Thursday, February 21, 2013

Umno bawa 4M ke penempatan Orang Asal

Penduduk Orang Asal dari Gua Musang mendakwa ketika kempen pilihan raya kecil Dun Galas pada 2010 Umno mengumpan 4M kepada mereka.

Pandek Panjang (gambar) dari Pos Hau memberitahu 4M dimaksudkan “makan, minum, muzik dan mabuk” bagi mempengaruhi mereka mengundi BN pada pilihan raya tersebut.

Katanya, Umno membawa banyak kemungkaran ke penempatan Orang Asal termasuk juga dakwaan ada kaitan dengan kemasukan mubaligh Kristian.

“Mubaligh Kristian juga berkempen supaya mengundi BN. Itulah perkara mungkar yang dibawa masuk ke penempatan kami.

“Orang BN bagi sokongan duit dan mubaligh tersebut minta pengundi Orang Asal mengundi calon Umno,” katanya ketika mendedah perkara itu pada Himpunan Kami Sayang Tok Guru di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV hari ini.

Perhimpuunan tersebut dianjurkan sebagai menyambut kepulangan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dari mengerjakan ibadat umrah di Makkah.

Pandek yang beragama Islam juga berkata, kalau betul orang Melayu berjuang untuk membela Islam, mereka perlulah bersama-sama mempertahankan Kelantan dan merampas Putrajaya.

Pada ucapan itu beliau juga menafikan kerajaan negeri merasmpas tanah milik orang Orang Asli di pedalaman Gua Musang.

“Sehingga kini tidak ada tanah kebun yang digunakan Orang Asal untuk bercucuk tanam dan tanah kubur dirampas kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri tidak pernah usik pun. Mereka yang keluar televisyen mendakwa tanah Orang Asal dirampas sengaja hendak buat riuh rendah,” ujarnya.

Menurutnya kumpulan tersebut sengaja hendak mengajar penduduk tempatan menjadi samseng, sedangkan kerajaan negeri sentiasa meraikan masyarakat Orang Asli.

Baru-baru ini akhbar melaporkan sekumpulan pemuda Orang Asal berhimpun bagi membantah kerajaan negeri mengambil balik tanah mereka bagi pembangunan ladang di Pos Hendrop. -HD

41 comments:
Write comments
  1. BN/UMNO nak mengekalkan kuasa ...mereka sanggup persendakan ugama dan mcm-mcm lagi....kami sudah nekad untuk memilih kerajaan baru terutama d SABAH yg sbahagian besarnya rakyat luar bandar d perbodohkan oleh kerajaan yg ada skrng.

    ReplyDelete
  2. Menurutnya kumpulan tersebut sengaja hendak mengajar penduduk tempatan menjadi samseng, sedangkan kerajaan negeri sentiasa meraikan masyarakat Orang Asli.

    Unsur merosakkan keharmonian harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  3. Menjelang PRU, apa-apa pun boleh berlaku.

    ReplyDelete
  4. “Sehingga kini tidak ada tanah kebun yang digunakan Orang Asal untuk bercucuk tanam dan tanah kubur dirampas kerajaan negeri.


    Kerajaan harus memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat dan bukan merampas hak milik.

    ReplyDelete
  5. Pada ucapan itu beliau juga menafikan kerajaan negeri merasmpas tanah milik orang Orang Asli di pedalaman Gua Musang.

    Tuduhan ini harus disiasat.

    ReplyDelete
  6. Mugnkin ada kesilapan dan salah faham diantaranya. Pihak berkuasa harus bertindak dan melindungi hak milik.

    ReplyDelete
  7. Rakyat nilai kelemahan Pas Kelantan

    Kelemahan pengurusan kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas sewajarnya menyedarkan rakyat untuk memilih parti yang lebih berupaya menyempurnakan tanggungjawab, memberi perkhidmatan dan pembelaan kepada semua pihak.

    Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, rakyat telah menyaksikan sendiri kegagalan dan permasalahan yang menyebabkan negeri ini gagal maju setanding dengan negeri-negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) walaupun telah diberi peluang selama 22 tahun.

    Katanya, ini termasuk isu bekalan air dan kemudahan infrastruktur yang tidak dapat disediakan kerajaan Pas Kelantan dan terpaksa mengharap belas ihsan Kerajaan Pusat.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20120826/wt_03/Rakyat-nilai-kelemahan-Pas-Kelantan#ixzz2LVqjYSLU
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  8. Rakyat nilai kelemahan Pas Kelantan

    "Pembangunan syiar Islam dengan pembinaan masjid, pendidikan fardu ain dan al-Quran, penyediaan guru jawi dan al-Quran, pembangunan fizikal sekolah, penyediaan rangkaian jalan Persekutuan, negeri dan kampung sejak sekian lama dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.

    "Pas hanya lebih mementingkan slogan dan menggunakan agama untuk mendapatkan simpati rakyat. Malah, ada tindakan yang membebankan termasuk meminta sumbangan rakyat bagi pelaksanaan sesuatu projek dengan menggunakan amalan bersedekah sebagai 'jambatan' bagi tujuan tersebut," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Pasir Puteh di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai, dekat sini semalam.

    ReplyDelete
  9. Rakyat nilai kelemahan Pas Kelantan

    Zawawi berkata, sebagai sebuah kerajaan yang sudah lama mentadbir negeri ini dan mendakwa kaya dengan hasil bumi, pendekatan yang menyusahkan rakyat tidak wajar dilaksanakan.

    Dalam masa sama katanya, Kerajaan Pusat yang sebelum ini bukan pilihan majoriti rakyat Kelantan terus menyalurkan sumbangan dalam usaha memastikan kebajikan keseluruhan rakyat negeri ini terus mendapat pembelaan.

    "Rakyat seharusnya bangkit mempersoalkan apakah sumbangan kerajaan Pas Kelantan kepada rakyat secara keseluruhannya? Apakah keadaan jalan raya yang semakin banyak rosak akibat aktiviti pengangkutan bijih besi yang masih kabur manfaat dan keuntungannya kepada rakyat setempat itu adalah limpahan pembangunan," tanya beliau.

    Mengulas lanjut kata Zawawi, pihaknya yakin pilihan raya akan datang bakal berpihak kepada BN berikutan kebangkitan rakyat termasuk keterbukaan beribu-ribu bekas penyokong Pas yang tampil secara berterusan menyertai perjuangan UMNO sejak kebelakangan ini.


    ReplyDelete
  10. Azizan Razak Mendedahkan Kelemahan PAS

    Desakan supaya pemimpin PAS kembali ke tujuan asal datang daripada suara minoriti dan pihak yang tiada 'locus standi', kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

    Pesuruhjaya PAS Kedah itu berkata kebanyakan pihak yang terbabit dalam wacana 'Kembalikan PAS Ke Landasan Asal' pada Sabtu lepas telah dipecat dan merupakan bekasanggota parti itu.

    ReplyDelete
  11. Azizan Razak Mendedahkan Kelemahan PAS

    "Itu pandangan minoriti yang tiada locus standi... majoriti sokong apa yang dibuat kepimpinan parti, kita pun tak nampak apa yang tak baik.

    "Lagipun hampir semua pemimpin dalam PAS masih lagi di kalangan ulamak, tidak ada masalah siapa pun jadi pemimpin, asalkan mereka memperjuangkan Islam,"katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

    ReplyDelete
  12. Azizan Razak Mendedahkan Kelemahan PAS

    Beliau mengulas laporan berhubung wacana 'Kembalikan PAS Ke Landasan Asal' yang meluluskan 11 resolusi mendesak kepimpinan parti itu mengembalikan semula dasar perjuangan asalnya.

    Resolusi itu menyentuh corak segelintir pemimpin PAS yang didakwa tidak mencerminkan Islam, selain menggesa parti bekerjasama dengan Umno, bukannya DAP,demi kepentingan agama.

    ReplyDelete
  13. Azizan Razak Mendedahkan Kelemahan PAS

    Mengulas kerjasama dengan DAP, Azizan berkata politik masa kini memerlukan strategi dan hubungan dua hala.

    "Dulu bila politik tertutu (sebelum bekerjasama dengan DAP), mereka kata PAS tak faham masyarakat majmuk, dan sekarang bila terbuka, mereka kata terbabas pula, tapi itu hak mereka la nak kata apa pun," katanya. BERNAMA

    ReplyDelete
  14. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa belia supaya mengawal masa depan mereka dengan mengundi kerajaan yang telah membuktikan keupayaan menerajui negara melalui perubahan progresif sejak kemerdekaan.

    "Kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh menjadikan esok lebih baik daripada hari ini," katanya.

    Katanya, beliau percaya belia Malaysia akan menggunakan kebijaksanaan dan kecerdikan dalam melaksanakan hak-hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan dalam demokrasi negara.

    ReplyDelete
  15. "Kita mesti tahu bagaimana untuk memisahkan antara intan dan kaca dalam membuat keputusan yang boleh menjadikan hari esok kita lebih baik daripada hari ini.

    "Selama beberapa generasi, belia Malaysia telah memilih kerajaan yang telah berjaya memacu negara kita ke hadapan, bukan hanya dalam satu pilihan raya umum tetapi 12.

    "Belia telah memberikan sokongan dan kepercayaan mereka kepada kerajaan yang sama untuk membawa perubahan kepada negara kita," kata Najib ketika bertemu belia yang berkumpul di Himpunan Jutaan Belia di sini, Sabtu.

    ReplyDelete
  16. Turut hadir pada majlis itu termasuk isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan menteri kabinet yang lain.

    Mengenai perhimpunan, yang akan berakhir pada Ahad, beliau mengucapkan tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan yang sama-sama menjayakan program menarik yang berlangsung selama lima hari secara besar-besaran, dan menarik pengunjung dari pelbagai negeri.

    Ramai belia memakai baju-T perhimpunan atau "I Love PM '.

    ReplyDelete
  17. "Isteri saya tidak akan cemburu dengan cinta yang anda tunjukkan kerana ia mewakili rasa hormat dan kasih sayang untuk pemimpin-pemimpin negara.

    "Mengikut laporan yang diberi kepada saya dan dari apa yang saya lihat hari ini, perhimpunan ini telah mencapai sasaran mengumpulkan dua juta belia di Putrajaya.

    ReplyDelete
  18. "Putrajaya telah berjaya ditawan oleh belia," kata Najib dan mendapat sorakan bersemangat daripada orang ramai.

    ReplyDelete
  19. We will see whether Najib plan will come true.

    ReplyDelete
  20. “Sehingga kini tidak ada tanah kebun yang digunakan Orang Asal untuk bercucuk tanam dan tanah kubur dirampas kerajaan negeri.

    Kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat.

    ReplyDelete
  21. Unsur yang merosakkan minda orang asli harus dielakkan.

    ReplyDelete
  22. BN can do anything to retain their power.

    ReplyDelete
  23. Baru-baru ini akhbar melaporkan sekumpulan pemuda Orang Asal berhimpun bagi membantah kerajaan negeri mengambil balik tanah mereka bagi pembangunan ladang di Pos Hendrop

    Kerajaan tidak harus bertindak terhadap hak milik penduduk.

    ReplyDelete
  24. Dengar lapuran akhbar UMngok, kau pun terus merapu. Alahaii Nisha 3.42pm. Jgn zahirkan yg kita bodoh.

    ReplyDelete
  25. rakyat akan menyokong kerajaan yang benar2 dpt membantu rakyat.

    ReplyDelete
  26. BN government has brought many changes and development to Sabah to ensure a better future for the people

    ReplyDelete
  27. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had championed many important agenda for the welfare of the people to ensure their future was secured.

    ReplyDelete
  28. When the BN leaders went on the ground, they did not go empty-handed, not- just speak and preach, but they felt the pulse of the people and fulfilled the promises

    ReplyDelete
  29. BN leaders are concerned with the people’s problems and they want to ensure the future of the people is secured

    ReplyDelete
  30. the various initiatives undertaken by the government to ease the burden of the people, including the Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0, Kedai Rakyat 1Malaysia, school aids and book vouchers as provided in Budget 2013.

    ReplyDelete
  31. It would take time to correct all the mistakes for choosing the wrong government.

    ReplyDelete
  32. History has proven that people would suffer for choosing the wrong ruler

    ReplyDelete
  33. the people should be mature enough and be rational when making their decisions

    ReplyDelete
  34. Rakyat kini semakin yakin dengan keupayaan BN mentadbir negara ini berbanding selepas pilihan raya umum 2008

    ReplyDelete
  35. rakyat mempunyai satu perasaan lebih yakin dan mempercayai kerajaan pimpinan BN dengan agak nyata.

    ReplyDelete
  36. Rakyat kini semakin yakin dengan kebolehan UMNo mntadbir negara yg boleh MEMBANGKRAPKAN negara,jika dibiarkan.

    Ini kalii larr.

    ReplyDelete
  37. Jika rakyat dh terima BN bubar saja,kenapa nk tunggu lagi......

    ReplyDelete
  38. kalau rakyat terima BN apa tunggu lagi, apa yg nak ditakutkan lagi... kasi bubar lah... baru tau lepas turakyat terima ke tidak... jom hijrah @ ubah...

    ReplyDelete
  39. saya melihat sambutan rakyat sangat mengalakkan kerana mereka sudah yakin bahawa dasar transformasi bla bla bla bla bla bla....."cuma pokjib je tak yakin2 lagi nak Bubarkan Parlimen..HAHAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  40. Apa lagi Dato, dah confident, ayuh! Bubar Parlimen!!

    ReplyDelete
  41. Bukan rakyat yg kini lebih yakin dgn BN selepas PRU lepas, tapi barua2 UMngok je yg brpuashati. Upahan katakan,ntah mereka pun PTI.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.