Monday, February 18, 2013

10 Anak Muda Cina Sertai Program Pemuda PAS

Dalam heboh Umno menakut-nakutkan kaum Cina agar membenci PAS, 10 orang anak muda kaum Cina telah menyertai program berbasikal anjuran Dewan Pemuda PAS Gombak semalam.

Bertempat di Taman Metropolitan, Kepong mereka antara 30 peserta membuat kayuhan di taman itu sempena pelancaran Alternative Cycling Club (ACC) yang ditubuhkan oleh Lajnah Sukan dan Kebudayaan (Dacs) Pemuda PAS Gombak.

Salah seorang peserta, Thai Choo Swee yang datang bersama keluarganya berkata, beliau begitu gembira dan teruja kerana dapat bersama-sama pemuda PAS dalam aktiviti tersebut.

"Saya mendapat tahu program ini daripada rakan-rakan saya bangsa Melayu. Jika ada lagi program sebegini, saya mesti akan sertai lagi," katanya.

Program seperti ini adalah kali pertama dianjurkan oleh Dacs dan Dewan Pemuda PAS Gombak sebagai tarikan kepada anak muda zaman sekarang.

Ternyata, program tersebut semalam bukan sahaja menarik anak muda Melayu Islam malah turut menarik minat bukan Islam khususnya masyarakat Tioghua.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Gombak Syarhan Humaizi berkata, penyertaan buakn Islam ke program itu semalam membuktikan bahawa PAS sebenarnya sudah menjadi parti massa yang diterima semua kaum.

Malah katanya, propaganda serta momokan oleh pihak Umno yang cuba menakut-nakutkan bukan Islam kepada PAS ternyata gagal.

"Alhamdulillah, ketika orang lain sedang sibuk menakut-nakutkan kaum Cina kepada PAS, mereka bukan semakin takut, tetapi mereka sebenarnya semakin dekat mengenali Parti Islam Se-Malaysia PAS", katanya ketika merasmikan kelab berkenaan.

Beliau juga mengharapkan anak muda dapat menyertai pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan pada masa akan datang.

Kelab berkenaan merupakan kelab ke-3 yang telah ditubuhkan oleh Pemuda PAS Gombak selepas Alternative Riding Club (ARC) dan Alternative Photography Club (APC) untuk mendekati anak muda Gombak.

Turut diadakan bersama semalam program 'Outing Fotografi' bersama APC Gombak ditempat yang sama dan telah menarik lebih kurang 40 orang penyertaan. -pemudagombak

60 comments:
Write comments
  1. Bukan PAS hanya memperjuangkan Islam. Apa pun yang baik mesti diikut.

    ReplyDelete
  2. program berbasikal rasanya ini satu perkara yang sihat. Ingatkan apa tadi.

    ReplyDelete
  3. Kalau cakap menyertai ceramah rasanya memang tidak mungkin.

    ReplyDelete
  4. Program kesihatan sudah pastilah akan disertai oleh orang yang berminat.

    ReplyDelete
  5. Tidak perlu dibanggakan sangat hanya dengan semua ini.

    ReplyDelete
  6. Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin membidas kemelut perebutan jawatan Perdana Menteri antara ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang yang dianggap sesuatu yang amat memalukan ahli dan penyokong Pakatan Pembangkang dan sangat jelas memperlihatkan kedangkalan kepimpinan gabungan parti tersebut dalam soal pemilihan pemimpin.

    ReplyDelete
  7. Menurut beliau, polemik tentang jawatan PM ini merupakan satu bukti betapa singkatnya pemikiran kepimpinan Pakatan Pembangkang sekaligus memperlihatkan bahawa perjuangan Pakatan bukanlah untuk rakyat, sebaliknya untuk kepentingan politik dan agenda peribadi dan parti tertentu.

    ReplyDelete
  8. “Saya sebagai ahli Pakatan Pembangkang merasa amat malu bila lihat pemimpin Pakatan tidak habis-habis berbalah siapa mahu jadi PM sehingga jadi isu antara mereka sendiri. Sepatutnya mereka ini tumpu untuk menang pilihanraya dulu, barulah fikir siapa yang layak untuk jawatan itu.

    ReplyDelete
  9. “Ini pilihanraya pun belum tentu menang, sudah kalut berkelahi siapa nak jadi PM. Nampak sangat kepimpinan Pakatan sudah mula tamak dan berebut jawatan, terutamanya DAP. Saya sebagai ahli merasa kecewa dengan sikap kepimpinan yang separuh masak tetapi bercita-cita tinggi untuk mentadbir negara,” tegas beliau

    ReplyDelete
  10. Tambah beliau lagi, jika mahu dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN) yang sudah memerintah lebih 55 tahun, isu siapa yang patut menjadi PM tidak pernah timbul dan ini membuktikan bahawa kepimpinan parti-parti komponen di dalam BN lebih bijak bermuafakat dan menjadikan agenda nasional lebih utama daripada kepentingan politik parti masing-masing.

    ReplyDelete
  11. “Selama 55 tahun BN memerintah, isu seperti ini tak pernah timbul. Tapi Pakatan, belum pun tentu menang pilihanraya akan datang nanti, mereka sudah mula berbalah siapa yang patut jadi PM. Inilah bezanya antara kematangan BN dan kedangkalan Pakatan.

    ReplyDelete
  12. “Bagi pendapat saya, Pakatan memang tak layak jadi pemerintah. Mereka tidak ada calon yang berpengalaman. Katakanlah jawatan PM ada calon, tapi bagaimana pula jawatan-jawatan lain, seperti timbalan dan sebagainya? Siapakah pemimpin yang benar-benar layak dan berpengalaman untuk pegang jawatan itu dalam Pakatan,?” soalnya.

    ReplyDelete
  13. Jelasnya lagi,hakikatnya Pakatan Pembangkang sebenarnya amat ketandusan pemimpin yang berpengalaman dan berkalibaer untuk mentadbir negara.

    ReplyDelete
  14. “Saya yakin rakyat boleh menilai sendiri siapa diantara kepimpinan Pakatan Pembangkang yang layak dan berpengalaman untuk mentadbir. Macam Karpal, biarpun dia seorang ahli politik veteran, tetapi kadang-kadang sikapnya dan pendapatnya seperti budak-budak.

    ReplyDelete
  15. Datuk Seri Haji Hadi sendiri pun tidak punya pengalaman tadbir negara, cuma ada pengalaman jadi MB saja. Itu pun tak lama, sepenggal saja. Mungkin Anwar sajalah yang dilihat ada pengalaman. Tapi rasa malulah sikit, sebab pengalaman mentadbir yang Anwar ada pun bukannya dikutip dalam Pakatan, sebaliknya semasa dia memegang jawatan dalam UMNO.

    ReplyDelete
  16. “Jadi, saya tidak nampak ada pemimpin dalam Pakatan yang benar-benar layak dan berpengalaman untuk tadbir negara. Sebab itu saya tegaskan, Pakatan Pembangkang hari ini tidak layak lagi untuk memerintah negara,” ujarnya.

    ReplyDelete
  17. Kira-kira 1,000 Dijangka Tinggalkan Pas Menjelang Mac Dalam Program Selamat Tinggal Pembangkang

    Kira-kira 1,000 anggota pembangkang terutamanya Pas dijangka meninggalkan parti itu menjelang Mac ini dalam program Selamat Tinggal Pembangkang (STP) anjuran UMNO Bahagian Besut, kata Ketuanya Datuk Seri Idris Jusoh.

    Beliau berkata jumlah itu adalah berdasarkan semakin ramai anggota Pas yangsudah mula hilang keyakinan dengan konsep perjuangan parti itu lebih-lebih lagiapabila sanggup menjalin pakatan dengan DAP yang ternyata tidak menerima negeri berkonsepkan Islam.

    ReplyDelete
  18. Kira-kira 1,000 Dijangka Tinggalkan Pas Menjelang Mac Dalam Program Selamat Tinggal Pembangkang

    “Awal bulan ini kita telah terima hampir 400 anggota Pas majoritinya yang mahu menyertai UMNO selepas muak dan tidak boleh menerima pendekatan parti itu yang semakin menyimpang dari perjuangan Islam termasuk dalam isu berkaitan kalimah Allah,” katanya di sini Rabu.

    Idris berkata rata-rata penyokong turut melahirkan rasa keliru apabila melihat perjuangan Pas pada hari ini yang berbeza dengan matlamat asalnya termasuk menghalalkan wanita tampil berceramah mewakili parti itu.

    ReplyDelete
  19. Kira-kira 1,000 Dijangka Tinggalkan Pas Menjelang Mac Dalam Program Selamat Tinggal Pembangkang

    “Dulu wanita nak masuk tilawah Al-Quran pun dihalang, dengan alasan suara aurat tetapi sekarang sanggup ambil artis wanita berceramah wakili mereka, apa sudah jadi?.

    “Demi cita-cita mahu ke Putrajaya mereka halalkan semua, kalau nak sangat ke Putrajaya saya boleh sediakan bas, pergilah tak payah nak tunggu lepas pilihan raya,” katanya.

    ReplyDelete
  20. Kira-kira 1,000 Dijangka Tinggalkan Pas Menjelang Mac Dalam Program Selamat Tinggal Pembangkang

    Pada 5 Feb lepas, seramai 388 anggota Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Umno selepas hilang kepercayaan terhadap parti mereka dalam perhimpunan STP di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut di Terengganu.

    Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata penyertaan anggota parti pembangkang itu membuktikan UMNO dikagumi dan dipercayai kerana sentiasa konsisten dalam perjuangan yang tidak pernah terkeluar dari landasan agama.

    ReplyDelete
  21. Kira-kira 1,000 Dijangka Tinggalkan Pas Menjelang Mac Dalam Program Selamat Tinggal Pembangkang

    “Baru-baru ini ada orang kuat Pas jumpa saya sembunyi-sembunyi dalam kereta beritahu sudah tidak tahan dengan perjuangan parti itu yang semakin lemah danjelas dipergunakan oleh pakatan lain termasuk DAP,” katanya.

    Idris berkata beliau percaya lebih ramai akan menyertai UMNO dalam masa terdekat dan ini merupakan petanda baik bahawa BN Terengganu semakin kukuh dan mantap di hati rakyat.

    ReplyDelete
  22. Pembangkang salahkan kerajaan kerana membantu rakyat

    PEMBANGKANG mengajar rakyat supaya tidak lagi pandai berterima kasih. Atas sebab itu mereka berpakat memberitahu rakyat, AMBIL SAHAJA APA BANTUAN KERAJAAN tapi jangan berterima kasih, malah digalakan agar mereka MENGUBAH KERAJAAN.

    Ajaran Pembangkang itu sama dengan mengajar anak menampar muka ibu bapa sendiri, apabila anak-anak diberikan penghidupan yang lebih baik dan kemudian telah mampu berdikari, dan seterusnya mengalakkan anak itu membuang ibu bapanya.

    ReplyDelete
  23. Pembangkang salahkan kerajaan kerana membantu rakyat

    Selain itu, pembangkang berbohong, kononnya tidak berguna menyokong kerajaan, kerana kerajaan tidak membangun negeri dan rakyat.

    Kenyataan pembangkang yang bercanggah satu sama lain. Pertama AMBIL SAHAJA SEBARANG BANTUAN KERAJAAN, kedua pula, KERAJAAN TIDAK MEMBANGUN NEGERI DAN MEMBELA RAKYAT.

    ReplyDelete
  24. Pembangkang salahkan kerajaan kerana membantu rakyat

    Kerajaan Bn, membantu rakyat menanggung bebanan dengan pemberian BR1M, membantu rakyat dengan subsidi barangan pokok seperti minyak, tepung, minyak masak, gas masak dan sebagainya yang mencecah RM22 bilion setahun. Malah melalui subsidi minyak, menjadikan negara mempunyai harga minyak ke-5 terrendah di dunia.

    Kerajaan meringankan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah dengan bantuan pra persekolahan RM100 setiap murid daripada tahun 1 hingga tingkatan 5.

    ReplyDelete
  25. Pembangkang salahkan kerajaan kerana membantu rakyat

    Kerajaan memberi sara hidup kepada nelayan, kepada warga mas, oku dan miskin tegar. Apa kah semua ini bukan pembelaan kepada rakyat?

    Bagi golongan berpendapatan di atas Rm3,000 sebulan DAN SEMUA RAKYAT YANG TERGOLONG BERSAMA-SAMA DENGANYA pula diberi pengurangan cukai pendapatan, selain menikmati semua bentuk subsidi yang diberikan kerajaan.

    ReplyDelete
  26. Pembangkang salahkan kerajaan kerana membantu rakyat

    Rakyat menikmati proses pembelajaran yang percuma daripada Tadika ke Tingkatan 5, malah di peringkat kolej atau universiti, kerajaan menyediakan biasiswa pada pelajar yang layak, dan menyediakan PTPTN kepada segenap pelajar yang layak diterima belajar.

    Di Sabah misalnya, Kerajaan Pusat telah menyalurkan RM23.2 bilion dalam RMK-10, termasuk RM7 bilion pada tahun lepas. Di samping itu, kerajaan negeri menyediakan bajet RM4.088 bilion pada tahun 2012 demi pembangunan rakyat dan negeri.

    ReplyDelete
  27. Pembangkang salahkan kerajaan kerana membantu rakyat

    Pembangkang menyorok semua data itu, dan berbohong kepada rakyat kononnya negeri Sabah tidak membangun di bawah kerajaan Bn, sebab itu, kerajaan perlu diubah, agar Sabah boleh membangun.

    Sebenarnya, pembangunan semua tertakluk kepada sumber kewangan. Sumber kewangan negara bersumber kepada keadaan perekonomian yang kondusif, kestabilan politik dan keamanan.

    ReplyDelete
  28. Pembangkang salahkan kerajaan kerana membantu rakyat

    Sumber kewangan tidak akan turun daripada langit, tanpa melalui usaha yang terus menerus dari semua pihak.

    Kerajaan hanya sebagai fasilitator kepada persekitan ekonomi yang sihat, sebab itu kerajaan Bn melakukan berbagai transformisi, baik dalam kerajaan, sosial, politik dan ekonomi.

    ReplyDelete
  29. Pembangkang salahkan kerajaan kerana membantu rakyat

    Kerajaan Bn mempunyai visi yang jelas, mempunyai landasan yang telah dirangka dan kerangga perancangan itu membolehkan negara maju pada tahun 2018, awal dua tahun daripada target tahun 2020.

    Kenapa rakyat perlu MNEGUBAH sesuatu kerangka atau landasan yang betul untuk negara menjadi negara maju?

    ReplyDelete
  30. Pembangkang salahkan kerajaan kerana membantu rakyat

    Janganlah termakan dan menjadi sebahagian daripada penyokong Anwar Ibrahim yang hanya mahu menjadi Perdana Menteri. Janganlah sejarah diri sendiri ternoda kerana menjadi sebahagian daripada mereka yang menyokong mencapai cita-cita seseorang yang bertujuan peribadi.

    Anwar sebenarnya tidak mempunyai isu terhadap kerajaan. Isu yang ada, semuanya berbentuk penafian kepada usaha kerajaan. Isu yang pada Anwar, hanya menghasut rakyat, mengajar rakyat kurang ajar, menghasut rakyat supaya jangan berfikir rasional.

    ReplyDelete
  31. Pembangkang salahkan kerajaan kerana membantu rakyat

    Bagi rakyat Sabah, cuba tanya diri sendiri, apa sumbangan ANWAR pada rakyat negeri ini? sumbangan terbesar Anwar adalah mengwujudkan PERJUDIAN DI NEGERI INI PADA TAHAP GABAN. Melalui perjudian itu, maka wang rakyat Sabah masuk semula kepada tauke judi, mudahlah Anwar mendapat sponsor.

    Cuba tanya diri sendiri, sejak tahun 1998, Anwar tiada jawatan, namun mampu mempertahankan GAYA HIDUP SEERTI JUTAWAN, MALAH SANGGUP TERBANG DENGAN JET MEWAH, DENGAN HELI..PENERBANGAN KELAS PERTAMA.. DARI MANA SUMBER KEWANGAN ITU?

    ReplyDelete
  32. Pembangkang salahkan kerajaan kerana membantu rakyat

    Seperti kata Ketua Menteri Sabah, Anwar datang ke Sabah seolah-olah mengajar itik berenang, mengajar pemimpin Sabah untuk membangun negeri, sedangkan pengurusan kewangan Sabah mendapat pujian daripada Ketua Audit negara lebih 5 tahun berturut-turut.

    Bajet Sabah saban tahun terus meningkat, malah mengemukakan bajet negeri yang senantiasa membuat rekod setiap tahun. Di sebabkan tiada isu, maka Anwar menafikan semua data itu, dengan mengangkat isu-isu pengelipur lara, yang punya jangka hayat yang singkat.

    ReplyDelete
  33. Pembangkang salahkan kerajaan kerana membantu rakyat

    Atas sebab semua isu pembangkang bercorak penglipurlara, maka Perdana Menteri memperlambat PRU-13, agar rakyat benar-benar mengetahui semua tipu muslihat pembangkang.

    Kata orang.. Hilang kabut jelas lah gunung. Akhirnya Anwar dan konco-konco akan terduduk semula pada PRU-13 akan datang. Sememangnya SABAH TATAP BN.

    ReplyDelete
  34. Parti seperti Pas yang menggunakan agama untuk kepentingan politik akhirnya akan ditolak oleh rakyat seperti yang berlaku di negara-negara lain.

    ReplyDelete
  35. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, analisis komunikasi politik menunjukkan sokongan terhadap parti berasaskan agama termasuk Islam, Hindu, Kristian dan Yahudi tidak bertahan lama setelah rakyat menyedari parti-parti tersebut sebenarnya cuma 'menunggang' agama untuk meraih kuasa politik.

    ReplyDelete
  36. "Cuba kita tengok Parti Bharatiya Janata (BJP) di India yang berasaskan fahaman Hindu dapat peluang memerintah selama sepenggal, tetapi akhirnya ditolak oleh penganut Hindu di India kerana mereka hanya memainkan agama untuk mendapat kuasa politik.

    ReplyDelete
  37. "Sama juga dengan apa yang berlaku di Malaysia apabila Pas mahu melaksanakan hudud dan mengubah Perlembagaan kepada Perlembagaan Islam sepenuhnya, tetapi selepas tiga empat hari, mereka tarik balik," katanya.

    ReplyDelete
  38. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, parti politik yang menggunakan agama akan menimbulkan masalah kerana pandangan daripada pemimpin parti berkenaan akan dianggap sebagai fatwa oleh pengikut-pengikut tegar mereka.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130218/po_05/Rakyat-akan-tolak-Pas---Ahmad-Zahid#ixzz2LKq88lAq
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  39. Yg bodoh masih dlm Umngok manakala yg cerdik dah berpusu2 masuk PAS

    ReplyDelete
  40. Telur sebiji,riuh sekampung.10 orang tu masih sikit lagi.lainlah kalau sekaligus 1000 atau 10 000.

    ReplyDelete
  41. Nasional (BN) yakin sokongan dan kepercayaan kaum Cina tidak akan berubah pada pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  42. Pengerusi Penyelaras BN Beaufort, Isnin Haji Aliasnih berkata dakwaan bahawa kaum Cina mengalihkan sokongan dan kepercayaan mereka sengaja dihebah-hebohkan oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  43. “Pembangkang sengaja membuat dakwaan itu kerana mahu mengelirukan rakyat dan seterusnya mencetuskan perbalahan antara kaum,” katanya.

    ReplyDelete
  44. Pembangkang juga cuba memperkecil-kecilkan kaum Cina dengan cuba memberikan gambaran negatif terhadap kaum itu di mata kaum yang lain.

    ReplyDelete
  45. Pembangkang mahu kaum lain melihat bahawa kaum Cina lebih percaya dan menyokong pembangkang.“Apa yang dihebah-hebohkan oleh pembangkang itu sebenarnya mahu mencetuskan perbalahan antara kaum sedangkan kaum Cina masih yakin, percaya dan terus memberikan sokongan kepada BN.

    ReplyDelete
  46. “Kita berharap rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan pembangkang dan begitu juga dengan kaum Cina, kita mahu mereka tidak diperbodohkan dan diperalatkan oleh pembangkang,” katanya lagi.

    ReplyDelete
  47. Menurutnya, pembangkang sengaja berbuat demikian kerana mahu mencapai impian dan cita-cita sendiri.

    ReplyDelete
  48. Katanya, pembangkang bukan berjuang untuk rakyat tetapi untuk kepentingan diri sendiri dan seterusnya memenuhi cita-cita serta impinan pemimpin mereka.

    ReplyDelete
  49. “Apa yang telah diperjuangkan oleh BN sejak dahulu sehingga sekarang telah dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira anutan agama dan juga suku kaum, malah BN juga tidak pernah mengabaikan kaum yang lain dan mengamalkan sikap pilih kasih,” katanya dan menambah BN akan memastikan kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat tidak akan tergugat.

    ReplyDelete
  50. PAS teramat menekankan unsur berkaitan agama islam.

    ReplyDelete
  51. Unsur bangsa dan agama tidak harus dimainkan.

    ReplyDelete
  52. Perpaduan antara kaum harus diutamakan.

    ReplyDelete
  53. Berubah untuk yang terbaik, apa salahnya.

    ReplyDelete
  54. Adakah dakwaan ini seolah rekaan untuk merosakkan perpaduan dan keharmonian antara kaum>?

    ReplyDelete
  55. upacara berbasikal pula, patutlah meereka sertai.

    ReplyDelete
  56. kalau ceramah, tak mungin mereka sertai

    ReplyDelete
  57. Isu agama tidak sepatutnya dikaitkan dalam politik.

    ReplyDelete
  58. Pembangkang cuba mengaburi mata rakyat dengan membuat dakwaan yang tidak benar.

    ReplyDelete
  59. Ya Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang menjadikan langit dan bumi serta menggerakkan awan. Kami hamba Mu yang lemah dan daeef sujud memohon kepada Mu. Sesungguhnya UMNO dan Barisan Nasional akan menipu dan berbohong dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

    Ya Allah Ya tuhan kami, pohon kami semoga Kau menurunkan Bala Tentera Malaikat Mu dan mengagalkan segenap penipuan mereka ini, Ya Allah. Pastikan setiap penipuan mereka itu memakan diri mereka sendiri.

    Ya Allah, ko turunkan Bala Mu pada setiap yang bertanggungjawab di atas penipuan2 ini samada mereka duduk di dalam Jabatan Pendaftaran Negara, Kementrian Pertahanan, Kementrian Dalam Negeri, Imigresen, SPR dan mana-mana lagi. Turunkan bala ke atas mereka sekiranya mereka terus menerus mahu menipu, Ya Allah

    NamaMu pun diuar-uarkan merbahaya diletakkan pada semua Tuhan, sedangkan Engkaulah Tuhan yang terutama yang disembah oleh Kristian, Yahudi, Hindu dan lain-lain agama, Ya Allah. BN penipu serata alam. Tidak menjaga kebajikan orang susah dan golongan pelajar, Ya Allah. BN k.o..! k.o lah BN..! BN itu penipu, Ya Allah. Menangkanlah Tuan Guru dalam memerintah Kelantan yang bahagia dan mulia. Panjangkanlah umurnya hingga 250 tahun.. Amiin

    ReplyDelete
  60. dalam PRU 13 ini, siapa sokong UMNO / BN..kamu muka neraka

    sokong PR kerana parti ini bijak, jujur, buat kerja & sayang Allah

    INi KaLiLAh!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.