Tuesday, February 12, 2013

SPR : Pelbagai situasi luar jangka dalam PRU 13

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meramalkan pelbagai situasi luar jangka berkemungkinan berlaku pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata keadaan itu adalah disebabkan doktrin ketidakpercayaan yang diterap pelbagai pihak terhadap ketelusan pilihan raya dan SPR selaku badan menguruskannya.

Justeru, beliau berkata tidak hairan jika ada ejen tempat mengundi yang juga wakil kepada calon sanggup untuk sama-sama mengawal peti undi awal dan undi pos.

Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, beliau berkata kali ini juga mungkin akan wujud kumpulan penyokong parti politik yang bertanding berada di luar kem tentera ketika proses undi pos dijalankan.

"SPR betul-betul mahu berikan yang terbaik untuk memenuhi pelbagai syor PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan proses pilihan raya raya) dan pihak-pihak lain yang sentiasa memainkan isu mempertikai kredibiliti SPR.

"Jadi, kalau mereka hendak tidur di lokap bersama dengan peti undi yang dikawal di balai polis atau mungkin mahu mengiringi peti undi ke tempat simpanan kita akan benarkan, tapi masih mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya," katanya.

Menurut SPR, sehingga suku ketiga 2012, terdapat 13.1 juta pengundi berdaftar dan sekiranya pilihan raya diadakan selepas Mac, SPR menjangka pertambahan 164,000 pengundi lagi yang didaftarkan pada suku keempat tahun lepas.

SPR merekodkan 273,819 pengundi awal terdiri daripada tentera dan pasangannya, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan serta anggota polis yang akan menjalankan undi awal dan undi pos.

Wan Ahmad berkata berdasarkan situasi politik semasa, SPR juga meramalkan semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan ditandingi dengan sengit pada PRU-13.

"...mungkin tiada calon yang boleh menang tanpa bertanding," katanya.

- Bernama

9 comments:
Write comments
  1. SOKONG dgn amaran Abg Mat Sabu yg mahu kerahkn rakyat jelata seramai 1juta org ke jalan2 rya utk berdemo melawan kecelakaan SPR/UMNO mngadakan PRU ke 13 secara tipu. jika UMNO tidak tumbang dlm PRU ke 13 tidak apa,asalkan mereka tetap menang dgn cara gentleman. tetapi jika ic palsu brleluasa, warga asing dpt ic segera dan layak jadi pengundi serta hantu2 masih brkeliaran,jika PR brjaya kumpulkn sramai mngkin rakyat jelata...bagus le. Aku jugak akan turun ke jalan raya dan menyeru setiap rakyat dr setiap pelusuk negara,turun berdemo melawan KECELAKAAN UMNO. Mereka yg minta rakyat turun brdemo jika melaksanakn PRU dgn menipu. Jgn takut pd ugutan anjingKERAjaan ATAU Isamil Omar. Kuasa dtangan rakyat bukan dtgn anjingKERAjaan tu.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  2. Bersih yg disokong oleh rakyat,kenapa SPR enggan ikut tuntutan rakyat?kenapa BN fitnah BERSIH?BN n SPR SAMA JE TOLAH tuntutan BERSIH! Kenapa selera SPR n selera BN/UMNO sama je?rakyat dah tahu jawapannya,cuma rakyat mahu jawapan drpd SPR je.....

    ReplyDelete
  3. Ini kaliii lahhh.!!!

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya,KERAjaan BeEnd hanya tumbang dgn kebangkitan rakyat. Hanya kebangkitan itu tidak ada ENDING nya utk mnakutkn BN. Itu jer. Brkumpul hampur 100 000 org spt di Klang sepuloh tahun lampau. Tapi bila dtg polis FRU 100 org,mcm kambing takut kat hujan yg 100 000 tu lari. Kah kah kahh..bodoh.Ptuii!!

    ReplyDelete
  5. UMNO/BN perlu dihancurkn dibumi Malaysia sial dn tak guna lagi krn penipu,rasuah salah guna kuasa, Zalimmmmm dan pgkhianat raja fitnah dn puterbelit. Kita Awasi penipuan penipuan SPR krn selain polis adalh anjing kerajaan UMNO/BN!!!!!!! Bersatu sokong PAKATAN. Berita sabah bukn deposit UMNO/BN Jahanam!. NAJIB kenapa TAKUT DEBAT dg DSAI ?.......

    ReplyDelete
  6. BN GANGSTER STYLE LOOOOOO,,,, BIASA MAKAN BENDA KOTOR....INI KALI BAHHHHHHHHHH.......ARE UR READYYYYYY..?.....

    ReplyDelete
  7. BN GANGSTER STYLE LOOOOOO,,,, BIASA MAKAN BENDA KOTOR....INI KALI BAHHHHHHHHHH.......ARE UR READYYYYYY..?.....

    ReplyDelete
  8. Biasa bagi SPR hanya apabila NGO berkenaan boleh diperlembukan seperti dirinya..
    FCAS ialah NGO yang diperlembu SPR
    SPR diperlembu oleh Be End...

    Kepada NGO yang jadi lembu SPR, elok tambah satu huruf "K" di hujung...jadi "NGOK"

    ReplyDelete
  9. Kami tak mau tau siapa berkempen untuk BN....janji SPR jangan jadi tali barut untuk menang kan BN............

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.