan masyarakat Felda.
“Ketika di atas pentas, saya terdengar mereka berkata, orang lain boleh masuk tetapi kami mahu Mazlan keluar (dari Felda).
“Mereka kata saya bawa fitnah,” tambahnya lagi.
Thursday, February 7, 2013
Samseng Serang Presiden ANAK, Polis Tengok Saja!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memanglah pemimpin dn penyokg UMNO/BN dah tiada modal lagi hnya mh mghuru-harakn sokongn pd PAKATAN. Mereka th mereka sudh tiada sokongn rakyat krn hari2 rakyat semakin ramai menyokg PAKATAN. Selain UMNO/BN sudh hilgn keyakinn dari rakyat trbnyak mreka cuba mgggelakkn peyokgnya yg sikit mmbuat kacau setiap ceramah pemimpin PAKATAN dn UMNO/BN ujudkn parti lain meraih penyokg ikut pd parti baru sprti SAPP dan STAR di Sabah tujuan mghalng rakyat yg diatas pagar supy tdk sokg PAKATAN tetapi sokg parti tajaan UMNO/BN. Rakyat perlu jgn terpayah dg tipu helah SAPP dan STAR di Sabah agar rakyat hnya menyokg PAKATAN supy UMNO/BN dg mudah tumbang dan hilang Kuasa. Pemimpin UMNO/BN skrg bermcm2 mh menipu rakyat sedgkn mereka telah gagal dn hnya menipu rakyat dalm keadaan pilihn raya semkin dekat. Hancur UMNO/BN perlu di TUKARRRRRRRR!
ReplyDeletesudah ada pihak yg panas pantatnya...
ReplyDeleteInilah yang Najib katakan MEMPERTAHANKAN PUTRAJAYA HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR!
ReplyDeletePENDUDUK HULU SELANGOR SENDIRI YANG HALAU MAZLAN ALIMAN BUKANNYA ORANG LUAR.. SIAPA SURUH SUKA SANGAT SEBAR DAKYAH SONGSANG
ReplyDeleteHULU SELANGOR - Peneroka Felda Sungai Tengi membantah kehadiran Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang dijadualkan memberi ceramah pada Jamuan Rakyat dan Penerangan bersama bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation, Mohd Said Jonit di Dataran Felda Sungai Tengi, semalam.
PENDUDUK HULU SELANGOR SENDIRI YANG HALAU MAZLAN ALIMAN BUKANNYA ORANG LUAR.. SIAPA SURUH SUKA SANGAT SEBAR DAKYAH SONGSANG
ReplyDeleteKetua Peneroka, Sapuan Bukhari berkata, bantahan itu disebabkan mereka bimbang peneroka dan anak-anak peneroka dihasut dengan dakyah songsang serta mengelirukan.
Setiap berlaku perkara buruk yang menimpa pakatan pembangkang, tiada lain yang akan disalahkan melainkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Terbaru apabila Kembara Oren Selamatkan Felda yang menjelajah ke setiap negeri telah dihalang memasuki kawasan felda di beberapa buah negeri.
ReplyDeletePENDUDUK HULU SELANGOR SENDIRI YANG HALAU MAZLAN ALIMAN BUKANNYA ORANG LUAR.. SIAPA SURUH SUKA SANGAT SEBAR DAKYAH SONGSANG
ReplyDelete“Beliau (Mazlan) suka menghasut menerusi ceramah dan ucapannya yang mengelirukan serta tiada fakta. Dia cuma mahu memporak-perandakan warga Felda.
PENDUDUK HULU SELANGOR SENDIRI YANG HALAU MAZLAN ALIMAN BUKANNYA ORANG LUAR.. SIAPA SURUH SUKA SANGAT SEBAR DAKYAH SONGSANG
ReplyDelete“Kalau tidak dihalang, peneroka akan terikut sedangkan cakapnya tiada asas. Semua dakwaannya juga meleset,” katanya, semalam.
Kejadian terbaru adalah di Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh Negeri Sembilan yang menyaksikan berlaku sedikit kekecohan sehingga menyebabkan beberapa orang peserta kembara Oren tercedera. Akibat daripada itu, UMNO telah dipersalahkan kononnya telah mengupah golongan muda untuk bertindak samseng
ReplyDeletePENDUDUK HULU SELANGOR SENDIRI YANG HALAU MAZLAN ALIMAN BUKANNYA ORANG LUAR.. SIAPA SURUH SUKA SANGAT SEBAR DAKYAH SONGSANG
ReplyDeleteBeliau berkata, bantahan awal disuarakan warga peneroka sebelum ini menerusi lapan laporan polis dibuat empat ketua peneroka Felda bersama NGO pada 1 Februari lalu.
Katanya, susulan laporan itu, pengurusan tertinggi Felda mengeluarkan arahan supaya kehadiran Mazlan disekat bermula petang semalam.
Membidas dakwaan tersebut, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Anuar Abd Manap berkata setiap halangan yang dilakukan oleh generasi ke dua Felda untuk menghalang Kembara Oren daripada menceroboh kawasan Felda sama sekali tidak ada kena mengena dengan UMNO.
ReplyDeleteUjarnya, tindakan tersebut dilakukan adalah atas dasar tidak mahu Kembara Oren terus memecahbelahkan kehidupan masyarakat Felda yang aman damai.
ReplyDelete“Buat apa diaorang nak masuk Felda untuk tabur fitnah. Tak payah kacau kami. Kami sebenarnya sibuk dengan pelbagai program lain.. program pembangunan sukan, ekonomi generasi muda, kerja-kerja sosial dan sebagainya.
ReplyDeletePENDUDUK HULU SELANGOR SENDIRI YANG HALAU MAZLAN ALIMAN BUKANNYA ORANG LUAR.. SIAPA SURUH SUKA SANGAT SEBAR DAKYAH SONGSANG
ReplyDeleteSementara itu, isteri peneroka, Martini Hussin, 55, berkata, Mazlan perlu dihalang daripada memasuki Felda kerana beliau didakwa sering memberi maklumat salah dan menghasut peneroka.
“Kami tak mahu layan dan tak benarkan pembangkang ni nak buat kecoh dalam kawasan Felda. Tak payahlah nak tuduh UMNO dalang di sebalik apa yang berlaku. Kami bertindak sebab nak pertahankan kawasan kami dari anasir jahat pembangkang. Memang kami bawa bendera UMNO dan BN sebab UMNO yang bela nasib kami dari dulu. Bukan Pas, PKR atau DAP.
ReplyDelete“Kalau betul mereka berniat baik dan bergerak atas tiket NGO, tinggalkan bendera Pas. Kenapa mereka boleh bawa bendera parti dan kami tak boleh. Mereka masuk kawasan kami nak buat kacau, nak tabur fitnah, kami tak terima ini semua,” ujarnya
ReplyDeletePENDUDUK HULU SELANGOR SENDIRI YANG HALAU MAZLAN ALIMAN BUKANNYA ORANG LUAR.. SIAPA SURUH SUKA SANGAT SEBAR DAKYAH SONGSANG
ReplyDelete“Kita perlu halang beliau kerana mengganggu penduduk di sini. Peneroka tahu dia suka memburukkan anak-anak peneroka, jadi kami memang tidak suka dan menolak dia,” katanya.
Tambah Anuar, generasi kedua Felda tidak akan menghalang sekiranya mereka datang dengan niat baik dan membangkang perkara yang benar. Namun apa yang mereka cuba lakukan dan sebarkan adalah fitnah dan propaganda jahat semata-mata.
ReplyDelete“Mereka tuduh Felda jual minyak pad Israel, tuduh Tan Sri Isa Samad nak bankrapkan Felda. Ini semua tak benar.
ReplyDelete“Tan Sri Isa Samad sering mendengar pendapat kami. Lihatlah… kami rakyat Felda hidup dengan baik malah terbela. Kalau betul mereka nak tegur, tegurlah dengan betul. Bukan dengan cara macam ni. Masuk tempat orang lepas tu nak buat kacau. Mestilah kami akan halang semua ni,” tambah Anuar.
Jelas beliau lagi pembangkang perlu sedar diri bahawa mereka tidak diterima oleh generasi kedua Felda, sebab itulah kedatangan mereka di kebanyakan kawasan Felda dibantah sekeras-kerasnya. Saved
ReplyDelete“Bukan kami generasi kedua sahaja yang bantah kedatangan mereka ini malah ibu bapa kami juga sama sekali tidak menerima kehadiran mereka yang cuba buat onar.
PENDUDUK HULU SELANGOR SENDIRI YANG HALAU MAZLAN ALIMAN BUKANNYA ORANG LUAR.. SIAPA SURUH SUKA SANGAT SEBAR DAKYAH SONGSANG
ReplyDeleteSeorang lagi anak peneroka, Mustafa Kamal Husin, 50, berkata, dia menikmati keamanan dan keselesaan selama lebih 40 tahun tinggal di tanah rancangan.
“Generasi kedua dan ketiga sudah menikmati keamanan. Jadi apabila ada individu sebegini datang, mereka perlu disekat kerana takut menjejaskan perpaduan di sini,” katanya.
“Pergilah buat kerja lain daripada cuba kacau hidup orang Felda. Orang Felda setia di belakang Perdana Menteri. Usaha menabur fitnah kepada kami sama sekali tidak diterima. Lihat sahaja apa yang terjadi… Bila mereka dihalang oleh kami, UMNO pula yang dituduh sebagai pencetus apa yang berlaku. Ini fitnah lagi.. Terang-terang fitnah,” selar Anuar.
ReplyDeleteTidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Kemungkinan benar fitnah cuba direka.
ReplyDeleteSebab itulah juga ceramah ini ditolak oleh penduduk Felda.
ReplyDeleteSemua orang ada hak untuk bersuara. Tapi yang ada batasannya.
ReplyDeleteNampaknya parti PAS semakin ditolak. DAP lagi hebat berbanding dengan PAS.
ReplyDeletePelbagai tipu muslihat sedang diguna pakai untuk memburuk-burukan BN.
ReplyDeleteFebruary 7, 2013 at 11:46 AM :
ReplyDeletetakkan org pembangkang sendiri yg kacau/halang. klu bukan musuh politik, pastinya itu angkara ultraman @ doraemon la kan???
Apa yg pasti penduduk tempatan yg hadir penerangan Mazlan aliman di Sg Rengi trkejut besar dgn insiden 'serangan' itu kerana samseng itu diupah dr luar dan bukan penduduk setempat. Haii..UMNO,kau dah nak maposs ker??Takut sgt pd sesi penerangan rakyat dan takut bebenor pd PR yer.
ReplyDeleteNasib baik petugas keselamatan dan Unit Amal dapat mengawal suasana.
ReplyDeleteKalau majlis tersebut sudah mendapat kebenaran polis, samseng tersebut tak patut pergi buat kacau.
ReplyDeleteYang penting diri penceramah tahu beliau tidak membawa fitnah.
ReplyDeleteKalau betul beliau membawa fitnah, tak boleh salahkan orang lain kerana marah.
ReplyDeleteHarap samseng-samseng ini akan bertaubat.
ReplyDeleteAhli Parlimen Kuala Selangor P Kamalanathan mengatakan jika terdapat pemimpin BN terlibat dengan politik samseng, kepimpinan tertinggi gabungan tersebut tidak teragak-agak untuk melucutkan jawatan pemimpin terbabit.
ReplyDelete"Jika ada calon bersalah dan terlibat dalam politik samseng, kita sentiasa terbuka jika polis mengambil tindakan kepada mana-mana pemimpin yang bersalah.
ReplyDelete"Apa yang saya boleh katakan di sini, saya sebagai wakil rakyat akan sentiasa membuat perubahan kepada diri saya sendiri.
ReplyDeleteApa yang saya boleh ubah, saya akan cuba berubah menjadi pemimpin yang baik," kata beliau.
Pemimpin MIC itu yakin ahli politik di negara ini mempunyai etika mereka tersendiri.
ReplyDelete"Saya yakin ahli politik di negara ini mempunyai etika, jika tidak, mereka tidak akan kekal lama sebagai ahli politik atau pemimpin parti, jadi untuk memudahkan perjalanan, kita ikut sajalah undang-undang yang ditetapkan," katanya.
Budaya politik samseng tidak perlu berlaku dalam negara demokrasi dan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak perlu berulang kembali di Malaysia kata, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
ReplyDelete"Ini negara aman. Peristiwa 13 Mei, ada unsur komunis dan macam-macam lagi. Jadi, mana-mana parti politik tidak perlu membawa budaya barat untuk meraih kemenangan politik khususnya di dalam pilihan raya.
ReplyDelete"Seharusnya pemilihan kerajaan tidak perlu wujud perkara yang boleh menimbulkan masalah keselamatan yang boleh menggugat kesejahteraan," katanya
ReplyDeleteMusa berkata budaya reformasi untuk menjatuhkan kerajaan tidak perlu diamalkan di Malaysia.
ReplyDelete"Jika mahu demokrasi perlulah mengikut saluran yang betul. Pihak polis bertanggungjawab mencegah. Jangan anggap polis musuh tapi sebagai kawan.
"Kalau dulu, hanya empat orang detektif boleh mengawal satu ceramah dan tak adalah sampai pening kepala macam yang berlaku sekarang ini" katanya.
ReplyDeleteMenurutnya, pindaan terhadap undang-undang baru yang diperkenalkan sedikit sebanyak memberi kesan terhadap budaya politik samseng yang berlaku.
ReplyDelete"Undang-undang baru ini beri kebebasan yang lebih kepada parti politik adakan ceramah. Jika dulu mereka perlu mohon permit untuk adakan ceramah, sekarang tak perlu mereka hanya perlu hantar notis sahaja. Polis perlu lebih bersiap sedia. Jika mereka lihat ada unsur-unsur pergaduhan perlu segera hentikan," katanya.
ReplyDeleteBeliau menegaskan, setiap pemimpin politik perlu mengawal penyokong mereka daripada membuat perkara di luar jangkaan.
ReplyDeleteKatanya, negara demokrasi perlu adanya pembangkang yang baik dan bukannya hanya tahu membangkang sahaja supaya adanya 'check and balance' dalam urusan mentadbir negara.
ReplyDelete"Pembangkang penting untuk mengelakkan kerajaan bermaharajalela. Tetapi pembangkang itu perlulah berkualiti dan tahu peranan mereka," katanya.
ReplyDeleteMusa berkata budaya politik di Malaysia jauh berbeza dengan negara barat kerana di sini mereka terus berpolitik walaupun sudah habis pilihan raya.
ReplyDelete"Saya lihat, politik tidak pernah habis dengan menyalahkan pihak lain tanpa memikirkan pembangunan negara. Adalah lebih baik mereka duduk semeja dan membincangkan pembangunan negara," katanya.
“Saya yakin ahli politik di negara ini mempunyai etika, jika tidak, mereka tidak akan kekal lama sebagai ahli politik atau pemimpin parti, jadi untuk memudahkan perjalanan, kita ikut sajalah undang-undang yang ditetapkan,” ujarnya.
ReplyDeletePasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) telah membawa banyak perubahan dalam konteks keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini, malah ianya juga mendapat tempat di hati masyarakat sebagai salah sebuah pasukan keselamatan yang ikhlas untuk berjuang demi kedaulatan negara.
ReplyDeletepihak Kerajaan Negeri berpuas hati dengan semangat juang dan penuh dedikasi anggota keselamatan termasuk Rela dalam memikul amanah dan tanggungjawab masing- masing
ReplyDeleteKerajaan Negeri sentiasa menghargai dan mengikhtiraf sumbangan yang diberikan pasukan Rela di negeri ini berikutan peranan mahu pun tanggungjawab yang dilaksanakan dalam memelihara keselamatan pada setiap masa.
ReplyDeleteKM Sabah menggesa segenap lapisan rakyat supaya bersama-sama berbakti kepada masyarakat dengan menyertai pasukan tersebut.
ReplyDeleteAntara aktiviti dan tugasan yang sering melibatkan anggota Rela ialah operasi bersepadu, operasi menyelamat mangsa banjir dan bencana alam serta kawalan setempat yang melibatkan sama ada agensi kerajaan atau pihak swasta.
ReplyDeleteRela juga bertugas bersama pihak polis dalam penugasan rondaan cegah jenayah di seluruh negara. Saya difahamkan bahawa, pasukan ini juga turut terlibat dalam mengawal sasaran penting dan depoh tahanan sementara
ReplyDeleteMusa berharap anggota Rela dapat meningkatkan azam dan iltizam dengan bersama-sama anggota pasukan keselamatan lain dalam usaha menjaga keselamatan dan ketenteraman awam khususnya di negeri ini.
ReplyDeleteKM Sabah yakin dan percaya komitmen tinggi pasukan itu akan memboleh kerajaan untuk menumpukan lagi usaha-usaha memacu pembangunan serta kemajuan negeri demi kesejahteraan rakyat berbilang kaum, agama dan budaya
ReplyDeleteKerajaan sememangnya tidak pernah lupa akan tanggungjawab sebagai kerajaan yang diamanahkan oleh Rakyat.
ReplyDeleteKerajaan telah pun mencadang untuk membangunkan lagi sektor pertanian di Negeri Sabah.
ReplyDeleteMalaysia tidak ada hubungan diplomatik dgn Israel tapi barangan Israel seperti Gas Pemedih Mata ada diMalaysia, juga ada FCB dan APCO.. Minyak masak keluaran Malaysia ada dijual diIsrael.. Fuul Stop..!!
ReplyDeleteLagi bagus..bukan FELDA boleh menang pun kalau fakta dan bukti betul. Melainkan kalau hakim kena beli.. Lepas ni lagi banyak lah rahsia penipuan FELDA terbongkar. dulu FELDA ada hampir 60 kolej swasta untuk anak-anak generasi FELDA sambung belajar ditanggung oleh FELDA, sekarang tinggal 14 kolej saja.kenapa semakin berkurang..kerana duit FELDA berkurangan..untuk tampung pengajian pelajar di hampir 60 kolej ini. maka berkuranglah bantuan untuk anak2 generasi FELDA yang gagal untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. Jika izin Allah ANAK menang dalam kes saman ini.Terbuktilah ISA SAMAD dan AHMAD MASLAN bersalah dan perlu disiasat.
ReplyDeleteJom kenali Pecacai angkat najis LEMBU...TERRORIST,HEADHUNTER,MANTRA,SANIH..Tukang komen UMGOK BODOH PIANG.
ReplyDeleteRupa2nya OCPD Hulu Selangor yg beri 'green light' kpd samseng dari luar Sg Tengi tu buat huru hara jika NGO ANAK dpt masuk ke Felda . Siap mereka announce dlm mesyuarat trtutop samseng2 tu yg OCPD arahkn buat huru hara asal jgn brgaduh. Pandaikn polis? Dia tau kalau brgaduh samseng akan senang2 di charge under akta polis tapi ini hanya brteriak dan cabut banner2 NGO atau halang2 kemasukan mereka tu. NO BODY CONTACT. Licik kn idea tu...ye la sebab idea polis sendiri.
ReplyDelete**yassir arafat
jgn berlagak samseng.
ReplyDelete