USNO amat kesal dengan sebilangan besar Pemimpin Bajausuluk yang berada dalam kerajaan UMNO Sabah yang terus berdiam diri seolah-olahsudah kehilangan akal dan trauma menghadapi dilema kedaulatan Sabah yang sedang dicabar pada hari ini.
Operasi yang diberi nama 'Ops Daulat' yang sebelum ini diberi nama 'Ops Sulu' telah membedal habis-habisan penceroboh atau lebih dikenali Penganas Sulu di Lahad Datu, Semporna, Tawau, Sandakan dan Kudat menampakkan telah mencapai kejayaan untuk menghalau kumpulan 'Syaitan Kiram III' dari Negara ini.
Sekarang operasi ini terus berjalan dan membedal penduduk Sabah tidak kira dari kumpulan Tausug Philippines atau kumpulan Suluk tempatan bagi memastikan keselamatan Negara berada di tahap yang maksima.
Namun saya tidak ingin menyentuh panjang lebar mengenai tanggujawab pihak keselamatan kerana perkara ini di bawah bidang kuasa keselamatan yang telah digariskan dibawa Esscom atau SSA.
Tetapi Kita tidak ingin melihat tanggungjawab pemimpin Suluk dan Bajau dalam Kerajaan BN, khasnya UMNO yang terus trauma dan kehilangan akal dalam persoalan pokok iaitu isu masyarakat Suluk yang dilihat menghadapi dilemma tanpa pembelaan yang wajar.
Kawasan Esscom atau SSA dari Kudat hingga ke Tawau adalah kawasan Majoriti Bajausuluk di mana kawasan ini juga dilihat sebagai kawasan kubu kuat UMNO di Negeri Sabah.
Namun amat dikesali apabila dilemma ini berterusan tanpa pembelaan wajar pemimpin Bajausuluk dalam UMNO, mereka hanya datang dengan tiba-tiba dan menyerang pemimpin pembangkang; mengaitkan pembangkang dengan pengganas seperti pemimpin MNLF Nur Misuari dan menuntut siasatan terhadap pemimpin berkenaan.
Anwar Ibrahim nampaknya dijadikan sasaran oleh Shafie Afdal yang meminta supaya siasatan hendaklah dilakukan terhadap pemimpin ini yang beliau lihat ada kaitan dengan Nur Misuari.
Pada masa yang sama beratus-ratus ribu masyarakat Pantai Timur yang menghadapi dilemma dan trauma serta ketakutan angkara keselamatan mereka terus terancam; baik ancaman pengganas atau takut kepada pihak keselamatan, kerana pada bila-bila masa mereka boleh diheret dan disoal siasat jika ada laporan mengaitkan mereka dengan pengganas; terutama musuh politik mereka.
Apabila Tun Mahathir melabel kaum Suluk sebagai ‘Kaum ganas’ dan ‘Pengganas’, tiada seorang pun pemimpin Bajau atau Suluk dari UMNO Sabah yang bangkit membetulkan persepsi itu.
Ahirnya masyarakat Suluk terpalit oleh panggilan itu yang melebelkannya sebagai operasi menghapuskan 'PENGGANAS SULU'.
Sekali lagi Mahathir mencabar dan ingin menghapuskan budaya masyarakat Bajausuluk apabila mencadangan supaya Perumahan Kampung Air atau rumah atas air dihapuskan pada masa akan datang kerana dianggap sebagai sarang pengganas.
Sekali lagi pemimpin suluk Sabah terus kehilangan 'telur' atau mati akal kerana 'pucuk' mereka dimatikan oleh Mahathir yang akhirnya akan mati secara kekal dalam UMNO Sabah.
Asakan demi asakan yang dibuat terhadap masyarakat Bajau dan Suluk pada hari ini gagal difahami oleh pemimpin UMNO suku Bajausuluk atau mereka sengaja tidak mahu faham kerana takut dan trauma melihat serangan Bom F18 di Kampung Tanduo pada 1 Mac 2013 lalu.
Penaja USNO kesal dengan kegagalan rumpun-rumpun Melayu Bajau dan Suluk ini yang dilihat sedang 'DISELLEH BUYUNG MEREKA' oleh Mahathir tetapi terpaksa mengecutkannya kerana ketakutan yang amat sangat; di mana akhirnya mengambil jalan menjadi 'barua' UMNO hatta menderhakai bangsa sendiri.
Seluruh dunia melihat pertemuan Shafie Afdal dengan Sultan Esmail Kiram. Seluruh dunia tahu bahawa Shafie Afdal mengatur pertemuan keluarga Kiram dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, namun tiada pula tuduhan terhadap beliau yang mempunyai kaitan rapat dengan Sultan 'Syaitan' Sulu itu walaupun dengan terang dan jelas beberapa pengganas yang ditangkap tempoh hari di Semporna memakai baju BN berlambangkan gambar Shafie Afdal.
Apakah Adun, MP, Menteri Suluk Bajau dalam UMNO ini masih relevan untuk mewakili mereka pada masa akan datang?
Di manakah mereka pada hari ini? Di saat bangsa mereka trauma dan ketakutan, ketakutan kerana dianggap bangsa yang ganas dan perlu dihapuskan dari muka bumi Sabah sama ada masa depan mereka, budaya mereka dan martabat mereka.
Tidakkah mereka berasa malu dan rasa bersalah apabila seorang mantan Ketua Menteri Sabah yang bukan dari keturunan Suluk keluar bersuara mengenai penganaiyaan bangsa suluk pada hari ini disuarakan oleh Tan Sri Harris bin Salleh?
Jesteru itu USNO ingin membawa rakyat Sabah khasnya mesyarakat Bajausuluk atau keturunan Suluk supaya bersatu dan ‘Magbogbog’. Jika rakyat dan kerajaan BN ingin membedal 'Penganas Suluk', kita juga mesti membedal Pemimpin Bajau Suluk yang gagal mewakili kita hari ini.
Bukankah mereka gagal melindungi masa hadapan kita, bangsa kita dan masyarakat kita yang sedang dalam ketakutan dan trauma oleh serangan bertubi-tubi; baik dari dalam Negara oleh Pemimpin UMNO sendiri atau luar Negara oleh 'Pengganas Luar' yang mengaku keluarga Kiram.
Salam Hormat,
ABDULLAH SANI HAJI ABDUL SALLEH
Timbalan Pengerusi Penaja USNO
Sunday, March 17, 2013
Apa Peranan Shafie Apdal Dalam Ops Daulat?
Similar Posts
About sabahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
EMELUT SABAH ADALAH BERPUNCA DARI PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP NEGARA..
ReplyDelete1. Pengkhianatan UMNO dengan menabalkan Si Kiram menjadi Sultan Sulu sedangkan Si Kiram bukan waris yang sah..
2. Kiram diberi IC Malaysia.
3. Kiram bersekongkol dgn Tun Mahather membawa masuk warga philipinan dari sukul Tausug dan sulu secara berama di Sabah dan diberikan IC Malaysia utk mengundi dan memenangkan BN dalam Pilihanraya Sabah.
4. Melantik Kiram menjadi Timbalan pegawai daerah Kudat
5. Kiram menjadi Ahli UMNO Sabah.
6. Kiram menyandang jawatan Pengerusi PEKIDA Sabah.
7. Menjadikan Kiram sebagai kroni yg menjadi salah seorang paraih ikan yg terbesar di Sabah.
8. Rata-rata puak yang memberontak di Sabah (kebanyakannya) adalah Ahli UMNO.
LAGI DISINI : http://kedahla.blogspot.com/2013/03/sebarkan-seluas-luasnya-bahan-
Sabah kaya tetapi hasil bumi dikaut oleh pemimpin dr keturunan Bajau- Suluk, Ida'an atau apa2 lah yg jelas mereka ni bukan suku sakat asal Sabah. Pribumi Sabah dapat apa??? Jadi pencacai UMNgokje lah dan Pencaci pembangkang dan dpt upah RM30 ,jadi lah utk 5 tahun lagi.
ReplyDeleteapa boleh buat utk sabah,? nasi sudah menjadi bubur...
ReplyDeletelari dari mulut singa masuk mulut buaya...
sabah sudah tidak ada masa depan lagi utk generasi yang akan datang dan akan di jajah untuk selama-selama nya, terima lah hakikatnya.....
BAYUMURNI.........
apa boleh buat utk sabah,? nasi sudah menjadi bubur...
ReplyDeletelari dari mulut singa masuk mulut buaya...
sabah sudah tidak ada masa depan lagi utk generasi yang akan datang dan akan di jajah untuk selama-selama nya, terima lah hakikatnya.....
BAYUMURNI.........
aku sangup bermandikan darah demi pertahankan bumi sabah.soal lain boleh ceta soal bumi malaysia jgn cerita aku sangup mati kerna malaysia.kalau bukan kita siapa lagi.cis takkan melayu hilang di dunia
ReplyDeleteSemasa Abdullah Ahmad Badawi jadi PM, Dr Mahathir sanggup keluar dari UMNO kerana tindakan Pak Lah tidak menguntungkan dirinya dan keluarganya. Sekarang di bawah Datuk Najib seolah-olah Mahadhir masih jadi Menteri Kabinet berkempen bagi pihak Kerajaan BN. Dia sekarang masih jadi Penasihat Petronas, Anaknya dapat kontrak besar Petronas dan seorang lagi jadi Timbalan Menteri. Dulu setiap kali Perhimpunan Agung UMNO dan ucapan-ucapan di majlis lainnya, Dr. Mahathir selalu ulang kata-kata ini lebih kurang "Pemimpin tidak penting, yang penting adalah parti kita UMNO dan Barisan Nasional". "Setiap Pemimpin hendaklah mengutamakan Parti mengatasi kepentingan diri". Nasihat ini untuk Rakyat Malaysia sahaja, bukan untuk Dr. Mahathir.
ReplyDeleteUntuk segala jawapan di atas senang saja. KITA TUKAR KERAJAAN YANG ADA HARI INI DLM PRU13 = PR ADALAH KERAJAAN YG AKAN MENGUBAH CARA LAMA BN/UMNO MEMERINTAH .
ReplyDelete“Ini bukan soal akademik iaitu teori dan taktik. Ini peperangan,” tegas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib ketika ditanya bagaimana Ketua Pengganas, Agbimudin Kiram boleh melarikan diri ke selatan Filipina sedangkan pasukan keselamatan mengawal ketat perairan dan kawasan operasi.
ReplyDelete“Seperti dimaklumkan semalam (kelmarin), Ketua Pengganas itu meloloskan diri ke selatan Filipina. Pada hemat saya, itu tidak menjadi masalah (Abgimudin melarikan diri) kerana kita boleh mengekstradisi dia ke negara ini untuk didakwa mengikut Seksyen 130 c (1) (a) yang dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.
ReplyDelete“Setakat ini, kita mengumpul seberapa banyak bukti untuk mendakwanya. Kita akan dakwanya di negara ini,” katanya pada sidang media bersama Panglima Divisyen Pertama Infrantri Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar di Hotel Residence Sahabat di sini, pagi kelmarin.
ReplyDeletePada sidang akhbar malam kelmarin, Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengesahkan adik Jamalul Kiram III itu tidak mungkin berada di kawasan operasi pembersihan Op Daulat kerana pasukan keselamatan tidak menemui petunjuk mengenai kehadirannya.
ReplyDeleteBerdasarkan maklumat dan risikan yang diperoleh menerusi pelbagai sumber, ketua pengganas itu kemungkinan besar meninggalkan pengikutnya di kawasan Lahad Datu.
ReplyDeleteNaib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta rakyat menilai jasa pemimpin dan kerajaan berdasarkan kerja mereka bukan kerana pandai berceramah.
ReplyDeleteMenurut Mohd Shafie kelebihan “pandai bercakap” semata-mata tidak akan membantu membangunkan negara, apatah lagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara.
ReplyDelete“Kita tidak boleh menilai kebaikan dan keburukan itu hanya melalui ceramah, atau pidato dan ucapan semata-mata. Kita harus buat perbandingan mana yang baik
ReplyDelete“(Bukan) Yang hanya pandai berucap, bercakap dan berpidato dan langsung tidak membantu rakyat. Nak tolong bagaimana? (Mereka) dari pagi sampai petang berceramah. Tetapi kerajaan beri bantuan sekolah, nelayan petani untuk pastikan semua golongan ini terbela,” katanya.
ReplyDelete“(Bukan) Yang hanya pandai berucap, bercakap dan berpidato dan langsung tidak membantu rakyat. Nak tolong bagaimana? (Mereka) dari pagi sampai petang berceramah. Tetapi kerajaan beri bantuan sekolah, nelayan petani untuk pastikan semua golongan ini terbela,” katanya.
ReplyDeleteKatanya sumbangan kerajaan yang diteraju Barisan Nasional (BN) kepada rakyat termasuk golongan petani dan nelayan cukup banyak, sehingga ramai anak-anak golongan itu berjaya dalam pelajaran dan bekerja dalam bidang profesional.
ReplyDeletePemimpin Kerajaan pun setiap hari berucap berceramah dan masuk TV3,TV1,Astro. Pembangkang masuk TV juga tapi untuk dimalukan/difitnah. BN berjumpa rakyat, beri bantuan dan berucap itu biasa dan patut, sebab diorang kontrol duit negara, kena ingat bukan duit diorang. Gaji bulanan diorang, elaun kesana sini pakai duit negara. Ada kerja ada gaji elaun dan kemudahan lain jangan risau. Pembangkang pula dipilih rakyat untuk menyuarakan kehendak rakyat, termasuk berceramah supaya rakyat lebih faham ehwal negara baru boleh memilih dalam keadaan bermaklumat dalam PRU 13 nanti, itupun kurang adil kerana kempen pembangkang tidak masuk TV.
ReplyDeletebaju mcm tu sesiapa pu boleh pakailah.. huhu
ReplyDeletehanya kerana pengganas itu memakai baju BN dan ada gambar Shafie, tak bermakna Shafie terlibat.
ReplyDeleteJika baju Anuar Ibrahim akan keluar berita jam 8.00 TV3 tiap-tiap malam mungkin sampai 2 minggu belum berhenti.
ReplyDeletesilap-silap seluar dalam pun ada gambar yg sama...he..he...he....tapi tak jadi hal.
ReplyDelete