Sunday, February 17, 2013

Kumpulan penceroboh bersetuju dihantar pulang

Kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo di sini bersetuju dengan proses pengusiran mereka tetapi terlebih dahulu ingin berjumpa personaliti tertentu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihaknya sedang berusaha untuk mereka (kumpulan penceroboh) berjumpa dengan individu berkenaan.

“Pada dasarnya mereka bersetuju dengan proses pengusiran itu tetapi sebelum itu mereka ingin berjumpa dengan personaliti itu,” katanya sambil enggan mengulas identiti individu tersebut. “Sebab itu kita tidak dapat tentukan bila mereka akan diusir tetapi mereka sudah bersetuju untuk dihantar pulang.”

Beliau ditemui pemberita di Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Felda Sahabat kira-kira 100 kilometer dari sini hari ini.

Pada Selasa lepas, kumpulan penceroboh yang menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu di Sabah dihantar pulang ke negara asal.



Hamza berkata buat masa ini keadaan masih sama lagi dan pihaknya masih lagi menguruskan usaha-usaha untuk memastikan mereka dihantar pulang ke Filipina. Katanya seperti mana yang beliau katakan semalam, masih banyak perkara perlu diselaraskan.

“Kadang-kadang kita sebagai manusia ada perkara yang dalam jangkauan kita dan ada yang di luar jangkauan kita,” katanya.

“Apa yang pasti kita tidak ada perundingan dengan mereka sebab apa yang mereka tuntut di landasan yang salah dan meminta mereka mengemukakannya dalam forum tertentu.”

Hamza mengulangi jaminan bahawa keadaan keselamatan di negeri ini terutama di daerah ini adalah terkawal dengan pasukan keselamatan melakukan kawalan yang ketat.

Katanya kawasan tempat mereka melakukan pencerobohan (Kampung Tanduo) dikepung pasukan keselamatan.

“Laluan masuk dan keluar di kawasan itu dikawal rapi. Kita tahu jumlah mereka dan di mana mereka berada,” katanya.

Ditanya mengenai ada pihak tidak berpuas hati pendekatan pasukan keselamatan menangani isu ini melalui perundingan, Hamza berkata ia selari dengan pendekatan kerajaan yang dikenali menyelesaikan sesuatu isu melalui perundingan.

“Kita kena lihat banyak perspektif sebab kita berunding dengan manusia. Kita juga kena ingat, kebanyakan mereka sama ada mereka datang dari selatan Filipina termasuk di Sabah, mereka berkaitan.

“Apa perasaan mereka jika kita mengambil tindakan menentang orang mereka. Kita kena lihat kedua-dua perpekstif,” kata Hamza. — Bernama

109 comments:
Write comments
  1. pasukan keselamat memang tidak tegas dalam hal ini. senang2 saja dibawa berunding oleh penceroboh. mau tanya saja, adakah hak para penceroboh di sabah hingga dibawa berunding? berapa orang sudah rakyat sabah yang diculik oleh bangsa filipin? adakah pihak berkuasa malaysia masih berselera berunding dengan mereka ataupun kerajaan semubunyikan sesuatu dari pengetahuan rakyat?

    cuba kalau rakyat kita menceroboh ke kawasan mereka mangkali sudah lama mati kena tembak''

    inilah akibatnya bangsa filipin ini sudah banyak diberikan ic oleh kerajaan samada secara haram ataupun sah konon untuk menambahkan pengundi islam. inilah akibatnya'' lama kelamaan sabah akan jatuh juga ke tangan org filipin.

    ingatlah org2 di selatan filipina mempunyai keluarga yang ramai di sabah terutama di LD sendiri. disebabkan itu, mereka sudah berani menuntut tanah di sabah malah dengan bongkak meminta saudara mereka tidak dihantar balik ke negara asal. apa motif mereka sebenarnya?

    berhati hatilah semua terutama kita yang tinggal di sabah kerana mungkin sahaja bila bila masa kita akan diserang atau ditawan oleh orang2 filipin.



    ReplyDelete
  2. Lanjutan mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah oleh sekumpulan warga asing bersenjata yang dilaporkan membuat dua tuntutan daripada kerajaan Malaysia iaitu

    a. Kumpulan itu tidak mahu dikenali sebagai kumpulan militan sebaliknya mereka mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

    b. Menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah.

    ReplyDelete
  3. PDRM kini sedang dalam proses mengusir pulang ke negara asal kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo. Pesuruhjaya Polis Sabah mengesahkan PDRM sudah menamatkan rundingan dengan kumpulan itu dan kini memberi tumpuan untuk mengusir mereka pulang ke negara asal mereka. Pihak keselamatan akan cuba sebaik mungkin menyelesaikan masalah itu melalui perundingan tanpa pertumpahan darah.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan tidak akan melayan apa-apa tuntutan mereka kerana ini bukan platform yang betul untuk menyuarakan apa-apa yang mereka mahu. Justeru kumpulan ini akan dihantar balik secepat mungkin supaya mereka boleh mencari saluran yang sesuai untuk menyuarakan tuntutan mereka. Sumber risikan menunjukkan kumpulan itu bukan kumpulan militan atau pengganas tetapi penyokong Kesultanan Sulu.

    ReplyDelete
  5. Usaha memujuk kumpulan bersenjata tersebut supaya meninggalkan kawasan itu sedang giat dijalankan oleh pasukan keselamatan. Sepanjang operasi tersebut, pihak ATM membantu dari segi operasi pemantauan ke atas kumpulan tersebut disamping bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku. Diharap semua krisis ini akan dapat diselesaikan dengan cara yang baik oleh pasukan keselamatan demi kepentingan dan keselamatan rakyat dan negara

    ReplyDelete
  6. saya hanya menyarankan, apa sudah perairan kita- longgarlah !.., dengan mudah dicerobohi.
    ada apa dengan rundingan?.. yang jelas buang koslah,

    ReplyDelete
  7. Kata yg di runding tu manusia tdk mau nti ada msalah, tetapi rakyat tuntut keadilan dlm pilihanraya pula di kejar, diburu, diterajang, diberi water canon, tear gas, sehinga presiden PAS ditangkap. Tetapi penganas yg masuk ke sabah bw runding lagi.perbezaannya ialah rakyat malaysia tuntut keadilan dibelasah manakala penganas dari warga asing pula hanya dikepung dan dibawa rundingan lagi, dan dibenarkan jumpa si personaliti.

    ReplyDelete
  8. Perbincangan dengan sebaiknya itu amatlah penting sekali.

    ReplyDelete
  9. Kita boleh buat datang saja terus tembak. Tapi kita mempunyai perkara yang perlu dituruti.

    ReplyDelete
  10. Yang penting sekarang ini kedua-dua pihak bersetuju dalam perbincang yang dilakukan.

    ReplyDelete
  11. Kita tidak boleh terburu-buru dalam membuat keputusan. Mesti kena sabar. mereka ada reason kenapa cerobohi sabah. Walaubagaimanapun, mesti kena bincang baik-baik.

    ReplyDelete
  12. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan cerita yang disiarkan di laman sosial berhubung pencerobohan kumpulan bersenjata dari Filipina di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  13. Beliau berkata rakyat tidak perlu percaya cerita oleh sumber yang tidak boleh dipercayai yang membawa kepada pelbagai pendapat dan spekulasi.

    ReplyDelete
  14. “Kerajaan telah selesai mengadakan perbincangan (dengan penceroboh) dan mereka akan dihantar pulang ke negara asal,” katanya.

    ReplyDelete
  15. “Apa yang penting sekarang ialah aspek keselamatan dan mahu ia berakhir dengan aman, kita tidak mahu sebarang pertumpahan darah berlaku pada peringkat ini.”

    ReplyDelete
  16. Sementara itu pada majlis berasingan, Musa menyifatkan parti pembangkang sebagai “penipu” dan berlagak umpama “mengajar itik berenang” apabila mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak membawa apa-apa pembangunan di Sabah.

    ReplyDelete
  17. Sebaliknya, beliau berkata kerajaan BN membelanjakan berbilion ringgit bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat selain mengurus dan mentadbir negeri ini dengan baik.

    ReplyDelete
  18. “Pembangkang hanya pandai putar belit kononnya tidak ada apa-apa pembangunan di Sabah. Mereka (pembangkang dari Semenanjung) datang untuk mengajar kita mentadbir negeri ini.

    ReplyDelete
  19. “Bukan cakap besar, tetapi rekod prestasi kita adalah cemerlang. Tidak perlu mereka datang mengajar kita,” kata Musa

    ReplyDelete
  20. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menuduh pembangkang akan mencetuskan kekecohan dan keadaan tidak harmoni jika mengambil alih di Putrajaya memandangkan mereka tidak pernah berkuasa serta memberikan contoh berlaku di negara Kemboja yang tidak aman hingga sekarang.

    ReplyDelete
  21. Raja Nong Chik sebelum ini melawat Kemboja dan menyifatkan negara jiran Asia Tenggara tersebut sebagai mundur dan tidak membangun akibat perubahan kerajaan semasa zaman pemerintahan Khmer Rouge berkuasa dahulu, serta mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak membuat kesilapan sama jika berhasrat untuk menukar kerajaan pada Pilihan Raya 2013 tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  22. Raja Nong Chik turut menggesa rakyat Malaysia tidak terpedaya dan mempercayai janji perubahan yang diwar-warkan oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  23. Jangan percaya mereka yang berjanji macam-macam, berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang janjinya sentiasa ditunaikan.

    ReplyDelete
  24. Raja Nong Chik juga memberitahu pemerintahan kerajaan Barisan Nasional selama 50 tahun memerintah Malaysia sudah membuktikan kemampuan untuk mentadbir dengan baik dan membangunkan negara.

    ReplyDelete
  25. Lihat selama 50 tahun kita memerintah Malaysia, kita semua tak kira Melayu, India dan Cina semua boleh bekerjasama

    ReplyDelete
  26. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak seorang yang mementingkan kebajikan dan mendengar suara rakyat dan salah satunya adalah menerusi polisi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0.

    ReplyDelete
  27. Kerajaan bukan yang hanya pandai berjanji dan menipu, janji yang ditawarkan akan ditunaikan.

    ReplyDelete
  28. Najib pada tahun lalu juga mengingatkan rakyat supaya tidak membuat ‘perubahan’ yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka.

    ReplyDelete
  29. Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik

    ReplyDelete
  30. rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya.

    ReplyDelete
  31. Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mudah termakan janji manis pembangkang yang ternyata gagal mentadbir empat buah negeri yang dimenangi selepas pilihan raya umum 2008.

    ReplyDelete
  32. Selama ini Kapal Selam tak digunakan untuk menagawal peraiaran di pantai timur Sabah kah? Jadi buat apa kapal selam itu terbiar saja di Teluk Sepanggar.? Untuk perhiasan?

    ReplyDelete
  33. BeEnd perosak negara...sanggup dia brunding dgn penceroboh tu. Aku rasa kalau Raja Nong Chik jadi YB Lahad datu atau Ketua Polis Sabah,mampus melayu Sabah diputarkepala oleh raja Nong Chik. Nampak tak,nama Sultan sulu iaitu Datu Esmail datu Kiram? Maknanya meeka yg ada Datu bagi nama2 mereka adalah berasal dr Filipin. Lalu betul le yg beratus ribu PATI dpt ic free zaman Berjaya/UMNO dulu2an. Kan kat Semporna tu ada Kg Simunul. Simunul nama kepulauan di Selatan Filipina dgn dgn Pulau Jolo.

    ReplyDelete
  34. Tapi kenapa tidak mahu balik tu?

    ReplyDelete
  35. I questioned why there is a discussion?

    ReplyDelete
  36. When you intrude someone's place, you have to pay the price.

    ReplyDelete
  37. Ini pencerobohan bukan penjelajahan.

    ReplyDelete
  38. Kumpulan ni punya senjata.

    ReplyDelete
  39. This can't be put to rest.

    ReplyDelete
  40. I feel there is something wrong over here.

    ReplyDelete
  41. Jangan patah balik lagi

    ReplyDelete
  42. Macam banyak cerita timbul.

    ReplyDelete
  43. Janji diorang xmau datang balik.

    ReplyDelete
  44. Malaysia authorities would encourage the group, which Manila has yet to identify, to leave the area peacefully.

    ReplyDelete
  45. Hamza Taib said that the police were in negotiations with the group and expected the stand-off to be resolved "very soon with the group returning to their home country".

    ReplyDelete
  46. Malaysian police have set up a series of road blocks along the route leading from Lahad Datu through palm oil plantations to the remote village where the gunmen are. Marine police were also patrolling the sea.

    ReplyDelete
  47. Sabah has a history of incursions by armed Philippine groups, and the prickly situation could test ties between the neighbours, who are fellow members of the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN).

    ReplyDelete
  48. The group involved in the impasse has claimed to be adherents of the former Sulu sultanate, a regional power centre until its demise a century ago.

    ReplyDelete
  49. Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?

    Keselamatan Negara tergugat apabila kehadiran warga asing yang bersenjata dan belum dikenalpasti identiti dan motif sebenar kehadiran mereka di Lahad Datu, Sabah. Negeri Sabah pernah dikejutkan dengan rompakan bank oleh 15 orang lanun di Lahad Datu, Sabah pada 25 September 1995. Insiden ini telah menyebabkan 6 kematian.

    ReplyDelete
  50. Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?

    Sebelum ini, kehadiran kumpulan bersenjata warga asing mempunyai motif yang jelas iaitu dengan tujuan mendapatkan sumber kewangan dengan cara kekerasan.

    ReplyDelete
  51. Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?

    Kehadiran kumpulan berpakaian tentera bersenjata masuk ke Lahad Datu tidak diketahui sebarang motif yang jelas. Daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur Misuari.

    ReplyDelete
  52. Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?

    Mereka diperalatkan oleh elemen luar dan hal ini tidak boleh dinafikan. Hubungan rapat di antara Anwar dengan Nur Misuari memang telah lama wujud dan diketahui umum.

    ReplyDelete
  53. Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?

    "Jika Datuk Seri Najib tak sanggup memujuk MNLF dan MILF, kita hanya ada satu jalan iaitu mengutus Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Nur Misuari adalah sahabat kamcing Datuk Seri Anwar Ibrahim" - (Blog Kesultanan Sulu bertajuk "Perhimpunan MNLF: Bolehkah MNLF dan MILF berkongsi kuasa")

    ReplyDelete
  54. Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?

    Ketika Nur Misuari memimpin MNLF dan berjaya dilantik sebagai Gabenor di Mindanao, Anwar Ibrahim adalah TPM dan berkawan rapat dengan Joseph Estrada.

    ReplyDelete
  55. Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?

    "Saya menentang Kerajaan Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Negara Filipina". - (Joseph Estrada, Blog Kesultanan Sulu)

    ReplyDelete
  56. Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?

    Hubungan lama ketiga-tiga mereka digunakan semula untuk merosakkan keamanan di Selatan Filipina setelah kejayaan Rundingan Damai MILF-Manila.

    ReplyDelete
  57. Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?

    Dalam suasana Malaysia akan mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat, pada 4 bulan yang lepas, Anwar telah berjumpa dengan Nur Misuari. Anwar telah meminta bantuan Nur Misuari supaya membuat sesuatu “crime” dan yang terkini menghantar kumpulan Suluk berpakaian tentera ke Lahad Datu.

    ReplyDelete
  58. Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?

    Situasi ini adalah cara-cara Anwar menarik sokongan dan menghuru-harakan negara. Dengan nasehat Anwar dan dengan bantuan Misuari, mereka mencuba menghuru-harakan keadaan.

    ReplyDelete
  59. Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?

    Dalam tempoh yang sama juga, DS Najib membuat lawatan dua hari ke Sabah. Pendaratan kumpulan bersenjata dalam tempoh yang sama dengan lawatan DS Najib ke Sabah mempunyai niat untuk mengalihkan fokus rakyat dan seterusnya menghuru-harakan keamanan Malaysia khususnya di Sabah.

    ReplyDelete
  60. Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?

    Hari ini, negara Malaysia menjadi tumpuan seluruh dunia. Singapura menuduh keamanan di Malaysia tergugat. Agen-agen Yahudi pernah memasuki Sabah melalui Selatan Filipina. Manakala Anwar diketahui umum digunakan oleh agen-agen Israel seperti IRI, NED dan NDI untuk memporak-perandakan keamanan negara-negara Islam, demi kuasa (Anwar perlukan kuasa iaitu menjadi PM).

    ReplyDelete
  61. Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?

    Anwar menasihati Nur Misuari supaya menghantar kumpulan tentera ke Lahad Datu, supaya wujud suasana “ketakutan keselamatan”. Tujuan utama supaya berlaku tembak-menembak dan kematian di pihak kumpulan tentera Suluk dan Anwar akan mengambil kesempatan.

    ReplyDelete
  62. Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?

    Seperti sebelum ini, Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita politiknya walaupun sanggup menggadai keselamatan dan kedaulatan negara.

    ReplyDelete
  63. Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?

    Elemen luar ini telah diketahui mempunyai kaitan dengan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim. Ini dapat dikaitkan dengan hubungan Nur Misuari – Anwar yang telah berlangsung lama ketika Anwar sebagai TPM dan Nur Misuari sebagai Ketua MNLF. (Suara Keadilan dalam akhbar mereka mengaitkan hubungan intim antara Anwar dan Misuari)

    ReplyDelete
  64. Mereka tidak berhak berada di negara ini.

    ReplyDelete
  65. Cerita dan khabar yang negatif akan menjejas prestasi BN di PRU akan datang.

    ReplyDelete
  66. Pihak berkuasa harus memantau dan memastikan keselamatan sentiasa dijamin.

    ReplyDelete
  67. Mereka harus dikenakan tindakan yang tegas.

    ReplyDelete
  68. Jangan biarkan golongan ini terus bertindak sesuka hati, harus tangkap dan kenakan hukuman.

    ReplyDelete
  69. Hukuman setimpalnya harus dikenakan ke atas nya.

    ReplyDelete
  70. Jangan biarkan golongan ini mengancam keselamatan dan keharmonian yang rakyat menikmati.

    ReplyDelete
  71. Kerajaan harus sekat kemasukan warga asing yang seakan mengancam ketenteraman.

    ReplyDelete
  72. Kerajaan harus tegas terhadap kes keganasan sebegini.

    ReplyDelete
  73. harap mereka akan balik segera, mereka tak ptut menceroboh ke Sabah.

    ReplyDelete
  74. kehadiran penceroboh tersebut telah menyebabkan keadan di lahad datu jadi panik, ramai penduduk dalam ketakutan.

    ReplyDelete
  75. moga mereka akan pulang dgn aman.

    ReplyDelete
  76. kita harus kekalkan keamanan yang kita kecapi.

    ReplyDelete
  77. Berita baik, harap mereka benar-benar balik ke tempat mereka, dan kerajaan pasti memastikan yang keadaan selamat di LD.

    ReplyDelete
  78. Namun begitu kerajaan harus memantau kawasan perairan agar tidak masalah ini tidak berulang lagi.

    ReplyDelete
  79. Malaysian sovereignty over Sabah is non-negotiable, no matter the claim by the Sulu sultanate.

    ReplyDelete
  80. As the weeks-old stand-off between the band of armed Sulu intruders and Malaysian police and armed forces in Lahad Datu, Sabah, comes to a tragic and bloody denouement, it is important to understand how it all came to this juncture.

    ReplyDelete
  81. What is now Sabah and Sarawak used to be part of the Brunei sultanate. While Sarawak remained under Brunei until 1841, when bit by bit the Sarawak as we know it today was ceded to British adventurer James Brooke by a grateful sultan for help in quelling persistent rebellions, North Borneo -- as Sabah was known before -- similarly passed from Brunei's control to that of the Sulu sultanate even earlier: in 1704.

    ReplyDelete
  82. North Borneo stayed under Sulu suzerainty until 1878 when it came under control of the British North Borneo Company (NBC). That was the genesis of what now becomes known as the much-disputed Philippine claim to Sabah.

    ReplyDelete
  83. Whether Sabah was ceded in perpetuity to NBC or merely leased to it has become the real bone of contention. An annual payment was paid to the Sulu sultan and his heirs by the NBC for Sabah, a payment which Britain apparently assumed responsibility for when Sabah became a British colony in 1946.

    ReplyDelete
  84. Malaysia, as the successor independent and sovereign political federation to which Sabah became a constituent part in 1963, reportedly has continued the Sulu payment, although we have officially kept it under wraps.

    ReplyDelete
  85. The Malaysian official position has rightly separated the Sulu sultanate's proprietary claim over Sabah from Malaysian sovereignty over the state, which is non-negotiable.

    ReplyDelete
  86. It is also only proper that the Malaysian government continues to resist any discussion over the Sulu payments for Sabah without any firm assurances that any settlement will be final and unanimously agreed to by all the rightful royal heirs.

    ReplyDelete

  87. The Sulu sultanate, meanwhile, lost its status as an officially recognised political actor under the modern and independent Philippine republic.

    ReplyDelete
  88. Philippine President Diosdado Macapagal thus used the historic ties between the Sulu sultanate and Sabah as the basis to officially stake his country's claim to Sabah upon the latter becoming a part of Malaysia, a move that ruptured diplomatic relations between both countries.

    ReplyDelete
  89. Macapagal's successor, Ferdinand Marcos, promised in 1977 to renounce his country's claim to Sabah, but only succeeded in emasculating further what remained then of the extended and divided royal family of Sulu and after seeking to instigate a rebellion in Sabah by a group he armed and trained and later massa-cred when the group baulked in its assigned mission.

    ReplyDelete
  90. The overthrow of Marcos in 1986 saw President Corazon Aquino grant a measure of autonomy to "Muslim Mindanao", empowering the likes of Nur Misuari, a Sulu native of the Tausug tribe who, as governor of the new autonomous region, won brief adulation from the international community which invested in him high hopes for bringing peace and prosperity to the restive region.

    ReplyDelete
  91. President Fidel Ramos, who took over from Aquino in 1992, saw the opportunity to build on that international goodwill by enlisting his country's Muslim neighbours -- Brunei, Indonesia and Malaysia -- in a joint sub-regional effort to reap the peace dividends in Mindanao.

    ReplyDelete
  92. Alas, it was not to be. Misuari proved to be a huge disappointment, preferring to spend time abroad or in luxury hotels in Manila rather than attend to the needs of his impoverished constituents in Mindanao.

    ReplyDelete
  93. He was soon up to his old rebellious streak in his native Sulu when his leadership credibility hit rock bottom whereupon he attempted an escape to Sabah, a short boat trip away.

    ReplyDelete
  94. Misuari's Moro National Liberation Front (MNLF) suffered a split and the splinter Moro Islamic Liberation Front (MILF) soon sued for a separate peace deal with Manila.

    ReplyDelete
  95. Tortured negotiations under Malaysia's facilitation lumbered on through much of the duration of the decade-long presidency of Gloria Arroyo.

    ReplyDelete
  96. In 2001, when Malaysia and Indonesia referred the dispute over ownership of Sipadan and Ligitan to the International Court of Justice, the Philippines lost a pillar in its legal case as the court threw out the latter's request for intervention in the case based on the Sabah claim.

    ReplyDelete
  97. Sipadan and Ligitan were later duly recognised by the court as belonging to Sabah and therefore legally Malaysian territory.

    ReplyDelete
  98. A peace framework agreement was finally signed between the MILF and the Philippine administration of President Benigno Aquino III towards the end of last year.

    ReplyDelete
  99. Misuari's MNLF, now under more sober leadership, had promised to be open towards the Bangsamoro political entity that the MILF had fought for and won. But Misuari himself has proved recalcitrant.

    ReplyDelete
  100. It is under such a state of political flux when Misuari's fellow Tausug tribespeople in Sulu appear to have been politically eclipsed by their fellow Muslims on the Mindanao mainland that the Lahad Datu stand-off began.

    ReplyDelete
  101. If Misuari now sees fit to join forces with the traditional political rulers of Sulu whom he himself had earlier eclipsed to cause mischief in Sabah, he may have pulled off quite a coup, given all the attention the stand-off now commands, both in Malaysia and the Philippines.

    ReplyDelete
  102. But this plausible "last stand" may well also be Misuari's ultimate undoing. Through the armed intrusion into Sabah and the resulting deaths of both Filipinos and Malaysians, ostensibly under orders of the Sulu sultan, both the Philippine and Malaysian governments are united in hunting down those whom President Aquino has firmly stated have chosen the wrong path to air their grievances.

    ReplyDelete
  103. Malaysian and Philippine political interests are now intertwined as never before. That should only strengthen the collective resolve of both nations to bring about the peace and economic prosperity long denied Filipino Muslims as a result of selfish leaders out only to save their own hides.

    ReplyDelete
  104. Peace and prosperity in Bangsamoro, ultimately, is the only sure way as well to protect the problems of the Philippine south from being imported into Sabah whose rugged and long coastline defies easy measures to guard it.

    ReplyDelete
  105. It has become clear now that a final settlement of the Sabah claim, given what is happening in Sabah, will have to wait until at least a future generation of more responsible and sincere Sulu leaders appears.

    ReplyDelete
  106. The priority of the moment is to quell the Sabah stand-off and its bloody after-effects now unfolding and to ensure all threats to the young bud that is the Bangsamoro peace agreement are neutralised.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.