Sunday, March 17, 2013

Penceroboh Azzmudie berjaya lolos?

Operasi Daulat bagi mengesan dan memburu kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah akan diteruskan walaupun ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram atau Agbimuddin Kiram telah meloloskan diri ke selatan Filipina.

Berdasarkan maklumat dan risikan daripada sumber tertentu, pihak berkuasa keselamatan berpendapat dan yakin Azzumudie telah meninggalkan pengikutnya di kawasan operasi dan melarikan diri ke tempat asalnya di selatan Filipina.

Perkara itu diumumkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulifeli Mohd Zain dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media bersama di sini, malam tadi.

Mereka berkata maklum balas daripada pasukan keselamatan negara di kawasan operasi di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan kawasan sekitarnya menunjukkan Azzumudie tidak lagi bersama dengan pengikutnya di Sabah.

Bagaimanapun, mereka tidak memberi butiran lanjut ketika ditanya bagaimana ketua pengganas itu berjaya meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan yang melancarkan gerakan besar-besaran sejak 11 hari lepas.

Zulkifeli berkata walaupun Azzumudie telah melarikan diri, Operasi Daulat akan diteruskan bagi memburu dan menangkap saki-baki kumpulan itu yang masih berada di Tanjung Batu, Lahad Datu.

Beliau berkata pasukan keselamatan telahpun memasuki Kampung Tanjung Batu untuk membuat pembersihan dengan lebih terperinci dan yakin dalam beberapa hari lagi kawasan itu dapat dibersihkan.

Dalam operasi pagi tadi pasukan keselamatan mengesan beberapa aktiviti yang dipercayai dilakukan oleh musuh dalam kumpulan yang kecil, katanya.

Ismail pula berkata pihaknya yakin dengan jumlah besar anggota pasukan keselamatan pada masa ini, usaha membersihkan kawasan-kawasan yang terbabit dapat dijalankan dengan lebih cepat dan berkesan.

Sebelum itu, kedua-dua mereka mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Mengenai penubuhan kawasan keselamatan khas Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Ismail berkata pihaknya telah mengenalpasti beberapa kawasan dan berharap ianya dapat direalisasikan.

Sementara itu Zulkifeli pula berkata pihaknya telahpun menyediakan kerangka penubuhan ESSCOM dan yakin ianya dapat diwujudkan dengan secepat mungkin.

– Bernama

65 comments:
Write comments
  1. Bolos tak bolos tiada hal.

    Cuba kerajaan letakkan nilai, say RM5,000 kepada sesiapa yang memberikan maklumat sehingga tertangkapnya yang WANTED ini. Pemberi maklumat mesti diberikan suaka dan perlindungan walaupun pemberi maklumat itu isterinya sendiri.

    Kerja boleh jadi cepat. Itu pun kalau betul-betul mau tangkap.

    Sekadar cadangan.

    ReplyDelete
  2. Nak tangkap saki baki kump penceroboh! Kau ingat senang ke wahai jenderal2 dan ketua polisIAL. kau ingat mereka tu 1000 org ke? Beratus ribu le kat Sabah Utara ni trmasuk yg UMNO bg ic, jadi ahli UMNO atau yg mcm lagi. Yg terlepas ke KL jadi pengawal ke apa,pun ramai juga yg aku jumpa dgn sykt kawalan di Brickfields ( dulu ). Lepas tu,dah ada ic takkan anak-anak mereka tak dpt masuk UM ke UKM ke atau mana2 le,jika mereka bijak/layak. Kalau anak Melayu dpt 5A1 tapi anak2 Suluk yg ada ic tu dpt 10A1,mesti anak mereka diterima. Kalau ada kuota,baru anak pribumi layak. belum lagi dasar meritokrasi yg Mahafir'aun ilhamkn dulu. Dia kata,walau anak India pun kalau cerdik apa salahnya dia masuk U dan kalau anak Melayu kalau kurang cerdik,biar le trpinggir. Dah meritokrasi. Bukan meritokrasi tapi KEPALOTAKBASI.

    ReplyDelete
  3. Setuju... kalau letak WANTED RM10000, rasanya dah lama malaon ni kena tangkap. Cer buat

    ReplyDelete
  4. ABUkan aje. abis cerita.

    ReplyDelete
  5. saya tak perlukan wang ganjaran kerna saya anak malaysia tulin.saya nak tangkap sendiri kalau saya ada maklumat jahanam laaknatullah si kiram ini.saya nak balas dendam dengan apa yang di buat dengan pasukan keselamatan kita mereka adalah lanun jahanan.harus di musnahkan dari muka bumi milik allah ini.teruskan perjuangan mu wahai saudara saudara ku semua

    ReplyDelete
  6. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin hari ini mengingatkan rakyat bahawa keamanan dan keadaan selamat yang dikecapi negara kini bukan jaminan ia akan berterusan, kerana musuh dari luar akan cuba merosakkan negara.

    ReplyDelete
  7. Katanya pihak terbabit cemburu dan tidak senang dengan kemakmuran yang sedang dikecapi kini, lebih-lebih lagi Malaysia dikategorikan negara paling selamat oleh Indek Keamanan Global (GPI).

    ReplyDelete
  8. “Malaysia antara negara yang paling selamat dan ini diiktiraf oleh GPI yang membuat penilaian tentang soal itu, malah kita berada di antara 20 negara paling selamat mengatasi Singapura.

    ReplyDelete
  9. “Hal di Lahad Datu memaksa kita hantar polis dan lima batalion tentera untuk menjaga keamanan di sana,” katanya

    ReplyDelete
  10. Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Lahad Datu ialah untuk memastikan kestabilan keamanan di negara ini sentiasa dipelihara dan tidak menjejaskan kemasukan pelabur.

    ReplyDelete
  11. “Kita tak nak orang kata Malaysia tidak aman sehingga menjejaskan pelabur yang datang di negara ini. Kita nak pastikan negara aman dan tiada masalah,” katanya.

    ReplyDelete
  12. Muhyiddin yang juga Anggota Parlimen Pagoh berkata kerajaan Barisan Nasional bertanggungjawab dan sentiasa komited menjaga keamanan negara.

    ReplyDelete
  13. Pada masa sama beliau turut menyeru supaya rakyat di Lahad Datu memberi sokongan kepada pasukan keselamatan dengan membantu menyalurkan maklumat.

    ReplyDelete
  14. “Ketua kampung mesti kerjasama bagi maklumat, jangan kerjasama dengan musuh dengan beri mereka guna masjid atau rumah kita,” katanya.

    ReplyDelete
  15. MALAYSIA dan 'Kesyaitanan' Sulu masing-masing membuat kenyataan bercanggah sama ada Azzimudie Kiram, yang mengetuai lebih 200 pengikutnya di Sabah bulan lalu untuk menuntut wilayah itu.

    ReplyDelete
  16. Agensi berita nasional Bernama dan The Star melaporkan Azzimudie sudah melarikan diri dari Sabah, sekali gus meninggalkan pengikutnya dan kembali ke Filipina.

    ReplyDelete
  17. Bagaimanapun, hari ini, Abraham Idjirani, jurucakap dan Setiausaha Agung kepada kesultanan itu, menolak dakwaan itu sebagai masa 'Propaganda' menjelang pilihan raya negara ini, lapor InterAksyon.

    ReplyDelete
  18. Idjirani memberitahu, kali terakhir beliau bercakap dengan Azzimudie semalam.

    ReplyDelete
  19. Beliau dilaporkan diberitahu bahawa 'Raja Pengganas' itu masih di Sabah dan terus mengelak daripada operasi oleh pasukan keselamatan Malaysia.

    ReplyDelete
  20. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat laporan media Filipina yang mendakwa terdapat pemimpin pembangkang Malaysia yang terlibat merancang penyusupan masuk penceroboh di Lahad Datu awal bulan lalu.

    ReplyDelete
  21. Kata beliau, sekiranya laporan tersebut terbukti benar, ia satu tuduhan sangat berat dan perlu disiasat.

    ReplyDelete
  22. Sebelum ini, sebuah media Filipina dipetik melaporkan, perisikan Filipina mendapati individu dalam parti pembangkang Malaysia didakwa sebagai dalang kepada isu di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  23. Difahamkan, kumpulan bersenjata tersebut yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, yang merupakan adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III terpedaya dengan janji menyokong pihak mereka dalam tuntutan ke atas Sabah.

    ReplyDelete
  24. Susulan pencerobohan 9 Februari lalu, dalam kejadian jam 10 pagi semalam, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata terbabit turut maut.

    ReplyDelete
  25. Ia turut mencederakan tiga lagi anggota pasukan keselamatan Malaysia.

    ReplyDelete
  26. Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dilapor mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu sebaai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat, Hanif juga dilihat sebagai satu tuduhan yang sangat berat.

    ReplyDelete
  27. Hanif turut menggesa PDRM menyiasat secara rapi wakil rakyat itu.

    ReplyDelete
  28. Laporan yang tersiar di laman berita rasmi PKR itu memetik Tian Chua sebagai berkata, pencerobohan di Lahad Datu itu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

    ReplyDelete
  29. Hanif menambah, PDRM harus menyiasat kedua-dua tuduhan itu kerana ia telah menyebabkan 14 nyawa terkorban manakala tiga anggota polis lain tercedera.

    ReplyDelete
  30. Petugas jabatan dan agensi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) di Sabah, khususnya Jabatan Penerangan dan Jabatan Khas Ehwal Khas (JASA), diminta segera turun padang bagi memperjelas kepada rakyat berhubung kejayaan serta langkah bijak yang diambil kerajaan dalam menangani isu pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

    ReplyDelete
  31. Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata penjelasan terperinci itu penting bagi mengelak pihak tertentu memanipulasi isu bagi tujuan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

    ReplyDelete
  32. "Saya harap dalam masa satu atau dua minggu akan datang ini, petugas KPKK khususnya dua jabatan ini, Jabatan Penerangan dan Jasa, akan memperhebatkan penerangan dan menonjolkan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional dalam memelihara keamanan dan keselamatan rakyat Malaysia di Sabah.

    ReplyDelete
  33. Dengan tindakan terkini (menyerang penceroboh), ada tanda-tanda keyakinan rakyat terhadap kerajaan kembali meningkat.

    ReplyDelete
  34. Sebab itu, kita perlu perjelaskan ini kepada rakyat di seluruh Sabah. Kita tidak mahu ada pihak tertentu yang cuba mempolitikkan isu pencerobohan di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  35. Program itu, antara lain, bertujuan mempertingkat kefahaman dan kemahiran penyampaian berkaitan isu nasional yang memberi impak negatif kepada negara dan menyediakan maklumat strategik gerak saraf bagi mengembalikan keyakinan, kepercayaan serta pengaruh kerajaan di kalangan rakyat.

    ReplyDelete
  36. Mengulas persediaan KPKK menghadapi pilihan raya umum akan datang, Kamaruddin berkata beliau berpuas hati dengan tahap persediaan jabatan dan agensi KPKK.

    ReplyDelete
  37. Kamaruddin juga mahu jabatan dan agensi KPPK Sabah sentiasa berkongsi maklumat bagi menambah baik keberkesanan tugas memberi penerangan berkaitan dasar dan pelbagai program yang dilaksana kerajaan untuk faedah rakyat di negeri ini.

    ReplyDelete
  38. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat perlu bersatu padu dan menunjukkan semangat patriotisme dalam soal menjaga keselamatan dan kedaulatan negara seperti dalam insiden pencerobohan pengganas di Sabah.

    ReplyDelete
  39. Perdana Menteri berkata walaupun kedudukan kawasan pencerobohan di Lahad Datu terletak amat jauh dari kawasan lain, namum ia merupakan sebahagian dari Malaysia yang mana turut memberi kesan kepada rakyat secara menyeluruh.

    ReplyDelete
  40. Kalau ada apa-apa yang berlaku di sana sedikit sebanyak boleh menjejaskan kepentingan kita. Oleh itu kita semua perlu memainkan peranan kita untuk menyokong pasukan keselamatan kita.

    ReplyDelete
  41. dalam soal menjaga keselamatan dan kedaulatan negara juga, tidak ada bezanya peranan yang boleh dimainkan oleh setiap anggota masyarakat walaupun terdiri daripada berbilang kamum dan agama.

    ReplyDelete
  42. Najib menerima cek sumbangan kepada Tabung Wira Negara daripada lebih 200 badan bukan kerajaan dan persatuan masyarakat Cina Negeri Sembilan termasuk orang perseorangan yang keseluruhannya berjumlah RM720,000.

    ReplyDelete
  43. sumbangan yang amat besar ini jelas menunjukkan semangat patriotisme tinggi di kalangan masyarakat Cina yang menunjukkan sokongan terhadap pengorbanan pasukan keselamatan di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  44. mengingatkan rakyat bahawa negara ini memerlukan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil untuk memimpin bagi menjamin kejayaan yang lebih baik pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  45. sekiranya negara dipimpin oleh sebuah kerajaan yang lemah dan tidak mampu menjamin kestabilan, ia boleh mengundang pelbagai masalah seperti rakyat, pelabur dan peniaga hilang keyakinan.

    ReplyDelete
  46. Perdana Menteri juga menafikan kenyataan pembangkang yang mendakwa kerajaan sedia ada perlu diubah dengan sebuah kerajaan baharu kononnya bagi negara mencapai kestabilan dan kemajuan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  47. jika negara diubah secara mendadak tanpa perancangan yang rapi ia belum tentu menjamin kestabilan dan adalah lebih bijak jika negara melakukan perubahan menerusi dasar transformasi yang telah dirancang rapi seperti dilaksanakan kerajaan BN hari ini.

    ReplyDelete
  48. Najib berkata sejak gagasan 1Malaysia dan dasar transformasi diperkenal empat tahun lalu banyak kejayaan telah dicapai atau dikecapi rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  49. kejayaan yang lebih besar menanti jika rakyat dapat memberikan mandat yang lebih kuat kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  50. Penakut memang penakut.

    ReplyDelete
  51. Lepas tu ada hati nak tawan Sabah lagi.

    ReplyDelete
  52. He is superbly unreliable leader.

    ReplyDelete
  53. Macam ini la kan cuma pandai cakap ja.

    ReplyDelete
  54. Terus pandai2 nak serang tempat tgl orang.

    ReplyDelete
  55. If their families been treated like this, what would they feel?

    ReplyDelete
  56. Mampus la kau sana jadi penyebab kekecohan di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  57. Gelaran syaitan memang menepati

    ReplyDelete
  58. Prengsek punya bangsat.

    ReplyDelete
  59. Operasi Daulat bagi mengesan dan memburu kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah akan diteruskan walaupun ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram atau Agbimuddin Kiram telah meloloskan diri ke selatan Filipina.

    ---> belum ada kenyataan umum yang mengatakan AK telah berada di selatan Filipina

    ReplyDelete
  60. malahan, belum ada pengesahan dari negara Filipina sendiri yang mengatakan bahawa AK sudah balik ke selatan negara itu

    ReplyDelete
  61. Berdasarkan maklumat dan risikan daripada sumber tertentu, pihak berkuasa keselamatan berpendapat dan yakin Azzumudie telah meninggalkan pengikutnya di kawasan operasi dan melarikan diri ke tempat asalnya di selatan Filipina.

    --> ini hanyalah andaian dan belum ada pengesahan rasmi dari pihak Filipina mahupun Malaysia sendiri

    ReplyDelete
  62. "Bagaimanapun, mereka tidak memberi butiran lanjut ketika ditanya bagaimana ketua pengganas itu berjaya meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan yang melancarkan gerakan besar-besaran sejak 11 hari lepas." --- nyata belum ada pengesahan 100% yang AK sudah berjaya meloloskan diri

    ReplyDelete
  63. penubuhan kawasan keselamatan khas Eastern Sabah Security Command (ESSCOM)di Sabah ekoran kes pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Dr Mahathir berkata langkah itu wajar dan tepat pada masanya memandang kini terdapat ancaman keselamatan yang ketara di perairan negara.

    ReplyDelete
  64. hingga sekarang kedudukan Azzimudie belum dpt dikenal pasti, ada kemungkinan dia dah larikan diri ke Filipina

    ReplyDelete
  65. apapun, usaha menjejaki dia masih lagi diteruskan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.