Sunday, February 24, 2013

Bagaimana "Permastautin Tetap" Boleh Mengundi?

Pemastautin tetap dapat mendaftarkan dirinya sebagai pengundi dan pergi mengundi dalam tiga pilihan raya, demikian suruhanjaya diraja menyiasat pendatang di Sabah diberitahu hari ini.

Omar Mohd Subair mengaku beliau adalah seorang pengundi selepas disoal oleh pegawai pengendali RCI, Jamil Aripin.

"Selepas menerima sijil kelahiran anda, anda memohon untuk menukarnya kepada kad pengenalan biru (warganegara) pada tahun 1991 dan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) mengeluarkan resit sementara yang mengandungi nombor 12 digit," kata Jamil.

Tanpa pengetahuan Suruhanjaya Pilihanraya, Omar berjaya didaftarkan sebagai pengundi, kata Jamil dan Omar bersetuju dengannya.

Omar kemudiannya mengundi dalam 1994 pilihan raya negeri Sabah serta pilihan raya umum 1999 dan 2004.

Jamil menjelaskan bahawa Omar telah mengambil kesempatan daripada kecacatan dalam sistem 12 digit itu yang dilaksanakan pada tahun yang sama - 1991.

Beliau berkata SPR, yang dalam proses mengemaskini kepada sistem baru itu, gagal untuk menyemak nombor 12-digit baru itu dengan nombor kad pengenalan lama dengan awalan 'H', yang menunjukkan ia adalah IC merah.

"Tetapi pada 2008, apabila saya menyemak status saya sebagai pengundi, nama saya tidak ada lagi," kata Omar.

Ini, kata Jamil, adalah kerana SPR telah memperbetulkan masalah itu selepas mengesan kesilapan tersebut.

46 comments:
Write comments
  1. Ini semua angkara Mamak Kutty..Pendatang asing boleh mengundi..//

    ReplyDelete
  2. Memang dasar penipu...ayuh... rakyat malaysia sedar lah sampai bila kita nak ditipu oleh umno/bn ni... Umno kini bkn di zaman Tengku, Umno kini Mahadir punya sebab umno 1986... mahkama mana nak nafikan? umno telah diharamkn
    pada tahun 1986, maka lahirlah UMNO (B) ingat tak...maka lahirlah semangat46 tapi semangatnya tak lama >>??? dn sekarng ada yg jadi menteri... maka 1998 semangat refomasi lahir dari semangat Anwar... .Umno sekaran hanya nak kuasa untuk berkuasa demi menyelamatkan diri..peduli pa
    rakyat... bagi BR1M, beliau ingat dah cukup.... rakyat dah sedar.. bagi ambil
    sebab itu duit rakyat dan negara... bukan duit kocek umno/bn..ingat rakyat bodoh... Jom Ubah...ke PR Love New PM 17 Anwar...

    ReplyDelete
  3. Hidup OMNOooo. Oh No No No... Malaysiaku/Sabahku kian parah dikerjakan OMNO. Oh No No Nooo.

    ReplyDelete
  4. "Beliau berkata SPR, yang dalam proses mengemaskini kepada sistem baru itu, gagal untuk menyemak nombor 12-digit baru itu dengan nombor kad pengenalan lama dengan awalan 'H', yang menunjukkan ia adalah IC merah."

    **Di atas trdapat ayat yg mnjelaskan SPR gagal mnyemak no 12 digit dgn KP ada huruf H...masalahnya bajet brjuta habis utk perbelanjaan SPR,benda mcm tu tak boleh handle.BODOH.

    ReplyDelete
  5. ingatkan tukar kerajaan BN (akibat isu murtad, keperitan di Kg Buah Pala, penyapu pd pengurusan daerah dll) merupakan jawapan terbaik.. rupa2nya pengundi-pengundi di negeri Pakatan Raayat – tertipu.. lagi azab, dihipokrasi & tersepit! PR dengan LGBT, Islam, Allah dimanusiakan, Nabi Muhammad dipersendatemehkan, sampah berterabur, rumah-rumah urut juga pub kian berleluasa.. makin teruk!! Siap dijaga oleh exco yang samseng lagi.


    Bantuan bantuan pada rakyat negeri seperti dijanjikan pun ntah ke mana? Airpun Krj Negeri PR tak mampu jaga??? ni, rumah aku xde air ni!!! sebelum ni ok aje. Aman xde sampah & ulat!!! Kini, busuk & meloyakan.


    Nah, di bawah PM baru.. terlalu banyak pendekatan berfokus rakyat & kemajuan dilaksanakan. Rekod Najib yang kuat berlawatan kerja & membantu meningkatkan sokongan rakyat biasa terfikir menyokong BN. BN x mengata dan memfitnah, tapi Najib buat kerja dan tunaikan janji yang dibuatnya berbanding PR.


    Fitnah PEMASTAUTIN BOLEH MENGUNDI adalah antara cobaan PR mengalih isu merapu dalam kelemahan PR menunai janji. Bloggers & ahli parti diminta sekali lagi mengajak rakyat menyokong malaun-malaun yang menjadi calon PR. Fitnah-fitnah ini dihalalkan demi mengejar kuasa & pengiktirafan. Rakyat yang terpengaruh, cepat-cepat dipuji pandai..bijak..hebat..but, sebenarnya dilatih BERKURANG AJAR.


    perhatikan pengundi sebegini -mental block, tak bersyukor, hasad, serta beremosi tinggi. *Memahami kelicikan Anu War, fitnah alternatif juga diwujudkan jika PR kalah, sedangkan rakyat khususnya di negeri PR ramai yang dah bengang termasuk bini aku!


    buat anu War..tektik canang fail, berjanji & politik kamu saat PRU 12 lepas sedang aku analisa. *kami, silent majority memang akan kembali..akan aku gerakkan kawankawan, jiran, staf, anak menantu sokong BN!! sape terlalu idealis PR aku sepak, terajang dia. aku + bini menyesal & marah

    ReplyDelete
  6. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar, SPR mempunyai kuasa di bawah seksyen 3(d) Akta Pilihan Raya 1958 dan seksyen 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya di setiap bahagian pilihan raya Parlimen.

    ReplyDelete
  7. Keanggotaan pasukan ini adalah terdiri daripada:-

    (a) Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik di bawah seksyen 3(d) Akta Pilihan Raya 1958
    (b) Seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari inspektor.
    (c) Seorang wakil pihak berkuasa tempatan.
    (d) Seorang wakil parti politik/calon.

    ReplyDelete
  8. Fungsi-fungsinya ialah:-

    (a) Mengawasi dan memantau semua aktiviti calon
    (b) Menurunkan semua bahan kempen yang bercanggah dengan undang-undang Pilihan Raya
    (c) Menghentikan ucapan dan syarahan yang melanggar undang-undang pilihan raya.
    (d) Mengawal dan menyelaras aktiviti berkempen

    ReplyDelete
  9. Undang-undang yang ada sekarang melarang calon daripada mendirikan sebarang barong atau pondok panas di dalam kawasan calon itu bertanding. Namun demikian calon-calon dibenarkan untuk mengadakan pejabat parti untuk urusanya di luar kawasan 50 meter dari pusat mengundi.

    ReplyDelete
  10. Bagi memastikan kelancaran pengundian, SPR akan mengadakan Barong SPR di pusat-pusat mengundi. Tujuaan barong ini diadakan adalah untuk membantu pemilih menyemak nama mereka berada di dalam daftar pemilih dan penentuan pusat dan tempat mengundi mereka supaya pengundian dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

    ReplyDelete
  11. Calon-calon dibenarkan membelanjakan untuk urusan pilihan raya mereka berdasarkan jumlah berikut :-

    (a) Parlimen : Tidak lebih daripada RM200,000.00
    (b) Dewan Undangan Negeri : Tidak lebih daripada RM100,000.00

    ReplyDelete
  12. Calon-calon dikehendaki mengemukakan penyata perbelanjaan kepada SPR dalam tempoh 31 hari dari tarikh keputusan pilihan raya di wartakan. Calon-calon dan ejen pilihan raya yang gagal berbuat demikian menyebabkan mereka tidak layak untuk bertanding bagi tempoh lima tahun akan datang.

    ReplyDelete
  13. Terdapat tiga jenis pengundian di Malaysia:-

    (a) Pengundian biasa melibatkan pemilih-pemilih biasa yang akan mengundi pada hari yang ditetapkan sebagai hari mengundi.
    (b) Pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta anggota Polis dan pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA), dan
    (c) Pengundian pos melibatkan pengundi tidak hadir yang terdiri daripada angkatan tentera dan pasangannya, anggota Polis serta pasangan PGA yang terpaksa menjalankan tugas operasi pada hari mengundi, pelajar di luar negara dan pasangannya serta kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara dan pasangannya.

    ReplyDelete
  14. Pengundi-pengundi lain yang dibenarkan mengundi secara pos ialah:

    (i) Petugas Pilihan Raya
    (ii) Ahli Panel, Pegawai dan kakitangan SPR
    (iii) Mana-mana kategori yang ditetapkan oleh SPR layak untuk mengundi secara pos melalui pewartaan

    ReplyDelete
  15. Pengundian Awal akan diadakan lebih awal iaitu kira-kira 2-3 hari sebelum tarikh pengundian biasa. Kertas-kertas undi yang telah ditanda akan disimpan dengan selamat dan akan dibuka untuk pengiraan pada jam 5.00 petang pada hari pengundian sebenar.

    ReplyDelete
  16. Pengundian pos ini akan diadakan lebih awal iaitu sebaik sahaja kertas undi di cetak dan mereka perlu mengemukakan kertas undi tersebut yang telah ditanda ke Pejabat Pegawai Pengurus selewat-selewatnya pada jam 5.00 petang pada hari mengundi.

    ReplyDelete
  17. mcmana SPR boleh memastikan undi pos dipangkah oleh pemiliknya @ bossnya???

    ReplyDelete
  18. itu lah kerja menipu,sekarang sudah ada tanda-tanda bahawa kerajaan sekarang akan masuk longkang,SPR memang satu unit yang kerjanya menipu saja patut lah dinama kan SPR(Suruhanjaya Penipu Rakyaat)kalau ada orang bangkang atau bantah masa pilihanraya patut selidik lah dan on the sport jangan kasi dia mengundi,tapi apa jawapan SPR jika polling agen parti yang membantah"kalau ada dalam daftar boleh mengundi,nanti saya kasi nama lembu saya dan daftar pegi mengundi masa pilihan raya saya tarik lembu saya pegi mengundi SPR terima kah tidak sebab ia berdaftar dengan sebagai pengundi sebab disabah siapa pun boleh daftar mengundi asalkan ada nama dan ikut parti BN bukan dia check orang itu

    ReplyDelete
  19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan pemimpin pembangkang yang memberi pelbagai alasan untuk tidak menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International menunjukkan mereka takut kerana menyembunyikan sesuatu.

    ReplyDelete
  20. Kalau pemimpin pembangkang tidak mahu tandatangan maknanya ada sesuatu yang dia tidak berani untuk tandatangan kerana pengakuan dia itu tidak sama dengan apa yang dia buat.

    ReplyDelete
  21. Sekiranya tiada masalah, tidak ada kebimbangan untuk menandatangani ikrar ini cuma orang yang takut memberi pelbagai alasan

    ReplyDelete
  22. Masa Nik Aziz dilantik sebagai Menteri Besar dia angkat sumpah depan Sultan kan...sepatutnya dia kena bagi tahu Sultan tak perlu tandatangan, yang penting dalam hati. Ini semua cakap tak serupa bikin, ini cuma politik saja, kalau tak buat salah tandatangan sajalah

    ReplyDelete
  23. Beliau juga yakin semua calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan menandatangani ikrar itu.

    ReplyDelete
  24. Najib menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam memerangi rasuah terutamanya dalam pilihan raya umum ke-13. Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum, berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan undang-undang.

    ReplyDelete
  25. Calon yang menandatangani ikrar itu bersetuju mematuhi Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturannya; dan memastikan tindakan mereka adalah untuk faedah orang ramai dan bukan untuk kepentingan sendiri.Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin parti komponennya menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International Malaysia (TI-M), satu langkah dilihat untuk membuktikan kesungguhan gabungan tersebut untuk bertanding secara adil dalam Pilihan Raya 2013.

    ReplyDelete
  26. ikrar tersebut diperkenalkan sebahagian daripada kempen badan pemantau rasuah itu untuk mempromosikan pilihan raya bersih dikala terdapat pertuduhan penipuan undi dan rasuah semasa pilihan raya.

    ReplyDelete
  27. Pembangkang mendakwa BN berjaya mempertahankan kuasa menggunakan taktik tersebut.

    ReplyDelete
  28. Isu integriti adalah sangat penting, dan kami ingin melihat calon yang bertanding dalam pilihan raya akan datang supaya memegang prinsip ini tidak kira apa parti politik mereka.

    ReplyDelete
  29. Ini adalah penting kerana sistem politik yang korup akan memperkecilkan semua usaha anti rasuah.

    ReplyDelete
  30. Siapa yang layak mengundi pasti dapat pas untuk mengundi.

    ReplyDelete
  31. Hanya warganegara yang layak untuk mengundi.

    ReplyDelete
  32. Tidak sabar untuk mengetahui bila masanya untuk mengundi.

    ReplyDelete
  33. Sama-sama kita menanti bilakah masa untuk mengundi.

    ReplyDelete
  34. Rajin2 la kita melihat mana pihak yang selalu memberikan kebaikkan kepada kita.

    ReplyDelete
  35. Kerajaan sekarang tidaklah begitu buruk dalam mentadbir Negara kita.

    ReplyDelete
  36. Pastikan kita memiih calon yang benar2 dapat memberikan manfaat kepada kita.

    ReplyDelete
  37. Semoga kerajaan akan datang lebih mantap lagi.

    ReplyDelete
  38. Keyakinan kita dapat memberi jawapan siapa yang lebih layak

    ReplyDelete
  39. Hanya yang layak dapat memegang tampuk kepimpinan

    ReplyDelete
  40. BERCANGGAH dengan dakwaan kerakyatan-untuk-undi, pendatang asing yang diberikan kewarganegaraan tidak selalunya mengundi BN, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebaliknya ia sebenarnya menguntungkan pembangkang, kata bekas perdana menteri itu yang menegaskan bahawa orang kuat PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan menang dan BN yang kalah dalam pilihan raya.

    ReplyDelete
  41. "Mereka adalah warganegara Malaysia dan ia adalah hak mereka untuk mengundi pilihan mereka," tegas Dr Mahathir lagi.Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas melancarkan buku Antartica: Malaysia Journey Into The Ice, yang memuatkan aktiviti penyelidikan negara ini di Kutub Selatan.

    ReplyDelete
  42. Dr Mahathir mengulangi bahawa di bawah arahan langsung beliau, hanya pendatang yang berkelayakan dipilih untuk mendapat kewarganegaraan.

    ReplyDelete
  43. Beliau sambil menambah bahawa apa yang berlaku di bawah mungkin sebaliknya.

    ReplyDelete
  44. Sebelum ini, Dr Mahathir menuding jari kepada timbalannya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pegawai-pegawai yang didakwa melakukan salahlaku, sambil menegaskan bahawa kerajaan telah mengambil tindakan terhadap pegawai yang terlibat dan mendakwa beliau mempunyai 'pengetahuan' mengenai kemungkinan salahlaku Anwar.

    ReplyDelete
  45. Sama2 kita beralih kepada seorang KM yg sama spt MB Kelantan.!!Bijak mntadbir negeri walau beliau seorang ulama dan tepat lah kata2..Ulama dan Umarak brpisah tiada.

    ReplyDelete
  46. hanya warganegara sahaja layak mengundi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.