Wednesday, March 6, 2013

Gambar operasi di Kg Tanduo didedahkan

Kerajaan mendedahkan gambar dan mengesahkan sekurang-kurangnya 13 kematian susulan operasi pengeboman yang dijalankan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata langkah tersebut bagi membuktikan bahawa kejadian yang berlaku bukan satu rekaan tetapi realiti yang berlaku di lapangan.



Menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media sama menunjukkan kepada wartawan gambar sembilan mayat dalam satu longgokan.

Beliau turut menunjukkan gambar seorang penceroboh yang ditembak mati pagi ini.

Gambar ketiga menunjukkan satu kawasan pengebumian yang tidak memperlihatkan sebarang mayat, namun Hishammuddin mendakwa terdapat tiga mayat di dalam lahad tersebut.

Hishammuddin juga enggan mendedahkan keseluruhan jumlah kematian di pihak musuh, kecuali yang dirakam dalam gambar tersebut.

Selain kematian pada pagi ini, belum dapat dipastikan sama ada 12 yang selebihnya maut semasa serangan semalam atau pertempuran pada hari Jumaat lalu.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan jumlah yang terbunuh dalam serangan semalam, tetapi menegaskan tiada pihak keselamatan kita yang terbunuh.

Seramai 14 orang terbunuh dalam pertempuran pada hari Jumaat lalu - 12 penceroboh dan dua orang komando polis kita.

Dalam sidang media selepas itu, Panglima ATM Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin timbunan mayat yang ditemui dalam satu lahad di Kampung Tanduo adalah korban dalam pertempuran yang berlaku pada hari Jumaat.

Keseluruhan lima keping gambar yang didedahkan hari ini menunjukkan barisan senjata yang dirampas serta aktiviti pasukan forensik dalam kawasan operasi. -MK

39 comments:
Write comments
  1. 13 bodies found, Zahid slams critics

    LAHAD DATU: Police recovered 13 bodies of Sulu gunmen during their ‘mopping up’ and search operations at Kampung Tanduo yesterday.

    Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said 12 of the bodies were found buried in shallow graves in two separate locations within the red zone, while the other was that of an intruder killed during a shoot-out around 6.45am.

    “After the ‘mopping up’ and search operations, the forensics team was sent in to check the bodies. Even so, it was not safe because at 1.45pm, they were attacked, but, thankfully, no one got injured,” he told a media briefing at Felda Sahabat.

    It appeared that the Sulu intruders performed a mass burial for their fallen comrades as nine bodies were found in one grave, while another three were buried in another.

    Several photographs of the ‘Ops Daulat’ taken by the security forces were distributed to the media, including photographs of the terrorists’ bodies in a grave. Also distributed was the photograph of a forensic personnel who was attacked by the intruders while inspecting a grave in the village and firearms seized by the security forces.

    Ahmad Zahid slammed criticism over the handling of the stand-off, which is entering its fourth week in the social media that belittled the action of the security forces’ front line by describing it as a drama.

    “This is not staged. It is reality, and we cannot move fast due to the geographical land form of the area.

    “We hope the social media will not undermine the work done here. This may be the first collaboration between the police and armed forces, but we are doing a good job.

    “These photographs show that our security forces have the efficiency to carry out the operation. This is not a drama,” he said.

    Also present at the briefing was Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

    Meanwhile, in the security forces believed they have gunned down more intruders in another shootout in Kampung Tanjung Batu, here, yesterday.

    However, Inspector General of Police Tan Sri Ismail Omar said they had yet to ascertain the number of enemies slain.

    “Operations begun at 3pm in Kampung Tanjung Batu (some five kilometres from Kampung Tanduo). Shots were fired at around 4.15pm and there was exchange of fire. We believe several of them were shot but cannot ascertain the number as yet. “We believe they are still in hiding in the kampung,” he said during a joint media briefing with Armed Forces Chief General Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yesterday.

    There were two clashes around the village as members of the military forces and police carried out sweeping and mopping operations. “Thankfully none from our security forces were injured in the two shootouts,” said Zulkifeli.

    He said the mopping up and search operations were carried out as planned. Both Zulkifeli and Ismail thanked Malaysians for the text messages and words of encouragement for them and the security forces. “We thank Malaysians for their confidence and trust in us,” said Zulkifeli.

    ReplyDelete
  2. Cuma ada pihak yang cuba reka cerita untuk kepentingan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  3. Jika benar ini satu sandiwara apa kata kerahkan mereka-mereka itu untuk berperang bersama dengan pasukan keselamatan.

    ReplyDelete
  4. Baru mereka tahu sendiri adakah ini sandiwara atau pun bukan.

    ReplyDelete
  5. Kita seharusnya memberikan sokongan kepada pasukan kita untuk bertempur demi negara ini.

    ReplyDelete
  6. Kita doakan agar pencerobohan ini tidak berpanjangan dan akan tamat dengan segera.

    ReplyDelete
  7. Hishammuddin berkata Najib dijadual memantau perjalanan dan akan diberi taklimat perkembangan terkini operasi.

    ReplyDelete
  8. "Secara peribadi saya dan Zahid cukup menunggu kehadiran beliau. Sebelum ini kami hanya menghubungi perdana menteri melalui telefon dan hari ini beliau sendiri turun untuk melihat sendiri keadaan di lapangan," katanya.

    ReplyDelete
  9. Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata selain bertujuan memantau perjalanan operasi dan memberi semangat kepada pasukan keselamatan, kedatangan Najib adalah untuk melihat kelengkapan logistik dan kebajikan anggota bertugas.

    ReplyDelete
  10. "Empat faktor ini yang menjadi latar belakang lawatan perdana menteri ke lapangan," katanya.

    ReplyDelete
  11. Beliau berkata ini bukan kali pertama Najib turun ke 'ground zero' kerana beliau yang pernah menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun, telah ke Bosnia and Herzegovina, Timor Leste, Lubnan dan yang terakhir ke Gaza.

    ReplyDelete
  12. Penduduk beberapa buah kampung di Lahad Datu yang terpaksa dipindahkan ekoran kejadian pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina, yakin pasukan keselamatan negara akan menyelesaikan isu itu.

    ReplyDelete
  13. Penduduk Kampung Tanduo, Tanjung Labian, Tanjung Batu, Tanagian dan Sungai Bilis yang kini ‘berkampung’ di Dewan Embara Budi dan Dewan Fajar Harapan juga memberitahu mereka kini berasa lebih selamat dengan kawalan ketat pasukan keselamatan negara.

    ReplyDelete
  14. Sambil mengharapkan pasukan keselamatan dapat menghapuskan saki-baki kumpulan itu dalam masa terdekat, Ketua Masyarakat Kampung Tanjung Labian Assaffal Alian, 48, berkata ada penduduk masih trauma dengan kejadian itu.

    ReplyDelete
  15. “Namun kawalan yang ketat 24 jam yang dilaksanakan polis, tentera serta JPAM (Jabatan Pertahanan Awam) sedikit sebanyak meredakan ketakutan yang dialami mereka.

    ReplyDelete
  16. “Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana mengambil tindakan tegas mengusir penceroboh yang amat menyusahkan kita semua,” katanya.

    ReplyDelete
  17. Penduduk Kampung Tanjung Labian, Musli Jaafar, 52, berkata beliau sekeluarga meninggalkan kampung dalam keadaan sehelai sepinggang selepas diarah pihak keselamatan mengosongkan rumah Ahad lepas.

    ReplyDelete
  18. “Pengalaman ini amat menakutkan. Kemudian pada Selasa lepas saya dengar bunyi letupan bom di Kampung Tanduo. Inilah yang sepatutnya pengganas terima dan tindakan kerajaan itu betul,” katanya.

    ReplyDelete
  19. Musli berkata walaupun berhadapan dengan ancaman bahaya daripada kumpulan pengganas terbabit, beliau yakin pasukan keselamatan mampu menyelesaikannya dan mereka berasa selamat di bawah kawalan pasukan keselamatan negara.

    ReplyDelete
  20. “Kerajaan pada saya amat-amat serius untuk menangani permasalahan ini. Saya yakin dalam dua atau tiga hari ini semuanya akan selesai,” katanya yang ditempatkan Dewan Serbaguna Embara Budi, kira-kira 10 kilometer dari Kampung Tanduo.

    ReplyDelete
  21. 15,500 penduduk di Felda Sahabat Kampung Tanduo, Lahad Datu, lokasi di mana berlakunya percerobohan pengikut Sultan Kiram berada di dalam keadaan selamat dan tidak terjejas dalam pertempuran antara anggota keselamatan negara dan puak penceroboh.

    ReplyDelete
  22. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, para penduduk di sekitar kawasan tersebut juga tidak menghadapi sebarang masalah untuk mendapat bekalan makanan dan sebagainya, kerana Felda Sahabat di Kampung Tandou itu lengkap dengan pelbagai kemudahan asas.

    ReplyDelete
  23. “Setakat ini, semua penduduk termasuk pekerja di kawasan Felda Sahabat yang menjadi lokasi pencerobohan pengikut Sultan Kiram selamat. Kita telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak membenarkan mereka keluar khususnya di Felda Sahabat 3, 4 dan 5.

    ReplyDelete
  24. “Manakala operasi di ladang-ladang dan kilang kepunyaan Felda berjalan seperti biasa melainkan kawasan yang diduduki oleh penceroboh yang terletak di Felda Sahabat 17. Selain daripada Sahabat 17, Felda Sahabat 18, 19, 22 dan 26 juga dianggap sebagai kawasan sebagai kawasan hitam,” jelasnya

    ReplyDelete
  25. Selain itu, kawasan Felda Sahabat di Kampung Tanduo itu turut dijadikan pusat operasi anggota keselamatan negara memandangkan kawasan tersebut amat strategik untuk menjalankan operasi ketenteraan.

    ReplyDelete
  26. “Di situ ada pelbagai kemudahan termasuk janakuasa elektrik, jeti dan lain-lain. Ia amat sesuai untuk dijadikan pusat operasi ketenteraan oleh anggota keselamatan negara. Warga Felda juga memberikan kerjasama yang baik dalam membantu pihak anggota keselamatan dalam menjalankan tugas mereka.

    ReplyDelete
  27. “Malah kawalan keselamatan di sekitar kawasan tersebut turut dijalankan oleh Polis Bantuan Felda (FELSCO) bagi membantu anggota polis dan pihak tentera untuk mengawal keselamatan di kawasan terbabit. Manakala pekerja-pekerja ladang di Felda 17 yang dikategorikan sebagai kawasan hitam seramai 130 orang telah dihantar ke kawasan ladang lain,”ujarnya.

    ReplyDelete
  28. Felda Sahabat mempunyai 46 buah ladang daripada 55 ladang Felda di seluruh Sabah yang berkeluasan 101,929.86 hektar. Manakala, sebanyak sebanyak sembilan buah kilang daripada 11 buah kilang Felda di Sabah terletak di Felda Sahabat di mana empat kilang berada di Kampung Tanduo.

    ReplyDelete
  29. “By invading Sabah, the intruders have effectively revoked any agreement, so Malaysia does not have to pay anything,” said Siva.

    ReplyDelete
  30. Suluk community show their support for the government in protecting the country from the armed group from Sulu.

    ReplyDelete
  31. the intrusion at Lahad Datu by the Sulu gunmen was unacceptable.

    ReplyDelete
  32. the Suluk community do not support the armed group from Sulu and appreciate the action taken by the security forces to protect the state

    ReplyDelete
  33. the Suluk community and Umno of Batu Sapi parliamentary constituency also peacefully demonstrated their feelings through placards and banners condemning Pakatan Rakyat (PKR) vice-president, Tian Chua’s statement.

    ReplyDelete
  34. They claimed that Tian Chua was rude and inhumane for alleging the Lahad Datu incident was a Barisan Nasional conspiracy.

    ReplyDelete
  35. some of Suluk association leaders had lodged a police report on Tian Chua at Sandakan Town Police Station after the demonstration.

    ReplyDelete
  36. The situation in the waters around Sandakan is safe and fishing activities can be carried out as usual. We have several maritime agencies that look after us and the waters.

    ReplyDelete
  37. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said Sabah would continue to be maintained as a state within Malaysia and no one should dispute that absolute status.

    ReplyDelete
  38. the question of Sabah being within Malaysia should not be raised because that matter was contained in the national legislation.

    ReplyDelete
  39. the Cobbold Commission had held a referendum and two-thirds of the people in Sabah agreed to the state being a part of Malaysia.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.