Saturday, March 9, 2013

Kiram III Sebenarnya Pengganas?

MANUSIA yang menggelar dirinya sultan sulu dan telah membunuh orang kita seharusnya sedar diri dan jangan berlagak mahu tunjuk taring.

Kiram III haruslah mengerti dan jangan anggap orang Sabah ini bodoh sangat seolah bisa dibuli dan dibunuh sesuka hati.

Kiram III harus tahu dan faham atau cuba-cuba tidak faham bahawa Sultan Jamalul Kiram II yang mangkat pada Tahun 1936 sebenarnya tidak mempunyai Putera/itu sudah saya katakan berulang kali, lalu bagaimana kiram III ini menganggap dirinya sebagai sultan? Siapa yang mengiktirafnya?

Kiram III harus akui bahawa selepas kemangkatan Kiram II Kerajaan Amerika Syarikatlah yang memerintah Filipina pada ketika itu tidak mengiktiraf sesiapapun waris Baginda diangkat untuk menjadi Pengganti Sultan, malah pada Tahun 1939 Kerajaan Filipina di bawah Kepimpinan Presiden Manuel L. Quezon telah bertindak untuk tidak lagi mengiktiraf kuasa dan entiti KeSultanan Sulu dibawah Sistem Pemerintahan Negara Filipina.

Nah, Kiram III harus mengerti dan buka mata.

KePulauan Sulu dan Mindanao sesudah itu adalah merupakan sebahagian daripada Wilayah Negara Filipina, maka Entiti KeSultanan Sulu telah tidak terpakai lagi dengan sendirinya, terutama selepas perang dunia kedua kala Kerajaan Filipina telah mengistiharkan Negara tersebut sebagai Sebuah Negara republik makna tidak bersultan dan secara tidak langsung sistem sultan di Filifina terhapus.

Kesan sultan tidak laku lagi di Manila, maka kerajaan Manila tidak sekongkol soal pencerobohan di Sabah baru-baru ini dan siap memberikan kerjasama kepada kerajaan Malaysia, lagipun PBB telah merestu Sabah merdeka atas nama Malaysia.

Jadi sekarang ini semua harus faham bahawa kalau ada yang menganggap dirinya sebagai sultan, itu bermakna sultan palsu dan kemudian kalau dia mengarah pembunuh makna dia adalah pengganas dan sekarang bolehlah dikatakan Kiram III adalah kepala pengganas dan kalau mereka terus mengganas, kita semua rakyat sabah wajib menghabiskannya menolak mereka membunuh saudara2 kita di Sabah.

Mempertahankan negara dari sebarang pencerobohan bermakna kewajiban kita sebagai orang Islam dan kalau ikut mengkhianati maka hukum islam ialah pancung.

ISMAILY BUNGSU

38 comments:
Write comments
  1. Pandai jugak geng ' Sos Tiram ' tu ya, mereka join UMNO Sabah dan sebab tu le Tiram II ke Tiram III ke masih selamat di perantauan walau tak selamat di negara sendiri.

    ReplyDelete
  2. Itulah yang menjadi masalahnya. Sedangkan kerajaan Filipina sendiri tidak pernah mengiktiraf mana-mana menjadi sultan sulu lagi.

    ReplyDelete
  3. Tindakan yang dibuat oleh sultan palsu ini menimbulkan sejak bila ada sultan baru untuk sulu.

    ReplyDelete
  4. Jadi rasanya tidak perlulah terpedaya dengan permainan yang dibuat oleh Jamalul Kiram ini.

    ReplyDelete
  5. Ini akan memberikan pandangan yang buruk kepada sulu dimata dunia.

    ReplyDelete
  6. Tindakan orang-orang yang mengakui diri sebagai sultan sulu ini memang mengugat kedaulatan negara jiran.

    ReplyDelete
  7. orang seperti itu adalah gila kuasa...terima sajalah kenyataan dan tidak perlu timbulkan kekacauan lagi..

    ReplyDelete
  8. Pasukan keselamatan menahan 27 orang yang menaiki tiga buah bot ketika berada di Zon Merah Op Daulat di kawasan pantai Tanjung Batu.

    ReplyDelete
  9. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mereka yang mendakwa kononnya ingin menangkap ikan ditahan di atas bot masing-masing setelah pihak keselamatan mencurigai kehadiran mereka di kawasan larangan itu.

    ReplyDelete
  10. "Kita curigai kehadiran mereka berhampiran lokasi operasi, jadi kita serahkan kesemua mereka kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

    ReplyDelete
  11. Beliau berkata, penahanan itu menjadikan jumlah mereka yang ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan militan dari Sulu meningkat kepada 106 orang, berbanding 79 orang semalam.

    ReplyDelete
  12. ANWAR TERPAKSA MEMINTA BANTUAN DARI KEPALA PENGGANAS SEMATA-MATA MAHU MERAMPAS JAWATAN PERDANA MENTERI.. BERMAKNA PENGGANAS SEBENAR ADALAH ANWAR

    Kemelut berdarah yang sedang melanda Lahad Datu ketika ini telah mengundang pelbagai persepsi dari pelbagai pihak khususnya di kalangan pimpinan pembangkang.

    ReplyDelete
  13. ANWAR TERPAKSA MEMINTA BANTUAN DARI KEPALA PENGGANAS SEMATA-MATA MAHU MERAMPAS JAWATAN PERDANA MENTERI.. BERMAKNA PENGGANAS SEBENAR ADALAH ANWAR

    Pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan ke atas kerajaan BN/Umno khususnya Datuk Seri Najib bagi menambahkan sentimen kebencian rakyat yang telah ditanam sejak sekian lama.

    ReplyDelete
  14. ANWAR TERPAKSA MEMINTA BANTUAN DARI KEPALA PENGGANAS SEMATA-MATA MAHU MERAMPAS JAWATAN PERDANA MENTERI.. BERMAKNA PENGGANAS SEBENAR ADALAH ANWAR

    Tidak cukup dengan kenyataan Tian Chua yang mengatakan, pencerobohan bersenjata di Lahad Datu adalah merupakan sandirawa Umno, malah ada di kalangan penyokong mereka yang tergamak menghina wira negara yang terkorban dengan kata-kata kesat seperti mati katak, anjing kerajaan dan sebagainya.

    ReplyDelete
  15. ANWAR TERPAKSA MEMINTA BANTUAN DARI KEPALA PENGGANAS SEMATA-MATA MAHU MERAMPAS JAWATAN PERDANA MENTERI.. BERMAKNA PENGGANAS SEBENAR ADALAH ANWAR

    Sebelum kita membuat pelbagai andaian berhubung tragedi ini, ada baiknya kita meneliti analisa yang dikeluarkan oleh pemerhati politik dalam dan luar negara berhubung isu ini.

    ReplyDelete
  16. ANWAR TERPAKSA MEMINTA BANTUAN DARI KEPALA PENGGANAS SEMATA-MATA MAHU MERAMPAS JAWATAN PERDANA MENTERI.. BERMAKNA PENGGANAS SEBENAR ADALAH ANWAR

    Mereka berpendapat tindakan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengadakan perjumpaan bersama pemimpin utama Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari adalah bertujuan untuk mempengaruhi tentera kerajaan Sulu agar datang ke Sabah.

    ReplyDelete
  17. ANWAR TERPAKSA MEMINTA BANTUAN DARI KEPALA PENGGANAS SEMATA-MATA MAHU MERAMPAS JAWATAN PERDANA MENTERI.. BERMAKNA PENGGANAS SEBENAR ADALAH ANWAR

    Analisa itu juga berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa Reuters dan agensi perisikan tentera Filipina sebelum ini. Mereka antara lainnya mendakwa Anwar adalah merupakan dalang utama terhadap serangan yang dilakukan oleh kumpulan pencerobohan bersenjata.

    ReplyDelete
  18. ANWAR TERPAKSA MEMINTA BANTUAN DARI KEPALA PENGGANAS SEMATA-MATA MAHU MERAMPAS JAWATAN PERDANA MENTERI.. BERMAKNA PENGGANAS SEBENAR ADALAH ANWAR

    Namun yang menjadi persoalan utama ialah, mengapakah Anwar tergamak melakukan pengkhianatan tersebut? Ini adalah disababkan kerana, menurut analisa tersebut, pakatan pembangkang tidak mempunyai keyakinan terhadap sokongan rakyat Sabah untuk menolak kerajaan BN/Umno.

    ReplyDelete
  19. ANWAR TERPAKSA MEMINTA BANTUAN DARI KEPALA PENGGANAS SEMATA-MATA MAHU MERAMPAS JAWATAN PERDANA MENTERI.. BERMAKNA PENGGANAS SEBENAR ADALAH ANWAR

    Dan sekiranya sokongan rakyat Sabah gagal diperolehi, ia sekaligus bakal menyebabkan impian Anwar untuk merampas Putrajaya hancur berkecai dan bakal menjadi mimpi ngeri buat dirinya. Oleh yang demikian strategi ‘matlamat menghalalkan cara’ perlu digunapakai dalam berdepan dengan dilema ini.

    ReplyDelete
  20. ANWAR TERPAKSA MEMINTA BANTUAN DARI KEPALA PENGGANAS SEMATA-MATA MAHU MERAMPAS JAWATAN PERDANA MENTERI.. BERMAKNA PENGGANAS SEBENAR ADALAH ANWAR

    Secara keseluruhan Sabah mempunyai 25 kerusi parlimen, dan pakatan pembangkang dikatakan hanya mampu mencapai kemenangan untuk kerusi Kota Kinabalu. Selebihnya masih lagi samar kerana beberapa faktor seperti jarak kawasan yang luas, pecahan pengundi dan sebagainya. Tanpa sebarang kepastian untuk menembusi kubu kuat BN/Umno ini, sudah pasti Awar tidak berani untuk memperjudikan nasibnya.

    ReplyDelete
  21. ANWAR TERPAKSA MEMINTA BANTUAN DARI KEPALA PENGGANAS SEMATA-MATA MAHU MERAMPAS JAWATAN PERDANA MENTERI.. BERMAKNA PENGGANAS SEBENAR ADALAH ANWAR

    Maka sesuatu perlu dilakukan agar huru-hara dapat tercetus di Sabah dan sekaligus memaksa pemerintah untuk mengadakan darurat. Sekiranya Sabah telah diletakkan di dalam keadaan darurat, ia sedikit sebanyak dapat menghalang negeri di Bawah Bayu itu dalam menghadapi proses pilihanraya umum.

    ReplyDelete
  22. ANWAR TERPAKSA MEMINTA BANTUAN DARI KEPALA PENGGANAS SEMATA-MATA MAHU MERAMPAS JAWATAN PERDANA MENTERI.. BERMAKNA PENGGANAS SEBENAR ADALAH ANWAR

    Dengan cara itu, kerajaan BN/Umno perlu menjalankan pilihanraya yang berasingan di Sabah sekaligus membolehkan Anwar untuk memberikan tumpuan dan fokus yang menyeluruh hanya di kerusi-kerusi yang boleh ditembusi dan memastikan BN kalah di dalam PRU13.

    ReplyDelete
  23. ANWAR TERPAKSA MEMINTA BANTUAN DARI KEPALA PENGGANAS SEMATA-MATA MAHU MERAMPAS JAWATAN PERDANA MENTERI.. BERMAKNA PENGGANAS SEBENAR ADALAH ANWAR

    Untuk mengelakkan dari menjadi tumpuan serangan, Anwar mengunakan isu pemberian kad pengenalan sabagai ‘escape point’ dalam perancanagn jahatnya itu.

    ReplyDelete
  24. ANWAR TERPAKSA MEMINTA BANTUAN DARI KEPALA PENGGANAS SEMATA-MATA MAHU MERAMPAS JAWATAN PERDANA MENTERI.. BERMAKNA PENGGANAS SEBENAR ADALAH ANWAR

    Tidak ketinggalan juga, rakyat Sabah berketurunan Sulu pada ketika ini dianggarkan hampir 60 ribu orang. Oleh yang demikian, serangan yang dilakukan oleh pihak keselamatan negara terhadap penceroboh bersenjata, sekaligus mampu mengundang simpati rakyat Sabah dan seterusnya marah dengan tindakan pemerintah.

    ReplyDelete
  25. ANWAR TERPAKSA MEMINTA BANTUAN DARI KEPALA PENGGANAS SEMATA-MATA MAHU MERAMPAS JAWATAN PERDANA MENTERI.. BERMAKNA PENGGANAS SEBENAR ADALAH ANWAR

    Pendekatan serampang dua mata ini, dilihat akan mampu memberikan kekuatan sokongan terhadap Anwar dalam memastikan usaha untuk menjadi Perdana Menteri tercapai. Begitulah telitinya perancangan Anwar dalam memastikan obejktifnya tercapai dan terlaksana.

    ReplyDelete
  26. ANWAR TERPAKSA MEMINTA BANTUAN DARI KEPALA PENGGANAS SEMATA-MATA MAHU MERAMPAS JAWATAN PERDANA MENTERI.. BERMAKNA PENGGANAS SEBENAR ADALAH ANWAR.. PATUTLAH PEMIMPIN2 PR TIDAK SENSITIF DENGAN KELUARGA ANGGOTA KESELAMATAN YANG TERBUNUH DI L/DATU..

    ReplyDelete
  27. MANILA: Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) pada Jumaat memulakan penyiasatan ke atas keganasan Sabah, dan memanggil penasihat Sultan Sulu 'Boy Saycon' untuk disoalsiasat Selasa hadapan.

    ReplyDelete
  28. Media di Filipina melaporkan sapina akan dikeluarkan dalam usaha NBI mencari bukti dakwaan konspirasi berlaku dalam konflik bersenjata antara pasukan keselamatan Malaysia dan “tentera diraja” Sulu di Sabah, yang terletak di timur Malaysia itu.

    ReplyDelete
  29. Memetik kenyataan jurucakap Sultan, Abraham Idjirani, 'The Philippine Star' berkata ini adalah permulaan tindakan oleh pihak kerajaan ke atas pengikut Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, dan akan didakwa kerana mencetuskan pemberontakan di Sabah.

    ReplyDelete
  30. Sudah dijangkakan bahawa penyokong sultan akan didakwa. Mereka sekarang sedang menyediakan lebih banyak sapina, kerana ugutan terhadap kerajaan sudah mula berleluasa dalam masa dua minggu ini."

    ReplyDelete
  31. Penganalisis strategi politik juga dilaporkan berkata Sultan Sulu sudah membentuk sepasukan peguamnya bagi membantu penyokongnya yang mungkin disiasat atau dihadapkan ke mahkamah kerana keganasan di Sabah, yang didakwa pihak berkuasa Malaysia pada Khamis meragut 52 warga Filipina dan lapan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  32. KIta sudah melihat laporan di media, sesetengah dari mereka (tentera diraja), dibayar $600, dan dijanjikan untuk dibayar $600. Mereka juga dijanjikan tanah, dan kedudukan dalam kesultanan, ini tidak boleh dinafikan lagi," kata jurucakap presiden Edwin Lacierda.

    ReplyDelete
  33. Adik Jamalul, Agbimuddin Kiram, yang mendakwa dirinya sebagai 'putera raja' Kesultanan Sulu, sedang mengetuai 200 pemberontak bersenjata di Sabah, dimana mereka sudah berada di situ sejak 9 Februari.

    ReplyDelete
  34. Puak bersenjata itu berhadapan dengan pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat dua minggu lalu, selepas perbincangan secara aman gagal, dan pertempuran minggu lalu menyaksikan penceroboh Sulu ramai yang terbunuh, dan juga lapan orang anggota polis Malaysia.

    ReplyDelete
  35. Malaysia melancarkan serangan besar-besaran sejak Selasa lalu, termasuk serangan udara yang menyaksikan bom dan dan artileri menghujani Kampung Tanduo, tempat penceroboh itu berlindung.

    ReplyDelete
  36. Setakat ini, jumlah kematian penceroboh Sulu mencecah 53 orang menurut laporan pihak berkuasa Malaysia, dengan 32 orang terbunuh dalam pertempuran berikutan serangan udara Selasa lalu.

    ReplyDelete
  37. Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi.

    ReplyDelete
  38. Jamalul Kiram III bukan merupakan keturunan kepada sembilan "waris sah" Jamalul Kiram II, seperti yang tercatat dalam "Penghakiman Macaskie" pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara, kepada British North Borneo Company (BNBC).

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.