Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, The Economist, meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.
Bagi pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya akan datang sudah jelas, bahawa BN akan menang, kata EIU. Ia berkata pembangkang Pakatan Rakyat telah membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghalang yang besar.
Berdasarkan semua ini, Pakatan Rakyat berada jauh ketinggalan, menyebabkan EIU meramalkan BN akan menjadi 'pemenang'. EIU, pemikir yang menyediakan analisis risiko, industri dan negara berkala, berkata 'adalah jelas tidak sesuai' bagi Pakatan untuk melaksanakan semua janji kempennya.
"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun," katanya.
Menurut EIU, Pakatan Rakyat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.
Bagi semua perkara ini, populisme Pakatan kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal. Di Selangor, misalnya, BN mendakwa bahawa Pakatan Rakyat melaksanakan hanya 15 peratus daripada 31 janji pilihan raya, bernilai RM2.4 bilion yang dibuat dalam manifesto pada 2008. "Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim mengulas bahawa manifesto bukan janji tetapi mengakui bahawa pengundi mungkin berfikir sebaliknya," kata EIU.
Bandingkannya dengan rekod kejayaan BN dalam memenuhi janji-janjinya, dan anda mempunyai perbezaan yang jelas dalam pendekatan. Sebagai contoh, Najib telah menjanjikan Pulau Pinang dengan 20,000 rumah mampu milik dan monorel untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan jika BN berkuasa di negeri itu, pengundi boleh yakin rancangan ini akan dilaksanakan.
"Pertaruhan adalah tinggi bagi kedua-duanya (BN dan Pakatan) ... perang tawaran berkemungkinan berterusan kerana kedua-dua pihak membuat persediaan untuk apa yang dianggap sebagai salah satu plihan raya paling sukar dalam sejarah Malaysia," kata laporan itu.
"Kedua-dua perlu menarik bagi pengundi muda, pengundi kali pertama, memandangkan hampir tiga juta orang dalam blok mengundi penting ini telah ditambah kepada daftar pemilih sejak pilihan raya lepas," katanya. EIU mendakwa 'sebahagian besar daripada kumpulan ini' belum membuat keputusan mengenai parti mana yang hendak dipilih dan boleh mempengaruhi keputusan PRU-13.
Najib perlu menang besar dalam usaha untuk menjamin masa depan agenda reformasi beliau, manakala di pihak lain, pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu menjadi yang pertama untuk memecahkan kuasa BN.
Sementara itu, UMNO yakin dengan hanya beberapa minggu yang tinggal untuk PRU-13, setelah Najib berkata jentera parti berada pada peringkat akhir persiapannya.
"Kami telah menerima laporan audit mengenai jentera kami dan dari situ saya boleh mengatakan persediaan kami memuaskan. Pada masa yang sama, saya berharap usaha untuk mengukuhkan persediaan kami akan terus dijalankan oleh pemimpin di peringkat negeri," kata beliau kepada pemberita pada Jumaat lalu.
Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, telah membuat pilihan calon yang menang tumpuan strategi beliau, menjelaskan bahawa BN harus membariskan calon dengan peluang terbaik untuk menang, tanpa mengira parti komponen BN mana yang memegang kerusi sebelumnya.
Satu lagi sebab utama kelebihan bagi parti pemerintah ialah pertumbuhan 5.2 peratus yang negara ini nikmati di bawah kepimpinan Najib, bersama-sama dengan peningkatan dalam pelaburan domestik dan asing.
Dan selain itu, pendapatan per kapita mencecah US$9,700 daripada US$7,500 pada tahun 2010. EIU bersetuju dengan trajektori menaik: "Berikutan pengembangan anggaran daripada 5.2 peratus pada tahun 2012, kami menjangka KDNK berkembang pada kadar yang sama semasa tempoh ramalan 2013-17."
Angka pertumbuhan yang diumumkan semalam oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa ekonomi berkembang kepada 6.4 peratus pertumbuhan pada suku terakhir 2012 dan menyokong pertumbuhan tahun penuh untuk berkembang sebanyak 5.6 peratus daripada 5.1 peratus tahun sebelumnya.
Berlatarbelakangkan keadaan sedemikian, EIU berkata: "Jelas bahawa adalah sukar untuk Pakatan yang kini cuba membariskan satu pembangkang yang bersatu antara pemimpinnya yang sering bertengkar sejurus sebelum PRU-13". — Bernama
Friday, February 22, 2013
E.I.U. : Barisan Nasional akan menang PRU-13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MIMPI INI ORANG YANG BUAT KENYATAAN, HAKIKATNYA PRU 13 PR PERINTAH MALAYSIA, SELURUH RAKYAT AKAN MENJADI SAKSI.
ReplyDeleteINI KALI LAH........
Sorry beb
ReplyDeleteNak tau betul ke ndak artikel di atas,cepat lah buat PRU ..wahai Najib.
ReplyDeleteKita mesti brfikir akan lojika artikel di atas tentang mngkin kemenangan BN masih,mbah. Sebab apa ?? Kita mesti ingat mereka ada SPR ( Srhnjaya Penipu Rakyat ) yg tentunya akan memastikn kemanangan UMNO/BN dgn cara...undi hantu,pindah pngundi,tipu kertas undi,undi pos,dakwat hitam tipu manakala JPN ( Jab Penjualan Negara ) akan menentukn warga asing terus dpt ic/kerakytan sptmana yg telah dikeluarkn ic projek di Sabah zaman TUN Mahathir dan TUN Mustafa,dulu. Utk makluman semua, di Port Klang shj sudah hampir 6000 pengundi dah hilang nama dlm daftar SPR. Kemana ?? Samada dah deleted atau pindah tempat undi tanpa pengetahuan pengundi itu sandiri. Baru 1 kaw.parlimen iaitu Port Klang. Kalau 1Selngor? Bayangkan betapa jahatnya UMNO / BN.
ReplyDelete**yassir arafat
PRU-13: Tun Dr Mahathir yakin BN menang 2/3 jika tiada sabotaj
ReplyDeleteTun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) mampu meraih sokongan dua pertiga suara rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 dengan syarat anggota parti itu berfikiran waras untuk menerima dan menyokong siapa sahaja yang dinamakan sebagai calon.
Pada masa yang sama, bekas Perdana Menteri itu mengingatkan anggota BN supaya tidak melakukan sabotaj semasa kempen pilihan raya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.
Ini kerana, katanya perbuatan itu boleh membawa padah sehingga menyebabkan BN kalah dalam pilihan raya kali ini.
"Kalau orang Umno, orang BN mempunyai fikiran yang waras mereka akan dapat dua pertiga.
Katanya apa yang menjadi masalah dalam BN selama ini ialah siapa sahaja yang dipilih sebagai calon akan tidak dipersetujui oleh pihak tertentu dengan palbagai alasan, kononnya calon itu tidak tahu itu dan ini, dan sebaliknya merekalah orang yang lebih layak menjadi calonnya.
"Saya tak fikir (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) boleh pilih seorang yang boleh disukai oleh semua dalam bahagian itu. Dan kita dapati jadi satu tabiat dalam Umno kalau tak suka dengan calon, akan tutup bilik gerakan, akan cuba sabotaj, cantas.
"Mereka bukan fikir tentang kemenangan bagi parti untuk membentuk kerajaan yang baik. Mereka cuma fikir tentang kepentingan orang tertentu sahaja, jadi mereka tidak matang," katanya.
Bekas Perdana Menteri itu berkata anggota Umno dan BN harus sentiasa ingat bahawa pilihan raya merupakan satu proses untuk memilih sebuah parti yang disokong oleh majoriti untuk membentuk kerajaan. Katanya jika mereka menyedari hakikat itu, anggota parti harus menyokong siapa sahaja yang dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum nanti, termasuk calon yang bukan terdiri daripada anggota mana-mana parti komponen BN.
"Kita harus ingat, Umno, ataupun MCA, ataupun MIC, ataupun Gerakan, tak mungkin menang tanpa sokongan daripada orang yang bukan ahli parti.
"Jadi kenapakah kalau orang yang bukan ahli parti yang menentukan kemenangan, tetapi kalau mereka dipilih (sebagai calon) parti tak mau sokong. Sepatutnya kita sokong.
Payung terjun ni payung terjun la, kalau dia berkebolehan kita patut sokong kerana akhirnya kita nak tentukan parti menang," katanya.
Ditanya sama ada BN boleh menang seandainya pilihan raya diadakan dalam waktu dekat, Dr Mahathir berkata beliau yakin BN akan menang namun beliau belum boleh meramalkan sama ada BN akan menang dengan majoriti dua pertiga.
"Saya ingat boleh menang, tapi masalahnya kita nak dapat satu majoriti yang cukup supaya mendirikan sebuah kerajaan yang kukuh dan kuat," katanya.
Dakwaan kononnya terdapat 300,000 masyarakat India yang tidak mempunyai pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia adalah satu lagi pembohongan pembangkang untuk mempengaruhi rakyat membenci kerajaan.
ReplyDeleteselepas diperiksa, didapati dakwaan itu tidak benar kerana hanya terdapat 9,000 kes dengan 50 peratus kes telah selesai dan diberi status kerakyatan.
ReplyDeleteSebanyak 4,500 sudah selesai dengan kerakyatan telah diberi. 2,000 permohonan sedang diproses. Baki sudah dibagi kad pengenalan dan sijil.
ReplyDeletePembangkang dilaporkan mendakwa terdapat 300,000 kes masyarakat India tidak mempunyai pengenalan diri atau tidak mendapat status kerakyatan di negara ini adalah tidak benar.
ReplyDeletePembangkang turut mendakwa jika mereka mempunyai kuasa, kes tersebut akan diselesaikan dalam masa sebulan sahaja.
ReplyDeletemelalui angka itu bermakna pembangkang akan menyelesaikan 10,000 kes dalam masa sehari selain mencari 10,000 orang untuk tujuan memproses dan meluluskan borang mereka.
ReplyDeletejika benar dakwaan itu, Barisan Nasional pastinya gembira dan berbesar hati untuk memberikan pengenalan diri atau kerakyatan demi menambah peti simpanan mereka untuk pilihan raya kelak.
ReplyDeletepembangkang iri hati dengan kemampuan kerajaan Barisan Nasional mengukuhkan kewangan Sabah
ReplyDeletePembangkang kini berebut-rebut mahu mentadbir Sabah kerana kedudukan kewangan yang baik akan memudahkan mereka mentadbir negeri jika menang pada pilihan raya umum akan datang.
ReplyDeleteNilai rizab negeri melebihi RM3 bilion hasil kerja keras kerajaan BN.
ReplyDeleteKemampuan BN mengukuhkan kewangan negeri ini turut dipuji Ketua Audit Negara.
ReplyDeletepembangkang pula asyik tergila-gila mahu jadi ketua menteri kalau menang pilihan raya sedangkan negeri-negeri yang ditawan mereka gagal ditadbir dengan baik
ReplyDeleterakyat akan rugi jika mencuba nasib memilih kerajaan baharu selain BN.
ReplyDeleteharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji kosong pembangkang dan harus saling mengingatkan rakan dan keluarga supaya jangan tersalah pilih kerajaan nanti
ReplyDeleteKajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menjurus kepada pola pengundian yang menunjukkan Barisan Nasional akan terus diyakini rakyat untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja.
ReplyDeleteSemua pemimpin Barisan Nasional (BN) seharusnya mencontohi langkah Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak yang menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International.
ReplyDeletePengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan berkata langkah itu membuktikan bahawa BN, sebuah parti yang menepati janji dan mendengar denyut nadi rakyat.
ReplyDelete“Rakyat mahukan pemimpin berintegriti, yang amanah, kerja kuat dan mendahulukan rakyat. Aspirasi rakyat sudah termaktub dalam Perlembagaan UMNO serta perjuangan BN dan kami realisasikan sejak dahulu lagi.
ReplyDelete“Transformasi iaitu perubahan ke arah kebaikan dalam pelbagai bidang sedang perdana menteri terajui berlandaskan gagasan 1Malaysia,” kata Ahmad, yang juga Ketua Penerangan UMNO
ReplyDeleteSementara itu, mengulas langkah yang diambil Najib, Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Dr Mohd Tap Salleh berkata ia adalah satu langkah yang baik dan perlu diikuti pihak lain.
ReplyDelete“Ini mengambarkan keseriusan perdana menteri untuk memerangi rasuah dan dalam masa sama akan membantu meningkatkan indeks persepsi rasuah (CPI) negara,” katanya
ReplyDeletePerdana Menteri menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam memerangi rasuah terutama pada pilihan raya umum ke-13.
ReplyDeleteIkrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum, berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan undang-undang.
ReplyDeleteCalon yang menandatangani ikrar itu bersetuju mematuhi Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturannya; dan memastikan tindakan mereka adalah untuk faedah orang ramai dan bukan untuk kepentingan sendiri.
ReplyDeleteSape tu? Economist intelligence unit? Ribut tarak angin tarak, tetiba jer muncul mamat 'eiu' ni yg x pernah dgr pun nama sbelum ni, menjadi senarai pengampu bn yg terbaru. Guna la pulak hujah murahan yg biasa dipakai media pencacai. Jelaslah ini kerja kempen terdesak bn. x cukup kaki ampu dlm negeri, disuruh pulak mamat luar negeri menjadi kaki ampu murahan. Biarkan mereka menghibur hati mereka yg tgh lara, sbelum hilang tampuk kuasa...:)
ReplyDeleteOrg tgh desperate akan melakukan apa sj, demi membuktikan diri mereka masih relevan. Ini boleh dikategorikan menipu diri sendiri. Krn apa? Krn majoriti rakyat lebih 'arif ttg gagal atau berjaya bn dlm pemerintahannya sbelum ni. Terdesak sungguh, ish ish ish...:)
ReplyDeletesemua hujah EIU sebijik-bijik mcm utusan msia dan TV3.....tak layak dpt title Economist Intelligent Unit....sudah jadi Economist Intelligent UMNO.
ReplyDeleteSebenarnya laporan EIU tu di spin berhabis-habisan oleh bernama. Komen EIU yang sebenar ialah:
ReplyDelete“The ruling Barisan Nasional coalition is likely to win the general election that must be held by June 2013. However, it will probably fail to attain the two-thirds parliament majority that would enable [it] to make constitutional changes unchallenged.”
Lihat ayat sebenar, EIU kata "likely" dan lagi katanya "tapi BN mungkin gagal mendapat 2/3"
Lagipun kita tahu EIU ini membuat ramalan berdasarakan kajian ekonominya dan kita tidak tahu apakah rujukan yang telah diambil kita oleh EIU sehingga mmebuat kesimpulan begitu.
Katakanlah jika kajian EIU itu berdasarkan BR1M, KR1M, BL1M.. Itu bukan ukuran sebenar untuk menilai halatuju politik Malaysia kerana nampaknya banyak rakyat yang telah berkata bahawa mereka akan menerima BR1M tapi tidak semestinya mengundi BN.
Undilah PR...
bernama akan sebarkan cerita yang menyedapkan bos mereka...kenapa tak sebarkan yang UMNO bn boleh menang 221 kerusi parlimen..tinggalkan satu untuk anwar...lawak betul la...
ReplyDeleteCepatlah bubar Parlimen. PRU13 cepat2. Tengok sapa menang. Ni ramalan tak sudah2. Cukup2 sudah lah.
ReplyDeleteEIU dh kata bn akn menang....kita tgk hari ni bubar tak parlimen...jk tak bubar najib & rosmah pun tak yakin dgn EIU....
ReplyDeleteBuat komen berdasarkan rujukan kitab Utusang dan kecenderungan tengok tv semata-mata....hanya mencerahkan kesahihan cakap..
ReplyDeleteAku sependapat dgn hujah Anony Feb 22 at 5.13 pm. Aku pun terkejut beruk baca artikel mngenai kajian EIU itu. Tak pernah buat dek orang
ReplyDeleteBekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yakin 'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah dalam pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.
ReplyDelete"Saya yakin pihak yang kalah akan menggunakan penyokong mereka membuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan sebagaimana di Asia Barat.
ReplyDelete"Pihak yang bertanding sewajarnya mengawal diri dan bersikap rasional dari sekarang," katanya.
ReplyDeleteArab Spring ialah gelombang protes dan demonstrasi yang melanda Asia Barat sejak September 2010 yang menyaksikan berlaku perubahan kepimpinan di banyak negara Arab seperti Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen.
ReplyDeleteMenurut Musa, polis sewajarnya bertindak lebih awal mengumpul maklumat bagi menghalang kejadian buruk berlaku.
ReplyDelete"Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih bersifat pencegahan dihapuskan. Akta baharu belum tahu lagi keberkesanannya.
ReplyDelete"Orang yang didakwa menggalakkan keganasan di negara luar ditangkap, orang yang membuat rusuhan dalam negara tidak pula ditangkap dan didakwa," ujarnya.
ReplyDeleteNaib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pakatan Rakyat perlu bersikap rasional dan tidak emosional sekiranya pakatan pembangkang itu tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
ReplyDeleteBeliau berkata, Barisan Nasional (BN) atau pembangkang perlu menerima hakikat sama ada menang atau kalah pada PRU13 nanti kerana keputusan dibuat rakyat.
ReplyDelete"Sekiranya BN menang pada PRU13 pembangkang perlu menyokong, kalau mereka (pembangkang) menang pula kita (BN) akan sokong.
ReplyDeleteSerahkan kepada rakyat sendiri untuk menentukannya.
ReplyDeleteMenang atau tewas masih teramat awal diramal. Pasti banyak kejutan di PRU13 ini.
ReplyDeletebersaing dengan cara yang amanah dan terbuka.
ReplyDeleteBanyak andaian dan khabar angin disebarkan. masing-masing bijak menilaikannya dan jangan terkena perangkap.
ReplyDeleteBerjayakah Transformasi menambat hati rakyat?
ReplyDelete"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun," katanya. (eiu)
ReplyDeleteApa punya mengampu punya statement. Betul2 ke semua kenyataan ni dari eiu ataupun bernama yg lakukan? Krn melalui apa yg disebut, mengarut sungguh. Pendidikan percuma dari sekolah rendah smpai U hanya melibatkan 6 bilion setahun (bukan setakat menengah). Mari mana rm43 bilion ni? Klau betullah ia statement eiu (yg menjadi sebahagian dari 'the economist'), bodo sungguh pakar ekonomi ni! Jelas sekali bernama byk tokok tambah & ulas syok sendiri mengikut seleranya (yg direstui bn). Pencacai sungguh bernama nih...
kalau BN yakin menang, hari ini dh bubar parlimen kononnya, tp knp parlimen tak bubar lg.takut BN kalah ke?hehe
ReplyDeleteEconomist intelligence unit menggunakan variable pencapaian tetapi tidak melihat variable lain seperti Rasuah, Kenaikan harga barang yg melampau, taraf hidup semakin sempit, ketidak adilan, tiada kebebasan, dll. Pandangan pengundi adalah yang tepat bukan andaian.
ReplyDeletejangan banyak cakap kepada pemimpin bn dan pengundi BN apalagi DUIT BRIM da dapat tunggu apa lagi bubarkan lah perlimen kata bn boleh menang kita tengok lah sapa kena RAKYAT BUKAN BODOH ingat dgn wang 500 boleh senangkah/nak bayat kereta pun tak lepas.apa yg rakyat minta turunkan segala gala nya barang kerprluan hidup dan juga pendidikan percuma bukan melalak melolong dgn duit 500 saja dgn org kampun boleh kelentong lah
ReplyDeleteBahang pilihan raya umum yang sudah lama dirasakan dan semakin hangat, kerana dijangkakan PRU-13 sudah hampir, tidak dapat mengelak daripada membicarakan tentang integriti calon yang bakal menjadi pemimpin, mahupun parti politik, dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah kerajaan.
ReplyDeletePelbagai hujah politik sama ada daripada anggota parti Barisan Nasional, pakatan pembangkang DAP-Parti Keadilan Rakyat-PAS bahkan parti kecil seperti Parti Sosialis Malaysia, Parti Cinta Malaysia, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), SAPP, STAR sudah didengar dan kini rakyat diserahkan untuk membuat keputusan serta bijak membuat penilaian terhadap integriti individu dan parti terbabit.
ReplyDeleteBerbicara mengenai bidang politik, yang akan dikaitkan dengan urusan pemerintahan khususnya tadbir urus, maka integriti pastinya menjadi nilai yang mesti menjadi amalan untuk membina tamadun bangsa Malaysia yang sempurna dan utuh.
ReplyDeleteSemua orang tahu, integriti yang intipatinya berkisar mengenai kejujuran dan ketulusan, sangat penting dalam seluruh urusan kehidupan.
ReplyDeletePersoalannya, adakah integriti politik ini difahami dan diamalkan dengan begitu penuh kebertanggungjawaban oleh pendukungnya iaitu pemimpin politik dan organisasinya?
ReplyDeleteCuma kayu pengukurnya terletak di tangan pengundi untuk memilih calon yang (benar-benar) berintegriti, berwibawa, mempunyai kredibiliti dan mengamalkan nilai-nilai murni.
ReplyDelete
ReplyDelete“Kuasa memilih di tangan pengundi, dan kalau sudah salah pilih, jangan salahkan orang lain pula. Ini mempamerkan sikap yang tiada integriti.
ReplyDeleteJelas sekali bahawa rakyat Malaysia, yang menjadi pemilih berdaftar, mestilah menggunakan kuasa membentuk pemerintahan daripada rakyat untuk rakyat dari kalangan mereka yang berintegriti dengan akal fikiran dan bukannya dipengaruhi emosi.
Pemilih berdaftar sendiri mesti ada integriti. Ini kerana integriti adalah satu sifat jati diri yang perlu ada dalam diri setiap individu yang merangkumi aspek keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi dan boleh dipercayai.
ReplyDeletePastikan masalah pengundi hantu dapat diselesaikan.
ReplyDeleteRakyat harus lebih bijak menilai siapakah yang benar berkeupayaan memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.
ReplyDeleteBN menghadapai cabaran yang amat kuat.
ReplyDeleteBenarkan PR ikhlas untuk memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat?
ReplyDeleteBersaingalh dengan penuh integriti.
ReplyDeleteDr. Mahathir bilang lebih kurang maksudnya, kadang -kadang orang bawahan buat sendiri lain dari arahan, harap-harap tidak berlaku dalam SPR menjelang PRU13 ini, jika tidak Rakyat tidak akan berpuas hati dengan Keputusan Pilihanraya jika nama pengundi terbukti terplanting jauh sana sini dan kalau benar ada yang terpadam langsung.
ReplyDeletejika tidak kerana ciplak sekalipun kami rakyat malaysia mempunyai seribu alasa lain untuk menolak BN dalam GE 13 nanti. Sesiapa juga yg bertanding atas kerusi BN walau sebaik atau sealim mana sekali pun wajib di tolak kerana tidak secara langsung bersekongkol dengan penyamun, pencuri dan juga pembelot yg terang2 telah mengkhianati amanah yg rakyat berikan selama lebih 50 tahun.
ReplyDeletediaorang ingat dah cerdik sangat..boleh tipu rakyat mcm biasa.10-30 tahun dulu boleh la sekarang zaman internet sekejap saja orang boleh tahu berita tusebenarnya mcm mana..
ReplyDeletemereka sebenarnya bukan membodohkan rakyat tapi telah memperbodohkan diri sendiri..
bernama ni sebenarnya sebuah badan atau ajen anjing suruhan umno/bn dan pemberita2 perangaipun sama macam anjing kurap
ReplyDeleteFakta yg x dpt disangkal sesiapa. Kejatuhan sokongan rakyat terhadap bn telah, sedang & terus berlaku tanpa henti. Dlm masa yg sama, peningkatan sokongan rakyat pd Pakatan tanpa henti diseluruh malaysia, samada barat atau timur. Ia semakin lama semakin menggunung, ibarat TSUNAMI GERGASI yg hanya menunggu masa utk membadai, bila diadakan PRU13. Kebangkitan rakyat utk berubah x mungkin disekat lagi, lmbat atau cepat PRU diadakan. Itu berlaku dgn ketentuan Yg Maha Berkuasa, yg mengatur sgala perjalanan makhluk dialam maya. Spr x ada pilihan, kecuali bertindak telus dlm PRU13 klau x mahu menanggung kerugian dikemudian hari. Pemberitahuan telah diberi, semoga dimanfa'ati...
ReplyDeleteThe economist predicts that Barisan Nasional will win the 13th general election based on its successful track record, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s reform agenda and his successful economic leadership.
ReplyDeleteIt also said the opposition Pakatan Rakyat has been making “costly promises” to gain power, and these were a big stumbling block.
ReplyDeleteOn all these counts, Pakatan Rakyat comes a distant second, prompting the EIU to predict Barisan to be the winner.
ReplyDeleteThe EIU, a think-tank which offers regular country, industry and risk analysis, said “it is clearly not feasible” for Pakatan to implement all of its campaign promises.
ReplyDeleteFor international observers, the outcome of the upcoming polls is already clear, that Barisan will be victorious, the EIU said.
ReplyDeletebersaing dgn integriti? ndak adillah. apa jadi dgn PR yang x mampu buat itu ini? Penang - nonsence dgn hudud, kes pddk kg yg msih terbiar & melarat, kes rumah murah yg tanahnya dimain tarik tali (dgn harga yg mahal pd BN)? tanah & rtumah mahal(psiko buang Bumiputera dari pulau), kes peniaga2 bukan Cina yg melarat & dihina.. kes CM arrogant (DCM)!
ReplyDeleteKedah - x buat hudud, staf2 & kontrak INSANIAH yg tertekan, balak yg berleluasa, KM yg bongkak, ADUN berskandal, pengundi yg dibrainwash mental block hingga `kayu` pun akan di undi jika ia drp PAS.
Perak - MB Nizar x mau dengar pasal hudud ketika memerintah, MB Nizar x penah sebut mengenai PAS mahu menubuhkan negara Islam di Malaysia dlm persidangan ADUN, MB Nizar beri cukai tanah free tanah rezab Melayu yg diduduki oleh penduduk Kg Baru (bekas2 komunis) hingga DYMM Paduka Sultan hiba, MB Nizar jatuhkan maruah kereta nasional sebagai kenderaan rasmi hingga ramai penyokong2 PKR yg terdiri dari pekerja Proton terdiam!
Selangor - x mau hudud! masalah air, x tunai janji spt manifesto, penipu, campur tadbir UNISEL, tanah mahal, rumah mahal, menekan orang susah memiliki aset, banyak kemalangan maut, rumah urut dan pub bertambah, murtad, syiah yg berkembang, makin banyak ajaran sesat..
Kelantan - mundur, pengangguran, sistem pembentungan out, pementungan x terancang! negatif. penduduk negeri terpaksa lari ke negeri2 lain bagi menerus kehidupan yg tertekan.
KL - Bumiputera x terbela, Izzah hanya bersuara untuk bapanya, menjerit kutuk itu & ini.. rupanya menjilat ludahannya sendiri (kes barangan bantuan dari KR1M), MP PR hanya bersuara untuk perihal yg chauvinis, liberalisasi tentang Islam, LGBT disokong
drp 4 Pengawal Keselamatan Terbaik (asal Filipina) Anwar Ibrahim. perancang kedatangan Tentera Sulu` ke LD
Barisan Nasional akan menang?
ReplyDeleteBarisan Nasional pasti akan menang.
ReplyDeleteItu sudah pasti, rakyat tau apa yang terbaik untuk mereka. BN dapat memberi pembangunan.
ReplyDeletekalau dah yakin bn menang...jom bubar biar rakyat tentu di peti undi..
ReplyDeleteBN akan Menang dengan Majoriti Tipis di Parlimen; Ini Pasti!
ReplyDeleteEIU dh kata bn akn menang....kita tgk hari ni bubar tak parlimen...jk tak bubar najib & rosmah pun tak yakin dgn EIU....
ReplyDeletekalau BN yakin menang, hari ini dh bubar parlimen kononnya, tp knp parlimen tak bubar lg.takut BN kalah ke?hehe
ReplyDeleteChief Minister, Datuk Seri Musa Haji Aman said the Barisan Nasional (BN) government would continue to make it a priority to fulfill its promises to the people and attend to their problems.
ReplyDelete
ReplyDeleteHe said the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak, was a clear example of this as he continuously meets the grassroots during walkabouts.
The leaders of the country are confident in meeting the people face-to-face because they can fulfill the promises made to the rakyat.
ReplyDeleteIn this way, the people can air their problems directly so that the leaders can solve them immediately,” he said this when launching the Libaran Umno branch cluster meeting .
ReplyDelete
ReplyDeleteMusa said it was different from the opposition leaders who often made empty promises because they could not honour them.
He said they were more interested in getting the power to rule and not in defending the interests of the people as shown by what has happened in states controlled by the opposition.
ReplyDeleteMeanwhile, Musa who is also the Sabah Umno chief, reminded party members in the state not to be excessively concerned by the choice of candidates in the upcoming general election.
ReplyDeleteHe said they should focus all their efforts in updating the BN party machinery in order to ensure the people returned the mandate to the ruling government.
ReplyDeleteFurthermore, he said if they were caught up with the issue of candidates, they would not be able to focus on serving the people.
ReplyDelete“The choice of candidates in BN is determined by the leadership so let us all wait. What is important is for us to work harder to make sure the party remains strong and our party machinery is regularly updated.
ReplyDelete
ReplyDelete“I believe the BN candidates who will be chosen are winnable candidates. So don’t think of personal interests but think of the party and serving the people,” he said.
ReplyDeleteHe reminded members to always stay united especially at the grassroots level and to avoid trivial issues that can destroy the party’s strength.
ReplyDeleteMusa also stressed that Umno will be BN’s backbone and to work hard to assure the ruling government stayed in power in Sabah.
ReplyDeleteHe said Umno and the component parties of BN will prove that BN is the best choice for the people through its continuous development programmes.
Musa expressed his confidence that Sabah will continue to grow especially in the rural areas due to the commitment of the government led by Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak.
ReplyDeleteHe said the BN government ensured development for all irrespective of their faith and political ideologies.“That is the BN concept of serving the people.
ReplyDeleteThe elected representatives of BN will always work hard to serve the people because they know they have been voted by the people and so it is their responsibility to serve them,” he added.
ReplyDelete