Friday, March 8, 2013

Bekas Pengarah P’raya BN Bachok sertai PAS

Pengarah Pilihan Raya BN parlimen Bachok pada pilihan raya umum 2008, Zulkifli Zakaria malam tadi menyerah borang menyertai PAS.

Beliau menjejaki langkah bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Dr Zaiyadi Awang Noh. tampil ke pentas ceramah Pakatan Rakyat bagi mendedahkan kepincangan Umno dan kerajaan BN.

Zulkifli (gambar) yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Bachok dan calon BN di Dun Tawang pada 2004 meluahkan rasa kecewa terhadap Umno kerana mempersendakan agama.

“Banyak saya lihat kenyataan pemimpin Umno tidak serius terhadap agama. Dan paling saya tidak boleh terima apabila mereka mempersendakan hudud dan pemimpin MCA mempertikai larangan berjudi di Kelantan.

“Saat itu bermula kesedaran dalam diri saya. Bukan sekali-kali tuduhan pihak tertentu kononnya Haji Zul sekarang sudah tiada duit sebab itu menyertai PAS.

“Macam-macam tuduhan yang dilemparkan terhadap saya. Sebelum ini saya sudah tidak berminat dengan politik dan berhijrah menetap di Sabah negeri asal isteri saya.

“Namun kerana teruk sangat Umno memperlekehkan agama saya muncul kembali di pentas politik,” katanya pada ceramah di Kampung Keting, Dun Jelawat malam tadi.

Beliau menyerah borang menyertai PAS kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Hadir sama Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamed, timbalannya, Hassan Mohamood, Naib Yang Dipertua, Abdul Aziz Kadir, Dr Zaiyadi dan Ketua Cabang PKR Bachok, Mat Yatim Ismail.

Kawasan tersebut merupakan kubu kuat Umno sukar ditembusi sebelum ini. Ceramah diadakan di rumah Mustapha Ahmad bekas aktivis Semangat 46.

Pada Januari lalu seramai 250 penyokong dan ahli Umno dari beberapa cawangan juga menyerah borang menyertai PAS pada program ceramah di Kuchelong.

Tahun lepas Mustapha dan bekas anggota jawatankuasa Umno Bachok, Wan Jusoh Wan Ismail juga menyerah borang menyertai PAS.

Difahamkan beberapa nama besar lagi dalam Umno Bachok dijangka meninggalkan parti itu dalam masa terdekat ini.

Zulkifli berkata, tomahan Umno mengatakan sekiranya Pakatan Rakyat menang bukan Melayu menjadi perdana menteri tidak timbul sama sekali.

“Kalau betullah tomahan itu mengapa ketika Umno kuat dan BN mempunyai kuasa dua pertiga di parlimen tidak melakukan pindaan perlembagaan.

“Umno sendiri tidak berani untuk meminda perlembagaan kerana takut hilang sokongan MCA dan MIC. Jadi dakwaan Melayu hilang kuasa hanya sekadar mahu memancing undi sahaja,” ujarnya ketika ditemui selepas itu. -HD

47 comments:
Write comments
  1. Khairy Jamaluddin Templak PAS Parti Jual Agama Demi Kepentingan Politik DAP

    Tepat dan benar apa yang dikatakan oleh Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin sewaktu Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO semalam. Parti PAS sememangnya bukanlah parti yang memperjuangkan Islam sebaliknya melacurkan Islam demi kepentingan politik mereka semata mata.

    DAP dengan jelas menentang agenda yang dibawa PAS dan kita sendiri dapat lihat bagaimana PAS membisu apabila DAP menentang mereka secara terang terangan. Pejuang PAS yang kononya melaunkan Islam disana sini juga bisu apabila diarahkan oleh kepimpinan PAS untuk duduk diam menghormati DAP.

    ReplyDelete
  2. Khairy Jamaluddin Templak PAS Parti Jual Agama Demi Kepentingan Politik DAP

    Manakala kepada ahli PAS yang menentang DAP mahupun Anwar Ibrahim tindakan tegas diambil oleh parti PAS dengan memecat keahlian mereka seperti mana yang berkaku kepada YB Hassan Ali dan juga YB Nasaruddin yang disingkirkan dari jawatan parti.

    UMNO sejak dulu sehingga kita tidak pernah sama sekali melacurkan Islam demi kepentingan politik. Malah kerana UMNO lah juga perlembagaan Malaysia menjelaskan dengan jelas bahawa lahirnya Melayu di Malaysia ini maka Islam lah agamanya tampa kompromi untuk bertukar kepada agama lain.

    UMNO lah yang memperjuangkan dan memartabatkan Islam sejak dulu, kini dan selamanya. Kerana UMNO lah juga pelindung kepada Islam yang ada di bumi bertuah ini. PAS hanyalah boneka kepada DAP dan pencacai kepada PKR semata mata.

    ReplyDelete
  3. MASALAH kegagalan penyediaan bekalan air bersih dan dirawat kepada keseluruhan penduduk Kelantan seolah-olah tidak diberi perhatian, tiada penyelesaian dan dibiarkan berlalu begitu sahaja.

    PAS Kelantan Islam? Tu Semua Bohong Belaka


    MASALAH kegagalan penyediaan bekalan air bersih dan dirawat kepada keseluruhan penduduk Kelantan seolah-olah tidak diberi perhatian, tiada penyelesaian dan dibiarkan berlalu begitu sahaja.

    Keadaan ini sangat berbahaya buat kira-kira 1.54 juta penduduk negeri itu. Ini kerana penggunaan air mentah dan tidak dirawat dalam kehidupan seharian bakal mengundang risiko kepada kesihatan.

    Sepanjang dua bulan ini, Mingguan Malaysia telah melakukan pemerhatian dan siasatan secara klinikal di Kelantan malah mengambil sampel air dari semua jajahan untuk diuji kaji kualitinya di makmal bertauliah.

    ReplyDelete
  4. MASALAH kegagalan penyediaan bekalan air bersih dan dirawat kepada keseluruhan penduduk Kelantan seolah-olah tidak diberi perhatian, tiada penyelesaian dan dibiarkan berlalu begitu sahaja.

    PAS Kelantan Islam? Tu Semua Bohong Belaka


    Hasilnya memeranjatkan. Selain bahaya air mentah yang tidak bersih dan tidak dirawat, ujian mendapati air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) juga kurang berkualiti.

    Malah air dibekalkan oleh AKSB itu khususnya di Bachok mengandungi logam arsenik dan besi yang boleh menyebabkan kanser dan juga komplikasi kepada hati serta jantung.

    ReplyDelete
  5. MASALAH kegagalan penyediaan bekalan air bersih dan dirawat kepada keseluruhan penduduk Kelantan seolah-olah tidak diberi perhatian, tiada penyelesaian dan dibiarkan berlalu begitu sahaja.

    PAS Kelantan Islam? Tu Semua Bohong Belaka


    Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini berlagak seperti nabi seolah-seolah orang lain tidak Islam hanya orang Pas sahaja Islam.

    Kehebatan Nabi palsunya semakin terselah apabila menuduh tiada faedah Umno menawan negeri ini daripada Pas kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam.

    Justeru timbul persoalan golongan muda Kelantan apabila Islam sangatkah Pas jika keperluan air untuk rakyat Kelantan sejak 21 tahun Pas memerintah perkara itu masih tidak selesai. Malahan kerajaan pusat telah memberikan peruntukan RM600 juta untuk bantu Kelantan selesaikan masalah air itu sejak 10 tahun lalu.

    “Malangnya, sehingga kini masalah bekalan air oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih berlarutan. Kemana duit itu pergi?,” kata pekerja swasta Ahmad Azizi Rahman, 20.

    ReplyDelete
  6. MASALAH kegagalan penyediaan bekalan air bersih dan dirawat kepada keseluruhan penduduk Kelantan seolah-olah tidak diberi perhatian, tiada penyelesaian dan dibiarkan berlalu begitu sahaja.

    PAS Kelantan Islam? Tu Semua Bohong Belaka


    Tu lah masaalah rakyat Kelantan yang dah berpuluh tahun mengalaminya. Benar Gomo nyatakan kerana Gomo sendiri yang merupakan rakyat Kelantan cukup kecewa dengan pentadbiran Kerajaan Negeri yang hancur dalam mentadbir keewangan sehinggakan Hasil balak yang berjuta juta hilang entah kemana.

    Semoga rakyat Kelantan sedar akan masaalah ini dan mengambil inisitif yang terbaik dalam memberikan anak anak dan cucu cicit kita kemudahan selaras dengan oeredaran zaman.

    ReplyDelete
  7. Seramai 300 anggota dan penyokong kuat pakatan pembangkang di Sungai Acheh di sini hari ini menyertai Barisan Nasional (BN) berikutan kecewa dengan pembangkang yang gagal menunaikan janji mereka.

    ReplyDelete
  8. Wakil kumpulan itu Musa Ali, 52, berkata mereka yang terdiri daripada anggota Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di kawasan berkenaan keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.

    ReplyDelete
  9. Semasa berkempen untuk pilihan raya umum pada 2008 lepas, macam-macam mereka janji, tapi bila sudah menang janji hanya tinggal janji.

    ReplyDelete
  10. “Kami dah bagi mandat untuk memerintah Pulau Pinang tetapi pembangkang tidak dapat melaksanakannya, jadi untuk apa kita nak sokong mereka lagi.

    ReplyDelete
  11. Tengok ramai yang kecewa dengan pemerintahan pembangkang. Janji tinggal janji.

    ReplyDelete
  12. Seramai 20 anggota Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Kampung Datuk Abu Bakar Baginda dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  13. Mereka kesal kerana termakan janji-janji manis yang ditabur pembangkang pada pilihan raya 2008 selepas melihat pakatan itu tidak membawa apa-apa pembangunan di negeri Selangor.

    ReplyDelete
  14. Tengok saja sendiri kebanyakan mereka kesal dengan apa yang dilakukan oleh PR kepada mereka. Alasana mesti sama kerana tidak menunaikan janji mereka.

    ReplyDelete
  15. keyakinan terhadap corak pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin dan sentiasa membela nasib rakyat menyebabkan mereka menyertai UMNO.

    ReplyDelete
  16. Bekas ahli Pas, Akhiah Samidin, 57, berkata sewaktu berkempen pada pilihan raya umum ke-12, pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang hanya pandai menabur janji dengan manifesto untuk memperdaya pengundi dan tidak pernah menunaikannya untuk penduduk Kampung Datuk Abu Bakar Baginda.

    ReplyDelete
  17. Kami menyertai UMNO secara sukarela selepas menyedari Pakatan Rakyat tidak mempunyai hala tuju jelas untuk membela nasib rakyat.

    ReplyDelete
  18. Kami sudah sedar, kami akan memujuk rakan-rakan lain kembali ke pangkuan UMNO demi masa depan anak-anak kerana hanya BN akan menjamin masa depan generasi muda.

    ReplyDelete
  19. Sebahagian penyokong Pas membawa pelbagai sepanduk dan poster yang mendesak Pas supaya keluar daripada pakatan pembangkang di Kota Bharu, Kelantan.

    ReplyDelete
  20. Satu lagi demonstrasi diadakan oleh ahli Pas di negeri ini bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang kerana sudah terpesong jauh daripada perjuangan asal mereka untuk menegakkan Islam.

    ReplyDelete
  21. Kumpulan diketuai Zakaria Salleh, 58, yang juga bekas Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) itu turut berpendapat, 'kerosakan' yang berlaku dalam Pas tidak akan dapat dibaiki lagi sekiranya terus bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    ReplyDelete
  22. Ketika ditemui selepas demonstrasi tersebut, Zakaria yang menyertai Pas pada Jun tahun lalu berkata, beliau amat kecewa apabila mendapati Pas tidak memperjuangkan Islam seperti yang digembar-gemburkan oleh pemimpin parti itu.

    ReplyDelete
  23. Saya menyertai Pas kerana tertarik dengan perjuangan parti itu untuk menegakkan Islam dan dipimpin oleh ulama malah saya telah dilantik sebagai penceramah oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    ReplyDelete
  24. Namun keadaan sebaliknya yang berlaku, sudah jelas kini PKR dan DAP melalui ejen mereka iaitu kelompok Anwarinas telah berjaya merosakkan Pas sedikit demi sedikit dan kini sudah parah.

    ReplyDelete
  25. Zakaria bersama 20 rakannya yang mendakwa sebagai ahli Pas, mengadakan demonstrasi di hadapan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini selama 30 minit.

    ReplyDelete
  26. Kumpulan tersebut membawa pelbagai sepanduk dan poster yang mendesak Pas supaya keluar daripada pakatan pembangkang bagi menyelamatkan parti itu daripada terus hanyut.

    Semalam, sekumpulan 20 individu yang mendakwa ahli Pas kawasan Binjal mengadakan demonstrasi bagi menyatakan bantahan terhadap kepemimpinan pakatan pembangkang yang bersetuju dengan cadangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

    ReplyDelete
  27. Parti PAS banyak melakukan penyelewengan untuk meraih simpati rakyat dan sebilangan rakyat yang jahil dan tidak memahami ajaran Islam sebenar akan mudah terpengaruh dengan hujah PAS yang menyeleweng .

    ReplyDelete
  28. PAS sebuah parti yang ekstrim dan taasub.

    ReplyDelete
  29. Ia sentiasa bertindak dengan apa jua cara untuk memuaskan kepentingan politik sempit mereka, walaupun bercanggah dengan ajaran Islam.

    ReplyDelete
  30. Mereka mengajar pengikutnya supaya menolak pendapat orang lain, walaupun benar.

    ReplyDelete
  31. PAS menjuarai perpecahan di kalangan umat Islam. Ini terbukti di dalam peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti mendirikan sembahyang Jumaat berasingan, tidak mengiktiraf juru nikah kerajaan dan sebagainya.

    ReplyDelete
  32. AS mentafsir ajaran Islam berdasarkan kehendak politik mereka.

    ReplyDelete
  33. Segala tindak tanduknya adalah untuk kepentingan kumpulan yang menyokong PAS sahaja.

    ReplyDelete
  34. PAS sebuah parti yang berminat dengan permusuhan sesama Islam untuk mencapai matlamat politik mereka.

    ReplyDelete
  35. Keadaan itu menjadi bertambah parah dengan lahirkan Amanat Haji Hadi yang disampaikan pada 7 April 1981 di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu.

    ReplyDelete
  36. Umum tahu bahawa rata-rata penyokong PAS masih impikan Negara Islam dan hudud serta menganggap ekstremisme sebagai kesempurnaan Islam kerana itulah yang disogokkan oleh pemimpin-pemimpin PAS ke dalam pemikiran mereka sejak dahulu kala, yakni sejak Amanat kafir Hadi Awang.

    ReplyDelete
  37. Seramai 35 anggota dan penyokong PAS dari Kampung Tok Dor dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Jabi, Setiu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO malam tadi.(10 Mac 2013)

    ReplyDelete
  38. Ketua mereka, Ali Bakar, 69, berkata mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti pembangkang itu lalu bertindak keluar secara beramai-ramai.

    ReplyDelete
  39. "Dulu mereka persoalkan dan beritahu bahawa ahli UMNO jadi kafir kerana bersama-sama MCA dan MIC dalam Barisan Nasional, tetapi hari ini PAS pula berkawan dengan DAP, tidak pula dihukumnya," katanya kepada pemberita.

    ReplyDelete
  40. Ali yang menjadi anggota PAS selama lebih 20 tahun berkata, mereka kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang sering berdolak-dalih terhadap pelbagai isu yang membabitkan kepentingan umat Islam termasuk penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam.

    ReplyDelete
  41. "Kami semua baru sedar tipu helah pemimpin PAS yang sering memutar belit isu agama sehingga ramai penyokong PAS terkeliru. Sebelum ini kami ahli PAS pernah bertanya kepada pemimpin kami mengenai kedudukan isu kafir-mengkafir, tetapi tiada seorang pun yang tampil memberi penjelasan menyebabkan kami kecewa dan sudah tidak percaya lagi dengan cakap-cakap mereka," katanya.

    ReplyDelete
  42. Dekat2 PRU ni memang ramai yang keluar masuk parti. apapun alasan mereka, yang penting tiada penyesalan di belakang hari.

    ReplyDelete
  43. Kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini diletakkan sebagai yang keenam terbaik di dunia, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

    ReplyDelete

  44. Perdana Menteri yang memetik laporan World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, berkata, dari segi kecekapan Malaysia yang tergolong dalam kategori negara mempunyai lebih 20 juta penduduk mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis.

    ReplyDelete

  45. ‘‘Di atas kita ialah China, Kanada, Amerika Syarikat, India dan Taiwan.

    ‘‘Bukan kita hendak bohong rakyat kerana kalau bohong, tidak lamalah kerajaan yang sedia ada ini lingkup. Jadi, tak usah fikir pasal gagal... kita tiada pilihan melainkan berjaya, berjaya, berjaya,” katanya.

    ReplyDelete


  46. Abdullah berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada 3,000 kakitangan awam pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kelapan (Mappa VIII) 2008 di sini hari ini.

    ReplyDelete

  47. Majlis itu juga disertai 226 pemimpin korporat daripada sektor swasta dan syarikat milik kerajaan (GLC). Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.