Tuesday, February 5, 2013

Isu Perumahan Taman Apas Permai Tawau Terbengkalai

PUSAT Aduan Rakyat Tanjong Batu, Tawau pada hari ini mengeluarkan kenyataan media berhubung isu perumahan terbengkalai di Taman Apas Permai di bawah kendalian Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Pusat Aduan Rakyat Tanjong Batu, menyatakan kekesalan terhadap SPNB di atas kegagalan pihak SPNB menyiapkan rumah tersebut pada tarikh sepatutnya seperti mana yang termaktub di dalam perjanjian jual beli rumah. Banyak sekali janji pihak SPNB mengecewakan pembeli.

Lebih malang lagi, Pusat Aduan Rakyat Tanjong Batu, melihat masalah rakyat ini hanya dipandang sepi tanpa sebarang solusi yang konkrit daripada pihak berwajib.

Malah, umum mengetahui bahawa kontraktor utama untuk projek ini iaitu syarikat Supernesa Sdn Bhd, sebuah GLC Kerajaan yang dipengerusikan oleh Datuk Hamisa Samad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu.

Ganjilnya Hamisa tidak pernah turun padang membela nasib rakyat tertindas ini sehingga para pembeli mengambil inisiatif sendiri untuk membentuk jawatankuasa bertindak demi membela nasib mereka.

Aduan demi aduan telah diajukan menerusi laman-laman aduan kerajaan. Demikian juga cadangan mengadakan perhimpunan aman menuntut pembelaan dan termasuk juga cadangan untuk menghantar surat kepada Perdana Menteri telah dilakukan.

Sumber daripada pembeli sendiri memaklumkan mereka menandatangani perjanjian pada 14 Mei 2008 yang menyatakan bahawa projek tersebut akan siap dalam tempoh 2 tahun 6 bulan.

Bagaimanapun, selepas tamat tempoh tersebut, rumah yang dijanjikan masih tidak boleh diduduk. Oleh itu, pembeli mendapatkan pampasan daripada pemaju. Kesabaran pembeli mula tercabar apabila tarikh demi tarikh diumumkan, masih juga belum menampakan tanda-tanda yang rumah mereka akan siap untuk diduduki.

Perkara ini adalah satu penganiayaan terhadap rakyat. Akhirnya, sebagai gula-gula kepada pembeli, satu sesi penyerahan kunci berserta permit menduduki (OC) sementara selama 3 bulan telah diadakan pada 28 januari yang lalu.

Seperti yang dijangka, tidak ada seorang pun pembeli yang sanggup menerima kunci tersebut, sebaliknya berang terhadap tindakan pihak SPNB.

Hal ini berlaku kerana rumah yang diberikan OC masih belum selamat untuk diduduki. Kerosakan seperti siling yang retak, tanah mendap, atap bocor, sistem pemparitan tiada, malah keperluan asas seperti sumber air juga belum ada.

Pusat Aduan Rakyat Tanjong Batu, melihat perkara menganggap ia penafian hak rakyat untuk menikmati kehidupan yang selesa. Tambahan lagi, rumah tersebut sebenarnya tidak mendapat sijil menduduki (CF) dan pastinya tidak selamat untuk diduduki.

SPNB sepatutnya memastikan keadaan rumah tersebut, benar-benar selamat untuk diduduki sebelum membuat majlis penyerahan kunci. Namun perkara sebaliknya dilakukan oleh pihak pemaju.

Hal ini turut menimbulkan keraguan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena apabila projek perumahan Negara ini terbengkalai sekian lama. Pada hemat Pusat Aduan Rakyat Tanjong Batu, tindakan pembeli yang enggan menerima kunci tersebut adalah tindakan yang tepat.

Justeru, di peringkat Pusat Aduan Rakyat Tanjong Batu, melihat perlu tindakan segera perlu diambil sebagai pembelaan kepada pembeli. Pusat Aduan Rakyat Tanjong Batu, akan membawa aduan ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat isu ini.

Selain itu, Pusat Aduan Rakyat Tanjong Batu, akan membantu para pembeli dalam menyediakan khidmat guaman sekiranya para pembeli berhadapan dengan masalah selepas ini dengan SPNB. Diharap dengan beberapa tindakan awal ini, dapat membantu pembeli perumahan Taman Apas Permai. (Media PAS)

Oleh : FATMAWATTY YUSOF
Penyelia Pusat Aduan Rakyat Tanjong Batu, Tawau

29 comments:
Write comments
  1. YB BN biasa le tu...Apa dia boleh buat atau prjuangkn pd hakikatnya?

    **888

    ReplyDelete
  2. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memantau operasi semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan setiap projek pembangunan yang dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  3. Walaupun tidak mempunyai kuasa terhadap PBT, pihak kementerian akan memberi nasihat dan pandangan kepada setiap PBT di negara ini demi kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  4. Penguatkuasaan perlu diperketatkan dalam meluluskan apa-apa juga pelan pembangunan.

    ReplyDelete
  5. Setiap PBT mempunyai undang-undang tersendiri yang ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing manakala pihak kementerian hanya berfungsi sebagai penyelia serta menyediakan peruntukan kepada PBT.

    ReplyDelete
  6. Projek2 seperti inilah yang sering digunakan sebagai modal politik bila dekat PRU.

    ReplyDelete
  7. Pastikan semuanya dapat diselesaikan sebelum pilihanraya.

    ReplyDelete
  8. jgn biarkan ia terus berbengkalai.

    ReplyDelete
  9. KUALA LUMPUR 7 Feb: Tiga pemimpin KEADILAN ke Manila malam ini bagi membongkar sejauhmana kebenaran skandal melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan penjenayah dikehendaki penguatkuasa negara itu yang dikaitkan sebagai anak saudara Musa, Manuel Karingal Amalilio.



    Lawatan sehari itu disertai Naib Presiden, Tian Chua; Timbalan Setiausaha Agung, Darrel Leiking dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, R Sivarasa.

    “Ia adalah misi mengumpul fakta. Kita akan berjumpa agensi kerajaan yang terlibat di sana dan para wartawan untuk mengenal pasti beberapa fakta yang agak kabur di media Malaysia,” jelas Tian ketika dihubungi.

    Menurutnya, terdapat desas-desus di Filipina yang kian tersebar mengatakan dana membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta) hasil penipuan Amalilio terhadap 15,000 orang untuk kegunaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

    “Ramai orang di Filipina bercerita tentang perkara ini. Kami putuskan untuk ke sana bagi mengetahui kebenarannya. Jika benar dakwaan itu, ia satu perkara yang sangat serius,” katanya.

    Ahli Parlimen Batu itu mempersoal bagaimana Amalilio atau namanya di Malaysia, Mohammad Kamal Sa’aid boleh memiliki dua kewarganegaraan.

    ReplyDelete
  10. Jom tolak Pecacai angkat najis LEMBU...TERRORIST,HEADHUNTER,MANTRA,SANIH..Tukang komen UMGOK BODOH ..perosak bangsa..

    ReplyDelete
  11. Meminjam kata-kata Tan Sri Abdullah Ahmad wartawan veteran "Seperti kata Speaking, “It (Umno) is enjoying some patches of sunshine”. Najib bisa melihat ke hadapan dengan lebih yakin lagi. Namun cuaca di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang terus mendung; cuaca di Kedah cerah sedikit. Perak menjadi rebutan sengit.Di lain negeri Umno/BN diduga terus memerintah".

    ReplyDelete
  12. Kerusi Parlimen 222, kawasan majoriti absolut Cina hanya 50, bakinya adalah kawasan peribumi dan kawasan campuran. Medan pertempuran sengit bertumpu dalam 172 kawasan ini

    ReplyDelete
  13. Dalam kawasan absolut majoriti Cina, DAP diduga menang mudah tetapi belum tentu lagi kerana orang Cina selalunya praktikal.

    ReplyDelete
  14. Kaum cina walaupun kini telah dicap pembangkang, mungkin memberi DAP 30 hingga 40 kerusi, bakinya untuk calon Cina dari parti komponen BN.

    ReplyDelete
  15. Takdirnya jika DAP sapu semua, itu satu tanda “konfrontasi” macam Indonesia-Malaysia pada 1963 bermula. Akhirnya Sukarno digulingkan oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia yang diketuai Jeneral Suharto.

    ReplyDelete
  16. Pas, PKR mengepalai pertempuran di medan peribumi-Islam ini. Mereka berhasrat merampas minimum separuh kerusi itu, yakni 86. Lebih dari jumlah kerusi ketiga-tiga parti kini ada dalam Parlimen ke -12. Berdasarkan perkembangan terkini, Suara Rakyat rasa, Pas dan PKR tidak akan berjaya menang 86 kerusi sepertimana ramalan mereka. Namun, DAP mungkin dapat 40.. itu suatu kepastian.

    ReplyDelete
  17. APABILA Anwar bertemu dengan kaum cina di Semenanjung, dia memberitahu kaum itu bahawa kaum cina di Sabah dan Sarawak tidak menyokong Bn; demikian juga apabila ke Sabah dan Sarawak, dia beritahu kaum cina, seluruh kaum cina di Semenanjung menolak Bn.Teringkat saya pada kejadian tahun 1994, semasa menjatuhkankan kerajaan PBS. Dia memanggil beberapa ADUN PBS dan menyatakan bahawa ADUN ini ADUN itu telah melompat, Apa tunggu lagi, Lompat lah.

    ReplyDelete
  18. ADUN yang termakan kata-kata Anwar itu antaranya Datuk Lajim Ukin dan Datuk Robin Balang. Apabila dua ADUN PBS itu keluar PBS, maka tergulinglah PBS, kerana jumlah majoriti ADUN menyebelahi BN, menjadikan BN 25 dan PBS 23 daripada 48 kerusi Dun Sabah.

    ReplyDelete
  19. "Trick" lama ini, sekarang betul-betul digunapakai oleh Anwar. Atas sebab itu, pemimpin kaum cina dalam Bn, perlu menjelaskan cara Anwar ini kepada penyokong mereka, kerana dakwaan itu hanya mengelirukan kaum-kaum itu.

    ReplyDelete
  20. Jika benarlah kata-kata Anwar itu, bahawa kaum cina Sabah dan Sarawak menolak Bn, maka tidak mungkin, pada PRK Batu Sapi pada oktober 2010, Bn mampu mengekalkan kerusi itu, malah melalui PRK itu majoriti calon Bn bertambah berbanding majoriti pada PRU-12.

    ReplyDelete
  21. Kata-kata Anwar hanya sekadar untuk menarik undi rakyat sahaja, kita jangan mudah terpengaruh.

    ReplyDelete
  22. SPNB perlu beri penjelasan, jangan biarkan rakyat tertanya-tanya.

    ReplyDelete
  23. Anwar mengatakan kaum Cina di Sabah menolak BN, itu satu daripada fakta yang tidak benar dari beliau. Terbukti bahwa kaum cina menyokong BN sepenuhnya.

    ReplyDelete
  24. Kinabalu Pink Ribbon (KPR) will double its effort to create greater awareness on women’s health through various programmes this year.

    ReplyDelete

  25. Its president Lucilla Pang said that KPR will try its best to reach out to women especially at rural areas as they are the ones who need the awareness the most.


    ReplyDelete
  26. “We aim to extend our network of support for women, newly-diagnosed patients and survivors all over the State,” she said during a press conference at a luncheon meeting at Zara’s Boutique Hote.

    ReplyDelete
  27. Lucilla said KPR is strongly emphasising on patient support by going the extra mile to help women not only on breast cancer but also other cancers to walk the journey through treatment and recovery.

    ReplyDelete
  28. She also said that KPR has set up the ‘Patient Welfare Fund’ to assist patient who need therapy and transportation expenses for instance.

    ReplyDelete
  29. The objective of the event is to celebrate women and to recognise and respect the role of women in society.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.