Satu lagi penceroboh yang cuba untuk meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan di Lahad Datu pagi ini telah ditembak mati, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Katanya, pada kira-kira jam 6 pagi ini, salah seorang daripada penceroboh cuba untuk melepaskan diri daripada di Tanjung Batu.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat Residence,
Ismail berkata berlaku tembak menembak dan pasukan keselamatan berjaya menembaknya (sekitar jam 8 pagi).
Dengan ini, sejumlah 34 musuh telah terbunuh sejak awal serangan habis-habisan Ops Daulat dilancarkan di zon merah pada 5 Mac.
Ini menjadi jumlah musuh yang terbunuh sejak krisis itu bermula pada 12 Februari lalu ialah 53 orang.
Di samping itu, seramai 79 suspek ditangkap di seluruh Sabah berhubung pencerobohan tersebut sejak krisis itu bermula.
Kesemua mereka ditangkap di luar zon operasi kecuali tiga orang yang cuba melarikan diri daripada kepungan di Kampung Tanduo pada 2 Mac.
Ismail sekali lagi menegaskan bahawa musuh tidak menawan mana-mana anggota pasukan keselamatan sebagai tebusan dan beliau hairan berhubung tuntutan untuk bertukar tawanan.
Fokus utama operasi itu sekarang ialah di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu yang merangkumi kawasan seluas tujuh kilometer persegi. -MK
Saturday, March 9, 2013
Lahad Datu : Seorang lagi penceroboh ditembak mati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Alhamdulillah, semoga kejayaan ini memberi kesedaran kepada generasi muda betapa mahalnya harga keamanan. untuk dapatkannya mesti dengan pengorbanan. Tahniah pada perwira tanahair.
ReplyDeletekami rakyat tulen sabah amat kagum dgn semangat juang yg telah ditunjukkan oleh anggota PDRM dan ATM dlm menghadapi penceroboh di lahad datu serta dlm menjaga keamanan negara. kami sedia dan turut sama berjuang bila kami diperlukan. kepada si pengkhianat negara yg memberi ic kpd pati2 di sabah sila segera mohon maaf kpd rakyat sabah tulen khususnya dan malaysia amnya atas perbuatan amat terkutuk kamu itu. jangan biarkan nyawa pasukan keselamatan dan rakyat berada dlm keadaan terancam angkara perbuatan si pengkhianat2 negara.
ReplyDelete