Seorang anggota tentera Malaysia terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan anggota 'tentera diraja Sulu' di Sungai Nyamuk di Lahad Datu pagi ini.
Manakala lewat petang ini, diumumkan bahawa seorang lagi anggota tentera meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lahad Datu.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zain berkata, pasukan keselamatan bertembung dengan lima anggota penceroboh pada jam 7.45 pagi ini ketika melakukan operasi pembersihan di kawasan sekitar Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu.
Zulkifeli (kiri) berkata penceroboh berundur ke bahagian atas Sungai Nyamuk dan anggota mengekori mereka dan diikuti dengan pertempuran pada kira-kira jam 10.45 pagi.
Dalam pertempuran itu, katanya pasukan keselamatan membunuh tiga penceroboh, tetapi malangnya, seorang anggota pasukan keselamatan turut dibunuh.
Bercakap dalam satu sidang akhbar lewat petang ini, Zulkifeli berkata ini adalah korban pertama yang dialami pasukan keselamatan Malaysia sejak Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac.
Bagaimanapun, bercakap dalam satu sidang akhbar lewat malam ini, Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata dua penceroboh telah ditembak mati kerana pasukan keselamatan hanya menemui dua mayat.
Apabila ditanya mengenai kenyataan Zulkifeli sebelum ini, Hamza menjawab: "Tidak, saya tidak menafikan ia, mungkin beliau mendapat laporan awal, mungkin bilangan musuh yang ditembak tiga, tetapi hanya dua mayat ditemui."
Katanya, mungkin seorang lagi penceroboh mengalami kecederaan dan menyelamatkan dirinya (dan melarikan diri)," katanya.
Menurutnya lagi, pertempuran yang berlaku antara jam 9 pagi hingga 1.50 tengahari, di mana seorang anggota tentera cedera.
Hamza berkata, seorang lagi anggota tentera meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, apabila dia "hilang kawalan" ke atas trak tentera ketika dalam perjalanan pulang dari pekan Lahad Datu ke Cenderawasih.
Menurutnya, anggota tentera itu cedera parah dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Manakala seoran glagi anggota tentera dalam trak tersebut cedera di pipinya. [Baca berita penuh]
Senarai anggota keselamatan terkorban
Sementara itu mengikut laporan Bernama, berikut adalah senarai anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah:
- 1 Mac 2013 - ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69.
- 1 Mac 2013 - Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69.
- 2 Mac 2013 - ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.
- 2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.
- 2 Mac 2013 - Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
- 2 Mac 2013 - L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
- 2 Mac 2013 - Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
- 2 Mac 2013 - Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
- 12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.
aLFATEHAH....semoga roh keduanya ditempat bersama para shuhadah...AMIN!!!
ReplyDelete