Wednesday, February 27, 2013

Debat Manifesto : Pakatan Cabar BN



Pakatan Rakyat mencabar BN untuk mengadakan debat terbuka mengenai keupayaan manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang diumumkan gabungan parti itu pada Isnin lalu.

Pakatan juga mempertahankan bahawa dasar yang ditawarkan dalam manifesto berkenaan akan memberi penjimatan sebanyak RM49.5 bilion yang boleh digunakan untuk membiaya rancangan dalam ikrar pilihan raya itu.

Penjimatan berkenaan, menurut Pakatan, akan diperolehi melalui pembendungan rasuah, perbelanjaan berhemah dan peningkatan hasil kerajaan daripada pembangunan ekonomi.

Tiga pemimpin Pakatan Rakyat yang ditugaskan untuk berdebat dengan BN itu ialah pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, anggota jawatankuasa pusat PAS Dzulkefly Ahmad dan setiausaha antarabangsa DAP Liew Chin Tong.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, mereka turut mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung soal tersebut.-MK

92 comments:
Write comments
  1. Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr. Mohd Shafie Abdullah berkata kesilapan dalam manifesto terbaru Pakatan Pembangkang berhubung isu royalti minyak membuktikan, bahawa manifesto yang diuar-uarkan itu dibuat secara tergesa-gesa, tidak cermat dan hanya menjadi bahan sebagai penyedap halwa telinga rakyat sahaja.

    ReplyDelete
  2. Katanya lagi, ia memperlihatkan bahawa kepimpinan Pakatan tidak serius di dalam merangka program untuk kebaikan rakyat, sebaliknya tergesa-gesa mengeluarkan manifesto tersebut semata-mata untuk bersaing dengan program dan janji-janji kerajaan.

    ReplyDelete
  3. “Bak kata pepatah, manifesto itu hanyalah seumpama melepas batuk di tangga saja. Macam mana mereka mahu mentadbir negara, jika manifesto pun dibuat dalam keadaan yang tergesa-gesa sehingga berlakunya kesilapan yang amat ketara.

    ReplyDelete
  4. “Bahkan bila ditanya, kepimpinan mereka pula menyalahkan pencetak dengan alasan pencetak lupa mahu memasukkan isu royalti tersebut sebelum dicetak. Apakah mereka tidak memeriksa kandungan manifesto itu sebelum dicetak? Ini memperlihatkan sikap kepimpinan Pakatan yang tidak cermat serta teliti dalam memberi janji kepada rakyat,” tegasnya.

    ReplyDelete
  5. Sebagaimana kurang cermatnya mereka dalam meneliti kandungan manifesto sehingga berlakunya kesilapan seperti itu, maka begitu jugalah sikap mereka apabila mahu menunaikan janji-janji di dalam manifesto mereka itu.

    ReplyDelete
  6. “Kita semua sudah sedia maklum, betapa kerajaan Pakatan gagal menunaikan janji-janji mereka di beberapa buah negeri yang mereka kuasai. Apabila didesak, apabila mahu disaman oleh kerajaan, mereka putar belit dengan mengatakan bahawa manifesto itu bukan janji pula.

    ReplyDelete
  7. “Inilah sikap Pakatan Pembangkang yang cuba memperalatkan rakyat demi kepentingan kuasa politik mereka dengan menabur pelbagai janji-janji manis sebelum pilihanraya. Apabila berkuasa, mereka lupa janji-janji mereka itu, bahkan menidakkan pula janji-janji mereka kepada rakyat,” ujarnya lagi.

    ReplyDelete
  8. Justeru itu kata beliau, biarpun seribu manifesto yang dikeluarkan oleh Pakatan Pembangkang, ianya sudah tidak ada nilai kerana rakyat di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka hari ini, sudah sedar bahawa manifesto itu hanyalah sekadar satu helah untuk menagih undi dari rakyat.

    ReplyDelete
  9. “Mereka boleh janji macam-macam pada rakyat, tetapi rakyat hari ini bukan bodoh. Mereka sudah lihat bagaimana kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan beberapa buah negeri di bawah penguasaan Pakatan Pembangkang yang gagal menunaikan janji-janji di dalam manifesto mereka itu.

    ReplyDelete
  10. “Apabila rakyat menuntut janji, macam-maca alasan yang diberikan sehingga Menteri Besar Selangor sendiri mengatakan bahawa manifesto itu bukan satu janji. Jadi untuk apa lagi dikeluarkan manifesto jika kepimpinan Pakatan Pembangkang menganggap manifesto itu bukan satu janji.

    ReplyDelete
  11. “Saya yakin, rakyat di negara ini tidak akan mempedulikan manifesto mereka itu, kerana sudah terbukti selama ini manifesto Pakatan hanyalah satu umpan dan janji manis semata-mata. Dan selepas menang pilihanraya, mereka buat acuh tak acuh untuk melaksanakannya sebagaimana sikap mereka yang acuh tak acuh dalam merangka manifesto terbaru ini sehingga berlakunya kesilapan seperti yang kita lihat hari ini,” ujarnya

    ReplyDelete
  12. Malaysia menuju bankrap jika janji-janji pakatan pembangkang seperti dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dilaksanakan.

    ReplyDelete
  13. Pembangkang yang cuba menjadikan negara ini serba percuma juga terlupa terhadap usaha menarik pendapatan kerajaan terutama melalui pelabur asing.

    ReplyDelete
  14. Pensyarah Kanan Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohamad Noorizuddin Nooh berkata, manifesto pakatan pembangkang itu banyak memberi berbanding menarik pendapatan. Lihat sendiri pendapat daripada pensyarah ekonomi dengan manifesto pembangkang.

    ReplyDelete
  15. Hal ini, tegas beliau, akan menyebabkan negara hilang arah tuju, sekali gus berdepan masalah bankrap.

    ReplyDelete
  16. Pelabur akan takut melabur di negara ini sekiranya tiada penumpuan insentif terhadap mereka.

    ReplyDelete
  17. Pakatan pembangkang tidak memberi indikator untuk menarik lebih ramai pelabur bagi menyuburkan ekonomi negara.

    ReplyDelete
  18. Mengenai janji menurunkan harga kenderaan dan melupuskan pegangan kerajaan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Noorizuddin menambah, kedua-dua usaha itu bukannya sesuatu yang menakjubkan sebaliknya sedang dan telah pun dilakukan kerajaan pada waktu ini.

    ReplyDelete
  19. Baru-baru ini, katanya, kerajaan telah berjaya menarik perhatian enam pengeluar peralatan tulen (OEM) untuk melabur dalam sektor automotif tempatan sekali gus menjadikan harga kenderaan lebih rendah menjelang 2015.

    ReplyDelete
  20. Kerajaan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) berusaha mengurangkan pegangan kerajaan dalam GLC di negara ini.

    ReplyDelete
  21. Semua syer milik kerajaan dalam GLC telah dikurangkan mulai tahun 2010 bagi menambah kecairan kewangan yang dimiliki oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  22. Jika sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengibaratkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai hampas kelapa dan jerami, tohmahan itu akhirnya memberikan tamparan kepada pakatan pembangkang sendiri apabila mereka turut memperkenalkan imbuhan kewangan dalam manifesto pilihan rayanya.

    ReplyDelete
  23. Manifesto pakatan pembangkang menjanjikan caruman wanita sebanyak RM50 sebulan bagi isteri manakala suami perlu membuat caruman sebanyak antara RM10 hingga RM100 sebulan selain Skim Bonus Warga Emas (60 tahun ke atas) sebanyak RM1,000 setahun. Pakatan turut menjanjikan tambahan RM300 bagi setiap murid setiap tahun 1,854 Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil, persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan sekolah mubaligh. kenapa Nik Aziz tidak meroyan bila PR sendiri mahu bagi bantuan??

    ReplyDelete
  24. Pembangkang yang cuba menjadikan negara ini serba percuma juga terlupa terhadap usaha menarik pendapatan kerajaan terutama melalui pelabur asing. Manifesto pakatan pembangkang itu banyak memberi berbanding menarik pendapatan. Hal ini, akan menyebabkan negara hilang arah tuju, sekali gus berdepan masalah bankrap.

    ReplyDelete
  25. Mengenai janji menurunkan harga kenderaan dan melupuskan pegangan kerajaan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kedua-dua usaha itu bukannya sesuatu yang menakjubkan sebaliknya sedang dan telah pun dilakukan kerajaan pada waktu ini.

    ReplyDelete
  26. Pakatan pembangkang seolah-olah mempermainkan sistem demokrasi negara apabila menjadikan manifesto itu sebagai dokumen ‘main-main’ dan tidak serius. Manifesto pakatan pembangkang itu juga menimbulkan banyak persoalan kerana tidak dibuat dengan satu kajian yang menyeluruh dan penjelasan mengenai pelaksanaannya.

    ReplyDelete
  27. Sebagai contoh pengurangan duti eksais kereta supaya kereta import menjadi murah yang akan mengakibatkan kerajaan akan kehilangan pendapatan sebanyak RM6.4 bilion. “Mereka nak ‘cover’ macam mana, apa yang mereka nak buat untuk ‘cover’ pendapatan kerajaan melalui duti eksais yang akan hilang,”. - Dr Mohd Puad Zarkashi

    ReplyDelete
  28. “Hapus tol, BN pun ada mengurangkan dari masa ke semasa dan akhirnya esok (nanti) tidak ada tol juga...pendidikan percuma, sekarang pun dah percuma,”. Pembangkang gagal mengambil kira keperluan utama rakyat yang kini diperjuangkan kerajaan BN. “Perlu difikirkan ialah kediaman, makan minum, pengangkutan, belanja harian...ini pembangkang tidak sentuh, harap (rakyat) jangan keliru. Nampak manifesto ini lemah dan tidak menarik, ternyata pembangkang tidak ada pakar ekonomi,”. - Datuk Seri Mohd Ali Rustam

    ReplyDelete
  29. Janji pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 adalah tidak masuk akal dan kebudak-budakan. Antara janji seperti memberikan pendidikan percuma, memberi rumah percuma kepada ibu tunggal adalah satu janji palsu kerana mereka tidak melaksanakannya walaupun telah memegang tampuk kerajaan di Pulau Pinang dan beberapa buah negeri lain.

    ReplyDelete
  30. “Walaupun mereka berkuasa di Pulau Pinang, kerajaan pakatan pembangkang itu tidak pun memberi pendidikan percuma dan membina rumah untuk golongan miskin di negeri ini,” - Shaik Hussein Mydin (Timbalan Pemuda BN P.Pinang)

    ReplyDelete
  31. Rakyat tidak akan terpedaya untuk kali kedua dengan manifesto itu memandangkan janji-janji pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 belum ditunaikan. Manifesto itu sebagai retorik dan kesemua manifesto itu tidak akan dilaksanakan.

    ReplyDelete
  32. “Mereka tidak akan laksanakan kerana track record mereka dalam menunaikan semua janji tak ada, dulu punya janji pun tak kotakan. Macam mana rakyat nak percaya mereka. Satu kali ditimpa tangga cukup la, tidak ada kali kedua,” - Tan Cheng Liang

    ReplyDelete
  33. berdasarkan PRU lepas, pembangkang hanya menunaikan 15 peratus sahaja daripada keseluruhan janji yang dilaungkan ketika berkempen mengenai manifesto mereka. "Barisan Nasional (BN) tidak berjanji pun, BN tetap tolong orang. Pembangkang dah berjanji pun, tapi tak bagi, jadi bandingkanlah mana yang baik mana yang tak baik,". - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

    ReplyDelete
  34. Apa yang lebih malang bagi rakyat apabila ada pemimpin pembangkang yang mendakwa manifesto yang dikemukakan kepada pengundi bagi meraih kemenangan dalam pilihan raya bukan sesuatu janji mengikut undang-undang. "Oleh sebab itu, sebarang janji yang tercatat dalam manifesto pembangkang termasuk mahu memberikan 20 peratus royalti, itu janji palsu...termasuk mahu memberikan penghapusan cukai pintu dan tol, itu janji palsu. - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

    ReplyDelete
  35. "Manifesto pakatan tidak kreatif selain tidak bertanggungjawab. Contohnya menghantar pulang sejuta pekerja asing akan melumpuhkan sektor perladangan kelapa sawit, pembinaan dan industri perkhidmatan serta separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar negara sekarang,". - Datuk Seri Dr Maximus Ongkili

    ReplyDelete
  36. Pemansuhan pinjaman pengajian Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menafikan hak sebahagian pelajar dari Sabah dan Sarawak yang kini menuntut di universiti awam dan swasta. "Mereka tidak mampu belajar di universiti dan kolej tanpa PTPTN,". - Datuk Seri Dr Maximus Ongkili

    ReplyDelete
  37. Mengenai penghapusan tol, langkah itu akan mengikis kewangan kerajaan, sekali gus menjejaskan pembinaan jalan berkualiti di Sabah dan Sarawak sedangkan penduduk di Semenanjung menikmati kemudahan lebuh raya. - Datuk Seri Dr Maximus Ongkili

    ReplyDelete
  38. Manifesto pakatan pembangkang yang diumumkan hari ini tidak pun menyatakan mengenai sebarang agenda khusus berhubung perjuangan memartabatkan Islam. Sekurang-kurangnya asas perjuangan Pas iaitu melaksanakan hukum hudud dimuatkan dalam manifesto tersebut. Perjuangan asas Pas itu sepatutnya terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang sebagai menghormati pengundi-pengundi atau ahli-ahli Pas yang dari dulu memperjuangkan Islam. - Azli Shukri (Blogger azlishukri.blogspot.com)

    ReplyDelete
  39. Manifesto Pakatan Rakyat (PR) lebih bersifat populis, tidak terperinci serta mustahil untuk dilaksanakan. Selain mencabar pembangkang agar mendedahkan kaedah perlaksanaan manifesto mereka, pengundi juga diingatkan bahawa banyak janji pembangkang pada pilihan raya 2008 gagal dilaksanakan. Tiada makna bagi pembangkang untuk membuat janji baru kerana mereka gagal memenuhi kebanyakkan manifesto yang lalu. - Khairy Jamaluddin

    ReplyDelete
  40. Dasar-dasar tertentu dalam manifesto seperti kenaikan RM200 dalam gaji minimum akan mempunyai kesan negatif ke atas ekonomi. Majikan pada tahap ini turut mempunyai masalah menyesuaikan dasar gaji minimum semasa sebanyak RM900. - Datuk Seri Shabery Cheek

    ReplyDelete
  41. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar menyediakan butir-butir terperinci tentang bagaimana rancangan mereka untuk melaksanakan manifesto tersebut. "Mereka boleh menjanjikan bulan dan bintang tetapi satu perkara yang mereka gagal untuk menjelaskan bagaimana mereka akan mendapatkan wang bagi membiayai janji-janji mereka." - Datuk Abdul Rahman Dahlan

    ReplyDelete
  42. Manifesto pembangkang hanya 'retorik dan gimik pilihan raya', pihak pembangkang tidak mempunyai satu model ekonomi untuk menjana pendapatan berterusan bagi memenuhi janji mereka. - Datuk Dr Wee Ka Siong

    ReplyDelete
  43. Nasib rakyat Selangor adalah bukti bahawa manifesto pembangkang hanya untuk 'memancing undi'. - Datuk Dr Mah Hang Soon

    ReplyDelete
  44. Kerajaan negeri Selangor wajib menunaikan janji pemberian RM100 kepada ibu tunggal dalam manifesto terakhir sebelum bercakap tentang manifesto baru. - Datuk Yu Chok Tow

    ReplyDelete
  45. kalau berani berdebat sajalah...kan PKR dah cabar tu...apa lah org2 be END...cakap macam tin kosong saja...ajak debat secara profesional..idea lawan idea, fakta lawan fakta tadak berani???? lagi ada hati nak pimpin negara..hancurkan negara lagi adalah...babay Be END

    ReplyDelete
  46. The move by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to sign the Malaysian Transparency International General Election Integrity Pledge reflects the emergence of a new political era in the country.

    ReplyDelete
  47. The pledge, launched by Transparency International-Malaysia (TI-M) as political parties and potential candidates prepare for the 13th General Election (GE), is also seen as sprucing up the GE process as a political platform with hallmarks of dignity and integrity.

    ReplyDelete
  48. The action was apt, to see local politicians and political institutions corruption-free and transparent; it also showed Najib’s determination to uphold integrity and strengthen his commitment towards the national agenda in combating corruption, especially in the coming GE.

    ReplyDelete
  49. Association of Certified Fraud Examiners (Malaysia Chapter) president Datuk Akhbar Satar said, Najib’s leadership carried with it a shift in the culture of thinking towards realising a new politics of dignity and integrity.

    ReplyDelete
  50. “From there, we can see the prime minister’s determination and commitment to change and improve the national political perspective, especially on matters of national governance,” the former director of the Negeri Sembilan and Perlis Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) told Bernama in a recent interview.

    ReplyDelete
  51. He said, corruption in politics was the ‘mother of all corruption’ and a study in 2010 by Transparency International Global Corruption Barometer found that political parties were among the most corrupt sectors.

    ReplyDelete
  52. The integrity pledge is a voluntary social contract with candidates who would be contesting in the GE, to encourage integrity, good governence, transparency and accountability in the government and uphold the law.

    ReplyDelete
  53. The candidates who signed the pledge agreed to abide by the General Election Offences Act 1954 and its regulations; and ensure their actions were for the benefit of the public, and not for self-interest.

    ReplyDelete
  54. But, are the efforts of the prime minister and 17 other politicians, including those from the opposition, who had signed the pledge to date, sufficient to convince Malaysians and the world that they are determined to combat corruption? As the GE looms closer, Akhbar said, the people did not want to see candidates who led moderate lives, become filthy rich after winning at the polls.

    ReplyDelete
  55. Now, integrity has become one of the benchmarks of quality and stature of a leader and political institution.

    ReplyDelete
  56. Commenting further, Akhbar said, numerous innovations and actions which were carried out by the government and the MACC, including vetting candidates, showed a desire and determination in combating corruption at national-level.

    ReplyDelete
  57. “We will be having a special column in our website to accomodate the public sending e-mail to us about their observations, and once we have received the e-mail, that information will be published online, through www.timalaysia-electionpledge.org.my,” he said.

    ReplyDelete
  58. On the integrity of politicians and the transparencies of politicial institutions nationwide, National Defence University of Malaysia’s Leadership, Corporate and International Affairs Division deputy director, and senior lecturer Dr Jessica Ong Hai Liaw is of the opinion the people often decided without investigating, when faced with an issue involving integrity.

    ReplyDelete
  59. The tendency of approaching or selecting the ideology of certain parties, without looking into the pros and cons, would influence someone’s integrity, she noted.

    ReplyDelete
  60. KAMURANG JANGAN BANYAK KOMEN BAH... KALAU BERANI JOM DEBAT..KITA SUBOK SAPE NDAA BIJI..

    ReplyDelete
  61. Kami mencabar Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR berhubung manifesto kami dalam masa terdekat, selepas BN keluarkan manifesto mereka.

    ReplyDelete
  62. terrorist February 28, 2013 at 1:07 PM..ko komen banyak tak guna bos ko tkut debat la hahaha


    **KADAZAN/DUSUN ...

    ReplyDelete
  63. terrorist.. kamu cakap sembrono...kamulah pencacai umnok bn yang mkelakukan kesalahan dan penyelewengan..kamu bersubahat

    ReplyDelete
  64. terrorist.. kamu cakap sembrono...kamulah pencacai umnok bn yang mkelakukan kesalahan dan penyelewengan..kamu bersubahat

    ReplyDelete
  65. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan manifesto pilihan raya umum ke-13 pakatan pembangkang sebagai lemah dan tidak menarik.

    ReplyDelete
  66. Beliau berkata janji-janji dalam manifesto bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ tersebut sebenarnya telah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi.

    ReplyDelete
  67. “Hapus tol, BN pun ada mengurangkan dari masa ke semasa dan akhirnya esok (nanti) tidak ada tol juga...pendidikan percuma, sekarang pun dah percuma,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

    ReplyDelete
  68. Sebaliknya beliau berkata pembangkang gagal mengambil kira keperluan utama rakyat yang kini diperjuangkan kerajaan BN.

    ReplyDelete
  69. “Perlu difikirkan ialah kediaman, makan minum, pengangkutan, belanja harian...ini pembangkang tidak sentuh, harap (rakyat) jangan keliru. Nampak manifesto ini lemah dan tidak menarik, ternyata pembangkang tidak ada pakar ekonomi,” katanya

    ReplyDelete
  70. tak perlulah nak debat.

    ReplyDelete
  71. Pembangkang Penganut Fahaman Machiavelli – Lakukan Apa Saja Demi Kuasa

    •> Pakatan Pembangkang hari ini dilihat membawa pendekatan politik Machiavelli di mana matlamat menghalalkan cara di mana apa jua cara akan digunakan oleh gabungan parti-parti tersebut bagi menjayakan agenda mereka untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional dan menguasai Putrajaya.

    •> Menurut Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat, ini dapat dilihat dari segi kempen politik Pakatan Pembangkang di mana mereka sentiasa mengulang-ulang isu dan provokasi terhadap UMNO dan BN biarpun sesuatu isu itu tidak jelas kesahihannya.

    Menurut Prof Dr Shamsul Adabi Mamat

    o_O Dalam usaha Pakatan Pembangkang untuk memenangi PRU ini, kita boleh lihat secara keseluruhan pendekatan kempen yang dilakukan oleh mereka di mana secara jelas mengambil pendekatan politik berdasarkan teori politik Machevelli, demi mencapai matlamat mereka untuk menawan Putrajaya.

    o_O “Apa yang penting ialah, mereka mahu meyakinkan kepada ahli dan rakyat bahawa perjalanan mereka menuju ke Putrajaya makin jelas. Ini membuatkan parti-parti dalam Pakatan Pembangkang, termasuk Pas sanggup mengenepikan isu yang merosakkan hubungan mereka serta pertembungan-pertembungan idea dan prinsip sesama mereka, termasuklah isu-isu agama,

    o_O Pakatan Pembangkang menganggap pilihanraya kali ini adalah satu peperangan dalam menentukan survival politik mereka. Justeru itu, segala cara, biarpun di dalam agama menganggap itu sebagai satu penipuan, sanggup dilakukan kerana bagi mereka itu adalah satu strategi untuk menjayakan matlamat mereka menawan Putrajaya.

    o_O Mereka sedar bahawa UMNO sebenarnya merupakan sebuah parti yang kuat, lebih kuat dari Pas, DAP dan PKR dari segi sejarah dan falsafah perjuangannya. UMNO juga hari ini telah terbukti memperjuangkan Islam d negara ini secara praktikal.

    o_O Sebab itu kita lihat hari ini Pas menyerang UMNO dan BN dengan begitu ekstrim dan secara habis-habisan melalui apa jua kaedah, dengan harapan bahawa gelombang Pas mampu untuk menggantikan UMNO sebagai wakil kepada suara bangsa Melayu dapat disemarakkan di kalangan rakyat, terutamanya terhadap pemikiran bangsa Melayu di negara ini


    ReplyDelete
  72. ...
    o_O tidak semestinya keseluruhan rakyat, terutama yang terdiri dari golongan atas pagar dapat menerima cara dan pendekatan politik yang diambil oleh Pas yang memungkinkan segala cara untuk menjatuhkan UMNO dan BN untuk menawan Putrajaya.

    o_O Pengundi atas pagar, atau kuasa ketiga ini merupakan pengundi-pengundi bijak. Pengundi-pengundi yang bijak, mereka akan mengundi berasaskan kestabilan. Ini adalah realiti di dalam sesebuah negara. Mereka akan melihat rekod-rekod pentadbiran sesebuah parti, di mana adakah parti tersebut dapat memberi jaminan untuk masa depan mereka dan keluarga.

    o_O Dari sudut sosiologi pula, kita dapati pengundi-pengundi wanita contohnya dua kali ganda akan mengundi berasaskan kestabilan. Dan ini merupakan kekuatan UMNO dan BN di mana rekod dan kejayaan BN dalam mentadbir negara selama ini telah berjaya mewujudkan kestabilan dan keselesaan kepada rakyat di negara ini.

    o_O “Taraf kehidupan rakyat di bawah pemerintahan UMNO dan BN juga kini dilihat amat membanggakan, bahkan indeks kebahagian negara memperlihatkan Malaysia berada di dalam kedudukan 10 tertinggi di antara ratus negara sepertimana kajian yang dibuat oleh badan-badan kajian di luar negara yang dipercayai

    o_O rakyat harus menilai apakah dengan pendekatan-pendekatan berbentuk ekstrim yang dilakukan oleh Pas, DAP dan PKR, dapat memberikan jaminan terhadap masa depan rakyat dan negara pada masa akan datang.

    o_O Berdasarkan pendekatan ekstrim dan ideologi matlamat menghalalkan cara ini, apakah rakyat di negara sudah bersedia untuk untuk menggadaikan kestabilan negara yang sudah sedia stabil hari ini dan bertindak untuk mempercayai sebuah pakatan parti politik yang tidak mempunyai sebarang rekod dalam pentadbiran negara, untuk mentadbir negara?

    ReplyDelete
  73. PAS memang tidak pernah mempunyai idea baru. Sekadar menumpang dan menganggap inilah satu usaha kerjasama dalam PR.

    ReplyDelete
  74. Beberapa points lain masih dalam perbincangan. Masih belum ada keputusan. Namun begitu, PKR di peringkat Negeri dibenarkan untuk mengumumkan manifesto sendiri. Inilah yang mendatangkan pening sesetengah pemimpin di bawah.

    ReplyDelete
  75. PKR NS sudahpun mengumumkan manifesto sendiri. Yang jadi masalahnya, DAP NS tidak sama sekali dibawa berbincang mengenai manifesto tersebut. Kes naya. PKR nak ‘bulldoze’ sahaja manifesto?

    ReplyDelete
  76. semua janji ini adalah platform Anwar mendapatkan kuasa.

    ReplyDelete
  77. Anwar mahu menjanjikan segalanya bagi memastikan dia mendapat tempat ke Putrajaya.

    ReplyDelete
  78. kalangan pimpinan PKR sendiri tak yakin mereka boleh melaksana segala janji yang dikemukakan oleh Anwar ini.

    ReplyDelete
  79. Selain manifesto, macam biasa, akan diadakan pula pesta ceramah-ceramah dan sembang kosong.

    ReplyDelete
  80. Sama seperti manifesto, Pakatan Rakyat tidak pernah serius dengan tugas mereka selaku ahli dan organisasi politik.

    ReplyDelete
  81. Mereka tersangat gemar dengan retorik, cerita kosong dan kemudian temberang besar.

    ReplyDelete
  82. Sepenggal Pakatan Rakyat diberikan amanah dan tanggungjawab untuk merealisasikan manifesto mereka di dua buah negeri terkaya di Malaysia iaitu Pulau Pinang dan Selangor. Pakatan Rakyat juga diberikan peluang untuk membuktikan mereka memang mahir membangunkan sebuah negeri miskin seperti Kelantan, atau mempertingkatkan perolehan yang telah dilengkapi segala kemudahan prasarana pelaburan dan perindustrian sewaktu di tangan UMNO-BN. Namun apa yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah?

    ReplyDelete
  83. Pakatan Rakyat hanya mampu beretorik, mendabik dada dengan kerja yang tidak dilakukan, bermegah-megah dengan kemasukan pelabur-pelabur yang diusahakan oleh orang lain, bahkan prasarana yang sudah tersedia juga semakin teruk keadaannya seperti perkhidmatan jalanraya.

    ReplyDelete
  84. kesian najib takut debat

    ReplyDelete
  85. PR dlm TV dihantam plbgi pihak cuba bgi pelung sikit PR jwb dlm TV1,2 dan TV3 baru tahu,,,debat bukan budaya tpi ada debat piala perdana menteri,, siapa berani,,,

    ReplyDelete
  86. Masalahnya UMNO/BN hentam/fitnah PR tiap2 hari dalam TV dan surat khabar, kita minta 1 jam pun tak bagi, kemudian ajak debat tak nak.

    ReplyDelete
  87. NANTI BUKAN MULUT JE BERBUIH TAPI LIDAH PULAK TERJELIR KELUAR...HAHAHA..

    ReplyDelete
  88. parti yg tahu copy and paste idea org xpyh la ajak debat.pasti xkan setuju punya...yg dia org pandai merompak duit rkyt dan buat fitnah.

    ReplyDelete
  89. bagus juga lau ada debat ni....bolehla rakyat menilai untuk menentukan siapa yg mereka akan beri undi dlm PRU 13 ni....Mana pemimpin BN yg bising2 tu...telur dah kecut ke???

    ReplyDelete
  90. Ini lagi cakap kosong pembangkang. Buang masa sahaja.

    ReplyDelete
  91. Buat debat hanya buat masa, tidak ke manapun.

    ReplyDelete
  92. Manifesto satu langkah pembangkang untuk menarik undi rakyat, namun jika di lihat ini adalah langkah terdesak dari pembangkang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.