Thursday, March 7, 2013

Zahid Hamidi Didakwa Tunjuk Gambar Palsu?

Di kala media arus perdana di Malaysia menyebarkan gambar panas berkenaan beberapa orang mangsa yang berada dalam sebuah liang lahad selepas serangan dilakukan baru-baru ini, tiba-tiba muncul pula maklumat panas daripada media Filipina yang mempertikaikan kesahihan gambar tersebut.

Menurut laporan media terbabit gambar-gambar yang didedahkan itu adalah [kemungkinan] merupakan mangsa serangan di Selatan Thailand pada tahun 2007.

Menurut sumber, jika gambar yang diperolehi itu datangnya dari para media dan wartawan yang membuat liputan mungkin ia boleh diterima.

Namun bila gambar-gambar yang berkenaan diambil oleh pihak yang berkenaan maka kesaihannya boleh dipertikaikan.

Lantaran itulah dalam pendedahan terdahulu ramai yang mendakwa cara mayat-mayat mangsa yang berada dalam liang lahat itu tidak memungkinkan mereka adalah penceroboh Sulu.

Ini kerana gaya pakaian dan keadaan lokasi yang berkenaan kelihatan tenang, tiada kesan bom malah papan alas lubang berkenaan juga tidak hancur dibom.

Malah mereka juga mempertikaikan mana mungkin penceroboh boleh menggali lubang sebesar itu ketika serangan berlaku.

Mereka tidak mungkin membawa alatan yang membolehkan ia digali sedemikian rupa. Apapun, kini gambar itu masih menjadi misteri yang pastinya akan menimbulkan kontroversi. -PDO

Nur Misuari melalui facebooknya juga mempertikaikan foto-foto yang ditunjukkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Ahmmad Zahid Hamidi semalam.

Cuba lihat:






70 comments:
Write comments
  1. JANGAN PANDANG RENDAH TENTERA MALAYSIA

    Mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu, pemimpin, media dan penyokong-penyokong pembangkang tidak henti-henti memburuk-burukkan pasukan keselamatan kita. Seolah-olah mereka lebih tahu selok-belok berperang daripada pasukan yang sudah puluhan tahun berpengalaman dalam bidang itu.

    ReplyDelete
  2. JANGAN PANDANG RENDAH TENTERA MALAYSIA

    1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong..

    ReplyDelete
  3. JANGAN PANDANG RENDAH TENTERA MALAYSIA

    2. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis, sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis..

    ReplyDelete
  4. JANGAN PANDANG RENDAH TENTERA MALAYSIA

    3. ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu-satunya pasukan yang BERJAYA mengekang komunisme.

    ReplyDelete
  5. JANGAN PANDANG RENDAH TENTERA MALAYSIA

    4. VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini pernah didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL.

    ReplyDelete
  6. JANGAN PANDANG RENDAH TENTERA MALAYSIA

    5. Perisik Malaysia samada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik di dunia. Pada 1988 seorang perisik KGB, Siddiq Ghouse ditangkap kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-penganas lain tanpa mengambil masa yang lama.

    ReplyDelete
  7. JANGAN PANDANG RENDAH TENTERA MALAYSIA

    6. Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM, apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara.

    ReplyDelete
  8. JANGAN PANDANG RENDAH TENTERA MALAYSIA

    7. Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?

    ReplyDelete
  9. JANGAN PANDANG RENDAH TENTERA MALAYSIA

    8. ATM menjadi rebutan amerika dan Britain. Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ?? Di sini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY.

    ReplyDelete
  10. JANGAN PANDANG RENDAH TENTERA MALAYSIA

    9. Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api.!! ini amat memalukan mereka.

    ReplyDelete
  11. JANGAN PANDANG RENDAH TENTERA MALAYSIA

    10. Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagai pasukan elit dari negara-negara rantau ini.

    ReplyDelete
  12. JANGAN PANDANG RENDAH TENTERA MALAYSIA

    11. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO.

    ReplyDelete
  13. JANGAN PANDANG RENDAH TENTERA MALAYSIA

    12. Percaya atau tidak jika dikatakan Komando-komando Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika..hal ini dan diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan negara yang datang untuk garisan mati.

    ReplyDelete
  14. JANGAN PANDANG RENDAH TENTERA MALAYSIA

    13. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu.

    ReplyDelete
  15. JANGAN PANDANG RENDAH TENTERA MALAYSIA

    14. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf..

    ReplyDelete
  16. JANGAN PANDANG RENDAH TENTERA MALAYSIA

    15. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera malaysia pada meja pegawai tinggi. tujuannya membalas dendam kerana jet singapore sering menceroboh ruang udara johor.. mereka melakukan tugas tersebut hanya 1 hari tanpa dapat kesan. kakitangan komplek pertahanan singapore yg terlibat telah dipecat kerana insiden itu..

    ReplyDelete
  17. JANGAN PANDANG RENDAH TENTERA MALAYSIA

    16. Tahukah anda Briged Astros malaysia mempunyai MLRS yang berupaya memusnahkan kawasan 360km persegi dengan hanya satu tembakan serentak? masa mengisi semula hanya 10 minit.. dalam tempoh kurang 30 minit 720km persegi boleh menjadi padang jarak padang tekukur… tak percaya,cari data teknik mengenai roket SS-80…untuk merobek kubu bawah tanah sudah cukup dgn Roket SS-60 dengan fius tertunda..

    ReplyDelete
  18. JANGAN PANDANG RENDAH TENTERA MALAYSIA

    17. ATM adalah satu-satunya angkatan tentera yang belum pernah tewas semenjak merdeka dan sentiasa menjadi orang kepercayaan bagi kuasa dunia untuk mengetuai operasi PBB.

    ReplyDelete
  19. Anak perempuan Jamalul Kiram, yang duk mengaku dirinya Puteri, Jacel Kiram dikantoikan media Filipina apabila memperlihatkan gambar-gambar kejadian di Selatan Thai sebagai kononnya kejadian di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  20. Jacel mempelihatkan gambar konflik Selatan Thai dalam satu sidang media sambil mendakwa ia kejadian pertempuran Jumaat lalu antara pasukan keselamatan Malaysia dengan pasukan yang setia dengan bapanya di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  21. Kurang yakin dengan apa yang dipertontonkan, salah satu media Filipina, GMA melakukan penilitian lanjut terhadap gambar itu dan terbukti ia bukan pencerobohan di Sabah.

    ReplyDelete
  22. GMA mendakwa ia telah berulang kali cuba menghubungi Jacel untuk mendapatkan penjelasan berhubung gambar berkenaan tetapi gagal. Jamalul Kiram bukan Sultan Sulu kerana Kesultanan itu tidak diiktiraf oleh Filipina atau mana-mana kerajaan berdaulat di dunia ini. Ini menjadikan Jacel juga bukan seorang puteri raja seperti yang didakwanya dalam setiap sidang media.

    ReplyDelete
  23. Kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah perlu menghentikan tentangan mereka terhadap pasukan keselamatan negara dan menyerah kalah jika mahu sebarang rundingan dilakukan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    ReplyDelete
  24. Beliau berkata rundingan tidak mungkin boleh dijalankan jika kumpulan bersenjata rakyat asing itu terus-menerus mahu mempertahankan tindakan mereka dengan cara kekerasan.

    ReplyDelete
  25. “Kalau nak berunding, nak apa pun, dia kena berhenti dulu…patut serah diri. Kalau tak serah diri payahlah nak berunding,” katanya

    ReplyDelete
  26. Dr Mahathir berkata sebarang peluang rundingan tidak boleh diberikan dengan mudah sehingga ada jaminan sebarang keganasan tidak akan berulang lagi kerana ianya melibatkan keselamatan penduduk dan anggota keselamatan.

    ReplyDelete
  27. “Kita nak runding pun bukan boleh macam tu saja…mereka ni bunuh orang (anggota keselamatan) kita dengan cara yang kejam. Ini dah timbulkan kemarahan rakan-rakan dan anggota keluarga, kita tak boleh ambil ringan…kerana ia melibatkan perasaan waris orang-orang yang terkorban kerana pertahankan kita,” katanya.

    ReplyDelete
  28. Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan menyiarkan kenyataan Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang dipetik Rappler.com bahawa beliau bersedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikan isu pencerobohan ke atas Sabah.

    ReplyDelete
  29. “Ini perutusan saya kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri) Najib Razak bahawa saya bersedia untuk menghantar cucu saudara saya untuk memulakan perbincangan,” katanya.

    ReplyDelete
  30. Misuari dipetik sebagai berkata bahawa beliau juga secara peribadi bersedia ke Malaysia untuk membantu menyelesaikan krisis yang bermula awal bulan lalu susulan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina menceroboh pantai Sabah dan berkubu di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  31. Mengulas tindakan sesetengah media alternatif yang memanipulasi maklumat mengenai insiden di Lahad Datu, Dr Mahathir menasihatkan masyarakat supaya tidak terbawa-bawa dengan pendekatan tersebut.

    ReplyDelete
  32. Katanya, media propembangkang sememangnya mempunyai agenda melemahkan kerajaan dengan menyiarkan pelbagai cerita palsu dan memanipulasi keadaan yang berlaku.

    ReplyDelete
  33. “Jangan peduli…lama kelamaan akan terbukti siapa yang berbohong dan kita akan tahu mana maklumat salah dan yang mana betul,” katanya.

    ReplyDelete
  34. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang atau Tian Chua perlu berhenti membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap UMNO dan membuat permohonan maaf atas tuduhan yang mengaitkan UMNO dengan insiden di Lahad Datu, Sabah.

    ReplyDelete
  35. “Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengarahkan saya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang telah mengaitkan UMNO terhadap insiden di Lahad Datu, Sabah.

    ReplyDelete
  36. Ini kerana, segala tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej UMNO.

    ReplyDelete
  37. Ia juga turut bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti UMNO yang menjadi tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional yang mentadbir Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik.

    ReplyDelete
  38. Tindakan undang-undang telah diambil melalui Penasihat Undang-undang UMNO, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak terhadap Tian Chua Chang yang juga Ahli Parlimen Batu berkaitan kenyataannya yang seterusnya diterbitkan dalam KeadilanDaily.com. pada 1 Mac 2013.

    ReplyDelete
  39. Notis telah dihantar kepada Tian Chua dengan menuntut beliau dalam masa tujuh hari bermula hari ini, 4 Mac 2013 untuk berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu di atas atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap UMNO.

    ReplyDelete
  40. membuat satu permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya terhadap UMNO.

    ReplyDelete
  41. Katanya, Tian Chua juga perlu menerbitkan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah dan permohonan maaf tersebut dan menyediakan satu akujanji bertulis bahawa beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa serta membayar gantirugi untuk kerosakan reputasi yang teruk dan gantirugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh UMNO berhubung perkara ini.

    ReplyDelete
  42. UMNO tidak memandang ringan terhadap perbuatan fitnah dan sekiranya sebarang maklumbalas tidak diterima berhubung tuntutan terbabit maka bermakna Tian Chua tidak menafikannya dan juga berniat untuk meneruskan penerbitan berunsur fitnah.

    ReplyDelete
  43. Oleh itu, UMNO akan meneruskan prosiding mahkamah terhadap YB Chua Tian Chang tanpa sebarang rujukan kepada beliau termasuklah untuk memfailkan injuksi bagi menghalang penerbitan lanjut berkaitan isu ini.

    ReplyDelete
  44. Kenyataan Tian Chua yang bertajuk ‘Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO – Tian’ dianggap mengandungi kata-kata fitnah yang jahat terhadap UMNO.

    ReplyDelete
  45. i. “Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat”

    ReplyDelete
  46. ii. “…insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO”

    ReplyDelete
  47. iii. “Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.”

    ReplyDelete
  48. iv. “Ada konspirasi oleh Kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.”

    ReplyDelete
  49. Leh pecaya ke media Umngok nih?? Tambahn pulak Zahid hamidi tu. Statement KPN dan Panglima ATM tu takde benda menarik pun utk didengar malah benda sama yg cuba diputarbelit agar nampak tindakan kita hebat. Walhal..hampeh!!

    ReplyDelete
  50. Tiba2 Umngok kaitkn Tian Chua dlm isu pncerobohn LDatu dgn mngatakan Tian Chua mnghina angg keselamatan kita. Bila dia kata? Yg aku dengar hari2 TV 3suku dok kata Tian Chua kutuk/hina tapi yg cakap tu hanya pemberita dan semoleknya tv sbg pnghubung rakyat...kau siarkn ucapan Tian Chua sepenuhnya ( kalu ada le ). Dasar lidah syaitan dr parti syaitan yg dikenali.

    ReplyDelete
  51. Tindakan harus diambil terhadap setiap sindiket haram.

    ReplyDelete
  52. The joining of Sabah in the formation of Malaysia in 1963 eliminates any claim on the state, previously known as North Borneo, said a professor from Universiti Malaysia Sabah (UMS), Assoc Professor Dr Bilcher Bala.

    ReplyDelete
  53. The Social Science School lecturer said as such, any claims made on Sabah today was invalid.

    ReplyDelete
  54. The formation of Malaysia in 1963 eliminates any claim on Sabah.In 1888 Sabah became a British protectorate and under a 1903 protocol, the Philippines came under the control of the United States, but without Sabah included

    ReplyDelete
  55. In 1946 Sabah was handed over completely to the British and in 1963 it became part of Malaysia

    ReplyDelete
  56. he action by Jamalul Kiram III in attacking Sabah, purportedly to claim the heritage of the Sulu sultanate, was a crime which could be regarded a terrorist attack.

    ReplyDelete
  57. On the payment by the Malaysian government to the heirs of the Sulu Sultanate, he said it was just a compensation payment or gift for a 1787 ‘lease permanent’ agreement.

    ReplyDelete
  58. the payment had to be made until death (the term used in the agreement is for as long as there is the moon and stars

    ReplyDelete
  59. the people of Sabah chose to be with Malaysia as contained in the Cobbold Report.

    ReplyDelete
  60. Only the Sulu Sultan regarded the Sabah people as his, but the Sabah people did not recognise the Sultan, except the Governor (now known as the Yang Dipertua Negeri)

    ReplyDelete
  61. the claim that he is the heir of the Sulu Sultanate, even if the Sultan exists, on Sabah is void because of the various agreements.

    ReplyDelete
  62. The fact is, Sulu does not have a government or a country to warrant it the right to make any claim. The claim is just by an individual

    ReplyDelete
  63. Is these really related to UMNO?

    ReplyDelete
  64. Tuduhan tiada bukti ini tidak perlu mengambil perhatian.

    ReplyDelete
  65. Buatlah siasatan jikalau adanya sindiket penipuan untuk mengambil kesempatan.

    ReplyDelete
  66. Kerajaan harus memberi jaminan keselamatan rakyat akan diutamakan.

    ReplyDelete
  67. Masa tersebar gambar anggota polis yang dikatakan dipenggal kepala, ia dikaitkan juga dengan tentera dari Thailand.harap kebenaran yang diperlihatkan dan bukan kepalsuan.

    ReplyDelete
  68. Rakyat perlu yakin dengan kekuatan anggota keselamatan negara dan beri sokongan kepada mereka.mereka bergadai nyawa untuk menjaga keselamatan negara.

    ReplyDelete
  69. kepentingan dan keselamatan rakyat tu yang perlu diutamakan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.