Tangkal bertulis kalimah al-Quran ditemui pada mayat seorang daripada pengganas dan amat menyedihkan kerana tangkal itu turut dipakai di celah kelangkang.
Menurut sumber, tangkal itu ditemui pada mayat pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara di Kampung Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi kelmarin.

“Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan terkejut menemui tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah kelangkang serta di pinggang.
“Kemungkinan pemakaian tangkal itu bertujuan menjadikan mereka kebal, namun terbukti perbuatan itu sebenarnya sekadar amalan syirik kerana dia akhirnya terbunuh akibat terkena tembakan,” katanya.
Pengamal perubatan Islam Sharhan Shafie ketika mengulas tindakan pengganas Sulu itu memakai tangkal berkenaan berkata, ia dianggap sebagai amalan sihir kelas pertama.
“Dalam pengamalan sihir ini, semakin Allah murka, semakin ilmu itu menjadi. “Mungkin itu pertimbangan pengganas terbabit menyebabkan dia tergamak meletakkan ayat al-Quran di tempat yang tidak bersih kerana hampir dengan kemaluan,” katanya.
Menurutnya, pemakai tangkal seperti itu yakin pihak musuh menghadapi kesukaran ketika berdepan mereka dengan bantuan ghaib termasuk pandangan dialihkan menyebabkan mereka terselamat walaupun berada dalam kepungan.
“Ia dimurkai Allah selain sihir kelas pertama seperti dinyatakan Rasulullah. Saya syorkan anggota keselamatan beragama Islam membaca surah al-Furqan ayat 23 bagi menghindari sihir diamalkan musuh,” katanya.
Read more: http://beritamy.blogspot.com
Sunday, March 10, 2013
Gambar pengganas guna tangkal & amal sihir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Pengikut MNLF yang mati itu mungkin menyangka tangkal kebal yang dipakainya berupaya menjauhkan dirinya dari Malaikat Sakaratul Maut, tapi hakikatnya, besar atau kecil tangkal kebal atau sehebat mana ilmu hitam yang dimilikinya, bila sampai ajal akan mati juga.
ReplyDeleteSebahagian orang Sulu terutama dari Selatan Filipina memang sudah menjadi tradisi mereka untuk memakai tangkal kebal sama ada yang dipakaikan di leher, lengan, tangan atau pun di pinggang, malah ramai yang mengamalkan amalan ilmu hitam kononnya sebagai pendinding semasa berada berperang.
ReplyDeleteDemikian halnya dengan pengikut Jamalul Kiram III dan pengikut MNLF turut tak terkecuali dari amalan khurafat dan syirik itu. Biasanya sehari sebelum pertempuran, mereka akan mandi beramai-ramai sambil membaca ayat Al-Quran yang di campur aduk dengan jampi serapah untuk menyeru pendamping
ReplyDeleteMungkin kerana pengaruh ilmu hitam sebegitu ditambah lagi dengan rasukan syaitan menyebabkan peri kemanusiaan mereka hilang sama sekali sehingga tergamak memenggal kepala lawannya tanpa sedikit pun belas ehsan semasa pertempuran pengganas Sulu itu dengan anggota polis.
ReplyDeleteManakala mayat-mayat anggota keselamatan yang lain pula sengaja diletakkan bom (booby trap), modus operandinya memang sama seperti yang sering dilakukan oleh pengganas komunis sewaktu zaman darurat dulu.
ReplyDeleteJelas sekali apa yang dilakukan oleh pengganas Sulu ini sama sekali bercanggah dengan tuntutan Islam yang mengehendaki umatnya tidak berlaku kejam terhadap musuh apatah lagi menjadikan mayat musuh sebagai perangkap bom. Kejam dan ganas.
ReplyDeleteSelain itu, kaitan sejarah lama keturunan Kiram itu sendiri yang sudah terbiasa melakukan pembunuhan ganas secara besar-besaran ke atas rakyatnya sendiri sekitar tahun 1906 dan 1911 di Bud Dahu dan 1913 di Bud Bagsak, Jolo, Sulu sewaktu pemerintahan Sultan Kiram II dulu, juga boleh diambil kira sebagai punca pengikut Jamalul Kiram III menjadi ganas dan kejam.
ReplyDeleteWalau apa pun alasannya, yang pastinya kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah dan kini sedang digempur oleh pasukan keselamatan negara, perlu menerima akibatnya di atas kekejaman dan keganasan yang telah mereka lakukan.
ReplyDeleteKita telah memberi peluang untuk mereka berundur secara baik sesuai dengan tuntutan Islam yang mendahulukan perundingan demi mencegah pertumpahan darah apatah lagi sesama Islam, kini dasar berlembut yang kita tonjolkan telah dibalas dengan kekerasan, maka wajiblah atas kita untuk bangkit menegakkan hak dan kebenaran. Saved
ReplyDeletePasukan keselamatan menahan 27 orang yang menaiki tiga buah bot ketika berada di Zon Merah Op Daulat di kawasan pantai Tanjung Batu
ReplyDeletepenahanan itu menjadikan jumlah mereka yang ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan militan dari Sulu meningkat kepada 106 orang, berbanding 79 orang semalam.
ReplyDeleteBerikutan operasi membersih dan membanteras musuh sedang dijalankan, Ismail menasihati orang ramai supaya tidak memasuki kawasan larangan yang ditetapkan kerana boleh menjejaskan operasi selain membahayakan mereka yang tidak berkenaan.
ReplyDeleteBerhubung 53 mayat penceroboh yang belum dibawa keluar dari Zon Merah, semua militan yang ditembak itu belum diperiksa oleh unit Forensik berikutan kedudukannya berhampiran dengan lokasi di mana musuh berada dan keadaan itu boleh mengancam nyawa pasukan sekiranya dihampiri.
ReplyDeletewalaupun terdapat beberapa mayat telah dibawa keluar, namun sejak unit Forensik diserang Rabu lepas pihak polis terpaksa mengambil langkah lebih berjaga-jaga.
ReplyDeletesehingga kini unit Forensik hanya merakamkan gambar penjenayah yang terbunuh tetapi belum dapat menjalankan proses siasatan dan bedah siasat ke atas mayat-mayat terbabit bagi tujuan pendakwaan.
ReplyDeleteOp Daulat yang membabitkan pasukan polis dan angkatan tentera berjaya membunuh 53 orang militan, manakala tiada anggota pasukan keselamatan yang dilaporkan cedera atau terkorban
ReplyDeletePerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembentukan kawasan yang dipanggil Kawasan Keselamatan Khas Sabah untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu.
ReplyDeletekawasan berkenaan merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.
ReplyDeleteKawasan Keselamatan Khas ini berpusat di Lahad Datu yang akan menjadi pusat perintah yang menempatkan beberapa kabin sementara supaya ia dapat berfungsi dengan segera
ReplyDeletePada 1972, kerajaan pernah menubuhkan Rajang Area Security Command (RASCOM), iaitu pasukan kawalan keselamatan di kawasan Rajang di Sarawak yang berjaya menghapus ancaman komunis di negeri itu.
ReplyDeleteKawalan RASCOM meliputi kawasan Sibu, Kanowit, Oya, Dalat, Bintagor, Sarikei, Julau, Song dan Kapit yang diisytiharkan sebagai Kawasan Keselamatan Istimewa oleh Datuk Abdul Razak Hussein selaku perdana menteri ketika itu.
ReplyDeletecadangan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas itu telah dipersetujui pada mesyuarat jemaah menteri
ReplyDeleteLangkah itu untuk memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa dalam soal kedaulatan negara, kerajaan akan melakukan apa sahaja bagi menjamin keamanan dan kedaulatan negeri ini
ReplyDeletelima lagi batalion terdiri daripada pasukan polis dan tentera akan ditambah bagi menguatkan lagi aspek keselamatan sedia ada.
ReplyDeletepecahan lima batalion itu akan ditentukan selepas rundingan antara polis dan tentera diadakan kemudian
ReplyDeletePada prinsipnya kekuatan tambahan lima batalion itu akan ditempatkan di kawasan Special Security Area.
ReplyDeleteSiasatan masih perlu dilakukannya.
ReplyDeletePihak berkuasa akan buat yang terbiak untuk menjamin keselamatan.
ReplyDeleteMenteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengganas Sulu harus dibicarakan mengikut undang-undang Malaysia kerana telah bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan.
ReplyDeleteBeliau berkata kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi selain menahan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu kerana mereka telah bertindak kejam membunuh lapan anggota polis dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
ReplyDelete"Jangan ada seorang pun penceroboh terlepas...kita mahu penceroboh militan ini sama ada ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup," katanya.
ReplyDeleteAhmad Zahid tidak menolak kemungkinan bahawa pengganas dipengaruhi dadah atau menggunakan ilmu hitam sehingga bertindak kejam terhadap anggota pasukan keselamatan yang terkorban.
ReplyDeleterakyat Sabah berasa amat sedih dengan kematian lapan anggota polis Malaysia, dan merakamkan ucapan takziah dan simpati kasih kepada semua keluarga mangsa
ReplyDeletesalute to our fallen heroes who have paid the highest price in defence of our nation and territory.
ReplyDeletenot forgotten our thoughts and prayers also go to members of the security forces who are now in the frontline of this conflict
ReplyDeleteAs an independent nation, Malaysia has a sovereign right to ensure recognition and respect for the territorial integrity of its international borders.
ReplyDeleteSelagi konflik ini berterusan, kami menyeru kepada semua pihak untuk mengambil segala tindakan yang perlu supaya kecederaan atau kehilangan nyawa dapat dikurangkan
ReplyDeletePencerobohan kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina di Sabah, membuka mata masyarakat bahawa tanggungjawab menjaga keamanan dan mempertahankan kedaulatan negara melibatkan seluruh rakyat Malaysia.
ReplyDeleteInsiden berdarah yang menyebabkan lapan anggota pasukan keselamatan negara terkorban itu menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat, tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.
ReplyDeleteReaksi pelbagai pihak menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog antaranya meluahkan rasa marah dengan kumpulan penceroboh sehingga ada antara mereka yang menawarkan diri untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan serta-merta dan bersama-sama berjuang mempertahankan kedaulatan negara.
ReplyDeleteMeskipun ada pihak yang menuduh isu pencerobohan itu sandiwara kerajaan yang ditunjangi Umno, rakyat termasuk penyokong parti pembangkang, mengutuk serangan kejam pengganas terbabit dan mahu semua pihak tidak mempolitikkan perkara berkenaan serta menggesa rakyat bersatu padu mempertahankan Malaysia.
ReplyDeleteamalan kuhurafat ini hnya membawa mereka ke neraka
ReplyDeletetiada yang kebal dalam dunia ini
ReplyDeleteTerlalu percaya dengan benda karut.
ReplyDeleteresident Benigno Aquino III has ordered Cabinet members concerned to ensure the safety of Filipinos in southern Philippines in view of Malaysia’s crack down on the supporters of Sulu Sultan in Sabah.
ReplyDelete
ReplyDeleteThis develops as government expects more Filipinos to leave Sabah, following the arrival of 1,500 undocumented Filipinos on Friday at the coastal towns in the provinces of Sulu and Tawi-Tawi.
ReplyDeleteSocial Welfare Secretary Dinky Soliman said that some 450 of the evacuees arrived at Siasi in Sulu, and at Bongao in Tawi-Tawi after they left the town of Lahad Datu and the city of Sandakan in Sabah.
ReplyDelete“We are extending assistance to them by providing them meals,” Soliman told reporters on Tuesday. “We helped them to return to their homes in Tawi-Tawi, Sulu and Zamboanga.”
ReplyDeleteAlso on Tuesday, Interior Secretary Mar Roxas led an interagency meeting in Camp Crame upon orders by the president, to map out government plan to addressing problems that may arise from the arrival of Filipinos from Sabah.