Monday, February 18, 2013

Yassin Nyanyikan Lagu '"Reformasi" Untuk AMK

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarkan Gagasan Anak Muda Malaysia atau ‘Dokumen Merah’ yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda Malaysia sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

Lima perkara itu ialah gagasan pemberdayaan pendidikan, gagasan kualiti hidup, gagasan kesaksamaan poltitk dan demokrasi, gagasan perumahan strategik dan gagasan merakyatkan kebudayaan dan sukan anak muda.

“Pelancaran rasmi akan dibuat di Melaka oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin,” kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip sambil memaklumkan arikh tersebut akan dimaklumkan kemudian.


AMK turut melancarkan video klip lagu ‘Reformasi’ di ibu pejabat KEADILAN hari ini, nyanyian artis Yasin yang menjadi lagu rasmi kempen AMK di seluruh negara.

“Yasin adalah duta rasmi kempen pilihan raya AMK. Beliau bersama AMK akan bergerak mengelilingi Malaysia dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK,” kata Rozan.

Beliau menjangka, selepas berita penyanyi Yasin sebagai ‘duta rasmi’ AMK dan ‘Dokumen Merah’ dilancarkan, undangan persembahan dan jemputan kempen program akan meningkat.

Justeru sebarang komunikasi melibatkan jemputan termasuk kempen pelancaran ;Dokumen Merah’ AMK boleh dibuat melalui Setiausaha AMK, Julailey Jemadi atau Setiausaha Kerja AMK, Syed Badli Shah Syed Osman. -KD

Tonton lagu Reformasi nyanyian:

1 comment:
Write comments
  1. Lagu???

    ok, dengar cikgu nak bagitau nie..analogi lagu tadi dgn akhbar ini. Soalan cikgu, siapa kah `orang itu`????

    Harakah diwujud & disebarkan oleh orang kuat anwar pertengahan 1990-an lagi. Orang itu mmg mempunyai kedudukan kewangan kukuh dari hasil judi. Zaman Anwar TPM, Orang itu - pegawai kerajaan & Ketua Umno Bhg. Slps Anwar malap, orang itu diarah pihak Zionis berusaha berpolitik secara radikal & jadi ahli parlimen dalam PAS. Alih2, orang itu jadi tulang belakang & penasihat senyap dalam PAS. Melalui Anwar , orang itu diuar2 akan ganti Nik Aziz (yg tak sedar diri & mengejar pencen lebih RM 60 ribu sebulan utk kebahagiaan anak bini & cucu) sbg MB selepas PRU 13.. orang itu mempunyai kedudukan kewangan jutaan USD dalam Israeli Bank!!

    Harakah miliknya diumpama seperti al quran..padahal, ia hanya sebuah akhbar yang sentiasa menyebar fitnah secara berselindung. Kini, semua media massa pembangkang termasuk blog juga ditaja oleh Anwar dalam usaha & cita2nya jadi PM! pelbagai cerita dimuatkan secara semberono tanpa fakta yang sahih..ikut arahan, cari berita / isu panas / kondemn kan kerajaan serta wujudkan dendam rakyat pada pemerintah! Anwar, hanya khabar angin & cerita2 kedai kopi. Tarik simpati buat Anwar & angkatannya.. Orang itu adalah master mind penting pada Anwar.

    Mutakhir ini, orang itu dipamirkan sebagai seorang alim, berkopiah putih serta warak. padahal dia mmg agen Zionis, memiliki wang, membiayai Harakah & kekayaannya dari hasil yang haram.

    Siapa orang itu?? pernahkah anda berfikir siapa tulang belakang harakah, media massa & blog2 berat pro Anwar ini?? Pemimpin mahupun usaha kerajaan dipersendetemehkan orang itu setiap ketika dalam mengabui mata pengundi/ pembaca.. Dalam blog, berita palsu diwujud & dibentuk secara hiperbola bagi meningkatkan emosi, dendam serta rasa x bersyukur pengundi pada usaha& bantuan2 kerajaan!!

    Lupakah Anwar juga bahawa sepatutnya dia mengadu pada Allah terlebih dahulu?? mengapa perlu diadu semuanya pada pihak asing / negara luar? siapa Allah di mata `Ustaz Anwar Ibrahim`? so, perlu diingat - Orang itu sangat merapu demi Anwar Ibrahim..

    drp cikgu shamsul iskandar bin mat yakin

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.