Saturday, February 9, 2013

SAPP dikeluarkan dari rundingan kerusi Sabah

Pakatan Rakyat (PR) telah secara rasmi mengeluarkan Parti Maju Sabah (SAPP) dari rundingan kerusi pembangkang di Sabah, Mohamed Azmin Ali mengesahkan, menegaskan permintaan parti tersebut tidak munasabah untuk dilayan.

Timbalan Presiden PKR itu memberitahu The Malaysian Insider di peringkat negeri, PR dengan sekutu baru di Sabah Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) — hampir bersetuju dengan formula perkongsian kerusi mereka.

“Hanya terdapat beberapa sahaja kerusi lagi yang bertindih. Tetapi sekarang kita meminta Majlis Presiden PR untuk membimbing dalam menentukan kerusi yang harus ditandingi oleh setiap parti,” kata Azmin ketika dihubungi di sini, sambil menambah perkara ini dibangkitkan dalam mesyuarat biro politik pada Rabu.

Akan tetapi ahli parlimen Gombak itu yang kini mengetuai rundingan kerusi dengan APS dan PPPS, tidak akan mendedahkan formula perkongsian kerusi dengan dua pergerakkan berasaskan Sabah itu kerana sebab-sebab strategik.

APS diketuai oleh Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, bekas timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dari BN manakala PPPS diketuai oleh ahli parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin yang dahulunya anggota majlis tertinggi Umno.

“Tetapi SAPP dikeluarkan terus dari senarai, dikeluarkan dari formula. Saya tidak menyalahkan mereka kerana apa-apa, hanya kerana tuntutan mereka tidak munasabah,” Azmin mengesahkan.

SAPP, parti yang hampir berusia dua dekad diketuai oleh bekas ketua menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee, pada awalnya telah bersetuju untuk bekerjasama dengan PR dalam Pilihan Raya 2013 untuk menjatuhkan BN di kubu mereka di Malaysia Timur, tetapi menegaskan parti tempatan perlu bertanding dengan jumlah besar daripada 60 kerusi dewan undangan negeri.

Yong mengatakan parti PR berasaskan Semenanjung boleh bertanding di majoriti kerusi Parlimen untuk membantu mereka menawan Putrajaya tetapi mengekalkan pentadbiran negeri kepada parti yang berakar umbi di Sabah.

Beliau mengatakan ini selari dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang menjamin autonomi negeri tersebut.

Akan tetapi Azmin memberitahu The Malaysian Insider permintaan Yong untuk 40 atau separuh daripada 60 kerusi negeri adalah tidak munasabah.

Beliau menegaskan apabila SAPP bertanding di bawah BN pada pilihan raya umum 2008, parti itu hanya memenangi dua kerusi Parlimen dan dua kerusi dewan undangan negeri. SAPP secara rasmi menarik diri dari BN pada September 2008 dan menjadi sebuah parti bebas.

“Kenapa mereka mahu 40 kerusi sekarang? Jadi apa yang tinggal untuk parti pembangkang lain dalam Pakatan, dalam APS dan PPPS?” kata Azmin.

“Saya telah mencuba sedaya upaya dan begitu juga (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)… kami berjumpa dan berbincang dengan SAPP semenjak enam bulan lalu — lebih banyak dari yang mereka dapat berbanding pilihan raya lepas,” tambah beliau.

Apabila ditanya apa tawaran PR kepada SAPP, Azmin mengatakan PR bersedia untuk memberikan 10 kerusi kepada parti berasaskan Sabah itu.

Beliau menambah ia adalah “kerusi bagus” dimana SAPP akan bertanding dan mempunyai peluang cerah untuk menang, tetapi parti tersebut menolak tawaran itu.

“Mereka datang kembali kepada kami dan mengatakan mereka mahu 40 kerusi,” kata Azmin.

“Jadi kami telah membuat keputusan — kami akan terus dengan APS dan PPPS sahaja, memandangkan kesuntukkan masa,” katanya.

APS dan PPPS telah bersetuju untuk bertanding menggunakan bendera PKR dalam pilihan raya akan datang.

The Malaysian Insider difahamkan, Bumburing telah ditugaskan untuk menguruskan kerusi Kadazandusun dan Murut (KDM) di Sabah memastikan sokong komuniti tersebut beralih kepada pembangkang, walaupun parti PR berasakan Semenanjung yang menggepalai pertempuran. Lajim pula ditugaskan untuk mendapatkan sokongan Melayu dan Islam.

Kedua-dua pemimpin ini baru-baru ini menjadi sasaran serangan mulut dari Yong, pada Selasa lalu memanggil mereka sebagai kerbau yang dicucuk hidungnya.

Pemimpin lantang yang dikenali dikalangan Cina Hakka di Sabah, menuduh kedua-dua Bumburing dan Lajim “tidak mempunyai pilihan” selain kowtow kepada rakan baru PR mereka dari Semenanjung untuk melobi kerusi dalam pilihan raya akan datang. -TMI

113 comments:
Write comments
  1. Walaupun sebahagian kecil undi Pembangkang dijangka masuk kepada SAPP akan tetapi Keputusan ini lebih baik lagi untuk Pakatan Rakyat. Tidak Mustahil sebahagian kecil Pengundi BN juga akan menyimpang ke SAPP atas Faktor Calon.

    ReplyDelete
  2. sepatutnya SAPP sokong PR dulu untuk menang...rundingan untuk autonomi kepada parti Sabah untuk memerintah sendiri negeri Sabah secara sendiri boleh dilakukan kemudian..fokus dulu kepada kemenangan secara kolektif

    ReplyDelete
  3. Teck Lee tu tiru style Pairin le tu. Ingat boleh ada pengaruh dan ingat kalu bukak parti baru,boleh jadi KM le tuh.Perasan nak mampuih.

    ReplyDelete
  4. Satu berita yang mengecewakan YTL nampaknya.

    ReplyDelete
  5. Apa pun yang pasti TLY masih mampu berdiri sendiri tanpa adanya Pakatan untuk mereka.

    ReplyDelete
  6. Akhirnya pertandingan 1 Lawan 1 yang diidamkan oleh Pakatan tidak akan tercapai.

    ReplyDelete
  7. Ini kerana apa yang telah disahkan YTL akan bertanding disemua kerusi di Negeri Sabah ini.

    ReplyDelete
  8. Ini bermakna tidak akan ada pertandingan 1 lawan 1 di Negeri Sabah ini pada PRU13 akan datang.

    ReplyDelete
  9. Walaupun Bumburing dan Lajim menyertai PR sebelum ini, namun pertelingkahan antara mereka dan YTL tetap berlaku.

    ReplyDelete
  10. Ini menunjukan kesefahaman antara mereka sememangnya tidak dapat dilaksanakan.

    ReplyDelete
  11. Ini kerana disebabkan setiap pihak mempunyai agenda mereka sendiri dan inilah yang menyebabkan perpecahan daripada kerjasama ini.

    ReplyDelete
  12. Ini telah membuktikan kita yang mana kata-kata Pakatan sebelum ini cumalah permainan mereka semata-mata. Tapi lihat saja sekarang tidak ada pun terlaksana akan kata-kata mereka untuk memberikan peluang kepada penduduk Sabah untuk memerintah.

    ReplyDelete
  13. Jika benar Pakatan ingin memberikan autonomi kepada penduduk Sabah sudah pasti memberikan keputusan memberikan SAPP dan STAR untuk bertanding disemua kawasan. Tapi rasanya Pakatan tidak melakukan semua itu kerana mereka ingin berkuasa di Negeri Sabah ini. Itulah yang kita dapat lihat sekarang ini. Pakatan cuba untuk memastikan Sabah ini milik mereka.

    ReplyDelete
  14. maka akan ada pertandingan 4 penjuru di sabah pada pru13 nanti...

    ReplyDelete
  15. PR memutuskan untuk mengeluarkan SAPP dari rundingan kerusi membuktikan keegoaan dan keangkuhan PR/PKR yang seolah2 mereka ni memiliki SAPP...tidak mustahil APS/PPPS jika kerajaan negeri sabah bertukar tangan, akan turut dikeluarkan dari sebarang rundingan...jadi nasihat kepada APS/PPPS sediakan payung sebelum hujan...jangan tanding menggunakan tiket dan bendera PKR...

    ReplyDelete
  16. Hidup Di Sabah said...
    February 13, 2013 at 4:16 PM

    kita kena realistik...mengapa PR tidak mahu parti tempatan bertanding dalam majoriti kerusi DUN? sebabnya mudah, untuk mengawal pengundi..PR mahu kawal sabah untuk dijadikan sebagai kubu PR bagi menghadapi pilihanraya2 yang akan datang..sekurang2 nya PR ada sumber untuk dikikis...ingat cakap PR dulu, jika PR menjadi kerajaan, PR akan beri status penduduk tetap kepada semua pendatang asing..

    ReplyDelete
  17. tidak hairanlah mengapa JK meninggalkan PKR..ini kerana beliau sedar bahawa PKR tidak akan melayan apa2 tuntutan sabah..APS dan PPPS pula dilihat oleh PKR sebagai peluang dan alat politik untuk mempengaruhi rakyat sabah dengan menghasut dan menjanji2 bulan dan bintang agar mengundi PR...jika tuntutan SAPP dilayan, rancangan licik PKR akan rosak sepenuhnya dan peluang serupa mungkin tidak akan ada lagi di masa akan datang..

    ReplyDelete
  18. biarpun sedar akan risiko pertandingan lebih 3 penjuru, namun PKR tetap menyingkirkan SAPP dari rundingan kerusi untuk memastikan peluang PKR untuk melaksanakan rancangan licik mereka itu lebih cerah...

    ReplyDelete
  19. Nah kan apa saya bilang.

    ReplyDelete
  20. Tidak apa, masih ada Star kasi kawan ko

    ReplyDelete
  21. In fact, they won't be working together.

    ReplyDelete
  22. M not surprised with this.

    ReplyDelete
  23. So faham2 la kan SAPP.

    ReplyDelete
  24. This is where the opposition is fighting.

    ReplyDelete
  25. What to do la, built your own empire.

    ReplyDelete
  26. Jangan sedih SAPP, masih ada peluang juga tu.

    ReplyDelete
  27. Let's cherish for the moment.

    ReplyDelete
  28. Woohoo, is time to act.

    ReplyDelete
  29. Persaingan sengit di antara parti.

    ReplyDelete
  30. Peluang terbuka untuk parti lain.

    ReplyDelete
  31. So this is all about.

    ReplyDelete
  32. Politik ini kan, ada-ada saja yang berlaku. hehe

    ReplyDelete
  33. Saya ada terbaca artikel yang menyatakan Pakatan Rakyat memberi jaminan kilang radioaktif Lynas di Gebeng Kuantan yang mengancam nyawa dan keselamatan penduduk pasti akan ditutup apabila mentadbir negara kelak.

    Terasa macam janji politik semata-mata pula:P

    ReplyDelete
  34. SAPP sekarang sibuk dengan kes norikoh, hinggakan isu itu mcm dah dipolitikkan pula.

    ReplyDelete
  35. Terfikir juga mampukah SAPP mendapat mandat daripada rakyat? Walaupun sukar diramal tetapi rasanya susah nak rampas kemenangan BN la.

    ReplyDelete
  36. Bagi saya pembangkang hanya tahu menunding jari dan guna kuasa liur mereka. Yang menyelesaikan sesuatu masalah adalah BN jadi rakyat buka mata luas-luas supaya tak dikaburi oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  37. SAPP Dan PKR Tiada Persefahaman Sebagai Pembangkang Di Sabah – Pairin Barisan Nasional (BN) Sabah memerhati segala tindak-tanduk Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat gagal mencapai kata sepakat sebagai pembangkang di Sabah.

    ReplyDelete
  38. SAPP Dan PKR Tiada Persefahaman Sebagai Pembangkang Di Sabah – Pairin Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata perkara itu menunjukkan kumpulan pembangkang tidak boleh dipercayai untuk memegang tampuk pemerintahan negara.

    ReplyDelete
  39. SAPP Dan PKR Tiada Persefahaman Sebagai Pembangkang Di Sabah – Pairin Bercakap kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) di sini hari ini, beliau berkata ini berbeza dengan kerajaan BN yang lebih menumpu perhatian terhadap keperluan untuk berkhidmat dan memberi yang terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  40. SAPP Dan PKR Tiada Persefahaman Sebagai Pembangkang Di Sabah – Pairin Pairin, yang juga Presiden PBS, berkata rakyat terutama golongan atas pagar perlu membuat penilaian yang betul terhadap segala usaha dan pendekatan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  41. SAPP Dan PKR Tiada Persefahaman Sebagai Pembangkang Di Sabah – Pairin Katanya hanya kerajaan BN yang mampu membela dan meningkatkan taraf ekonomi mereka berdasarkan pengalaman melaksanakan pelbagai program tranfsformasi.

    ReplyDelete
  42. SAPP Dan PKR Tiada Persefahaman Sebagai Pembangkang Di Sabah – Pairin Mengenai kesudian SAPP untuk kembali ke pangkuan BN, beliau berkata: “Sekarang ini mereka sudah keluar…kalau mereka mahu masuk mereka fikir-fikir sendirilah.”

    ReplyDelete
  43. Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin percaya rakyat Sabah akan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN)yang stabil, bijak serta sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  44. Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan itu berkata pakatan pembangkang tidak akan dapat mentadbir negeri itu dengan baik kerana isu yang kecil seperti pembahagian kerusi di Sabah sudah menjadi satu isu yang besar dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

    ReplyDelete
  45. Oleh itu, konflik mengenai pembahagian kerusi pakatan pembangkang perlu dijadikan loceng amaran kepada rakyat kerana perkara itu menunjukkan pakatan pembangkang mempunyai banyak ideologi berbeza dan cara pentadbiran yang berlainan.

    ReplyDelete
  46. “Bagaimana mereka (pakatan pembangkang) hendak menyelesaikan perkara lain sekiranya perkara kecil seperti ini pun tidak dapat diselesaikan. Rasa tidak puas hati di antara parti pembangkang mengenai isu kerusi hanyalah merupakan satu bayangan kecil yang rakyat Sabah seharusnya pandang secara serius,” katanya

    ReplyDelete
  47. Beliau mengulas mengulas isu pembahagian kerusi pakatan pembangkang di Sabah yang masih belum dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  48. Katanya BN sudah bersedia menghadapi sebarang tentangan demi kepentingan dan masa depan rakyat Sabah dan akan mempertahankan kesemua kerusi di Sabah demi masa depan generasi muda di negeri itu.

    ReplyDelete
  49. Pakatan Rakyat (PR) sangat yakin mereka tidak memerlukan Parti Maju Sabah (SAPP) untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) di Sabah, negeri yang dianggap penting untuk merealisasikan impian mereka untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya 2013.

    ReplyDelete
  50. Kedua PR dan sekutu baru mereka Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) memberitahu The Malaysian Insider perlawanan di Sabah, seperti negeri lain di Malaysia, akan tertumpu kepada diantara BN dan PR.

    ReplyDelete
  51. Semua pemain lain dalam pertempuran akan dianggap “tidak relevan” untuk membuat perubahan dalam undi pembangkang, kata mereka.

    ReplyDelete
  52. Barisan pembangkang di Sabah amat sesak, dengan tiga parti PR DAP, PKR dan PAS, sekutu baru APS dan PPPS, dan dua parti pembangkang lain SAPP dan Parti Pembaharuan Negeri (STAR) yang di pimpin oleh ahli politik veteran, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

    ReplyDelete
  53. Semua tujuh pergerakan politik sebelum ini mahu bersatu menentang BN tetapi kegagalan pengagihan kerusi menyebabkan pilihan raya akan datang mungkin akan menyaksikan pertandingan tiga atau empat penjuru melawan BN.

    ReplyDelete
  54. Sekutu PR baru berasaskan Sabah, Ketua APS Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing (gambar) memberitahu The Malaysian Insider keengganan SAPP untuk mengalah dari permintaan yang “tamak” untuk bertanding sekurang-kurangnya lebih separuh darpada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyebabkan rundingan kerusi mereka dengan PR mengalami kebuntuan.

    ReplyDelete
  55. Beliau memanggil ketua SAPP sebagai “anggur masam” kerana memulakan peperangan mulut terhadap dirinya dan seorang lagi sekutu baru PR Sabah, Ketua PPPS Datuk Seri Lajim Ukin, selepas menyedari permintaan kerusi parti mereka akan ditolak.

    ReplyDelete
  56. Minggu lepas, Yong Teck Lee telah menyamakan kedua-dua bekas pemimpin BN itu sebagai kerbau yang dicucuk hidung, mengatakan kedua-duanya terpaksa tunduk kepada pemimpin-pemimpin PR di Semenanjung untuk melobi kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  57. “Saya tidak sedikitpun tersinggung dengan kenyataannya,” kata Bumburing dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider. “Beliau hanyalah anggur masam. Mengetahui peluangnya dengan PR hampir gagal, beliau cuba untuk mengeluarkan kata-kata mengarut untuk merendahkan kami.”

    ReplyDelete
  58. “Beliau hanya mahu menyertai perjuangan dengan cara ini kerana mahu menjadi ketua menteri sekali lagi ... ia hanya kepentingan peribadi beliau. Jadi beliau begitu terdesak untuk mempunyai cara beliau ... ini adalah peluang peluang terakhir untuk beliau menjadi ketua menteri lagi,” tegas Bumburing.

    ReplyDelete
  59. undi pembangkang akan bercemperai di peti undi dan ini akan menjadi faktor kukuh yang menyumbang kepada kemenangan besar di Sabah.

    ReplyDelete
  60. Pilihan Raya Kecil Batu Sapi pada tahun 2010 menjadi bukti sikap rigid SAPP yang berkeras untuk bertanding dan akhirnya calon PKR kalah di tangan BN.

    ReplyDelete
  61. Nampaknya senario yang sama akan mempengaruhi keputusan PRU13 di Sabah nanti.

    ReplyDelete
  62. Anwar sedar akan hakikat ini tetapi demi kerakusan politiknya beliau sanggup mengadaikan kepentingan Islam di Negeri Bawah Bayu itu.

    ReplyDelete
  63. Apa hal sekali pun Dap akan tetap bersama PKR yang mempunyai dasar terbuka terhadap agama yang lambat laun akan meletakkan Pas dalam keadaan seperti melukut di tepi gantang.

    ReplyDelete
  64. Jika Pakatan Rakyat berkeras mahu bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen ia bakal ditolak oleh pengundi Sabah sendiri yang sentiasa merasa parti-parti Semenanjung seperti PKR, Pas dan Dap terlalu bersikap angkuh.

    ReplyDelete
  65. Anwar beranggapan rakyat sabah mudah digula-gulakan dengan pelbagai dakyah dan isu yang ditimbulkan terhadap BN.

    ReplyDelete
  66. Pembangkang gagal melihat realiti bahawa negeri itu mempunyaim keinginan serta harapan yang tinggi untuk sama-sama maju setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung.

    ReplyDelete
  67. Hanya BN yang berjaya memenuhi kehendak pembangunan rakyat Sabah selama 50 tahun bersama dalam Persekutuan Malaysia.

    ReplyDelete
  68. Pembangkang hanya bermodalkan air liur dan jentera fitnah yang sentiasa bergerak meracuni fikiran rakyat tetapi gagal untuk menunjukkan kemampuan mentadbir atau membela nasib rakyat.

    ReplyDelete
  69. Nasib negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang diperintah pembangkang sudah cukup menjadi bukti kepalsuan janji-janji manis mereka.

    ReplyDelete
  70. Tidak perlu lagi menipu rakyat Sabah atau Sarawak dengan manifesto yang mengandungi kata-kata kosong yang tidak bernilai dan membawa apa-apa erti.

    ReplyDelete
  71. Pembangkang di Sabah kelihatan berada diambang perpecahan terbesar dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dan dua sekutu baru Pakatan Rakyat (PR) dalam peperangan mulut yang boleh menggagalkan impian mereka merampas negeri itu pada Pilihan Raya 2013.

    ReplyDelete
  72. Dengan Datuk Yong Teck Lee dari SAPP di satu pihak, dan bekas orang kuat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin di pihak yang lain, kedua-dua puak secara terbuka berperang mulut dan salah menyalahkan, dengan setiap pihak menuduh yang lain tamak politik dan enggan bersatu menentang BN.

    ReplyDelete
  73. Bumburing dan Lajim, kedua-dua ahli parlimen, kini masing-masing memimpin Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), dua pergerakan politik mesra PR- dibentuk tahun lalu selepas meninggalkan jawatan dalam BN.

    ReplyDelete
  74. Yong telah menyamakan Bumburing dan Lajim seperti kerbau yang dicucuk hidung, mendakwa kedua-duanya melobi kawan baru PR mereka di Semenanjung untuk bertanding dalam pilihan raya.

    ReplyDelete
  75. Mereka tidak mempunyai pilihan selain dari ‘kowtow’ kepada Kuala Lumpur. Mereka terpaksa ke Kuala Lumpur untuk melobi menjadi calon,” kata beliau.

    ReplyDelete
  76. Yong juga menuduh kedua-dua lelaki tersebut memberikan hadiah mahal seperti udang galah, udang harimau dan sarang burung kepada pemimpin PR di ibu kota “semata-mata untuk terpilih sebagai calon”.

    ReplyDelete
  77. Yong juga menambah mereka tidak berupaya untuk mempertahankan Perjanjian Malaysia 1963 dan memperjuangkan autonomi Sabah — kunci perjuangan bagi kempen politik SAPP.

    ReplyDelete
  78. SELEPAS SAPP DIKELUARKAN DARI RUNDINGAN KERUSI, TERPAKSA SI YTL BUAT KENYATAAN PALING TEMBIRANG KUNUNNYA KERUSI BOLEH RUNDING TAPI AUTONOMI SABAH TIDAK BOLEH RUNDING..

    Berbelit-belit lidah Datuk Yong Teck Lee bila menyedari partinya semakin dipinggirkan bukan sahaja oleh rakyat Sabah malah oleh parti pembangkang terbesar negara ini.

    ReplyDelete
  79. SELEPAS SAPP DIKELUARKAN DARI RUNDINGAN KERUSI, TERPAKSA SI YTL BUAT KENYATAAN PALING TEMBIRANG KUNUNNYA KERUSI BOLEH RUNDING TAPI AUTONOMI SABAH TIDAK BOLEH RUNDING..

    Menurut Azmin Ali, hasil rundingan sebelum ini (antara PR dan SAPP), PR bersetuju memberikan SAPP 10 kerusi. Namun sebagai pemimpin yang sinonim dengan gelaran tamak, hipokrit dan opportunist, Datuk Yong Teck Lee tidak bersetuju dengan jumlah kerusi itu memandangkan bagi beliau SAPP adalah parti yang paling KUAT dan BERPENGARUH di Sabah dan layak bertanding di 40 kerusi.

    ReplyDelete
  80. SELEPAS SAPP DIKELUARKAN DARI RUNDINGAN KERUSI, TERPAKSA SI YTL BUAT KENYATAAN PALING TEMBIRANG KUNUNNYA KERUSI BOLEH RUNDING TAPI AUTONOMI SABAH TIDAK BOLEH RUNDING..

    Datuk Yong Teck Lee sepatutnya tidak mempunyai masalah mengkaji semula populariti parti beliau kerana keputusan PRK Batu Sapi telahpun memberikan jawapan bahawa SAPP bukan pilihan rakyat di negeri ini. Bertitik tolak dari situ, SAPP sepatutnya lebih akur dengan kehendak PR, bukan PR yang perlu akur dengan kehendak Datuk Yong Teck Lee yang beriya-iya mahu merampas jawatan ketua menteri Sabah.

    ReplyDelete
  81. SELEPAS SAPP DIKELUARKAN DARI RUNDINGAN KERUSI, TERPAKSA SI YTL BUAT KENYATAAN PALING TEMBIRANG KUNUNNYA KERUSI BOLEH RUNDING TAPI AUTONOMI SABAH TIDAK BOLEH RUNDING..

    Mungkin Datuk Yong Teck Lee agak tertekan apabila semua pihak cuba menuding jari kepada beliau ekoran kegagalan rundingan pembangkang Sabah bagi mengadakan satu lawan satu menentang BN, maka Datuk Yong Teck Lee terpaksa membuat kenyataan yang bersifat memohon simpati kononnya beliau sanggup bertanding dibawah tiket PKR jika Anwar bersetuju memberikan kuasa autonomi kepada Sabah.

    ReplyDelete
  82. SELEPAS SAPP DIKELUARKAN DARI RUNDINGAN KERUSI, TERPAKSA SI YTL BUAT KENYATAAN PALING TEMBIRANG KUNUNNYA KERUSI BOLEH RUNDING TAPI AUTONOMI SABAH TIDAK BOLEH RUNDING..

    “Kami boleh berunding tentang pengagehan kerusi, tapi autonomi Sabah tidak boleh dirunding. Malah, saya, Yong Teck Lee, sanggup bertanding atas tiket PKR sekiranya Anwar berjanji akan memberi autonomi kepada Sabah,” bohong beliau

    ReplyDelete
  83. SELEPAS SAPP DIKELUARKAN DARI RUNDINGAN KERUSI, TERPAKSA SI YTL BUAT KENYATAAN PALING TEMBIRANG KUNUNNYA KERUSI BOLEH RUNDING TAPI AUTONOMI SABAH TIDAK BOLEH RUNDING..

    Jika benar Datuk Yong Teck Lee lebih concern dengan autonomi Sabah, kenapa rundingan sejak 6 bulan lalu antara SAPP dan PR hanya menjurus kepada pengagihan kerusi? Dan, kenapa Datuk Yong Teck Lee menuntut 40 kerusi dari PR sedangkan beliau bersedia bertanding dibawah tiket PKR? Bukankah ini jelas menunjukkan bahawa Datuk Yong Teck Lee sekadar mahu memanipulasikan keadaan yang semakin TIDAK memihak kepada beliau?

    ReplyDelete
  84. SELEPAS SAPP DIKELUARKAN DARI RUNDINGAN KERUSI, TERPAKSA SI YTL BUAT KENYATAAN PALING TEMBIRANG KUNUNNYA KERUSI BOLEH RUNDING TAPI AUTONOMI SABAH TIDAK BOLEH RUNDING..

    Apa-apapun, bersedialah menerima kekalahan selepas PRU-13 nanti. Rakyat Sabah tentunya akan menolak mana-mana parti yang sikap tamak pemimpin-pemimpinnya lebih dulu tersembul keluar berbanding dengan keikhlasan mereka membantu rakyat.

    ReplyDelete
  85. SELEPAS SAPP DIKELUARKAN DARI RUNDINGAN KERUSI, TERPAKSA SI YTL BUAT KENYATAAN PALING TEMBIRANG KUNUNNYA KERUSI BOLEH RUNDING TAPI AUTONOMI SABAH TIDAK BOLEH RUNDING..

    --sepatutnya ayat Datuk Yong Teck Lee berbunyi macam ni, "Kami boleh berunding tentang pengagehan kerusi, tetapi tidak untuk jawatan Ketua Menteri"--

    http://www.borneobullet.blogspot.com/2013/02/yong-teck-lee-cover-sikap-tamak-guna.html

    ReplyDelete
  86. Rundingan SAPP dan PR tidak akan ke mana.sudah dijangka.ini bukannya pertama kali mereka buat rundingan.

    ReplyDelete
  87. Ini sudah menjadi petanda pembangkang di Sabah akan menemui jalan yang sukar untuk menang. tidak akan wujud perlawanan 1 lawan 1 pada PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  88. Rundingan kerusi di pihak pembangkang di Sabah berkemungkinan tidak akan tercapai dengan Pakatan Rakyat dan parti-parti tempatan negeri ini menuju ke arah perebutan antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  89. setiap pemimpin menunjukkan kedua-dua belah pihak tidak bersedia beralah dari permintaan mereka walaupun semua pihak menegaskan bahawa “pintu rundingan sentiasa terbuka”.

    ReplyDelete
  90. Untuk parti-parti pembangkang tempatan iaitu SAPP dan STAR, kerjasama yang mungkin wujud jika mereka dibenarkan bertanding di 60 kerusi negeri di Sabah.

    ReplyDelete
  91. Bagi Pakatan Rakyat yang berasal dari Semenanjung Malaysia, sebahagian besarnya DAP, semua pihak sepatutnya terlebih dahulu menyatakan kesanggupan untuk memberikan komitmen kepada pembangkang pusat sebelum berdepan Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  92. Mereka percaya ini akan memperkukuhkan pembangkang di Sabah dan di peringkat persekutuan serta membantu menjatuhkan pemerintah sedia ada di Putrajaya.

    ReplyDelete
  93. Pemimpin SAPP berkata mereka bersedia membantu Pakatan Rakyat dalam menawan Putrajaya tetapi mahu perjanjian yang membenarkan mereka membentuk kerajaan negeri Sabah dengan bertanding lebih separuh kerusi daripada 60 kerusi yang disediakan.

    ReplyDelete
  94. Pemimpin-pemimpin itu bersetuju bahawa semua parti pembangkang di Sabah perlu bekerjasama untuk memastikan pertandingan satu lawan satu di semua 60 kerusi negeri dan 25 kerusi Parlimen bagi mengelakkan berlaku pecah undi.

    ReplyDelete
  95. Bagi SAPP, formulanya mudah — Pakatan Rakyat bertanding dua pertiga daripada 25 kerusi Parlimen manakala SAPP dua pertiga kerusi negeri.

    ReplyDelete
  96. “Kami telah bertolak ansur selama ini,” kata Yong. “Kami tidak pernah kata kami akan bertanding di semua kerusi... tetapi untuk membentuk kerajaan, anda perlu menang lebih daripada 30 kerusi.”

    ReplyDelete
  97. Kata seorang pemimpin SAPP: “Paling utama, Pakatan tidak mahu bergabung. Mereka langsung tidak boleh bersetuju antara satu sama lain tentang kerusi mereka mahu bertanding, bagaimana mereka boleh berunding dengan kami?”

    ReplyDelete
  98. After losing miserably in Batu Sapi SAPP President Datuk Yong Teck Lee and other SAPP leaders have not been short of making ridiculous statements.

    ReplyDelete

  99. The latest is when SAPP made a desperate attempt to discredit Pakatan by trying to brand Pakatan Rakyat together with BN to topple a Sabah-based party.

    ReplyDelete
  100. According to Sabah DAP KK Youth Chief, Junz Wong, this is indeed the joke of the year.

    ReplyDelete

  101. It clearly shows that SAPP has run out of ideas in trying to stay relevant with the Sabah voters.

    ReplyDelete

  102. SAPP accusation is not only baseless but does not make any political sense at all.

    ReplyDelete

  103. What makes SAPP think that it takes two national giants to join hands to defeat them?

    ReplyDelete

  104. It has always been a 2-horse race from the very beginning and the miserable performance from SAPP amplifies this.

    ReplyDelete
  105. SAPP has misled the public by talking about autonomy and ‘Sabah for Sabahans’ during the parliamentary by-election.

    ReplyDelete
  106. SAPP winning in this by-election will not make any inroad nor impact at all to the political landscape.

    ReplyDelete

  107. Thus, SAPP action to contest has put its interest above the peoples' interests and has inevitably caused a split vote to enable BN to win easily.

    ReplyDelete

  108. The entry of SAPP in the by-election is probably one of the reasons for the low voter turnout who are disinterested to participate in the Batu Sapi by-election knowing BN would win with its hands down.

    ReplyDelete
  109. SAPP selfish attempt to test water has backfired.

    ReplyDelete

  110. By working as a separate opposition party SAPP which ultimaltely be an avantage to BN.

    ReplyDelete

  111. Now that it has been proven through the ballot box that SAPP and ‘Taiko Yong’ do not have the command of even the Chinese voters in Batu Sapi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.