Senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) hampir siap dengan sedikit sebanyak perubahan mungkin dilakukan sebelum diumumkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, perubahan mungkin dibuat untuk memastikan calon yang dipilih itu adalah yang terbaik dan boleh menang.
"Senarai calon ini bila tiap-tiap kali kita tengok, kita nak buat perubahan tetapi mungkin tiada masa lagi... kita semak, belek-belek dan terfikir mungkin ada calon yang lebih baik.
"Saya rasa proses itu sampai saat kita umum nanti mungkin ada sedikit sebanyak perubahan, tetapi asasnya sudah ada, kebanyakan kawasan telah kita putuskan, sesiapa yang dikategorikan sebagai winnable candidate (calon boleh menang) akan kita calonkan sebagai calon," katanya dalam program "Conversation With The PM" yang disiarkan di TV3 malam ini.
Najib berkata BN juga akan menentukan pembahagian calon yang sebaik mungkin di kalangan parti komponennya agar calon tersebut diterima oleh masyarakat tempatan dan mencerminkan kehendak rakyat.
"Kita juga ada pertimbangan berdasarkan kepada parti komponen kita sebab kita keluarga besar, 13 buah parti jadi kita kena tentukan pembahagian yang difikirkan mencerminkan komposisi keluarga BN.
"Maka, tidak semestinya kita dapat memenuhi harapan dan tuntutan semua pihak di peringkat kawasan tetapi kita akan cuba menentukan calon yang sebaik mungkin," katanya.
Menjawab soalan daripada seorang pembaca akhbar The New Straits Times mengenai pembaharuan proses pilihan raya, Najib berkata kerajaan komited untuk mengukuhkan proses pilihan raya dan menegaskan bahawa pilihan raya di Malaysia sentiasa dijalankan secara adil dan bebas.
"Jika pilihan raya tidak dijalankan sedemikian rupa, kita mungkin tidak hilang dua pertiga majoriti dan hilang lima negeri pada pilihan raya umum 2008. Kelantan tidak akan diperintah pembangkang lebih daripada 20 tahun," katanya.
Najib berkata kerajaan juga mempertimbang beberapa tuntutan daripada pelbagai kumpulan seperti Bersih dan kebanyakan daripada tuntutan itu telahpun dipenuhi.
"Buat pertama kali, kita akan memperkenalkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya akan datang dan buat pertama kali juga, rakyat Malaysia yang tinggal di seberang laut juga dibenarkan untuk mengundi," katanya.
- Bernama
Tuesday, March 12, 2013
Senarai calon BN hampir siap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
siapa yang tidak dicalonkan kena terima hakikat
ReplyDeleteSemoga calon yang di pertandingkan adalah seorang yang mengutamakan rakyat.
ReplyDeleteJentera BN bersedia untuk menghadapi PRU.
ReplyDelete