Wednesday, February 27, 2013

Ketua Cawangan Atau Ketua Mundu?

SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.

Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.

(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)

Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)

62 comments:
Write comments
  1. PDRM telah selesai berunding dengan ketua kumpulan bersenjata warga Filipina yang telah menceroboh masuk ke kawasan pesisir pantai Lahad Datu

    ReplyDelete
  2. satu rundingan telah diadakan diantara Timbalan Ketua Cawangan Khas Sabah, ACP Zulkifli Abd Aziz dengan ketua kumpulan bersenjata itu yang dikenali sebagai Datu Agbimudin Datu Kiram yang didakwa sebagai Raja Muda Sultan Sulu.

    ReplyDelete
  3. Dalam pertemuan itu, Agbimudim bersetuju untuk berundur dari Lahad Datu sekiranya mendapat persetujuan dari Sultan Sulu

    ReplyDelete
  4. Anggota kumpulan tersebut dipercayai terdiri dari suku kaum Sibutu, Simunul, Suluk dan Ayakan yang berasal dari Kepulauan Sibutu, Simunul, Pahlawan, Jolo dan Sulu.

    ReplyDelete
  5. Penceroboh-penceroboh itu telah menyusup berlindung di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan kedatangan mereka dikatakan menyebabkan ramai penduduk kampung itu keluar melarikan diri menuju ke Tanjung Labian di Lahad Datu untuk berlindung.

    ReplyDelete
  6. Pembangkang memanfaatkan pencerobohan itu dengan mempersoalkan tahap keselamatan Sabah di bahawa kerajaan Bn.

    ReplyDelete
  7. pembangkang juga mengaitkan kejadian penecerobohan itu dengan RCI pendatang Sabah yang masih berjalan.

    ReplyDelete
  8. Pembangkang memainkan sentimen agama, dan mendakwa pasukan keselamatan tidak bertindak awal, kerana atas alasan penceroboh itu beragama islam.

    ReplyDelete
  9. Dakwaan yang lagi skeptikal, bahawa pada kebiasaannya, jika berlaku kejadian seumpama ini, di negara-negara barat, maka menteri yang bertanggungjawab berkaitan keselamatan akan berundur.

    ReplyDelete
  10. Memang banyak kenyataan daripada menteri yang bertanggungjawab termasuk Perdana Menteri, bahawa tiada kompromi berkaitan dengan keselamatan rakyat Sabah, namun berlaku juga kejadian seumpama ini.

    ReplyDelete
  11. pasukkan keselamatan mempunyai pilihan terbuka, namun pada peringkat ini, rundingan aman diusahakan, untuk mengelak pertumpahan darah.

    ReplyDelete
  12. Pasukan keselamatan negara berada dalam persimpangan, jika bertindak melalui kekerasan, maka kemungkinan mendapat kutukan daripada negara luar dan mungkin mengakibatkan hubungan antara Filipina dan negara ini.

    ReplyDelete
  13. Social media practitioners must take a more mature and responsible attitude when dealing with this new environment, said Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  14. The prime minister, who expressed optimism of the social media and its impact on society, said it would be sad if there were no ethics at all, in the context of the social media.

    ReplyDelete
  15. He noted that the ethics and responsibility which came with it (social media) were equally important for society to underscore its importance.

    ReplyDelete
  16. “It would be sad if there are no ethics at all in the social media context,” he said at the Malaysia Social Media Week 2013 organised by the Malaysia Social Media Chambers (SMC)

    ReplyDelete
  17. Also present were Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim and Malaysian Social Media Chambers founder and president Shahul Hameed Shaik Dawood.

    ReplyDelete
  18. Najib said the coming months would be a fascinating period for people interested in both politics and the internet.

    ReplyDelete
  19. He said he could confidently predict that this would be Malaysia’s first “social media election”.

    ReplyDelete
  20. “We’ve already seen it serve as a catalyst for politicians getting engaged online, and that can only be a good thing.

    ReplyDelete
  21. “Of course, it won’t be the biggest factor at this election, but it is certainly, the tempo of political debate and bringing more voices into it,” he added.

    ReplyDelete
  22. Najib said, in fact, that was one of his ambitions as prime minister that he had a responsibility to think about the whole country, which means making sure that as many people as possible have access to the opportunities that social media brings – “not just those of us in this room.”

    ReplyDelete
  23. He said the government could not afford to let parts of society be left on the wrong side of the “digital divide”, cut off from the most potent force for education and enterprise in the modern world.

    ReplyDelete
  24. “We are working to make sure that doesn’t happen, through initiatives like Digital Malaysia, offering smartphone vouchers to young people and expanding broadband access in rural areas.

    ReplyDelete
  25. “I want all Malaysians to be ready for the fast-approaching future,” he added.

    ReplyDelete
  26. Speaking from the perspective of a national leader, he said the emergence of social media had been a powerful force for openness, and the government had no exception.

    ReplyDelete
  27. “So, for the government, just like for businesses, new technology means a new way of doing things. But the power to reach new audiences also brings new responsiblities; to be more open and more accountable.

    ReplyDelete
  28. “People, especially young ‘digital natives’, who have grown up with the internet, now have higher expectations for openness in all spheres of life,” he said.

    ReplyDelete
  29. Apa pun yang pasti sekarang ini kawasan tersebut dikatakan dikawal ketat.

    ReplyDelete
  30. Kerajaan sedang berbincang dengan kerajaan Filipina mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  31. Kerajaan Filipina sendiri sedan berusaha untuk memujuk mereka in untuk pulang.

    ReplyDelete
  32. Kerajaan Filipina juga meminta sultan sendiri menyuruh orang-orangnya yang berada di tanah Malaysia untuk pulang semula.

    ReplyDelete
  33. Kita harap kerajaan akan memastikan masalah ini akan dapat diselesaikan dengan baik.

    ReplyDelete
  34. Pelbagai cara telah dilakukan namun penceroboh ini masih berdegil lagi.

    ReplyDelete
  35. Rasanya pasukan keselamatan perlu bertindak segera untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

    ReplyDelete
  36. Kita tahu yang mana pilihan yang terbaik adalah menyerang dan menyelesaikan dengan cara itu saja yang dapat memberikan jawapan yang terbaik sekarang ini.

    ReplyDelete
  37. Kerajaan telah memberikan peluang kepada mereka untuk pulang secara aman tapi tidak diendahkan oleh mereka.

    ReplyDelete
  38. Kerajaan Filipina pun tidak dapat berbuat apa-apa lagi dengan pencerobohan berlaku di Lahad Datu ini.

    ReplyDelete
  39. Kerajaan Filipina akan mengenakan tindakan undang-undang kepada Sultan Sulu atas perkara yang berlaku ini.

    ReplyDelete
  40. Kerajaan Malaysia sebelum ini sentiasa mencari pendekatan yang terbaik untuk memastikan masalah ini dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  41. `Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!` ****..dah masuk bersenjata & acah2 rakyat negeri Sabah, nape buat statement `reversed psiko`? TAKUT dengan serangan ATM? di mana semua terrorist Sulu yang dibenci oleh Kerajaan Filipina ini mati???


    Mus Sabahdaily..jangan hanya kamu & rakan2 diupah RM 3000 sebulan oleh Anwar, kamu lemparkan berita2 yang mengarut!!! Tian Chua harus bertanggungjawab dalam isu ini atau aku akan buka satu persatu rancangan liciknya sejak 4 bulan lepas untuk menaikkan nama Anwar Ibrahim!!!! soalnya sekarang, siapa yg bermain dengan api? siapa rakan Nur Misuari? jangan KAU & Tian Chua memperbodohkan orang Sabah. aku dah betul2 tension nih.


    *Raja Sulu`



    ReplyDelete
  42. Tian Chua harus t/jawab?? Negara ni dperintah oleh BN ke PR?? Pencacai paling bodoh abad ini. Hi hi hii.

    ReplyDelete
  43. sepatutnya Tentra Sulu dihalang oleh si TERRORIST said...baru ngam,bah itu.

    ReplyDelete
  44. kami yang duduk dsini (felda sahabat) sudah bosan dengan semua ni....terlalu lama, balik2 runding tapi tiada jalan penyelesaian yang dibuat,hari2 helikopter ni ada saja yang datang dsini.buang minyak saja datang kesini,tapi penyelesaianya tiada...apa bilang orang bajau tu...kabul-kabul tok masi.malu la rrang lain sedang perhatikan kita sekarang.

    ReplyDelete
  45. Kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik, termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan sekumpulan warga Filipina di perairan negara di Lahad Datu, Sabah.

    Sambil menegaskan keadaan di Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah terkawal, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan itu penting bagi memastikan kumpulan yang berjumlah antara 80 dan 100 anggota itu “keluar dengan selamat ke Selatan Filipina”, sekaligus mengelak pertumpahan darah.

    ReplyDelete
  46. “Ini yang kita nak kerana mereka ada juga saudara mara di sini…jadi kita tidak mahu ada nyawa yang terkorban dan sebab itu kita minta mereka balik dengan cara yang baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar di sini hari ini.

    Najib berkata demikian ketika ditanya perkembangan terkini di Lahad Datu berikutan laporan yang memetik Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata pasukan keselamatan menahan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  47. “Dari segi kekuatan, kuasa tempur kita adalah lebih dari cukup untuk memberkas mereka, tetapi kerajaan memilih jalan untuk buat perundingan dengan mereka supaya mereka keluar dengan aman balik ke Selatan Filipina,” katanya.

    Ditanya sama ada pihak berkuasa keselamatan Malaysia sudah mengenal pasti kumpulan itu, Najib berkata: “Lebih kurang kita sudah kenal pasti “.

    ReplyDelete
  48. “Tapi biarlah polis melakukan rundingan dengan mereka dan mudah-mudahan mencapai hasil dan kejayaan. Sebab mereka tak boleh ke mana, mereka dikepung…mereka tidak ada pilihan dan perlu cari jalan penyelesaian,” katanya.

    Apabila ditanya sama ada kumpulan itu bersenjata atau sebaliknya, Perdana Menteri berkata perkara itu dalam makluman polis dan “jangan buat spekulasi”.

    ReplyDelete
  49. “Kita bukan mendedahkan maklumat dalaman…biar polis jalankan kerja mereka tanpa diganggu mana-mana pihak. Apa yang penting keberhasilan yang selesai tanpa pertumpahan darah,” katanya.

    Mengenai tahap keselamatan dan kawalan di perairan negara terutama pantai timur Sabah, Najib berkata perairan Malaysia amat luas tetapi apa yang penting ialah “kita dapat maklumat cepat”.

    ReplyDelete
  50. Mus Sabahdaily, Tian Chua & Mr Anwar!!! u mesti bertanggungjawab!

    ReplyDelete
  51. Pencerobohan Sulu yang berterusan berlaku di daerah pantai timur Sabah masih tidak berubah bagi minggu ketiga pada Khamis.

    ReplyDelete
  52. Beberapa laporan menimbulkan serangan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan terhadap kumpulan itu.

    ReplyDelete
  53. Satu laporan mendakwa beberapa tentera datang mendekati Kampung Tanduo
    di mana telah dikepong oleh para pengikut Kesultanan Sulu.

    ReplyDelete
  54. Kehadiran anggota keselamatan yang ramai dilihat di beberapa lokasi
    strategi di sekeliling kawasan kampung di tepi pantai itu pada lewat
    Rabu.

    ReplyDelete
  55. Polis Sabah turut enggan mengulas mengenai sekiranya tembakan dilepas di
    kawasan tersebut pada petang Rabu walaupun penduduk kampung berhampiran
    ada mendengar bunyi berkenaan.

    ReplyDelete
  56. Ketua kumpulan Sulu, Rajah Muda Azzimudie Kiram memberitahu media
    Filipina bahawa anggotanya telah melepaskan tembakan sebagai amaran
    selepas mengesan apa yang didakwanya terdapat enam anggota keselamatan
    Malaysia memasuki kampung itu.

    ReplyDelete
  57. Walaupun mendakwa datang ke Sabah secara aman, Azzmudie memberi amaran
    bahawa para pengikutnya bersedia untuk “menentang sehingga
    bermati-matian sekiranya membangkitkan kemarahan mereka.

    ReplyDelete
  58. Maknanya selama ini,banyak ic palsu yg kerajaan BN keluarkn melalui parti Berjaya kpd kaum Sulu'. Itu menunjukkan CELAKAnya parti itu utk disokong malah silap besar jika rakyat Sabah mau kekalkn kerajaan yg ada. Ciss,kamu BN.

    ReplyDelete
  59. Yg datang mencerubuh itu bukan rakyat Malaysia. Apa yg nak ditakutkan apa orang luar kata. Polisi kerajaan kita ni caca marba. Kes Memali dan Almaunah tembak dulu baru berunding. Apakah kerana melibatkan rakyat tempatan kita berkeras tapi bila melibatkan rakyat luar kita jd lembek.Yg Lahad Datu ni berunding dulu baru tembak. Sekarang apa dah jadi? Kalau kumpulan ni mengepung kawasan bandar entah apa pihak berkuasa kita nak buat. Mungkin minta Marin Amerika Syarikat datang tolong kot!

    ReplyDelete
  60. Ketua Cawangan omno Dalang Pencerobohan di Lahad Datu... Baca betul-betul sampai habis, kemudian fikir masak-masak siapa dalang pencerobohan Pemberontak di Lahad Datu... http://www.facebook.com/photo.php?fbid=339791842788619&set=a.210834619017676.33526.100002734195779&type=1

    Jangan buat tuduhan, lihat maklumat Dalang Pencerobohan itu di sini .... Baca betul-betul sampai habis, kemudian fikir masak-masak siapa dalang pencerobohan Pemberontak di Lahad Datu... http://kingofgoblok.blogspot.com/2013/03/dalang-pencerobohan-sulu-telah-di-kenal.html

    ReplyDelete
  61. hebat risikan sabah net.

    ReplyDelete
  62. pemfitnah kalau x fitnah dia akan rasa nak demam.....ubatnya hanya fitnah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.