Saturday, February 9, 2013

Anak kepada Ibu tunggal, 3 tahun menanti IC

Hari ini Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR) tampil ke SUHAKAM bagi membela nasib seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak, Puan Ollivia Julius@Mastura Anizan yang dinafikan hak anaknya untuk mendapat kad pengenalan My Kad. Anaknya, Nurul Hamizah Yasmin kini berusia 15 tahun menerima tekanan yang begitu hebat apabila tidak memperolehi kad pengenalan. Nurul Hamizah telah dilahirkan pada 27 November 1998. 8 bulan selepas itu Nurul Hamizah memperolehi sijil kelahiran dengan cop “pendaftaran lewat”.

Nurul Hamizah terpaksa membawa sijil lahirnya kemana sahaja dan seringkali berasa malu untuk keluar rumah. Ketika Nurul Hamizah berusia 12 tahun, Puan Ollivia telah mengemukakan permohonan Mykad daripada Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Kota Kinabalu untuk anaknya. Namun, permohonan tersebut ditolak oleh pihak JPN atas alasan Sijil Kelahiran tersebut perlu dibawa ke mahkamah terlebih dahulu untuk pengesahan.

Kemudian, pada 2 September 2010, Puan Ollivia telah membawa perihal ini kepada Mahkamah Rendah Kota Kinabalu sebagaimana disarankan oleh pihak JPN. Pihak Mahkamah Rendah menerima permohonan Puan Ollivia dan memintanya menunggu sehingga pihak mahkamah menghubunginya. Walau bagaimanapun, semenjak 2010 sehingga sekarang (2013) pihak mahkamah belum menghubungi Puan Ollivia. Pihak mahkamah berulang kali memberikan alasan yang sama iaitu “masih banyak kes yang hendak diselesaikan semenjak 2009, nanti kami hubungi”. Untuk itu, Puan Ollivia telah mengajukan permasalahan ini kepada Ahli Parlimen Sepanggar, Datin Jainab. Namun, sehingga kini tidak memperolehi sebarang respon.

Begitu juga dengan Badan Pengaduan Awam, meminta Puan Ollivia terus berhubung dengan pihak mahkamah, tanpa mengambil sebarang keterangan daripada Puan Ollivia. Seterusnya, Puan Ollivia mengajukan perkara ini kepada Sabah Law Association (SLA) untuk tindakan undang-undang. Respon daripada SLA meminta Puan Ollivia membuat satu surat kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun, surat tersebut ditolak pihak mahkamah tinggi atas alasan kes tersebut perlu diselesaikan diperingkat Mahkamah Rendah dan menyatakan dokumen permohonan Puan Ollivia telah dihantar ke Putrajaya.

Tempoh masa menunggu yang terlalu lama dan kesukaran memperolehi Mykad, memberikan tekanan kepada Nurul Hamizah dalam menjalani kehidupan sehariannya. Beberapa insiden seperti hampir ditahan pihak Polis kerana tidak memperolehi MyKad dan hanya membawa sijil kelahiran, kesukaran membuat urusan kewangan dibank menekan Nurul Hamizah sekaligus membawa kesan trauma dalam dirinya apabial tidak berani keluar rumah.

Perkara ini bertambah kritikal apabila Nurul Hamizah bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada tahun ini dan memerlukan Mykad bagi menduduki peperiksaan. Begitu juga dengan Puan Ollivia, terpaksa menghabiskan wang ringgit dalam menguruskan Mykad anaknya. Puan Ollivia merupakan ibu tunggal dengan empat orang anak dan salah seorang anaknya adalah Orang kurang upaya (OKU). Puan Ollivia hanya bekerja sambilan sebagai mak andam dan mengajar kelas mengaji. Pendapatan bulanan untuk menyara keluarganya pada setiap bulan tidak mencukupi dan ditambah lagi dengan permasalahan Mykad anaknya.

Maka, GEGAR membawa perkara ini untuk perhatian SUHAKAM dan media. GEGAR berpendirian, sistem hari ini begitu menekan rakyat. Menurut SUHAKAM, kes sebegini telah banyak berlaku dan seringkali mengundang penafian hak rakyat Sabah. Persoalannya, mengapa masih wujud masyarakat Sabah yang sukar memperoleh Mykad? Sedangkan pada masa yang sama MyKad diberikan kepada Pendatang Asing seperti "menghantar Pizza ke rumah"? Ini menunjukkan kegagalan sistem kerajaan hari ini dan membebankan rakyat. Maka, GEGAR menyarankan reformasi sistem tadbir urus dilakukan meskipun ia melibatkan pertukaran kerajaan. Diperingkat SUHAKAM, berjanji untuk membawa isu ini kepada pengarah JPN dan Kementerian Dalam Negeri untuk di selesaikan. SUHAKAM juga mengharapkan kerjasama semua pihak terutama anak muda dalam menyebarkan mesej hak asasi dan mempertahankannya.

#DemiIbuOllivia

35 comments:
Write comments
  1. PTI di sabah pula, x memohon pun boleh dpt IC...UMNgOk memberikan kita MAGIC yg sangat hebat!!!

    ReplyDelete
  2. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penjawat awam perlu sentiasa mengambil sikap Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) sebagai panduan dalam melaksanakan tugas harian.

    ReplyDelete
  3. Beliau berkata sikap ini pula perlu disokong dengan satu lagi akronim – PCI- ‘Productivity, Creativity an Inovation’, supaya perkhidmatan awam tidak dilihat bagai sentiasa cepat berpuas hati dengan pencapaian serta urusan harian, atau selesa dengan “business as usual”

    ReplyDelete
  4. Katanya, sektor perkhidmatan awam perlu terus berusaha gigih secara terancanguntuk meningkatkan prestasi supaya rakyat berasakan kerajaan dan perkhidmatan awamnya sentiasa dapat memberi kepuasan yang kian meningkat kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  5. “Dua akronim ini mencerminkan proses pembaharuan yang perlu kita lakukan, yang lebih inovatif, yang kita inginkan sebagai sebuah perkidmatan kerajaan yang sentiasa mencari idea-idea baru yang lebih bernas untuk rakyat,” katanya

    ReplyDelete
  6. Dalam memberi contoh kejayaan PCI ini, Najib merujuk kepada kejayaan kerajaan mewujudkan ‘Urban Transformation Centre’ di Melaka baru-baru ini, yang menurutnya dapat dibangun dengan pantas sekali.

    ReplyDelete
  7. Beliau berkata, ia merupakan satu pembaharuan yang ketara apabila badan-badankerajaan pusat dan juga negeri dapat dihimpun di bawah satu bumbung bagi memudahkan orang ramai berurusan.

    ReplyDelete
  8. Katanya, menerusi usaha itu, orang ramai boleh membuat pelbagai urusan, seperti membayar zakat, cukai, tukar MyKad, urusan pasport, bayar saman dan sebagainya di satu kawasan sahaja.

    ReplyDelete
  9. “Tempoh waktu pejabat ialah antara 8.30 pagi dan 10 malam tiap hari. Ini satu pembaharuan mungkin tidak ada negara lain di dunia yang ada perkhidmatan sebegini, yang mampu kita sediakan untuk memberi kepuasan dan keselesaan kepada rakyat,” katanya.

    ReplyDelete
  10. Najib turut mengucapkan tahniah kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri atas kejayaan mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), apabila badan dunia itu memberikan anugerah ‘United Nations Public Service Awards’ (UNPSA) 2012, kepada usaha ICU dalam membasmi kemiskinan.

    ReplyDelete
  11. Beliau berkata, anugerah itu pengiktirafan ke atas inisiatif ICU membangunkan sistem e-Kasih, yang diberikan di bawah kategori ‘Advancing Knowledge Managementin Government’.

    ReplyDelete
  12. Menurutnya, anugerah itu merupakan satu kebanggaan kepada perkhidmatan awam dan kerajaan, walaupun semasa ada pihak-pihak tertentu yang cuba menafikan apa jua kejayaan yang dicapai, semata-mata kerana tujuan politik.

    ReplyDelete
  13. “Kita mesti yakin dengan usaha kita, dengan niat yang baik kita boleh capai kejayaan dan dapat pengiktirafan di peringkat nasional, kita akan teruskan usaha bagi mencapai kejayaan demi kejayaan,” katanya.

    ReplyDelete
  14. Perdana Menteri seterusnya memberi contoh penyenaraian Felda Global Ventures, yang peringkat awalnya berhadapan dengan pelbagai usaha pihak tertentu yang cuba menggagalkannya, namun apabila disenaraikan ia mencapai kejayaan yang amat memberangsangkan.

    ReplyDelete
  15. Sistem e-Kasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional dan ia boleh diakses serta diguna oleh semua agensi kerajaan dan pihak-pihak lain yang berkaitan bagi tujuan perancangan, koordinasi dan memantau program membasmi kemiskinan di Malaysia, dan unit ICU mendapat anugerah berkenaan daripada PBB pada 25 Jun lepas.

    ReplyDelete
  16. Diharapkan anak Puan Ollivia Julius@Mastura Anizan akan berjaya mendapat IC selepas ini.

    ReplyDelete
  17. Semoga Gegar dan Suhakam mampu membantu mereka mendapatkan MyKad setelah lama menunggu.

    ReplyDelete
  18. Tidak dinafikan ada ramai anak warga Malaysia yang masih belum mendapat MyKad mereka. Semoga bantuan akan diberikan kepada mereka.

    ReplyDelete
  19. Pemohonan MyKad lebih sukar kepada mereka yang tinggal di kawasan pedalaman kerana jauh dari bandar.

    ReplyDelete
  20. Pendaftaran lewat dalam pemohonan MyKad juga boleh menyebabkan masalah untuk seseorang mendapatkan kelulusan JPN.

    ReplyDelete
  21. Pilihan Raya Umum Ke-13 dijangka menjadi pemacu utama pasaran ekuiti Malaysia pada separuh pertama tahun ni

    ReplyDelete
  22. Ketua Pakar Strategi Ekuiti Asia Nomura International (Hong Kong), Micheal Kurtz, berkata kini ketidaktentuan menyelubungi tinjauan tarikh PRU-13 dan faktor ketidaksediaan pelabur mengambil risiko sebelum PRU-13, menyebabkan situasi naik turun harga saham yang ekstrem.

    ReplyDelete
  23. Kerajaan Barisan Nasional dijangka menang majoriti pada PRU-13 dan sehubungan itu, sebarang kelemahan dalam pasaran buat masa ini menawarkan peluang belian yang baik

    ReplyDelete
  24. Ia adalah strategi dengan melabur dalam portfolio pulangan tinggi dengan tempoh kematangan panjang, contohnya bon, bagi memaksimumkan pulangan sementara mengekalkan gred pelaburan tempoh kematangan pendek bagi meminimumkan risiko dan memaksimumkan kecairan.

    ReplyDelete
  25. Sektor bertahan adalah sektor yang menunjukkan pendapatan stabil dan boleh dijangka pada setiap masa, sungguhpun ia tidak menunjukkan pertumbuhan hebat.

    ReplyDelete
  26. dari aspek asas pasaran, sejak Malaysia kembali mencatat pertumbuhan ekonomi positif pada suku pertama 2012, sekali gus mencadangkan semakan hala tuju ekonomi negara kepada arah menaik.

    ReplyDelete
  27. kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga yang lebih baik daripada jangkaan dan jangkaan kekukuhan pertumbuhan ekonomi pada suku keempat 2012 akan terus menyokong semakan arah aliran itu untuk beberapa bulan akan datang.

    ReplyDelete
  28. mengikut rekod sebelum ini, arah aliran itu mampu bertahan sekurang-kurangnya 13 bulan dengan tempoh yang terpanjang 18 bulan iaitu pada pasca krisis 1998/99.

    ReplyDelete
  29. Dari perspektif negara dan mengambil kira potensi dan risiko PRU-13, kami menaikkan cadangan syarikat telekomunikasi kepada di atas wajaran atau ‘berpotensi’ daripada ‘neutral’, sementara mengekalkan tinjauan bulis dalam sektor perbankan, pembinaan, perladangan dan minyak dan gas

    ReplyDelete
  30. secara umumnya, separuh pertama 2013 akan menyaksikan peningkatan pertumbuhan ekonomi, inflasi yang sederhana, kejatuhan kadar hartanah dan semakan semula penilaian ke arah menaik.

    ReplyDelete
  31. Separuh kedua 2013 dijangka menyaksikan risiko inflasi lebih tinggi, dasar yang lebih ketat, penstabilan kadar faedah dan pertumbuhan sederhana di China

    ReplyDelete
  32. moga nasib dia akan dibela.

    ReplyDelete
  33. Sepatutnya permohonan di makahmah perlu di percepatkan untuk mengurangkan beban rakyat.

    ReplyDelete
  34. Kadang-kadang masalah ini berpunca daripada kelewatan ibu-bapa untuk mendaftarkan anak juga.

    ReplyDelete
  35. Namun begitu, harap masalah beliau akan dapat diselesaikan dengan segera.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.