Thursday, February 7, 2013

Rundingan SAPP - Pakatan Ditangguh

Rundingan kerusi Pakatan Rakyat (PR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) telah dihentikan buat sementara waktu, menurut sekutu PR Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, satu lagi petunjuk kegagalan pembangkang untuk bersatu dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013.

Pemimpin-pemimpin dari kedua-dua pihak masing-masing mendakwa “pintu sentiasa terbuka” tetapi drama di bekalang tabir menunjukkan sebaliknya.

Menurut Ketua Penerangan SAPP Chong Pitt Fah, ketua partinya Datuk Yong Teck Lee memberitahu sidang media Ahad lalu di Sabah rundingan kerusi dengan PR masih berjalan dan belum mencapai kebuntuan.

Akan tetapi apabila ditanya kepada bekas penyokong kuat BN mengenai perkembangan rundingan, Bumburing menyatakan sebaliknya.

“Apa yang SAPP bimbangkan, Pakatan [mempunyai] kesukaran untuk menampung bilangan kerusi yang mereka tuntut dan seolah-olah rundingan kerusi dengan mereka terhenti buat masa kini,” Bumburing memberitahu The Malaysian Insider dalam temu bual melalui emel pada hujung minggu.

The Malaysian Insider juga difahamkan PR tidak bersedia untuk menyerahkan kerusi kepada SAPP berasaskan Sabah walaupun parti tersebut lebih biasa dengan penduduk tempatan di negeri Malaysia timur itu, menegaskan mereka adalah sebuah parti yang didominasi masyarakat Cina.

“Kekuatan SAPP terhad di kawasan bandar. Sekarang pengundi Cina meletakkan harapan kepada DAP untuk memperjuangkan hak mereka,” kata Bumburing.

Ini turut diulangi dalam temuramah terkini bersama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

“SAPP adalah parti berasaskan Cina… jadi siapa yang akan mewakili KDM (Kadazandusun dan Murut)? Sudah tentu mereka mendakwa sebagai parti berbilang kaum.. tetapi, asas mereka adalah Cina,” katanya.

Bumburing sebelum ini adalah timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang berasakan Sabah, kini memimpin pergerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS).

Bersama-sama dengan ketua Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) Datuk Seri Lajim Ukin yang juga bekas ahli parlimen Barisan Nasional Umno Sabah, kedua-dua pergerakan pro PR itu membantu menyusun barisan pembangkang untuk menumbangkan BN.

Azmin mengatakan tuntutan awal SAPP untuk bertanding 40 daripada 60 kerusi dewan undangan negeri adalah tidak munasabah, kerana ia hanya meninggalkan 20 kerusi bagi parti pembangkang lain berkongsi sesama sendiri.

“Pada mulanya, mereka mahukan 40 kerusi, dan ini tidak boleh diterima oleh PKR kerana kita ada PAS, DAP, APS dan PPPS… kita semua mesti bekerjasama.

“Kemudian mereka kata bersedia untuk mengurangkan bilangan kerusi tetapi angka terakhir, paling banyak mereka boleh mengalah hanya kira-kira lima kerusi ... sekali lagi, masih sangat besar,” katanya.

Ahli parlimen Gombak walau bagaimanapun, tidak mahu mendedahkan angka kerusi PR, APS dan PPPS mahu berkongsi dengan SAPP, dengan mengatakan angka tersebut perlu diselesaikan di belakang tabir.

Beliau mengakui hujah SAPP bahawa pertandingan bagi Sabah harus di kalangan penduduk tempatan tetapi berkata laungan perang “Sabah untuk rakyat Sabah” “tidak lagi terpakai selepas lebih 50 tahun merdeka”.

“Walaupun PKR, DAP dan PAS adalah parti politik nasional, kita juga termasuk rakan-rakan di Sabah dan Sarawak.
“Kami percaya dalam autonomi bagi Sabah dan Sarawak tetapi itu tidak bermakna bahawa PR tidak boleh bertanding di Sabah - setiap seorang daripada calon kami adalah rakyat Sabah,” katanya.

Akan tetapi pemerhati percaya SAPP adalah komponen pantng bagi perjuangan PR di Sabah dan tanpa mereka bersama, perlawanan pembangkang boleh menjadi tiga atau empat penjuru, yang akan memecahkan lagi undi pembangkang dan mencerahkan lagi peluang BN.

Satu lagi halangan PR di negeri tersebut adalah parti baru STAR (Parti Pembaharuan Negeri) – pergerakan yang diketuai oleh ahli politik licik Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang turut mempunyai pengaruh di jiran mereka Sarawak.

SAPP atau PR kedua-duanya belum berjaya setakat ini dalam rundingan dengan STAR, dan Jeffrey, yang merupakan adik ahli politik veteran dan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dari BN - juga meletak orang-orangnya di majoriti atau semua 60 kerusi Dun di seluruh Sabah dalam pilihan raya akan datang.

Sebaik sahaja selepas Bumburing dan Lajim keluar dari BN Julai lalu, Jeffrey memberitahu The Malaysian Insider beliau tidak gentar dengan dua orang kuat itu yang menyertai perlawanan pembangkang untuk Sabah.

Akan tetapi, beliau berkata, untuk kepentingan Sabah, semua parti pembangkang mesti bekerjasama untuk menjatuhkan BN dan tidak menunjukkan siapa lebih berkuasa berbanding yang lain.

“Pendirian STAR, kami akan memberi tumpuan di kawasan-kawasan yang mana kami rasa kami kuat. Kami akan memberitahu mereka (parti pembangkang) bahawa kami tidak akan berkompromi di kubu kuat kami,” katanya ketika dihubungi.

Tetapi ada juga bercakap tentang kemungkinan perkongsian antara STAR dan SAPP, sekiranya rundingan kerusi SAPP dengan PR mencapai kebuntuan.

Pemerhati percaya ini boleh meletakkan PR di belakang, terutamanya oleh kerana pakatan tersebut melihat pilihan raya akan datang sebagai peluang terbaik lagi untuk merampas kuasa negeri dan persekutuan dari BN.

“Jika SAPP dan STAR di luar Pakatan terdapat beberapa kebimbangan daripada pengundi. Bagaimana kita tahu kekuatan mereka dan kita percaya bahawa dalam PRU 13, pengundi hanya akan mempunyai pilihan antara Pakatan dan BN,” kata Bumburing, bersetuju.

Tetapi beliau menambah bahawa kedua-dua pihak (SAPP-STAR) mungkin akan melalui satu lagi pertembungan apabila cuba untuk membahagikan kerusi di kalangan mereka, kerana kedua-dua belah pihak percaya mereka perlu mengambil bahagian yang besar.

“Jika kedua-dua pihak tidak sanggup mengalah majoriti kerusi Dun dengan Pakatan, saya tidak dapat melihat bagaimana mereka boleh mengalah sesama sendiri.

“Kedua-dua pemimpin SAPP dan STAR dikenali mempunyai cita-cita besar,” katanya, merujuk kepada Yong dan Jeffrey.

Sementara itu, The Malaysian Insider juga difahamkan rundingan kerusi antara tiga teras PR PKR, PAS dan DAP, serta APS dan PPPS, sudah hampir selesai.

Telah dipersetujui APS milik Bumburing dan PPPS milik Lajim akan membariskan calon-calon di bawah panji-panji PKR, dan membantu parti untuk memenangi undi dari komuniti penting negeri tersebut Kadazandusun dan Murut serta komuniti Melayu.

“Kami sedang berbincang mengenai isu mana parti / kumpulan adalah yang terbaik / kuat untuk menangani di kerusi tertentu.

“Sabah mempunyai citarasa politik yang berbeza. Walaupun pengasingan parti adalah penting, soal siapa menjadi calon penting kalangan pengundi.

“Para pengundi luar bandar perlu diambil serius kerana kadang-kadang isu-isu nasional tidak tenggelam ke dalam pemahaman mereka,” Bumburing menjelaskan dalam satu temubual emel.

Dalam Pilihan Raya 2008, BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga sebahagian besarnya kerana semenanjung, dimana mereka hanya menang 85 kerusi dan pembangkang merampas 80 kerusi.

Penyelamat BN adalah Sabah, Sarawak dan Labuan dimana parti pemerintah itu mengalahkan pembangkang dimana mereka memenangi 55 kerusi parlimen manakala pembangkang hanya menang dua kerusi. (TMI)

145 comments:
Write comments
  1. yong tek lee tak faham2 lagi ka, dia sendiri kalah teruk masa pilihanraya kecil di sandakan dulu. ini menunjukkan SAPP tak lagi releven di sabah kerana parti ini berasaskan kaum cina juga.

    ok lah yong, kalau mau tanding 3 penjuru ka 4 penjuru, tanding saja bah kalau tidak takut hilang deposit sbb rakyat mahu undi PR bukan SAPP.

    kacau daun saja ni SAPP sama macam STAR. STAR inipun kemungkinan besar ditaja oleh BN untuk pecahkan undi pembangkang di sabah. Memang ada cerita kedai kopi konon2 STAR ini ditaja oleh BN. hati2lah rakyat sabah. kalau nak tumbangkan umno BN, undilah PR saja.

    ReplyDelete
  2. kasi menang lagi tu BN supaya bangsa bugis dapat taraf bumiputera nanti. masa itu, si pairin sudah jadi separuh tiang sbb gagal menjadi huguan siou KDM.

    untuk rakyat peribumi sabah pula, kasi menang lagi tu BN supaya tanah2 tanah kamurang bolelah diagih agihkan kepada orang bugis maklumlah pengarah tanah sabah sekarang ialah orang bugis'' apa susa, org dusun boleh sikut tu mesin rumput pi kasi bersih tu jalanraya sama lah juga KDM yang lain. sekarang inipun, bangsa pendatang duduk bilik aircond sbb dapat jawatan tinggi dlm kerajaan sabah.

    indada harapan lagi si pairin bah'' sejak jadi pengikut umno, ilang semua janjinya mau hapus PTI di bumi sabah.

    ReplyDelete
  3. Jangan libatkan dgn isu perkauman... Seseorang itu jahat bukan kerana bangsanya tapi idealoginya..

    ReplyDelete
  4. Kedudukan Parti SAPP Parlimen Batu Sapi terus goyah apabila salah seorang pemimpinnya bertindak keluar dari parti itu setelah hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti dari segi semua aspek.

    ReplyDelete
  5. Pengerusi Perhubungannya di kawasan Sekong, Haji Abdul Rashid Haji Mutalib mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai Umno bersama-sama dengan ahli jawatankuasa CLC dan penyokong-penyokong seramai 150 orang.

    ReplyDelete
  6. Tindakan Haji Abdul Rashid yang merupakan pemimpin masyarakat itu dibuat dihadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam satu majlis bersama rakyat di Kampung Lupak Meluas

    ReplyDelete
  7. Turut menyaksikan kemasukan mereka secara beramai-ramai ini adalah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman dan beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) dari seluruh negeri Sabah.

    ReplyDelete
  8. Beliau meninggalkan parti SAPP disebabkan kerana wadah perjuangannya tidak selari dengan perjuangannya. Sebab itu, setelah berfikir panjang untuk membuat keputusan yang terbaik dengan bertindak keluar kerana sudah hilang kepercayaan dengan perjuangan parti ini.

    ReplyDelete
  9. keputusan ini adalah atas kerelaan yang turut dibuat bersama-sama penyokong. Mereka berpendapat bahawa hanya parti Umno yang bertunjangkan kerajaan BN saja mampu membela nasib rakyat jelata.

    ReplyDelete
  10. Apalagi kepimpinan Umno yang sangat prihatin di bawah teraju Mohd Najib dan Musa selain wakil rakyat yang ada sekarang telah membawa banyak perubahan kepada kawasan Batu Sapi

    ReplyDelete
  11. beliau berharap rakyat terutamanya di kawasan terbabit agar memberikan sokongan yang lebih padu bagi memastikan BN mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

    ReplyDelete
  12. Beliau meramalkan lebih ramai lagi ahli-ahli SAPP khususnya di kawasan ini akan mengikut jejak langkahnya untuk menyertai Umno kerana kepercayaan mereka terhadap parti tersebut semakin pudar.

    ReplyDelete
  13. Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee mengakui bahawa adalah tidak mudah untuk mengalahkan BN.

    ReplyDelete
  14. Walaupun kepimpinan BN Sabah berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang tahun ini, Pengerusi BN Sabah selaku Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman tidak sedikitpun kelihatan gusar, malah beliau sentiasa tenang dan ceria menghadapi semua cabaran itu tanpa sedikitpun menjejaskan reputasi beliau dan juga parti yang diwakili.

    ReplyDelete
  15. Cabaran yang datang pula bukan sahaja dikalangan pemimpin-pemimpin pembangkang, malah dikalangan ahli parti sendiri dan juga pihak luar yang tidak ada langsung kena mengena dengan pentadbiran kerajaan negeri Sabah.

    ReplyDelete
  16. Bermula dengan isu Borneonisasi, ada pihak yang mendakwa bahawa kerajaan negeri Sabah dikawal oleh Kuala Lumpur sehingga mendorong dua penduduk Sabah mengemukakan saman terhadap Kerajaan Persekutuan dan Negeri kerana gagal melaksanakan Pemborneonisasian terhadap perkhidmatan awam Persekutuan di Sabah.

    ReplyDelete
  17. Dakwaan ini sebenarnya tidak benar sama sekali kerana hala tuju negeri ditentukan oleh Jemaah Menteri atau Kabinet Negeri yang ada.

    ReplyDelete
  18. kita dikejutkan dengan tindakan dua pemimpin BN (Lajim dan Bumburing) keluar meninggalkan parti masing-masing ketika pilihanraya umum dijangkakan sudah semakin hampir.

    ReplyDelete
  19. BN di Sabah tidak akan tergugat dengan tindakan tersebut kerana rakyat Sabah hari ini bijak menilai setiap permainan yang dibawa oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  20. Tanggapan-tanggapan buruk yang dilemparkan oleh bekas pemimpin-pemimpin BN ini samada terhadap parti mahupun Datuk Musa Aman hanya dakyah pembangkang semata-mata dalam usaha mereka mengelirukan rakyat di Sabah ketika mereka tidak mempunyai apa-apa kekuatan untuk berhadapan dengan parti lawan.

    ReplyDelete
  21. mereka tidak lakukan tugas itu ketika mereka masih memegang pelbagai jawatan sama ada menteri atau timbalan menteri sebelum ini?.

    ReplyDelete
  22. Namun, itu bukanlah alasan untuk kerajaan BN duduk diam tanpa melakukan apa-apa bagi menyelesaikan masalah kebanjiran warga asing di negeri ini. Malah, kerajaan sudah menubuhkan jawatankuasa pusat yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga jawatankuasa negeri yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah tersebut secara bersama.

    ReplyDelete
  23. PENGANALISIS politik di Sabah berpendapat bahawa, perang sesama Parti Pembangkang akan berterusan menjelang PRU-13 kelak. Ini adalah kerana ketiga-tiga parti tersebut ingin mengekalkan kekuasaan parti masing-masing. Dalam masa yang sama juga wakil daripada parti mereka dapat bertanding dan dapat menguasai kerusi di kawasan berkenaan.

    ReplyDelete
  24. SAPP yang juga bekas sekutu BN di Sabah, dituntut agar lebih bertoleransi terhadap Pakatan Rakyat jika parti itu benar-benar serius untuk menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

    ReplyDelete
  25. Walaupun Anwar Ibrahim sudah menyatakan kesediaan untuk memberi laluan kepada SAPP-STAR untuk bertanding di kerusi yang sebelum ini ditandingi KEADILAN di negeri Sabah, namun kedua-dua parti itu jelas ingin juga menumbangkan rancangan Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  26. Pengerusi DAP Sabah, Dr. Hiew King Chew berkata, jika SAPP mahu meneruskan niatnya untuk bertanding 40 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Sabah, itu bermakna SAPP mahu membantu memenangkan Umno dan Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  27. Terbaru, bekas anggota KEADILAN yang berpaling tadah dan terkenal dengan sikap melompat parti dengan kini menjadi Pengerusi STAR Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan membayangkan partinya akan bertanding di 60 kerusi DUN di negeri itu.

    ReplyDelete
  28. Bagi DAP mudah sahaja, jika kamu tidak bersama kami dalam Pakatan Rakyat, bermakna kamu menentang kami dan membantu kemenangan Umno dan BN,” katanya kepada erapakatan.com ketika di hubungi.

    ReplyDelete
  29. Bukan setakat itu, Jeffrey juga menunjukan keegoannya apabila menegaskan akan bertanding di kesemua 25 kerusi Parlimen di negeri itu.

    ReplyDelete
  30. kalau ikutkan hati, DAP sendiri mahu bertanding banyak kerusi, tetapi atas dasar persepakatan PR diperingkat pusat, pihaknya terpaksa akur bagi memastikan matlamat menumbangkan BN tercapai.

    ReplyDelete
  31. Suatu hakikat yang pasti, bukan mudah untuk sebuah parti baru bertanding di ke semua kawasan kerana ia memerlukan perbelanjaan besar. Melainkanlah Jeffrey mendapat 'bantuan' dana daripada sumber yang sudi membantunya.

    ReplyDelete
  32. Mengulas isu sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Haji Hamzah Abdullah menjelaskan, dari segi hubungan, PAS tiada masalah dengan SAPP namun, SAPP katanya, haruslah mengutamakan prinsip perbincangan dan bersifat terbuka.

    ReplyDelete
  33. Adalah sesuatu yang amat menarik jika STAR enggan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam keadaan Pilihan Raya Umum kian hampir sebab Dr. Jeffry dan Anwar Ibrahim sudah "tidak sebulu".

    ReplyDelete
  34. Pada PRU-12 yang lalu, Dr. Jeffrey antara yang terlibat dengan perbincangan kerusi dengan pembangkang di Sabah. Namun, percaturan beliau gagal dan akhirnya pakatan pembangkang di Sabah hancur.

    ReplyDelete
  35. Saya cukup yakin Presiden SAPP, Yong Teck Lee amat memahami ucapan Ketua Umum PKR sempena sambutan Tahun Baru Cina yang lalu yang menegaskan bekas ‘kawan’ BN itu harus bertolak ansur dengan PR bukan sahaja berhubung agihan kerusi tetapi yang lebih penting ialah menyelamatkan rakyat dari penindasan Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  36. Antara sebabnya kerana parti pembangkang di Sabah bertembung sesama sendiri termasuk yang menyaksikan 8 penjuru dalam sesebuah kawasan dan yang tertinggi di seluruh negara.

    ReplyDelete
  37. Parti STAR berasal dari Sarawak yang diasaskan oleh Dr Patau Rubis dan kini dikembangkan Dr Jeffrey ke Sabah. Bagi SAPP pula, parti pimpinan Yong Teck Lee ini juga pernah mensasarkan mahu bertanding lebih 45 daripada 60 kerusi DUN dengan bakinya terserah kepada KEADILAN, PAS dan DAP.

    ReplyDelete
  38. Kesepaduan sesama parti pembangkang di Sabah, kita tidak bersatu dan sukar untuk bersatu.

    ReplyDelete
  39. Walaupun SAPP juga pernah menunjukkan komitmen untuk bersama Pakatan Rakyat, namun kita jangan lupa SAPP juga bertanding disaat-saat akhir menentang KEADILAN-Pakatan Rakyat. Contoh yang terbaik ialah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi sebelum ini.

    ReplyDelete
  40. Malah, Yong sendiri adalah calon SAPP di situ yang menyaksikan parti itu menduduki tangga tercorot termasuk memburukan KEADILAN-Pakatan dalam kempen PRK itu.

    ReplyDelete
  41. jika SAPP serius untuk menumbangkan BN, parti itu sepatutnya memujuk ahli BN menyertai mereka dan bukannya mencuri ahli PKR seperti mana yang dilakukannya di Tenom dan Sipitang.

    ReplyDelete
  42. Dalam keadaan perang sesama sendiri SAPP+STAR+PKR, didapati DAP menggunakan pakatan sulit untuk mengkucar-kacirkan keadaan di negeri Sabah ini. Bila keadaan berlarutan, rakyat Sabah akan merana kerana percaturan sulit kesemua parti tersebut.

    ReplyDelete
  43. Kalau betul (mahu) menumbangkan BN, SAPP harus mencuri pujuk sebanyak mungkin ahli-ahli BN yang saya kira tidak mustahil (untuk ditarik) kerana mereka (SAPP) juga (berada) di dalam BN sebelumnya. Namun semua itu tidak akan berjaya kerana ahli BN bukan mudah untuk ditipu seperti Lajim dan Bumburing.

    ReplyDelete
  44. Macam kes Lajim juga yang mana gagal menunaikan janji kepada Anwar yang ingin membawa ramai ahli UMNO menyertai mereka.

    ReplyDelete
  45. Kenapa saja SAPP mencuri ahli-ahli PKR seperti di Sipitang, Tenom dan lain-lain?

    ReplyDelete
  46. Bukan curi tapi itu kehendak mereka untuk menyertai SAPP. Tapi lagi bagus kalau mereka menyertai BN.

    ReplyDelete
  47. Apa tujuan sebenar SAPP?,” katanya melalui entri terbarunya di laman sosial Facebook.com yang bertajuk ‘Terus Terang yang saya ragu SAPP’. Baguslah kalau ragu dengan SAPP. Tidak perlulah bersama dengan SAPP/

    ReplyDelete
  48. Beliau turut tidak menolak bahawa SAPP yang majoritinya kaum Cina sedang merujuk semula BN bagi menggantikan sebuah lagi parti berasakan kaum Cina dalam BN yang kini dilanda masalah iaitu LDP.

    ReplyDelete
  49. cuba kita amati (perhatikan) betul-betul bahawa LDP sedang bermasalah di BN dan apakah kemungkinan LDP? akan dihalau dari BN dan alternatifnya SAPP rujuk semula ke BN? Tentunya tidak mustahil kerana politik bisa berubah kalau memang sampai waktunya. Tapi kalau SAPP menjadi Ahli BN semesti satu penghargaan yang besar untuk BN.

    ReplyDelete
  50. LDP ialah parti tertua dan kedua terkecil dalam BN di Sabah dan sejak puluhan tahun lalu, LDP merupakan musuh tradisi SAPP dan sering berbalah dalam pelbagai isu termasuklah rebutan kerusi yang majoriti Cina.

    ReplyDelete
  51. Apa pun kita dapat lihat sekarang ini LDP dan BN semakin bersatu. Salahfaham yang berlaku diselesaikan secara perbincangan dalaman.

    ReplyDelete
  52. “Kami di Sipitang menganggap SAPP sebagai ‘talam dua muka‘ dan meragui kejujurannya sebagai parti pembangkang dan tidak lain hanyalah sebagai orang suruhan UMNO.

    ReplyDelete
  53. misi penerangan SAPP lebih cenderung untuk menghancurkan Pakatan Rakyat dan parti itu seolah-olah ingin membayangkan akan adanya pertandingan tiga penjuru pada pilihanraya akan datang,” katanya yang juga Pengarah Pilihanraya PKR Sabah.

    ReplyDelete
  54. Turut tidak menolak kemungkinan bahawa SAPP ini adalah sebuah parti politik tajaan UMNO/BN.

    Menurut teori Heiw, SAPP seolah-olah ingin membantu UMNO/BN secara tidak di sedari, kerana apabila berlakunya pertandingan 3 penjuru, undi penyokong pembangkang akan berpecah kepada calon Pakatan Rakyat dan SAPP dan ini merupakan laluan mudah untuk memenangkan calon BN,” tambahnya.

    ReplyDelete
  55. Sejak Sabah dirampas BN pada tahun 1994, BN kerap menaja parti pembangkang pro BN bagi memecahkan undi rakyat terhadap parti pembangkang sebenar di Sabah.

    ReplyDelete
  56. Parti Pembangkang Pro-BN yang hanya muncul setiap kali menjelang pilihanraya itu ialah Parti Demokratik Setiasehati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (Setia), Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu), Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (Pasok) dan sejumlah individu yang ditaja sebagai calon bebas.

    ReplyDelete
  57. Malah, parti Bersekutu sendiri memiliki lambang dacing dalam logonya yang disifatkan oleh mantan Pengerusi BN, Mahathir Mohamad semasa berkempen di Sabah, bahawa parti itu adalah‘pengacau’ dalam politik Sabah.

    ReplyDelete
  58. Mantan Pengerusi Bersekutu ialah Datuk Harris Salleh yang juga sahabat baik Mahathir.

    ReplyDelete
  59. Naib Presiden PKR, Azmin Ali semasa berkempen di negeri itu memberitahu bahawa maksud pengacau itu ialah pengacau kepada undi terhadap parti Pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS.

    ReplyDelete
  60. PAS misalnya yang hanya bertanding dua kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ditentang sejumlah besar calon bebas dan parti pembangkang Pro-BN.

    ReplyDelete
  61. KALAU BEGINILAH KEADAAN PEMBANGKANG DI SABAH, BAIK TUKAR SLOGAN KEPADA "LAIN KALI LAH".. INILAH BUKTINYA PEMBANGKANG HANYA MAHU BERKUASA, BUKANNYA MEMBELA NASIB RAKYAT

    APABILA melihat kepada senario politik yang berlaku di negeri Sabah sekarang ini, jelas menunjukkan parti pembangkang tidaklah sehebat mana seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak dengan kata lain kurang menyengat. Mungkin mereka kini ketandusan idea-idea atau strategi untuk mengenakan kerajaan BN sekarang.

    ReplyDelete
  62. KALAU BEGINILAH KEADAAN PEMBANGKANG DI SABAH, BAIK TUKAR SLOGAN KEPADA "LAIN KALI LAH".. INILAH BUKTINYA PEMBANGKANG HANYA MAHU BERKUASA, BUKANNYA MEMBELA NASIB RAKYAT

    Usaha murni Perdana Menteri Dato' Seri Najib memperkenalkan beberapa kaedah atau program untuk mengembalikan keyakinan rakyat untuk menyokong kerajaan pempinan beliau kini diterima dengan baik. Gagasan 1Malaysia, Program Tranformasi sama ada kerajaan dan ekonomi begitu juga model ekonomi baru, telah memperlihatkan satu lagi anjakan minda yang harus disokong oleh rakyat supaya negara kita boleh bersaing di peringkat global.

    ReplyDelete
  63. KALAU BEGINILAH KEADAAN PEMBANGKANG DI SABAH, BAIK TUKAR SLOGAN KEPADA "LAIN KALI LAH".. INILAH BUKTINYA PEMBANGKANG HANYA MAHU BERKUASA, BUKANNYA MEMBELA NASIB RAKYAT

    Impian pembangkang untuk merampas Sabah dari kerajaan BN dalam pilihanraya umum akan datang semakin pudar. Secara peribadi saya membuat kesimpulan bahawa pakatan parti pembangkang di Sabah terlalu longgar. Ini disebabkan setiap parti pembangkang di Sabah cuba menonjolkan pengaruh mereka masing-masing tanpa mempunyai gabungan yang utuh untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada.

    ReplyDelete
  64. KALAU BEGINILAH KEADAAN PEMBANGKANG DI SABAH, BAIK TUKAR SLOGAN KEPADA "LAIN KALI LAH".. INILAH BUKTINYA PEMBANGKANG HANYA MAHU BERKUASA, BUKANNYA MEMBELA NASIB RAKYAT

    Sebagai contoh pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi yang lepas, telah terbukti PKR dan SAPP tidak sehaluan sehingga kedua-dua calon yang mewakili parti masing-masing bercakaran atau tuduh menuduh di antara satu sama lain. Dan peluang ini telah diambil sebaik mungkin oleh BN untuk melaksanakan agenda mereka tanpa berkerja membanting tulang untuk mempertahankan kerusi tersebut.

    ReplyDelete
  65. KALAU BEGINILAH KEADAAN PEMBANGKANG DI SABAH, BAIK TUKAR SLOGAN KEPADA "LAIN KALI LAH".. INILAH BUKTINYA PEMBANGKANG HANYA MAHU BERKUASA, BUKANNYA MEMBELA NASIB RAKYAT

    Alasan yang kedua adalah PKR di Sabah seolah-olah tidak mempunyai kapten untuk mengemudi parti tersebut untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka mampu membentuk kerajaan negeri akan datang. Sejak DS Zaid Ibrahim mengumumkan beliau terpaksa meninggalkan PKR, disebabkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti DS Anwar Ibrahim, telah memberi impak kepada Dtk Dr Jeffery Kitingan turut sama keluar dar PKR Sabah.

    ReplyDelete
  66. KALAU BEGINILAH KEADAAN PEMBANGKANG DI SABAH, BAIK TUKAR SLOGAN KEPADA "LAIN KALI LAH".. INILAH BUKTINYA PEMBANGKANG HANYA MAHU BERKUASA, BUKANNYA MEMBELA NASIB RAKYAT

    Pada hakikatnya ketika itu, Dr Jeffery masih kurang senang terhadap tingkah laku DS Anwar yang kononnya banyak berjanji tetapi tidak dapat melaksanakan permintaan Dr Jeffery termasuk DS Anwar enggan menandatangani Deklarasi Tambunan. Secara logiknya kalau belum berkuasa DS Anwar enggan memenuhi permintaan rakyat Sabah, apatah lagi beliau menjadi PM dan berkuasa!

    ReplyDelete
  67. KALAU BEGINILAH KEADAAN PEMBANGKANG DI SABAH, BAIK TUKAR SLOGAN KEPADA "LAIN KALI LAH".. INILAH BUKTINYA PEMBANGKANG HANYA MAHU BERKUASA, BUKANNYA MEMBELA NASIB RAKYAT

    Alasan ketiga, kewujudan parti baru yang berpengkalan di Sarawak iaitu STAR di bawah pimpinan Dr. Jeffry masih lagi terkial-kial mencari penyokongnya tetapi dalam masa yang sama DJK tidak sedar bahawa dia sebenarnya sedang menjolok sarang tebuan (PKR dan SAPP) yang kebetulan dalam masa mencari penyokong masing-masing. Oleh yang demikian, akan berlaku perebutan untuk mencari penyokong masing-masing. Maka tidak hairanlah unsur sabotaj yang melibatkan parti SAPP, STAR dan PKR akan wujud yang boleh menimbulkan konflik.

    ReplyDelete
  68. KALAU BEGINILAH KEADAAN PEMBANGKANG DI SABAH, BAIK TUKAR SLOGAN KEPADA "LAIN KALI LAH".. INILAH BUKTINYA PEMBANGKANG HANYA MAHU BERKUASA, BUKANNYA MEMBELA NASIB RAKYAT

    Alasan keempat adalah, rekod buruk pemimpin parti di Sabah iaitu Yong Teck Lee dari SAPP dan Dr. Jeffry Kitingan dari STAR tidak meyakinkan rakyat untuk menyokong mereka. Walaupun pada masa sekarang mereka mengisytiharkan bahawa mereka sudah mempunyai ramai penyokong sehingga ratusan ribu, sebenarnya keupayaan mereka untuk memimpin negeri Sabah belum dipercayai sepenuhnya.

    ReplyDelete
  69. KALAU BEGINILAH KEADAAN PEMBANGKANG DI SABAH, BAIK TUKAR SLOGAN KEPADA "LAIN KALI LAH".. INILAH BUKTINYA PEMBANGKANG HANYA MAHU BERKUASA, BUKANNYA MEMBELA NASIB RAKYAT

    Tengok sahaja la YTL sewaktu menjadi KM Sabah dahulu, tiada sumbangan yang dapat dibanggakan. Tengok lah juga DJK yang suka melompat2 parti yang juga tiada pengalaman mengemudi negeri Sabah. Seolah-olah mereka ini umpama "badut" yang ingin merosakkan pemikiran rakyat untuk menyokong agenda politik peribadi YTL dan DJK ini.

    ReplyDelete
  70. KALAU BEGINILAH KEADAAN PEMBANGKANG DI SABAH, BAIK TUKAR SLOGAN KEPADA "LAIN KALI LAH".. INILAH BUKTINYA PEMBANGKANG HANYA MAHU BERKUASA, BUKANNYA MEMBELA NASIB RAKYAT

    Alasan kelima, unsur sabotaj dan perebutan kerusi pasti akan berlaku di kalangan parti SAPP, STAR dan PKR.....tolak PAS la. Kesepakatan memang tidak akan berlaku. Pada masa sekarang kita lihat dengan adanya "penubuhan" United Borneo Front (UBF) oleh DJK yang merangkumi STAR, SAPP dan USNO yang dikatakan akan memperjuangkan borneo, pastinya ia akan hancur.

    ReplyDelete
  71. KALAU BEGINILAH KEADAAN PEMBANGKANG DI SABAH, BAIK TUKAR SLOGAN KEPADA "LAIN KALI LAH".. INILAH BUKTINYA PEMBANGKANG HANYA MAHU BERKUASA, BUKANNYA MEMBELA NASIB RAKYAT

    SAPP ada "kerjasama" palsu dengan PKR untuk bergabung menguasai Sabah, tetapi kenapa PKR tidak dimasukkan terus dalam UBF??? Dalam masa yang sama kita telah lihat bahawa TYL sudah mempunyai "FIKIRAN SENDIRI" untuk memenuhi agenda partinya. DJK pula sanggup berjuang dengan parti STAR dalam memenuhi agenda politiknya sendiri dan dalam masa yang sama akan membelakangi SAPP.

    ReplyDelete
  72. KALAU BEGINILAH KEADAAN PEMBANGKANG DI SABAH, BAIK TUKAR SLOGAN KEPADA "LAIN KALI LAH".. INILAH BUKTINYA PEMBANGKANG HANYA MAHU BERKUASA, BUKANNYA MEMBELA NASIB RAKYAT

    USNO pulak??? Parti yang tidak wujud tetapi orang-orang USNO pasti akan memperjuangkan hak-hak mereka yang mewakili keistimewaan dan bangsa mereka juga dan akan "demand" dari SAPP dan STAR kelak. DAP pulak? Pada hakikatnya DAP akan menggunakan senjata rahsia mereka untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat di Sabah. Dalam masa yang sama mereka akan menjadi virus kepada parti-parti di Sabah.

    ReplyDelete
  73. KALAU BEGINILAH KEADAAN PEMBANGKANG DI SABAH, BAIK TUKAR SLOGAN KEPADA "LAIN KALI LAH".. INILAH BUKTINYA PEMBANGKANG HANYA MAHU BERKUASA, BUKANNYA MEMBELA NASIB RAKYAT

    Alasan keenam, PERANG sesama parti pembangkang pasti akan berlaku sebab kesefahaman tidak ada dan mereka akan bercakaran sesama sendiri bagi menjamin kepentingan dan agenda parti.

    ReplyDelete
  74. KALAU BEGINILAH KEADAAN PEMBANGKANG DI SABAH, BAIK TUKAR SLOGAN KEPADA "LAIN KALI LAH".. INILAH BUKTINYA PEMBANGKANG HANYA MAHU BERKUASA, BUKANNYA MEMBELA NASIB RAKYAT

    Alasan terakhir, pada masa sekarang kerajaan persekutuan telah memberikan banyak peruntukan untuk tujuan pembangunan bagi Sabah dan Sarawak. Banyak projek kerajaan persekutuan yang terdiri daripada projek naik taraf jalan, loji air, bantuan rumah dan sebagainya telah dibuat di Sabah.

    ReplyDelete
  75. KALAU BEGINILAH KEADAAN PEMBANGKANG DI SABAH, BAIK TUKAR SLOGAN KEPADA "LAIN KALI LAH".. INILAH BUKTINYA PEMBANGKANG HANYA MAHU BERKUASA, BUKANNYA MEMBELA NASIB RAKYAT

    Tetapi yang peliknya terdapat seolah-olah "orang buta" di Sabah terutamanya pembangkang menyatakan bahawa tiada projek persekutuan di buat di Sabah dan mereka mahukan permintaan setiap individu mesti ditunaikan....APA PUNYA pikiran "orang buta" ni.

    ReplyDelete
  76. I don't think they will get a chance though.

    ReplyDelete
  77. Pakatan is in desperation.

    ReplyDelete
  78. Rundingan tak mungkin akan terjadi.

    ReplyDelete
  79. Sejarah tidak boleh diubah tetapi baik untuk dibuat panduan perjuangan, dulu semasa PBS menang tipis (simple majority) DUN 25 Kerusi mengalahkan USNO, PBS tidak mahu kerajaan campuran dengan USNO, akhirnya kedua-dua hancur dari menjadi Kerajasan Negeri sebelum PBS balik kepada BN bersama UMNO. Bagi saya sekarang siapa tidak suka BN undilah Pakatan Rakyat PKR, PAS & DAP sekiranya tiada penyelesaian pembahagian kerusi diantara PR, STAR & SAPP supaya sejarah tidak berulang.

    ReplyDelete
  80. kalau BN menang lagi, bangsa bugis akan diberikan taraf bumiputera sabah. nah'' matai na kau barang pranak KDM hahahahah

    ReplyDelete
  81. Yong tek patut jangan tamak. Fikir juga untuk rakan parti yang lain. SAPP jangan ambil semua awak tak relevan... boringlah sapp.. kau yang rosakkan perjuangan PBS dulu... aku tak undi sapp walau dalam PR...

    ReplyDelete
  82. apa yang pasti, SAPP kini berusaha untuk kekal relevan dalam politik sabah...jika bukan kerana BN, mungkin SAPP sudah lama dibubarkan atas sebab tidak relevan...

    ReplyDelete
  83. SAPP sejak keluar dari BN, mengatakan mereka adalah parti yang kuat dan mampu berdiri sendiri...hakikatnya SAPP adalah parti nyamuk yang hanya menumpang populariti BN dan tiket BN untuk menang di kerusi2 yang diwakilinya sekarang...kini SAPP cuba menumpang populariti PR dan menyangka bahawa SAPP adalah penentu siapa yang akan menang pada pru13 di sabah namun sangkaan mereka ini meleset apabila PR enggan berkompromi dengan tuntutan jumlah kerusi yang diminta oleh SAPP..

    ReplyDelete
  84. sekarang SAPP umpama sebuah kapal buruk yang akan karam pada bila2 masa saja..SAPP sepatutnya sedar bahawa YTL adalah liabiliti kepada parti dan harus disingkirkan..ini kerana hala tuju parti sudah berubah kepada hala tuju YTL di mana SAPP dikudakan oleh YTL sebagai presiden untuk mencapai cita2 politik dan agenda peribadi beliau sendiri..PRK batu sapi adalah buktinya..

    ReplyDelete
  85. apa yang pasti, PR, SAPP dan Star di sabah masih lagi bertelaga berhubung dengan pembahagian kerusi...dan pertandingan 4 penjuru atau lebih semakin menjadi kenyataan dengan pru13 yang semakin hampir..

    ReplyDelete
  86. dan sudah tentu kelebihan berpihak kepada BN sabah...kemenangan BN sabah pada pru13 nanti akan berulang seperti pru 2004 dan 2008...

    ReplyDelete
  87. Nampaknya kerjasama antara SAPP dan PKR tidak akan berjaya sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  88. PRU-13 semakin berdekatan, kalau mereka tangguh lagi rundingan, tak payahlah bekerjasama lagi.

    ReplyDelete
  89. BN-UMNO pasti akan menang dengan mudah kerana undian berpecah di sebelah Pembangkang.

    ReplyDelete
  90. Tanpa kerjasama, pembangkang pasti akan gagal pada PRU-13.

    ReplyDelete
  91. Ini perkara yang sangat baik untuk BN-UMNO semasa PRU-13. Bagus Pemabngkang tidak dapat bekerjasama.

    ReplyDelete
  92. PRU 2008 dulu, Sabah dan Sarawak telah menyumbang kemenangan Parlimen untuk Kerajaan Persekutuan BN kerana di Semenanjung BN hanya mampu lebih kurang 50-50 dengan Pakatan Rakyat. Sepatutnya Sumbangan Besar Kemenangan dari Sabah dan Sarawak ini dibalas dengan Pembangunan yang berlipat ganda dari segi kemudahan asas selama hampir lima tahun ini keseluruhan 49 tahun sudah Sabah & Sarawak Merdeka. Pembangunan ada tidak dinafikan, tapi terlalu jauh dibanding dengan Semenanjung. Untuk mendapatkan Menteri Penuh wakil Sabah pun YB Ghafur Salleh dan YB Anifah Aman bersuara lantang baru dibagi. Nampak sangat BN umpama pandang sebelah mata saja kepada Sabah sedangkan Negeri ini yang menyumbang kemenangan untuk BN memerintah hingga sekarang. Harap Rakyat Sabah dapat buat perubahan Kali Ini PRU13, Pilihlah Pakatan Rakyat, PKR,PAS, DAP.

    ReplyDelete
  93. kalau tiada tolak ansur dan masing-masing mau capai hasrat sendiri,memang sukar untuk wujudkan kerjasama sesama PR, STAR dan SAPP.akhirnya siapa yang untung??BN juga..

    ReplyDelete
  94. Tahun lalu berapa kali SAPP dan pembangkang laksanakan kerjasama tapi tiada penghujung.last2 tangguh juga.

    ReplyDelete
  95. Pembangkang di Sabah kelihatan berada diambang perpecahan terbesar dengan SAPP dan dua sekutu baru PR dalam peperangan mulut yang boleh menggagalkan impian mereka merampas negeri itu pada Pilihan Raya 2013.

    ReplyDelete
  96. Dengan Datuk Yong Teck Lee dari SAPP di satu pihak, dan bekas orang kuat BN Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin di pihak yang lain, kedua-dua puak secara terbuka berperang mulut dan salah menyalahkan, dengan setiap pihak menuduh yang lain tamak politik dan enggan bersatu menentang BN.

    ReplyDelete
  97. Bumburing dan Lajim, kedua-dua ahli parlimen, kini masing-masing memimpin Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), dua pergerakan politik mesra PR- dibentuk tahun lalu selepas meninggalkan jawatan dalam BN.

    ReplyDelete
  98. Yong telah menyamakan Bumburing dan Lajim seperti kerbau yang dicucuk hidung, mendakwa kedua-duanya melobi kawan baru PR mereka di Semenanjung untuk bertanding dalam pilihan raya.

    ReplyDelete
  99. “Mereka tidak mempunyai pilihan selain dari ‘kowtow’ kepada Kuala Lumpur. Mereka terpaksa ke Kuala Lumpur untuk melobi menjadi calon,” kata beliau

    ReplyDelete
  100. Yong juga menambah mereka tidak berupaya untuk mempertahankan Perjanjian Malaysia 1963 dan memperjuangkan autonomi Sabah — kunci perjuangan bagi kempen politik SAPP.

    ReplyDelete
  101. Pengarah Informasi dan Komunikasi APS Lesaya Lopog Sorudim tidak menyerah kalah dengan mengatakan Yong dan SAPP “rabun politik” dan “melucutkan” isu.

    ReplyDelete
  102. “Biar saya ingatkan Yong Teck Lee sudah beberapa kali dalam ucapan Bumburing yang didengari oleh ribuan orang mengatakan jika beliau dapat membantu penubuhan kerajaan baru menggantikan BN tanpa perlu menjadi calon, beliau akan menjadi lelaki paling gembira di dunia,” tulis Sorudim dalam emelnya

    ReplyDelete
  103. Beliau mengatakan Yong bukan sahaja menghina kedua-dua Bumburing dan Lajim, tetapi Sabah secara umum, dan sebahagian besarnya orang-orang Kadazandusun dan Murut (KDM), dan masyarakat Melayu, yang beliau melihat kedua-duanya sebagai “pembawa bendera”.

    ReplyDelete
  104. The Malaysian Insider difahamkan, Bumburing telah ditugaskan untuk menguruskan kerusi KDM di Sabah untuk memastikan sokong komuniti tersebut beralih kepada pembangkang, walaupun parti PR berasakan Semenanjung yang menggepalai pertempuran. Lajim pula ditugaskan untuk mendapatkan sokongan Melayu.

    ReplyDelete
  105. Terdapat ramai pembangkang di Sabah, dan menjelang pilihan raya umum ke-13 ini , mereka berebut jumlah kerusi dari 60 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.

    ReplyDelete
  106. PR, pakatan pembangkang yang ditubuhkan di Semenanjung selepas kekalahan teruk BN dalam Pilihan Raya 2008, melihat ini adalah peluang untuk menjatuhkan gabungan pemerintah itu dari kubu mereka di Sabah.

    ReplyDelete
  107. Tetapi penduduk Sabah mula bersifat kenegerian apabila pembangkang di negeri itu mula menggunakan slogan “Sabah untuk Sabah”, yang menyebabkan rasa benci ke atas Malaya oleh penduduk tempatan. Seperti SAPP, Parti Pembaharuan Negeri (STAR), yang diketuai Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata pentadbiran negeri harus dikuasai parti Sabah.

    ReplyDelete
  108. Kedua-dua PR dan SAPP masih belum berbincang dengan Jeffrey yang mahu meletakkan calon di majoriti kerusi atau semua 60 kerusi negeri.

    ReplyDelete
  109. Tetapi dengan SAPP yang masih mahu bertanding di sebahagian besar kerusi, dan PR masih tidak mahu berganjak, ia dilihat bakal menjadi pembangkang yang rapuh dalam menghadapi gergasi BN untuk merebut Sabah pada pilihan raya akan datang.

    ReplyDelete
  110. Yong tidak menolak bahawa partinya menunggu PR membuat keputusan bagi menentukan formula kerusinya untuk tiga parti, Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang diketuai Bumburing dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang diketuai Lajim.

    ReplyDelete
  111. Tetapi, dengan SAPP sudah bertembung dengan PR dalam rundingan kerusi untuk pilihan raya, peperangan mulut terbaru parti itu dengan Bumburing dan Lajim boleh membawa kepada kebuntuan dan boleh menyebabkan pertandingan tiga atau empat penjuru semasa pilihan raya.

    ReplyDelete
  112. Memberi respon tentang ini, Sorudim merasa terkejut Yong dilihat menghalakan serangannya kepada rakan pembangkang di Sabah berbanding BN.

    “Sepatutnya mereka menyerang BN dan Umno, menghairankan SAPP memilih untuk menyerang rakan-rakan pemimpin pembangkang Sabah.

    ReplyDelete
  113. “Ini hanya membuktikan bahawa matlamat utama SAPP dan objektif adalah untuk mendapatkan kuasa politik untuk diri mereka sendiri.

    “Ini juga menunjukkan mereka tidak lagi berminat dalam apa-apa bentuk persefahaman pilihanraya dan pakatan dengan kumpulan pembangkang lain di Sabah pada PRU 13 akan datang,” katanya.

    ReplyDelete
  114. Pada Pilihanraya Batu Sapi yang lalu Yong Teck Lee mendapat undi yang paling bawah diantara 3 calon yang bertanding. Dia sebagai Ketua Parti pun dapat undi paling bawah, macam mana mau diharap mewakili Pembangkang majoriti DUN Sabah sebagaimana yang dia mau. Masing-masing ada penyokong, jika diteruskan 2, 3 penjuru diantara Pembangkang lawan satu Calon BN, jawabnya susahlah mau menang, kecuali majoriti pengundi bersatu hati undi seorang calon pembangkang kerana calon PR pun orang Sabah juga.

    ReplyDelete
  115. Helo DS Anwar...jgn dilayan dgn SAPP serta jgn dikutip 'sampahsarap BN' tu. Jika PAS dibalun oleh YBnya sendiri iaitu Ibrahim alKataki jgn PR pula dibalun teruk oleh Yong Teck Lee nanti. Ingat,PAS dah ada kenangan manis pukulan ibrahim alkataki...jgn PR pulak terima nasib sama. Apa pun...si YTL ni tiada aura bg rakyat Sabah sandiri,bah.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  116. bn tidk akan menang di sabah.sapp dan star hanya melukut d tepi gantang.maknanya kalau mereka bertanding pun ianya tdk menjejaskn sokongan rakyat kepada pr. sya lebih setuju kalau sapp dan star keluar dari pakatan rakyat kerana sya melihat sapp dan star i ni semacam proksi dn hamba suruhan oleh umno bn.jadi kita cadangkan supaya pimpinan pr dapt melihat ini dgn lebih brhati2 kerana jgn trperangkap dgn mainan dn helah kuncu2 umno bn.

    ReplyDelete
  117. setuju dgn anon 3:16. mimang ada cerita star ini jentera pemusnah BN yang diatur untuk pecahbelahkan pengundi di sabah. SAPP pun ada kemungkinan menjadi perkakas BN utk melawan PR di sabah.

    tak apa, kalau star dan SAPP tandng, tanding lah saja tanding 70 kerusi pun takpa sbb kami bukan pangkah star atau SAPP, kami pangkah calon PR saja.

    PR kena hati2 terutama dgn star. SAPP? jan risau mimang takda penyokong pun. YTL tanding dulu pun kena KO di batu sapi. jadi kalau ketua dapat KO, tahu tahulah kan..

    ReplyDelete
  118. KUALA LUMPUR, 9 Feb — Pakatan Rakyat (PR) telah secara rasmi mengeluarkan Parti Maju Sabah (SAPP) dari rundingan kerusi pembangkang di Sabah, Mohamed Azmin Ali mengesahkan, menegaskan permintaan parti tersebut tidak munasabah untuk dilayan.

    ReplyDelete
  119. begitulah tamaknya pkr,kalau benar nak berkhidmat dengan rakyat sabah,kenapa tak biarkan saja parti tempatan seperti sapp dan star bertanding,gabungkan dalam pakatan rakyat saja.itu pun kalau nak bn tumbang.adakah mungkin pkr juga ada perancangan jahat seperti bn di negeri sabah.kalau pkr menang disabah sama jugalah kita menangkan bn.

    ReplyDelete
  120. datuk dr jeffry bukannya kataklah,tapi kesemua pemimpin parti yang diikutinya sebelum ini pengecut,penakut dan mementingkan diri sendiri ,berjuang untuk rakyat tempatan konon,mereka tidak nampakkah pti yang dapat ic semakin hari semakin bertambah,mereka tidak risau kerana mereka sudah kaya.bila penduduk tempatan berperang dengan pti senang bagi mereka,terbang saja keluar negara.datuk dr jeffry bukan pernah memegang jawatan presiden parti sebelum ini,perjuangannya untuk membela rakyat tempatan tidak disokong oleh pemimpin parti sebelum ini,takut nanti masuk jel.sebab itu dr jeffry lari dari mereka,meneruskan perjalanannya membela rakyat.sekarang dia pemimpin star,berilah peluang untuknya membuktikan perjuangannya.INI KALILAH.

    ReplyDelete
  121. Pakatan Rakyat (PR) telah secara rasmi mengeluarkan Parti Maju Sabah (SAPP) dari rundingan kerusi pembangkang di Sabah, Mohamed Azmin Ali mengesahkan, menegaskan permintaan parti tersebut tidak munasabah untuk dilayan.

    ReplyDelete
  122. Hanya terdapat beberapa sahaja kerusi lagi yang bertindih. Tetapi sekarang kita meminta Majlis Presiden PR untuk membimbing dalam menentukan kerusi yang harus ditandingi oleh setiap parti,” kata Azmin ketika dihubungi di sini, sambil menambah perkara ini dibangkitkan dalam mesyuarat biro politik pada Rabu.

    ReplyDelete
  123. Akan tetapi ahli parlimen Gombak itu yang kini mengetuai rundingan kerusi dengan APS dan PPPS, tidak akan mendedahkan formula perkongsian kerusi dengan dua pergerakkan berasaskan Sabah itu kerana sebab-sebab strategik.

    ReplyDelete
  124. APS diketuai oleh Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, bekas timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dari BN manakala PPPS diketuai oleh ahli parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin yang dahulunya anggota majlis tertinggi Umno.

    ReplyDelete
  125. Tetapi SAPP dikeluarkan terus dari senarai, dikeluarkan dari formula. Saya tidak menyalahkan mereka kerana apa-apa, hanya kerana tuntutan mereka tidak munasabah,” Azmin mengesahkan.

    ReplyDelete
  126. SAPP, parti yang hampir berusia dua dekad diketuai oleh bekas ketua menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee, pada awalnya telah bersetuju untuk bekerjasama dengan PR dalam Pilihan Raya 2013 untuk menjatuhkan BN di kubu mereka di Malaysia Timur, tetapi menegaskan parti tempatan perlu bertanding dengan jumlah besar daripada 60 kerusi dewan undangan negeri.

    ReplyDelete
  127. Yong mengatakan parti PR berasaskan Semenanjung boleh bertanding di majoriti kerusi Parlimen untuk membantu mereka menawan Putrajaya tetapi mengekalkan pentadbiran negeri kepada parti yang berakar umbi di Sabah.

    ReplyDelete
  128. Beliau mengatakan ini selari dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang menjamin autonomi negeri tersebut.

    ReplyDelete
  129. Akan tetapi Azmin memberitahu The Malaysian Insider permintaan Yong untuk 40 atau separuh daripada 60 kerusi negeri adalah tidak munasabah.

    ReplyDelete
  130. Beliau menegaskan apabila SAPP bertanding di bawah BN pada pilihan raya umum 2008, parti itu hanya memenangi dua kerusi Parlimen dan dua kerusi dewan undangan negeri. SAPP secara rasmi menarik diri dari BN pada September 2008 dan menjadi sebuah parti bebas.

    ReplyDelete
  131. Kenapa mereka mahu 40 kerusi sekarang? Jadi apa yang tinggal untuk parti pembangkang lain dalam Pakatan, dalam APS dan PPPS?” kata Azmin.

    ReplyDelete
  132. Saya telah mencuba sedaya upaya dan begitu juga (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)… kami berjumpa dan berbincang dengan SAPP semenjak enam bulan lalu — lebih banyak dari yang mereka dapat berbanding pilihan raya lepas,” tambah beliau.

    ReplyDelete
  133. Apabila ditanya apa tawaran PR kepada SAPP, Azmin mengatakan PR bersedia untuk memberikan 10 kerusi kepada parti berasaskan Sabah itu.

    ReplyDelete
  134. Beliau menambah ia adalah “kerusi bagus” dimana SAPP akan bertanding dan mempunyai peluang cerah untuk menang, tetapi parti tersebut menolak tawaran itu.

    “Mereka datang kembali kepada kami dan mengatakan mereka mahu 40 kerusi,” kata Azmin.

    ReplyDelete
  135. Jadi kami telah membuat keputusan — kami akan terus dengan APS dan PPPS sahaja, memandangkan kesuntukkan masa,” katanya.

    APS dan PPPS telah bersetuju untuk bertanding menggunakan bendera PKR dalam pilihan raya akan datang.

    ReplyDelete
  136. The Malaysian Insider difahamkan, Bumburing telah ditugaskan untuk menguruskan kerusi Kadazandusun dan Murut (KDM) di Sabah memastikan sokong komuniti tersebut beralih kepada pembangkang, walaupun parti PR berasakan Semenanjung yang menggepalai pertempuran. Lajim pula ditugaskan untuk mendapatkan sokongan Melayu dan Islam.

    ReplyDelete
  137. Kedua-dua pemimpin ini baru-baru ini menjadi sasaran serangan mulut dari Yong, pada Selasa lalu memanggil mereka sebagai kerbau yang dicucuk hidungnya.

    ReplyDelete
  138. Pemimpin lantang yang dikenali dikalangan Cina Hakka di Sabah, menuduh kedua-dua Bumburing dan Lajim “tidak mempunyai pilihan” selain kowtow kepada rakan baru PR mereka dari Semenanjung untuk melobi kerusi dalam pilihan raya akan datang

    ReplyDelete
  139. Seventy Sabah Progressive Party (SAPP) members here have quit the party to join Umno, citing disappointment and lost of confidence in the party.

    ReplyDelete

  140. Beaufort division SAPP committee member Saidi Kasni led the group to submit Umno membership application forms to Beaufort Wanita Umno division chief Datuk Azizah Mohd Dun in a ceremony in Kampung Binunuk.

    ReplyDelete

  141. In welcoming them, Azizah said the SAPP members quit as they were disappointed with the party leaders who did not fulfil their promises.

    ReplyDelete

  142. "They are convinced that only Barisan Nasional is good for them, their children and people in Sabah," she said when met here.

    ReplyDelete
  143. Saidi, who sat on Beaufort SAPP committee since 2008, said he and the other members had lost confidence in the party.

    ReplyDelete
  144. "SAPP is not concerned with our welfare.It also made empty promises. In the end, it was BN that came to our aid," he said.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.