Kira-kira 1,000 pekerja pengeluar kereta nasional, Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam mengadakan bantahan petang ini berhubung kenaikan minimum gaji bagi kakitangan sedia ada yang sebelum ini dibayar antara RM901 dan RM1,200 dan hanya mendapat kenaikan empat peratus.
Bantahan di Tanjung Malim, bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir sejam kemudian, ekoran pelaksanaan gaji minimum pada bulan Januari.
Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Azmi
Jamaluddin berkata, pekerja peringkat rendah sebelum ini memperolehi gaji RM600 tetapi kini mendapat kenaikan RM300 berikutan pelaksanaan gaji minimum.
"Bagaimanapun, mereka dengan gaji RM901 hingga RM1,200 hanya diberikan kenaikan empat peratus. Ini hanya kenaikan minimum RM36 kepada RM40," katanya kepada Malaysiakini.
Oleh itu, bantahan hari ini adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada majikan mereka.
Kesatuan dalam surat bertarikh 17 Januari menyatakan mereka yang
mendapat gaji RM600 kini mendapat RM900 manakala mereka dengan gaji RM1,201 dan ke atas diberi pembayaran one-off.
Surat itu yang ditandatangani oleh Setiausaha kesatuan tersebut, Mohd Zaki Hairan menyatakan bahawa rundingan bermula pada bulan November tetapi tiada tanda-tanda penyelesaian dicapai.
Dalam satu kenyataan, Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Zainudin Dollah berkata pekerja mahukan penyusunan semula gaji bagi mereka yang memperolehi RM901 hingga RM1,200 bagi mendapatkan kenaikan yang setanding dengan mereka yang dinaikkan gaji dari RM600 kepada RM900.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Sekerja Elektronik Semenanjung Malaysia (Wilayah Barat), Wan Noorulazhar Mohd Hanafiah berkata 700 pekerja berkumpul di sebelah kilang Proton Shah Alam untuk menuntut pelarasan gaji berikutan pelaksanaan gaji minimum.
Beliau berkata perhimpunan bermula jam 5.30 petang berhampiran kilang tersebut yang diketuai Pengerusi MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan, N Gopalkishnan.
Sementara itu, menurut laporan China Press, kira-kira 500 pekerja asing sebuah kilang perabot di Muar mengadakan mogok hari ini terhadap majikan mereka yang enggan melaksanakan gaji minimum.-MK
Saturday, February 9, 2013
1,000 pekerja Proton protes tentang gaji
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dan sekali lagi episod duka pekerja anak bangsa diMalaysia...Proton adalah anak syarikat DRB Hicom.. dan DRB Hicaom dimiliki oleh Billionaire Kroni UMNO yg terkenal.. Syed Mokthar Al Bukary...Rakyat disengsarakan.. Kroni diKayarayakan...!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemarilah kita bersatu. setiap dari kita adalah agent Pakatan rakyat untuk bercerita kepada rakan, teman, keluarga, sahabat, jiran, dan kepada siapa sahaja tentang kenapa perlu kita kuburkan permerintahan zalim dan khianat umno bn ini
ReplyDeletemarilah kita bersatu. setiap dari kita adalah agent Pakatan rakyat untuk bercerita kepada rakan, teman, keluarga, sahabat, jiran, dan kepada siapa sahaja tentang kenapa perlu kita kuburkan permerintahan zalim dan khianat umno bn ini
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetest...............test.....
ReplyDeleteTanda2 kebangkitan rakyat terhadap kezaliman kerajaan BN. Proton adalah sebuah sykt besar dalam industri pengeluaran kereta di negara kita, kenapa gaji pekerja terlalu kecil?
ReplyDeleteDi mana sudah laungan pemimpin UMNO, bahawa kerajaan BN adalah kerajaan menitikberatkan kebajikan. Semua tipu......tipu.....tipu...
ReplyDeleteUMNO adalah parti penipu....penipu....penipu
ReplyDeleteUMNO parti pembohong....pembohong....pembohong
ReplyDeleteUMNO dan NAJIB merasuah rakyat dengan duit BRIM tetapi rakyt sudah faham semua lakonan mereka. TUKARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR......
ReplyDeleteMauh undi UMNO/BN bermakna setujuh dengan pembohongan mereka terhadap rakyat..
ReplyDeleteingat umno ingat penipu. ingat umno ingat pemitnah !!!! umno sekarang dah babi.
ReplyDeleteJgn mintak yg pelik2 nanti service charge kat Edaran EON atau Proton Edar mningkat harga. Skrang pun,kalu tukar mnyak hitam kat Proton Services sekali ganda mahal dr bngkel biasa. Alasan barang genuine ke barang standard ke ndak tau le aku. Tapi yg kau tau itu alasan utk mngklasifikasikan services tempat mereka..bagus walau 2x5 jer pun. Tukar timing belt kat ejen mereka RM900 tapi kalu kat ejen lain RM600 utk Proton Saga. Ejen lain tu bukan le ejen kat pendalaman pun, boleh thn jugak services nyer. Yg penting tetap berkualiti dan harga munasabah.
ReplyDeleteproton nak bersaing dgn toyota? lain tahun laa...
ReplyDeleteIni menjadi masalah juga kalau gaji minimum dilaksanakan. Keranan mereak yang bergaji rendah dibawah RM900 pasti akan mendapat kenaikan yang tinggi.
ReplyDeleteJadi fikirkan sendiri. Gaji RM600 sudah pasti akan dinaikan kepada RM900 kerana itulah tangga gaji yang diumumkan.
ReplyDeleteRM600 ke RM900 mendapat kenaikan RM300. tapi bagaimana dengan gaji yang sememangnya diatas RM900. Itu yang cuba dipersoalan sekarang ini.
ReplyDeleteFikirkan sendiri patutkah juga yang bergaji di atas RM900 ini dinaikan lagi RM300. Tidak patut dan tidak perlu.
ReplyDeletePerlu faham yang mana gaji yang dibawah RM900 saja yang akan dinaikan secara automatik kepada RM900. Jadi yang berada diatas RM900 rasanya kita bersyukur jika dinaikan dalam 4% itu. Daripada tidak ada kenaikkan langsung. Ini bagi penyelarasan gaji minima yang dipinta sebelum ini. Jadi protes mana pun rasanya tidak ada guna. Ini permintaan daripada pihak tertentu yang inginkan gaji minima dan bukannya meminta semua dinaikan gaji dengan sama rata.
ReplyDeleteMarah orang Proton, no wonder servis makin teruk.hehe
ReplyDeleteSecara logiknya gaji minima adalah gaji individu yang tak sampai RM900. Kenapa nak marah pula kalau gaji dah diatas paras gaji minimum.
ReplyDeleteAgak-agak jugalah kalau nak minta kenaikan. Kalau gaji lebih dari RM900 takkan nak minta kerajaan naikkan RM300 seorang. aduiii...
ReplyDeleteBersyukurlah ada kenaikan, kalau tidak lagi susah. Janganlah terlalu mendesak pula hingga melakukan protes. Ia hanya akan mengundang masalah lain sahaja. Lebih baik gunakna cara yang lebih aman untuk selesaikan ketidakpuasan hati dan bukan dengan cara ini.
ReplyDeleteSaya harap semua yang bergaji kecil dapat dinaikkan gaji mereka. Abang saya sendiri kerja di syarikat kelapa sawit yang besar tapi gaji rendah saja. Dengan dasar gaji minimum yang kerajaan laksanakan harap gaji abang saya dapat dinaikan.
ReplyDeletePenetapan kadar gaji minimum untuk sektor swasta mampu menjadi pemangkin untuk meningkatkan produktivi dan melonjakkan perniagaan bagi pihak swasta, kata seorang pakar ekonomi.
ReplyDeleteProf Dr Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata majikan tidak seharusnya melihatnya sebagai beban, sebaliknya ia mampu meningkatkan pendapatan bagi menampung kenaikan kos operasi syarikat.
ReplyDeleteDi Korea misalnya, gaji minimum ini dapat dilihat sebagai satu cara untuk pastikan sektor swasta bergerak lebih cepat daripada apa yang ditetapkan," kata Barjoyai
ReplyDeleteBarjoyai, yang mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang percukaian dan Sarjana dalam Pentabiran Industri berkata kadar gaji minimum juga dapat membantu negara mencapai status negara berpendapatan tinggi kerana ia akan meningkatkan kuasa beli pengguna.
ReplyDeleteBeliau berkata walaupun kadar RM900 yang ditetapkan untuk Semenanjung, dan RM800 untuk Sabah, Sarawak serta Labuan agak rendah, namun ia dapat memastikan setiap pekerja di negara ini mendapat gaji yang tinggi berbanding sebelumnya.
ReplyDelete"Hari ini, lebih 30 peratus penduduk Malaysia mendapat gaji kurang RM300 sebulan, dan dengan adanya kadar gaji minimum yang ditetapkan maka ia serta-merta meningkatkan gaji mereka," katanya
ReplyDeleteBeliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kadar gaji minima sektor swasta di mana Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.
ReplyDeleteSementara itu, Presiden Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan Mohamad Shafie Mammal mahu kerajaan memastikan pelaksanaan kadar gaji minima itu dipatuhi oleh semua majikan.
ReplyDeleteMohamad Shafie yang juga Presiden Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Pekerja Antarabangsa (UNI)- Malaysian Liasioan Council (MLC) berkata beliau bimbang kemungkinan terdapat segelintir majikan yang tidak bertanggungjawab akan menjadikan penetapan kadar gaji minimum itu sebagai alasan untuk mengurangkan pekerja.
ReplyDelete"Kita tidak mahu ada majikan yang ambil kesempatan dengan memberhentikan pekerja kononnya untuk kurangkan kos, jadi biarlah pelaksanaan ini dibuat secara jujur," katanya.
ReplyDeleteSambil menyambut baik langkah kerajaan yang disifatkan sebagai langkah awal ke arah menuju negara maju menjelang tahun 2020, Mohamad Shafie turut mencadangkan supaya tangga gaji yang standard untuk pekerja sektor swasta seluruh negara diwujudkan selaras dengan slogan 1Malaysia.
ReplyDeleteBeliau berkata pengenalan dua kadar yang berbeza kurang tepat kerana kos sara hidup di Sabah, Sarawak dan Labuan juga semakin meningkat, malah terdapat beberapa harga barangan keperluan di negeri berkenaan lebih tinggi berbanding di Semenanjung.
ReplyDeleteTurut menyambut baik langkah kerajaan itu ialah Kesatuan Pekerja-pekerja Proton Tanjung Malim yang menyifatkan ia sebagai perangsang kepada para pekerja untuk terus meningkatkan produktiviti masing-masing.
ReplyDeletePresidennya Zainudin Dollah bagaimanapun berharap supaya kadar tersebut ditingkatkan sesuai dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
ReplyDelete"Kajian yang kita buat di Tanjung Malim menunjukkan orang bujang berbelanja RM980 sebulan, manakala yang telah berkahwin RM1,400 sebulan," katanya.
ReplyDeleteMengulas perkara sama ialah Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye yang berkata pengenalan gaji minimum dapat memastikan keperluan asas pekerja dan keluarga mereka dipenuhi.
ReplyDeleteKatanya usaha kerajaan untuk mencapai negara berpendapatan tinggi tidak akan bermakna jika nasib golongan berpendapatan rendah tidak dibela.
ReplyDelete"Dengan penetapan gaji minimum yang telah lama tertangguh ini, maka para pekerja juga harus lebih produktif dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara," katanya.
ReplyDeleteSementara itu Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata penetapan kadar gaji minimum merupakan satu cabaran kepada para majikan kerana kos operasi mungkin meningkat.
ReplyDeleteBeliau berkata ketika ini kebanyakan majikan di Malaysia membayar purata gaji kurang daripada apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam.
ReplyDelete"Ia memang berbeza kerana kadar baru itu menyaksikan peningkatan kira-kira 30 peratus, malah ada yang 100 peratus terutama bagi mereka yang menerima gaji di bawah RM800 atau RM900," katanya.
ReplyDeletePerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Pesaraan Swasta (PRS), yang membolehkan mereka yang bekerja sendiri dan pekerjanya berpeluang membuat simpanan untuk persaraan mereka.
ReplyDeleteBagi menggalakkan simpanan di bawah skim tersebut, mereka akan diberi pelepasan cukai sehingga RM3,000 dan majikan pula mendapat pengurangan cukai bagi setiap caruman kepada PRS untuk pekerja mereka dengan kadar yang ditetapkan iaitu 19 peratus
ReplyDeleteSejumlah 24 dana akan diuruskan oleh lapan penyedia Skim Persaraan Swasta yang boleh didapati untuk orang ramai
ReplyDeleteNajib, yang juga Menteri Kewangan berkata, PRS merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memberi peluang kepada tenaga kerja untuk mendapatkan simpanan jangka panjang untuk persaraan mereka selaras dengan langkah untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.
ReplyDeleteWawasan 2020 bukan sekadar mencapai sasaran pertumbuhan KDNK atau meningkatkan pendapatan per kapita di Malaysia, malah menambah baik kualiti kehidupan rakyat.
ReplyDeleteSebuah negara yang berpendapatan tinggi perlu mampa dan kukuh dari segi rangka kerja sosialnya bagi memastikan simpanan persaraan yang mencukupi.
ReplyDeleteIni melibatkan penyertaan kedua-dua sektor awam dan swasta bagi memastikan negara bersedia menghadapi cabaran terhadap populasi yang semakin menua
ReplyDeletenegara ini mempunyai penduduk yang muda dengan purata umur rakyat Malaysia adalah 26 tahun dengan jangka hayat meningkat kepada 80 tahun.
ReplyDeleteMesej ini adalah jelas. Rakyat Malaysia sebagai pengguna bijak perlu membuat simpanan
ReplyDeletelangkah untuk menubuhkan PRS merupakan sebahagian daripada objektif kepada rangka kerja persaraan yang komprehensif pelbagai tunggak untuk negara.
ReplyDeleteIni merupakan tunggak yang ketiga pembangunan bagi skim persaraan swasta secara sukarela di mana ia merupakan sebahagian daripada komitmen PM untuk memperbaharui dan mengukuhkan landskap persaraan dan pencen secara menyeluruh di Malaysia
ReplyDeletePihak Proton perlulah menangani isu gaji ini dengan baik.
ReplyDeleteEmployers and private sector workers are encouraged to bring any disputes over the minimum wage policy to the National Wages Consultative Council.
ReplyDeleteThe council is working towards solving these disputes to arrive at win-win scenarios for all parties involved
ReplyDelete"Whatever small issues, I would like to ask those affected to discuss with the wages council and try to resolve it, "Human Resource Minister Datuk Dr S. Subramaniam said.
ReplyDelete"This policy will benefit our country in the long term, and in short term there will be some issues but we all must find ways so we can overcome these issues so that eventually the people of Malaysia will benefit from it."
ReplyDeletepihak kesatuan dan majikan harus bincangkan hal ini dgn baik.
ReplyDeleteKesatuan Pekerja-Pekerja Proton Tanjung Malim Sdn Bhd memberi tempoh seminggu kepada Kumpulan DRB-HICOM untuk menunaikan tiga tuntutan kesatuan itu
ReplyDeletePresidennya, Zainudin Dollah berkata, tiga tuntutan tersebut berkait pelaksanaan secara adil gaji minimum, mengekalkan faedah sedia ada dan memperkukuh amalan perundingan eksklusif dengan kesatuan.
ReplyDelete"Sekiranya tidak ada apa-apa keputusan positif diambil dalam masa seminggu maka satu tindakan perusahaan akan dilakukan sebagaimana dibenarkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan," katanya ketika ditemui pada perhimpunan aman di Jalan Utama ke Kilang Proton di sini hari ini.
ReplyDeleteKira-kira 800 ahli kesatuan itu berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada tuntutan dibawa.
ReplyDeleteAhli kesatuan diminta merujuk pada Majlis Perundingan Gaji Negara tentang isu ini.
ReplyDeleteSetiap pelaksanaan pasti ad pro dan kontranya. apapu kena pastikan keputusan yang terbaik buat rakyat.
ReplyDeleteKehendak satu persatu rakyat tidak akan dapat diberikan sepenuhnya tapi kerajaan akan cuba untuk selesaikannya dengan baik.
ReplyDeleteDasar gaji minimum, di mana berkuat kuasa pada tahun ini, bertujuan untuk mengelak daripada pengambilan tidak wajar terhadap pekerja asing, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
ReplyDeleteSebagai contoh di stesen minyak, beliau berkata, masyarakat perlu menerima idea khidmat layan diri apabila mengisi minyak untuk kereta mereka.
ReplyDeletePeniaga stesen minyak telah melaksanakan gaji minimum pada 1 Januari, dengan menghentikan kira-kira 50,000 pekerja asing.
ReplyDelete“Perubahan itu akan dilihat yang tidak akan berlaku dalam masa sehari,” katanya sambil menambah bahawa dasar gaji minimum turut dilaksanakan untuk menyalurkan pekerja ke sektor-sektor lain yang diperlukan untuk tenaga kerja.
ReplyDeleteBeliau berkata, tiada peruntukan dalam undang-undang pada masa ini yang membolehkan syarikat menangguhkan pelaksanaan dasar itu.
ReplyDelete“Majikan perlu melaksanakannya dengan dasar baru tetapi sekiranya mereka mempunyai masalah, mereka boleh menyuarakan kebimbangan itu kepada kita dan kita akan cuba membantu mereka,” katanya.
ReplyDeleteDasar gaji minimum itu meminta syarikat supaya membayar gaji minimum sebanyak RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan.
ReplyDeletePeniaga stesen minyak telah melaksanakan gaji minimum pada 1 Januari, dengan menghentikan kira-kira 50,000 pekerja asing <<<< ada siapa percaya ??? HAHAHAAHHAHA. yg dungu aje cye
ReplyDeleteThe government has a plan to ensure smooth and equitable transition for the automotive industry after its liberalisation, says Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.
ReplyDeleteHe said sudden changes to the idustry could adversely affect the country's automotive ecosystem, while urging local automotive producers to become more internationally oriented to help them survive in an increasingly competitive global environment.
ReplyDelete
ReplyDelete"We have seen a gradual drop in new vehicle prices by three to five per cent in the fourth quarter of last year," he said, attributing the price reduction to discussions between the government and automotive companies as part of the government's long-term plan to reduce vehicle prices.
ReplyDelete"I want to stress that sudden price reductions would affect the industry as a whole as well as the country's economic development," he said in his speech at the launch of Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd's (Perodua) S series variants of the Viva, Myvi and Alza car models.
Muhyiddin said the government plans to make Malaysia a regional production hub for energy efficient vehicles (EEVs), and urged Perodua to help the research and development activities of local automotive component makers to enable them to become suppliers for the local and global automotive industry.
ReplyDelete