Umno Kelantan mungkin akan mengguna kembali formula pilihan raya umum ke-11 tahun 2004 yang membawa kemenangan besar kepada parti itu yang hampir berjaya merampas Kelantan. Umno menang 21 kerusi daripada 45 kerusi state. Formula waktu itu dengan mensyaratkan semua ketua bahagian bertanding di kerusi state.
Mustapa Mohamed |
Dalam pilihan raya 2004 itu hampir semua ketua bahagian bertanding dikerusi state. Mustapa Mohamed ketua bahagian Jeli yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan ketika itu bertanding di kerusi Air Lanas, disamping kerusi parlimen Jeli. Beliau menang dikedua-dua kerusi.
Annuar Musa ketua Umno bahagian Ketereh bertanding dikerusi Kok Lanas, Ramzi Abdul Rahman ketua bahagian Kuala Krai bertanding di kerusi Dabong, Nor Zaidi Omar ketua bahagian Tumpat bertanding kerusi Pengkalan Kubur semuanya menang.
Mohd Fatmi Che Salleh |
Disebabkan formula 2004 itu membawa kejayaan besar, khabarnya ia akan digunakan sekali dalam pilihan raya ke-13 bakal menjelma beberapa minggu lagi, tetapi dengan sedikit pengubahsuaian. Mustapa Mohamed yang diura-ura akan menjadi MB sekiranya UBN menang akan bertanding di kerusi Air Lanas di samping mengekalkan kerusi parlimen Jeli.
Langkah Mustapa bertanding dua kerusi itu dianggap sebagai kurang bijaksana dan menyerlahkan Umno masih belum konfiden untuk menang. Seeloknya beliau hanya tumpukan di kerusi Air Lanas saja.
Ketua bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman yang sebelum ini diberitakan akan digugurkan bersama ketua bahagian Rantau Panjang, Abdullah Yassin dan ketua bahagian Kubang Kerian Fauzi Husin, kemungkinan besar diturunkan sebagai calon atas maslahat untuk tidak menjadi masalah kepada Umno. Pun begitu kedudukan Abdullah dan Fauzi masih berteka teki samda ada bertanding atau tidak.
Ramzi Abdul Rahman |
Zawawi dan Dali Husin walaupun tidak begitu kondusif untuk Umno tetapi mereka diberikan kerusi bagi mengelakkan parti terjejas kerana kemungkinan ada gangguan disebabkan mereka tidak dicalonkan.
Kerusi parlimen Pasir Puteh akan diserahkan kepada Kamaruddin Md Nor, manakala kerusi parlimen Rantau Panjang sehingga hari ini Umno belum dapat memastikan sama ada meletakkan semula Affandi Yusuf ataupun bekas ketua bahagian Mohd Zain Ismail. Seorang sarjana juga disebut-sebut akan diletak di Rantau Panjang.
Ketua bahagian Tanah Merah, Ikhma Ihsan Abdul Aziz, ketua bahagian Kuala Krai, Ramzi Abdul Rahman, ketua bahagian Machang, Jazlan Yamud masing-masing akan diletakkan di kerusi parlimen. Hasrat Ramzi untuk berpindah ke parlimen mungkin menjadi kenyataan apabila calon boleh menang Dr Junaidi Abu Bakar katanya sudah menggendur. Yang sudah pasti tidak akan diletakkan dimana-mana kerusi ialah Annuar Musa, Abdullah Mat Yassin dan Fauzi Husin.
Md Alwi Che Ahmad |
Pengguguran Annuar Musa sebagai calon dalam pilihan raya kali ini akan menjadi satu kejutan besar kepada Umno dan disifatkan tindakan itu satu keberanian bukan Umno Kelantan tetapi Umno Kuala Lumpur.
Manakala kedudukan ketua Umno Pasir Mas, Hanafi Mamat masih menjadi teka teki ekoran beliau dikatakan lebih berminat untuk bertanding di kerusi state Tendong. Hanafi yang dikatakan bermain 'ciku cap' dengan Ibrahim Ali demi memastikan beliau menang.
Awang Adek Hussein |
Kedudukan ketua Umno Tumpat Noor Zaidi Omar yang juga dikatakan sebagai bakal MB yang direzebkan akan kekal di kerusi Pengkalan Kubur.
Ketua bahagian Kota Bharu, Mohd Fatmi Che Salleh akan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu sekali lagi. Fatmi pernah tewas dua kali sekali di state dan sekali di kerusi parlimen Kota Bharu.
Dengan susunan itu ini bermakna sekurang-kurangnya tiga ketua bahagian tidak akan dicalonkan dan 11 ketua dicalonkan semula. Itupun bergantung kepada perkembangan di saat-saat terakhir.
-http://msomelayu.blogspot.com
Lets wait and see what happen next to UMNO in Kelantan.
ReplyDeleteSenarai calon harus dibuat dengan baik agar kemenangan lebih besar khas calon yang benar berkeupayaan memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.
ReplyDeleteSenarai yang tidak dicalonkan harus juga terus berusaha dan berkhidmat dengan baik untuk rakyat.
ReplyDeleteSanggupkah BN menang di Kelantan?
ReplyDeletePengguguran Annuar Musa sebagai calon dalam pilihan raya kali ini akan menjadi satu kejutan besar kepada Umno dan disifatkan tindakan itu satu keberanian bukan Umno Kelantan tetapi Umno Kuala Lumpur.
ReplyDeleteSudah pasti ada sebab tertentu beliau dilucut dari senarai. Walaubagaimanapun, teruskan perjuangan untuk mencapai kedudukan yang lebih baik.
Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata jika semua pihak, jentera parti bekerja kuat tanpa ada sabotaj Barisan Nasional (BN) mampu memenangi 30 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekaligus menawan negeri itu dari tangan Pas.
ReplyDeleteJelas beliau berdasarkan perkembangan terkini, BN mempunyai peluang mencapai kemenangan sekurang-kuranya 23 kerusi daripada sejumlah 45 DUN di Kelantan.
ReplyDeleteMEMANG PERLU KOT UMVO MENANG DI KELANTAN SEBAB KELANTAN DAH CUKUP MERANA DALAM PEMERINTAHAN PAS
ReplyDeleteKatanya gandingan golongan muda, veteran UMNO dan mereka yang mempunyai pendidikan agama akan dipilih bertanding pada pilihan raya yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
ReplyDelete“UMNO Pasir Puteh berpotensi memenangi keempat-empat kerusi DUN iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising berasaskan semakin ramai anggota Pas dan kumpulan atas pagar menyertai BN”, katanya selepas berucap pada majlis ramah mesra peti undi Kampung Bukit Abal di sini malam tadi .
ReplyDeletePENIPUAN Projek LebuhRaya Rakyat Kerajaan PAS Kelantan
ReplyDeleteSetelah majlis pecah tanah dan pelancaran kutipan derma projek Lebuh Raya Rakyat oleh Kerajaan PAS Kelantan, rasa masam mula menggangu kemanisan janji tersebut. Bermula dengan pendedahan nama akaun syarikat yang memungut derma seperti didedahkan olehRBF Online, kisah lama yang menghantui PAS dan kutipan derma mula datang kembali. Ketakutan mula wujud kalau-kalau Lebuh Raya ‘Husam’ ini bukan sahaja indah khabar dari rupa seperti gegar gempita projek Takaful Kifalah Warga Emas, projek Jihad Ternak Kambing Jamnapari, projek Depu dan Dinar Emas Kelantan. Itu adalah senarai ‘pet project’ YB Dato’ Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancang Ekonomi & Kebajikan PAS Kelantan.
“Yang penting sekarang saya akan terus berjuang bagi mempastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas Kelantan daripada Pas pada pilihan raya umum kelak,” katanya.
ReplyDeletePENIPUAN Projek LebuhRaya Rakyat Kerajaan PAS Kelantan
ReplyDeleteHabis perasmian, masalah bermula. Tetapi kemelut ini bukan setakat menjadi identiti Husam bahkan ia juga menjadi jatidiri PAS Kelantan yang diterajui ‘ayah politik’ Husam iaitu Nik Aziz sendiri. Pelbagai projek dirasmikan dan dibuat pecah tanah, tetapi siapnya tidak pernah. Antaranya yang mampu disenaraikan termasuklah projek AFTA City, Projek Bandar Perikanan, Projek Jambatan Palekbang, Projek Petrokimia di Pantai Senok, Projek Stadium Tertutup dan terkini ialah projek stadium Bukit Merbau. Bahkan projek Bandar Baru Tunjong pun jika tidak kerana pembangunan pesat projek-projek Persekutuan di situ, tidak akan ada apa melainkan pokok kelapa dan sawah gersang.
PENIPUAN Projek LebuhRaya Rakyat Kerajaan PAS Kelantan
ReplyDeleteSecara kasar, jika dicampur kesemua kos projek tersebut ianya membawa kepada hampir RM10 Billion. Terkini dicampur pula projek Lebuh Raya Rakyat bernilai RM1.9 Billion. Tidak ada yang mustahilnya bagi Kerajaan Negeri untuk membina projek-projek bernilai berbillion ringgit. Bahkan Kerajaan Negeri Melaka yang mendapat peruntukan persekutuan yang amat kecil jika dibandingkan dengan Kelantan, mampu melakukan lebih dari yang dapat dibayangkan oleh kebanyakan kita. YAB Ketua Menteri Melaka, yang dikeji dan dihina oleh pimpinan PAS, sebenarnya jauh lebih mulia dari YAB Menteri Besar PAS Kelantan di dalam menunaikan janjinya kepada rakyat.
PENIPUAN Projek LebuhRaya Rakyat Kerajaan PAS Kelantan
ReplyDeleteSegala kelemahan dan kekurangan PAS ini berpunca dari kelemahan urus tadbir dan ketidakmampuan untuk mengembangkan sumber pendapatan negeri. Akhirnya, pemimpin PAS Kelantan kembali kepada satu benda yang amat mereka pandai lakukannya, iaitu mengutip derma. Setelah puas mengutip derma dari tauke-tauke balak dan dari ahli partinya sendiri, sekarang rakyat Kelantan pula menjadi mangsa kutipan derma PAS. Selain dari mengutip derma, PAS juga bijak menyalahkan orang lain didalam semua benda dan amat arif dalam strategi benci-membenci.
PENIPUAN Projek LebuhRaya Rakyat Kerajaan PAS Kelantan
ReplyDeleteSudah pasti peristiwa masam Lebuh Raya Rakyat ini akan disabit kesalahannya kepada Barisan Nasional. Apa yang PAS tidak pernah khabarkan kepada rakyat bahawa, hampir setiap jalan di Negeri Kelantan, tidak kiralah jalan persekutuan ataupun jalan negeri adalah dibuat hasil ‘derma’ Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional. Bahkan projek jalan raya sepanjang 30 kaki untuk masuk ke rumah pimpinan-pimpinan PAS yang diberi kepada kontraktor berkopiah hijau itu juga datangnya dari wang pemberian Barisan Nasional.
PENIPUAN Projek LebuhRaya Rakyat Kerajaan PAS Kelantan
ReplyDeleteDari tahun 2006 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Barisan Nasional telah memperuntukan sejumlah hampir RM500 juta terus kepada Kerajaan PAS Kelantan bagi tujuan penyelenggaraan jalan negeri. Ini tidak termasuk pemberian tahunan untuk penyelenggaraan cerun jalan negeri, bil lampu jalan dan lampu trafik. Dari 2008 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Persekutuan memberi sebanyak lebih RM 22 juta bagi tujuan tersebut terus kepada Kerajaan PAS Kelantan
PENIPUAN Projek LebuhRaya Rakyat Kerajaan PAS Kelantan
ReplyDeleteData-data ini terdapat didalam Laporan Ketua Audit Negara dan ia juga tercatat setiap tahun di dalam penyata kewangan Kerajaan PAS Kelantan. Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan juga menyediakan peruntukan untuk naiktaraf jalan-jalan negeri dibawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. Pada tahun 2011 sahaja, sejumlah hampir RM15 juta diperuntukan kepada 12 PBT di Kelantan.
PENIPUAN Projek LebuhRaya Rakyat Kerajaan PAS Kelantan
ReplyDeleteKemajuan Luar Bandar & Wilayah juga menyediakan peruntukan untuk pembinaan jalan luar bandar dan jalan kampung. Di dalam Rancangan Malaysia Ke 9, KKLW telah membelanjakan hampir RM5 juta untuk tujuan tersebut di dalam negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS. Pimpinan PAS harus sedar, mereka perlu bijak mengurus tadbir negeri dan berusaha menambah sumber pendapatan negeri bagi menjamin segala janji-janji mereka dapat ditunaikan. Pemimpin PAS berceramah dan memaki hamun musuh politik mereka hampir setiap malam tidak akan membawa sebarang hasil kepada rakyat Kelantan. Ia hanya sekadar menambah sumber pungutan derma untuk parti PAS, tuan punya tapak ceramah dan para penceramah.
UMNO Online - Laporan Audit Pecahkan Tembelang Sebenar Pentadbiran Pembangkang
ReplyDeleteKita akui pemimpin Pakatan Rakyat sentiasa mendabik dada bahawa merekalah yang paling layak mentadbir Malaysia. Buktinya, di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan beberapa hari lepas, mendapati tiada penyelewengan dan salah urus tadbir di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Benarkah begitu?
Ikuti analis di bawah:
UMNO Online - Laporan Audit Pecahkan Tembelang Sebenar Pentadbiran Pembangkang
ReplyDeleteKelantan - Ladang Rakyat yang terbentang di atas tanah seluas 81,095 ekar meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah sememangnya tidak pernah sunyi dari desas desus wujudnya penyelewengan berikutan pengendaliannya yang lebih menguntungkan orang luar Kelantan berbanding hanya segelintir penduduk tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya.
Mengikut perancangan asalnya, konon tujuan Ladang Rakyat dibangunkan adalah untuk menandingi rancangan perladangan yang telah berjaya dilaksanakan oleh FELDA, namun disebaliknya hakikat yang tersirat ialah lebih fokus kepada untuk merodok sebanyak mungkin tanah hutan supaya dapat dinikmati hasil balaknya.
Kini, para peneroka dan penduduk tempatan yang pernah teruja dan tertipu dengan janji palsu PAS, pastinya sedang menyala amarah dalam hati mereka selepas membaca Laporan Audit 2011 yang baru sahaja dibentangkan semalam.
Kemarahan mereka ada asasnya kerana selain tanah yang sekian lama diterokai telah dirampas dan permohonan mereka untuk memiliki tanah tersebut telah dinafikan, mereka juga dinafikan hak menerima dividen bulanan RM200.00 manakala janji diberi peluang bekerja di ladang tersebut juga gagal ditunaikan oleh pihak terbabit.
Malah Orang Asli di beberapa kawasan berdekatan yang tanah adat mereka turut menjadi mangsa kerakusan syarikat swasta yang bersekongkol dengan kerajaan negeri juga sudah beberapa kali mengadakan tunjuk perasaan dan protes aman membantah perlaksanaan Ladang Rakyat tersebut.
Umpan dan pengharapan yang ditabur oleh kerajaan negeri konon melalui Ladang Rakyat akan mampu membantu meningkat taraf hidup 4,767 orang peserta hakikatnya tidak lebih sekadar janji politik semata-mata.
Sehingga kini hanya seramai 282 rakyat tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya, itupun kebanyakannya terdiri daripada mereka yang memiliki hubungan rapat dengan pemimpin PAS tempatan dan negeri.
Manakala seramai 639 orang lagi yang mendapat manfaat dari Ladang Rakyat adalah warga negara asing yang menerima upah bekerja di ladang yang dikendalikan oleh syarikat swasta dipercayai milik tauke Cina dari Singapura itu.
Rakyat tempatan termasuk Orang Asli terpaksa menangis tak berlagu kehilangan tanah yang diterokai serta tanah rizab mereka, manakala orang dari Singapura yang banyak memberi sumbangan dan derma politik untuk parti yang memerintah Kelantan pula yang menjadi kaya raya.
UMNO Online - Laporan Audit Pecahkan Tembelang Sebenar Pentadbiran Pembangkang
ReplyDeletePulau Pinang – Laporan audit mendedahkan begitu banyak kelemahan dan salah urus tadbir dalam pengurusan kewangan negeri Pulau Pinang. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kekurangan sistem pengurusan maklumat, penguatkuasaan, penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan dan kekurangan peruntukan kewangan.
Beberapa projek yang dibina juga, terbukti hanya membazirkan wang rakyat kerana tidak dapat digunakan sehingga kini.
Antaranya Kompleks Makanan Mutiara Height di Jelutung dan Kompleks Makanan Gold Coast yang terletak di Bayan Baru yang bukan setakat terbiar begitu sahaja, bahkan kerana kurangnya aktiviti pemantauan keselamatan oleh pihak berkuasa tempatan, telah menyebabkan banyak kemudahan asas yang disediakan di kompleks ini telah hilang atau dirosakkan.
Sementara dalam masa yang sama, aktiviti perniagaan makanan di atas jalan raya awam yang ditutup pada waktu malam, semakin rancak dijalankan di Pulau Pinang sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Ada kompleks lebih selesa yang disediakan tidak mahu digunakan dan DAP sendiri tidak begitu bersungguh mahu memindahkan penjaja jalanan ini ke kompleks tersebut.
Projek CCTV yang dilaksanakan, kononnya bagi mengatasi masalah jenayah, meletak kereta secara haram oleh beberapa PBT di Pulau Pinang juga gagal mencapai prestasi yang ditetapkan mereka sendiri. Sistem yang digunakan tidak jelas, bilangan yang terhad dan beberapa perkara lain adalah antara kelemahan yang dikenali pihak audit.
Ini merupakan pembaziran wang yang jelas oleh DAP Pulau Pinang, kroni mana yang diambil untuk memasang sistem tersebut pun kita tak tahu, tapi wang rakyatlah yang membayar untuk hasil yang tidak sepadan.
UMNO Online - Laporan Audit Pecahkan Tembelang Sebenar Pentadbiran Pembangkang
ReplyDeleteSelangor : Laporan Audit Ketua Negara mendapati Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) yang mengendalikan Universiti Selangor (Unisel) mengalami kerugian sebelum cukai sebanyak 198.1 peratus kepada RM37.63 juta berbanding RM12.62 juta pada tahun 2009.
Sementara Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) ternyata sebagai umpan pilihan raya pembangkang. Anak-anak kelahiran Selangor dijanjikan wang ringgit sekiranya mereka berkuasa. Tindakan PKR ini adalah hasil daripada kajian mereka terhadap rakyat Selangor.
Di sini kita boleh lihat bagaimana PKR yang sering menuduh BN sebagai melakukan rasuah pilihan raya turut melakukan perkara yang sama untuk berkuasa. Dengan memberikan bantuan kepada si anak, pastinya ianya akan menambat hati si ayah dan ibu untuk memberi undi kepada pembangkang.
Namun, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, Kerajaan PKR hanya meluluskan 19.4% daripada 313,706 anak kelahiran Selangor dari tahun 2008 hingga 2011 untuk mendapat faedah TAWAS.
Kenapa hanya 19.4% anak kelahiran Selangor mendapat faedah TAWAS? Di sinilah letaknya permainan licik Kerajaan PKR.
Seperti mana janji memberikan air percuma, Skim TAWAS juga merupakan pembohongan MANIFESTO bukan JANJI ciptaan PKR. Apa yang mereka janjikan semasa pilihan raya memang akan mereka laksanakan tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga.
Bukan semua rakyat Selangor akan mendapat manfaat walaupun layak. Namun janji-janji inilah yang mereka JUALkan dalam ceramah-ceramah mereka terutamanya ceramah mereka di luar negeri Selangor.
UMNO Online - Laporan Audit Pecahkan Tembelang Sebenar Pentadbiran Pembangkang
ReplyDeleteKedah : Laporan Audit 2011 telah melaporkan bagaimana sebuah kerajaan negeri boleh terlepas pandang perkara asas seperti lesen kontraktor, dalam pemberian projek jutaan ringgit.
Perkara ini melibatkan 5 kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berjumlah RM2.55 juta pada tahun 2010 dan 2011 bagi beberapa projek Perumahan Awam. Selain tidak berdaftar, Pengarah bagi 5 syarikat tersebut pula didapati mempunyai hubungan kekeluargaan antara satu sama lain.
Bukan itu sahaja, audit juga mendapati sejumlah RM0.50 juta telah dibayar kepada kontraktor berkenaan menggunakan akaun bank dan nombor pendaftaran syarikat lain. Tidak terhenti di situ, audit juga menemui beberapa tuntutan berulang dalam baucar yang sama bagi kerja dan rumah yang sama yang mana, yang mana semakan rambang kemudiannya menunjukkan yang kerja yang disahkan siap itu telah tidak dilaksanakan serta beberapa rumah yang dimaksudkan adalah sebenarnya tidak wujud!
Selain itu, penemuan audit dalam Projek Pembalakan Dan Perladangan Di Papua New Guinea juga menyebabkan kita menggeleng-gelengkan kepala. Projek yang dikritik sebagai berisiko ini melibatkan pinjaman pesisir pantai berjumlah USD44 juta yang diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di London.
Entah bagaimana dan kenapa, pinjaman yang sebegitu besar ini telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan projek tanpa kelulusan Lembaga Pengerah malah, bayaran juga telah dibuat kepada syarikat perunding dan yuran guaman walaupun projek tersebut telah dibatalkan.
Audit juga mendapati pinjaman berjumlah RM3.01 juta daripada 5 syarikat lain untuk menampung kos perbelanjaan di Papua New Guinea juga telah dibuat oleh Pengarah Urusan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah dan pinjaman tersebut pula dilakukan tanpa perjanjian dan tanpa dokumen sokongan yang lengkap.
Begitu juga dengan Projek 99 East di Langkawi yang mana menyebabkan Kedah Corp. Berhad terpaksa menanggung kerugian besar atas alasan yang tidak masuk akal iaitu melanggar syarat perjanjian tanpa sebab yang konkrit.
Dengan semua penemuan-penemuan ajaib seperti di atas, masihkah Pakatan Rakyat mendabik dada mengatakan mereka mempunyai pengurusan dan pentadbiran lebih baik daripada Kerajaan Persekutuan?
Kelantan tetap untuk PAS.... itu sangat pasti....
ReplyDeleteBN will never take over Kelantan.
ReplyDeletepilih yang terbaik untuk dicalonkan.
ReplyDeleteWe will see whether the people will reject BN in PRu13.
ReplyDeletePastikan calon yang disenaraikan adalah pilihan yang terbaik.
ReplyDeleteAs long as they strike the best for the people, indeed a right choice.
ReplyDeleteSemua terpulang kepada rakyat sendiri untuk menentukannya.
ReplyDeletekerajaan telah mengambil kira apa yang disuarakan oleh rakyat dan memahami aspirasi mereka.
ReplyDeleteKerajaan memperkenalkan program transformasi, transformasi ekonomi dan kerajaan.
ReplyDeleteBajet yang kerajaan buat menjurus untuk membantu setiap kelompok masyarakat.
ReplyDeleteAtas dasar itu kerajaan lihat satu impak yang boleh dikatakan besar atas inisiatif yang kita ambil untuk membela rakyat
ReplyDeletePerdana Menteri lakukan beberapa usaha yang jelas berkesan dan berimpak besar.
ReplyDeleteSejak tahun lepas kita turun ke bawah melalui program BR1M, rebat telefon, bekas perajurit, pesara, peniaga, pemandu teksi, boleh dikatakan meliputi semua kelompok masyarakat
ReplyDeleterakyat telah dapat melihat bahawa kerajaan BN memang memberi perhatian kepada isu dan masalah yang mereka hadapi.
ReplyDeleteRakyat rasa sendiri impak untuk ringankan beban mereka dan usaha menambah pendapatan.
ReplyDeletekeadaan baik yang ada ketika ini menyebabkan lebih banyak pelaburan masuk ke negara ini manakala pelabur sedia ada menambah lagi pelaburan mereka.
ReplyDeletepeningkatan sokongan kepada BN itu begitu dirasai sejak tahun lepas dan meningkat jauh lebih baik daripada dua, tiga tahun lepas.
ReplyDeleteBUKTIKAN!! pengundi2 Kelantan bukan pengundi totok PAS. tapi pengundi2 Kelantan adalah Islam yang berusaha cenderung memilih pemimpin yang memaju & memartabatkan Islam. DARI DULU, KINI & SELAMANYA Kelantan adalah bumi para anbia..
ReplyDeleteSekiranya anda, inginkan-
a. pemimpin yg juga membesarkan Allah tetapi secara berhemah.. ustaz2 di madrasah /
sekolah pondok yang berkelayakan menerima gaji bulanan & kehidupan terjamin
b. pondok2 / madrasah/ masjid dibangunkan dengan prasarana yg lebih baik
c. pemimpin2 negeri / pusat yang menghormati / mendengar nasihat ulamak serta agamawan
negeri.
d. Islam dimartabatkan di bumi serambi mekah/ Kelantan
e. rakyat bersyukur, positif & rakyat terbela serta diambil berat (bukan diajak suu dzon).
f. wasatiyyah dalam setiap urusan kerajaan negeri (bukan mengajak rakyat beremosiY&%^
rupa2nya mengikut arahan SEORANG tokeh salun).
g. tanah dijamin dan diagih secara adil pada rakyat Kelantan.
h. peluang pekerjaan dibuka pelbagai sudut.
i. sistem prasarana yg lebih baik & terjaga
j. menjaga kebajikan guru2 dan guru2 agama kerajaan
k. air terawat, terjamin & bersih
l. masjid besar, imam dari Tanah Haram Makkah dipanggil ketika bersolat malam2 tarawikh/
raya.
m. hormati wanita, anak2, orang miskin dengan lebih terbela.
o. menjaga hak orang peribumi / asli dengan nyata & istiqamah
o.Pemimpin negeri yang bekerja secara pro aktif memajukan negeri
q.Pemimpin negeri yang tidak mengeksplositasi agama Islam, sebaliknya memartabatkan
keagungan Islam (x L GBT, azan, Allah, Mazhab Syafie)
r.Rakyat serambi mekah yang lebih dinamik, dihormati serta disayangi.
s.Menjaga kedaulatan raja selaku payung negeri.
t. optimum hasil mineral negeri (emas di GM, Bijih Besi di Kl Krai, Balak, Getah, Kelapa Sawit).
u.no kroni (bukan cari anak beranak, saudara mara, paksa isteri / anak cucu menjadi ADUN &
orang lain, salam pun x pandang)
v.janji ditepati (semua di atas boleh diminta pada pemimpin BN, jika anda sanggup melakukan
islah & tajdid demi memajukan diri, keluarga & negeri)
vote UMNO / BN, upayakan parti ini / BN berkhidmat sehabis baik di bumi serambi mekah. * memilih PR / Anwar akan menjadikan rakyat serambi mekah sentiasa dalam kemustahilan dalam menerima janji.. tapi anda sentiasa ditipu dalam diam.. Allahu akbar!!
yes!! vote BN. dulu kini dan selamanya
ReplyDeleteUmno @ BN bukan mementingkan Ketua Bahagian / calon! tetapi calon yang dilantik adalah mereka yang ikhlas BEKERJA UNTUK RAKYAT!! so, aku bukan kisah sape yg jadi calon...yang penting calon tersebut bekerja untuk memajukan bangsa, agama serta watan. ikut kehendak Pengerusi BN. bukan nak jadi ADUN sampai 7, 8 term @ selama-lamanya macam Nik Aziz anak beranak + kroninya.
ReplyDeleteVOTE BN!!!
Salam. siapa saja calon yg d pilih oleh BN/UMNo pastinya..akan melingkup dan kalah dlm PRU 13 nanti....terutama d SABAH dan SARAWAK. tahniah unk PR..kami tetap memilih dan mengundi PR dlm PRU13.
ReplyDeleteAda berani UMNO Kelantan/Pusat nak cantas org2 kuat UMNO Kelantan dlm PRU nanti. Nak tambah masalah le pd UMNO Kelate yg memang banyak masalah.
ReplyDeleteBn dah terkijal kijal nak kalah sebab itu lah semua da tabur gunakan wang/rakyat kelantan bukan bodoh ambik ambik juga undi tetap BULAN DAN MATA
ReplyDeletesilent tapi demi kepentingan maslahah kami tetap undi BN.
ReplyDeleteMSO yang ada skandal penerbitan hingga dihalau HARAKAH ni pun dengarnya akan bertanding jugak, kan?!! huhuhu. berpolitik la kamu..MSO
ReplyDeleteSelagi kamu berpolitik, kamu ni adalah betul!!! Bos HARAKAH..Tokey Magnum & Kroni ke-14 Anwar tu, dah maafkan kamu, MSO! yang penting, jadi ANWARINAS dan kongkalikong pengikut-pangikut PAS! ikut perancangan.. cari isu.. berani mengarut..SEMUA HALAL.. huhuhuhuhu