Seorang bekas tahanan ISA mendakwa kumpulannya pernah membantu memproses beribu-ribu kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin di Sabah pada awal 1990-an untuk menjatuhkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada masa itu.
Siti Aminah Mahmud, 63, yang ditahan bawah ISA pada tahun 1995 mendakwa, beliau ditugaskan untuk mengumpul maklumat dan menyerahkan IC kepada ketua kampung di sekitar Sabah untuk diberi kepada warga asing yang kebanyakannya dari Indonesia dan Filipina.
Siti Aminah mendakwa, beliau diminta berbuat demikian bagi membantu Umno bertapak di Sabah dengan memberi IC kepada warga asing di negeri itu.
Bercakap dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, Siti Aminah mendakwa beliau juga diberitahu supaya membantu Umno untuk menewaskan PBS pada ketika itu.
"Masa itu awal tahun 1990. Saya diberitahu supaya tolong parti Umno untuk bertanding di Sabah dan nak kalahkan PBS dengan buat projek IC di Sabah.
"Ada lima peranan yang saya perlu buat iaitu membantu kempen, tambah pengundi Melayu, cari orang kampung pendalaman terutama yang tiada IC di sempadan Sabah-Indonesia dan pastikan kemenangan Umno di Sabah dengan tumbangkan PBS," katanya.
'Diketuai Mahathir sendiri'
Katanya, beliau bekerja tanpa henti untuk projek tersebut dari tahun 1990 hingga 1994, sebelum beliau ditahan bawah ISA pada 1995 atas kesalahan berhubung kegiatan tersebut.
Beliau mendakwa menerima arahan oleh ketua Umno Sabah pada masa itu, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun yang merupakan bekas pemimpin Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno).
Beliau juga mendakwa, Datu Mustapha pada ketika itu memberitahunya bahawa ia merupakan projek yang diketuai perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta timbalan menteri Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.
"Empat tahun setengah berjalan projek itu tanpa henti. Pada 1995 saya sudah berhenti dari projek itu.
"Siapa bagi arahan? Setahu saya projek IC ini adalah diketuai Mahathir sendiri dan diberi kepada kuasa kepada Tan Sri Megat Junid dan (setiausaha Mahathir ketika itu) Tan Sri Aziz Shamsuddin.
“Saya tahu pun sebab masa itu Datu Mustapha kata jangan takut ditangkap. Dia kata ini projek Mahathir dan Tan Sri Megat. Dan Datu Mustapha kata kalau dia menang Umno, dia akan diangkat sebagai Yang Dipertua Sabah.
"Dia beritahu masa itu dalam taklimat beramai-ramai dalam pejabat Umno di Sembulan, Kota Kinabalu pada awal tahun 1990-an,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai proses pemberian kad pengenalan tersebut, Siti Aminah berkata dokumen berkenaan siap dalam tempoh sebulan selepas borang diproses.
'Bukan sikit, berguni-guni'
"Kita beri borang, dan serah kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri dan di pejabat Umno Sembulan. Selepas itu, kita bagi kad pengenalan yang dah siap kepada ketua kampung sahaja.
“Saya tak kenal. Kita pergi lima orang. Satu tulis, satu ambil cap jari dan saya kadang-kadang menyusun borang. Dalam seminggu, dua kali saya pergi ke Sabah.
"Kita cari satu kampung, kita kumpul berapa orang tak ada IC. Motifnya memang macam itu," katanya.
Kad pengenalan itu antara lainnya diedarkan kepada sekumpulan warga Indonesia di satu kawasan Felda di Sandakan, dakwanya.
"Selepas borang dikutip, kita serah pada JPN dan pejabat Umno. Bukan sikit. Berguni-guni. Proses nak dapat kad pengenalan dalam sebulan atau sebulan lebih.
"Lepas kita serah borang, proses itu dalam sebulan kemudian kad pengenalan siap dan serah balik dan hantar ke tempat yang ada nama itu," katanya.
Beliau mendakwa kad pengenalan yang diedarkan itu boleh dikenalpasti melalui kod khas yang diterakan di bahagian belakang dokumen terbabit.
"Kod IC projek Mahathir ialah 04 dan 05. Itu ada di belakang kad pengenalan. Hanya orang JPN sahaja yang boleh kenal pasti," ujarnya lagi.
Setengah juta IC
Ditanya mengenai kekerapan kunjungannya ke Sabah dan jumlah kad pengenalan diedarkannya, Siti Aminah berkata: "Kalau di Kota Kinabalu sebulan lima kali atau enam kali saya ulang alik. Saya sampai ada satu beg plastik tiket ulang-alik. Tapi saya dah buang.
"Dari tahun 1990 hingga 1994 dan awal 1995, kita bagi IC pada orang Filipina dan Indonesia. Tugas saya masa itu ialah berkempen uruskan projek IC. Kalau sudah siap, hantar ke kawasan berkenaan iaitu ke kawasan kampung. Purata saya rasa tak kurang dalam setengah juta dalam masa lima tahun itu.
"Kawasan yang paling banyak ialah di Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kota Kinabalu dan juga di kawasan sempadan Tawau-Indonesia. Dan satu lagi kawasan Semporna. Situ banyak juga sebab di situ tempat orang Filipina," dakwanya.
Katanya, kesemua kira-kira 100 individu yang terlibat dalam kumpulannya merupakan orang awam yang tidak bekerja dengan JPN.
Ditanya lanjut sama ada tujuan pemberian IC itu adalah untuk pilihan raya dan bagi memberi sokongan kepada Umno, Siti Aminah berkata: "Memang diarahkan untuk pengundian. Kita akan cakap pada ketua kampung yang dipanggil 'tok' supaya tolong arahkan anak-anak buahnya (yang menerima IC) mengundi Umno.
"Tapi sama ada satu ketua kampung ada ambil duit saya tak tahu. Tapi kita pergi ke sana sini memang guna duit. Tapi saya tak tahu dari mana duit itu," katanya lagi.
Katanya, beliau menjalankan tugas berkenaan secara sukarela dan tidak mendapat bayaran untuk tempoh berbulan-bulan dan hanya diberikan elaun pengangkutan.
“Saya memang sukarela dan saya pergi sebagai memperjuangkan parti Umno sebab saya ahli umno di Johor pada masa itu. Sebab itu saya dipanggil untuk berkempen di Sabah," katanya lagi.
Siti Aminah berkata, namanya tidak disenaraikan sebagai saksi di siasatan suruhanjaya diraja (RCI) Sabah namun beliau amat berharap agar dapat hadir dan memberi keterangan.-MK
Friday, March 1, 2013
Bekas tahanan ISA dakwa bantu proses IC di Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mana RCI? panggil cepat org ini. biar terburai semua kerja terkutuk umno menghancurkan masa depan sabah. demi tamak kuasa, sanggup menggadai negeri sabah kpd pendatang.
ReplyDeletesekarang ini sudah setengah daripada jumlah penduduk sabah merupakan pendatang. bila2 saja sabah ini jatuh ke tangan filipina atau pemerintahan beralih tangan kepada pendatang.
kalau tidak percaya, tunggu saja 30 - 50 tahun akan datang. sabah pasti bukan lagi dalam malaysia. sabah akan menjadi sebahagian negara filipin.
kepada anak jati sabah, rancanglah masa depan anak2 anda. sabah tidak lagi selamat untuk generasi kita. kalau org setuju menjadi rakyat filipina, maka bertahanlah di sabah tetapi bagi kita yang tak rela jadi rakyat filipina, kenalah merancang sesuatu.
Jadi imej Anwar yg berusaha menjatuhkan PBS ni sudah bersihlah, ya? Brapa Anwar bayar kau, kaldai? Tun Mustapha sendiri oleh Sulu` yg amat memerlukan IC bagi saudara mara & pengikutnya. sudah tentulah dia jual nama siapa2 yg boleh dijual. dia sendiri anti Mahathir..kau tau? seronoknya jadi orang JPN. dapat duit rasuah utk I.C pun senang2 cuci tangan.....kau bersumpahlah dgn nama Allah..Junjung Al Quran di setiap perhimpunan yg kau ini tidak juga dibiaya oleh sesiapa!
ReplyDeleteTimbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dipertanggungjawabkan menyiasat masalah itu yang berlarutan di negeri ini.
ReplyDeleteBeliau menegaskan Anwar perlu berbuat demikian kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, dan menurutnya “beliau (Anwar) seorang amat berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah”.
ReplyDelete“Jangan jadi hipokrit, mungkin dengan pengetahuan hal sebenar atau “dalaman” itu, Anwar boleh membantu memberikan maklumat…jadi beritahu perkara sebenar kepada RCI. Beliau tidak usah main politik. Sekurang-kurangnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), perdana menteri kita mahu mengetahui kebenarannya dan meluluskan penubuhan RCI untuk mengenal pasti punca masalah itu.
ReplyDelete“Kita tidak patut buat kesimpulan dan menyalahkan pihak tertentu hanya kerana keterangan oleh beberapa bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Kita patut biarkan RCI selesaikan tugasnya…apa yang kita mahukan ialah penyelesaian muktamad,” katanya
ReplyDeleteOleh itu, Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata rakyat sepatutnya menghargai dan menyokong Najib bagi langkah berani beliau dalam menubuhkan RCI.
ReplyDelete“Sebaik sahaja RCI menyelesaikan tugasnya, dengan itu kerajaan akan mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan perkara itu.
ReplyDelete“Mereka yang layak dan memperoleh kewarganegaraan menerusi prosedur sah tidak sepatutnya dihukum dan mereka yang memperolehnya secara tidak sah atau “ikut pintu belakang’ kewarganegaraan mereka perlu dibatalkan. Itu lah cara yang betul,” katanya.
ReplyDeleteMelahirkan keyakinan masalah pendatang tanpa izin akan dapat diselesaikan di oleh kerajaan pimpinan Najib, Salleh berkata penduduk jati Sabah perlu sabar menunggu penyelesaian itu.
ReplyDeletekepada sesiapa yang menyokong pemberian ic oleh kerajaan BN kepada pendatang, pindahlah p lahad datu ka sandakan ka tawau ka semporna ka sbb daerah inilah yang orang2 sulu mau tuntut sebagai milik mereka. inda lama lai sebahagian sabah akan menjadi negara filipin.
ReplyDeletetentera malaysia pun tidak sampai 1,000,000 orang. kalau orang filipin yang berjumlah 800,000 itu menyerang sabah, dalam 2 3 hari saja sabah ditawan. 800,000 belum campur PTI yang lagnsung tiada dokumen mangkali jumlah org filipin di sabah sudah mencapai angka sejuta orang.
nahh''.. terimalah korang akibat kerakusan BN mendapat kuasa politik. nasib baik aku di luar sabah kalau aku tinggal di sabah, sudah lama kau mati skit jantung sbb inda lama lagi sabah akan jadi medan tempur org2 pendatang dan tentra malaysia. masa itu tentu ramai org klampung ka org bandar yang mati katak terkena peluru sesat'' palis paliss''
IT MAY THE OPPOSITION TRICK....WHO KNOWS???
ReplyDeleteo_O Don't be taken in by Pakatan's lofty promises'
NOT WALKING THE TALK: Their leaders have a history of not fulfilling promises, say former PKR MP, ex-DAP vice-chairman
IT MAY THE OPPOSITION TRICK....WHO KNOWS???
ReplyDeleteDon't be taken in by Pakatan's lofty promises'
o_O FORMER Parti Keadilan Rakyat and DAP leaders have shot down Pakatan Rakyat's 2013 manifesto, stating that speaking from experience, they know it is full of hot air.
o_O Member of parliament for Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin, said the people should not be fooled by Pakatan's lofty promises.
o_O It is not a question of what they promise, but whether they can actually deliver. - Datuk Zulkifli
o_O Reminding the people of what happened to Kampung Buah Pala in Penang, which was demolished, despite promises by PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to save the village, Zulkifli said: "They (DAP-led state government) had blatantly dishonoured the promise that was made during the 2008 general election campaign.
o_O "Villagers, who believed what was promised to them, ended up being betrayed once the elections were over.
"Instead of getting land grants, they witnessed bulldozers demolishing their ancestral homes." - Zulkifli
o_O Pakatan's manifesto was made up of promises which were preposterous in nature.
"They have no expertise in the areas being promised such as taking into consideration factors like budget, manpower and expenditures, and their input amounts to nothing practical.
"They are just fishing in troubled waters," --- Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
o_O Pakatan needed to take a more holistic view of the nation's needs and not come up with raw figures, without considering the impact on national development.
"The country needs an equitable distribution of wealth, where every state, regardless of the ruling party, plays a role in the development of the nation as a whole." - Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
PEOPLE IN THE SITUATION OF HARD TO BELIVE NOW!
so, people! dont easily belive on pembangkang! u will ruin then!
ReplyDeleteSepatutnya org sebegini ditembak jer. Barua UMngok yg mnjual warganegara kpd rakyat asing. Mentang2 nampak PR yg diterajui oleh inan mulai DS Anwar akan mnerajui negara,kamu pon tumpang semangkuk utk bersih maruah kamu yg dah jadi barua umngok,begitu?
ReplyDelete**Raja sulu'
As a Sabahan, I urge all parties to not exploit the Government's honesty by raising sensitive issues relating to the RCI as it could affect harmony in the State
ReplyDeletewe should appreciate the Government's sincerity and transparency in dealing with the illegal immigrant problem in Sabah and to not politicise the good work.
ReplyDeletethe RCI's task is still not complete.
ReplyDeleteSabah does not belong to any absolute party but to Malaysian citizens and such awareness should be present in each person so that prosperity could be enjoyed for generations.
ReplyDeleteall quarters to let the RCI perform its tasks, instead of criticising and blaming certain people.
ReplyDeleteIt is better to wait for an outcome of the Royal Commission of Inquiry on Sabah's illegal immigrant problem before making any comments
ReplyDeletewhat was important for the state right now was to move forward and make a better decision in the future.
ReplyDeleteit was still too early to make any decision or give any comment on claims made at this point in the hearing
ReplyDeleteIt is best for the RCI do its job
ReplyDeleteIt is better to wait for an outcome of the Royal Commission of Inquiry on Sabah's illegal immigrant problem before making any comments. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had announced the setting up of the RCI to investigate long-standing problems related to illegal immigrants in Sabah as the Government was committed to resolving the issue, which could affect the well-being of people in the state.
ReplyDeleteMustapha is nothing but a prank.
ReplyDeleteISA detainees have a lot to reveal.
ReplyDeletePelbagai dakwaan suda ni.
ReplyDeletePatut la ramai muka yAng macam monyet di sini
ReplyDeleteBekas tahanan ni semua rupanya banyak juga.
ReplyDeleteMantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir hari ini mengakui bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam memberikan kad pengenalan (IC) dan kewarganegaraan kepada pendatang asing haram di Sabah walaupun tidak disuruh oleh beliau.
ReplyDeleteDr Mahathir memberitahu beliau tidak pernah memberikan sebarang arahan kepada bekas timbalan perdana menteri itu semasa pentadbirannya untuk mengarahkan pegawai di Sabah memberikan IC dengan sewenang-wenangnya.
ReplyDelete"Dia (Anwar) selalu mengambil langkah sendiri, kadangkala lebih daripada yang diarahkan.
ReplyDelete"Selalu yang berlaku berbeza sama sekali dengan arahan daripada pihak atasan," kata beliau.
Revelation.
ReplyDeleteAnd this is something we need to probe into.
ReplyDeleteMenurut Dr Mahathir lagi, pegawai yang bertanggungjawab dalam projek IC di Sabah telahpun didakwa di mahkamah dan kerajaan telahpun mengambil tindakan keatas individu tersebut.
ReplyDeleteAdakah yang lain itu telah lari entah ke mana?
ReplyDeleteThis is serious allegation though.
ReplyDeleteAnd very very serious.
ReplyDeleteAnwar mempunyai kuasa dalam isu pemberian IC di Sabah dan arahan datang bukan daripada beliau yang mentadbir negara ketika itu menurut Mahathir.
ReplyDelete"Dia telah campur tangan dalam isu tersebut," kata Dr Mahathir sambil menambah perkara yang berlaku merupakan salahguna kuasa dan telah dilaksanakan tidak mengikut lunas perundangan.
ReplyDeleteThe initial skepticism on the integrity and independence of the Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate the extraordinary increase in the population of Sabah has been proven wrong so far.
ReplyDeleteUnited Pasokmomogun KadazanDusun Murut Organization (UPKO) deputy secretary general Senator Dr Lucas Umbul in a statement yesterday said that witnesses who had testified so far had given their evidence and statement with ease without fear or favour.
ReplyDeleteHe therefore urged all quarters to not comment on the proceeding for fear that what they say could intimidate other witnesses, thus preventing them from giving evidence.
ReplyDelete“No one should make any conclusion at this point in time because there are still many more witnesses to come and members of the RCI need to be given ample space and time to complete their investigation,” added Dr Lucas who is also the UPKO Tenom Divisional chief.
ReplyDeleteHe was of the opinion that one can only give a fair comment and opinion once the RCI has completed the public inquiry, written the report and made it public.
ReplyDeleteDr Lucas also expressed his satisfaction on the people’s appreciation to the decision by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his administration to establish the Commission.
ReplyDeleteHe added that the decision was made possible simply by the basic principle and leadership approach by the Najib administration which is; 1 Malaysia (inclusiveness), People First (giving priority to the people’s concern and aspiration); Performance Now (implementation with integrity and competency).
ReplyDeleteThe establishment of the RCI is not a mere slogan but implemented with vigor within the underlying theme of transformation namely, political transformation, government transformation and economic transformation.
ReplyDelete“In short the Najib administration represents a new and transformed government. Najib is genuinely implementing political transformation as evidence in the government’s decision to abolish several laws which have been described by various quarters as draconian such as the Internal Security Act (ISA) and the University and Colleges Act and the like.
ReplyDelete“Surely, Najib as the Prime Minister must have been confronted with various challenges in arriving at a decision to establish the RCI. However the challenges are understandable because the extraordinary increase in the population of Sabah is historical in perspective all of which happens during the tenure of two previous administrations,” he said.
ReplyDeleteDr Lucas also disclosed that UPKO secretary general Datuk Wilfred Madius Tangau has been subpoenaed to appear before the RCI and is ready to attend as a witness.
Siti Aminah tidak patut dipersalahkan dan dikenakan tahanan ISA..sepatutnya yang dikenakan ISA ialah pengkhianat negara Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya yang terlibat.
ReplyDeleteAnonymous March 1, 2013 at 10:33 AM..ko salah satu projek IC c mahadir ka.... baik ko balik pelipin sana..
ReplyDeleteAnonymous March 1, 2013 at 10:33 AM....memang mahataik punya kerja semata2 nak tumbangkan pbs masa itu...kalau bukan cara ini pasti sampai sekarang UMNO/BN xda di kepulaun borneo...mampuslah ko UMNO/BN...parti tiada guna...puiii
ReplyDeleteBangunlah rakyat sabah jangan banyak tidur, negeri dah kena ceroboh
ReplyDeleteAminah dah masuk PKR ke? patutlah buat pndedahan. buat pendedahan baca skrip ke?
ReplyDeletePKR sila jgn terima manusia yg pernah jadi penjual kedaulatan negara kpd warga asing. Dah ramai PATI di Sabah malah jadi baruah UMNO lagi.
ReplyDeleteTuduhan ini berat, perlu ada bukti yang kukuh.
ReplyDeletePelbagai dakwaan timbul, tidak tau mana yang mau percaya.
ReplyDeleteapa apa pun org sabah yg jadi mangsa...
ReplyDelete