Thursday, February 14, 2013

Umno tergugat di kubu sendiri

JOHOR antara negeri yang disebut-sebut bakal beralih penerajunya dalam PRU13. Justeru, kami terpanggil untuk melihat sendiri bagaimana perkembangan terkini situasi politik di negeri yang pernah dikenali sebagai kubu kuat Umno ini, menjelang tarikh pembubaran Parlimen.

Apatah lagi dengan kepulangan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, ke negeri kelahirannya, membantu Pesuruhjaya Negeri, Dato’ Dr Mahfodz Mohamad. Banyak pemerhati menjangkakan Johor bakal menyaksikan tsunami baharu, seterusnya memudahkan laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Krew Harakah yang diketuai Ketua Pengarangnya, Ahmad Lutfi Othman bertolak ke Johor pada pagi 8 Februari lalu, dan destinasi pertama yang ditujui adalah Johor Bahru dan Parlimen Pulai.

Kehadiran kami disambut Salahuddin dan Setiausaha Perhubungan PAS Johor, Onn Jaafar di bilik gerakan pilihan raya PAS Pulai, Taman Munsyi Ibrahim, JB.

Kebetulan semasa ketibaan kami, penyair yang sedang meningkat, Amni Jagat turut berada di Pulai bersama beberapa petugas PAS di sini.

Kami terus bersembang santai dengan Salahuddin, yang kelihatan agak letih tetapi tetap ceria. Turut serta Yang Dipertua PAS Pulai, Abdullah Ideris, yang berbicara mengenai prospek PAS dan Pakatan Rakyat di negeri yang diterajui Umno sejak 55 tahun lalu.

Banyak isu dan pengalaman baru dikongsi. Salahuddin yakin 12 kerusi Parlimen di Johor mempunyai peluang cerah dalam PRU13 ini memandangkan ‘mood’ rakyat di seluruh negeri, terutama kawasan bandar dan pinggir bandar, mahukan perubahan.

Salahuddin juga optimis jika ada lonjakan pengundi Melayu pada tahap 35 hingga 45 peratus dan disokong dengan pergerakan undi bukan Melayu yang kini cukup terarah kepada Pakatan, maka penguasaan BN di Johor boleh ditamatkan.

Namun dalam perbincangan sama, Salahuddin mengakui agak sukar untuk menembusi undi Melayu di sesetengah kawasan khasnya kampung-kampung tradisi dan Johor Timur (Mersing, Kota Tinggi, Tenggara) kerana pengaruh Umno yang masih menebal di sana.

Begitupun perkembangan yang baik ditunjukkan pengundi Melayu di kawasan Pulai, Johor Bahru, Ayer Hitam dan beberapa kawasan lain yang mana peningkatan pada tahap melebihi 30 peratus.

Perkembangan ini tercetus kerana masyarakat Melayu di kawasan bandar, khasnya di kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), terkesan dengan kerakusan kerajaan negeri pimpinan Dato’ Seri Abdul Ghani Othman membangunkan WPI tanpa memikirkan nasib penghuni Melayu.

Bukan sahaja orang Melayu terpinggir di WPI, malah ramai pemilih rumah di sini adalah warga asing.

Isu pemilikan tanah memang isue besar di Johor, kata Salahuddin.

Di Danga Bay pula, golongan peniaga Melayu yang dahulunya (sebelum dibangunkan) bebas berniaga dan menjaja secara kecil-kecilan kini tidak lagi dapat menimba rezeki biarpun kawasan sudah dibangunkan.

Boleh dikatakan Umno membela Melayu di Johor sebenarnya hanya indah khabar dari rupa, kaum Melayu bukan sahaja umpama melukut ditepi gantang.

Kaum Melayu di sini hidup tidak menentu, tanah rumah yang mereka diami bukan sah milik mereka. Lebih menyedihkan, kebanyakan tanah milik Melayu disini tiada pegangan tetap, kerana berstatus gadaian.

Isu peminggiran Melayu di Johor ini ada benarnya dengan melihat hujah Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Syed Ali Al Attas yang menyebut tentang kemiskinan Melayu di Johor.

Detik perubahan yang dibayangkan berlaku di Johor bisa menjadi realiti jika kelompok Melayu bandar dan pinggir bandar yang dinyatakan terkesan ini tekad melakukan perubahan.

Jika dahulu PAS sukar masuk ke beberapa taman perumahan Melayu khasnya di Taman SEDC dan sekitar Kempas, kini kaum Melayu dan khasnya ahli Umno mudah sahaja menerima kehadiran pimpinan PAS di sini.

Nampak lebih meyakinkan perubahan disokong dengan ‘mood’ pengundi Cina pada tahap maksima untuk melakar sejarah menumbangkan BN di sini amnya dan kerajaan persekutuan khasnya.

Lihat sahaja semasa krew Harakah mengikuti program Salahuddin dan Pakatan Rakyat Gelang Patah mengagihkan limau kepada masyarakat Tionghua sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Taman Universiti, Skudai, sambutan orang ramai amat membanggakan.

“Bagus sekali respons masyarakat Cina di sini dengan Salahuddin, dan dia nampak mesra, santai dan sama sekali tidak canggung,” kata Ahmad Lutfi, yang turut bersama mengiringi Salahuddin, untuk beberapa buah kedai. “Saya yakin dia tiada masalah dengan pengundi Cina, apatah lagi dibantu wajah kecinaannya,” tambah Lutfi.

Isu-isu penindasan ke atas rakyat, khasnya dalam Projek Pusat Penapisan Petroleum di Penggerang (RAPID) dan kes WPI membangkitkan lagi semangat rakyat untuk menukar kerajaan di Johor.

Dalam masa yang sama, khabarnya Umno Johor sedang berkecamuk akibat masalah antara kepimpinannya.

Kata Salahuddin, Ghani Othman sendiri dikatakan tidak sehaluan dengan beberapa tokoh lain khasnya mereka yang bergelar menteri di pusat.

Ada juga dakwaan menyatakan perpecahan berlaku antara kepimpinan di peringkat bahagian dan yang jelasnya pergerakan kerja pilihan raya dalam keadaan yang sangat sederhana akibat ketidaktentuan mengenai calon.

Isu ini turut menyumbang sedikit faktor yang membolehkan Pakatan Rakyat memiliki peluang bergelar kerajaan.

Semasa catatan ini ditulis (8 Februari), kami turut merancang untuk bertemu kepimpinan PAS Negeri yang diterajui Dr Mahfodz seusai mesyuarat Harian PAS Johor, di Simpang Renggam, pada 9 Februari bagi mendapatkan gambaran beliau mengenai gerakerja parti berdepan PRU13.

Kami turut merancang membuat tinjauan ke beberapa lokasi strategik pada 9 dan 10 Februari, antaranya Penggerang (bersama Mazlan Aliman), Bukit Gambir, Danga Bay, WPI dan projek CIQ (jambatan bengkok) yang menjadi bukti nyata bagaimana kepentingan orang Melayu dikhianati Umno-BN.

“Di negeri kelahiran Umno, nasib orang Melayu bukan saja tidak terbela tetapi telah dikhianati,” kata Salahuddin.

“Keadaan di Johor kini berbeda sama sekali,” kata Onn, yang berpengalaman luas dalam politik akar umbi, semasa kami makan Chicken Chop berdekatan hotel penginapan. “Ramai pimpinan Umno di peringkat cawangan yang bersedia memberi ruang buat Salahuddin.

Dahulu, saya masih ingat, masa berkempen, saya seolah-olah bercakap seorang diri.”

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB (DD)

83 comments:
Write comments
  1. BN Sabah yakin Menang walaupun rakyat marhaen tolak sebab backup Dari hasil Projek IC..

    ReplyDelete
  2. ALLAH HU AKBAR TIADA YANG BERKUASA SELAIN ALLAH BUKAN BN YA ALLAH YA TUHAN KU BUKA KAN LAH HATI SEMUA RAKYAT MALAYSIA UNTUK BERUBAH

    ReplyDelete
  3. Johor pun masih Bn pegang utk kerusi parlimen. BN 14 dan PR 12. Hanya kolektif...PR sapu kerusi parlimen 1Malaysia.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  4. Kita kena bersyukur pada Allah SWT kerana dgn kuasanya telah memberikan sedikit perubahan pada penduduk Johor unk memilih parti dan pemimpin yg boleh membela nasib dan ekonomi mereka,.....nak harapkan BN/UMNO jauh sekali unk memberikan mereka ruang unk berkuasa di JOHOR negeri kesayangan kami. kita akan ubah kerajaan BN/UMNO kepada PAKATAN RAKYAT.

    ReplyDelete
  5. Kelambatan bn mengumumkan PRU13 hanya merugikan pihak mereka sendiri. Apa taknya, makin lama makin mereka ditolak, & semakin lama semakin terpinggir, itulah trend skrg. Klau lah diumumkan 2 thn lepas, mungkin situasi agak berbeza sedikit bagi bn dari skrg...



    **Bakakuk/Birumata!!

    ReplyDelete
  6. Apakah najib dan pemimpin UMNO(BN) belum bersedia utk PRU13...kami dari PR dah lama sedia...tunggu nak mengundi je lagi........

    ReplyDelete
  7. I don't think that is the case though.

    ReplyDelete
  8. And this is something we should ponder about.

    ReplyDelete
  9. I think the opposition has making themselves out.

    ReplyDelete
  10. Don't be arrogant la.

    ReplyDelete
  11. Jangan sesekali memandang rendah kemampuan umno.

    ReplyDelete
  12. PR pun berbelah bagi skrg.

    ReplyDelete
  13. Let's see what is happening between PR and SAPP now.

    ReplyDelete
  14. So saying this party will fall is false.

    ReplyDelete
  15. Be prepared for any challenge.

    ReplyDelete
  16. Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin said support for the Barisan Nasional (BN) from the people of Sabah is solid.

    ReplyDelete
  17. In this context he said the BN was confident it could rely on the state to be the "fixed deposit" for the coalition.

    ReplyDelete
  18. On the existence of new political parties including in Sabah, he said, the democratic system practised in the country allowed anyone to set up their own party as long as they fulfilled the conditions.

    ReplyDelete
  19. On speculations by certain quarters of numerous probabilities which they said might occur ahead of the general election, he said BN was not perturbed by it because "we are more focused on our struggle for the people's well-being".

    ReplyDelete
  20. This needs a thorough study as it would involve substantial management costs

    ReplyDelete
  21. KESELAMATAN, kekuatan dan perpaduan adalah matlamat utama orang Melayu mewujudkan Umno sebagai wadah perjuangan untuk memerdekakan tanah air mulai tahun 1946.

    ReplyDelete
  22. Orang Melayu berkehendak supaya tanah air dan bangsanya terselamat dan kuat, dan hanyalah boleh kuat jika kita bersatu padu (Datuk Onn Jaffar, 1 Mac 1946).

    ReplyDelete
  23. Ini bermakna Umno wujud untuk menjamin pelbagai aspek keselamatan iaitu keselamatan negara, keselamatan insan, keselamatan ekonomi, keselamatan politik dan lain-lainnya. Lantas Umno pun memilih untuk memerdekakan negara menerusi “jalan perlembagaan”, musyawarah dan perkongsian kuasa antara orang Melayu, Cina, India dan lain-lainnya.

    ReplyDelete
  24. Inilah sebabnya Perikatan (kini Barisan Nasional) berpaksikan konsep interdependensi demokratik-komunalisme untuk “mewujudkan perdamaian nasional dan perasaan berbaik-baik di antara bangsa-bangsa untuk keselamatan negara” (Tunku Abdul Rahman Putra, 30 Jun 1957).

    ReplyDelete
  25. Umno juga mendukung konsep ini sebab orang Melayu telah bersumpah tidak mahu menumpahkan walau setitik darah pun ke bumi bagi mencapai kemerdekaan negara (ibid). Konsep ini juga diperjuangkan kerana kedudukan Umno sangat berlainan dari parti-parti lain. “Umno sungguhpun parti Melayu yang terbesar, tetapi mempunyai kewajipan dan tanggungjawab bukan sahaja kepada bangsa Melayu bahkan kepada semua bangsa” (Tunku Abdul Rahman Putra, 28 Mac 1957).

    ReplyDelete
  26. PERDANA MENTERI yang tiba semalam untuk lawatan dua hari ke Sabah, selain padat dengan mesyuarat juga hadir bersama rakyat di tiga kawasan Parlimen Beaufort, Parlimen Papar dan Parlimen Tuaran.

    ReplyDelete
  27. Kawasan ini, dikatakan hangat dibicarakan menjelang PRU-13 ini kerana menurut pembangkang akan menjadi wilayah mereka.

    ReplyDelete
  28. Parlimen Beaufort di mana wakil rakyatnya adalah bekas pemimpin Umno Datuk Lajim Ukin, kini bersama PPS mesra pakatan, manakala Parlimen Papar yang akan ditandingi oleh Datuk Yahya Lampong mantan pemimpin vetetran Umno, manakala Parlimen Tuaran di mana wakil rakyatnya mantan Timbalan Presiden Upko parti komponen Bn, kini bersama APS juga mesra pakatan.

    ReplyDelete
  29. Menurut maklum balas daripada hadirian, Najib di sambut kira-kira 20 ribu rakyat di Beaufort manakala di Papar lebih 20 ribu, di Tuaran pula yang mempunyai pengundi 40 ribu yang berlangsung pentang ini, dijangka lebih 30 ribu rakyat akan menyambut kehadiaran Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  30. Berasaskan kehadiran rakyat di kedua kawasan Parlimen itu, nampaknya pembangkang akan berputih mata untuk mempertahankan Parlimen Beaufort dan mencoba merampas Parlimen Papar, kerana kedua-dua kawasan itu masing-masing mempunyai jumlah pengundi hampir 27 ribu dan 33 ribu.

    ReplyDelete
  31. Semalam Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman menzahirkan bahawa Bn Sabah akan dapat mempertahankan tiga kawasan itu pada PRU-13 akan datang memandangkan maklum balas daripada akar umbi.

    ReplyDelete
  32. Lawatan Najib ke Beaufort, sekaligus menutup isu pembangkang, kononnya tidak mampu mengatasi masalah air kawasan itu. Najib mengumumkan peruntukan lebih RM226 juta untuk membina loji air baru bagi Beaufort. Selain itu, Perdana Menteri juga mengumumkan pembinaan Kolej islam bagi kawasan itu.

    ReplyDelete
  33. Rakyat perlu bijak menilai pemimpin yang boleh membela kepentingan mereka dan sentiasa menepati janji ketika berkuasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  34. rakyat sebaliknya tidak boleh memilih individu yang ketika berkuasa tidak pernah menunaikan janji tetapi apabila hilang kuasa bijak menjaja janji dan memburuk-burukkan kerajaan dan negara.

    ReplyDelete
  35. Kita tidak boleh pakai pemimpin yang apabila tiada kuasa dia mahu janji, dia jual janji... dia menagih simpati...dia tuduh orang lain kerajaan BN tidak tolong rakyat...

    ReplyDelete
  36. Hendak cakap itu mudah tetapi hendak buat itu susah. Ingat, hendak musnah itu mudah tetapi hendak bina itu susah, nak cakap buka mulut sahaja boleh cakap di bibir boleh main janji tetapi janji orang yang tiada kuasa... kita janji apa, kita tepati," katanya.

    ReplyDelete
  37. Perdana menteri berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 20,000 orang pada majlis perjumpaan bersama rakyat sekitar Beaufort di padang pekan itu di sini, hari ini.

    ReplyDelete
  38. "Saya amat berterima kasih kepada saudara Isnin (Aliasneh) selaku pemangku Pengerusi Umno Beaufort yang berjaya menghimpunkan begini ramai orang Beaufort dan ini membuktikan siapa kata (pembangkang) boleh tawan Beaufort.

    ReplyDelete
  39. "Pembangkang bermimpi di siang hari untuk tawan Beaufort, Papar, Kimanis dan Tuaran... semua mereka nak tawan tetapi sebenar Sabah tetap dengan BN," katanya disambut sorakan gemuruh daripada penduduk pelbagai lapisan masyarakat yang hadir.

    ReplyDelete
  40. Parlimen Beaufort kini diwakili bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin. Pada Julai tahun lepas, Lajim mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort dan mengetuai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  41. Najib yang juga Pengerusi BN berkata rakyat juga perlu menolak pemimpin yang menganggap dirinya lebih besar daripada parti pada pilihan raya umum ini kerana asas perjuangan parti adalah lebih besar daripada kepentingan individu.

    ReplyDelete
  42. Beliau berkata perkara paling penting ialah perjuangan untuk membela nasib rakyat dan melaksanakan pembangunan demi kepentingan rakyat perlu diteruskan.

    ReplyDelete
  43. "Kita perlu ingat bahawa pemimpin datang dan boleh pergi... patah tumbuh hilang berganti. Kita kehilangan pemimpin tempatan, tetapi dia tidak boleh lebih besar daripada parti.

    ReplyDelete
  44. "Perjuangan masih boleh diteruskan...hendak jalan kita boleh bagi jalan, hendak sekolah boleh diluluskan dan hendak loji air kita boleh luluskan," katanya.

    ReplyDelete
  45. Najib meminta pemimpin BN negeri meningkatkan usaha mendekatkan diri kepada rakyat, terutama dalam memastikan sokongan rakyat berpihak kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  46. Bn akan ditolak sekiranya masih tidak tahu kelemahan dan membaikinya.

    ReplyDelete
  47. Yang tidak baik harus diganti.

    ReplyDelete
  48. Pembangkang semkain ke depan dan diterima oleh rakyat.

    ReplyDelete
  49. Pemimpin yang gagal melaksanakan tugasnya harus dikeluar dari senarai calon.

    ReplyDelete
  50. UMNo masih tidak tahu kelemahannya.

    ReplyDelete
  51. Sabah no longer deposit to BN. A lot are expected to jump party.

    ReplyDelete
  52. DR M dari awl penubuhan UMNO sudah ade signal...Sampaikan Tungku Sendiri tidak percaya kepada DR M ..DR M mempunyai Ketokohan DLM menikam Dari Belakang serta Mengejar Cita2 yg terpendam...DR M sebenarnye sudah tewas dlm pemilihan UMNO kepad Tengu Razali Hamzah..Tapi dgn kelecekannye...digunakan untuk mengubah jumlah undi perwakilan......Maka DR M menag Pucuk PIMpinan PARTI melalui Cara YG salah...22 tahun Menadi PM melalui Undi Salah..Maka selama itulah DR M Makan HAsil HAram...

    ReplyDelete
  53. BN hilang kubu kuatnya hampir diseluruh kaw Parlimen dan DUN. Conoth nyata di Pekan,Phng. Parlimen Tok Jib sendiri. Mereka2 yg gerun dgn PR mula mngganas hanya kepada Mahasiswa,bukan mat-mat negro atau pengganas komunis. Mahasiswa yg bergerak atas semangat demokrasi berperlembagaan dan beparlimen. Ia telah mnggugut,mngertak malah menampar MAHASISWA yg tidak melawan atau bersenjata. Itu le ANJING-ANJING UMNO spesis terakhir. Sepatutnya samseng itu dihantar ke Selatan Filipin,kalau ada 'telur' atau dihantar ke Gaza sebagai 'sasaran' yahudi.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  54. Ketua Pusat Daerah Mengundi (KPDM) UMNO Kawasan Dewan Undangan Negeri perlulah menggerakkan jentera pilihanraya ke tahap maksima dan tidak sambil lewa, sebaliknya bekerja dengan lebih bersemangat mengukuhkan jentera parti di setiap pusat daerah mengundi (PDM).

    ReplyDelete
  55. Semua bilik gerakan PDM harus sentiasa bersiap sedia dan mengemaskini senarai pengundi serta mengesan semua pengundi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

    ReplyDelete
  56. Walaupun tarikh pilihanraya belum diketahui, namun persediaan awal itu penting untuk menyelaras semua markas dan daerah mengundi dengan bilik gerakan bahagian serta bilik gerakan utama kawasan DUN dan cawangan-cawangan.

    ReplyDelete
  57. Jentera parti perlu menggerakkan mekanisma baru dan perlu lebih kreatif serta responsif dalam menjalankan gerak kerja.

    ReplyDelete
  58. Semua Ketua PDM perlu melipatganda usaha mendekati pengundi di semua cawangan termasuk golongan muda, kerjasama di kalangan parti-parti komponen juga harus lebih kuat dan memainkan peranan dengan penuh ikhlas dan efektif.

    ReplyDelete
  59. Semua jentera pilihan raya MCA di seluruh negara bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha.

    ReplyDelete
  60. Beliau berkata sebagai menyahut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak parti itu telah pun membuat persiapan sejak setahun lalu.

    ReplyDelete
  61. "Jentera MCA di peringkat cawangan (contohnya), kita telah pun menubuhkan bilik gerakan sejak setahun yang lepas," katanya

    ReplyDelete
  62. Sementara itu, Kong yang juga Menteri Pengangkutan berkata sambutan golongan muda terhadap BN di seluruh negara juga semakin menggalakkan.

    ReplyDelete
  63. "Semua jentera BN kini berada di tahap tertinggi dan ini adalah satu petunjuk yang baik dan meyakinkan kita semua," katanya yang juga Anggota Parlimen Lumut.

    ReplyDelete
  64. Semua jentera BN telah bersedia untuk mneghadapi PRU ini.

    ReplyDelete
  65. Pembangkang belum tentu di terima rakyat.

    ReplyDelete
  66. Sebanyak 56 kerusi negeri akan menjadi rebutan di Johor, negeri yang dikenali sebagai kubu kuat BN

    ReplyDelete
  67. Pada 2008, prestasi BN tercalar sedikit apabila ia hanya memenangi 50 kerusi negeri, manakala DAP dan PAS masing-masing memenangi empat dan dua kerusi.

    ReplyDelete
  68. Bagi kerusi parlimen pula, BN mengekalkan 25 daripada 26 kerusi yang disandangnya, dengan satu kerusi terlepas ke tangan DAP.

    ReplyDelete
  69. Pengatur strategi BN berpendapat sokongan pengundi Melayu, dan dalam hal tertentu, sokongan pengundi India terhadap parti gabungan itu, nampaknya tidak perlu dirisaukan.

    ReplyDelete
  70. The private sector and religious bodies played a significant role in complementing the government’s efforts to improve the lives of rural folk, said Kota Marudu MP Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

    ReplyDelete

  71. Ongkili, who is also Science, Technology and Innovation Minister, said Kota Marudu had been blessed with having good relations with the private sector and non-governmental organisations (NGOs) which were always ready to lend a helping hand to build much-needed facilities for the community.

    ReplyDelete

  72. The latest is the building of the SIB MarakParak rural hostel by CepatWawasan Group Bhd to accommodate pupils of SK Marak Parak, which is near the village church.

    ReplyDelete
  73. “It is not the Education Ministry’s practice to provide hostels for primary schoolchildren. Hence, the private sector, NGOs as well as religious bodies play a significant role in helping to build and manage hostels in rural areas including Kota Marudu,” he said.

    ReplyDelete

  74. Ongkili said this facility was important for rural areas as the pupils often had to walk for several hours to get to school due to the distance and the lack of good roads. This has resulted in low school attendance rates in the rural areas.

    ReplyDelete

  75. “Similarly, it is commendable of the church to make an effort to build the hostel to enable 60 more pupils to live near the school; hence they need not walk long distances to school. The church also funds the meals for the pupils who will live in the hostel it manages.

    ReplyDelete

  76. “This facility will certainly improve the pupils’ learning capacity and academic performance,” he said.

    ReplyDelete
  77. The new hostel costs Sandakan-based CepatWawasan Group RM135,000 including to furnish it.

    ReplyDelete
  78. SK Marak Parak’s present hostel can accommodate 150 of its 407 pupils. About 75 per cent of the pupils come from far away, including Beluran.

    ReplyDelete
  79. A new sealed road is in the process of being built here, which is the Kota Marudu-MarakParak-Melinsau-Poring-Ranau link which when completed, will greatly improve the lives of the people there.

    ReplyDelete
  80. “Barisan Nasional is committed to ensuring its national transformation programmes yield good results in the educational development of the people.

    ReplyDelete
  81. “The private sector through its corporate social responsibility initiatives can add value to the government’s efforts and benefit the community including Kota Marudu rural folk,” Ongkili said.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.