Sunday, March 10, 2013

Kesultanan Sulu sebagai tragedi ummah

Ketika keseluruhan Andalusia yang telah menyaksikan kegemilangan tamadun Islam semasa Khilafah Umayah dan pengganti-penggantinya tumbang di tangan kerajaan Kristian Katholik denghan penubuhan negara Sepanyol dan kemudiannya Portugis, pada waktu yang sama Islam baru sampai ke gugusan pulau-pulau ke timur laut Asia Tenggara.

Ini bermakna pada zaman Islam berundur dari semannjuung Andalusia, agama ini sedang mengukuh di Nusantara. Islam mula bertapak awal di Samudra di pulau Sumatera dan Terengganu di Semenanjung Melayu, tetapi peningkatan yang mendadak apabila Kerajaan Melayu di Melaka menjadi kesultanan.

Banyaklah saudagar Islam dan pendakwah dari Yaman, Basrah, Oman, Parsi, Malabar, Benggala dan Tamil sampai di Melaka. Tetapi faktor besar yang menjadikan Melaka sebagai kuasa Islam penting di Nusantara ialah kunjungan Cheng Ho yang mewakili Maharaja Ming dari China. Ketika itu kerajaan Ming dipengaruh kuat oleh bangsawan beragama Islam, termasuklah dari kaum Hui dan Yunan.

China, India, Parsi dan Arab menyumbang kepada pengislaman di Nusantara. Mereka membantu meluaskan kedaulatan Kesultanan Melayu bukan saja di semenanjung dan Sumatera tetapi juga sampai ke Brunei yang mempunyai kesultranan dengan keuasaan meliputi wilayah Sarawak, Brunei dan Sabah yang ada pada hari ini.

Salah seorang daripada pendakwah yang sampai ke Melaka pada kurun ke-14 ialah Karimul Makhdum yang datang dari Mekah. Beliau bukan saja seorang ulama tetapi juga pengamal tarikat Sufi. Kerja dakwah beliau sampai ke Brunei dan seterusnya di Simunul, Tawi-tawi, Kepulauan Sulu. Makhdum membina masjid pertama di kepulauan yang kini dikenali sebagai Filipina. Kini masjid itu dikenali sebagai Masjid Sheikh Katrimul Makdum. Beliau menyebarkan dakwah di banyak pulau di situ dan penduduk kepulauan Sulu amat menyayangi beliau hinggakan apabila beliau meninggal, terdapat banyak makam yang didirikan bagi memperingati beliau.

Walaupun beliau menjadi syeikh yang berjasa membawa kaum Sulu kepada islam, ettapi orang yang pertama menyebarkan Islam di kepulauan Sulu ialah Tuan Mashaikha yang sampai di Jolo, kepulauan Sulu pada tahun 1280. Beliau berkahwin dengan seorang puteri kepada raja di Maembong dan mewujudkan keluarga Islam di sana.

Pada tahun 1457, seorang ulama Arab kelahiran Johor, ketika itu di bawah pemerintahan Kesultanan Melayu di Melaka, Sayid Abu Bakar Abirin datang ke Banua Buansa Ummah (benua bangsa ummah) di kepulauan Sulu dan berkahwin dengan dayang (puteri) Paramisuli. Beliau menubuhkan Kesultan Sulu Darussalam delaran Sultan Shariful Hashim.

Pada abad ke-16, Pope di Rom membahagikan dunia kepada dua, sebelah timur, ia serahkan kepada Portugis, sementara di sebelah barat diberkan untuk Sepanyol. Maka pada tahun 1511, Portugis melalui Goa di India menakluk Melaka. Kesultanan Melayu terpaksa berpindah ke kota Tinggi, Johor. Sepanyol pula melalui Amerika Selatan sampai ke Filipina dan menakluk Manila. Kesultanan Maanullah tumbang walaupun Raja Sulaiman berjuang bermatian-matian mempertahankan kerajaannnya. Manila menjadi ibu kota Sepanyol di timur dengan penduduknya dipaksa meninggalkan Islam dan memeluk Kristian Katholik.

Sepanyol kemudian menakluklain-lain kesultanan di kepulauan itu. Tetapi sehingga kurun ke-19, Sepanyol gagal menakluk kesultanan-kesultanan di Mindanao yang dipanggilnya sebagai Moro mengambil seperti mana nama orang Islam yang ditawan mereka oleh mereka di Andalusia, iaitu Moor atau Moro. Kini Maghribi di Afrika Utara bernama Morocco.

Terdapat banyak kesultanan dan suku kaum di kalangan Moro ini. Salah satunya ialah Kesultanan Sulu. Wilayah Kesultanan Sulu yang merangkumi hanya kepulauan Sulu menjadi besar selepas mereka membantu Kesultanan Brunei menentang musuh-musuh mereka pada kurun ke-18. Sebagai membalas jasa Kesultanan Sulu itu, Kesultanan Brunei memberikan wilayah sekitar Sabah timur dan Kalimantan timur yang ada pada hari ini. Tetapi kemudian di kawasan Kalimantan timur itu secara praktikalnya dikuasai oleh Kesultanan Bulungan yang kini sudah menjadi sebahagian daripada Indonesia.

Pada Januari 1878, Kesultanan Sulu menyerahkan Sabah timur ini, yang dipanggil Boreno Utara ini kepada Syarikat Boreno Utara British dengan bayaran 5,000 dolar setahun selama-lamanya. Inilah kemudian menjadi masalah di kemudian hari disebabkan oleh perkataan pajak dalam naskhah perjanjian di pihak Sulu, tetapi memberikan (grant and cede) dalam naskhah di pihak British. Inilah tragedi pertama.

Tetapi pada Julai 1878, selepas peperangan bertahun-tahun akhirnya Sepanyol berjaya menakluki ibu kota kepulauan Sulu. Mereka menuntut Kesultanan Sulu menyerahkan kedaulatan kepulauan itu kepadanya jika mahu memiliki ibu kotanya. Kesultanan itu pun menyerahkan kedaulatannya kepada Sepanyol. Ini merupakan tragedi kedua.

Bagaimanapun, tidak ada pula sebutan bahawa Sabah timur diserahkan kepada Sepanyol. Tambahan pula, Sepanyol yang semakin lemah apabila berdepan dengan Britain telah menandatangani Protokol Madrid pada tahun 1885 dengan melepaskan sebarang hak ke atas pulau Borneo. Ini bermakna walaupun Sepanyol memiliki Filipina termasuk kepulauan Sulu, ia tidak mempunyai hak ke atas Borneo Utara.

Selepas daripada itu, Sepanyol pula kalah dengan Amerika Syarikat bukan saja dalam peperangan di Amerika Selatan tetapi juga di Filipina. Maka Filipina diletakkan di bawah Amerika Syarikat tetapi bangsa-bangsa Moro termasuk Sulu bangkit menentang penjajah baru ini. Bertahun-tahun Amerika berusaha menundukkan bangsa Moro. Walaupun akhirnya ia berjaya juga menundukkan mereka, tetapi ketika itu Jepun sudah sampai untuk menakluki Filipina. Semasa di bawah Amerika, Washington pada tahun 1902 dan 1920 mengingatkan Britain secara rasmi bahawa Borneo Utara masih dimiliki oleh Kesultanan Sulu kerana Sepanyol tidak pernah mendapat kedaulatan ke atas wilayah itu. London tidak mempedulikan ingatan itu, malah menjadikan Borneo Utara sebagai tanah jajahannya iaitu koloni mahkota pada 10 Julai 1946. Iaitu mengambil wilayah itu daripada Syarikat Borneo Utara British.

Pada tahun itu juga Filipina mencapai kemerdekaan dengan mengambil alih semua wilayah yang dijajah oleh Amerika Syarikat dan Sepanyol sebelumnya. Pada tahun 1962, semasa pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal, Kesultanan Sulu melalui Sultan Muhammad Esmail E Kiram I menyerahkan kedaulatan ke atas Borneo Utara kepada Filipina. Ini adalah tragedi ketiga. Hakiakatnya Kesultanan Sulu sudah tidak ada kedaulatan apa pun masa ini, ia tidak ada kuasa sejak menyerahkan kedaulatan dirinya pada Sepanyol.

Pada tahun 1963, Malaysia ditubuhkan dengan termasuk di dalamnya Borneo Utara yang menjadi Sabah. Negara ini bukan saja mewarisi wilayah British itu tetapi pungutan suara oleh Suruhanjaya Cobbold mendapati keseluruhan rakyat di situ bersetuju yuntuk menyertai Malaysia. Keadaan ini diterima oleh masyarakat antarabangsa secara umumnya.

Ekoran daripada itu, Manila memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Kuala Lumpur tetapi kemudian disambung balik. Beberapa tahun kemudian di bawah kepimpinan Nur Misuari, rakyat Moro termasuk di kepualauan Sulu melali Barisan Pembebasan kebangsaan Moro (MNLF) bangkit menuntut kemerdekaan daripada Filipina.

Manila menghantar tentera dan menekan mereka tetapi pada keseluruhannya gagal menundukkan mereka. Akhirnya semasa pentadbiran Presiden Corazon Aquino, MNLF bersetuju untuk menerima autonomi melalui Wilayah Autonomi Moro Mindanao (ARMM) meliputi kepulauan Sulu. Tetapi tindakannya tidak disetujui oleh sebahagian MNLF yang kemdian menubuhkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Walaupun pada mulanya MILF juga menuntut kemerdekaan dan perjuangan diteruskan, mereka akhirnya menerima autonomi tahun lalu dalam gagasan Bangsamoro yang juga meliputi kepulauan Sulu menggantikan ARMM. Mereka bertindak menurut undang-undang dan tidak melibatkan Sabah. Tindakan mereka tidak dipersetujui oleh MNLF dan serpihannya Abu Sayyaf. Inilah tragedi keempat.

Tetapi tragedi kelima dan terbaru ialah apabila sekumpulan dari kalangan kerabat Kesultanan Sulu juga menolak gagasan Bangsamoro itu. Mereka menimbulkan kembali tuntutan ke atas Sabah dan menghantar gerombolan bersenjata ke Lahad Datu baru-baru ini. Apabila ia membawa kepada pembunuhan anggota polis, maka tentunya mereka menghadapi tentera Malaysia kerana menceroboh kedaulatan negara ini.

Kesultanan Sulu hanya menjadi suatu institusi bersejarah dan budaya. Ia tidak ada sebarang kedaulatan yang telah diserahkan kepada Sepanyol ratusan tahun dahulu. Ia merupakan tragedi umat Islam. Tindakan menceroboh masuk Malaysia tidak akan membawa sebarang kebaikan, malah menimbuljkan kesengsaraan. Tiga kali kedaulatan mereka diserahkan kepada pihak bukan Islam: Sepanyol, Britain dan Filipina> Biarlah Sabah berada dalam Malaysia, sebuah negara yang agama rasminya Islam.

Kejatuhan Kesultanan Sulu adalah kerana mereka tidak ada kekuatan mempertahankan diri ketika berdepan dengan Sepanyol, Britain, Amerika Syarikat dan Filipina. Usaha MILF yang berjuang atas nama Islam dan berjaya menubuhkan wilayah autonomi Bangsamoro dalam kedaulatan Filipina adalah memadai untuk teruskan kehidupan dan kemajuan umat Islam negara itu.

Oleh Burong Punggok (Detikdaily)

70 comments:
Write comments
  1. Jelas juga teori yg mengatakan Sultan sulu bukan nak tuntut Sabah Utara pun dlm isu ni hanya ramai warga Sulu dpt ic dr kerajaan Sabah dulu utk tumbangkn PBS. 'Sultan Sulu' di Sabah juga ahli UMNO pun dan mereka jadi tetamu VIP pd Perhimpuna Agung UMNO baru2 nih.Jadi mereka sbenarnya dah bertahun keluar masuk Sabah dgn bebas walau kemasukan org Semenanjung( rakyat malaysia) tidak sebebas mana malah spt dikekang oleh Perkara 20 Hak2 rakyat Sabah. Itu yg pelik. Org Tausug ( Sulu ) adalah warga sabah dan org Semenanjung bukan warga Sabah ,sebab kena ada passport atau boleh mnetap hanya 3 bulan je. Hi hi hii..

    ReplyDelete
  2. Disebalik Pencerobohan Lahad Datu

    PUNCA sebenar daripada krisis pencerobohan Lahad Datu adalah hasutan daripada pihak tertentu yang berpunca daripada terkeluarnya MNLF pimpinan Nur Misuari daripada perjanjian antara kerajaan Filipina dengan MILF pimpinan Jen, Murad Ibrahim pada 29 Otober 2012.

    Selain itu, janji pembangkang yang memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika mereka mengalahkan kerajaan Bn dan menguasai Putrajaya, mendorong kepada isu tuntutan ke atas Sabah.

    Ironinya, individu yang menuntut Sabah yakni Jamalul Kiram III, meskipun waris kepada Sultan Sulu, namun bukanlah pewaris yang layak, kerana beliau tidak termasuk dalam sembilan pewaris Sultan Sulu.

    Pewaris yang termasuk sembilan itu adalah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.

    Sultan Jamalul Kiram II yang mangkat pada tahun 1936, sebenarnya tidak meninggalkan waris takhta secara langsung, atas sebab itu padjakan dihentikan. Namun, atas permintaan sembilan pewris itu, maka satu keputusan dibuat pada tahun 1939, untuk penyambungan padjakan. Padjakan yang berjumlah mexcion gold 5,000 kemudian dilanjutkan oleh Malaysia sehingga kini, akan tetapi dalam ringgit malaysia.

    Kesulitan hidup yang membayangi Jamalul kiram 76, yang masih mendapat rawatan dialisis buah pinggang dengan bantuan kerajaan Filipina, menyebabkan beliau menerima hasutan daripada pihak tertentu, untuk melakukan kekacuan di Sabah, terutama menjelang PRU-13 agar supaya mempercepat tuntutannya.

    Tuntutan ke atas Sabah, hanya gimik untuk mendapatkan pampasan yang banyak, malah bekas Ketua Menteri Sabah, menyarankan RM200 juta untuk bayaran pampasan, untuk memuktamadkan tuntutan.

    Menurut perkiraan yang menghasut Jamalul Kiram, beliau akan mendapat pampasan itu, kerana Malaysia terkenal dengan pendekatan yang lembut, dan tidak akan melakukan tindakan kekerasan terhadap mereka. Nasihat ini dapat mempengaruhi Jamalul Kiram III, apatah lagi kos tindakan itu dibiayai oleh dalang tersebut.

    Di lain pihak, dalang itu mempunyai niat politik, kerana jika tindakan kekerasan diambil terhadap penceroboh itu, maka mereka akan mendapat keuntungan politik.

    Pertemuan Jamalul Kiram III dengan Datuk Amir Kahar Tun Mustapha hampir membuahkan hasil, dan dikhabarkan Jamalul Kiram III sudah bersetuju untuk menarik semua pencoroboh dari bumi Sabah. Namun, matalamat dalang kepada pencerobohan ini, bukan lah secara damai, atas sebab itu, taktik kotor digunakan, agar supaya pasukan keselamatan negara melaksanakan operasi ketenteraan.

    ReplyDelete
  3. Disebalik Pencerobohan Lahad Datu

    Pada pagi Jumaat 1 Mac, empat jam sebelum pertemuan antara Amir Kahar dengan Jamalul Kiram, satu taktik kotor dilakukan. pihak pencoroboh pura-pura mengangkat bendera putih tanda menyerah, tetapi sebaliknya menyerang anggota keselamatan sehingga mengorbankan dua anggota dan mencederakan tiga yang lain.

    Pasukan keselamatan tiada pilihan, melainkan membalas tembakan dan berjaya membunuh 12 penceroboh.

    Sebahagian daripada penceroboh yang berpecah kepada tiga kumpulan pada malam 12 Februari, lari ke Kg Sri Jaya Pulau Simunul, Semporna. Akibat kematian rakan-rakan mereka di Kg Tanduo pada 1 Mac, maka satu muslihat dilakukan mereka pada petang 2 Mac, sehingga mengorban enam anggota polis melalui serangan hendap.

    Kerajaan Malaysia melalui Pasukan keselamatan dari awal-awal lagi tidak mahu melakukan kekerasaan terhadap penceroboh, atas sebab itu perundingan berlarutan sehingga 23 hari.

    Disebabkan niat dalang kepada pencerobohan ini berniat jahat untuk kepentingan politik, maka penceroboh itu perlu dijadikan umpan dan perlu mati, agar supaya motif mereka tercapai.

    Perancangan pencerobohan Lahad Datu ini, dirancang dengan rapi, melibatkan berbagai pihak diluar kawalan pasukan keselamatan negara.

    Penceroboh mulai menyusup ke Sabah seawal bulan januari, sebaik sahaja kapal Perang Amerika USS Guardian terkandas di utara Pulau Pahlawan. Terkandasnya kapal itu, menyebabkan kapal tentera laut Filipina tertumpu di kawasan itu, sehingga di bahagian selatan, kawalannya longgar.

    Penceroboh itu masuk diserati oleh orang-orang lanjut usia dan wanita untuk mengabui pihak keselamatan negara dan juga Filipina.

    Mereka bertolak daripada Filipina tanpa senjata, namun di tengah laut mereka mendapat senjata moden seperti M16, M14 daripada sendikit penjual senjata haram, terutama daripada Pulau Basilan.

    Menurut sumber bermula daripada 3 Februari, mereka mula berkumpul dan pada 7 Februari (wakil Anwar Ibrahim ke Manila kononnya untuk menemui double agent) satu arahan agar mereka menampakan diri sebagai kumpulan, dan hanya pada malam 12 Februari kehadiran mereka diketahui pihak keselamatan negara.

    Pada malam 12 Februari, kumpulan lebih 100 orang yang disertai lelaki bersenjata sudahpun menduduki Kg Tandau, Lahad Datu.

    Selama 23 hari, pihak pasukan keselamatan negara memberi peluang, sehingga lanjutan demi lanjutan diberikan kepada penceroboh itu meninggalkan bumi Sabah. Pihak Polis Malaysia telah menamatkan rundingan pada 21 Februari, untuk itu, hanya menunggu arahan untuk bertindak.

    Pada pagi Jumaat, hari H telah berlaku. Kini, krisis pencerobohan itu berlanjutan. Nyawa pasukan keselamatan negara 8 telah melayang. Malah pemimpin Pembangkang Tian Chua, menggambarkan kematian anggota pasukan keselamatan itu mati katak, kerana krisis Lahad Datu adalah mainan Umno.

    Pembangkang menggunakan psiokologi songsang, agar rakyat tertipu, namun sebenarnya merekalah perancang kepada krisis Lahad Datu, seperti mana laporan prisik kerajaan Filipina seperti mana di laporkan oleh Manila Times dan The Inquire News.

    ReplyDelete
  4. PUNCA KEADAAN INI SEOLAH-OLAH TAK MASUK AKAL. TAK RASIONAL

    ReplyDelete
  5. Kejadian memang di luar jangkaan.

    ReplyDelete
  6. The policy adviser of Sulu Sultan Jamalul Kiram 3rd lambasted President Benigno Aquino 3rd, saying that the latter lacked a sense of history of the Filipino Muslims, particularly in the context of the Sabah claim.

    ReplyDelete
  7. Tillah urged Aquino and the members of his Cabinet to read books about Filipino Muslims’ history to understand why the Kirams are still pursuing the Sabah claim.

    ReplyDelete
  8. Tillah reiterated that the sultanate did not cede Sabah to the British North Borneo Co. after the territory was awarded to the Sulu sultanate by the sultan of Brunei.

    ReplyDelete
  9. Malaysia Wednesday escalated its hunt for armed Filipino invaders who dodged a military assault meant to crush them, as a Philippine guerrilla warned more fighters had arrived.

    ReplyDelete
  10. Malaysia's police chief said followers of a self-styled Muslim sultan had scattered after an air and ground attack Tuesday on their stronghold in eastern Sabah state, aimed at ending the country's worst security crisis in years.

    ReplyDelete
  11. The Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) will construct a sentry post in Felda Sahabat to curb illegal intrusion and piracy in the waters near the land scheme.

    ReplyDelete
  12. Deputy Minister in the Prime Minister's Department Datuk Ahmad Maslan said it was also aimed at threngthening the level of security for settlers of the Felda land scheme and local residents in line with the formation of the Sabah Special Security Area announced last Thursday.

    ReplyDelete
  13. "The Felda Sahabat jetty will be used as an operation centre for the MMEA,

    ReplyDelete
  14. Najib said the areas covered the districts of Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan and Lahad Datu.

    ReplyDelete
  15. Najib berkata, cadangan pemberian bantuan atau wang ehsan itu sudah dibincangkan dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan melawat Sabah esok.

    ReplyDelete
  16. Perdana Menteri turut mengulangi pendirian kerajaan bahawa soal keselamatan, kedaulatan dan integriti wilayah Sabah tidak akan dikompromi

    ReplyDelete
  17. Najib yakin krisis pencerobohan itu dapat diatasi dengan kerjasama erat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  18. Terdahulu , Musa berkata, penjawat awam di Sabah akan terus menyokong dan mendokong usaha transformasi yang diperkenalkan oleh perdana menteri.

    ReplyDelete
  19. "“Komitmen ini adalah selari dengan etika perkhidmatan awam dan sebagai asas penting yang menjadi sumber kekuatan dan menjaga integriti perkhidmatan awam," katanya.

    ReplyDelete
  20. Apa yang berlaku di Lahad Datu memberi sedikit pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia.

    Insiden yang tidak diduga telah meletakkan negara dalam satu situasi sedikit cemas.

    Bila terjadi insiden ini, negara perlu bijak dan berhati-hati bertindak agar tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh UN atau PBB.

    ReplyDelete
  21. Malaysia sentiasa patuh kepada peraturan kecuali negara Barat dan Sekutunya yang sering melanggar convention Geneva.

    Setakat hari ini tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah betul dan hanya pihak pembangkang sahaja yang pandai-pandai membuat komen dan kritikan bodoh. Ini termasuklah Anwar al-Jub yang jelas tidak tahu dan faham sistem perundangan antara bangsa.

    ReplyDelete
  22. pihak Sulu tidak pernah memikirkan akibat dari tindakan mereka sama ada ke atas nyawa rakyat Sabah yang tidak berdosa,mahupun kepada umat Islam dari segi perpaduan dan kekuatan ummah,serta imej agama Islam itu sendiri,yang sudah teruk tercemar dengan sikap umat Islam yang gemar bersengketa sesama sendiri.

    ReplyDelete
  23. Sesungguhnya inilah yang kerajaan Malaysia cuba elakkan apabila memilih cara diplomasi dalam menanangi pencerobohan puak Sulu.Namun,memandangkan puak Sulu langsung tidak menghormati kebaikan Malaysia,maka kerajaan Malaysia tidak punya alasan yang cukup baik untuk memenuhi permintaan mereka untuk melancarkan gencatan senjata.

    ReplyDelete
  24. Pihak pengganas Sulu nampaknya telah tersilap menilai kredibiliti pihak pertahanan dan keselamatan Malaysia melalui sikap diplomasi yang ditunjukkan di peringkat awal.

    ReplyDelete
  25. Pendekatan Malaysia ialah,yang baik dilayan dengan baik,tetapi pengganas yang telah berikrar akan terus menentang kita hingga ke titisan darah terakhir,tidak mungkin diberi peluang untuk mencari ‘masa tambahan’ melalui gencatan senjata.

    ReplyDelete
  26. Oleh itu,pengganas Sulu tiada pilihan,selain dari menyerah diri sepenuhnya kepada pihak berkuasa Malaysia.Untuk pengganas Sulu,terimalah hakikat bahawa Sabah bukan negara anda.

    ReplyDelete
  27. Rakyat Sabah tidak mungkin ingin diperintah oleh pengganas yang sanggup memperjudikan nyawa mereka.Sultan palsu anda juga tidak layak memerintah,jadi apalah jenis negara yang akan anda dapati di bawah pemerintahannya ???

    ReplyDelete
  28. semoga isu ini akan selesai dengan cepat tanpa pertambahan korban nyawa.

    ReplyDelete
  29. ANWAR IBRAHIM PATUT MEMUJUK RAKAN BAIKNYA NUR MISUARI SUPAYA MENGHENTIKAN KEGANASAN INI.. KALAUPUN ANWAR BERKEINGINAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI,, BUKAN BEGINI CARANYA..

    Semakin lama, jejak Anwar Ibrahim dalam kemelut serangan lanun-lanun Sulu ke atas Sabah, semakin ketara. Dan ianya semakin tidak mampu dijawab oleh para pecacai Anwar Ibrahim sekalipun mereka cuba juga menimbulkan pelbagai persepsi termasuklah kematian anggota-anggota pasukan keselamatan sebagai satu sandiwara, bahkan cuba mempertikaikan gambar-gambar mayat atau lebih tepat lagi bangkai lanun-lanun Sulu.

    ReplyDelete
  30. ANWAR IBRAHIM PATUT MEMUJUK RAKAN BAIKNYA NUR MISUARI SUPAYA MENGHENTIKAN KEGANASAN INI.. KALAUPUN ANWAR BERKEINGINAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI,, BUKAN BEGINI CARANYA..

    Kali pertama, pendalangan Anwar Ibrahim dalam kemelut serangan lanun-lanun berkenaan, telah didedahkan oleh Reuters. Anwar Ibrahim kelam-kabut cuba menafikan sekalipun pada masa yang sama, jawapan yang diberikan amat mencurigakan. Dia cuba menyatakan bahawa REUTERS mendapat maklumat dari UMNO dan Barisan Nasional. Malah pada satu peringkat, cuba menggambarkan kononnya REUTERS telah dibeli dan diupah oleh UMNO-BN untuk mengeluarkan berita berkenaan.

    ReplyDelete
  31. ANWAR IBRAHIM PATUT MEMUJUK RAKAN BAIKNYA NUR MISUARI SUPAYA MENGHENTIKAN KEGANASAN INI.. KALAUPUN ANWAR BERKEINGINAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI,, BUKAN BEGINI CARANYA..

    Kemudian muncul pula INQUIRER NEWS dan MANILA POST yang memetik dari sumber-sumber perisikan Filipina yang menyatakan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat merupakan satu daripada dua kumpulan yang menjadi dalang kepada serangan dan pencerobohan lanun-lanun Sulu itu.

    ReplyDelete
  32. ANWAR IBRAHIM PATUT MEMUJUK RAKAN BAIKNYA NUR MISUARI SUPAYA MENGHENTIKAN KEGANASAN INI.. KALAUPUN ANWAR BERKEINGINAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI,, BUKAN BEGINI CARANYA..

    Dan sekali lagi Anwar Ibrahim mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab atau membuat penafian terutama sekali apabila butiran pertemuannya dengan Nur Misuari dan Jamalul Kiram III bersama-sama Tian Chua dan Sivarasa, telah didedahkan selain gambar-gambar pertemuan tersebut, disiarkan oleh semua media.

    ReplyDelete
  33. ANWAR IBRAHIM PATUT MEMUJUK RAKAN BAIKNYA NUR MISUARI SUPAYA MENGHENTIKAN KEGANASAN INI.. KALAUPUN ANWAR BERKEINGINAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI,, BUKAN BEGINI CARANYA..

    Apabila dua orang anggota pasukan keselamatan dibunuh oleh lanun-lanun Sulu dalam serangan hendap, barulah Anwar Ibrahim kelihatan kelam-kabut. Pun begitu, Anwar tidak terus menjawab sebaliknya dia menggunakan Tian Chua untuk mengalihkan perhatian.

    ReplyDelete
  34. ANWAR IBRAHIM PATUT MEMUJUK RAKAN BAIKNYA NUR MISUARI SUPAYA MENGHENTIKAN KEGANASAN INI.. KALAUPUN ANWAR BERKEINGINAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI,, BUKAN BEGINI CARANYA..

    Tian Chua mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan kematian dua orang anggota keselamatan tersebut sebagai SANDIWARA UMNO-BN. Sebelum itu, Penasihat Seumur Hidup DAP, merangkap pencetus tragedi 13 Mei 1969, Lim Kit Siang awal-awal lagi telah memperlekehkan pasukan keselamatan terutama sekali PDRM yang disifatkannya sebagai terlalu lemah walaupun telah diberikan peruntukan yang sangat besar.

    ReplyDelete
  35. ANWAR IBRAHIM PATUT MEMUJUK RAKAN BAIKNYA NUR MISUARI SUPAYA MENGHENTIKAN KEGANASAN INI.. KALAUPUN ANWAR BERKEINGINAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI,, BUKAN BEGINI CARANYA..

    Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tian Chua ternyata menarik perhatian sekaligus mengalihkan perhatian. Anwar mendapat sedikit ruang untuk mencari-cari helah dan jawapan kepada tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Kemudian, muncul pula kenyataan daripada Wan Azizah dan Nurul Izzah, isteri dan anaknya bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mengaitkan Anwar Ibrahim dengan Jamalul Kiram III, Nur Misuari dan lanun-lanun Sulu.

    ReplyDelete
  36. ANWAR IBRAHIM PATUT MEMUJUK RAKAN BAIKNYA NUR MISUARI SUPAYA MENGHENTIKAN KEGANASAN INI.. KALAUPUN ANWAR BERKEINGINAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI,, BUKAN BEGINI CARANYA..

    Ternyata, usaha-usaha yang dilakukan dengan menggunakan anak isteri serta konco utama, gagal menutup mulut. Sebaliknya, lebih banyak pendedahan terutama sekali yang melibatkan kemelut jawatan Sultan Sulu itu sendiri, semakin terdedah selain motif sebenar lanun-lanun Sulu itu melakukan serangan.

    ReplyDelete
  37. ANWAR IBRAHIM PATUT MEMUJUK RAKAN BAIKNYA NUR MISUARI SUPAYA MENGHENTIKAN KEGANASAN INI.. KALAUPUN ANWAR BERKEINGINAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI,, BUKAN BEGINI CARANYA..

    Desakan demi desakan kepada Anwar Ibrahim agar menjawab tentang tuduhan yang dilemparkan kepadanya, akhirnya membolehkan mulut Anwar Ibrahim terbuka. Bagaimanapun, sama seperti reaksinya apabila dia berada dalam tekanan, Anwar Ibrahim sangat mudah melenting. Ketika ditanya wartawan tentang pembabitannya dalam serangan terhadap Sabah menggunakan lanun-lanun Sulu, jawapan Anwar Ibrahim cukup mudah tetapi sangat bangang, 'U ULANG TANYA, I SAMAN YOU.'

    ReplyDelete
  38. ANWAR IBRAHIM PATUT MEMUJUK RAKAN BAIKNYA NUR MISUARI SUPAYA MENGHENTIKAN KEGANASAN INI.. KALAUPUN ANWAR BERKEINGINAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI,, BUKAN BEGINI CARANYA..

    Serangan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan terhadap kedudukan lanun-lanun Sulu yang masih enggan menyerah kalah dan menyerah diri, akhirnya memaksa Jamalul Kiram III, kepala lanun yang mengaku dirinya Sultan Sulu, membuat kenyataan tengah hari tadi.

    ReplyDelete
  39. ANWAR IBRAHIM PATUT MEMUJUK RAKAN BAIKNYA NUR MISUARI SUPAYA MENGHENTIKAN KEGANASAN INI.. KALAUPUN ANWAR BERKEINGINAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI,, BUKAN BEGINI CARANYA..

    Jamalul Kiram III yang besar kemungkinan akan diekstradisi ke Malaysia untuk dibicarakan, mengarahkan agar lanun-lanunnya melakukan gencatan senjata sebelah pihak dan berharap Malaysia juga akan melakukan gencatan senjata.

    ReplyDelete
  40. ANWAR IBRAHIM PATUT MEMUJUK RAKAN BAIKNYA NUR MISUARI SUPAYA MENGHENTIKAN KEGANASAN INI.. KALAUPUN ANWAR BERKEINGINAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI,, BUKAN BEGINI CARANYA..

    Pada masa yang sama, kepala lanun itu cuba mendapatkan bantuan daripada Amerika Syarikat dan meminta agar tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu masuk ke Sabah bagi memastikan lanun-lanunnya terselamat daripada dibunuh atau dicederakan mahupun ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia.

    ReplyDelete
  41. ANWAR IBRAHIM PATUT MEMUJUK RAKAN BAIKNYA NUR MISUARI SUPAYA MENGHENTIKAN KEGANASAN INI.. KALAUPUN ANWAR BERKEINGINAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI,, BUKAN BEGINI CARANYA..

    Taktik gencatan senjata atau menyerah diri merupakan pencetus kepada serangan oleh pasukan keselamatan Malaysia terhadap lanun-lanun tersebut. Pada Jumaat 1 Mac 2013, terpedaya dengan taktik bendera putih yang dikibarkan oleh lanun-lanun Sulu di Kampung Tandou, dua orang anggota pasukan keselamatan Malaysia telah ditembak sehingga mati.

    ReplyDelete
  42. ANWAR IBRAHIM PATUT MEMUJUK RAKAN BAIKNYA NUR MISUARI SUPAYA MENGHENTIKAN KEGANASAN INI.. KALAUPUN ANWAR BERKEINGINAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI,, BUKAN BEGINI CARANYA..

    Begitu juga dengan pada Sabtu 2 Mac 2013, terpedaya dengan maklumat kononnya lanun-lanun Sulu mahu berunding di sebuah rumah di Semporna, enam orang anggota polis dibunuh menerusi serangan hendap.

    ReplyDelete
  43. ANWAR IBRAHIM PATUT MEMUJUK RAKAN BAIKNYA NUR MISUARI SUPAYA MENGHENTIKAN KEGANASAN INI.. KALAUPUN ANWAR BERKEINGINAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI,, BUKAN BEGINI CARANYA..

    Lanun-lanun Sulu itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengerahkan 10,000 lanun dari kepulauan Sulu yang merupakan pengikut Jamalul Kiram untuk melakukan serangan terhadap Malaysia. Agak menarik apabila jurucakap Jamalul Kiram III mengeluarkan kenyataan kononnya, mereka ingin melakukan gencatan senjata dan berharap Malaysia juga melakukan perkara yang sama. Kononnya untuk mengelak daripada pertumpahan darah yang lebih besar.

    ReplyDelete
  44. ANWAR IBRAHIM PATUT MEMUJUK RAKAN BAIKNYA NUR MISUARI SUPAYA MENGHENTIKAN KEGANASAN INI.. KALAUPUN ANWAR BERKEINGINAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI,, BUKAN BEGINI CARANYA..

    Berdasarkan kepada tipu perdaya mereka sebelum ini, sewajarnya pihak berkuasa Malaysia tidak melayan sebarang tuntutan daripada penceroboh-penceroboh tersebut. Mereka perlu dibantai habis-habisan. Pada masa yang sama, sempadan negara juga perlu diperkemaskan kawalannya. Sekarang ini pun, lanun-lanun Sulu mula menanggalkan pakaian di tubuh mereka dan menyembunyikan senjata untuk menyamar sebagai penduduk tempatan.

    ReplyDelete
  45. ANWAR IBRAHIM PATUT MEMUJUK RAKAN BAIKNYA NUR MISUARI SUPAYA MENGHENTIKAN KEGANASAN INI.. KALAUPUN ANWAR BERKEINGINAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI,, BUKAN BEGINI CARANYA..

    Kementerian Dalam Negeri menerusi agensi-agensinya seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Imigresen seharusnya sudah memulakan operasi membersihkan saki baki lanun berkenaan. Kebanyakan daripada mereka cukup gah dan cukup megah dengan kad pengenalan Kesultanan Sulu. Sebahagian besar pula yang berada di tanah besar Sabah, langsung tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

    ReplyDelete
  46. ANWAR IBRAHIM PATUT MEMUJUK RAKAN BAIKNYA NUR MISUARI SUPAYA MENGHENTIKAN KEGANASAN INI.. KALAUPUN ANWAR BERKEINGINAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI,, BUKAN BEGINI CARANYA..

    Kalau selama ini penguatkuasaan terlalu kurang dan longgar, sekaranglah masanya untuk membuktikan keberkesanan pelbagai agensi di dalam Kementerian Dalam Negeri untuk mengawalselia keselamatan rakyat dan negara ini.

    ReplyDelete
  47. ANWAR IBRAHIM PATUT MEMUJUK RAKAN BAIKNYA NUR MISUARI SUPAYA MENGHENTIKAN KEGANASAN INI.. KALAUPUN ANWAR BERKEINGINAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI,, BUKAN BEGINI CARANYA..

    Sesuatu yang sangat pasti ialah, permintaan gencatan senjata oleh Jamalul Kiram III sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu taktik untuk melengah-lengahkan tindakan terhadap lanun-lanunnya yang masih bertaburan di Sabah!

    ReplyDelete
  48. ANWAR IBRAHIM PATUT MEMUJUK RAKAN BAIKNYA NUR MISUARI SUPAYA MENGHENTIKAN KEGANASAN INI.. KALAUPUN ANWAR BERKEINGINAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI,, BUKAN BEGINI CARANYA..

    Dan taktik sebegitu sebenarnya sudah boleh diagak siapa yang menjadi dalangnya… Jamalul Kiram III tidak mempunyai cukup otak untuk membuat tipu perdaya sebegitu rupa. Dalangnya sudah pasti seseorang yang pernah melakukan tipu perdaya itu dengan berkesan seperti ANWAR IBRAHIM!

    ReplyDelete
  49. kesultanan sulu tak wujud lagi, dab mereka tak ada hak ke atas Sabah.

    ReplyDelete
  50. ada baiknya Sabh terus bersama Malaysia, penduduk Sabah pn hidup aman damai bersama Malaysia

    ReplyDelete
  51. lebih baik sulu utamakan pada pembangunan wilayah mereka di Sulu, daripada terus hidup dalam peperangan.

    ReplyDelete
  52. Sejak berita Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diceroboh pengganas diketuai Jamalul Kiram III yang mendakwa daripada keturunan Sultan Sulu tercetus 12 Februari lalu, ia mencemaskan banyak pihak. Malaysia yang dikenali sebagai sebuah negara aman dan makmur, tiba-tiba menjadi tarikan dan perhatian seluruh dunia.

    ReplyDelete
  53. Tiba-tiba saja berita mengenai pencerobohan daripada kumpulan yang didakwa mewarisi keturunan Sulu itu menjadi berita utama akhbar dan stesen televisyen terkemuka antarabangsa. Laman web, blog dan segala bentuk media sosial begitu aktif menyiarkan pelbagai maklumat yang sesetengahnya tidak bersumber dan tidak beretika.

    ReplyDelete
  54. Bagi penduduk Lahad Datu dan seluruh rakyat negara ini, mereka tidak memerlukan tumpuan dunia hanya disebabkan bumi negara ini diceroboh. Ia bukanlah publisiti yang diharapkan kerana ia boleh menimbulkan persepsi tidak baik ke atas negara. Peristiwa itu menyusahkan hidup penduduk Lahad Datu, malah menghantui pemikiran setiap rakyat yang cintakan keamanan. Paling ditakuti peristiwa itu mengancam nyawa sesiapa saja di Lahad Datu, malah di tempat lain juga.

    ReplyDelete
  55. Mengambil contoh sikap militan pengganas di serata dunia, mereka sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-cita mereka. Dengan meletakkan mereka sebagai kategori pengganas, bermakna kumpulan ini juga tidak ada bezanya. Mereka berpotensi boleh bertindak secara militan kerana sememangnya dilatih secara militan. Melihat kepada senjata yang dirampas dan tindakan nekad mereka ke atas pasukan keselamatan yang mereka lakukan, adalah jelas kumpulan ini adalah pengganas yang berbahaya.

    ReplyDelete
  56. Pada peringkat awal juga, mereka yang tidak jelas dengan tindakan pasukan keselamatan menganggap pihak berkuasa terlalu berlembut dengan pengganas berkenaan. Hakikatnya, rundingan yang dijalankan meminta mereka meninggalkan Lahad Datu, adalah semata-mata percubaan untuk mengelakkan berlaku pertumpahan darah.

    ReplyDelete
  57. Hanya setelah menyedari rundingan tidak meninggalkan positif, tidak menggempur terpaksa diambil. Sudah tentulah, setelah tempoh yang diberikan supaya mereka berundur beberapa kali disambung, namun mereka masih berkeras, tindakan ketenteraan adalah jalan penyelesaian terakhir.

    ReplyDelete
  58. Sejak hari pencerobohan itu, penduduk Lahad Datu tidak berani keluar rumah sewenang-wenangnya. Ibu bapa resah jika anak pulang lewat, begitu juga anak asyik menunggu di depan pintu kepulangan ayah mereka. Berikutan berita angin yang begitu cepat merebak selepas hari pertama peristiwa pencerobohan itu berlaku, orang ramai berpusu-pusu membeli barang keperluan sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang kejadian lebih buruk berlaku.

    ReplyDelete
  59. Penduduk bukan saja bimbang keluar rumah tetapi anak-anak mereka juga tidak dapat ke sekolah sewaktu kebimbangan memuncak. Pejabat terpaksa ditutup, manakala peniaga juga tidak berani berniaga tanpa jaminan keselamatan. Ibu bapa bimbang menghantar anak-anak ke sekolah walaupun jaminan dibuat keadaan adalah terkawal. Ketika itu berita angin yang cenderung kepada maklumat yang menakutkan, tersebar dengan meluas. Biasanya, dalam keadaan masyarakat mencari maklumat yang tepat, berita angin paling cepat tersebar.

    ReplyDelete
  60. Hari ini beribu-ribu anggota polis berada di sekitar Lahad Datu. Ini bermakna beribu keluarga mereka di seluruh negara juga bimbang keselamatan mereka tidak kiralah sama sama ada anggota keselamatan itu suami, anak, bapa, abang atau adik yang berada di kawasan konflik itu. Jika anggota keselamatan tidak boleh tidur kerana berkawal, keluarga mereka juga sukar melelapkan mata kerana bimbang keselamatan mereka. Dengan melihat mayat anggota keselamatan yang terbunuh setelah rundingan buntu tempoh hari, kebimbangan keluarga mereka meningkat.

    ReplyDelete
  61. Kesan psikologi ini amat berat ditanggung. Kerajaan berharap isu pencerobohan itu diselesaikan segera kerana tidak mahu menyusahkan rakyat begitu lama. Sudah tentulah untuk membersihkan kawasan itu memerlukan anggota keselamatan sama ada daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ramai bilangannya. Jika ada pihak menggembar-gemburkan bilangan pasukan keselamatan lebih ramai daripada musuh, ia adalah semata-mata kerana kerajaan mahu menamatkan konflik itu dengan segera, walau apa juga kosnya.

    ReplyDelete
  62. Untuk tujuan itu, kerajaan membentuk kawasan keselamatan khas membabitkan enam daerah di Sabah kawasan dari Kudat ke Tawau merangkumi Sandakan, Semporna, Lahad Datu dan Kunak dengan kawasan pantai sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah. Lima batalion tambahan angkatan tentera dan polis akan ditempatkan di lokasi strategik. Semua ini dilakukan kerana bimbang peristiwa di Lahad Datu ini berlarutan yang akhirnya menimbulkan masalah kepada rakyat.

    ReplyDelete
  63. Sesungguhnya, peristiwa pencerobohan di Lahad Datu adalah pengalaman amat berguna kepada kerajaan dan rakyat bagi mengatasi apa juga kelemahan. Ia juga membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia tidak bertolak ansur dengan kegiatan pengganas.

    ReplyDelete
  64. Tuntutan ini dibuat ke atas kezaliman yang sanggup mengorbabkan begitu banyak nyawa.

    ReplyDelete
  65. Kerajaan harus menghalang kemasukan warga asing yang seakan mengancam ketenteraman dan keharmonian.

    ReplyDelete
  66. Kesultanan Sulu sudah berakhir.

    ReplyDelete
  67. Rundingan ini tidak akan berhasil. Sabah tetap milik Malaysia.

    ReplyDelete
  68. Adakah pencerobohan ini demi tujuan politik?

    ReplyDelete
  69. Rundingan yang di buat tidak mendatangkan hasil.

    ReplyDelete
  70. Sabah adalah milik Malaysia. Itu yang sebenarnya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.